Anda di halaman 1dari 26

3.

0 Konsep Etika:
Perkataan etika diambil dari bahasa Latin, ethica yang bermaksud adat atau
keperibadian dan merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi
kelakuan betul dan kehidupan baik. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan
etika sebagai sesuatu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Etika
juga merujuk kepada maksud kebiasaan atau cara. Oleh itu, etika boleh ditakrifkan
sebagai suatu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat yang juga
merupakan satu set peraturan tingkah laku atau undang-undang yang digubal bersama
ahli masyarakat tersebut. Tujuan kod-kod etika ini digubal adalah bertujuan menjadi
garis panduan kepada tingkah laku sesuatu kumpulan untuk mengawal, menjamin
tingkah laku yang bermoral dalam kumpulan tersebut. Etika sebagai disiplin ilmu
berhubungan dengan kajian secara kritis tentang adat kebiasaan, nilai-nilai dan norma
perilaku manusia yang dianggap baik atau tidak baik. Dalam etika, masih dijumpai
banyak teori yang mencuba untuk menjelaskan suatu tindakan, sifat, atau objek perilaku
yang sama dari sudut pandang atau perspektif yang berlainan. Teori-teori etika yang
akan diterokai termasuklah teori teleologikal, teori deontologikal, teori kemoralan sosial
dan teori keperibadian mulia.
3.1 Teori Teleologikal
Teori ini mengatakan bahawa nilai betul atau salah bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan yang dikenali sebagai konsekuensialisme (consequentalism).
Keputusan yang akhir bergantung kepada jumlah bandingan perkara-perkara baik atau
betul yang dilakukan, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Teori
teleologikal menganggap tindakan atau perbuatan yang membawa kebaikan adalah
bermoral manakala yang mendatangkan keburukan adalah tidak bermoral. Berdasarkan
teori ini, nilai betul atau salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Ini bererti
sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya kebaikan yang dibawa lebih
daripada keburukan. Teori teleologikal amat mementingkan hasil akibat sesuatu
tindakan.

Selain

itu,

kebaikan

atau

kejahatan

sesuatu ditentukan

oleh

nilai

instrumentalnya. Seterusnya, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika


jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun, pandangan ahli teleologi
yang berbeza tentang apa yang dikatakan baik dan jahat telah menyebabkan wujudnya
dua jenis teori teleologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan Egoisme.

3.1.1 Utilitarianisme
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya
dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (1806-1873). Utilitarianisme berasal
daripada perkataan utility yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral ini
berkaitan dengan tindakan seseorang dengan tujuan memaksimumkan kebahagiaan
atau keseronokan kepada majoriti.
Menurut teori ini, suatu tindakan dikatakan baik jika membawa manfaat bagi
sebanyak mungkin kepada anggota masyarakat. Etika utilitarianisme berpegang kepada
prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan
menghasilkan kebaikan maksimum kepada setiap orang atau membawa kebahagiaan
yang maksimum kepada majoriti. Di sini, kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
keseronokan, iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral. Sesuatu perlakuan itu dianggap
baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang diharapkan untuk
diperoleh. Sebagai contoh, Tindakan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah
dianggap wajar kerana ia menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi
kesengsaraan dan penderitaan yang dialami oleh masyarakat dunia iaitu mereka
dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi mengelakkan berlakunya perkara yang
lebih buruk.
Pandangan Utilitarianisme juga terbahagi kepada dua iaitu:
a. Utilitarianisme Tindakan - Setiap orang patut melakukan tindakan yang akan
membawa kebaikan maksima untuk setiap orang yang dipengaruhi oleh tindakan itu.
Peraturan tidak diperlukan untuk tindakan kerana setiap situasi dan orang adalah
berlainan.
b. Utilitarianisme Peraturan - Setiap orang patut membentuk dan mengikut suatu
peraturan atau peraturan yang akan membawa kebaikan maksima bagi semua
orang terlibat. Pendukung teori ini percaya terdapat niat, tindakan dan situasi
manusia yang serupa untuk mewajarkan pembentukan peraturan yang akan
diaplikasikan kepada semua orang dalam apa jua situasi. Contohnya, tindakan
membunuh akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan bagi pihak
majoriti dan dalam kebanyakan situasi, maka pembunuhan tidak harus dilakukan
kecuali dalam keadaan tertentu seperti mempertahankan diri.

Ciri-ciri utilitarianisme adalah (1) Ukuran baik tidaknya suatu tindakan dilihat dari
akibat, konsekuensi, atau tujuan dari tindakan itu. (2) Dalam mengukur akibat dari suatu
tindakan, satu-satunya parameter yang penting adalah jumlah kebahagiaan atau jumlah
ketidakbahagiaan. (3) Kesejahteraan setiap oang sama pentingnya.
Terdapat kritikan terhadap teori utilitarianiame:
a) Utilitarianisme

hanya

menekankan

tujuan

atau

manfaat

pada

pencapaian

kebahagiaan duniawi dan mengabaikan aspek rohani.


b) Utilitarianisme mengorbankan prinsip keadilan dan hak individu iaitu minoritas demi
keuntungan majoritas iaitu masyarakat.
3.1.2 Egoisme
Teori egoisme adalah satu teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan itu
adalah betul jika ianya membawa kebaikan dan sesuatu itu buruk jika ia membawa
keburukan kepada diri sendiri. Individu yang berpegang kepada teori egoism
mementingkan diri sendiri dan kebaikan serta kepuasan yang diperoleh daripada
tindakan tersebut, iaitu kepentingan orang lain diketepikan. Kata lain, teori egoisme
adalah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri. Ia terbahagi kepada egoisme
psikologi dan egoism etika.

