Anda di halaman 1dari 3

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELAGA AIR, PADAWAN


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN KWAPM MURID TAHUN
2 HINGGA TAHUN 5, 2016 BIL 1 /TAHUN 2016
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi
Kehadiran (Bilangan)
Yang Hadir
Kehadiran
Turut Hadir (Jika ada)
1

:
:
:
:

23 November 2015
9:00 Pagi
Pusat Sumber Sekolah, SK Telaga Air
Puan Norhayati Binti Tokis
: 10 orang
: Semua ahli mesyuarat hadir (Seperti lampiran
Mesyuarat)
: -Tiada-

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan memaklumkan bahawa
tujuan mesyuarat adalah untuk memutuskan murid Tahun 2
hingga Tahun 6 yang layak menerima KWAPM bagi sesi 2016.
1.2. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru yang dapat hadir dalam mesyuarat unit KWAPM bagi
tahun ini.
1.3. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang telah memberikan kerjasama yang padu dalam
menjalankan tugas yang telah diberikan.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG


LEPAS.
2.1.
Minit Mesyuarat Bil. 2/ Tahun 2015 diterima setelah semakan
dibuat.
2.2.
Dicadang untuk disahkan oleh Puan Yanti Fairullisa Binti
Mahmud.
2.3
Disokong oleh Cik Ramlah Binti Bol.

PERKARA BERBANGKIT:
3.1. Tiada perkara berbangkit.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

LAPORAN KWAPM 2015 DAN LANTIKAN PENYELARAS ALIRAN


2016
4.1. Seramai 51 orang murid layak menerima bantuan e-Kasih
pada tahun 2015.
4.2. Kesemua pembayaran KWAPM 2015 telah diedarkan kepada
murid yang layak mengikut tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.
4.3. Unit KWAPM telah mengedarkan borang untuk tahun 2016
pada bulan Oktober 2015.
4.4. Bilangan murid yang memohon bantuan KWAPM pada 2016

PK 07/3

4.5.

4.6.

4.7.

adalah seramai 114 orang.


Unit KWAPM akan mencari dan mengenalpasti murid yang
layak menerima bantuan KWAPM berdasarkan PGK Nasional
iaitu gaji minimum sebanyak RM920.00 dan perkapita
sebanyak RM230.00.
Penyelaras aliran akan menyemak semula bilangan murid
yang layak menerima bantuan KWAPM dengan mengasingkan
borang murid yang layak dan tidak layak dan mengisi data
mengemaskini data APDM secara online sekiranya terdapat
murid yang memohon dan layak menerima bantuan KWAPM.
Penyelaras Aliran Unit KWAPM adalah seperti berikut:
Tahun 1 : Puan Nurina Jeslina Bt Abdullah dan Yantie Fairullisa
Bt Mahmud
Tahun 2 : Puan Meriam Bt Hj Tempurong
Tahun 3 : Cik Ramlah Bt Hj Bol
Tahun 4 : Encik Sepri Bin Ismail
Tahun 5 : Pauline Linda Ak Paul Tinos
Tindakan: Untuk Guru KWAPM dan Penyelaras Aliran

KELULUSAN BANTUAN KWAPM BAGI TAHUN 2016


5.1.
Mesyuarat memutuskan bahawa seramai 77
orang murid diperakukan lulus bagi menerima bantuan
KWAPM tahun 2016 . Senarai nama adalah seperti di Lampiran
A. (Hendaklah disertakan bersama dengan lampiran yang
mengandungi senarai nama pelajar) dan tiada murid yang
tidak diperakukan menerima bantuan KWAPM bagi tahun
2016.
5.2.
Seramai 45 orang murid yang layak menerima
bantuan e-Kasih telah disahkan dan dperakukan oleh Guru
Besar.
5.3.
Mesyuarat bersetuju bahawa kaedah pengagihan
bantuan KWAPM kepada murid dibuat dalam bentuk wang
tunai dam diedarkan kepada murid. (Sila pilih yang mana
berkenaan dan sertakan justifikasi)
5.4.
Mesyuarat memutuskan tarikh agihan Bantuan
KWAPM adalah dalam tempoh 14 hari daripada peruntukan
diterima oleh sekolah sebagaimana yang tercatat dalam Surat
Pekeliling Kewangan Bilangan 6 Tahun 2010 mengenai Bantuan
KWAPM.
Tindakan: Untuk Makluman Guru KWAPM dan
Penyelaras Aliran

HAL-HAL LAIN
6.1. Mesyuarat memutuskan pemilihan adalah muktamad.
6.2.
Puan Meriam Bt Hj Tempurong menyatakan bahawa ibu/bapa
mengambil
ringan tentang pengisian borang bantuan KWAPM dan ini
akan menyebabkan
guru sukar untuk mendapatkan semula borang tersebut
daripada muridmurid. Ini boleh menyebabkan murid tercicir dalam
menerima bantuan yang
sepatutnya.
Tindakan: Untuk Makluman Semua

PK 07/3

PENUTUP
7.1. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli
mesyuarat dan
penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya akan
diberitahu kelak.
7.2.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

Disemak Oleh,

........................................
................................
( SABTUYAH BT SAMAT )
( TUAH BIN SABLI
)
Setiausaha HEM/ Guru KWAPM
Penolong Kanan HEM
SK Telaga Air, Padawam

SK Telaga Air, Padawan

Tarikh:

Tarikh: