Anda di halaman 1dari 6

CABARAN-CABARAN DI DALAM MEMPERKUKUHKAN

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


1. GLOBALISASI
Desakan globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mula
merobohkan benteng atau persempadanan nasional. Ia tidak akan mengenal dan simpati
kepada keperluan mengambil kira faktor etnisiti sebagai mana perkara ini diberi tumpuan
khusus oleh negara selama ini. Justeru dalam senario global nanti, mereka yang kurang
daya saing akan terus tertinggal dalam banyak aspek pembangunan. Sehubungan ini,
berbagai langkah boleh diambil bagi menjamin bahawa perpaduan etnik dapat
ditingkatkan bagi menyediakan rakyat pelbagai etnik supaya mereka dapat menangani
cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan
berkesan dan berjaya. Cabaran globalisasi ini boleh dirumuskan sebagai satu anasir luar
yang mampu untuk memecahbelahkan perpaduan dalam negara kita. Cabaran globalisasi
ini boleh terdiri dari bermacam-macam perkara, antaranya secara fizikal iaitu ketenteraan
atau serangan, seterusnya serangan pemikiran atau doktrin, dan juga wujudnya hasutan
supaya berpaling tadah terhadap negara sendiri. Serangan pemikiran adalah yang acap
kali berlaku di dalam masyarakat kita. Hal ini kerana, kebanyakkan dari kita lebih suka
berfikiran berkiblatkan barat. Contohnya yang paling ketara sekali adalah dari segi
pemakaian, genre lagu dan fesyen-fesyen rambut. Di samping itu juga, rakyat negara ini
suka terikut-ikut tanpa mempelajari dengan lebih dalam tentang sesuatu perkara.
Contohnya, budaya Punk yang dibawa oleh barat sebenarnya wujus satu falsafah yang
boleh kita adaptasi bagi meningkatkan semangat patriotik, akan tetapi menyedihkan bagi
rakyat Malaysia terutamanya golongan muda, mereka hanya mengikut penampilan Punk

itu sahaja tanpa mengikuti falsafah dalam Punk itu sendiri. Bak kata pepatah, yang baik
jadikan teladan, yang buruk jadi sempadan.
2. EKONOMI
Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa
penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iaitu dasar pecah dan
perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar inilah yang
telah memisahkan kaum-kaum utama di negara ini mengikut bidang ekonomi yang
mereka jalankan. Masyarakat Melayu mengendalikan pertanian, masyarakat Cina
cenderung untuk membuka perniagaan dan masyarakat India pula ditempatkan di estetestet getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan
hubungan semakin renggang. Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah
cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat
menyelit masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertentu dan
ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa
dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam
bidang perniagaan oleh kaum Cina sejak dahulu lagi sehingga sekarang. Masyarakat Cina
masih lagi mendoiminasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka
untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti pasukan beruniform (polis,
askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam
sector perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee
(2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan
tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang
perniagaan yang menjadi darah daging mereka.
3. ETNIK

Selain itu, Malaysia juga menerima ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan
penyimpang agama. Menurut Mustakim Bin Suhaili (2009), kelompok ini menjadi
ancaman kepada negara kerana tindak-tanduk mereka yang sanggup melakukan sesuatu
di luar batas kemanusiaan demi mencapai matlamat masing-masing. Selain daripadaitu,
terdapat juga pihak yang sengaja mengekploitasi isu-isu ekonomi dan sosial politik
negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti politik dan badan
bukan kerajaan. Kehadiran pendatang sama ada mereka masuk ke negara ini secara sah
atau haram juga menjejaskan imej dan keharmonian negara. Ini adalah kerana sebilangan
daripada mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan negara.
Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan dokumendokumen penting kerajaan seperti passport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan dan
sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan ditangani dengan sebijak mungkin. Selain
daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang
hadir dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia
dari kaca mata kuasa-kuasa besar. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum
terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Implikasi lain juga
mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama
dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi
tegal atau taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan
atau teknologi yang moden sekali pun. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan
mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka.
Golongan etnik-etnik ini tentunya suakr untuk menerimanya dan tidak mungkin akan

