Anda di halaman 1dari 24

6.

KEWANGAN: MATEMATIK KEWANGAN


Pengenalan
Analisis tentang nilai masa wang perlu dibuat kerana penyediaannya
membantu perniagaan membuat keputusan belajawan modal syarikat.
Nilai bagi RM1 sekarang boleh menjadi lebih besar daripada nilai RM
pada tahun-tahun akan datang kerana nilai wang mempunyai
kecenderung untuk susut atau merosot mengikut masa. Dalam topik ini
akan dibincangkan konsep dengan contoh-contoh bagi Nilai Masa Wang,
Konsep kadar faedah dan dividen, Konsep nilai masa depan (FV), Konsep nilai
masa kini (PV), Aliran tunai anuiti, Konsep nilai masa depan anuiti (FVA),
Konsep nilai masa kini anuiti (PVA), Nilai kini bagi perpetuiti, Aliran tunai tidak
sama dan Pelunasan pinjaman.

Objektif
Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat:
1. memahami konsep-konsep dalam nilai masa wang
2. mengira nilai masa wang
6.1.
Nilai Masa Wang
Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan
ialah nilai masa wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan
menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan.
Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini,
amat mempercayai nilai masa wang, lebih gemar memilih untuk
melaburkan semula wang yang dijana daripada perniagaan daripada
menggunakannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham
syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga,
nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti
bagaimana bakteria membiak, dan kesannya, pulangan akan datang
meningkat lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap
nilai wang.
Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway
pada tahun 1964, nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya
lebih rendah lagi. Hari ini, nilai bukunya bagi sesaham lebih daripada
$20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih tinggi. Kadar
pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang
terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire
pada tahun 1964 menjadi kaya hari ini!
6.2.

Konsep kadar faedah dan dividen

Konsep kadar faedah: Faedah boleh dikatakan sebagai pulangan


kepada wang yang dipinjamkan. Apabila kita meminjamkan wang kita
kepada seseorang, kita menjangkakan wang yang dipulangkan balik
akan berserta dengan lebihan. Kadar lebihan ini bergantung kepada
tujuan penggunaan, risiko dan kadar inflasi. Secara ringkasnya lebihan
1

(faedah) ini adalah sebagai gantirugi kerana kita melupakan


kesenangan penggunaan wang tersebut terhadap kita pada masa kini.
Konsep dividen: Adalah pengagihan sebahagian keuntungan
perniagaan (syarikat sendirian berhad) kepada pemegang saham
berdasarkan peratusan saham yang dimiliki
6.3.
Konsep nilai masa depan (FV)
Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui
faedah terkompaun bagi satu tempoh masa. Apabila bercakap
mengenai faedah terkompaun, yang dimaksudkan ialah jumlah yang
diperoleh daripada deposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian
daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah
ditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya
akan dibayar faedah. Bezakan ini dengan faedah biasa, yang
faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja.
Contoh
Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank
memperoleh faedah 8% setahun selama dua tahun.
Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh
dua tahun ialah sebanyak RM16, iaitu RM8 pada akhir tahun pertama
dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa
depan RM100 pada akhir tahun pertama ialah RM108, dan RM116 pada
akhir tahun kedua

Sekarang

PV = RM100

Tahun 1

Tahun 2

RM100 + 8 = RM108

RM108 + 8 = RM116

Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua


tahun itu adalah sebanyak RM16.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama,
dicampurkan dengan RM8.64 pada tahun kedua. Perbezaan faedah bagi
tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke atas prinsipal
(RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8). Oleh itu,
nilai masa depan bagi RM100 ialah RM116.64, jika faedah terkompaun
diaplikasikan.
Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PV = RM100

RM100
RM108

+1.08

= RM108 +
RM116.64

1.08

Berdasarkan senario ini, tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan


kecil yang dibuat pada hari ini, boleh menjadi satu pulangan yang banyak
pada masa akan datang, disebabkan kuasa faedah terkompaun dan masa.
Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk menentukan nilai masa
depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah:
FVn = PV x (1 + r)

Penunjuk,
FVn = nilai masa depan
PV = nilai kini,
r = kadar faedah, dan
n = tempoh dalam bilangan tahun.
Daripada contoh di atas, nilai masa depan dikira seperti berikut:
FV = RM100 x (1 + 0.08) = RM100 x 1.1664 = RM116.64.
Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF)
lihat Jadual A-1 dalam Lampiran, untuk mendapatkan nilai masa depan
bagi satu jumlah kini. Formula untuk itu ialah:
FVn= PV x FVIF (r%, n)
Penunjuk,
FVn = nilai masa depan,
PV = nilai kini,
FVIF (r%, n) = faktor faedah nilai masa depan, untuk kadar faedah, r% dan
bilangan tempoh, n.
Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk
FVIF (r%, n); dalam contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu,
lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.166.
Dengan menggunakan faktor ini, kita mengira FV sebagai:
FV = 100 x 1.166 = RM116.60
Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan
RM100 yang dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. Cara paling ketara
ialah berupaya untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi,
katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%.

Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah


sebanyak 8% untuk dua tahun: RM116.64
Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah
sebanyak 10% untuk dua tahun: RM121

Walau bagaimanapun, kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika
faedahnya terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang
lazimnya dilakukan oleh institusi kewangan). Melalui perolehan faedah
yang dibayar dua kali setahun (setiap separuh tahun) atau tiga kali
setahun (setiap suku tahun), nilai masa depan RM100 yang dimiliki itu
akan meningkat lebih tinggi.
4

Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun, nilai masa depan RM100 ialah
RM116.64 (di mana faedah dikompaunkan setiap tahun) nilai masa
depan RM100 pada akhir tempoh yang sama, adalah sebanyak RM116.99
(jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan RM117.17 (jika
pengkompaunan dibuat setiap suku tahun).
Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun pada
kekerapan yang berbeza
Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh
ditingkatkan ialah dengan menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh
Setiap Separuh
yang
lebih
lama (iaituTahunan
dengan melanjutkan tempoh,Setiap
n dalam
pengiraan
Akhir
Tahun
Suku
Tahun
Tahunpada kadar yang sama iaitu
ini). Contohnya, RM100 yang dikompaunkan
1 untuk satu 108.00
108.16
8% tetapi
tempoh yang lebih
panjang, akan 108.24
menghasilkan
>2
116.64
116.99
117.17
pulangan
yang lebih tinggi
untuk tempoh
empat tahun, nilai
masa depan
ialah RM136, manakala bagi tempoh enam tahun, nilai masa depannya
ialah RM158.70.
Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun untuk tempoh
2 tahun

RM116.64

4 tahun

RM136.00

6 tahun

RM158.70

Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh
yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.
Perkaitan nilai masa depan
FV bagi

20%
RM100
10%

15%
5%

Masa

Daripada carta di atas, kita dapat melihat yang berikut:

6.4.

Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa, selari


dengan peningkatan kadar faedah.
Pada kadar faedah yang sama (katakan, pada kadar 5%) nilai
masa depan RM100 meningkat sambil tempoh masa juga
meningkat.
Konsep nilai masa kini (PV)

Selalunya, elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa
depan wang. Nilai kini ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa
depan, atau dengan kata lain, ia merupakan jumlah yang perlu dilaburkan
sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh tertentu
bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai kini
disebut sebagai pendiskaunan, dan sebenarnya adalah kebalikan bagi
faedah pengkompaunan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset
kewangan, contohnya, dalam menentukan nilai saham menggunakan
analisis aliran tunai terdiskaun (DCF).
Pada dasarnya, nilai kini digunakan untuk menjawab soalan, Jika saya
boleh mendapatkan satu kadar pulangan tertentu, (katakan, r%) bagi
wang saya, apakah jumlah paling banyak yang harus saya bayar bagi
berpeluang menerima sejumlah wang (katakan, FVn ringgit), pada masa
depan (katakan, tempoh n dari hari ini)? Pendiskaunan bukan mencari
nilai masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu,
sebaliknya pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa
depan, dengan andaian bahawa pembuat keputusan itu berpeluang
memperoleh sesuatu kadar pulangan, r% atas wang tersebut. Kadar
pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah, kadar diskaun, kadar
pulangan yang diperlukan, kos modal atau kos melepas.
Contoh
Anda berpeluang mendapat RM100, dua tahun dari sekarang. Apakah
jumlah paling banyak yang anda perlu bayar, sekiranya anda boleh
mendapat, katakan 6%, daripada pelaburan anda?
Untuk menjawabnya, kita perlu menentukan berapa ringgit perlu
dilaburkan pada kadar 6% hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk
mendapat RM100 dalam masa dua tahun. Kita gunakan PV sebagai nilai
kini, yang tidak diketahui jumlahnya, dan dengan menggunakan
persamaan nilai masa depan, contoh ini boleh dikira seperti yang berikut:
PV x (1.06) = RM100

Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV, kita


dapati jawapannya ialah RM89 (atau, RM100 dibahagi dengan 1.1236).
Dengan kata lain, nilai kini sebanyak RM100 yang akan diterima dua
tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah sebanyak 6% ialah
bersamaan dengan RM89 pada hari ini.
Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PV = RM89

FV2 = RM100

RM89 sekarang bersamaan dengan RM100, jika kita boleh


mendapat pulangan sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun
(terkompaun secara tahunan).

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas, kita boleh


mendapatkan nilai kini dengan menyusun semula persamaan nilai masa
depan. Oleh itu, persamaan nilai kini boleh dinyatakan begini:
PV = FVn / (1 + r)
Dan, untuk itu, nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah:
PV = RM100 / (1 + 0.06) = RM89
Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn),
katakanlah RM100, boleh ditingkatkan?
Caranya:
1 Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan, nilai kini bagi satu jumlah
) masa depan boleh ditingkatkan. Dalam contoh di sini, jika kadar faedah yang
digunakan ialah 5% (bukannya 6%), maka nilai kini bagi RM100 yang akan
diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak RM90.70 dan bukannya
RM89. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.05).

2 Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya
) dipendekkan. Dengan andaian kadar faedah tetap sama, (iaitu 6%), PV bagi
RM100 yang akan diterima dalam masa satu tahun dari sekarang ialah
7

sebanyak RM94.33, iaitu lebih tinggi berbanding bagi tempoh dua tahun
(RM89). Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.06).

Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza)
boleh dilihat melalui carta yang berikut.
Perkaitan nilai kini (pada kadar faedah dan tempoh yang
berbeza)
PV bagi
RM100

0%
5%
10%
15%
20%
Masa

Daripada carta di atas, kita boleh melihat perkara berikut:

Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa, sambil kadar faedah
meningkat.

Pada kadar faedah yang sama (katakan, 5%) nilai kini bagi
RM100 menurun ketika tempoh masa meningkat.

Sama dengan pengiraan nilai masa depan, nilai kini bagi satu jumlah
boleh juga ditentukan menggunakan jadual faktor, dikenali sebagai
jadual faktor faedah nilai kini (PVIF) lihat Jadual A-3 dalam Lampiran.
Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut:
PV = FVn x PVIF (r%, n)
Penunjuk,
PV

= nilai kini,

FVn

= nilai masa depan,

PVIF (r%, n)

faktor faedah nilai kini, bagi kadar faedah, r% dan bilangan


tempoh, n.

