Anda di halaman 1dari 1

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Yang Mengalami Kesukaran Pengamatan


Kanak-kanak yang mengalami kesukaran pengamatan boleh antara lain menunjukkan
sifat-sifatseperti yang berikut:1. Mereka lambat dalam membuat satu-satu pengolahan seperti mengkelaskan satusatu himpunan mengikut jenis.
2. Mereka mempunyai kesukaran dalam mengaitkan perkara yang diketahuinya
kepada situasi baru.
3. Cepat lupa. Oleh itu, mereka memerlukan ulangan yang kerap.
4. Kecenderungan ke arah tindakan yang terburu-buru, memberi sesuatu keputusan
tanpa berfikir.
5. Lemah ko-ordinasi motor-mata tangan.
6. Ketidakbolehan membuat keputusan secara am.
7. Dalam permainan, kanak-kanak jenis ini susah sekali untuk turut serta kerana
mereka tidak dapat mengikut corak permainan.
8. Mereka tidak mahir dalam kerja-kerja yang memerlukan daya kreatif.
9. Ketidakupayaan membuat kerja dengan cepat.
10. Mereka lambat sekali untuk menukar tumpuan perhatian dari satu situasi kepada
situasi yang lain.
11. Mereka ini selalunya belajar secara hafalan tanpa memahami apa yang dilakuinya.
12. Lemah dalam diskriminasi pendengaran.
13. Berfikir terlalu lama sebelum membuat sesuatu kerja.
14. Mereka juga kadang-kadang menunjukkan sifat kurang bekerjasama.
15. Mereka sering kali terlanggar alat-alat di dalam darjahnya.
16. Membuat sesuatu kerja itu tanpa mengetahui di mana harus berhenti.

Anda mungkin juga menyukai