Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

FAEDAH, BAHAYA DAN PENERIMAAN DARI SEGI MORAL


MASYARAKAT TERHADAP PRODUK BIOTEKNOLOGI

NAMA AHLI (NO. K.P)

: NOOR AZLINA MUHAMAD RAZALI (790211-03-5318)


FARIHIIN MOHD RAZI (821017-08-5388)
NOOR SUWAIBAH SULAIMAN (820815-08-5716)
NOOR AZURA RASIT (840506-08-5366)

KUMPULAN/UNIT

: KPLI SN/KH/PI (II)

NAMA M.P

: PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PENSYARAH

: PUAN SAHARAWATI BINTI SHAHAR

TARIKH SERAHAN

: 24 MAC 2008

PENGHARGAAN
1

Bersyukur kepada ALLAH kerana akhirnya kami berjaya juga menyiapkan


tugasan pada kali ini. Pertama sekali jutaan terima kasih kami ucapkan kepada
pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Saharawati Bt Shahar di atas kerjasama
dan tunjuk ajar yang telah diberikan sehingga kumpulan kami berjaya
menyiapkan KKBI ini dengan jayanya pada masa yang ditetapkan. Tanpa
bantuan dan bimbingan dari beliau sudah tentu amat sukar bagi kumpulan kami
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Penghargaan juga diberikan kepada kawan-kawan sekelas kami yang


juga tidak lokek berkongsi ilmu dan pengetahuan mereka dalam kami
mentuntaskan tugasan yang telah di amanahkan oleh pensyarah untuk kami ini.
Kami bekerjasama bertukar-tukar idea dan maklumat dalam menyiapkan
tugasan ini.Sesungguhnya ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami
ucapkan kepada mereka semua.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pembantu kedai computer(cybercafe),Penanti, di atas bantuan yang telah
diberikan oleh beliau dalam kami mencari maklumat berkaitan tugasan ini.
Sesungguhnya khidmat kepakaran dan bantuan dari beliau amatlah bermakna
dan membantu kami mempercepatkan lagi proses mencari maklumat melalui
internet.
SENARAI KANDUNGAN

HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

ii

SENARAI KANDUNGAN

iii

1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 DEFINISI
1.2 GARIS WAKTU BIOTEKNOLOGI

1
3

2.0 FAEDAH KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI


2.1 PERTANIAN
2.2 PENTERNAKAN
2.3 PERUBATAN
2.4 ALAM SEKITAR

5
5
6
7
9

3.0 BAHAYA KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI

11

4.0 PENERIMAAN DARI SEGI MORAL MASYARAKAT


TERHADAP PRODUK BIOTEKNOLOGI

13

5.0 KESIMPULAN

16

RUJUKAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 DEFINISI

Bioteknologi merupakan suatu bidang yang menggunakan teknologi atau


kaedah untuk memanipulasikan organisma hidup bagi tujuan menghasilkan atau
mengubahsuai hasil sesuatu produk biologi, meningkatkan mutu hasil keluaran
ternakan atau tanaman dan membangunkan penggunaan mikroorganisma dalam
sesuatu tujuan yang khusus. Dengan erti kata lain bioteknologi merupakan suatu
teknik saintifik yang menggunakan sel-sel hidup serta komponen biokimianya
untuk menghasilkan sesuatu produk yang dikehendaki bagi tujuan-tujuan yang
tertentu.

Bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada


masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada suatu
hari nanti hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini.
Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan
dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini
bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa
akan datang. Bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah
yang melibatkan keperluan biologi.

Terdapat 2 cabang utama dalam bioteknologi iaitu tradisional dan moden.


Contoh-contoh proses tradisional ialah pembuatan baja organik serta kimia, agen
biokawalan, sel serta kultur tisu. Bioteknologi moden pula melibatkan kombinasi

kejuruteraan genetik seperti genomik, bioinformatik, tranformasi molekul,


pembiakan, diagnostik dan teknologi vaksin.