Daripada jadual PVIF, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF
(r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum

(6%), persilangan dengan barisan (n =2) ialah 0.89. Menggunakan


faktor ini, kita boleh mengira PV sebagai:

PV = 100 x 0.89 = RM89

6.5.
Aliran tunai anuiti
Anuiti
Dalam bahagian sebelum ini, kita telah melihat konsep nilai kini
dan nilai masa depan, yang membabitkan satu jumlah tunggal.
Contohnya ialah nilai masa depan bagi RM100yang akan diterima
dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun pada kadar 8%
atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun, didiskaun pada 6%.
Selain itu, penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan
lebih daripada jumlah tunggal. Contohnya, bagaimana hendak
menentukan nilai kini RM100 yang akan diterima pada akhir tahun
pertama, dan RM100 yang akan diterima pada akhir tahun kedua,
dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama
(RM100) yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai
anuiti, iaitu aliran tunai yang sama dan berkala.
Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti
pengkompaunan, pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak
pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal
kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah
yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam
memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan
satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai
persediaan bersara) nilai masa depan anuiti, atau dalam
pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah nilai masa
kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan
simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.
6.6.
Konsep nilai masa depan anuiti (FVA)
Contoh nilai masa depan anuiti
Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui
pengkompaunan bayaran secara berasingan. Sebagai contoh, nilai
masa depan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun
pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun
kedua, boleh digambarkan seperti yang berikut:
Dengan mengandaikan dalam contoh ini, bahawa kadar faedah ialah
8%, nilai masa depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut:
FVA =RM100 x (1.08) + RM100

10

=RM208

11

Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah


nilai masa depan (FVIFA) Jadual A-2 dalam Lampiran, untuk
menentukan nilai masa depan bagi anuiti di atas.
Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang
berikut:
FVA = PMT x FVIFA (r%, n)
Penunjuk,
FVA

= anuiti nilai masa depan,

PMT

= bayaran sama,

FVIFA (r%, n) =

faktor faedah nilai masa depan anuiti, bagi kadar faedah,


r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual FVIFA, pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r
%, n); dalam contoh di sini, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%),
persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 2.08. Menggunakan faktor ini,
kita boleh mengira FVA sebagai:
FVA = 100 x 2.08 = RM208
6.7.
Konsep nilai masa kini anuiti (PVA)
Contoh nilai kini bagi anuiti 1
Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA), RM100 yang akan diterima pada
akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada tahun
kedua, boleh ditentukan melalui pendiskaunan jumlah secara
berasingan, pada kadar faedah yang bersesuaian.
Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh.
Bayaran yang sepatutnya diberi pada awal tempoh dikenali sebagai
anuiti awal tempoh.

Sekarang

PVA

Tahun 1

Tahun 2

RM100

RM100

12

Dalam contoh ini, jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah
6%, maka nilai kini aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut:
[RM100 / (1.06) ] + [ RM100 /
PVA =
(1.06)]
=RM94.33 + 89.0
=RM183.33
Bagi memudahkan pengiraan, kita boleh juga menggunakan jadual
anuiti faktor faedah masa kini (PVIFA) lihat Jadual A-4 dalam
Lampiran.
Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
PVA = PMT x PVIFA (r%, n)
Penunjuk,
PVA

=nilai kini anuiti,

PMT

=bayaran sama,

PVIFA
n)

(r%, faktor faedah nilai kini anuiti, bagi kadar


=
faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIFA, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi


PVIFA (r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat
kolum (6%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.833.
Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PVA seperti ini:
PVA = 100 x 1.833 = RM183.3
6.8.
Nilai kini bagi perpetuiti
Bayaran anuiti yang tiada tempoh matang iaitu siri bayaran secara
berterusan adalah dipanggil perpetuiti. Contohnya saham

13

keutamaan yang mempunyai tempoh matang infiniti, bayaran


dividennya adalah dinamakan bayaran perpetuiti.
Contoh:
Nilai kini bagi RM100 dibayar secara berterusan selama-lamanya
setiap tahun. Faedah yang diberikan adalah 8% setahun.
Rumus:
PVA perpetuiti = PMT/r
Dimana:
PVA perpetuiti = nilai kini perpetuiti
PMT
= bayaran perpetuiti
R
= kadar faedah bagi setiap bayaran
Cara pengiraan:
PVA

perpetuiti

= RM100/0.08
= RM1,250.00

6.9.
Aliran tunai tidak sama
Aliran tunai masuk secara amalannya bukanlah sentiasa sama atau
seragam setiap bulan. Bagi pelaburan yang menghasilkan aliran
tunai tidak sama, tempoh bayaran balik akan dihitung dengan
menjumlahkan aliran tunai masuk sehingga menyamai jumlah
pelaburan awal projek. Dalam keadaan tertentu, hayat sesuatu
projek boleh juga mempengaruhi kos penyelenggaraan. Contohnya,
semakin
lama
tempoh
projek,
semakin
meningkat
kos
penyelenggaraan yang boleh menyebabkan aliran tunai masuk
menurun dari tahun ke tahun. Contoh aliran tunai tidak sama bagi
sesuatu projek adalah yang berikut:
RM120,0
00
0

RM70,0
00
1

RM50,00
0
2

RM40,0
00
3

RM20,000
4

RM5,000
5

Masa

Merujuk garis masa di atas, sekiranya projek melibatkan aliran


tunai yang tidak sama setiap tahun contohnya untuk tujuan
pelaburan, pengiraan tempoh bayaran balik akan dibuat secara
terkumpul. dengan pelaburan asal berjumlah RM120,000, syarikat
akan menerima Rm 70,000 pada tahun 1, RM50,00 pada tahun ke-2
dan seterusnya. Aliran wang tunai masuk adalah berkurangan
mengikut tahun kerana kadar diskaun digunakan sehingga nilai kini
bersih menjadi sifar. Bagi menentukan kadar diskauan, jadual faktor
diskaun digunakan.
Contoh pengiraan:
14

Syarikat Nanimaju becadang untuk memilih satu projek pelaburan


yang melibatkan wang RM30,000. Tempoh bayaran balik
maksimum adalah lima tahun. Aliran tunai projek X, Y dan Z adalah
seperti berikut:
Tahun
1
2
3
4
5

Projek X
RM3,000
RM3,000
RM3,000
RM3,000
RM3,000

Projek Y
RM4,000
RM4,000
RM10,000
RM12,000
RM 12,000

Projek Z
RM5,500
RM4,500
RM6,000
RM12,000
RM14,000

Tempoh balik bagi Projek X, Y dan Z.adalah:


Projek X:
Aliran tunai masuk projek A adalah seragam setiap tahun. Jadi
tempoh bayaran balik adalah:
Pelaburan awal
= RM30,000 = 10 tahun
Aliran tunai tahunan RM
RM3,000
Projek Y dan Z pula menghasilkan aliran tunai tidak seragam. Oleh
itu aliran tunai terkumpul perlu dihitung seperti berikut:
Tahun

