Anda di halaman 1dari 53

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200,


BESUT, TERENGGANU.

KERJA KURSUS
PENGURUSAN BENGKEL DAN
KESELAMATAN DAN KESIHATAN
PEKERJAAN
(RBTS 3023)
NAMA GURU PELATIH
NO, KAD PENGENALAN

: MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH


(960706-08-6271)
NUR AIN ADLINA BINTI AZAHARI
(960714-33-5098)
WAN FARZANA AIDA BINTI WAN ISMAIL
(960618-03-5204)

KUMPULAN/UNIT

: 1 PISMP / REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


PENDIDIKAN RENDAH (SK) 1

NAMA PENSYARAH

: TN. HJ. ZULKIFLY BIN YUSUF

TARIKH HANTAR

: 26 OGOS 2015

ISI KANDUNGAN

BIL

TAJUK

1.

PENGAKUAN

2.

BIODATA

3.

PENGHARGAAN

4.

PENGENALAN

5.

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL


PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

6.

MODEL BENGKEL RBT ALAF KE-21 YANG EFISYEN

7.

REFLEKSI

8.

RUJUKAN

9.

LAMPIRAN

MUKA
SURAT

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..
Nama

: MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH

Tarikh

: 25 OGOS 2015

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..
Nama

: NUR AIN ADLINA BINTI AZAHARI

Tarikh

: 25 OGOS 2015

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ..
Nama

: WAN FARZANA AIDA BINTI WAN ISMAIL

Tarikh

: 25 OGOS 2015

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN
TAHUN 2015
MAKLUMAT PELAJAR

NAMA
NO.KAD
PENGENALAN
AMBILAN

MOHAMAD AFIQ IKHWAN BIN ABDULLAH


960706-08-6271
JUN 2015

KURSUS

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK) 1

ALAMAT

Lot 4845 Jalan Dewan Kg. Tersusun Batu 6, 31150 Ulu Kinta, Perak.

NO.TEL

017-5327990

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


TAHUN 2015
MAKLUMAT PELAJAR

NAMA
NO.KAD
PENGENALAN
AMBILAN

NUR AIN ADLINA BINTI AZAHARI


960714-33-5098
JUN 2015

KURSUS

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK) 1

ALAMAT

K 217 Taman Inderapura 3, 27000 Jerantut , Pahang.

NO.TEL

014-8042653

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2015
MAKLUMAT PELAJAR

NAMA
NO.KAD
PENGENALAN
AMBILAN

WAN FARZANA AIDA BINTI WAN ISMAIL


960618-03-5204
JUN 2015

KURSUS

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SK) 1

ALAMAT

5217-A KG SIREH BAWAH LEMBAH, 15050 KOTA BHARU,


KELANTAN.
014-5296900

NO.TEL

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya


dapatlah kami menyiapkan kerja kursus Pengurusan Bengkel dan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan ini. Kami bersyukur dan gembira kerana berjaya menyiapkan
tugasan ini sehingga ke helaian terakhir.
Ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada
pensyarah kami RBT1, Tn. Hj Zulkifly Bin Yusuf yang telah banyak membantu kami
dan rakan sekelas dalam memberikan penerangan dan ilmu pengetahuan mengenai
teori-teori asas yang terkandung dalam bidang ini. Selain itu, beliau telah
menjelaskan skop organisasi dan personel dalam pengurusan dan keselamatan
bengkel. Kemudian , belia juga menghuraikan tatacara yang berkaitan dengan
pengurusan bengkel dan kesihatan pekerjaan, mengenal pasti punca dan
pencegahan kemalangan serta amalan keselamatan bengkel serta membincangkan
peraturan dan perundangan dalam pengurusan kesihatan pekerjaan melalui rujukan
pelbagai sumber. Akhirnya, beliau memudahkan cara bagaimana untuk membentuk
pelan sebuah bengkel yang efisien berdasarkan prinsip pengurusan bengkel dan
kesihatan pekerjaan melalui kerjasama berpasukan.
Selain itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga diberikan kepada kedua ayahanda dan bonda yang berada jauh di mata
dekat di hati yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kami
dalam menyelesaikan setiap tugasan serta masalah yang dihadapi sepanjang
perjalanan kami untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Seterusnya, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan kami khususnya yang membantu kami dalam pencarian dan
pengumpulan data serta maklumat. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang sentiasa
berada di sisi yang memberikan kata-kata semangat dan dorongan untuk membakar
semangat dalam menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga tidak pernah lekang
untuk membantu dan menyumbangkan idea-idea yang positif untuk di adaptasi
dalam kerja kursus ini seterusnya dapat menyiapkannya dengan baik dalam kadar
yang segera.
Akhirnya, kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kerja
kursus RBTS 3023 ini.