Bioteknologi moden dikatakan telah bermula pada tahun 1928 apabila


Alexander Flemming berjaya mengasingkan penicillin, sejenis antibiotik dari kulat
Penicillium. Semasa perang dunia Ke II, penicillin dikeluarkan secara meluas
melalui penapaian. Berikutan dari itu lain-lain jenis antibiotik juga dihasilkan
menerusi kaedah yang serupa. Pada tahun 1953, James Watson daD Francis
Crick mencadangkan struktur helix berkembar molekul DNA. Penemuan ini telah
mengembangkan disiplin barn dalam bidang sains yang dipanggil biologi molekul
pada tahun 1960an. Sejak tahun 1970an kemajuan pesat dalam disiplin ini
menghasilkan pembangunan teknik unggul seumpamanya yang digunakan
dalam kejuruteraan genetik.

Kini teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam industri untuk


dimajukan. Manusia telah menggunakan pelbagai cara demi mendapatkan
kepuasan dan kesenangan dalam kehidupan harian mereka. Bioteknologi
menjanjikan penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan
biologi kini. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka
banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa.

1.2 GARIS WAKTU BIOTEKNOLOGI

8000SM - Pengumpulan benih untuk ditanam kembali. Bukti bahawa


bangsa Babilonia, Mesir, dan Romawi melakukan praktik
pengembangbiakan selektif (seleksi artifisal) untuk meningkatkan kualiti
ternak.

6000SM - Pembuatan bir, fermentasi anggur, membuat roti dengan


bantuan ragi

4000SM - Bangsa Tionghoa membuat yoghurt dan keju dengan bakteria


asam laktat

1500 - Pengumpulan tumbuhan di seluruh dunia

1665 - Penemuan sel oleh Robert Hooke (Inggris) melalui mikroskop.

1800 - Nikolai I. Vavilov menciptakan penelitian komprehensif tentang


pengembangbiakan haiwan

1880 - Mikroorganisme ditemukan

1856 - Gregor Mendel mengawali genetik tumbuhan gabungan semula

1865 - Gregor Mendel menemukan hukum hukum dalam penyampaian


sifat induk ke turunannya.

1919 - Karl Ereky, insinyur Hongaria, pertama menggunakan kata


bioteknologi

1970 - Peneliti di AS berhasil menemukan enzim pembatas yang


digunakan untuk memotong gen-gen

1975 - Kaedah produksi antibodi monoklonal dikembangkan oleh Kohler


dan Milstein

1978 - Para peneliti di AS berhasil membuat insulin dengan menggunakan


bakteria yang terdapat pada usus besar

1980 - Bioteknologi moden dicirikan oleh teknologi gabungan DNA. Model


prokariot-nya, E. coli, digunakan untuk memproduksi insulin dan ubat lain,
dalam bentuk manusia. Sekitar 5% pengidap diabetes alergi terhadap
insulin haiwan yang sebelumnya tersedia)

1992 - FDA menyetujui makanan GM pertama dari Calgene: tomat flavor


saver

2000 - Perampungan Human Genome Project.

2.0 FAEDAH KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI


2.1 PERTANIAN

Kemajuan bioteknologi memberikan manfaat kepada pelbagai segmen


kehidupan seperti dari segi pertanian, penternakan, perubatan, industri dan alam
sekitar. Dengan penggunaan teknologi genetik tumbuhan yang dihasilkan akan
lebih bermutu dan produktif. Sebagai contohnya buah yang besar, buah tanpa
biji, tumbuhan yang lebih tahan dengan serangan penyakit dan haiwan perosak ,
tumbuhan yang lebih kuat dan lasak dengan perubahan alam sekitar. Cuba anda
imbas kembali pernahkah anda makan buah tanpa biji seperti tembikai. Tembikai
ini mempunyai bilangan kromosom yang ganjil dan ini menyebabkan biji tidak
dapat dihasilkan akibat terdapat kekeliruan ketika proses meiosis. Penggunaan
bahan kimia juga dapat merencatkan penghasilan pembentukan biji benih.

Selain itu tumbuhan strawberi juga kini lebih tahan sejuk berbanding
pohon semulajadi. Ini kerana ahli saintis telah berjaya mengekstrakan gen pada
8

bakteria yang tahan sejuk lalu diaplikasikan kepada pohon strawberi supaya
tidak rosak jika suhu menjadi sejuk lampau. Ini penting bagi petani kerana
sumber pendapatan boleh terjejas jika hasil tidak banyak.

