Anda di halaman 1dari 15

Bab 1

Selepas Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah


ditarik untuk membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal
begegas pulang ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara
taipan di dalam manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan
kepada mata setiap yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam
Abdullah Bin Kayan tatkala membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan
pernah terbit dari mulut uminya membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah
hidup beliau. Apabila Haiqal bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut
kepada uminya, uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan
anaknya yang cuba untuk menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau
kembali memori hidupnya pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang
walidnya sekarang ini, Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa
sebak untuk menyatakan perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang
hangat kepada anaknya. Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya
menangis.

Bab 2
Suasana petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk.
Haiqal menikmati segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai
yang menghadap ke pantai. Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya,
seorang gadis duduk di hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi
gadis yang bernama Ratna itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk
menjadi usahawan yang berjaya. Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM,
Ratna tidak pernah berputus asa. Impian Ratna ialah ingin memiliki restoran
sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia juga senang berkawan dengan Haiqal
kerana Haiqal memberi semangat kepadanya. Haiqal juga sempat
menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di institut
pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di tingkatan enam
aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip ayahnya
sementara menunggu keputusan STPM. Kemudian, Haiqal mengajak Ratna
berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai. Pantai
itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya
bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun,
Haiqal akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Ruparupanya, uminya tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang
berbangsa cina, Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa
sama dengan alamat yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.

Bab 3
i. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan
menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari
zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See
Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai berlatih, Amirulnizam
berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada
Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang
rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula
datang ke kampungnya. Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa
dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah
yang terbiar selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah
baik. Dia seorang yang rajin sehingga mampu memgumpul duit untuk membeli
tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat
disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia
menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.
Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan
anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.
Amirulnizam
mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari. Semasa di
sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat
dengan kelas Pendidikan Islam. Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat
dengan Ai Ling.
ii.
Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam
dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbualbual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling
menumpangnya ke sekolah setiap hari. Amirul berterus-terang dengan Tauke
Lim yang dia kesunyiaan semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah
dengan anaknya Aiman.
iii. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin
DPurnama meminta Amirulnizam dan beberapa orang untuk berkumpul. Dia
menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi
dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak
mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat. Amirul diminta untuk menyiapkan
atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir. Tauke Lim pula berjanji
untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti. Abang Bakir mencadangkan
agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi dan Amirulnizam dapat
memilih peserta melalui murid sekolahnya. Amirulnizam teringat kembali zaman
kegemilangannya dalam bidang tersebut.
iv.
Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta
yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai
Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak.
Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching
2

datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya


membenarkannya mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam
mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat
mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tibatiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

v.
Kemenangan Ai Ling dalam pertandigan deklamasi puisi murid-murid tahap
satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya
sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya
Amirulniizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen.
Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat
keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai
Ling menpengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya,
Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.
vi.
Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut
meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa
Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang
Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan
gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai
persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan
persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk
kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara
peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya.
Beliau berharap agar
Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan
menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.
vii. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya
seperti anaknya sendiri. Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan
aktivitinya. Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai
Punggur. Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling. Ai Ling bertanya tentang
anak Amirulnizam iaitu Aiman. Amirulnizam mmberitahu bahawa Aiman berada
di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling. Ai Ling teringin untuk berjumpa
dengan Aiman dan berkawan dengannya.
viii. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan
Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi
yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Tahap kesihatannya semakin merosot dan
bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan. Petang itu Ai Ling
datang ke rumah Amirulnizam. Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang
ditulis oleh Amirulnizam. Amirulnizam berjanji akan mejadikan Ai Ling orang
pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti. Bagi Amirulnizam, Ai
Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih
3

bermakna. Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan


kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja. Ai Ling juga
turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk
menjawabnya.
ix. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan,
segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan
masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan
dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya. Sakit
kepalanya semakin kerap menyerang. Pada malam iu dia rasa aneh kerana
kerinduan terhadap Aiman begitu kuat . Dia hanya mampu menatap gambar
anaknya sambil menangis teresak-esak.