Dalam Egoisme Psikologikal, manusia sentiasa bertindak demi kepentingan diri


kerana dibentuk secara mental untuk berbuat demikian dan terdapat orang yang kerap,
tetapi tidak selalu, bertindak demi kepentingan. Selain itu, bagi egoisme etika, ia adalah
bersifat normatif. Ia terbahagi kepada 3 bentuk iaitu yang pertama sekali ialah egoisme
etika individu yang bermaksud setiap orang patut bertindak untuk kepentingan diri.
Seterusnya ialah egoisme etika personal. Dalam egoism etika personal pula, ia
menentukan apa yang harus dilakukan oleh orang lain. Saya patut bertindak untuk
kepentingan diri sendiri tetapi saya tidak berhak. Bagi egoisme universal pula, setiap
orang patut bertindak demi kepentingan diri kecuali kepentingan orang lain juga
memenuhi kepentingannya. Mengikut teori ini, serangan Amerika ke atas Iraq pada
tahun 2003 adalah untuk mendapatkan hak saluran paip minyak. Tindakan ini adalah
semata-mata untuk kepentingan dan keuntungan Amerika sahaja.
Dari apa yang saya fahami, perbezaan antara utilitarianisme dengan egoism
adalah

teori

utilitarianisme

dapatlah

dilihat

dari

tindakan

seseorang

dengan

tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan kepada majoriti manakala teori


egoism dapat dilihat dari segi sesuatu tindakan itu adalah betul jika ia membawa
kebaikan kepada diri sendiri.
3.2 Teori Deontologikal
Deontologi berasal dari perkataan Yunani deon yang bermaksud diharuskan atau
diwajibkan. Teori ini menegaskan bahawa sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk,
benar atau salah adalah berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai
intrinsik dan tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas
kerelaan hati dan motif tindakannya merupakan satu tanggungjawab kepada
masyarakat tetapi bukan kerana paksaan atau desakan. Teori ini menolak apa yang
diperakui oleh teori teleologikal. Menurut teori ini, akibat sesuatu tindakan atau
perlakuan adalah tidak dititikberatkan. Apa yang lebih penting ialah sifat perlakuan atau
ciri peraturan itu. Sesuatu perlakuan sama ada baik atau buruk, benar atau salah
ditentukan berdasarkan prinsip moral dan kewajipan moral yang bernilai intrinsik. Oleh
itu, kita perlu memahami bahawa kewajipan dan peraturan moral yang sedia ada
sebelum kita mula memilih sesuatu tindakan moral yang betul. Teori ini mempunyai dua
aspek iaitu Deontologikal Tindakan (eksistensialisme) dan Deontologikal Peraturan
(prinsip kewajipan).
3.2.1 Prinsip Eksistensialisme
Prinsip Eksistensialisme menegaskan bahawa nilai baik buruk mesti berasaskan
pilihan individu secara bebas. Eksistensialisme bermaksud kebasan moral bertindak
tanpa amanah, paksaan dan larangan iaitu merangkumi aspek kebebasan dari segi
kebebasan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral. Menurut Sartre (19051980), seorang ahli falsafah Perancis berpendapat bahawa peraturan dan prinsip
kemoralan adalah terlalu abstrak, subjektif dan berubah-ubah. Beliau juga menyatakan
bahawa tidak ada satu set peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk
menentukan tindakan bermoral. Tindakan baik atau buruk adalah berasaskan kepada
pilihan individu secara bebas. Teori Deontologikal ini dipelopori oleh Jean Paul Satre
yang menekankan kebebasan iaitu manusia bebas memilih tindakannya. Individu bebas
buat pilihan atau keputusan dan tidak membenarkan pilihan atau keputusannya

dipengaruhi orang lain. Individu akan bebas bertindak dan dialah yang perlu
bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri. Sebagai contoh, setiap individu
bertanggungjawab

dalam

merealisasikan

hasrat

kerajaan

untuk

mewujudkan

keharmonian dalam masyarakat dan kemajuan negara. Oleh itu sebarang tindakan
individu yang menggugat keharmonian negara adalah pilihan individu itu sendiri secara
bebas dan merekalah yang perlu bertanggungjawab atas tindakan mereka. Ini adalah
kerana manusia perlu bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku
moralnya sendiri. Individu yang berpegang kepada prinsip Eksistensialisme hanya
berpegang kepada prinsip sesuatu nilai yang baik atau buruk mesti berasaskan kepada
pilihan individu secara bebas. Kadang-kala nilai pilihan individu ini tidak mengambil kira
prinsip moral keluarga dan masyarakat setempat, malah mempunyai standard moral
yang jauh berbeza.
3.2.2 Prinsip Kewajipan
Prinsip kewajipan ini dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) yang
menegaskan pelaksanaan tanggungjawab semata-mata kerana pelaksanaan itu
merupakan satu tanggungjawab. Prinsip kewajipan pula membawa maksud sesuatu
tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab
yang diakui. Dalam kata lain, prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu merupakan satu kewajipan. Contohnya, seorang ayah
yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada anaknya sekiranya
berjaya di dalam peperiksaan, maka ayah haruslah menunaikan janjinya. Jika tidak,
anaknya akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk
meneruskan kejayaan kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan. Ramai ahli
kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan berdasarkan keagamaan, tetapi
terdapat tanggungjawab yang tidak berubah mengikut agama atau adat resam, misalnya
tidak membunuh, tidak berzina atau tidak menipu dalam apa jua keadaan merupakan
peraturan universal. Menurut Kant, sesuatu tindakan yang betul perlu selari dengan
kemoralan universal. Maka, kita tidak perlu membuat pertimbangan tentang kesan
tindakan (Teori Teleologikal) sebelum kita membuat keputusan. Menurut Prinsip
Kewajipan, individu bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama dan negaranya.
Kadang-kala individu tersebut akan berdepan dengan keadaan yang wujudnya dua
kewajipan yang berkonflik. Contohnya, seorang suami perlu menunaikan kewajipannya

