Anda di halaman 1dari 19

1.

0PENDAHULUAN
Penilaian, pengukuran, pengujian dan pentaksiran merupakan salah satu
bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini
walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciriciri, namun ia sememangnya berkait rapat dalam proses pelaksanaannya. Malah,
ketiga-tiga perkara ini saling membantu dalam pencapaian matlamat yang sama
dalam proses pendidikan.
Penilaian PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) merupakan sebahagian kecil daripada
mata pelajaran Pendidikan Islam. PAFA mula dilaksanakan pada tahun 1994 lagi dan
telah disemak semula pada tahun 2002. Penilaian PAFA semakan ini kemudiannya
dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM
Semakan bermula sesi persekolahan 2003. Penilaian PAFA akan dibuat oleh guru
sepanjang tahun dan instrumen yang digunakan adalah Borang Penilaian PAFA.

Oleh itu, untuk tugasan PIM 3110 iaitu Penilaian dalam Pendidikan Islam, kami
pelajar Pengajian Islam dan al-Quran diminta untuk menjelaskan konsep penilaian,
pengukuran, pengujian dan pentaksiran beserta kepentingannya. Seterusnya, kami
diminta untuk menerangkan konsep penilaian PAFA berserta dengan falsafah dan
kepentingannya. Kami juga dikehendaki mengenal pasti isu atau masalah yang
berlaku dalam penilaian PAFA beserta teori yang menyokong. Tambahan lagi, kami
juga diminta menyediakan cadangan penyelesaian juga beserta dengan teori yang
menyokong. Proses mencari maklumat yang dicadangkan adalah melalui proses
temubual, mengedarkan borang soal selidik dan sebagainya.

2.0PENILAIAN, PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENTAKSIRAN


2.1Konsep Penilaian
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), penilaian adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian, pengajaran dan pembelajaran
mempunyai hubungan yang saling bertindak balas antara satu sama lain bagi
mencapai matlamat yang dikenal pasti. Penilaian dalam pendidikan merupakan
suatu proses atau suatu sistem yang merangkumi aktiviti-aktiviti mengumpul
maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran pembelajaran untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya,
seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya dengan
lebih berkesan.
Menurut Mok Soon Sang (1994), D.Stufflebea berkata dalam bukunya
Educational Evaluation and Decision Making, penilaian ditakrifkan sebagai proses
menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk
membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Menurut Mok Soon Sang
(1994) lagi, dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses
yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan
tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan.
Penilaian bertujuan memberi maklumat tentang pencapaian pelajar, objektif
pelajaran, mengajar dan kurikulum. Pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti
utama dalam aktiviti penilaian. Mok Soon Sang (1994) berkata, prosedur penilaian
mengandungi

aspek-aspek

pengujian,

pengukuran,

penganalisaan

dan

penyimpulan. Terdapat dua jenis penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian
sumatif. Penilaian formatif ialah penilaian yang dibuat semasa pengajaran dan
pembelajaran berlaku manakala penilaian sumatif pula dibuat selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Justeru itu, dapat saya saya simpulkan bahawa penilaian ialah suatu proses
sistematik untuk menganalisis dan membuat kajian terhadap sesuatu maklumat
supaya dapat menghasilkan output yang lebih berkesan pada masa yang akan
datang. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh
didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan dan
mengkaji sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai dengan tujuan
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan pada masa
akan datang.
2.2Konsep Pengujian
Menurut Mok Soon Sang (1994), R.M Gagne berkata dalam bukunya The
Condition of Learning, pengujian ialah suatu cara yang sistematik untuk mengukur
perubahan

tingkah

laku

seseorang

individu.