Bab 4
Setelah membaca manuskrip ayahnya itu, Haiqal terus menangis. Dia
tertanya-tanya adakah sepatutnya dia pergi ke kampong ayahnya atau tidak. Dia
bingung bagaimana harus dia berterus terang dengan uminya itu. Pada pukul
10.05 malam, dia pergi ke Pantai Batu Buruk untuk menemui rakan karibnya,
Ratna di gerai. Dia menceritakan kepada Ratna mengenai manuskrip yang
dibacanya itu.
Bab 5
Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat
terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya.
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran
gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu
tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali
suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik
tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki
kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka
berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia
akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana
di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal
juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya.
Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal
mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan
dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian
membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang
dituju.
4

Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul


dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama
tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum
dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang
kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi
kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya.
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya
mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah
yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk
berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan
dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah
ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya
langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat
merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia
risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu
kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui
semuanya setelah dewasaSelepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan
stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton
sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton.
Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya.
Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah
sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian
Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan
Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana
di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal
juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya.
Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal
mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan
dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian
membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang
dituju.
Bab 6
Kali ini, Haiqal benar-benar nekad untuk pergi ke kampong arwah ayahnya.
Dia percaya hanya Ratna sahaja yang memahaminya ketika itu. Ratna berkata
kepada Haiqal jika hal itu membuatkan Haiqal tenang dan bahagia, dia
5

merelakan Haiqal untuk pergi dan berdoa agar Haiqal selamat sampai ke sana.
Dalam dirinya ada perasaan sayu sebenarnya. Selepas itu, Ratna bertanyakan
kepada Haiqal sama ada uminya sudah mengizinkan atau belum. Ratna
menasihatkan Haiqal agar sentiasa tabah.
Selepas pulang dari gerai, Haiqal terus pulang ke rumah. Haiqal ingin
meminta izin uminya untuk pergi ke Johor tetapi mendapat tentangan dari
uminya. Haiqal tetap tegas dengan keputusannya. Walauapapun yang terjadi, dia
tekad untuk pergi ke Johor. Ayah tirinya itu meredakan keadaan. Lama-kelamaan,
uminya mengizinkan tetapi uminya tidak akan memberi Haiqal sebarang wang
pun. Hati uminya itu sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu. Selepas itu,
ayah tirinya berjumpa dengan Haiqal. Dia berkata kepada Haiqal supaya jangan
khuatir kerana walidnya akan memberi sejumlah wang diperlukan. Ayah tirinya
itu sangat baik orangnya.

Bab 7
Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas,
kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem
melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat
kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya
serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal
menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika
mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna
bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma
indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana
di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal
juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya.
Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal
mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan
dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian
6

membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang


dituju.mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal
makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian
membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang
dituju.
Bab 8
Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Seleranya pada
pagi itu bagaikan tumpul. Haiqal mengeluarkan telefon bimbitnya dan terpampar
satu mesej dari Ratna. Melihat akan waktu mesej itu dihantar, dia pasti Ratna
menghantarnya selepas Ratna menutup gerainya itu. Haiqal hanya membiarkan
mesej itu kerana tunggu dia sampai ke destinasi yang ditujui. Selepas itu, Haiqal
pergi menunaikan solat subuh di surau yang berdekatan sebelum memulakan
perjalanannya.
Setelah menyelesaikan solat, dia memilih untuk menaiki teksi kerana
lebih mudah dan harga yang berpatutan. Pemandu teksi itu berumur 40-an tahun
yang bernama Pak Cik Salleh. Haiqal menerangkan destinasi yang ditujuinya itu.
Pak cik Salleh seorang yang peramah. Pak cik Salleh memberhentikan teksinya di
hadapan gerai. Selepas itu, Haiqal turun dan menuju ke arah seorang lelaki yang
sedang menebar roti canainya. Dia bertanyakan mengenai Cikgu Abdullah dan
memperkenalkan dirinya itu. Lelaki itu bernama Wak Min dan isterinya bernama
Mak Menah. Warung kecil itu mula didatangi pelanggan Wak Min. Tidak lama
kemudian, seorang lelaki Cina sangat mesra menegur pelanggan-pelanggan itu.
Kemudian, wak min mendekati lelaki cina itu dan menepuk bahunya dan seperti
memberitahu sesuatu. Selepas itu, lelaki cina itu mendekati Haiqal. Haiqal
berpendapat bahawa lelaki itu ialah Tauke Ong. Kemudian, Haiqal
memperkenalkan dirinya dan Tauke Ong ingin menghantar Haiqal ke rumah
ayahnya. Sampai sahaja di rumah arwah ayahnya, Tauke Ong memberitahu
biasanya Ong See Hwa yang membersihkan rumah ini dan kadang-kadang tidur
di sini bersama kakaknya. Kemudian, Haiqal memberitahu bahawa See Hwa lah
yang memberi kepadanya manuskrip. Selepas itu,
terdapat sijil-sijil yang
digantung di rumah ayahnya. Ternyata, arwah ayahnya adalah seorang yang
sangat hebat. Dia benar-benar sebak kerana tidak dapat untuk jumpa dengan
arwah ayahnya itu.

Bab 9
Tauke Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul
kira-kira pukul 12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan
dirinya yang gelisah apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk
makan nasi daun pisang. Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu
cerewet. Namun, Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu
dia membuka pintu. Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
7

Sepanjang perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke


Ong pula mengajukan beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong,
Haiqal perlu menguruskan beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya
untuknya. Sebelum Haiqal tiba di Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah
menjaga amanah arwah ayahnya dengan mengerjakan tanahya di baruh dan di
belakang rumah yang telah ditanami dengan pokok kelapa sawit. Haiqal
mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana telah menjaga amanahnya.
Tauke Ong mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah Haiqal sangat banyak
kepada keluarganya.
Setibanya di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan
See Hwa turun dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain.
Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan
lelaki di situ. Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak
di pojok restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia
memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan.
Setelah itu, merekan bungkam seketika.
Ong See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara
yang diceritakan oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula
membalas dengan mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tibatiba, Haiqal teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Makanan yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di
restoran itu. Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya
sahaja. Menurut See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See
Hwa sangat beruntung kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke
akhir hayatnya. Dia yakin bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup
ayahnya. Watak Ai Ling yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah
See Hwa.
Selesai makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See
Hwa memilih-milih novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan
untuk membeli beberapa buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah
itu, See Hwa menunjukkan dua buah novel melayu. See Hwa suka membaca
novel melayu dan inggeris. Haiqal dan See Hwa meminati penulis yang sama.
Manuskrip yang ditulis ayahnya membuatkannya mengetahui sebahagian
tentang gadis itu.

Setibanya di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika


kemudian, telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang
dihantar oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat
merindui keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.
Bab 10
8

Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu.


Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong,
kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk
dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusapusap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin
dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di
kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya
amat berat untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa
sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia
memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak
untuk menegur lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah
ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji
kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk
pulang kerana hari sudah senja.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke
warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak Min.
Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya
membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid
dating menuju ke meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar
memperkenalkan Wak Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan
pemain gambus manakala Wak Ariff penari Zapin.
Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi
kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah Haiqal.
Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir
pukul 2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk
pulang ke rumah.