1
2

Projek Y
Aliran
Aliran
Tunai
Tunai
Masuk
Terkum
pul
RM4,000 RM4,000
RM4,000 RM8,000

RM10,000

RM12,000

RM
12,000

RM18,00
0
RM30,00
0
RM42,00
0

Projek Z
Aliran
Aliran
Tunai
Tunai
Masuk
Terkum
pul
RM5,500 RM5,500
RM4,500 RM10,00
0
RM6,000 RM16,00
0
RM12,00 RM28,00
0
0
RM14,00 RM42,00
0
0

Projek Y dan Projek Z pula menghasilkan aliran tunai yang tidak


seragam. Oleh itu, tempoh bayaran balik adalah:
Bagi Projek Y, tempoh bayaran balik adalah empat tahun. Aliran
tunai terkumpul pada tahun ke-4 adalah RM30,000 iaitu menyamai
pelaburan awal Projek Y sebanyak RM30,000.

15

Bagi Projek Z, tempoh bayaran balik adalah melebihi tahun ke-4


tetapi kurang daripada tahun ke-5. Aliran tunai terkumpul pada
tahun ke-4 adalah RM28,000 iaitu kurang RM2,000 daripada
pelaburan awal. Oleh itu, jumlah kurangan RM2,000 diperlukan
untuk mencukupkan kos pelaburan awal supaya menyamai
RM20,000. Jadi, tempoh bayar balik projek Y dikira seperti berikut:
4 tahun + RM2,000 x 12 bulan = 4 tahun 2 bulan
RM12,000
Tempoh bayaran balik bagi Projek Z adalah 4 tahun 2 bulan
manakala Projek Y adalah 4 tahun. Oleh yang demikian, Projek Y
akan dipilih kerana tempoh bayaran balik adalah paling kurang iaitu
hanya 4 tahun berbanding Projek Z iaitu 4 tahun 2 bulan.
6.10.

Pelunasan pinjaman

Rumusan
Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan,
pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang
menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian
daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam
kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang
diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang
diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) nilai masa depan
anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah
nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan
simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.

16

Ringkasan - Nilai Masa Wang


Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis
pelaburan ialah konsep nilai masa wang.
Nilai jumlah kini pada masa depan, ditemui dengan pengaplikasian faedah
kompaun (atau pengkompaunan) mengikut masa, dikenali sebagai nilai
masa depan.
Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan, boleh ditingkatkan dengan:
1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi; dan/atau
2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama.
Pengkompaunan yang lebih kerap, contohnya setiap suku tahun dan
bukannya setahun sekali, boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi
sesuatu jumlah.
Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan, dan
ditemui melalui proses yang dikenali sebagai pendiskaunan.
Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1)
merendahkan kadar faedah yang diperoleh;
2) dan/atau memendekkan tempoh masa.
Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala.
Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan
menggunakan jadual faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA).
Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan
menemuinya ketika membuat simpanan persaraan, dan pelunasan
pinjaman perumahan.
Latihan:
1. Jika anda melabur RM4000 dalam akaun tetap pada hari ini,
berapakah baki akaun anda 4 tahun akan datang berdasarkan situasi
berikut:
i. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setiap hari.
ii 4% faedah tahunan dikompaunkan setiap bulan.
iii. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setahun dua kali.
iv. 4 % faedah tahunan dikompaunkan setiap tahun.
vi. 4 % faedah tahunan dikompaunkan tiga bulan sekali.
17

2. Jika Encik Johny akan ingin membeli sebuah rumah 20 tahun daripada
sekarang. Nilai rumah berkenaan dijangka akan meningkat menjadi
RM300,000 pada tahun berkenaan. Bagi langkah awal, Encik Johny
menyimpan sebahagian wang gajinya setahun dalam akaun simpanan.
Dianggarkan pihak bank akan menawarkan faedah 6% setahun.
Berapakah jumlah simpanan yang akan diperolehi ketika bersara kelak?

Rujukan:
Horne, J.C. V. 2000. Asas Pengurusan Kewangan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala
Lumpur.
K.K. 2001. Matematik Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Lau. T.K., Phang, Y. N., Wee, K.K.2012, Business Mathematics for UiTM, Forth
Edition, Oxford Fajar, Shah Alam.
Sabri Hussin. 2005. Pengurusan Perniagaan, Jilid 2, Cengage Learning Asia
Pte.Ltd.
http://kingofformulas.com/
http://hoileongchan.blogspot.com/2012/11/mathematical-tables.html
www.cengage.com/resource_uploads/downloads/0324597703_222122.xls

18

Lampiran

Nilai masa depan menggunakan formula berikut:

FVn= PV x FVIF (r%, n)

Nilai masa depan [Future value interest factor of $1 per period at i% for n periods, FVIF(i,n)]
Period
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
25
30
35
40
50

1%
1.010
0
1.020
1
1.030
3
1.040
6
1.051
0
1.061
5
1.072
1
1.082
9
1.093
7
1.104
6
1.1157
1.126
8
1.138
1
1.149
5
1.161
0
1.172
6
1.184
3
1.196
1
1.208
1
1.220
2
1.282
4
1.347
8
1.416
6
1.488
9
1.644
6

2%
1.020
0
1.040
4
1.061
2
1.082
4
1.104
1
1.126
2
1.148
7
1.171
7
1.195
1
1.219
0
1.243
4
1.268
2
1.293
6
1.319
5
1.345
9
1.372
8
1.400
2
1.428
2
1.456
8
1.485
9
1.640
6
1.8114
1.999
9
2.208
0
2.691
6

3%
1.030
0
1.060
9
1.092
7
1.125
5
1.159
3
1.194
1
1.229
9
1.266
8
1.304
8
1.343
9
1.384
2
1.425
8
1.468
5
1.512
6
1.558
0
1.604
7
1.652
8
1.702
4
1.753
5
1.806
1
2.093
8
2.427
3
2.813
9
3.262
0
4.383
9

4%
1.040
0
1.081
6
1.124
9
1.169
9
1.216
7
1.265
3
1.315
9
1.368
6
1.423
3
1.480
2
1.539
5
1.601
0
1.665
1
1.731
7
1.800
9
1.873
0
1.947
9
2.025
8
2.106
8
2.1911
2.665
8
3.243
4
3.946
1
4.801
0
7.106
7