PENGENALAN
Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh
mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi secara
umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya, antara asetaset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahanbahan, serta kemudahan yang sistematik. Kesemua ini adalah sangat penting
kerana kebergantungan antaranya.bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam
organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting
terutama dalam berkumpulan. Penuntutan terhadap ilmu pengetahuan dalam
mengurus sesuatu organisasi amatlah perlu kerana ianya akan dapat membantu
sesuatu sistem pengurusan agar menjadi lebih cekap dan berkesan.melalui
pengalaman yang sedia ada, sedikit sebanyak ianya juga memberi panduan dalam
mentadbir serta mengurus sesebuah organisasi. Oleh yang demikian kombinasi
antara ilmu pengetahuan, pendidikan serta pengalaman merupakan satu proses
yang penting bagi mengurus sesebuah organisasi. Tujuan Organisasi Bengkel
mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada
dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang
masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
meningkatkan prestasi pelajar.Pengagihan tugas guru dalam bengkel seperti tugas
penyelenggaraan, stor, inventori, stok dan sebagainya dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Pembahagian tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa
lebih bertanggungjawab terhadap tugas mereka di samping menerapkan nilai-nilai
murni seperti bekerjasama, bertanggungjawab, mengikut peraturan dan bedisiplin.
Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam
bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat
sepanjang masa.
Pengurusan bengkel yang berkesan dengan merancang meningkatkan
pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan produktif berteraskan konsep
tanpa cacat (Zero Defect). Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja. Mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui interaksi antara guru
dengan pelajar dan bengkel yang konduksif lagi selamat. Menghasilkan produk yang
lebih bermutu, bahan dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja amali
seperti yang dirancangkan. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL & PENGURUSAN


KESELAMATAN BENGKEL
HASIL PEMBELAJARAN :
1.
2.
3.
4.
5.

Mendefinisikan pengertian dan tujuan organisasi dan pengurusan bengkel.


Menjelaskan skop organisasi dan pengurusan bengkel.
Menghuraikan prinsip dan amalan dalam pengurusan bengkel sekolah.
Mengenal pasti susun atur bengkel.
Membincangkan strategi organisasi dan pengurusan serta keperluan
keselamatan dalam organisasi dan pengurusan.
6. Merancang program keselamatan bengkel melalui pendekatan sistem
serta faedah amalan keselamatan.
7. Mengetahui tanggugjawab guru bengkel serta peraturan Am keselamatan
bengkel.

PENGENALAN :
Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh
mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya. Sesebuah organisasi secara
umumnya mengandungi aset-aset yang penting dalam pengurusannya, antara asetaset yang terdapat dan terlibat dalam organisasi ialah manusia, alatan, bahanbahan, serta kemudahan yang sistematik. Kesemua ini adalah sangat penting
kerana kebergantungan antaranya bagi menjayakan sesuatu matlamat di dalam
organisasi yang dibentuk, sifat tanggungjawab pada setiap individu adalah penting
terutama dalam berkumpulan.
Penuntutan terhadap ilmu pengetahuan dalam mengurus sesuatu organisasi
amatlah perlu kerana ianya akan dapat membantu sesuatu sistem pengurusan agar
menjadi lebih cekap dan berkesan.melalui pengalaman yang sedia ada, sedikit
sebanyak ianya juga memberi panduan dalam mentadbir serta mengurus sesebuah
organisasi.
Oleh yang demikian kombinasi antara ilmu pengetahuan, pendidikan serta
pengalaman merupakan satu proses yang penting bagi mengurus sesebuah
organisasi.

KERANGKA MODUL :
Pengertian dan tujuan organisasi
dan pengurusan bengkel
Skop organisasi dan pengurusan
bengkel

ORGANISASI DAN
PENGURUSAN
BENGKEL

Prinsip dan amalan dalam


pengurusan bengkel
Susun atur bengkel

Strategi organisasi dan


pengurusan
Petunjuk
perancangan
Keperluan keselamatan dalam
organisasi dan pengurusan
Prinsip organisasi dan
pengurusan bengkel mengikut
keperluan keselamatan

Pemeriksaan keselamatan
bengkel

Merancang program
keselamatan bengkel
Program keselamatan bengkel
Program keselamatan
secara pendekatan

PENGURUSAN
KESELAMATAN
BENGKEL
Tanggungjawab guru bengkel

Peraturan Am Keselamatan

Faedah amalan
keselamatan

ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL

PENGERTIAN DAN TUJUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL :

Bengkel harus diurus dan diorganisasikan untuk memastikan pengajaran dan


pembelajaran di bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar iaitu secara
cekap dan berkesan.

Cekap- keupayaan melakukan proses kerja dengan betul, mengeluarkan


output setimpal dengan input dari tenaga manusia, bahan dan masa dengan
mengurangkan kos sumber-sumber yang terlibat untuk mencapai matlamat
yang ditentukan.

Berkesan pelaksanaan perkara dengan betul untuk mencapai matlamat dan


objektif yang telah ditetapkan tanpa pembaziran.

SKOP ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL :

2 bentuk agihan
kuasa

Organisasi tidak
Formal

diorganisasi
Biasanyan dalam
bentuk ad hoc
Kuasa berpusat Jangka masa
kuasa diagih
pendek
kepada seseorang
Kuasa disentralisasi Dibubarkan setelah
aktiviti
agihan kuasa
dilaksanakan
kepada lebih
daripada seseorang

Organisasi
Formal

Mempunyai carta
organisasi yang
jelas
Setiap ahli ada
peranan yang jelas
Terdapat hierarki
kuasa iaitu aliran
penurunan kuasa
dari atas ke bawah
Ada jawatankuasa
yang lebih kecil
untuk
melaksanakan
tugas

yang ditentukan.
pembuatan keputusan secara bersama untuk tujuan memenuhi matlamat
berlaku dalam jangka yang tertentu, melibat peranan atau tugas tertentu dan
manusia,alatan,kemudahan dan bahan yang diurus dengan sistematik dan

