Anda di halaman 1dari 9

Derma organ : Harapan terletak dibahu Media

Oleh Ireena Nasiha Ibnu dan Zakkina Wati Ahmad Tarmizi

Setiap hari merupakan hari yang indah jika kita tampil sihat dan ceria. Walhal

untuk menjadi seorang yang ceria perlulah memiliki kekuatan yang tersendiri iaitu bebas dari

segala masalah dan keraguan. Pernahkah anda bangun dari tidur pagi dan berazam untuk

melakukan sesuatu yang luar biasa iaitu seperti menderma organ badan?Atau pernahkah anda

bermimpi buruk bahawa anda akan ditimpa kecelakaan dan memerlukan organ badan? Pada

masa itu anda dapati tiada organ yang sesuai untuk anda dan tidak ada siapa pun dikalangan

keluarga, teman rapat atau sesiapa sahaja yang rela mendermakan organ mereka kepada anda

untuk anda teruskan hidup. Apakah perasaan anda ketika itu? Apa yang lebih menyedihkan

lagi ialah pesakit-pesakit yang memerlukan organ dan tisu badan terpaksa menempuhi hidup

mereka hari demi hari menunggu penderma yang sesuai untuk tubuh mereka.

Derma organ merujuk Kementerian Kesihatan Malaysia ialah adalah proses

mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal

dunia. Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan

pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang

berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal

dunia. Organ-organ yang boleh didermakan ialah buah pinggang, hati, jantung, pancreas, dan

paru-paru manakala tisu pula adalah kulit, tulang, mata dan injap jantung. Proses ini hanya

akan dilakukan selepas kita menutup mata namun sambutan dari masyarakat amat tidak

mengalakkan.Di Malaysia, bilangan penderma organ berbanding negara lain amat

mengecewakan. Negara kita masih memerlukan ramai lagi penderma organ dan tisu berikutan

kes-kes kemalangan dan pesakit kekurangan organ yang semakin meningkat dari semasa ke

semasa. Hal ini berpunca kerana orang ramai takut, kurangnya pendedahan media,agama
tidak membenarkan dan semua faktor di atas. Masyarakat seharusnya berfikiran positif dan

mempunyai anjakan paradigma yang mantap melakukan sesuatu yang baik,mulia untuk

membantu manusia meneruskan kehidupan sesama manusia.Selain itu, dengan menderma

organ kita bukan sahaja mampu memberi harapan kepada orang lain malah dapat berbakti

kepada masyarakat dengan menyelamatkan nyawa seseorang.

Kurangnya pendedahan media terhadap isu pendermaan organ juga adalah faktor

terbesar mengapa Malaysia mencatatkan negara terendah berbanding negara lain. Media

seharusnya menangkis segala tanggapan dan perasaan takut masyarakat terhadap isu

pendermaan organ dan tisu badan. Tidak ada satu pun agama yang melarang penaganutnya

untuk melakukan sesuatu kebaikan iaitu dengan menderma organ badan. Semuanya hanyalah

kerana pemahaman yang salah,prasangka dan pemahaman mereka yang menyebabkan

Malaysia kurang penderma organ. Jika kita lihat negara yang ratanya mempunyai penduduk

yang miskin seperti Filipina , India , penduduknya terpaksa menjual ginjal mereka secara

tidak sah semata-mata untuk menampung kehidupan mereka dan menerima bayaran kurang

dari US$160.000. Persoalannya di sini, adakah masyarakat Malaysia yang harmoni,

mempunyai sistem politik yang stabil harus menempuhi kehidupan yang miskin supaya

mereka dapat kesedaran untuk menderma organ mereka seperti negara-negara berikut?

Yang paling mengecewakan ialah bangsa yang tertinggi menderma organ ialah

terdiri daripada bangsa cina, dan diikuti bangsa melayu dan india, sedangkan kajian

daripada . Mengapakah hal ini berlaku? Bukankah kita seharusnya saling menolong sesama

manusia tanpa mengira agama dan bangsa? Kempen menderma organ , iklan-iklan serta

poster mengenai derma organ perlulah diadakan secara berterusan supaya masyarakat mampu

membuka minda dan ihsan mereka untuk memberi peluang hidup yang kedua kepada mereka

yang memerlukan organ dan tisu badan. Ini disebabkan bilangan pesakit yang bertambah

akibat kemalangan jalan raya yang meningkat secara drastik. Oleh itu, iklan kesedaran betapa
pentingnya menderma organ harus dipaparkan di media massa seperti iklan kempen derma

darah yang sememangnya mendapat sambutan setiap tahun tidak kira dari golongan muda

hingga tua.