5%

6%

7%

8%

9%

10%

11%

12%

13%

14%

15%

16%

17%

18%

19%

20%

1.0500

1.0600

1.0700

1.0800

1.0900

1.1025

1.1236

1.1449

1.1664

1.1881

1.1000

1.1100

1.1200

1.1300

1.1400

1.1500

1.1600

1.1700

1.1800

1.1900

1.2000

1.2100

1.2321

1.2544

1.2769

1.2996

1.3225

1.3456

1.3689

1.3924

1.4161

1.4400

1.1576

1.1910

1.2250

1.2597

1.2155

1.2625

1.3108

1.3605

1.2950

1.3310

1.3676

1.4049

1.4429

1.4815

1.5209

1.5609

1.6016

1.6430

1.6852

1.7280

1.4116

1.4641

1.5181

1.5735

1.6305

1.6890

1.7490

1.8106

1.8739

1.9388

2.0053

2.0736

1.2763

1.3382

1.4026

1.3401

1.4185

1.5007

1.4693

1.5386

1.6105

1.6851

1.7623

1.8424

1.9254

2.0114

2.1003

2.1924

2.2878

2.3864

2.4883

1.5869

1.6771

1.7716

1.8704

1.9738

2.0820

2.1950

2.3131

2.4364

2.5652

2.6996

2.8398

2.9860

1.4071

1.5036

1.4775

1.5938

1.6058

1.7138

1.8280

1.9487

2.0762

2.2107

2.3526

2.5023

2.6600

2.8262

3.0012

3.1855

3.3793

3.5832

1.7182

1.8509

1.9926

2.1436

2.3045

2.4760

2.6584

2.8526

3.0590

3.2784

3.5115

3.7589

4.0214

4.2998

1.5513
1.6289

1.6895

1.8385

1.9990

2.1719

2.3579

2.5580

2.7731

3.0040

3.2519

3.5179

3.8030

4.1084

4.4355

4.7854

5.1598

1.7908

1.9672

2.1589

2.3674

2.5937

2.8394

3.1058

3.3946

3.7072

4.0456

4.4114

4.8068

5.2338

5.6947

6.1917

1.7103

1.8983

2.1049

2.3316

2.5804

2.8531

3.1518

3.4785

3.8359

4.2262

4.6524

5.1173

5.6240

6.1759

6.7767

7.4301

1.7959

2.0122

2.2522

2.5182

2.8127

3.1384

3.4985

3.8960

4.3345

4.8179

5.3503

5.9360

6.5801

7.2876

8.0642

8.9161

1.8856

2.1329

2.4098

2.7196

3.0658

3.4523

3.8833

4.3635

4.8980

5.4924

6.1528

6.8858

7.6987

8.5994

9.5964

10.6993

1.9799

2.2609

2.5785

2.9372

3.3417

3.7975

4.3104

4.8871

5.5348

6.2613

7.0757

7.9875

9.0075

10.1472

11.4198

12.8392

2.0789

2.3966

2.7590

3.1722

3.6425

4.1772

4.7846

5.4736

6.2543

7.1379

8.1371

9.2655

10.5387

11.9737

13.5895

15.4070

2.1829

2.5404

2.9522

3.4259

3.9703

4.5950

5.3109

6.1304

7.0673

8.1372

9.3576

10.7480

12.3303

14.1290

16.1715

18.4884

2.2920

2.6928

3.1588

3.7000

4.3276

5.0545

5.8951

6.8660

7.9861

9.2765

10.7613

12.4677

14.4265

16.6722

19.2441

22.1861

2.4066

2.8543

3.3799

3.9960

4.7171

5.5599

6.5436

7.6900

9.0243

10.5752

12.3755

14.4625

16.8790

19.6733

22.9005

26.6233

2.5270

3.0256

3.6165

4.3157

5.1417

6.1159

7.2633

8.6128

10.1974

12.0557

14.2318

16.7765

19.7484

23.2144

27.2516

31.9480

2.6533

3.2071

3.8697

4.6610

5.6044

6.7275

8.0623

9.6463

11.5231

13.7435

16.3665

19.4608

23.1056

27.3930

32.4294

38.3376

3.3864

4.2919

5.4274

17.0001

21.2305

26.4619

32.9190

40.8742

50.6578

62.6686

77.3881

95.3962

17.4494

22.8923

29.9599

39.1159

50.9502

66.2118

85.8499

111.0647

143.3706

184.6753

237.3763

5.5160

7.6861
10.285
7
18.420
2

7.6123
10.676
6
14.974
5
29.457
0

8.6231
13.267
7
20.414
0
31.409
4
74.357
5

13.5855

5.7435

6.8485
10.062
7
14.785
3
21.724
5
46.901
6

10.8347

4.3219

28.1024

38.5749

52.7996

180.3141

243.5035

327.9973

93.0510
289.002
2

267.8635
1,083.657
4

378.7212
1,670.703
8

533.8687
2,566.215
3

750.3783
3,927.356
9

440.7006
1,051.667
5
5,988.913
9

590.6682

65.0009
184.564
8

98.1002
188.883
5
700.233
0

133.1755

45.2593

72.0685
132.781
6
450.735
9

7.0400
11.4674

117.3909

19

1,469.7716
9,100.4382

Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:


PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

Present value interest factor of an (ordinary) annuity of $1 per period at i% for n periods, PVIFA(i,n).
Perio
d