Pengujian

memerlukan

murid

menunjukkan secara eksplisit seperti menjawab secara lisan atau bertulis atau
mendemonstrasikan perubahan tingkah laku berkaitan dengan perkara-perkara
yang telah dipelajarinya. Oleh itu, di dalam proses pengujian, pemerhatian dan ujian
formal biasanya digunakan sebagai alat pengukuran.
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), pengujian merujuk satu teknik untuk
mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian
terdiri daripada satu set soalan yang memerlukan maklum balas daripada murid
untuk dinilai oleh guru tentang pencapaian mereka. Proses pengujian dimulakan
dari peringkat penyediaan soalan, kemudian peringkat pelaksanaan dan diikuti
dengan peringkat pemeriksaan. Dengan pengujian, guru dapat mengesan sejauh
mana murid dapat menguasai satu-satu kemahiran yang telah dipelajari. Pengujian
bertujuan menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Justeru itu,
saya dapat simpulkan bahawa pengujian merupakan kaedah untuk mengukur
tingkah laku pelajar yang bersifat eksplisit menggunakan alat-alat pengukuran yang
sesuai.
Pengujian juga adalah sebagai suatu alat pengukuran dengan tujuan
mendapat maklumat tentang pencapaian murid daripada pelbagai bidang kognitif,
psikomotor ataupun afektif. Di dalam sesebuah kelas, pengujian digunakan untuk
mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran
murid. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), tujuan pengujian adalah untuk
3

mengesan hasil pembelajaran yang dapat dicapai oleh murid dan mengesan
kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang
lain serta mengesan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid.

2.3Konsep Pengukuran
Menurut Azizi Ahmad dan Mohd Isa b. Awang (2006), pengukuran membawa
maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi
sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik (melalui
angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang
diukur dengan menggunakan alat tertentu. Dalam erti kata lain, pengukuran ialah
proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri yang tertentu.
Menurut Mok Soon Sang (1994) pengukuran ialah satu proses atau sistem
yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau
keadaan. Nilai kuantitatif biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap
dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan.
Menurut Ahmad Mohd Salleh, pengukuran ialah proses atau sistem yang
digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau
keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang
tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Dengan kata lain,
pengukuran ialah tindakan atau proses untuk menentukan sejauh mana sesuatu
perkara itu wujud, khususnya apabila perkara itu dibandingkan dengan satu
standard.

Pengukuran bertujuan membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan


antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Contoh:

skor (markah) 79

daripada 100 markah bagi satu ujian ialah satu pengukuran. Oleh itu, dapat saya
simpulkan bahawa pengukuran ialah suatu proses mendapatkan penjelasan secara
numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana pencapaian individu.

2.4Konsep Pentaksiran
Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada perkataan Latin yang
membawa maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon
adalah sama dengan apa yang dimaksudkan. Pentaksiran boleh didefinisikan
sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenal pasti dan
mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.
Pentaksiran dalam bidang pendidikan dianggap proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi,
menghurai maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Ia
juga merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Tujuan pentaksiran adalah untuk mendapatkan maklumat secara berterusan
tentang

pengajaran

dan

pembelajaran

serta

membaiki

pengajaran

dan

pembelajaran. Pentaksiran juga bertujuan mendapatkan gambaran tentang prestasi


seseorang dalam pembelajaran. Selain itu, ia bertujuan menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dan mendapatkan maklumat

secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki


pengajaran dan pembelajaran.
Antara ciri pentaksiran yang baik ialah kesahan skor, keboleh percayaan skor,
keobjektifan, kebolehtadbiran, kemudahtafsiran dan kekomprehensifan. Melalui
pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru turut dapat
melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat
merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan. Urutan proses
pelaksanaan pentaksiran ialah pertama, proses pengujian. Kedua, merekod dan ketiga,
markah/gred. Pentaksiran dilaksanakan selepas pembelajaran.

2.5Perbezaan antara Penilaian, Pengujian dan Pengukuran


Aspek
Perbezaan
Takrif

Pengujian

Pengukuran

Penilaian

Proses menentukan

Proses memperoleh

Proses membuat

perubahan tingkah

nilai kuantitatif dan

analisis dengan

laku individu.

menentukan peringkat

mentafsir hasil

pencapaian dan

pengukuran.

kedudukan antara
Tujuan

Menentukan

individu.
Membuat perbandingan

Memberi maklumat

pencapaian pelajar

pencapaian dan

mengenai pencapaian

dalam sesuatu

kedudukan di antara

pelajar, objektif

pembelajaran.

pelajar dalam

pelajaran, kaedah

penguasaan

mengajar dan

pembelajaran.

kurikulum.

Bentuk

Masa

Fokus

Pemerhatian , ujian

Ujian bertulis dengan

Jadual/gred

lisan dan bertulis.

markah dan gred.

berdasarkan teknik

Selepas sesuatu atau

Selepas beberapa

perangkaan.
Sebelum, semasa dan

beberapa pelajaran

pelajaran.

selepas satu atau

Satu atau beberapa

Satu atau beberapa unit

beberapa pelajaran.
Difokuskan

unit pembelajaran.

pembelajaran.

berdasarkan
maklumat pengujian
dan data kualitatif
daripada pemerhatian,
soal selidik atau

Menunjukkan

Menunjukkan

senarai semak.
Menunjukkan

pencapaian murid

pencapaian dalam

pencapaian dan

dalam satu atau

segmen pelajaran yang

tingkah laku murid

beberapa unit

diukur.

secara keseluruhan.

Proses

pembelajaran
1.Persediaan ujian.

1.Proses pengujian

1.Proses pengukuran

Pelaksanaa

2.Pentadbiran

2.Merekod markah/gred

2.Proses

3.Pemeriksaan

Hasil

penganalisisan
3.Proses Interpretasi
4.Melapor
5.Tindakan

2.6Kepentingan Penilaian, Pengujian, Pengukuran dan Pentaksiran


Kepentingan 4P (penilaian, pengujian, pengukuran dan pentaksiran) ialah
menentukan sama ada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah
dijalankan akan dapat mencapai objektif yang ditentukan atau tidak. Selain itu, ia
penting supaya pengajaran yang akan datang lebih berkesan dan dapat memenuhi
atau mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sementara itu, kepentingan pentaksiran ialah mendapatkan gambaran
prestasi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran, menilai aktiviti yang

dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki proses


pengajaran dan pembelajaran.
Kepentingan penilaian pula ialah mengetahui keupayaan, kemahiran atau
pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak
diajar. Selain itu, ia juga menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajarpelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan. Ia juga memboleh kan guru membandingkan pencapaian seseorang
pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama
disekolah selain menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka. Seterusnya, ia juga membolehkan guru-guru
menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan
penilaian

mereka

sentiasa

dapat

meningkatkan

pengajaran

mereka

dan

membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu


kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

3.0PENILAIAN PAFA
3.1Konsep PAFA
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), fardhu ain bermaksud kewajipan yang
dituntut oleh agama bagi orang perseorangan. Contoh: mengucap dua kalimah
8

syahadah. Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)

ialah beberapa perkara yang terpenting

daripada Fardu Ain, yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, yang hendak
dipastikan supaya tiap-tiap murid/pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh
mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh Syara.

PAFA ialah sebahagian kecil daripada isi kandungan mata pelajaran Pendidikan
Islam dan proses P&P nya adalah sepanjang masa. Guru hendaklah mengenal pasti
tajuk-tajuk dan isi kandungan yang berkaitan dengan PAFA supaya dapat diberikan
penekanan dalam P&P.
Merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas bil.17/2002, Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia mengatakan bahawa soalan yang akan ditanya semasa
penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah
ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara
berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan. Penilaian PAFA
akan dijalankan dan dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah. Dari segi penilaian pula,
guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sendiri yang akan
membuat penilaian dan penilaian akan dijalankan secara lisan dan amali.

3.2Falsafah
PAFA

adalah

sebahagian

daripada

Pendidikan

berdasarkan falsafah Pendidikan Islam itu sendiri iaitu:


9

Islam,

jadi

ia

adalah

Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,


kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.