Media juga harus menerapkan pendidikan kepada masyarakat melalui

kempen derma organ seperti Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan yang

diadakan tahun lepas pada 27 Mac 2009 yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia

Y.B Dato Sri Liow Tiong Lai di Hospital Serdang. Selain itu, merujuk pada statistik terkini

Pusat Sumber Transplan Nasional Kementerian Kesihatan Malaysia, pada bulan Januari

hingga Disember 2009 jumlah sebenar penderma organ ialah 39 orang manakala jumlah

pengikrar pendermaan organ sebanyak 15,255 orang. Kaum Cina mencatatkan peratusan

pengikrar penderma tertinggi iaitu sebanyak 58.55% diikuti kaum India 23.52% , kaum

Melayu 15.15% dan lain-lain 2.74% serta tidak diketahui sebanyak 0.05%. Jelasnya di sini,

kaum-kaum lain perlulah diberi pendedahan yang lebih meluas untuk menderma organ dan

tisu badan mereka selepas meninggal dunia agar insan yang memerlukan organ dan tisu dapat

meneruskan hidup mereka. Paparan dalam akhbar (Sunday Star pada 14 Jun 2009)

, mengenai pelajar yang mati akibat langgar lari, Lim Kai Ting,17 perlulah dijadikan contoh

kepada masyarakat yang berhasrat untuk mendermakan kornea dan tulangya selepas

meninggal dunia. Mangsa yang sebelum ini berhasrat ingin berbuat demikian bersama

keluarganya tidak berkesempatan untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ kerana

masih belum mencapai usia 18 tahun. Namun , ini tidak menjadi kekangan kerana setelah

menghembuskan nafas terkahir, hasrat murni ini ditunaikan oleh keluarganya.

Dalam era yang globalisasi ini, pemikiran masyarakat perlulah seiring dengan

perkembangan zaman. Masyarakat melayu antara majoritinya paling memerlukan organ dan

tisu badan tetapi penderma kaum ini amat minimum sekali. Hal ini bukan disebabkan orang

Melayu kurang kesedaran tetapi tidak bersedia menjadi penderma. Selain itu, proses
pendermaan juga akan terganggu apabila penderma mendapat halangan keras daripada

keluarga. Dalam prosedur ini, kebenaran keluarga memainkan peranan penting. Untuk

menggalakan masyarakat Malaysia menderma organ bukanlah satu usaha yang mudah seperti

kempen menderma darah, tetapi adalah tidak mustahil sekiranya mesej disampaikan melalui

media massa yang mampu menjadi penyuntik kepada masyarakat. Contohnya , dengan

mengadakan iklan-iklan di stesen radio, televisyen tentang kesedaran menderma organ dan

betapa ramainya pesakit yang memerlukan organ. Selain itu, kaedah poster-poster derma

organ juga mampu mencetuskan kesedaran kepada masyarakat dengan menampalkan fakta

bahawa masih banyak lagi nyawa yang mampu mereka selamatkan dengan menderma organ

selepas meninggal dunia.

Bayangkan jika seorang pesakit itu perlu menunggu masa selama 10 tahun untuk

mendapatkan organ yang sesuai untuknya dan akhirnya penantiannya itu sia-sia apabila

pesakit tersebut meninggal dunia begitu sahaja lantas tiada penderma yang sesuai atau tiada

kesedaran atau belas ihsan di kalangan masyarakat untuk membantunya. Sampai bilakah kita

harus bersikap begini dan terus membiarkan mereka yang masih mampu meneruskan

kehidupan berlalu begitu sahaja? Menderma organ di sini bukanlah bererti membunuh diri

sendiri, tetapi berbakti dan memberikn kehidupan kepada orang lain selepas kita mati. Itulah

yang harus masyarakat moden dan intelek pada hari ini faham dan hayati. Dimanakah rakyat

Malaysia yang dikatakan warga penyayang?