Organisasi

bengkel-

Kesatuan

atau

gabungan

yang

merangkumi

Pengertian Organisasi Bengkel

Tujuan Organisasi Bengkel

Mewujudkan suasana pengurusan yang lebih teratur, sistematik dan

tersusun
Memudahkan pengagihanMengelakkan
tugas pengurusan seperti penyelenggaraan

stor,stok inventori
masa dan
Membantu
Menjadi dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

Pengurusan bengkel proses sosial yang merangkumi perancangan,

pembaziran

tenaga serta
kebanggaan
dan
secara tidak lansung seperti
memudahkan
proses penyediaan bahan
menjimatkan
kos
dorongan
Mewujudkan
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
kepada guru
keselamatan
Dapat menghasilkan produk yang lebih berkualiti
sambil menjimat
bahawa bengkel
bengkel, alatan
masa
dan kos.
yang terurus
dan bahan
adalah satu
Pengertian Pengurusan
kejayaan pada Bengkel
diri
pelaksanaan proses, kawalan dan pemantauan proses, penyelarasan
dan penilaian untuk memastikan segala aktiviti yang dilaksanakan
Mewujudkan

suasana bengkel
dengan cekap dan berkesan.
yang kondusif
Merupakan usaha koperatif
Bengkel yang
untuk
Proses pengintegrasian input organisasi yang merangkumi sumber
terurus kelihatan
kemas dan
teratur

membolehkan
pengajaran dan
pembelajaran
dilaksanakan
dengan berkesan

manusia,bahan dan pembuatan.

Tujuan
Pengurusan
Bengkel

Menghasilkan
produk yang
lebih berkualiti

Menjimatkan
masa bekerja

Mengurangkan
kos pengeluaran
dan pembaziran

Mengelak
daripada
berlakunya
kemalangan

Mengawal
melibatkan pengawalan stok dan inventori

Menyelaras

Skop Organisasi dan Pengurusan Bengkel

memastikan bengkel berada dalam keadaan kemas dan tersusun

Mengarah
melibatkan peraturan-peraturan dan amalan yang perlu dipatuhi

Mengelola
aktiviti seperti mengatur,menyusun,menyediakan peralatan

merancang tentang bangunan, kurikulum, kelengkapan, peralatan dan


pelajar.

Merancang

Pemilihan
bekalan dan
peralatan- dari
segi kurikulum
dan perlindungan
keselamatan
Agihan
peruntukan wang

Perancangan
kemudahan

Aspek
Penting
dalam
Pengurusan
Bengkel

Pengurusan
kakitangan

Keselamatan
dari segi fizikal
bengkel dan
peraturan dan
panduan

Penyelenggaraan
dan rekod

Pengawalan
bahan

PRINSIP DAN AMALAN DALAM PENGURUSAN BENGKEL SEKOLAH :


Menurut Henri Fayol, 14 perkara yang perlu dititkberatkan:

Pengkhususan/ pembahagian kerja pekerja akan tumpu perhatian

khas untuk yugas yang tertentu


Kuasa dan tanggungjawab kuasa rasmi dan kuasa personel
Disiplin patuhan.taat setia dan menghormati
Kesepakatan dalam perintah pelaksanaan aktiviti menuju hala yang

sama
Kepentingan peribadi kepada kepentingan keseluruhan kepentingan
keseluruhan organisasi diberi keutamaan dan kepentingan peribadi

diketepikan
Penghargaan penghargaan dan penilaian yang diberikan kepada

setiap kakitangan organisasi harus adil dan berdasarkan prestasi kerja


Pemusatan pelaksanaan aktiviti secara pemusatan mengikut

keperluan organisasi
Rangkaian skala susunan struktur dalam organisasi iaitu daripada
atas ke bawah yang melibatkan hubungan dan kuasa setiap ahli

organisasi
Tersusun- peranan dan tugas setiap ahli mesti sesuai
Persamaan persamaan dan keadilan harus diamalkan dalam

organisasi untuk menggalakkan ahli sentiasa taat kepada organisasi


Kestabilan dalam memegang jawatan setiap anggota dalam

organisasi harus diberi masa untuk menyesuaikan diri dalam tugas nya
Inisiatif keinginan dan harapan dalam merancang aktiviti dan

memastikan aktiviti dilaksana dengan berjaya


Esprit de Corps penekanan kepada pembentukan perasaan harmoni
antara anggota dalam organisasi untuk mewujudkan kerja kumpulan
dan hubungan interpersanal yang erat.

Susun Atur Bengkel


Bengkel disusun atur untuk mengelakkan
kemalangan,meningkatkan produktiviti, mengurangkan
pembaziran bahan, mengurangkan kos pengeluaran,
menjimatkan masa bekerja, memudahkan proses kerja dan
menjadi bengkel kelihatan kemas dan ceria.