3.3Kepentingan/ Objektif Penilaian PAFA


1. Memastikan tiap-tiap murid/pelajar tanpa sebarang keciciran mengetahui,
memahami dan boleh mengamalkan dengan betul, sah dan sempurna
sebagaimana yang dikehendaki atau dituntut syarak.
2. Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan
Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan
sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.
3. Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu
Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.
4. Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk
menghayati amalan kehidupan sehari-hari.
5. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan
menghayati PAFA secara berterusan.

4.0ISU DALAM PENILAIAN PAFA

10

T
G
K
M
IH
B
s
e
u
a
n
io
u
n
fk
s
r
d
tiu
a
s
ld
r
n
k
ia
u
g
l
a
u
m
r
a
n
P
e
tm
n
le
M
u
n
e
P
a
ik
v
ls
e
p
a
n
ie
l
n
a
ia
n
li
a
in
a
P
n
A
F
s
A
a
h
a
j
a
.

4.1Isu Berkaitan Manusia dan Cadangan Penyelesaian


11

4.1.1 Guru
Isu dalam Penilaian PAFA yang berkaitan dengan guru ialah kekangan masa.
Berdasarkan borang soal selidik dan temubual yang dibuat, saya mendapati hampir
kesemua responden mengatakan bahawa mereka mengalami masalah dari segi
kekangan masa untuk melaksanakan Penilaian PAFA. Hal ini adalah kerana
ketiadaan masa yang khusus bagi menjalankan penilaian PAFA. Tambahan lagi, guru
turut terbeban dengan tugas-tugas lain iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas bagi menghabiskan sukatan pelajaran, penilaian PAFA, melengkapkan
borang PAFA dan juga tugas-tugas lain seperti aktiviti kokurikulum, mesyuarat,
kursus, tugas-tugas kerani dan lain-lain.
Abdul Shukor (1986) melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani
dengan pelbagai bebanan tugas dan adakalanya tugas ini bukan suatu yang
terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga. Jika suasana ini dibiarkan
berterusan agak pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan menghadapi
kegagalan dan matlamat tidak tercapai.
Jadi, saya mencadangkan jalan penyelesaian melalui penggabungan Penilaian
PAFA dan Kem Bestari Solat yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF. Hal ini adalah
kerana terdapat sukatan pelajaran yang terkandung dalam Kem Bestari Solat adalah
sama dengan penilaian PAFA, jadi, ia boleh menjimatkan masa.
Seterusnya, guru mengabaikan sesi pembelajaran didalam kelas. Guru
menganggap apabila murid mampu menghafal sesuatu pelajaran, murid dianggap
sudah menguasai tajuk tersebut. Menurut kaedah yang digariskan oleh Kementerian
Pelajaran, guru mestilah mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan sesi penilaian. Namun,
sebaliknya

berlaku

dimana

guru

meminta

murid

menghafal

tanpa

diberi

pendedahan terlebih dahulu.


Berdasarkan Teori Pilihan William Glasser (2000), ia menerangkan bahawa
kita memilih untuk bertingkah laku sebagaimana yang kita inginkan termasuklah
kita bersedih. Individu bebas bertingkah laku berdasarkan kepada motivasi
dalaman, pilihan kita sendiri, fleksibel, bermatlamat dan kreatif.

12

Berdasarkan situasi diatas, guru sendiri memilih untuk bertingkah laku


mengabaikan sesi pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, saya mencadangkan agar
guru perlu meningkatkan motivasi intrinsik supaya lebih bersemangat dan lebih
bertanggungjawab terhadap tugas.
Menurut teori motivasi belajar yang dikemukakan oleh Santrock, terdapat dua
aspek dalam teori belajar yang dikemukan oleh Santrock (2007) iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Saya ingin fokuskan kepada motivasi intrinsik
dimana motivasi intrinsik merupakan motivasi internal untuk melakukan sesuatu
demi tujuan. Terdapat dua jenis motivasi intrinsik iaitu, Pertama, motivasi intrinsik
berdasarkan determinasi diri dan pilihan personal. Kedua, motivasi intrinsik
berdasarkan pengalaman dimana ia kebanyakan terjadi ketika orang merasa
mampu dan memberi tumpuan penuh ketika melakukan aktiviti yang sukar.
Menurut Sapura Sipon (2007) menyatakan bahawa guru yang gagal
mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan
pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh
menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan
membantutkan

usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa

Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.