Dimana sifat prihatin rakyat Malaysia pada isu ini?Masyarakat mungkin kurang

sedar tentang betapa ramai manusia yang dapat menyambung nyawa setelah mendapat

pengganti organ dari orang lain.Menderma organ pula adalah satu amalan kebajikan yang

terakhir yang tidak terhingga nilainya yang boleh dilakukan kepada insan yang lain selepas

kematian.(Dr.Fadhilah,Pusat Sumber Transplan Nasional,Hospital Kuala Lumpur,bilangan

96).
Kebanyakan masyarakat di negara kita tidak sedar bahawa,jika kita menderma organ

kita dapat menyelamatkan ramai orang yang sedang menuggu organ-organ tersebut

didermakan.Walhal,bukan sahaja penerima organ tetapi juga keluarga penerima dan

masyarakat amnya mendapat manfaat apabila pesakit yang dahulunya tidak bermaya

menunggu maut kerana kegagalan organ akhir kembali pulih selepas menjalani rawatan

transplant untuk berfungsi sepenuhnya sebagai ahli keluarga dan ahli masyarakat yang aktif

dan produktif dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Jika mahu mengatakan masyarakat tidak tahu mengenai pendermaan ini masakan tidak

Institut Jantung Negara(IJN) bersama Institut Perubatan Respiratori(IPR) telah memulakan

program pemindahan paru-paru semenjak bulan Disember 2005.Setakat ini hanya 4 transplan

telah dijalankan termasuk pemindahan jantung dan paru-paru bersama.Tetapi 11 orang

pesakit kegagalan paru-paru tahap akhir telah mati dalam penantian kerana ketiadaan

penderma sementara 11 orang pesakit lagi masih menunggu untuk mendapatkan penderma

organ.Tahukah kita?Dimana kita semasa mereka memerlukan khidmat kita?( Dipetik dari

Majalah Kefahaman Islam,Bilangan 96).

Pihak media khususnya perlu memandang serius terhadap perkara ini.Media perlu

lebih mewar-warkan kepada rakyat tentang peranan media. Tidak cukup hanya memaparkan

berita-berita mengenai penderma organ tetapi menyiarkan berita tentang mereka yang

mahukan organ didermakan kepada mereka. Pelbagai jenis kategori media seperti

menyiarakan berita-berita pendermaan organ di dada-dada akhbar,tidak kurang juga

menyiarkan di televisyen,serta radio seterusnya memaparkan berita-berita ini di dalam

suratkhabar ‘online’. Masyarakat di Malaysia masih berfikiran waras dan boleh menimbang

berat tentang keinginan organ untuk menyelamatakan ahli keluarga mereka. Tidakkah kita

simpati kepada nasib keluarga mereka?Bagaimana jikalau kita atau ahli keluarga kita yang
menghadapinya?( Dipetik dari,Tulisan Abu Bakar Yang-Majalah Kefahaman Islam,bilangan

96.

Sebagai rakyat Malaysia khususnya rakyat yang beragama islam,pendermaan organ ini

telah lama dilakukan walaupun tidak ramai yang mengetahuinya.Jika diteliti secara

mendalam kita akan dapati pendermaan organ mempunyai banyak hikmah ynag

tersembunyi.Pendermaan dan pemindahan organ sebenarnya dapat mewujudkan individu dan

masyarakat yang suka berkorban kepada mereka yang memerlukan pertolongan dan simpati

daripada masyarakat.Pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kegagalan organ adalah

sangat memerlukan simpati dan belas kasihan setiap individu dan masyarakat di negara

ini.Pendermaan dan pemindahan ini memberi peluang yang besar kepada mereka untuk

menyambung nyawa lagi bagi menjalani kewajipan-kewajipan yang belum diselesaikan.

Rakyat islam khususnya merasakan pendernaan organ tidak ditegah agama,malahan ia

tidak perlu menjadi persoalan tidak sanggup menderma atau enggan mewasiatkan organ yang

diperlukan oleh mereka yang masih mempunyai sisa hidup tidak sepatutnya timbul.Soal

penderma yang mahu penerima organnya hanya insane seagama dengannya adalah hak

masing-masing tetapi sikap demikian juga menutup peluang orang bukan seagama dengan

mereka.