sebagai suami untuk menjaga isteri yang sakit, dan dia juga perlu menjalankan
kewajipannya sebagai seorang guru yang perlu menghadiri mesyuarat di sekolah. Oleh
kerana kedua-dua kewajipan perlu dilaksana pada masa yang sama, maka dia
menghadapi kesukaran untuk memilih yang mana satu kewajipan perlu diberi
keutamaan tetapi ini merupakan satu kelemahan Prinsip Kewajipan yang selalu dikritik.
Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu kategorikal imperatif
(perintah mutlak) dan praktikal imperatif. Kategorikal imperatif atau perintah mutlak
menerangkan perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat.
Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip tersebut mestilah
diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab
sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.
Contoh yang berkaitan dengan kehidupan seharian yang boleh dikaitkan dengan
kategorikal imperatif atau perintah mutlak ialah situasi semasa peperiksaan. Ramai yang
mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan satu tindakan yang
salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin mencapai kejayaan dengan mudah,
ramai yang menipu di dalam peperiksaan. Perlakuan ini sentiasa dihina kerana ia
merupakan satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk
mencapai kejayaan. Di samping titu, praktikal imperatif menyatakan bahawa
kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu.
Malah kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.
Sir William David Ross (18771940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan
pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju
dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima
facie ( at first glance atau on the surface of things) tertentu yang patut kita sentiasa
patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita buat yang
berlainan.
Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia
kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya. Oleh itu, Ross telah menyusun
sebuah daftar kewajipan yang semuanya merupakan kewajipan prima facie:
a)

Kewajipan kesetiaan: Kita harus menepati janji yang diadakan dengan bebas.

b)

Kewajipan ganti rugi: Kita harus melunasi hutang moral dan material.

c)

Kewajipan terima kasih: Kita harus berterima kasih kepada orang yang berbuat

baik kepada kita.


d)

Kewajipan keadilan: Kita harus membahagikan hal-hal yang menyenangkan


sesuai dengan khidmat orang berkaitan.

e)

Kewajipan berbuat baik: Kita harus membantu orang lain yang memerlukan
bantuan kita.

f)

Kewajipan mengembangkan dirinya: Kita harus mengembangkan dan


meningkatkan bakat kita di bidang keutamaan, inteligensi, dan sebagainya.

g)

Kewajipan untuk tidak merugikan orang lain (satu-satunya kewajipan yang


dirumuskan Ross dalam bentuk negatif).

3.3 Teori Kemoralan Sosial


Teori Kemoralan Sosial cenderung mengaitkan peraturan masyarakat dengan
konsep etika. Ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang merangkumi nilainilai yang mementingkan masyarakat. Individu bukan matlamat kemoralan malah nilai
atau peraturan ini adalah ukuran dan persetujuan masyarakat. Ia menitikberatkan
tanggungjawab setiap individu bagi mematuhi perintah daripada sesebuah autoriti. Oleh
itu, individu bertanggungjawab untuk mematuhi standard moral ini demi menjaga
kerukunan sosial yang sedia ada. Teori Kemoralan Sosial mengutamakan kepentingan
dan faedah masyarakat, bukannya kepentingan diri seseorang individu. Peraturan
masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod etika, nilai
dan pantang larang. Kesemua ini adalah bagi menjaga kerukunan sosial. Contohnya,
setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin
keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat.
Antara ciri-ciri kemoralan sosial adalah peraturan moral dijadikan sebagai satu
kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah supaya wajib dipatuhi, lebih
mementingkan masyarakat secara umum, bukan individu sebagai matlamat etika dan
tidak membenarkan seseorang menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah
ditetapkan oleh masyarakatnya. Teori ini mengaitkan bahawa manusia hidup
berkelompok. Maka, soal kemoralan sosial menjadi teras dalam kehidupan. Moral
secular menekankan perlunya kemoralan sosial untuk menjamin manusia terus hidup
dalam keadaan harmoni dan selamat.

Manusia terpaksa hidup bermasyarakat untuk memenuhi kehendak dan keinginan


bagi menjamin keleangsungan hidup. Teori ini berkait rapat dengan peraturan
masyarakat yang terdiri daripada tatasusila atau tatatertib masyarakat. Peraturan
masyarakat biasanya menyerupai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan
pantang larang. Kesemua ini mempunyai adat resam dan pantang larang bagi menjamin
keutuhan dan keharmonian sesebuah masyarakat. Ahli-ahli sosiologi moral berpendapat
bahawa ini adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mematuhi pemerintah
sebagai autoriti moral.
Teori ini juga sering dikaitkan dengan pantang larang dan adat sesuatu
masyarakat. Hakikatnya, teori ini juga wujud di dalam ajaran Islam yang melihat moral
melalui kaca mata masyarakat dan kehidupannya selagi mana ia tidak bertentangan
dengan kehendak shara. Maksudnya, moral atau undang-undang warisan sesebuah
masyarakat secara automatik akan tertolak jika bertentangan dengan Shariah. Dengan
kata lain, Shariah berperanan untuk memberi had kepada masyarakat supaya sebarang
kod etika atau kepercayaan yang wujud tidak dogmatik dan undang-undang yang
digubal tidak menindas pihak yang lain.
Kemoralan sosial ini juga mempunyai kelemahannya. Antara kelemahan kemoralan
sosial adalah ia bersifat relatif, dimana semua masyarakat atau komuniti mempunyai
peraturan moral masing-masing. Peraturan moral satu masyarakat boleh bertentangan
dengan yang lain. Ini boleh mengakibatkan berlakunya perpecahan dan membawa
kepada

