Anda di halaman 1dari 4

SUMBER PEMBELAJARAN

Pengenalan
Sejajar dengan persekitaran sekolah bestari yang kaya dengan pelbagai sumber
pembelajaran, seseorang guru perlu menguasai kemahiran membuat keputusan yang
bijak untuk memilih sumber pembelajaran yang sesuai dan seterusnya
mengoptimumkan penggunaannya dalam bilik darjah bestari.
Seseorang guru bestari perlu menguasai kemahiran mengenal pasti semua sumber
pengetahuan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kesan pengajarannya.
Melalui pengajaran pembelajaran bestari seseorang murid perlu dilibatkan secara
langsung untuk berinteraksi dan bermuafakat dengan rakannya demi mencapai
perkembangan maksimum mengikut potensinya.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam situaasi pengajaran dan
pembelajaran ialah;
i

Mengenalpasti pelbagai sumber pengetahuan yang didapati dalam sekolah


bestari

ii

Mempertimbangkan kelemahan dan kekuatan sumber pembelajaran yang


dikenal pasti. Berdasarkan kriteria, memilih sumber pembelajaran sesuai untuk
digunakan dalam pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

Jenis Sumber Pembelajaran

A. Sumber berasaskan
manusia

1. rakan sebaya
2. guru
3. pakar bidang
4. pegawai sumber.

B. Bahan bercetak

1. buku
2. majalah
3. jurnal
4. ensiklopedia
5. surat khabar
6. kad katalog
7. kamus
8. buku teks

C. Bahan pandang
dengar

1. mikrofic
2. radio
3. televisyen
4. video

D. Sumber berasaskan
komputer

1. disket
2. cakra padat
3. cakra laser
4. disket video
5. internet

Perbandingan Antara Beberapa Kategori Sumber Maklumat


SUMBER
A. Sumber
berasaskan
manusia
B. Sumber bercetak

C. Sumber pandang
dengar (audiovisual)

D. Sumber
berkomputer

KELEBIHAN
- fleksibel
- interaktif
- secara lansung
- mudah akses
- murah
- kekal
- senang dirujuk
- mudah alih
- mudah akses
- murah
- menarik
- pelbagai pancaindera
- mudah akses
- boleh berulang
tayangan/siaran
- boleh digunakan di manamana dan pada bila-bila
masa
- amat fleksibel
- mudah dimaskinikan
- multi-media
- jaringan tidak terhad
- canggih
- user friendly

KELEMAHAN
- tidak terjamin kualiti
- sukar mendapatkan pakar
yang berkewibawaan.
- tebal
- berat
- tidak boleh disunting
- tidak terkini
- tidak tahan lasak
- susah menyunting
- tidak terkini

- mahal
- menimbulkan tekanan
- perisian terhad,
- bergantung kepada bekalan
eletrik
- perlu mahir mengoperasikan
komputer

Kriteria memilih bahan atau sumber


- selaras dengan falsafah pendidikan negara
- tidak bercanggah dengan nilai masyarakat
- releven dengan kurikulum
- selaras dengan prinsip pedagogi
- memberi maklumat terkini
- cost effective
- mudah diperolehi
- mudah digunakan
- mudah alih
- mudah senggara
- pelbagai rangsangan
- dapat digunakan berulang kali dan dalam situasi yang berlainan
- fleksibel

Implikasi Kelemahan/Kekuatan Sesuatu Sumber Pembelajaran


1. Bahan bercetak sukar dikemaskinikan dalam masa yang singkat dan
penyediaan bahan pembelajaran/pengajaran mangambil masa yang
lama. Bahan berasaskan komputer atau teknologi maklumat boleh
dikemakskinikan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Oleh yang
demikian disyorkan supaya pengguna lebih menggunakan bahan berasaskan
komputer.
2. Kebanyakan bahan audio visual boleh didapatkan dalam Internet/Intranet.
Bahan-bahan ini boleh digunakan dan diintegrasikan dengan komputer. Oleh
yang demikian penggunaan sumber pembelajaran berkomputer boleh
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seorang guru.
3. Sumber pembelajaran berasaskan komputer selalu terdedah kepada
kerosakkan hard disk, cakra padat, disket atau diserang virus.
Strategi Mengoptimumkan Sumber
Sekolah bestari akan dibekalkan dengan pelbagai sumber seperti bahan bercetak,
kaset audio, pita video, perisian multi media dan internet. Guru bestari perlu
menguasai kamahiran memilih bahan yang sesuai untuk digunakan secara optimum
supaya mencapai kesan terbaik dalam pengajaran pembelajarannya.
Selepas mengenal pasti semua sumber dan bahan pembelajaran yang boleh
digunakan dalam pengajaran pembelajarannya, seseorang guru perlu membuat
keputusan untuk memilih bahan yang paling berkesan untuk digunakan dalam bilik
darjahnya. Disamping itu juga guru perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang
dikenal pasti itu dengan optimum untuk mencapai kesan terbaik.
Pengoptimuman sumber pembelajaran merupakan kemahiran yang sangat penting
bagi seseorang guru sekolah bestari. Ianya merangkumi beberapa strategi yang boleh
diamalkan untuk mencapai pengoptimuman penggunaan sumber pembelajaran yang
didapati dalam sebuah sekolah bestari.
Strategi Pengoptimuman sumber
1. Cantuman Pelbagai Jenis Sumber
Guru boleh menggunakan authorware untuk mencantumkan bahan daripada sumber
audio kaset, pita video, perisian multimedia dan bahan internet dalam word
prosessor atau electronic presentation untuk dihasilkan bahan pengajaran
pembelajaran yang amat menarik dan berkesan.
2 Penggunaan Serentak Beberapa Jenis Sumber
Penggunaan bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera
murid. Aktiviti hand on serta interaksi dengan alat teknologi canggih akan
mengoptimukan proses pembelajarannya.

Misalnya, guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan dengan


menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan
penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya.
Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada
internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula,
murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer
dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang
dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-masing
melalui classnet dalam bilik darjah bestari itu.
3. Perkongsian melalui internet
Sumber pembelajaran khususnya yang dicipta oleh guru sekolah bestari harus
dikongsi antara guru sekolah bestari supaya manfaat maksimum dinikmati bersama.
Disarankan bahawa semua guru bestari bermuafakat antara satu sama lain untuk
berkongsi bahan pembelajaran melalui edunet. Melalui internet seseorang guru
boleh mengembangkan potensinya kepada tahap maksimum dan seterusnya mencapai
kejayaan yang boleh dibanggakan.
4 Penyelidikan dan Pembangunan
Guru digalak menjalankan kajian tindakan mengumpul maklumat tentang
pengajaran pembelajaranyn, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan
pencapaian pelajar. Antara lain, hasil kajian tentang keberkesanan bahan atau cara
mengoptimumkan penggunaannya dapat disebar untuk faedah guru lain.

Anda mungkin juga menyukai