Sehubungan dengan itu,wajar la kita memikirkan keadaan penderma organ serta

perasaan penerima organ tersebut.Mereka amat berharap akan pertolongan kita.Pihak media

perlu lebih memaparkan isu ini dengan lebih serius lagi.Memaparkan isu ini di suratkahabar

utama amatlah dihargai oleh mereka yang menunggu organ didermakan kepada

mereka.Kemungkinan besar jika media mewar-warkan isu ini mungkin banyak nyawa yang

dapat diselamatkan serta kaum keluarga mereka dapat semestinya sangat bersyukur tentang

hal itu.Wajarlah jika peranan media penting untuk mengajak semua masyarakat di negara kita
supaya meringankan beban pesakit yang memerlukan pertolongan kita.Mereka boleh

menyambung nyawa jika kita memberi peluang kepada mereka.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum harus memikirkan nasib pesakit

yang menuggu pendermaan organ tersebut.Orang yang sabggup menderma organnya kepada

pesakit yang memerlukannya dengan syarat-syarat yang ditetapkan ,lebih-lebih lagi kepada

kaum kerabat terdekat,telah membuktikan sifat pemurah dan melakukan satu pengorbanan

besar dalam islam,kalau ia membawa kepada menyelamatkan nyawa manusia,kerana nyawa

manusia adalah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak.

Akhir kata,pendermaan organ itu anugerah kehidupan.Kita berupaya untuk member sinar

harapan kepada mereka yang memerlukan. Kita patut berfikir apa yang kita mahu buat

dengan jasad kita selepas kita meninggal dunia kelak.Peranan media amat penting supaya

mereka yang menunggu organ didermakan dapat diselamatkan secepat mungkin.Media perlu

berusaha dengan lebih keras untuk memastikan semua lapisan masyarakat medapat maklumat

tentang perkara ini.Isu ini perlu diperbesarkan agak lebih ramai yang mengetahui

tentangya.Untuk yang mengetahui,Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan

hampir 2.4 juta bagi menjalankan Kempen Media Pendermaan organ.Tetapi,isu ini masih

tidak dapat sokongan daripada orang ramai.

Media khususnya perlu memastikan isu ini dapat diketahui umum menjelang tahun 2020

agak kita dapat menyelamatkan nyawa pesakit yang menuggu organ didermakan kepada

mereka.Sebagai rakyat Malaysia,renung-renungkanlah nasib kawan-kawan atau saudara

terdekat kita yang memerlukan pertolongan kita.Agama tidak menghalang kita

menderma,pokok pangkalnya hati dan niat kita sahaja.

Masyarakat diluar yang masih kurang peka akan keadaan ini boleh memikirkan sebaik-

baiknya jika mahu menderma organ.Hal ini kerana,pemindahan organ adalah satu rawatan
terakhir untuk membantu pesakit yang memerlukan organ-organ tertentu untuk terus

hidup.Pendermaan dan pemindahan organ di Malaysia begitu penting sekali bagi

menyelamatkan nyawa pesakit kegagalan organ yang semakin meningkat.Jika kempen

pendermaan dilakukan secara bersungguh-sungguh ,Malaysia akan cukup penderma organ

serta dapat menampung keperluan pesakit.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu yang menimbulkan banayk

persoalan.Oleh itu,ringankan langkah anda untuk pergi ke Pusat Sumber Transplan yang

terdekat untuk sebarang maklumat berkaitan pendermaan organ atau penerimaan

organ.Sebagai masyarakat kita harus member pertolongan sesama manusia.


Rujukan

Laman web : www.agiftolife.gov.com.my ( accessed 25th January 2010)

http://www.nkf.org.my/11_donation.php ( accessed 27th January 2010)

http://medicine.com.my/wp/?p=290 ( accessed 27th January 2010)

http://www.agiftoflife.gov.my/organdonation2.html ( accessed 27th January)

http://www.agiftoflife.gov.my/organdonation2.html ( accessed 1th February)

Majalah VISI ( Majalah Kefahaman Islam)Bilangan 96

Peter Singer ,The Life You Can Save: Acting Now to End World Poverty."

become an organ donor today,

Majalah National Kidney Foundation(NKF newsletter) 2009,issue 3

Anda mungkin juga menyukai