Kini terdapat juga usaha untuk menghasilkan tumbuhan yang tidak


menghasilkan gejala alergik dikalangan pengguna dan ini dapat meningkatkan
hasil jualan petani. Teknologi ini juga sedang dikaji untuk digunakan terhadap
haiwan.

2.2 PENTERNAKAN
Dalam sektor penternakan pula, banyak usaha telah dijalankan dalam
membangunkan sektor ini. Sejak dahulu lagi pun teknik pembiakbakaan telah
pun diaplikasikan kepada haiwan ternakan untuk menghasilkan baka ternakan
yang lebih baik daripada asalnya untuk tujuan keuntungan dan kemudahan.
Pengklonan dan pengubahsuaian haiwan ternakan sememangnya dapat
membantu dalam masalah kebuluran dan kekurangan zat dalam makanan.

Seperti kita ketahui sumber protein yang sedia ada memang berkurangan
berbanding dengan kepesatan pembesaran populasi manusia di dunia. Maka
penggunaan teknologi ini sangat penting dalam menampung keperluan protein
manusia seluruh dunia.

Usaha-usaha seperti melahirkan haiwan transgenik sedang pesat


dijalankan bagi menghasilkan haiwan-haiwan yang sebagai contohnya kambing
yang menghasilkan susu yang lebih banyak, ayam yang menghasilkan telur yang
lebih besar dan bervitamin dan ikan yang lebih besar dan tahan lasak dengan
keadaan persekitaran.

Gen-gen yang berguna telah diselitkan kepada haiwan ini semasa dalam
keadaan persenyawaan invitro dan sel telur yang telah disenyawakan
dipindahkan kepada ibu tumpang yang sesuai bagi pembesaran berikutnya.
Anak yang baru lahir ini akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibawa oleh gen
yang telah diterapkan.

2.3 PERUBATAN
Dalam perubatan pula penghasilan seperti hormon-hormon khusus,
vaksin, antibiotik, dan pendermaan organ atau sel khusus adalah intipati penting
dalam menyelamatkan nyawa manusia.

Tahukah anda bahawa hormon insulin yang digunakan untuk merawat


pesakit kencing manis (diabetes melitus) pada asalnya diekstrak dari khinzir dan
lembu. Cara ini sangat mahal dan lambat kerana hormon ini hanya dapat
diekstrak dengan sikit dan haiwan tersebut terpaksa disembelih. Selain itu cara
ini banyak menimbulkan konflik dalam aspek keagamaan, contohnya di mana
pengunaan hasil daripada haiwan khinzir adalah dilarang dalam Islam. Akhirnya

10

Insulin kini dapat dihasilkan dengan pemindahan gen khusus kepada satu
bakteria untuk menghasilkan produk yang lebih cepat dan mencukupi.

Saintis kini cuba untuk menghasilkan haiwan yang dapat menjadi


penderma organ dan darah kepada pesakit. Seperti kita semua maklum setiap
spesies hanya sesuai untuk menjadi penderma kepada satu sama lain kerana
halangan genetik tapi jika halangan ini dapat diatasi dan kita akan mempunyai
badan gantian jika berlakunya kemalangan atau sebagainya. Ini penting kerana
contohnya pesakit jantung yang memerlukan jantung baru tidak perlu menunggu
penderma yang telah berjanji untuk menderma mati untuk mendapatkan jantung
baru.

Dalam kemalangan pula atau pembedahan kadang-kala memerlukan


darah simpanan untuk menyokong tubuh pesakit dan kini bekalan darah sangat
kurang di bank darah. Penyakit genetik seperti 'cri du chat', sindrom Down boleh
diatasi dengan mengubahsuai gen-gen abnormal kepada gen normal melalui
terapi gen contohnya. Pesakit barah yang menderita akibat pertumbuhan sel
mutasi

boleh

menerima

manfaat juga

melalui

pemodenan

dalam

era

bioteknologi.

Bioteknologi menjanjikan penyelesaikan kepada masalah-masalah yang


melibatkan keperluan biologi. Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui
telah membuka banyak jalan ke era masa depan dan yang lebih selesa. Kini

11

teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam industri untuk dimajukan. Manusia


telah

menggunakan

kesenangan

dalam

pelbagai
kehidupan

cara

demi

harian

mendapatkan

kepuasan

mereka. Bioteknologi

dan

menjanjikan

penyelesaian kepada masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi kini.