1%

2%

3%

4%

5%

6%

7%

8%

9%

10%

0.990

0.980

0.971

0.962

0.952

0.943

0.935

0.926

0.917

0.909

1.970

1.942

1.913

1.886

1.859

1.833

1.808

1.783

1.759

1.736

2.941

2.884

2.829

2.775

2.723

2.673

2.624

2.577

2.531

2.487

3.902

3.808

3.717

3.630

3.546

3.465

3.387

3.312

3.240

3.170

4.853

4.713

4.580

4.452

4.329

4.212

4.100

3.993

3.890

3.791

5.795

5.601

5.417

5.242

5.076

4.917

4.767

4.623

4.486

4.355

6.728

6.472

6.230

6.002

5.786

5.582

5.389

5.206

5.033

4.868

7.652

7.325

7.020

6.733

6.463

6.210

5.971

5.747

5.535

5.335

8.566

8.162

7.786

7.435

7.108

6.802

6.515

6.247

5.995

5.759

10

9.471

8.983

8.530

8.111

7.722

7.360

7.024

6.710

6.418

6.145

11

10.368

9.787

9.253

8.760

8.306

7.887

7.499

7.139

6.805

6.495

12

11.255

10.575

9.385

8.863

8.384

7.943

7.536

7.161

6.814

13

12.134

11.348

9.954
10.63
5

9.986

9.394

8.853

8.358

7.904

7.487

7.103

14

13.004

12.106

11.296

10.563

9.899

9.295

8.745

8.244

7.786

7.367

15
16

13.865
14.718

12.849
13.578

11.938
12.56

11.118
11.652

10.380
10.838

9.712
10.106

9.108
9.447

8.559
8.851

8.061
8.313

7.606
7.824

20

11%
0.90
1
1.71
3
2.44
4
3.10
2
3.69
6
4.23
1
4.71
2
5.14
6
5.53
7
5.88
9
6.20
7
6.49
2
6.75
0
6.98
2
7.19
1
7.37

12%
0.893
1.690
2.402
3.037
3.605
4.111
4.564
4.968
5.328
5.650
5.938
6.194
6.424
6.628
6.811
6.974

13%
0.88
5
1.66
8
2.36
1
2.97
4
3.51
7
3.99
8
4.42
3
4.79
9
5.13
2
5.42
6
5.68
7
5.91
8
6.12
2
6.30
2
6.46
2
6.60

14%
0.877
1.647
2.322
2.914
3.433
3.889
4.288
4.639
4.946
5.216
5.453
5.660
5.842
6.002
6.142
6.265

15%
0.87
0
1.62
6
2.28
3
2.85
5
3.35
2
3.78
4
4.16
0
4.48
7
4.77
2
5.01
9
5.23
4
5.42
1
5.58
3
5.72
4
5.84
7
5.95

16%
0.862
1.605
2.246
2.798
3.274
3.685
4.039
4.344
4.607
4.833
5.029
5.197
5.342
5.468
5.575
5.668

17%
0.85
5
1.58
5
2.21
0
2.74
3
3.19
9
3.58
9
3.92
2
4.20
7
4.45
1
4.65
9
4.83
6
4.98
8
5.118
5.22
9
5.32
4
5.40

18%
0.847
1.566
2.174
2.690
3.127
3.498
3.812
4.078
4.303
4.494
4.656
4.793
4.910
5.008
5.092
5.162

19%
0.84
0
1.54
7
2.14
0
2.63
9
3.05
8
3.41
0
3.70
6
3.95
4
4.16
3
4.33
9
4.48
6
4.611
4.71
5
4.80
2
4.87
6
4.93

20%
0.833
1.528
2.106
2.589
2.991
3.326
3.605
3.837
4.031
4.192
4.327
4.439
4.533
4.611
4.675
4.730

17

15.562

14.292

18

16.398

14.992

19

17.226

15.678

20

18.046

16.351

25

22.023

19.523

30

25.808

22.396

35

29.409

24.999

40

32.835

27.355

50

39.196

31.424

1
13.16
6
13.75
4
14.32
4
14.87
7
17.41
3
19.60
0
21.48
7
23.115
25.73
0

12.166

11.274

10.477

9.763

9.122

8.544

8.022

12.659

11.690

10.828

10.059

9.372

8.756

8.201

13.134

12.085

11.158

10.336

9.604

8.950

8.365

13.590

12.462

11.470

10.594

9.129

8.514

15.622

14.094

12.783

11.654

9.818
10.67
5

9.823

9.077

17.292

15.372

13.765

12.409

11.258

10.274

9.427

18.665

16.374

14.498

12.948

11.655

10.567

9.644

19.793

17.159

15.046

13.332

10.757

9.779

21.482

18.256

15.762

13.801

11.925
12.23
3

10.962

9.915

21

9
7.54
9
7.70
2
7.83
9
7.96
3
8.42
2
8.69
4
8.85
5
8.95
1
9.04
2

7.120
7.250
7.366
7.469
7.843
8.055
8.176
8.244
8.304

4
6.72
9
6.84
0
6.93
8
7.02
5
7.33
0
7.49
6
7.58
6
7.63
4
7.67
5

6.373
6.467
6.550
6.623
6.873
7.003
7.070
7.105
7.133

4
6.04
7
6.12
8
6.19
8
6.25
9
6.46
4
6.56
6
6.61
7
6.64
2
6.66
1

5.749
5.818
5.877
5.929
6.097
6.177
6.215
6.233
6.246

5
5.47
5
5.53
4
5.58
4
5.62
8
5.76
6
5.82
9
5.85
8
5.87
1
5.88
0

5.222
5.273
5.316
5.353
5.467
5.517
5.539
5.548
5.554

8
4.99
0
5.03
3
5.07
0
5.10
1
5.19
5
5.23
5
5.25
1
5.25
8
5.26
2

4.775
4.812
4.843
4.870
4.948
4.979
4.992
4.997
4.999

Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
FVA = PMT x FVIFA (r%, n)
Nilai masa depan [Future value interest factor of $1 per period at i% for n periods, FVIF(i,n)]
Period
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
25
30
35
40
50

1%
1.010
0
1.020
1
1.030
3
1.040
6
1.051
0
1.061
5
1.072
1
1.082
9
1.093
7
1.104
6
1.115
7
1.126
8
1.138
1
1.149
5
1.161
0
1.172
6
1.184
3
1.196
1
1.208
1
1.220
2
1.282
4
1.347
8
1.416
6
1.488
9
1.644
6

2%
1.020
0
1.040
4
1.061
2
1.082
4
1.104
1
1.126
2
1.148
7
1.171
7
1.195
1
1.219
0
1.243
4
1.268
2
1.293
6
1.319
5
1.345
9
1.372
8
1.400
2
1.428
2
1.456
8
1.485
9
1.640
6
1.811
4
1.999
9
2.208
0
2.691
6