Bengkel

yang

menarik

dan

tersusun

dapat

membantu

murid

dalam

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Murid dapat


melaksanakan amali yang dirancangkan dengan baik jika semua peralatan
mencukupi dan suasana dalam bengkel adalah kondusif. Setiap sekolah mempunyai
reka bentuk bengkel yang berbeza mengikut kreativiti guru panitia kemahiran hidup
di sekolah masing-masing. Hal ini berkait rapat dengan pengurusan bengkel itu
sendiri. Guru yang berjaya menguruskan bengkel kemahiran hidup dengan berkesan
dapat memastikan objektif pengajaran tercapai. Namun beberapa ciri yang perlu ada
dalam menguruskan reka bentuk bengkel kemahiran hidup ini supaya dapat
mewujudkan suasana yang kondusif di dalam bengkel. Antara ciri yang perlu diambil
kira adalah seperti berikut:

digalakkan menggunakan bengkel kalis


bunyi bagi mengelakkan kebisingan
tahap kebisingan bengkel yang dibenarkan
ialah tidak lebih dari 150 dB
namun, kebisingan 90 dB selama 8 jam
boleh mengakibatkan hilang pendengaran

Bunyi

dilengkapi dengan ruang tunjuk cara dan


pengajaran

Kemudahan Pengajaran

pelan lantai proses


pelan lantai produk
pelan lantai gabungan

Pelan Lantai Bengkel

yang berkesan.
mempunyai susun atur yang baik dan dapat menghasilkan suasana pembelajaran
menceriakan bengkel kemahiran hidup sekolah. Contoh gambar bengkel di bawah
daripada guru lain dan boleh melantik murid sebagai ketua bengkel untuk
Untuk menghasilkan bengkel yang menarik guru panitia boleh meminta bantuan
Ciri-ciri tersebut dapat membantu guru dalam menguruskan bengkel kemahiran.
mesin ditempatkan berhampiran dengan
sumber bekalan
sistem saliran air di singki yang baik dan
sempurna
pengudaraan yang baik supaya bengkel tidak
mengumpul haba dan mendapat udara asli

penambahan sumber cahaya dalaman,


lampu dibuka ketika pengajaran dan kerja
amali dijalankan
buka tingkap bagi menjimatkan kos

penggunaan warna yang sesuai di lantai bagi


mengurangkan silauan
menggunakan warna yang cerah supaya
bengkel tidak kelihatan suram dan gelap

Kebersihan
Pencahayaan
Warna

Susun atur perabot yang rapi dan laluan yang selamat dan selesa.

Penggunaan warna yang cerah dan ceria membantu pencahayaan.

STRATEGI ORGANISASI DAN PENGURUSAN :


Sebuah program yang dibangunkan untuk mencapai
objektif dan misisesebuah organisasi.
STRATEGI
Corak tindak balas sesebuah organisasi terhadap
persekitaran disepanjang operasi mereka.

STRATEGI ORGANISASI
1. Penyatuan Manusia
Penyatuan manusia untuk melakukan sesuatu tugas secara bersama.
Persefahaman antara satu sama lain dibina dalam kalangan manusia.
Penting untuk kesinambungan tugas dalam bengkel.
Contoh : kita dapat lihat dan rujuk sistem penyimpanan rekod dan stok
alatan dan kelengkapan yang terdapat dalam bengkel secara mudah.
Kerjasama semua guru diperlukan supaya peralatan semua bengkel
boleh direkod dan disimpan mengikut jenis dan bilangan.
2. Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru.
Bertindak sebagai sumber untuk mewujudkan pengalaman baru dalam
bidang kerjaya.
Contoh : panitia bengkel boleh menganjurkan program perkembangan
staf untuk tujuan organisasi bengkel seperti kerja penyelenggaraan
peralatan.
KEPERLUAN KESELAMATAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN :
-

PETUNJUK PERANCANGAN

Sesebuah bengkel perlulah dirancang dengan baik. Faktor yang dijangka


berkaitan perlulah diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan
bengkel mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan semasa
dan masa hadapan. Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan
panduan untuk tujuan perancangan :

a.Pelan lantai
Perancangan pelan lantai mestilah teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk
yangpenting dalam merancang bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu:
i. Pelan lantai proses (proses layout)
Mengumpulkan mesin-mesin di suatu lokasi
akanmenghasilkan satu ruangan kerja yang sama.

mengikut

jenis

mesin.

Ini

ii. Pelan lantai produk (product layout)


Menyusun kelengkapan mesin mengikut langkah kerja untuk menghasilkan
sesebuah produk.
iii. Pelan lantai gabungan antara proses dan produk.
Dirancang mengikut gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis pelan lantai ini
kurang digunakan.

b. Kemudahan pengajaran
Kemudahan pengajaran akan memaksimumkan lagi pembelajaran dalam
bengkel. Dalam sesebuah bengkel, ruang untuk tunjuk cara dan syarahan perlu
disediakan. Ruang terhad akan menyebabkan kesukaran kepada guru
untukmelakukan aktiviti.

c. Bunyi
Sebuah bengkel mungkin memerlukan bahan kalis bunyi yang sesuai. Ini bagi
mengelakkan bunyi bising yang berlebihan yang akan menggangu
prosespengajaran dan pembelajaran.
Tahap kebisingan bagi sesebuah bengkel tidak boleh melebihi 150 dB(decibel). Jika
seseorang didedahkan dengan bunyi bising pada tahap 90 dB dalam jangkamasa
lapan jam, ianya boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran.

d. Warna
Pengunaan warna yang sesuai boleh meningkatkan tahap keselamatan
dalam sesebuah bengkel. Contoh, penggunaan warna yang sesuai pada bahagian
lantai akanmengurangkan kadar silauan dan menghasilkan suasana yang lebih
ceria.

e. Pencahayaan
Pencahayaan
perlu
diberi
penekanan
dalam
dalam
sesebuah
bengkel.Sesebuah bengkel biasanya menggunakan lampu untuk menerangi
danmenambahbaikkan kadar pencahayaan.
Cahaya asli daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan. Selain
daripadamenjimatkan kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya lampu.