Teknik memanipulasikan gen yang kita ketahui telah membuka banyak jalan ke
era masa depan dan yang lebih selesa. Sebagai contohnya masalah kebuluran,
wabak penyakit, pencemaran, pembangunan, dan pelbagai lagi dapat diatasi
dengan adanya teknologi ini.

2.4 ALAM SEKITAR

Dalam

aspek

alam

sekitar,

bioteknologi

dapat

digunakan

untuk

memodifikasi bakteria tertentu untuk mengubah sampah organik menjadi


sesuatu yang bermanfaat kepada manusia. Selain itu, penghasilan bakteria jenis
baru.juga bermanfaat digunakan dalam

penguraian minyak bumi yang

tertumpah ke laut, dan penguraian zat-zat yang bersifat toksik (racun).

Pembangunan dalam sektor bioteknologi juga mampu menyelesaikan


masalah pengangguran yang sedang dialami oleh dunia, dimana sektor ini
memerlukan tenaga pekerja yang banyak dan ini secara tidak langsung
mewujudkan peluang pekerjaan.

12

Sebagai
Makmal

contoh

,Juruteknik,

Juruteknik
Kawalan

Teknologi

Mutu

(QC)

Pemprosesan
,Penyelidik

,Juruteknologi

Penyelidikan

&

Pembangunan, Juruteknologi Makmal ,Penyelidik Penyelidikan & Pembangunan,


Pembantu Penyelidik Klinikal dan Usahawan.

Daripada perbincangan di atas boleh disimpulkan bahawa secara


kasarnya bioteknologi mampu membaiki dan memulihkan manusia daripada
masalah kesihatan yang wujud di bumi ini. Boleh dikatakan bahawa pada suatu
hari ini hampir semua penyakit boleh di rawat menggunakan teknologi ini.
Produk-produk pertanian, penternakan dan lain-lain boleh dipertingkatkan
dengan mengaplikasikan pengetahuan kita terhadap bioteknologi. Dengan ini
bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup di masa
akan datang dengan kehidupan yang lebih sihat dan progresif.

13

3.0 BAHAYA KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI

Walaupun bidang bioteknologi memberikan banyak manfaat kepada


manusia, namun tidak dinafikan bahawa tiada teknologi tanpa risiko. Kemajuan
dalam bidang bioteknologi sebenarnya memberi banyak kesan sampingan yang
mengancam kesihatan awam dan keselamatan nasional. Menerusi kajian para
saintis, bioteknologi ini masih terdapat banyak kekurangan yang mampu
membawa padah kepada manusia dan alam. Salah satu kesan buruknya ialah,
teknologi ini mampu memecahkan sempadan genetik bukan sahaja antara
spesis tetapi juga antara manusia, haiwan, serta tumbuhan yang mendatangkan
risiko yang serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai tikus makmal.

Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung
tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada
alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan
ujikaji kimia dan nuklear, pencemaran genetik tidak dapat dibersihkan.
Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke
generasi
Mohideen Abdul Kader,
A guide to Genetically-modified Foods in Malaysia
14

Selain itu, pengubahsuaian genetik di dalam makanan merupakan


ancaman yang paling besar. Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis
British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami
pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati
bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma
dan sistem imunisasi tikus yang diuji. Kajian mendapati saiz beberapa organ
tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya
bertambah lemah. Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid,
daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain.
Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin
pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.

Kajian lain yang dijalankan oleh Michigan State University mendapati


tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan
mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru yang lebih
berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain. Selain
itu, kemajuan bidang bioteknologi juga dikaitkan dengan biokeganasan iaitu
sistem yang dikaitkan dengan penggunaan senjata berunsur biologi seperti
serangan surat anthrax dan gas sarin beberapa tahun lalu. Terdapat 3 jenis
anthrax

iaitu

anthrax

kulit,

anthrax

15

usus

dan

anthrax

pernafasan.

Walaubagaimanapun, anthrax pernafasan adalah yang paling bahaya dan boleh


membawa maut kepada mangsanya.