3%
1.030
0
1.060
9
1.092
7
1.125
5
1.159
3
1.194
1
1.229
9
1.266
8
1.304
8
1.343
9
1.384
2
1.425
8
1.468
5
1.512
6
1.558
0
1.604
7
1.652
8
1.702
4
1.753
5
1.806
1
2.093
8
2.427
3
2.813
9
3.262
0
4.383
9

4%
1.040
0
1.081
6
1.124
9
1.169
9
1.216
7
1.265
3
1.315
9
1.368
6
1.423
3
1.480
2
1.539
5
1.601
0
1.665
1
1.731
7
1.800
9
1.873
0
1.947
9
2.025
8
2.106
8
2.191
1
2.665
8
3.243
4
3.946
1
4.801
0
7.106
7

5%

6%

1.0500

1.0600

1.1025
1.1576

8%

9%

1.0700

1.0800

1.0900

1.1000

1.1100

1.1200

1.1300

1.1400

1.1500

1.1600

1.1700

1.1800

1.1900

1.2000

1.1236

1.1449

1.1664

1.1881

1.2100

1.2321

1.2544

1.2769

1.2996

1.3225

1.3456

1.3689

1.3924

1.4161

1.4400

1.1910

1.2250

1.2597

1.2950

1.3310

1.3676

1.4049

1.4429

1.4815

1.5209

1.5609

1.6016

1.6430

1.6852

1.7280

1.2155

1.2625

1.3108

1.3605

1.4116

1.4641

1.5181

1.5735

1.6305

1.6890

1.7490

1.8106

1.8739

1.9388

2.0053

2.0736

1.2763

1.3382

1.4026

1.4693

1.5386

1.6105

1.6851

1.7623

1.8424

1.9254

2.0114

2.1003

2.1924

2.2878

2.3864

2.4883

1.3401

1.4185

1.5007

1.5869

1.6771

1.7716

1.8704

1.9738

2.0820

2.1950

2.3131

2.4364

2.5652

2.6996

2.8398

2.9860

1.4071

1.5036

1.6058

1.7138

1.8280

1.9487

2.0762

2.2107

2.3526

2.5023

2.6600

2.8262

3.0012

3.1855

3.3793

3.5832

1.4775

1.5938

1.7182

1.8509

1.9926

2.1436

2.3045

2.4760

2.6584

2.8526

3.0590

3.2784

3.5115

3.7589

4.0214

4.2998

1.5513

1.6895

1.8385

1.9990

2.1719

2.3579

2.5580

2.7731

3.0040

3.2519

3.5179

3.8030

4.1084

4.4355

4.7854

5.1598

1.6289

1.7908

1.9672

2.1589

2.3674

2.5937

2.8394

3.1058

3.3946

3.7072

4.0456

4.4114

4.8068

5.2338

5.6947

6.1917

1.7103

1.8983

2.1049

2.3316

2.5804

2.8531

3.1518

3.4785

3.8359

4.2262

4.6524

5.1173

5.6240

6.1759

6.7767

7.4301

1.7959

2.0122

2.2522

2.5182

2.8127

3.1384

3.4985

3.8960

4.3345

4.8179

5.3503

5.9360

6.5801

7.2876

8.0642

8.9161

1.8856

2.1329

2.4098

2.7196

3.0658

3.4523

3.8833

4.3635

4.8980

5.4924

6.1528

6.8858

7.6987

8.5994

9.5964

10.6993

1.9799

2.2609

2.5785

2.9372

3.3417

3.7975

4.3104

4.8871

5.5348

6.2613

7.0757

7.9875

9.0075

10.1472

11.4198

12.8392

2.0789

2.3966

2.7590

3.1722

3.6425

4.1772

4.7846

5.4736

6.2543

7.1379

8.1371

9.2655

10.5387

11.9737

13.5895

15.4070

2.1829

2.5404

2.9522

3.4259

3.9703

4.5950

5.3109

6.1304

7.0673

8.1372

9.3576

10.7480

12.3303

14.1290

16.1715

18.4884

2.2920

2.6928

3.1588

3.7000

4.3276

5.0545

5.8951

6.8660

7.9861

9.2765

10.7613

12.4677

14.4265

16.6722

19.2441

22.1861

2.4066

2.8543

3.3799

3.9960

4.7171

5.5599

6.5436

7.6900

9.0243

10.5752

12.3755

14.4625

16.8790

19.6733

22.9005

26.6233

2.5270

3.0256

3.6165

4.3157

5.1417

6.1159

7.2633

8.6128

10.1974

12.0557

14.2318

16.7765

19.7484

23.2144

27.2516

31.9480

2.6533

3.2071

3.8697

4.6610

5.6044

6.7275

8.0623

9.6463

11.5231

13.7435

16.3665

19.4608

23.1056

27.3930

32.4294

38.3376

3.3864

4.2919

5.4274

17.0001

21.2305

26.4619

32.9190

40.8742

50.6578

62.6686

77.3881

7.6123

17.4494

22.8923

29.9599

39.1159

50.9502

66.2118

85.8499

111.0647

143.3706

184.6753

237.3763

5.5160

7.6861
10.285
7
18.420
2

10.6766

8.6231
13.267
7
20.414
0
31.409
4
74.357
5

13.5855

5.7435

6.8485
10.062
7
14.785
3
21.724
5
46.901
6

10.8347

4.3219

28.1024

38.5749

52.7996

243.5035

327.9973

93.0510
289.002
2

98.1002
188.883
5
700.233
0

180.3141

65.0009
184.564
8

72.0685
132.781
6
450.735
9

133.1755

45.2593
117.390
9

267.8635
1,083.65
74

378.7212
1,670.70
38

533.8687
2,566.21
53

750.3783
3,927.35
69

440.7006
1,051.66
75
5,988.91
39

590.6682
1,469.771
6
9,100.438
2

7.0400
11.467
4

7%

14.9745
29.4570

10%

11%

22

12%

13%

14%

15%

16%

17%

18%

19%

20%

95.3962

Nilai kini anuiti biasa boleh dikira menggunakan formula yang berikut:
PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