f. Bengkel Am
Bengkel adalah alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan
diperingkat sekolah. Perancang perlu mempunyai kepakaran yang tinggi merancang
bengkel ini. Bengkel-bengkel am ini jika berjaya dihasilkan perlu beroperasi secara
unit-unit kecil bagi setiap bidang pembelajaran yang bersesuaian.
PRINSIP ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL MENGIKUT
KEPERLUAN KESELAMATAN
a) Ruang dan kawasan kerja.
Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang
kursusmatapelajaran yang dijalankan.
Ruang yang sempurna memudahkan penyeliaan kerja.
Kawasan kerja menempatkan stesen-stesen kerja individu dan khas,kawasan untuk
mesin-mesin, kawasan pengstoran, kawasan pameran,laluan untuk bekerja,
kawasan unuk menempatkan alatan kesihatan dankebakaran dan kawasan untuk
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b) Pintu dan tanda keluar.


Mengikut peraturan pihak bomba dan penyelamat, setiap premismempunyai
dua pintu. Saiz pintu 1 kali lebih besar daripada saiz piawai pintu rumah.
Diperlukan untuk memudahkan keluar masuk bahan dan mesin.
c) Kawalan kesihatan dan persekitaran.
Merupakan aspek penting dalam pengurusan bengkel. Dilakukan
melaluikawalan cahaya, kawalan pengedaran udara, kawalan bunyi dan
kawalanpelupusan.
d) Peralatan perlindungan diri.
Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko
kemalangan.Oleh itu peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan.
Contoh: penutup hidung dan apron.
e) Perubatan dan pertolongan cemas.
Peti kecemasan yang terdapat dalam bengkel perlu lengkap dengan
alatanyang dicadangkan oleh pihak hospital. Diletakkan di tempat berdekatan
dengan stesen guru dan mudah dilihat. Kawasan mencuci tangan perlu disediakan.
f) Pencegahan kebakaran.
Dalam sesebuah bengkel, risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi.Ini
kerana kebakaran boleh berlaku melalui litar pintas. Oleh itu, pencegahan kebakaran
dalam sesebuah bengkel perlu disediakan. Alatanyang biasa kita lihat dan mudah
didapati ialah alat pemadam api. Ia bolehditempatkan di tempat yang mudah untuk
dicapai dan mudah dilihat. Selain daripada itu, alatan seperti hos bomba, pengesan
haba, dansprinkler juga boleh dipasang.
g) Peralatan pemampat udara.
Pemampat udara digunakan semasa kerja pembersihan bengkel dan mesinmesin. Pemampat udara amat dperlukan dalam sesebuah bengkel.

h) Penstoran bahan.
Sistem penstoran yang sistematik pelu diwujudkan. Sistem penstoran bahan
akan memudahkan kita untuk meyemak bahandan menyediakan perbelanjaan untuk
membeli bahan yang diperlukan.
i) Mesin dan perlindungan mesin.
-

Setiap mesin dibina dengan alat perlindungan yang sesuai.

Alat perlindungan ini tidak boleh dialih untuk mengelakkan kemalangan.

j) Mesin berkuasa mudah alih.


-

Mesin berkuasa mudah alih menjadi pilihan kerana harga yang murah.

Mesin ini juga merbahaya seperti mesin bukan mudah alih.

Mesin ini mudah rosak.

Guru perlu memberikan perhatian dan pengawasan ketika


pelajar menggunakannya.
- PEMERIKSAAN KESELAMATAN BENGKEL

Pemeriksaan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup yang perlu diberi


perhatian khusus oleh guru dan juga murid yang menggunakan bengkel KH ini.
1. Bengkel haruslah memberikan keutamaan kepada keselamatan.
2. Pengguna bengkel mestilah selamat sebelum menggunakan,
semasamenggunakan dan selepas menggunakan bengkel dan segala
peralatan dibengkel.
3. Guru dan pelajar mestilah tahu bagai mana bertindak apabila berlaku:
i. Kecederaan dan kemalangan
ii. Kejutan elektrikiii. Kebakaran
4. Bengkel perlu ada peti kecemasan yang mengandundi ubat luka dan
sapuanuntuk lecur serta kain balutan untuk kecederaan ringan.
5. Jika berlaku kecederaan yang serius dan teruk hendakan dilaporkan
kepadaguru bertugas dan terus dirujuk kepada hospital yang terdekat.

6. Bengkel juga mesti mempunyai alat pencecah kebakaran yang


berfungsi disetiapbengkel. Alat pencegah kebakaran mestilah
digantung ditempat mudah dilihatdan mudah dicapai.
7. Jika berlaku kebakaran besar hendaklah keluar dengan segera
mengikut pelankecemasan kebakaran dan memanggil bomba melalui
talian kecemasan 999.
8. Jika berlaku sebarang kejutan elektrik, hendaklah dimatikan suis utama
terlebihdahulu atau menekan suis keselamatan bengkel.
9. Jangan sentuh mangsa kejutan dengan tangan, gunakan kayu kering
untuk mengalih mangsa daripada benda atau wayar yang menjadi
punca kejutan elektrik.

LATIHAN......
1. Diantara berikut yang manakah merupakan pengertian dan pengurusan
yang berkesan,
A.
B.
C.
D.

Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan


produktif berteraskan konsep tanpa cacat (Zero Defect).
Mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa.
Pembahagian tugas dalam kelas menjadikan setiap pelajar akan rasa lebih
bertanggungjawab terhadap tugas mereka.
Keberkesanan sesuatu organisasi adalah sangat bergantung kepada sejauh
mana keaktifan dan kreadibiliti pengurusannya.

2. Pengelolaan sesebuah bengkel adalah amat penting bagi seseorang guru


teknikal, kerana;
i.
ii.
iii.
iv.

bengkel dianggap satu kebanggaan mereka


susah untuk mengendalikan alatan dan bahan
mengambil masa dan tenaga untuk mengelola
bangunan dan kelengkapan mahal harganya.
A.

i, ii dan iii B.

i, iii dan iv C.

ii, iii dan iv D.

i, ii, iii dan iv

3. Apabila menentukan sama ada keadaan tidak selamat wujud di dalam


bengkel, guru seharusnya memikirkan kemungkinan-kemungkinan tertentu,
seperti;
keadaan mekanikal dan fizikal kelengkapan
keadaan lantai pejalan kaki dan permukaan kawasan bekerja
pengudaraan dan pencahayaan dalam bangunan bengkel
tingkah laku pelajar yang akan menggunakan bengkel.
A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C.

ii, iii dan iv D.

semua

JAWAPAN :
1. A 2. C 3. A

i.
ii.
iii.
iv.

PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL

PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL :


-

MERANCANG PROGRAM KESELAMATAN BENGKEL

a) MENETAPKAN OBJEKTIF PROGRAM


i.

Memastikan keadaan bengkel yang selamat untuk pelajar bekerja.

ii.
Menerapkan dalam diri pelajar pengetahuan disamping membentuk sikap dan
juga rasa hormat kepada prinsip-prinsip pencegahan kemalangan sebagai
persediaan untuk bekerja dimasa hadapan.
b) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN
Kenyataan falsafah program iaitu satu
kepentingan program keselamatan yang berkesan.

pernyataan

yang

menyebut

Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek keselamatan termasuk


keselamatan persekitaran sekolah dan bengkel dan juga maklumat terperinci
berkaitan penggunaan peralatan dan penyelenggaraan.
Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah pencegahan kemalangan,
termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan oleh guru, pelajar, pentadbir atau
mereka yg bertanggungjawab utk menilai keselamatan bengkel.
Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah yang juga melibatkan pelajar.
Jawatankuasa membuat cadangan dan keputusan berkaitan keselamatan.
Rancangan tindakan segera iaitu prosedur terperinci yg perlu dipatuhi oleh
setiap individu sekiranya berlaku kecemasan spt kecederaan,kebakaran dll.
Kempen kesedaran keselamatan supaya semua warga sekolah sentiasa
brewaspada dgn keselamatan , adakan aktiviti spt pertandingan,memasang
poster,menyediakan papan buletin dan peti cadangan.

PROGRAM KESELAMATAN SECARA PENDEKATAN SISTEM

Menurut V. William DeLuca danW. James Haynie,iii (1989) , pengaplikasian


teori sistem dan teknologi kawalan merupakan satu perubahan yang amat signifikan
dalam teknologi moden.

Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke atas prestasi


keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem memainkan peranan yang
menyumbang kepada operasi keseluruhan sistem.
Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara semua sub - sistem.
Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi dengan baik, maka keseluruhan sistem
akan gagal. Untuk memaksimumkan keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu
diwujudkan untuk mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem.
Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui lingkaran - lingkaran
maklum balas, dan keputusan yang dibuat harus mengoptimumkan fungsi setiap
sub- sistem di samping mengambil kira kesan keseluruhan. ke atas sistem.
Sesebuah sistem keselamatan mesti direka bentuk supaya boleh meminimumkan
kecederaan. Komponen-komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktorfaktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk menyebabkan kecederaaan.Bagi
memudahkan kita untuk memahami program keselamatan secara pendekatan ini,
maka Model Sistem Keselamatan yang telah dibentuk oleh DeLuca dan
Haynie(1989) dijadikan contoh.
Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen dalam sistem ini adalah
seperti berikut :
-

Persekitaran ( environment)

Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat bidang atau sistem


teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi dan pengangkutan. Persekitaran
merangkumi kemudahan - kemudahan fizikal yang wujud dalam setiap bengkel
program tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang sama, namun setiap
bengkel memiliki keunikan tersendiri yangmembezakan antara bengkel-bengkel
tersebut. Antara faktor-faktor yangmempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel
adalah pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod
warna,
penyimpanan, prosedur pencegahan kebakaran,housekeeping,
ergonomik dan
keperluan pertolongan cemas.