ketegangan

dan

konflik

sekiranya

setiap

masyarakat

terlalu

agresif

mempertahankan peraturan moral masing-masing. Selain daripada itu, kemoralan sosial


juga mungkin menjadi terlalu ketat dan tidak fleksibel, contohnya kesukaran
menyesuaikan peraturan masyarakat dengan situasi baru dan semasa. Peraturan yang
konservatif dan mutlak tidak dapat membantu dan membimbing seseorang menghadapi
semua dilema moral baru kerana masa dan keadaan sentiasa berubah. Di samping itu,
kemoralan sosial ini juga akan menyekat kebebasan individu yang terpaksa tunduk
kepada peraturan yang dibuat oleh masyarakat
3.4 Teori Keperibadian Mulia
Keperibadian mulia telah didefinisikan sebagai kualiti terbaik atau istimewa dan
mengutamakan sifat peribadi terhadap suatu kehidupan yang bermoral. Menurut teori

keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat perangai dan ciri
watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle. Keperibadian
mulia ialah sekumpulan konsep mencakupi keadilan, kemurahan hati, keberanian,
kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan. Teori ini berkait rapat dengan sifat-sifat
seorang insan bermoral. Keperibadian mulia ialah kecenderungan untuk sesuatu tujuan.
Ia bukanlah perasaan atau kebolehan dan kekuasaan manusia merasai kerana
seseorang itu tidak boleh dipuji atau dikeji dan dikatakan baik atau jahat hanya sebab
perasaannya atau kerana dia berupaya merasai.
Menurut Aristotle, keperibadian yang mulia ini tidak berlaku secara semulajadi
tetapi

ia

boleh

dimiliki

dan

diperolehi

oleh

individu

menerusi

latihan

dan

mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu kebiasaan yang menyeronokkan dan


menyenangkan. Cara yang betul ialah mengambil pendekatan secara sederhana dan
pertengahan.Setiap keperibadian mulia merupakan jalan tengah iaitu bermaksud tidak
keterlaluan dan tidak terlalu kurang. Tindakan yang berlebihan dan terlalu kurang adalah
tindakan yang salah, jahat, buruk dan tercela. Contohnya, seseorang yang
mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan diri dariada perkara yang terlalu
merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan cara-cara ideal untuk
individu menjadi seorang insan yang mulia.
Walaubagaimanapun, banyak kritikan yang diberikan terhadap teori ini. Pertama
sekali, terdapat manusia seperti nabi memiliki keperibadian mulia secara semulajadi.
Keperibadian mulia juga diperoleh melalui pemerhatian dan pergaulan. Teori jalan
tengah sukar untuk ditentu dan dipraktikkan. Hal ini demikian perbuatan sederhana
berbeza antara setiap individu. Selain itu, emosi manusia tidak boleh dianggap sebagai
suatu kuantiti yang boleh diukur secara berterusan.
Contoh dapat saya berikan di sini ialah permainan bola sepak. Keperibadian yang
mulia yang ada pada setiap pemain dapat memastikan kelebihan pasukan itu.
Kemahiran adalah kebolehan seseorang itu melakukan tendangan yang bagus dan baik.
Sebelum menjadi tendangan yang bagus, setiap pemain perlu melakukan latihan yang
banyak dan betul. Jadi, pemain perlulah mengamalkan sikap positif dan berdisiplin.
Pemain juga perlu bersikap sederhana dan tidak berlagak. Jika berlagak selepas
memenangi sesuatu perlawanan, ia akan memberikan kesan yang buruk.

Konsep keperibadian mulia bermula dengan masyarakat Yunani pada abad ke-4
SM dan salah seorang pelopornya ialah Aristotle. Keperibadian mulia didefinisikan
sebagai kualiti terbaik atau istimewa. Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu:
a) Keperibadian mulia intelektual
b) Keperibadian mulia moral

Keperibadian mulia intelektual adalah kebaikan atau keistimewaan akal seperti


kebolehan memahami dan membuat taakulan yang baik. Aristotle menganggap bahawa
sifat intelektual ini boleh dipelajari daripada seorang guru. Sementara itu, keperibadian
mulia moral tidak terhasil dalam seorang individu secara semula jadi, iaitu seseorang itu
tidak dilahirkan dengan sifat baik dan jahat. Mengikut Aristotle, keperibadian mulia
mewajibkan kita berkelakuan baik. Sifat-sifat ini tidak dipelajari melalui ajaran seorang
guru tetapi menerusi latihan, tindakan yang kerap diulang sehingga menjadi satu
kebiasaan, menyenangkan serta menyeronokkan.
Selain itu, terdapat juga ciri-ciri dalam teori keperibadian mulia ialah teori ini
diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan pembelajaran yang dijadikan amalan
kehidupan seharian. Contohnya, seseorang yang bersifat bantu-membantu akan
mengamalkan sifatnya tidak kira mana dia berada. Seseorang manusia dianggap
sebagai keperibadian mulia jika dia menetahui bahawa moral adalah sesuatu kewajipan
yang tidak boleh dipersoalkan. Selain itu, manusia juga mempunyai keikhlasan dan
kejujuran dari segi nilai dan berusaha bersungguh-sungguh melakukan yang baik dan
menghindari yang buruk. Apabila kita berbut baik, kita tidak patut mengharapkan
balasan daripada orang lain. . Dengan memberikan yang terbaik, orang dapat mengikis
keserakahan yang ada dalam diri mereka sendiri malah kita akan berasa bahagia
walaupun pemberian tersebut bukan begitu besar tetapi apa yang kita pandang berat
adalah maknanya.
Penjelasan Aristotle menerima banyak kritikan kerana beliau berpendapat
bahawa keperibadian mulia itu bukan sesuatu yang semula jadi ditentang oleh
golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka percaya bahawa sesetengah insan,
seperti para nabi dan rasul, memiliki keperibadian mulia secara semula jadi kerana
pemberian dan keredaan Tuhan. Pemerolehan keperibadian mulia juga boleh

diperolehi menerusi pemerhatian dan pergaulan rapat dengan mereka yang


mempunyai sifat-sifat mulia kerana manusia dikatakan suka meniru atau mengikut
teladan. Jadual di bawah menerangkan tentang konsep Jalan Tengah.
Jadual konsep jalan tengah atau virtues Aristotle
Bidang lakuan atau