Dari segi alam sekitar produk bioteknologi boleh membawa kesan buruk
kepada keseimbangan ekosistem dan alam sekitar. Contohnya Gen Bt disisipkan
ke rangkaian gen tanaman jagung. Sehingga tanaman resipien (jagung) juga
mewarisi sifat toksik bagi hama. Ulat atau hama penggerek jagung Bt akan mati.
Bahkan kupu-kupu (Lepidoptera) pengisap nektar bunga jagung bisa koit juga
mati. Begitu pun racun pada kapas Bt dapat membunuh boll-worm, hama
perosak tanaman kapas. Hasilnya, selain efektif melawan hama sasaran, toksin
juga teridentifikasi mematikan serangga lain (nontarget). Bila hal ini terjadi, salah
satu komponen ekosistem akan musnah, dan keseimbangan alam akan
terganggu.

4.0 PENERIMAAN DARI SEGI MORAL MASYARAKAT TERHADAP PRODUK


BIOTEKNOLOGI

Dewasa ini , kemajuan bioteknologi menjanjikan penyelesaian kepada


masalah-masalah yang melibatkan keperluan biologi. Teknik memunipulasi gen
yang kita fahami membuka jalan kearah masa depan yang lebih selesa. Kini
teknologi bioteknologi diaplikasikan ke dalam industri yang diingini. Dengan ini
bolehlah kita semua menikmati kesenangan dan kemewahan hidup dimasa akan

16

datang dengan kehidupan yang lebih sihat dan progresif. Oleh kerana
perkembangan kemajuan bioteknologi berlaku dengan pesat dan melangkaui
kepada kemahuan manusia sehingga seolah-olah kemajuan ilmu pengetahuan
tadi tidak diperhatikan dari aspek etika. Akibatnya pada saat teknologi
bioteknologi ini hendak diaplikasikan, ia sering mendapat reaksi yang negatif
daripada masyarakat. Sebagai satu bidang yang sungguh luas dan mencakupi
pelbagai bidang, bioteknologi tetap mengundang pelbagai persoalan dan
perdebatan hingga mengelirukan masyarakat umum. Kajian bioteknologi yang
luas menimbulkan pelbagai persoalan dan ketidakfahaman mencakupi soal
agama dan etika. Ketidakfahaman terhadap kajian manipulasi gen atau baka
meliputi kekeliruan proses dan jenis bahan yang digunakan dalam penghasilan
produk sama ada ia halal atau haram atau sah menurut islam. Contohnya
Penyelidikan manipulasi gen juga digunakan untuk mencipta ubat-ubatan baru.
Hampir 85 peratus daripada ubat-ubatan dalam pasaran sekarang adalah hasil
kajian berasaskan manipulasi gen dan ia menjadi isu yang boleh menimbulkan
perdebatan dikalangan masyarakat. Kerana sumbernya diragui oleh masyarakat
itu sendiri. Ketidakfahaman inilah yang perlu diperjelaskan melalui perbincangan
antara saintis dan ulama agar bidang teknologi ini boleh memberikan manfaat
yang optimum kepada ummah. Bagi saintis, input agama diperlukan sebagai
panduan dalam proses penyelidikan dan pembangunan kajian bioteknologi. Input
agama ini boleh diberikan oleh golongan ulama tetapi walaubagaimanapun
ulama perlulah secara langsung memahami bioteknologi itu sendiri. Jesteru,

17

berdasarkan input-input ini, penjelasan berhubung isu semasa dari perspektif


islam adalah amat diperlukan oleh masyarakat.

Pada masa kini, kejayaan ahli sains mencipta klon haiwan serta usaha
mencipta klon manusia menimbulkan kebimbangan umat islam dan pihak gereja
kerana ia boleh mengubah sistem kehidupan apabila manusia berlagak seperti
tuhan. Pada Februari 1997 , isu pengklonan menjadi tumpuan apabila Ian Wilmut
dan rakan-rakan dari Roslin Institut telah menghasilkan klon biri-biri pertama
yang diberi nama Dolly. Berita ini telah menjadi konterversi dari segi implikasi
etika kerana jika haiwan boleh diklon maka manusia juga boleh diklon seperti
dakwaan saintis barat. Dalam undang-undang sains, ada dinyatakan bahawa
apa yang boleh dilakukan akan dilakukan (what can be done will be done). Tapi
soalnya sekarang apakah kita boleh membiarkan keadaan ini berlaku? Apakah
dunia boleh menerima hakikat bahawa takdir biologi manusia boleh dikuasai oleh
manusia itu sendiri. Soalnya apakah ada penilaian yang tepat dan jelas dari
aspek etika mengenai tindakan sebegini. Inilah yang menjadi perdebatan dan isu
yang masih hangat diperkatakan oleh semua para cendikiawan agama utama di
dunia iaitu islam, kristian, yahudi, Buddha dan sebagainya. Semua golongan ini
membantah dan sama sekali tidak setuju dengan pengklonan manusia. Di
Malaysia, isu pengklonan juga menjadi topik hangat yang mendapat perhatian
masyarakatnya. Tetapi pada