Bab 11
Sudah seminggu Haiqal berada di Johor. Selama dia berada di sana, Tauke
Ong banyak membantunya, terutama tentang duit simpanan arwah ayahnya dan
juga hasil jualan kelapa sawit. Haiqal memberitahu Tauke Ong bahawa dia lebih
selesa jika tauke ong yang menguruskan harta kebun-kebun itu kerana dia tidak
mempunyai pengalaman tentang kebun-kebun. Hal ini ditolak oleh tauke ong
kerana tauke ong menganggap bahawa inilah masa yang sesuai untuk Haiqal
menguruskan kebun-kebun ini. Abang Bidin dan Salleh mengambil upah
memotong kelapa sawit. Mereka pun sudah menerangkan kerja-kerja mengenai
kebun-kebun itu kepada Haiqal. Mulai dari sekarang, dia harus belajar serba
sedikit mengenai kebun kelapa sawit. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba
pengalaman.
Dalam masa seminggu itu, haiqal sempat berkenalan dengan remaja
yang sebaya dengannya antaranya ialah Lazim anak Hj Salim. Lazim juga
menunggu keputusan STPM tetapi dia mengambil aliran ekonomi. Suatu hari,
Lazim meminta izin kepada Haiqal untuk tidur di rumahnya. Mereka berbual-bual
lagi mengenai ayahnya itu. Ayahnya itu dulu mengajar subjek Bahasa Melayu dan
Pendidikan Jasmani. Dalam banyak-banyak murid, ayahnya rapat dengan See
Hwa berbanding murid-muridnya yang lain.
Setelah selesai Haiqal mengerjakan solat maghrib, dia pergi ke gerai
untuk membeli dua bungkus mi goring kerana dia tidak mahu Lazim kelaparan.
Sampai sahaja di rumah Haiqal, Lazim mengusik Haiqal kerana Haiqal sedang
melihat rumah Tauke Ong. Kemudian, Lazim mengajak Haiqal untuk pergi ke
Balai Raya kerana di Balai Rayalah banyak maklumat tentang ayah Haiqal. Haiqal
bertanya kepada Lazim sama ada dia pandai menari zapin ataupun tidak. Lazim
pandai menari zapin sewaktu usianya masih kecil.
Ketika laungan azan solat subuh, Lazim terus bangun dan mengejutkan
Haiqal dan terus mendapatkan motosikalnya. Setelah menunaikan solat subuh,
Haiqal duduk di anak tangga. Tiba-tiba See Hwa datang kerumahnya dan
melemparkan senyuman. See Hwa mengajak Haiqal untuk bersarapan di Pekan.
Setelah sampai di gerai, Tauke Ong ingin pergi ke kedai Tauke Leong untuk
mengambil duit. Kemudian, Haiqal mengambil kesempatan untuk bertanyakan
tentang ayahnya kepada See Hwa.

10

Bab 12
Petang minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan
Lazim.Balai raya itu kurangg terurus tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu
bilik bacaan dan satu lagi galeri pameran.Bilik bacaan terdapat terdapat banyak
buku,makalah dan majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea
ayah Haiqal.Dia yang banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa
yang menguruskan bilik itu sekarang.Selepas itu,mereka pergi melihat galeri
pameran.Haiqal terpempan melihat buku-buku yang dikarang oleh ayahnya
tersusun di almari berkunci.Sejarah hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada
juga album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan
gambar ayahnya bersama kumpulan zapin D'Purnama.Lazim menceritakan
sedikit tentang kebolehan ayahnya dan jasanya terhadap kampung itu.Dia
bertanya kepada Lazim tentang zapin di kampung itu .Kemudian See Hwa dan
Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang awal.Haiqal tanya See Hwa tentang
aksara yang merupakan satu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh
ayahnya.See Hwa juga emberitahu Haiqal bahawa arwah ayahnya mahu
seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu Haiqal.Malam itu,Haiqal
menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan peralatan dan jenis zapin
.Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia terus ke warung Wak Min
untuk berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan cadangannya kepada Pak
Bakar.Dia setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua kampung .Penduduk
kampung bersyukur dengan kepulangan Haiqal kekampung kerana dia seperti
arwah ayahnya .Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia tidak terlintas
untuk melukakan hati uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang arwah
ayahnya .Sebulan lebih dia di Kampung Seri Purnama,dia mula mendapat
keserasian di ditu.Dia mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima kasih
kepada See Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah.
Bab 13
Pak Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung
Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu
pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera
disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk
menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah
buku yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja
menerima buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik
dan sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang
dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See
Hwa dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu
11