4.1.2 Murid
Isu PAFA yang berkaitan dengan murid ialah murid kurang penghayatan
terhadap

asas-asas

fardhu

Ain.

Kebiasaannya,

murid

menghafal

untuk

peperiksaan sahaja. Berdasarkan temubual saya bersama beberapa orang pelajar


IPG Kampus Sultan Mizan, saya dapati mereka kesemuanya menghafal hanyalah
kerana terdapatnya ujian penilaian PAFA tersebut. Kesannya, murid mengingati
perkara yang dihafal dalam jangka masa pendek sahaja dan tidak mengamalkannya
dalam kehidupan seharian.
Perkara ini bertepatan dengan Teori Behavioris oleh Ivan Pavlov. Mengikut
pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan
pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu

rangsangan

yang

berkaitan

dengan

rangsangan

mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman.


13

yang

lain

akan

Berdasarkan situasi di atas, ransangan yang diberikan oleh guru kepada


murid haruslah lebih menarik untuk menarik minat murid supaya menghafal
pelajaran bukan untuk peperiksaan semata-mata, tetapi menghafal untuk ilmu.
Sebagai cadangan, guru boleh menyediakan perkara-perkara asas fardhu ain ini ke
dalam bentuk grafik atau dengan gabungan warna yang lebih menarik. Namun
begitu, perkara utama yang mesti guru lakukan ialah mengajak murid-murid
membetulkan niat belajar untuk mencari ilmu kerana Allah pada setiap kali aktiviti
pembelajaran.
Melalui

satu

eksperimen,

Teori

Kohler

Dan

Pembelajaran

Celik

Akal

menjelaskan bahawa pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi


seseorang berkenaan penyelesaian yang sesuai. Pembelajaran celik akal tidak
bergantung kepada ganjaran semata-mata dan setelah satu-satu masalah berjaya
diselesaikan maka ada lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang sama di
masa depan. Oleh itu, jika persepsi murid terhadap penilaian PAFA hanyalah untuk
proses penilaian sahaja, maka apa yang mereka dapat hanyalah lulus semasa
penilaian dan maklumat yang dihafal sedikit demi sedikit menghilang.
4.2Isu Berkaitan Instrumen dan Cadangan Penyelesaian
Berdasarkan pemerhatian, saya dapati penggunaan borang pemarkahan
yang disediakan kurang releven terutamanya penilain bagi tajuk seperti adab
terhadap ibu bapa atau Ihsan kerana perkara tersebut merupakan perkara yang
abstrak. Jadi bagaimana mungkin kita menilai perkara yang abstrak? Justeru itu,
penggunaan borang pemarkahan seperti sekarang adalah kurang sesuai.
Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner, kecerdasan
pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang
diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ
menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya,
setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan
persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan
hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan
merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu
14

masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat


sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang
diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya
mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai
dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
Oleh itu, cadangan saya, guru perlu mencari inisiatif lain bagi membuat
penilaian terhadap tajuk adab terhadap ibu bapa dan Ihsan. Sebagai contoh guru
boleh mengedarkan borang soal selidik kepada ibu bapa tentang bagaimana sikap
anak-anak di rumah. Melalui cara tersebut, guru mendapat maklumat sokongan
selain daripada pemerhatian di sekolah.
Menurut Choong Lean Keaw, (2001) ; Teori Konstrain oleh Elivahu M.Goldrate
berkata, proses penyelesaian masalah terdiri daripada beberapa langkah iaitu
mengenalpasti isu yang berkenaan, mengenalpasti faktor-faktor penyebab, menjana
alternatif penyelesaian yang dikenalpasti, menilai keberkesanan alternatif dan
memutuskan tindakan susulan yang perlu diambil. Justeru itu, guru boleh
menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan dalam teori untuk menyelesaikan
masalah pemarkahan PAFA.