11 Mac 2002, Majlis Fatwa Kebangsaan telah

memberikan fatwa mengharamkan pengklonan manusia.

18

Tetapi bagaimana pula dengan persolan lain terutama membabitkan


status

halal-haram

dan

etika

dalam

kajian

penghasilan

ubat-ubatan

(biofarmaseutikal). Antara aspek yang paling kerap diperkatakan ialah samaada


proses bahan serta hasil dari kajian bioteknologi ini diterima oleh syariat islam.
Bukan itu sahaja jika sesuatu produk itu halal, timbul pula persoalan lain iaitu
sama ada ia baik (toyyib) atau selamat untuk kegunaan manusia.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bioteknologi telah memberi banyak kebaikan kepada


masyarakat pada hari ini. Sama ada hasil atau prosesnya boleh diterima pakai
dari segi etika, ia adalah bergantung kepada penerimaan masyarakat sama ada
hendak menerimanya atau tidak. Namun begitu, para saintis perlulah memenuhi
piawaian etika agar masyarakat tidak memandang negatif terhadap hasil
penyelidikan mereka. Antaranya ialah mereka harus menghormati standard etika
tertinggi, mempunyai tanggungjawab professional terhadap masyarakat umum
dan ini bererti para saintis tidak boleh menutup sebarang kelebihan dan
kekurangan hasil daripada kajian mereka demi untuk kesejahteraan masyarakat.
Selain

itu

para

saintis

juga

berkewajipan

untuk

membangunkan

mengembangkan dan menguasai bidang mereka. Dan akhir sekali para saintis
perlu memahami dan menghayati segala risiko kajiannya terhadap masyarakat.

19

RUJUKAN
a)
Laman web
http://bioteknologi.smkberangan.com/index.html (10/03/08)
http://bobex.wordpress.com/2007 (10/03/08)
http://bakteriabaik.blogspot.com (15/03/08)
http://www.indobic.or.id/artikel_detail.php?id_artikel=20 (16/03/08)
http://www.indobic.or.id/artikel_detail.php?id_artikel=17 (1608/07)
http://www.indobic.or.id/berita_lengkap.php?id_berita=4835 (10/03/08)
http://www.unisosdem.org/article_printfriendly.php?aid=196&coid=2&caid=30
(11/03/08)
http://www.jphpk.gov.my/Malay/Sept03%2011a.htm (11/03/08)
http://www.isaaa.org/Kc/inforesources/publications/pocketk/Pocket_K3_(Bahasa)
.pdf (11/03/08)
http://www.sinarharapan.co.id/berita/0508/01/ipt01.html (12/03/08)
http://www.biotek.gov.my/menteri/menteri8.htm (13/03/08)
http://www.mosti.gov.my/MostePortal/website/Parlimen/BIOTEK/Dewan
%20Negara/bil%206%20soalan%20no%2029%20biotek.pdf (14/03/08)
20

http://www.nbbnet.gov.my/directories/papercut/detail.php?id=230 (16/03/08)
http://prwirebm.bernama.com/viewprarticle.phtml?
aid=333&SN=b5a31ec4d7a74fcb5ab63a51fcf071ea (16/03/08)
http://www.beritabumi.or.id/beritalama/berita3.php?idberita=443 (16/03/08
http://tumoutou.net/702_04212/kel2_0212.htm (16/03/08)
http://tumoutou.net/6_sem2_023/kel3_sem2_023.htm (17/03/08)

21

Anda mungkin juga menyukai