Present value interest factor of an (ordinary) annuity of $1 per period at i% for n periods, PVIFA(i,n).
Perio
d

1%

2%

3%

4%

5%

6%

7%

8%

9%

10%

0.990

0.980

0.971

0.962

0.952

0.943

0.935

0.926

0.917

0.909

1.970

1.942

1.913

1.886

1.859

1.833

1.808

1.783

1.759

1.736

2.941

2.884

2.829

2.775

2.723

2.673

2.624

2.577

2.531

2.487

3.902

3.808

3.717

3.630

3.546

3.465

3.387

3.312

3.240

3.170

4.853

4.713

4.580

4.452

4.329

4.212

4.100

3.993

3.890

3.791

5.795

5.601

5.417

5.242

5.076

4.917

4.767

4.623

4.486

4.355

6.728

6.472

6.230

6.002

5.786

5.582

5.389

5.206

5.033

4.868

7.652

7.325

7.020

6.733

6.463

6.210

5.971

5.747

5.535

5.335

8.566

8.162

7.786

7.435

7.108

6.802

6.515

6.247

5.995

5.759

10

9.471

8.983

8.530

8.111

7.722

7.360

7.024

6.710

6.418

6.145

11

10.368

9.787

9.253

8.760

8.306

7.887

7.499

7.139

6.805

6.495

12

11.255

10.575

9.385

8.863

8.384

7.943

7.536

7.161

6.814

13
14

12.134
13.004

11.348
12.106

9.954
10.63
5
11.296

9.986
10.563

9.394
9.899

8.853
9.295

8.358
8.745

7.904
8.244

7.487
7.786

7.103
7.367

23

11%
0.90
1
1.71
3
2.44
4
3.10
2
3.69
6
4.23
1
4.71
2
5.14
6
5.53
7
5.88
9
6.20
7
6.49
2
6.75
0
6.98

12%
0.893
1.690
2.402
3.037
3.605
4.111
4.564
4.968
5.328
5.650
5.938
6.194
6.424
6.628

13%
0.88
5
1.66
8
2.36
1
2.97
4
3.51
7
3.99
8
4.42
3
4.79
9
5.13
2
5.42
6
5.68
7
5.91
8
6.12
2
6.30

14%
0.877
1.647
2.322
2.914
3.433
3.889
4.288
4.639
4.946
5.216
5.453
5.660
5.842
6.002

15%
0.87
0
1.62
6
2.28
3
2.85
5
3.35
2
3.78
4
4.16
0
4.48
7
4.77
2
5.01
9
5.23
4
5.42
1
5.58
3
5.72

16%

5.197

17%
0.85
5
1.58
5
2.21
0
2.74
3
3.19
9
3.58
9
3.92
2
4.20
7
4.45
1
4.65
9
4.83
6
4.98
8

5.342
5.468

5.118
5.22

0.862
1.605
2.246
2.798
3.274
3.685
4.039
4.344
4.607
4.833
5.029

18%
0.847
1.566
2.174
2.690
3.127
3.498
3.812
4.078
4.303
4.494
4.656
4.793
4.910
5.008

19%
0.84
0
1.54
7
2.14
0
2.63
9
3.05
8
3.41
0
3.70
6
3.95
4
4.16
3
4.33
9
4.48
6
4.611
4.71
5
4.80

20%
0.833
1.528
2.106
2.589
2.991
3.326
3.605
3.837
4.031
4.192
4.327
4.439
4.533
4.611

15

13.865

12.849

16

14.718

13.578

17

15.562

14.292

18

16.398

14.992

19

17.226

15.678

20

18.046

16.351

25

22.023

19.523

30

25.808

22.396

35

29.409

24.999

40

32.835

27.355

50

39.196

31.424

11.938
12.56
1
13.16
6
13.75
4
14.32
4
14.87
7
17.41
3
19.60
0
21.48
7
23.115
25.73
0

11.118

10.380

9.712

9.108

8.559

8.061

7.606

11.652

10.838

10.106

9.447

8.851

8.313

7.824

12.166

11.274

10.477

9.763

9.122

8.544

8.022

12.659

11.690

10.828

10.059

9.372

8.756

8.201

13.134

12.085

11.158

10.336

9.604

8.950

8.365

13.590

12.462

11.470

10.594

9.129

8.514

15.622

14.094

12.783

11.654

9.818
10.67
5

9.823

9.077

17.292

15.372

13.765

12.409

11.258

10.274

9.427

18.665

16.374

14.498

12.948

11.655

10.567

9.644

19.793

17.159

15.046

13.332

10.757

9.779

21.482

18.256

15.762

13.801

11.925
12.23
3

10.962

9.915

24

2
7.19
1
7.37
9
7.54
9
7.70
2
7.83
9
7.96
3
8.42
2
8.69
4
8.85
5
8.95
1
9.04
2

6.811
6.974
7.120
7.250
7.366
7.469
7.843
8.055
8.176
8.244
8.304

2
6.46
2
6.60
4
6.72
9
6.84
0
6.93
8
7.02
5
7.33
0
7.49
6
7.58
6
7.63
4
7.67
5

6.142
6.265
6.373
6.467
6.550
6.623
6.873
7.003
7.070
7.105
7.133

4
5.84
7
5.95
4
6.04
7
6.12
8
6.19
8
6.25
9
6.46
4
6.56
6
6.61
7
6.64
2
6.66
1

5.575
5.668
5.749
5.818
5.877
5.929
6.097
6.177
6.215
6.233
6.246

9
5.32
4
5.40
5
5.47
5
5.53
4
5.58
4
5.62
8
5.76
6
5.82
9
5.85
8
5.87
1
5.88
0

5.092
5.162
5.222
5.273
5.316
5.353
5.467
5.517
5.539
5.548
5.554

2
4.87
6
4.93
8
4.99
0
5.03
3
5.07
0
5.10
1
5.19
5
5.23
5
5.25
1
5.25
8
5.26
2

4.675
4.730
4.775
4.812
4.843
4.870
4.948
4.979
4.992
4.997
4.999