Berlebihan

Jalan Tengah

Kegopohan

Keberanian

Terlalu kurang

perasaan
kegentaran atau
ketakutan dan

Perasaan atau
perlakuan pengcut

keyakinan
Perasaan malu

atau penakut
Muka tebal

Terlalu malu

Sopan

Perasaan marah
Ucapan diri

Panas hati
Cakap besar /

Sabar
Ketulusan /

Kurang semangat
Kata-kata rendah

Perbuatan kasar

sombong
Kelakar

Kebenaran
Bijak

diri
Canggung

Kelakuan sosial

Hampakan diri

Ramah tamah

Suka gaduh

Sungguhpun demikian, terdapat juga kritikan terhadap Teori Keperibadian Mulia.


Aristotle yang mengatakan teori keperibadian mulia bukan Sesutu yang natural telah
mendapat tentangan hebat daripada penganut agama. Hal ini sedemikian adalah kerana
penganut agama ini percaya bahawa terdapat manusia seperti nabi memiliki
keperibadian mulia secara semulajadi. Keperibadian mulia juga diperoleh melalui
pemerhatian dan pergaulan. Sifat ini tidak diperolehi melalui kecenderungan

atau

latihan kerana manusia itu sendiri mempunyai naluri ingin tahu dan mencontohi sesuatu
yang mereka lihat. Justeru, peribadi individu boleh dipengaruhi oleh sosial masyarakat.
4.0 Membuat Satu Banding Beza antara Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh
Piaget, Bandura dan Carl Rogers menggunakan Pengurusan Grafik yang
sesuai.
Piaget
Jenis Teori

Teori
Perkembangan
Moral Kognitif

Bandura
Teori
Pembelajaran
Sosial

Carl Rogers
Teori
Pembelajaran
Humanistik

Peringkat /
Bentuk /
Jenis

Dibahagikan kepada
4 peringkat:
1. Tahap Deria Motor
2. Tahap Pra Operasi
3. Tahap Operasi
Konkrit
4. Tahap Operasi
Formal

Prinsip Teori

1. Struktur asas
dinamakan skema.
2. Proses membina
pengetahuan
berlaku mengikut
peringkat.
3. Memperoleh
kebolehan melalui
peringkat yang
dilalui.

Ciri-ciri

3 Bentuk Peniruan:
1. Peniruan secara
Langsung.
2. Peniruan Tak
Langsung.
3. Peniruan
Gabungan.
4. Peniruan Sekat
Lakuan Dan
Tidak Sekat
Lakuan
5. Peniruan Melalui
Elisitasi

Dua jenis
pembelajaran:
a) Pembelajaran
kognitif.
b) Pembelajaran
eksperiential .

Empat unsur utama


dalam proses
pembelajaran:

1. Pendidikan
berpusatkan
pelajar.

a. Pemerhatian
b. Mengingat
c. Reproduksi
d. Peneguhan/
Motivasi

2. Prinsip
pembelajaran
berasaskan
kebebasan.

1. Maklumat baru
1. 1. Unsur pembelajaran
diserap masuk/
utama ialah
disesuaikan dalam
pemerhatian dan
struktur kognitif
peniruan.
melalui adaptasi. 2.
b) 2.Tingkah laku model
2. Adaptasi
boleh dipelajari
dibahagikan kepada
melalui bahasa,
dua proses iaitu
misalan dan teladan.
asimilasi dan
3.
akomodasi.
c) 3. Pelajar meniru
sesuatu kemahiran
daripada kecekapan
demontrasi guru

3. Pembelajaran
Jenis naluri
( perasaan
ingin tahu).

1.Pengalaman
individu
adalah
fenomena
logical yang
dialami oleh
individu sendiri.
2.Kecenderungan
dan hasrat
untuk
mencapai

sebagai model.
d)
4. Pelajar
memperoleh
kemahiran jika
memperoleh
kepuasan dan
peneguhan yang
berpatutan.
5. Proses
pembelajaran
meliputi
pemerhatian,
peringatan,
peniruan dengan
tingkah laku atau
gerak balas yang
sesuai, diakhiri
dengan peneguhan
positif.

kesempurnaan
sendiri.
3. Membentuk
konsep kendiri
yang unik
melalui sistem
nilai dan
kepercayaan
yang berbeza
dengan orang
lain.
4. Tingkah laku
yang
ditunjukkan
adalah selaras
dengan konsep
kendiri dan
kepercayaan.
5. Kefahaman
tingkah laku
individu hanya
diperoleh
melalui proses
komunikasi.

Implikasi dalam
Bilik Darjah

1. Membina
pengetahuan
mengikut peringkat.
2. Keupayaan
mengurus maklumat
secara berperingkat .
3. Maklumat baru
diserap dan

1. Berpeluang untuk
memerhati dan
mencontohi
tingkahlaku yang
boleh diteladani.
2. persembahan
pengajaran
tersusun dan
menarik minat

1. Memupuk nilai
penghargaan
di kalangan
pelajar.
2. Pembelajaran
koperatif.
3. Memupuk nilai
motivasi

disesuaikan
melalui proses
adaptasi
dengan
pengetahuan sedia
ada mereka untuk
membentuk
pengetahuan baru
dalam mindanya.
.
4. Melalui proses
asimilasi dan
akomodasi.

perhatian muridmurid serta


seharusnya dapat
dijadikan model
untuk diikuti oleh
mereka.

melalui
bimbingan.
4. Pengajaran
mengikut
kebolehan
pelajar dengan
tujuan
meningkatkan
keyakinan
mereka.

