Anda di halaman 1dari 2

Nasi Air Siam

sitiazma@myresipi.com

Senang dan Sangat Sedap!! Resepi dari sempadan Kelantan dan Terengganu. Sila baca dulu semua arahan
dibawah sebelum membuat. Sila tanya saya kalau anda tak faham. Selamat Mencuba.

Created on : 28-09-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan
Hubungi sitiazma

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi - dimasak sedikit lembik


Daging - 1/2 kilo
halia - 5 inch -ditumbuk lumat
cili padi (hijau atau merah) - segenggam
cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
garam,gula sesedap rasa
BAHAN TAMBAH
ikan bilis - digoreng garing
bawang goreng
bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
daun sup - dihiris halus-halus
limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
**bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk
menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara
1.
2.

3.
4.
5.

Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.


Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air
daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk
seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng
hingga garing.
Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan
garam sesedap rasa.
Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan
tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).

6.

7.

TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan
bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn
bihun atau ikan bilis.
CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di
masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100%
sedap