Haiqal qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya
kepadanya. Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih
atas kebaikan See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong
memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama
semula. Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini
semula. Haiqal bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong
mengatakan bahawa beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan
dalam tarian zapin. Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke
Ong dan Puan Khei bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah
keluarga itu. Dia juga senang meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa
menasihatinyaagar banyak bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada
Haiqal. Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang
dikurniakan tuhan, ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan
Haiqal untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan
memberikan manuskrip yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang
menyebabkan See Hwa fasih berbahasa melayu.
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca
novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen
ayahnya berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan
kebudayaan di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh
ayahnya. Ketika dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang
kerumahnya untuk mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di
balai raya. Haiqal segera memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa.
Kemudian dia duduk di anak tangga dan memikirkan masa depannya selepas
mendapat keputusan STPM. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti
arwah ayahnya.
Ketika di balai raya, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil
meminta persetujuan penduduk kampung untuk menghiduakan kumpulan zapin
D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima
cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama
daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang
jasa Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu
dilakukan. Haji Jamil akan mengundang Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan
itu sebagai tetamu.
Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan
Haji Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara
seperti hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah
diiktiraf oleh kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang
cekal. Keazamannya terlalu kuat dan sentiasa membara
12

Bab 14
Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah
yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula
akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu
yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji
Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang.
Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah
dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman
yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji
Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya
Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu
Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke
Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba
menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal
untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir
baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika
ayahnya masih hidup dahulu.
Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk
menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan
Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati
pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal
mengikut langkah kaki dan lenggok badannya. Pak Cik Bakar memberitahu
bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan
luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata
kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.

13

Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua


perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya
kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah
Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See
Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara
masih berada di kampung ini lagi. See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di
pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik
untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik.
See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Haiqal teringatkan Pantai
Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga
Ratna yang kini kian menyepikan diri.
Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di
tepi pantai. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian
tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk
mengelakkan hakisan. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk
ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai
ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari
nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Segala yang
tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip
itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu
disempurnakan.

Bab 15
Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri.
Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak
terkecuali, See Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu
agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong
memasak nasi jagung, kurma daging kambing dan daging lembu, ayam masak
merah serta dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum acara
persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan kepada walidnya tentang
zapin jincat dan meminta walid, umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia
dapat mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin. Berita yang amat
mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari
kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang
kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan pasangan baru
dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim sememangnya pasangan tarian yang
serasi kerana masing-masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim
mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu
masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta
oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib dia langsung ke
rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat pakaian yang digosok
oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa
14

pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan untuknya. Ini semuanya
rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk
dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju. Pada malam
itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi ,
dan Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal berasa sangat
terharu dengan kehadiran mereka.
Bab 16
Haiqal meninggalkan bumi semenanjung untuk menimba ilmu di sebuah
universiti yang terletak di Bumi Kenyalang . Dahulu uminya memang
mendendami ayahnya tetapi telah terlebur apabila dia datang ke Kampung Seri
Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
Ratna kini telah mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan
muda. Mereka akam berkahwim pada penghujung tahun ini juga. See Hwa pula
sangat sedih ketika kakiku melangkah meninggalkan Kampung Seri Purnama.
Tauke Ong meminta Haiqal untuk kembali ke kampung itu semula
Haiqal perlu menjadi seperti mana ayahnya untuk mewujudkan Aksara kembali.
Dia belum ada apa-apa yang melayakkannya untuk memimpin Aksara kerana
terlalu kecil dan kerdil. Manuskrip lama masih kemas dalam simpanannya.
Baginya, manuskrip lama tanpa judul itu mewakili suatu perjalanan masa. Silir
Daksina benar-benar

15