3. Sentiasa bersedia
dengan kemahiran
komunikasi agar
setiap kali sesi
demonstrasi
pembelajaran di
dalam kelas
jelas,dapat difahami
dan dapat diikuti
oleh murid dengan
mudah dan tepat.
Rumusan untuk Artikel 4: Hargai Nikmat Perpaduan
4. menyemai nilai-nilai
murni dan sentiasa
Dalam artikel ini, nilai yang menggunakan
diamalkan ialah nilai semangat
psikologi
serta semangat kekitaan
bermasyarakat. Kesediaan melakukan sesuatu dengan
simulasi semasa
untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan
sesikeharmonian
pengajaran hidup. Artikel ini
juga berkaitan dengan agama Kristian iaitu
danmencintai satu sama lain seperti
pembelajaran
mana Jesus telah mencintai umat manusia.
Oleh itu, kita harus mencintai
kerana dapat
antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Dalam hal ini,
membentuk murid
semangat perpaduan baru dipupuk dalam jati ke
diriarah
kita yang
semua.
Perpaduan dapat
lebih
proaktif dan
dipupuk menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan
oleh masyarakat yang
produktif.
berbilang kaum seperti kerja amal dan perayaan. Aktiviti yang dijalankan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat di samping dapat

mengukuhkan semangat perpaduan, kekitaan, perasaan muhibah dalam diri


seseorang. Ini adalah kerana semangat perpaduan yang kukuh merupakan
kunci kejayaan pada masa akan datang.

Rumusan untuk Artikel 5: Gereja Membantu Bina Rumah untuk


keluarga Yang Ditimpa Kebakaran.
Nilai yang diamalkan dalam artikel ini ialah nilai saling membantu dan
kerjasama. Dalam masyarakat yang berbilang bangsa seperti Malaysia, sikap
berkerjasama merupakan usaha yang baik dan membina yang dilakukan
bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai suatu
matlamat. Dalam artikel ini, dapatlah kita ketahui bahawa Jawatankuasa
Kebajikan Sosial telah membantu mangsa rumah panjang membina rumah yang
baru kerana berlakunya kebakaran. Artikel ini juga berkaitan dengan agama
Kristian iaitu mencintai orang seperti mencintai diri sendiri. Sebagai pengerusi
untuk Kebajikan Sosial, Mathew juga menyeru agar masyarakat dapat
menderma makanan atau kewangan kepada keluarga yang ditimpa malang. Kita
seharusnya melayan mereka seperti mana kita melayan adik-beradik kita.
Masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu bekerjasama dan meningkatkan
lagi persefahaman bagi mengukuhkan perpaduan dan keharmonian negara.
Masyarakat haruslah terus menjalin kerjasama yang baik antara satu sama lain
tanpa mengira agama dan bangsa bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

Rumusan untuk Artikel 6: Tambah OKU Profesional

Dalam artikel ini, nilai yang diamalkan ialah nilai menghormati hak orang
kurang berupaya. Kita harus memberi layanan yang bersopan kepada golongan
kurang upaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan. Artikel ini juga berkaitan dengan agama Kristian
iaitu mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah mencintai umat
manusia., Masyarakat kurang upaya ini tidak harus dipinggirkan kerana mereka
juga turut memberi sumbangan kepada negara. Masyarakat perlu menerima
kehadiran golongan kurang upaya ini seadanya dan membantu mereka
menjalani kehidupan dengan sebaiknya. Hal ini kerana masyarakat perlu sedar
bahawa OKU tidak meminta dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna
malah mempunyai hak untuk hidup sama seperti orang lain. Golongan Kurang
Upaya (OKU) haruslah diberi layanan yang baik kerana mereka turut
mempunyai perasaan yang sama seperti insan lain. Yang penting sekali,
mereka juga merupakan insan ciptaan Tuhan.

Rumusan untuk Artikel 1: Islam Ubati Kekosongan Jiwa

Nilai yang diamalkan dalam artikel ini ialah nilai kepercayaan kepada Tuhan.
Kita harus yakin bahawa wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi
segala suruhan-Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras
dengaan prinsip Rukun Negara. Keyakinan seseorang terhadap Islam mampu
mengisi kekosongan jiwa dan menjanjikan keindahan spiritual. Artikel ini juga
berkaitan dengan agama Islam iaitu akidah. Keimanan dan kepercayaan
terhadap Allah s.w.t..Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkanNya. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa berrpegang dan membenarkan di
dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan. Seperti mana yang
terdapat dalam artikel Islam Ubati Kekosangan Jiwa, Backer yang pada
mulanya tidak mempercayai sebarang agama, terharu apabila rakannya
menasihatinya menutup aurat. Peristiwa itu kemudiannya telah membuka hati
Backer untuk menganuti agama Islam dan mempelajari agama Islam dengan
lebih mendalam.

Rumusan untuk Artikel 2: Peranan Ibu Bapa didik Akhlak Anak


Remaja

Artikel ini berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik akhlak anak
remaja. Berdasarkan artikel yang dibaca, nilai yang diamalkan dalam artikel ini
ialah

nilai

tanggungjawab

terhadap

keluarga.

