Anda di halaman 1dari 2

Format Terkini Untuk Soalan Esei Pendidikan Moral SPM

Contoh Soalan Esei Yang Bertanyakan Nilai:


Terangkan nilai-nilai yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]
Contoh Soalan Esei Yang Tidak Bertanyakan Nilai:
Huraikan lima tindakan yang harus diamalkan oleh murid-murid agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah.
Jawapan anda hendaklah disokong dengan contoh atau huraian yang bersesuaian. [10 markah]
Tidak kira soalan
10 markah
esei Pendidikan
moral
bertanyakan nilai
atau tidak
bertanyakan
nilai, format
pemarkahan
terkini adalah
seperi berikut: 5
Nilai + 5 H
4 Nilai + 6 H
10 markah
3 Nilai + 7 H
10 markah
2 Nilai + 8 H
10 markah
1 Nilai + 9 H
10 markah
10 H
10 markah
Perhatian:
1. Fakta / Contoh / Huraian Lanjutan semuanya dianggap sebagai H.
2. Nilai = KK1 = KK2 = 1 markah. Jika ayat yang mempunyai KK, dianggap sebagai nilai. Oleh itu, 1 markah yang
telah diberikan kepada nilai, tidak akan diberikan kepada ayat yang mempunyai KK lagi.
3. Pelajar-pelajar SMJKPCPP akan diajar menulis esei mengikut format berikut:
a) Format NCH: Ayat Nilai diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-pelajar perlu
menulis 5 set NCH dalam 1 perenggan.
b) Format FCH: Ayat Fakta diikuti dengan Ayat Contoh kemudiannya Ayat Huraian Lanjutan. Pelajar-pelajar perlu
menulis 5 set FCH dalam 1 perenggan.
Teknik Menulis Rangka Jawapan Dengan
Menggunakan Format NCH:
Nilai 1: Harga diri
C: Bagaimana? (How?) menjaga imej diri
H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dipandang
serong
Nilai 2: Kerajinan
C: Bagaimana? (How?) datang ke sekolah setiap
hari
H: Mengapa? (Why?) kerana dapat menimba ilmu
Nilai 3: Bertanggungjawab
C: Bagaimana? (How?) memainkan peranan
sebagai
H: Mengapa? (Why?) supaya masa depan cerah
Nilai 4: Mematuhi peraturan dan undang-undang
C: Bagaimana? (How?) akur pada peraturan
sekolah...
H: Mengapa? (Why?) supaya tidak dikenakan

Contoh Esei Dengan Menggunakan Format NCH:


Murid-murid harus mengamalkan nilai harga
diri. Mereka harus menjaga imej diri agar tidak
terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal ini
demikian supaya mereka tidak dipandang serong oleh
masyarakat. Mereka harus mengamalkan nilai
kerajinan. Mereka harus datang ke sekolah setiap
hari persekolahan. Hal ini demikian kerana mereka
dapat menimba ilmu yang berguna di sekolah.
Mereka harus ada nilai bertanggungjawab. Mereka
harus memainkan peranan sebagai murid sekolah
agar tidak terlibat dalam gejala ponteng sekolah. Hal
ini demikian supaya mereka mempunyai masa depan
yang cerah. Mereka harus mengamalkan nilai
mematuhi peraturan dan undang-undang. Mereka
harus akur pada peraturan sekolah. Hal ini demikian
supaya mereka tidak dikenakan tindakan demerit

tindakan demerit...
Nilai 5: Rasional
C: Bagaimana? (How?) memahami/menyedari kesan
buruk ponteng sekolah...
H: Mengapa? (Why?) kerana pelajaran akan
terabai/terlibat dalam jenayah...

kerana telibat dalam ponteng sekolah. Mereka harus


ada nilai rasional. Mereka harus menyedari kesan
buruk ponteng sekolah. Hal ini demikian kerana
pelajaran mereka akan terabai disebabkan oleh
pengaruh rakan.
Catatan:
Perkataan Contohnya pada Ayat Contoh boleh
ditulis atau digugurkan ikut budibicara guru.