Manusia ( human factor)

Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan keadaan


keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar mesti memiliki pengetahuan
mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain kognitif), dan memiliki
sikap dan nilai yang diperlukan untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut
(domain afektif). Tahap kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan
dengan selamat (domain psikomotor).
Walau
bagaimanapun,
guru
memainkan
peranan
penting
dan
bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan mewujudkan suasana selamat
dalam bengkel. Faktor utama yang menyebabkan kecederaan adalah perlakuan
manusia yang tidak mematuhi arahan-arahan keselamatan dan prosedur melakukan
kerja yang telah ditetapkan.
-

Peralatan dan Kelengkapan ( tools & equipment)

Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk untuk memudahkan dan


membantu manusia membuat kerja-kerja amali dan menggunakan bahan-bahan
seperti kayu,logam atau plastik. Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa
bahaya dan menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul, maka
peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus keselamatan dalam bengkel. Antara
peralatan yang membawa bahaya adalah peralatan tangan manual, peralatan
tangan berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa pelindung.
-

Proses ( processes)

Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses atau prosedur


penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Makapelajar mesti diajar dan
belajar melaksanakan sesuatu proses dengan betul untuk menghindari kecederaan.
-

Bahan-bahan ( materials)

Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila tidak diselenggara


dengan betul, akan membawa kesankumulatif yang boleh menyebabkan penyakit
berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan yang digunakan mestilah diselenggara dan
disimpan dengansempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat dengan
betulsupaya tidak memberi kesan buruk kepada persekitaran.
-

Pengaruh Luar ( outside influences)

Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi , keselamatan, turut


dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar merangkumi
pengaruh agensi-agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga masyarakat/
-

Maklumbalas(feedback)

Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah bahagian penting


bagi komponen
maklum balas dalamsistem keselamatan ini. Enam
komponen,pertama dalam sistem ini mewujudkan wadah kandungan bagi
merancang sistem. komponen maklumbalas mengintegrasikan, kandungan ke dalam
sistem, pengajaran berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang
dan mengekalkan sistem keselamatan.
Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh menjadi punca
kepada kemalangan. Dalam program ini, guru dan pelajar bersama-sama harus
dapat mengenalpasti dan menilai faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya
mewujudkan sistem maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel.

FAEDAH AMALAN KESELAMATAN

i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan penyakit


pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan, kecederaan malah
kematian.
ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.
iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif.
iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.
v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.
vi.Produktiviti boleh ditingkatkan.
vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.

TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL :

A. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN


-

Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain


dan harta benda.
Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak.
Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh
merbahayakan
Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti
seharian.
Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.

B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN.


-

Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak


disampaikan kepada pelajar.
Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan.
Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel
Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul
ditunjukkan kpd pelajar.
Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh
pelajar utk mengulangkaji
Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.

C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN


-

Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.


Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.
Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.
Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan
kelengkapan yang berat
Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua
pelajar menandakan pelajar memahami.
Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau
peralatan yang betul.
Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk
kegunaan pelajar
Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada
pengetua/guru besar utk makluman.

D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN.

Kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi.


Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat
, dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan
peraturan keselamatan bengkel.

E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN


-

Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk


bertulis dan praktis.
Peraturan membolehkan guru:
Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan
maklumat mengenai keselamatan.
Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat
bertindak membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.

Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah mengajar


keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya berlaku
kemalangan atau kecederaan.

PERATURAN AM KESELAMATAN :

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku


kejadian yang tidak diingini.
Peraturan tersebut ialah :
1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.
2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk
dari guru.
3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari
bengkel
4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.
5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan
pencahayaan mencukupi.
6.Labelkan semua peralatan dan bahan.
7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.
8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.
9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Carta peraturan keselamatan hendaklah disedikan dan dipamerkan di bengkel.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.


2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas
siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan
kedalam apron.
4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.
5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan
serta patuhi arahan guru.
6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.
7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan
aktiviti-aktiviti di bengkel.
8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat
penting untuk keselamatan.

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara
untuk menggunakannya.
2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara
menggunakan peralatan elektrik.
3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar
seperti petrol dan cat serta
peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.
5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.
6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan
segera.

Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.

LATIHAN......
1. Mengapakah peraturan keselamatan dan undang-undang bengkel penting
dan perlu dipatuhi setiap masa?
A. Pengguna peralatan bengkel sentiasa terdedah kepada berbagai
bahaya.
B. Kebanyakan individu sering menyalahgunakan kemudahan bengkel.
C. Mengurangkan risiko kemalangan jiwa dan kerosakan alatan bengkel.
D. Menjaga keselamatan menjadi tanggungjawab semua pengguna.
2. Faedah-faedah yang akan diperolehi oleh seseorang guru teknikal
sekiranya mengamalkan falsafah keselamatan dan kesihatan adalah,
mengurangkan kadar bilangan pelajar daripada mengalami
kecederaan semasa
bekerja dibengkel setiap tahun,
tingkah-laku pelajar dapat dikawal dan diperbaiki,
mengurangkan kos penyelenggaraan alatan dan mesin dalam bengkel,
mengurangkan pembaziran masa mengesan dan memperolehi alatan yang disusun
secara teratur dan kemas.
A. i, ii dan iii B. ii, iii dan iv C. i, ii dan iv D. semua
3. Di setiap sekolah yang mempunyai kemudahan-kemudahan seperti
makmal dan bengkel, peraturan keselamatan sering diwujudkan bagi tujuan,
A. memastikan semua pengguna mematuhi peraturan sekolah.
B. memaklumkan kepada pihak luar bahawa bengkel tersebut
mengamalkan
program keselamatan dan kesihatan.
C. menyedarkan para pelajar bahawa kemungkinan-kemungkinan
mara bahaya
dalam bengkel,
D. memandu pihak pentadbiran sekolah menjalankan programprogram
keselamatan setiap masa.