Kewajipan

yang

harus

dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga


bahagia, menigkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Ibu bapa harus
berperanan untuk memupuk akhlak anak remaja sejak kecil dengan merujuk
kepada Islam. Artikel ini juga berkaitan dengan agama Islam iaitu akhlak dan
ibadah. Bagi akhlak, ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip
tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama. Menurut Imam al-Ghazali,
akhlak adalah keadaan yang bersifat batin yang mana daripadanya lahir
perbuatan dengan yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang. Manakala,
bagi ibadah, ia merupakan ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan
praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat,
munakahat dan jinayat. Ibu bapa berperanan untuk menitikberatkan kewajipan
mengerjakan solat kepada anak-anak kerana ibadah solat merupakan senjata
terpenting dalam pembentukan akhlak. Menurut Imam Al-Qurtubi, Syariah ialah
agama yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang terdiri
daripada pelbagai hukum dan ketentuan.

Rumusan untuk Artikel 3: Pupuk Semangat

Berdasarkan artikel yang saya bacakan, nilai yang terdapat di dalam artikel ini
ialah kasih sayang. Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. Ibu, Sarifah Fauziah meluangkan
masa bersama anak-anaknya menjadikan petanque sebagai aktiviti sekeluarga
mereka. Selain itu, sukan juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Artikel
ini juga berkaitan dengan agama Islam iaitu akhlak. Bagi akhlak, ajaran-ajaran
yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh
agama. Akhlak bermaksud tingkahlaku seseorang itu, tabiat mahupun perangainya
yang akan melambangkan keperibadian akhlaknya.Ini adalah kerana melalui sukan
iaitu petanque, disiplin seseorang dapat dibentuk selain ketahanan fizikal dan
mental. Aktiviti ini juga mampu memupuk sahsiah diri dan keperibadian juga dapat
dibentuk dengan menjadikan seseorang berfikiran lebih positif.

Rumusan untuk Artikel 7: Mangsa Pemburu Haram

Dalam artikel ini, nilai yang diamalkan ialah nilai kasih saying universal.
Kepekaan dan perasaan cintanyang mendalam serta berkekalan yng lahir dari
hati yang ikhlas. Buddha mengajar cinta kasih sayang dan kebaikan kepada
semua makhluk dewa, manusia, binatang dan makhluk-makhluk lainnya yang
disebut sebagai kasih sayang universal. Artikel ini juga berkaitan dengan agama
Buddha iaitu tidak membunuh. Membunuh merupakan larangan bagi penganut
Buddha. Salah satu alasannya adalah, kerana mungkin binatang tersebut adalah
reinkarnasi atau tumimbal lahir dari manusia. Oleh itu, kita harus mempunyai
sifat menyayangi akan binatang. Dalam hal ini, pemburu haram tidak patut
memburu beruang demi kebaikan sendiri iaitu mengambil organ iaitu hempedu
untuk dijadikan ramuan dalam perubatan. Hal ini sedemikian adalah disebabkan
beruang merupakan spesis dilindungi sepenuhnya di Sabah menerusi Enakmen
Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997. Di samping itu, mengikut kata Wong
Siew Te, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BSBCC,kadar populasi
beruang madu juga semakin menurun kerana habitat mamalia itu berkurangan
akibat faktor penerokaan hutan. Oleh itu, kegiatan meneroka hutan harus
dikurangkan demi spesis binatang ini.

Rumusan untuk Artikel 8: Pelbagai Acara Warnai Hari Wesak

Artikel ini berkaitan dengan berbagai jenis acara yang dijalankan semasa
Hari Wesak. Nilai yang terdapat dalam artikel ini ialah nilai menghormati. Kita
harus menghormati kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum di Malaysia.
Contohnya, Penganut agama Buddha membanjiri tokong sejak awal pagi dan
memberi penghormatan kepada Gautama Buddha dengan melakukan amalan
kepercayaan sepeerti mengetuk loceng. Dalam sambutan Wesak, tengah hari
hanya berlaukkan dengan sayur-sayuran dan memandikan patung Dharma
dipercayai boleh member rezeki lebih baik untuk tahun itu. Artikel ini juga
berkaitan dengan agama Buddha iaitu mengembangkan kesempurnaan tingkah
laku dan moral pada diri sendiri. Akhlak yang diamalkan oleh penganut Buddha
telah menyuburkan nilai murni dan budi pekerti yang mulia dalam diri mereka.
Sambutan perayaan Wesak juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu
sama lain kerana boleh hadir bersama keluarga bagi menjalankan amalan
kepercayaan Wesak.

Rumusan untuk Artikel 9: Berikan Yang Terbaik

Nilai yang diamalkan ialah nilai kesederhanaan. Kita harus bersikap


tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan
diri dan orang lain supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini
adalah disebabkan manusia yang memiliki sifat serakah menyebabkan
mereka tidak pernah merasa cukup dan puas hati dengan apa yang dimiliki.
Semua orang ingin yang terbaik dari orang lain, tetapi mereka tidak pernah
memberikan apa yang terbaik kepada orang lain. Artikel ini juga berkaitan
dengan agama Buddha iaitu tidak mengharapkan balasan daripada orang
lain. Dengan memberikan yang terbaik, orang dapat mengikis keserakahan
yang ada dalam diri mereka sendiri malah kita akan berasa bahagia
walaupun pemberian tersebut bukan begitu besar tetapi apa yang kita
pandang berat adalah maknanya. Kehidupan kita akan penuh dengan
kedamaian dan kesejahteraan.

RUMUSAN KESELURUHAN

Di Malaysia, rakyat boleh mengamalkan agama masing-masing dengan bebas.


Agama berperanan penting dalam menyeru pengikutnya menerapkan nilai-nilai yang
murni dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan saat ini, peranan agama masih
diperlukan ketika kita berhadapan dengan masalah-masalah ketuhanan dan normanorma atau nilai-nilai sosial kemasyarakatan. Kesemua ajaran agama ini memberi
pelbagai pengajaran terhadap aspek moral, akhlak dan kemanusiaan serta penjagaan
alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita
kepada kehidupan yang bertamadun. Kebanyakan manusia di dunai ini mempunyai
pegangan

agamanya

tersendiri

seperti

agama

Islam,

Buddha,

Kristian

dan

sebagainya.Terdapat juga manusia yang tidak berpegang kepada mana-mana agama

kerana bagi mereka agama adalah sesuatu yang mengaikat dan mereka tidak merasa
bebas. Tetapi agama sebenarnya merupakan landasan utama bagi manusia untuk
menjadi seorang manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang
bertamadun.Tiada satu pun agama di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya
membuat perkara jahat seperti membunuh, menipu, berzina dan sebagainya.
Perkataan Islam membawa maksud yang benar dan suci. Penganut Agama Islam
digelar Muslim yang membawa maksud orang yang mempercayai dan mengikuti jalan
yang lurus. Agama Islam diturunkan oleh Allah SWT kepada sekalian manusia; yang
lahir dan hidup dari zaman Rasulullah SAW dan sehingga ke hari kiamat. Agama Islam
merupakan agama yang percaya kepada kewujudan satu Tuhan, iaitu Allah s.w.t. Ajaran
Islam hendaklah dihayati secara menyeluruh seperti mana ia diturunkan sama ada
dalam bentuk aqidah atau syariah yang bersumberkan al Quran dan as-Sunnah. Ajaran
Islam merupakan ajaran yang paling sempurna kerana semuanya telah termaktub dalam
al-Quran. Ajaran agama Islam mengajar kita erti kesetiaan dimana kita percaya
wujudnya satu Tuhan dalam kehidupan kita. Ajaran Nabi dan Rasul telah diutus oleh
Allah kepada umat manusia iaitu berserah kepada Allah dengan merealisasikan tauhid,
tunduk dan patuh kepada Allah dengan sepenuh hati. Bagi mencapai kebahagian di
dunia dan akhirat, ajaran Islam haruslah dihayati dan diamalkan secara utuh dan bukan
separuh-separuh. Hanya keimanan yang teguh dan benar serta amal perbuatan yang
baik, taat melakukan ibadat kepada Allah s.w.t serta mengikut contoh tauladan
Rasulullah s.a.w. sahaja yang menjanjikan kebahagiaan yang abadi di dunia dan akhirat.
Selain itu, perkataan Kristian adalah diambil sempena nama Jesus Kristus (Jesus
Christ) di mana Christ bermakna penyelamat. Ajaran agama ini adalah berdasarkan
kitab suci iaitu Bible yang mengandungi Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dan
Kitab Perjanjian Baru (New Testament). Kitab Perjanjian Lama adalah kitab suci bagi
penganut agama Yahudi yang didakwa mereka sebagai Taurat. Kitab Perjanjian Lama ini
merekodkan kisah para Nabi dan Rasul yang berketurunan Yahudi sebelum kedatangan
Jesus Kristus manakala Kitab Perjanjian Baru mengandungi rekod kehidupan Jesus
Kristus. Dalam kitab suci iaitu Bible telah mengatakan bahawa penganutnya haruslah
mengamalkan nilai-nilai seperti mencintai Tuhan dengan sepenuh hati, mencintai jiran
seperti mencintai diri sendiri dan mencintai satu sama lain seperti mana Jesus telah
mencintai umat manusia dengan merelakan diriNya menjadi korban untuk menebus
dosa manusia. Kristian percaya bahawa Kitab Injil diturunkan oleh Tuhan dan

merupakan Firman Tuhan yang tiada kesalahan serta ajarannya adalah muktamad
Kristian percaya bahawa hanya terdapat satu Tuhan dalam bentuk tiga orang, iaitu
Bapa, Anak (Yesus Kristus) dan Roh Kudus. Ajaran Kristian berkait rapat dengan
kehidupan yang beretika. Oleh itu, kita harus mematuhi atuhi ajaran-ajaran agama untuk
mendapat kehidupan yang bermoral dan beretika.
Di samping itu, juga terdapat juga nilai murni yang patut diamalkan oleh penganut
agama Buddha. Agama ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek etika dan moral yang
dipercayai akan membantu rohani manusia menjauhi diri daripada kesengsaraan.
Agama Buddha bertujuan untuk memimpin manusia ke arah yang betul. Ajaran Buddha
telah menyentuh beberapa larangan kepada pengikutnya iaitu tidak boleh membunuh,
tidak boleh mencuri, tidak boleh melakukan perkara-perkara yang berzina, tidak boleh
minum minuman keras dan tidak melakukan perbuatan membohong. Selain itu, Buddha
mengajar cinta kasih sayang dan kebaikan kepada semua makhluk dewa, manusia,
binatang dan makhluk-makhluk lainnya yang disebut sebagai kasih sayang universal.
Iaitu melayani orang lain tanpa mengira bangsa, agama, budaya, jantina, negara dan
sebagainya. Walaupun ajaran Buddhisme lebih berpusat kepada diri manusia, ajaran
sila (moral) Buddha menekankan hukum sejagat berlandaskan sebab akibat, iaitu
perbuatan baik akan meninggalkan kesan baik, sebaliknya perbuatan jahat akan
meninggalkan kesan buruk pada individu itu.
Sebagai akhirukalam, ajaran dari setiap agama memberikan manfaat dalam
hidup seseorang manusia. Setiap agama berbeza dari segi ajaran, penekanan dan
amalannya. Namun, semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilainilai moral yang mulia seperti sabar murah hati, sopan santun ,hormat kepada orang tua
dan sebagainya. Nilai-nilai ini perlu dihayati oleh setiap individu untuk kecemerlangan
diri.

Anda mungkin juga menyukai