Anda di halaman 1dari 3

, KUCHING

[JURNAL

Bilangan Jurnal

:1

Minggu Pratikum

: Pertama

1]

Tarikh Peristiwa/ Kejadian : 1 April 2013 hingga 5 April 2013


Tajuk Jurnal

: Minggu Pertama di SK Bumiputera

Minggu ini adalah minggu pertama saya menjalani pratikum di Sekolah


Bumiputera. Pelbagai persediaan awal telah saya lakukan sebagai persiapan secara
fizikal dan mental. Walaupun sebelum ini saya telah didedahkan, namun kali ini
merupakan kali pertama saya menulis Rancangan Pelajaran Harian yang lengkap
dan membuatkan saya agak kurang yakin. Namun dengan bimbingan guru
pembimbing saya telah berjaya merancang setiap aktiviti yang bakal saya jalankan
kelak.
Sebelum membuat RPH ini, saya terlebih dahulu telah menyelidik bagaimana
cara ujian diognastik digubal. Melalui pengalaman ini, saya telah mempelajari secara
terperinci sebagai guru kita hendaklah memilih soalan yang ingin disoal dengan
penuh hati-hati, berdasarkan

aras kemampuan murid, mencapai standard

pembelajaran dan mempunyai senarai semak.


Sepanjang minggu pertama ini, saya hanya masuk ke dalam kelas Tahun 1
dan 2 yang bakal saya ajar pada minggu hadapan. Saya membuat pemerhatian
bagaimana menguruskan tingkah laku yang berlainan di dalam satu kelas.
Pemerhatian ini sedikit sebanyak memberi gambaran kawalan kelas yang harus
saya lakukan, dan persediaan secara mental. Saya bersoal jawab dengan guru
pembimbing mengenai kaedah pengawalan kelas yang dilakukan, bagaimana
pemilihan aktiviti lembaran kerja dilakukan sekiranya tahap murid terlalu rendah dan
sebagainya. Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah adalah satu
kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan
tingkah laku dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.
Pendapat ini sedikit sebanyak mencabar saya dengan persoalan mampukah saya

, KUCHING

[JURNAL

1]

untuk mencapai tahap pengurusan bilik darjah yang mantap? Sanford J. Emmer E. &
Clemments mengatakan bahawa guru boleh mencapainya dengan memastikan
kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, saya telah membantu guru-guru Pendidikan Khas yang
lain melatih murid-murid menari dan bernyanyi sempena Karnival 3P yang akan
berlangsung pada bulan hadapan. Karnival yang bertemakan kebudayaan ini
berobjektifkan memberi ruang dan peluang kepada murid Pendidikan Khas untuk
bergiat aktif selain menyungkil bakat terpendam yang ada dalam kalangan muridmurid istimewa. Pada setiap waktu lepas rehat, saya akan bersama-sama dengan
guru pendidikan khas yang lain dan beberapa murid-murid PK yang terpilih akan
berlatih menghalusi pergerakkan tarian. Saya juga membantu membawa peralatan
seperti mikrofon dan speaker yang digunakan semasa latihan.
Pada Hari Rabu yang lalu pula, saya telah mendaftarkan diri sebagai guru
penasihat dalam Kelab Bola Jaring dan Persatuan Tunas Puteri. Pada

petang

tersebut saya telah diarahkan untuk mengajar teknik-teknik asas bola jaring seperti
hantaran bola aras dada, hantaran tepi, dan menghalang. Dengan ilmu yang telah
dipelajari semasa di institut, saya berasa yakin untuk mengajar murid-murid
walaupun hanya teknik asas sahaja.
Saya

dan

Syahidah

Bt.Majid

juga

telah

membantu

Puan

Agnes

mengendalikan senaman pagi bagi murid-murid Pendidikan Khas. Semua muridmurid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid juga terlibat dalam senaman pagi
tersebut. Wajah yang gembira dan riang terpancar di muka mereka dan ada juga
segelintir murid yang tidak mengikuti senaman namun dijaga oleh pembantu.
Walaupun kami menerima arahan ini secara tiba-tiba namun kami bersyukur kerana
telah berjaya melaksanakan tugasan ini dengan lancar dan mendapat kerjasama
yang baik.

, KUCHING

[JURNAL

1]

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................................

Tandatangan :.................................

Nama

: ................................................

Nama

:.................................

Tarikh

: ................................................

Tarikh

: ..................................

Anda mungkin juga menyukai