menerima apa-apa perubahan walhal iannya memberikan banyak faedah dalam


kehidupan seharian mereka.
4. AGAMA DAN BUDAYA
Perbezaan dari segi agama, bahasa dan adat sememangnya tidak dapat dielakkan kerana
setiap kaum mempunyai kebudayaan mereka sendiri yang menjadi identiti mereka.
Namun begitu, elemen ini akan menjadi ancaman jika sensitivitinya disentuh dan
dipersoalkan. Jarak sosial yang wujud akibat kurangnya interaksi sesama bangsa juga
menjarakkan jurang sesama mereka. Faktor ini timbul akibat kekangan bahasa yang
membataskan interaksi bangsa yang berlainan bangsa. Ini wujud bukan sahaja kerana
tidak memahami bahasa lain, ia juga boleh menimbulkan salah sangka kerana kita tidak
memahami apa yang diperkatakan. Faktor yang seterusnya ialah perbezaan tempat tinggal
dan pekerjaan yang juga telah mengakibatkan kurangnya interaksi antara kaum. Ini
berlaku apabila tempat tinggal dan pekerjaan adalah mengikut kaum dimana percaya atau
tidak perkara ini masih lagi wujud. Faktor seterusnya adalah wujudnya kekeliruan dan
kesamaran tentang sesuatu isu dalam negara. Ini boleh menimbulkaan salah faham jika
kerajaan tidak mengambil langkah segera untuk menerangkan sesuatu isu yang timbul.
Ini bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil peluang ini untuk
mencemari minda dan pemikiran rakyat dan masyarakat. Selain itu, dominasi kaum
dalam sesuatu bidang sama ada dari segi politik, perniagaan atau pembangunan. Setiap
kaum akan cuba untuk mengekalkan dominasi mereka dalam bidang mereka dan ini akan
menyebabkan kaum lain tidak dapat memecah masuk ke dalam bidang tersebut. Denganh
adanya konflik seperti ini, maka usaha untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan
rtnik perlu diteruskan. Namun begitu, usaha ini tidak mudah kerana adanya cabarancabaran yang menjadi kekangan dan kepincangan yang nyata. Jarak Laut China Selatan

yang memisahkan Semenanjung dengan Kepulauan Boneo yang menempatkan 2 buah


negeri iaitu Sabah dan Sarawak juga turut memberi implikasi terhadap hubungan etnik
yang memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan
perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Ia
hanya meningkatkan perasaan kekitaan atau ernosentrisme yang bermaksud pandangan
atau perspektif yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri.
Keadaan sebegini menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di
dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap etnik yang lain.
5. POLITIK
Politik juga boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat
perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira
kepentingan semua pihak. Politik perkauman boleh menimnbulkan perasaan kurang
senang hati dan mnegukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa
mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,
pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik,
pastinya ia tidak menyumbang kearah masyarakat yang bersatu padu. Implikasinya
mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari sapek bahasa dan

budaya, mereka akan cuba untuk

mempertahankan agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu,
semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak wujud di kalangan etnik kerana
masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri. Lambang
bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya
mementingkan hak etnik masing-masing.
6. SOSIAL

Manusia adalah makhluk sosial. Kehidupan moden yang sangat rutin dan rigid khususnya
di bandar menjadikan kita manusia yang sukar mengenali jiran dan selalu bersendirian
dalam beramai, seperti dalam kehidupan berjiran di sebuah kawasan rumah pangsa atau
kawasan perumahan. Masing-masing dengan hal diri sendiri bah kan semasa mengalami
masalah yang melibatkan kawasan kejiranan, mereka ini cenderung untuk meminta
pertolongan orang luar. Selain itu, perselisihan kaum juga sering terjadi terutama sekali
dengan ledakan teknologi yang serba canggih sekarang ini. Caci mencaci sekarang ini
menjadi trend pada masa kini untuk meraih perhatian di laman maya. Saling kejimengkeji serta menghina, bahkan agama turut dipermainkan. Suasana tidak sihat ini
boleh mencetuskan perselisihan kaum yang teruk jika perkara ini tidak dibendung dari
peringkat akar umbi. Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan
kaum masing-masing terutama hal-hal yang melibatkan bahasa, pendidikan dan
kebudayaan apabila proses sosialisasi berlaku.

REFFERENCE
1. Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-Wawasan 2020. Petaling
Jaya. Penerbit Setiamas. 1995
2. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. Pengajian Malaysia. Selangor Darul Ehsan.

Oxford Fajar Sdn Bhd, 2007.