JAWAPAN :
1. D 2.D 3.C

RUMUSAN :
Pada akhir bab , pelajar dapat memahami tentang Organisasi dan
Pengurusan Bengkel serta Pengurusan Keselamatan Bengkel secara lebih
mendalam dan efektif.
Organisasi dan Pengurusan Bengkell harus diurus dan diorganisasikan untuk
memastikan pengajaran dan pembelajaran di bengkel dapat dilaksanakan dengan
lancar iaitu secara cekap dan berkesan
Pengurusan Keselamatan Bengkel pula guru bertanggungjawab untuk
melaksana objektif keselamatan, merancang pengajaran keselamatan, menyediakan
arahan keselamatan, melaksana peraturan kselamatan serta menilai pengajaran
keselamatanterhadap pelajar.

RUJUKAN :
Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan, Institut
Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01
Crow and Crow (1980), Psikologi
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendidikan

Untuk

Perguruan.

Kuala

Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi Pertama:


Kuala Lumpur.
Ramlah Hamzah (1993). Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru Mencetus Pembangunan Minda. Bil 9.
m/s 51-69.

REFLEKSI
Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan kerja
kursus Pengurusan Bengkel Dan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (RBTS
3023) saya. Kami Mohamad Afiq Ikhwan Bin Abdullah, Nur Ain Adlina Bt Azahari
serta Wan Farzana Aida Binti Wan Ismail sangat berbesar hati kerana tugasan yang
diberikan telah berjaya kami sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawankawan, pensyarah dan ibu bapa kami tidak memberi galakan dan dorongan kepada
kami untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik
kerana kami tidak menyangka bahawa kami bertiga telah melakukannya dengan
baik. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar
pada masanya.
Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini.
Antara perkara yang dipelajari ialah ciri-ciri wacana dan nilai murni. Hal ini sangat
berguna kepada kami kerana di samping dapat menyiapkan tugasan, kami juga
dapat menimba ilmu tentang cara-cara penerapan nilai murni dalam kurikulum .
Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk
ajar oleh Tuan Haji Zulkifly Bin Yusuf, kami bertiga berasa yakin untuk menyiapkan
tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk mencari
bahan.
Tugasan ini telah kami fokuskan untuk yang terbaik. Perpustakaan menjadi
tempat kepada kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam tugasan yang
diberikan. Buku Pengurusan Bengkel ialah buku yang lengkap dan menjadi penduan
utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan
buku-buku yang lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu,
kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan
internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk menggunakan teknologi masa kini
yang telah maju dan canggih.
Kami bertiga mula merasai kepentingan RBTS 3023 ini terhadap diri sendiri
kerana dapat belajar peranan seorang guru dalam menjadi guru yang mahir dalam
pelbagai bidang terutama di bengkel. Contohnya, sewaktu kami mencari bahan
tersebut, kami begitu teruja dan membaca setiap ilmu yang bernilai ini. Melalui
segala pengalaman dan ilmu-ilmu yang telah kami perolehi, dengan izin Allah kami
dapat praktikkan sebaik mungkin dan kami akan menurunkan ilmu ini kepada pelajar
kami nanti. Setelah terlalu banyak membuat pencarian maklumat, kami berharap
ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Kami juga akan menggunakan
ilmu ini sebaik mungkin sewaktu dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang
akan datang nanti.
Semasa melakukan tugasan ini,kami telah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri sendiri sebagai bakal guru. Tambahan pula, pengalaman

berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan lain bagi melaksanakan tugasan


ini membolehkan kami memperbaiki dan meningkatkan cara untuk berkomunikasi.
Hal ini sekaligus dapat membantu kami berkomunikasi dengan baik dan
membuatkan kami menjadi bakal guru yang berkualiti. Selain itu, sikap toleransi juga
dapat dipertingkatkan melalui tugasan ini. Kini, kami bertiga lebih mengenali sahsiah
rakan rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan
hubungan kami yang dua hala ini.
Setelah selesai menyiapkan tugasan ini, berdasarkan pencarian, kami dapat
meluaskan pengetahuan dan kefahaman tentang bidang ini terutamanya
keselamatan di bengkel. Konklusinya, dapatlah kami simpulkan bahawa tugasan ini
memberi ruang serta peluang kepada kami untuk menimba sebanyak mungkin
pengalaman dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk diaplikasikan dam proses
pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali,kami berharap agar tugasan yang telah
dilaksanakan ini dapat diterima dengan baik oleh pensyarah dan dapat dimanfaatkan
bersama-sama.
Sekian, terima kasih.

RUJUKAN
Buku Ilmiah
Ahmad Athory Hussin (1991), Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Ahmad Sabu, (1998). Jurnal Pengurusan Dan Kepemimpinan Pendidikan,
Institut Aminudin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 08, Bil. 01
Crow and Crow (1980), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Hassan Salim (1997), Panduan Keselamatan Bengkel Di Sekolah. Edisi
Pertama: Kuala Lumpur.
Ramlah Hamzah (1993). Persepsi Dan Masalah Guru Terhadap Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Pendidikan Guru Mencetus
Pembangunan Minda. Bil 9. m/s 51-69.
Internet

http://www.scribd.com/doc/37552684/4-ORGANISASI-PENGURUSANBENGKEL

http://kemahiranhidup2u.blogspot.com/2011/02/jenis-jenis-kecederaandan-kemalangan.html

http://www.scribd.com/doc/28758588/keselamatan-bengkel
http://skill4living.blogspot.com/2010/07/keselamatan-semasa-dalambengkel.html