15

5.0RUMUSAN
Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain amat wajar dilaksanakan di sekolah. Ia adalah
salah satu usaha menerapkan asas-asas fardhu ain dalam diri murid. Disamping itu
juga, ia mengandungi sesi teori (p&p ) dalam bilik darjah dan amali. Namun,
pelaksanaannya mestilah menepati aturan yang telah ditetapkan selain perlu lebih
sistematik dalam pengurusannya. Meskipun banyak isu yang timbul berkaitan
dengan Penilaian PAFA ini, namun, sebagai seorang guru, kita mestilah menghadapi
segala cabaran demi mendidik anak bangsa serta menggunakan segenap usaha
dan tenaga bagi menunaikan amanah ini.

16

6.0 REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinanNya serta
rahmatNya, dapatlah saya menyiapkan kerja kursus bagi matapelajaran Budaya dan
Pembelajaran yang dipertanggungjawabkan kepada saya. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada En. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff diatas segala tunjuk ajar dan
bimbingan, juga tidak lupa buat ibu bapa dan rakan-rakan yang sentiasa memberi
sokongan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini.
Sebelum memulakan tugasan

yang diamanahkan,

saya berusaha untuk

memahami kehendak soalan. Namun, saya menghadapi sedikit masalah untuk


memahami kehendak soalan. Jadi saya mengambil inisiatif iaitu mebuat beberapa
siri perbincangan dengan rakan sekelas dan juga rakan daripada unit lain. Hal ini
adalah untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan semasa proses untuk menyiapkan
tugasan ini. Kami banyak berbincang dan bertukar-tukar fikiran untuk menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna dan memenuhi kriteria yang dikehehendaki. Kami
turut diberi pendedahan oleh pensyarah pembimbing berkenaan soalan tugasan.
Saya turut berusaha mendapatkan bahan-bahan rujukan sebelum memulakan
proses menyiapkan tugasan. Namun begitu, saya menghadapi masalah untuk
mendapatkan

buku

rujukan

yang

berkaitan

dengan

penilaian,

pengukuran,

pengujian dan terutama buku berkaitan dengan pentaksiran. Hal ini adalah kerana
buku berkenaan adat ini teramatlah sedikit bilangannya di Perpustakaan Zaba IPG
Kampus Sultan Mizan. Hal ini amatlah menyukarkan saya dan rakan-rakan bagi
menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun begitu, saya mengambil inisiatif
dengan meminjam buku daripada rakan-rakan daripada rakan unit Pengajian Islam
1 serta rakan sekelas.
17

Semasa proses menyiapkan tugasan, saya mengadakan temubual bersama


dengan beberapa orang pelajar IPG Kampus Sultan Mizan. Soalan yang ditanya
adalah berkisar tentang penilaian PAFA yang dijalankan di sekolah menengah
dahulu. Antara soalan yang ditanya ialah pandangan mereka tentang penilaian PAFA
yang dijalankan. Selain itu, saya turut bertanya tentang pelaksanaan penilaian PAFA
di sekolah, adakah mengikut format yang telah ditetapkan. Hampir kesemua pelajar
mengatakan bahawa pelaksanaan penilaian PAFA di sekolah dijalankan mengikut
format. Namun keberkesanannya adalah jauh panggang dari api. Hal ini adalah
kerana, mereka menghafal PAFA hanyalah untuk peperiksaan sahaja. Jadi apabila
selesai penilaian PAFA, hafalan mereka akan beransur-ansur hilang. Di samping itu
juga, saya turut mengadakan temubual bersama guru j-QAF iaitu kakak saya sendiri
berkenaan masalah yang dihadapi oleh guru Pendidikan Islam di sekolahnya dalam
menjalankan penilaian PAFA. Masalah yang utama yang dihadapi adalah kekangan
masa. Masalah yang sama juga saya dapati apabila mengedarkan borang soal
selidik di SK Kampung Baharu dimana masalah utamanya juga adalah kekangan
masa serta beberapa masalah lain.
Sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan, namun saya menganggap masalah tersebut sebagai kayu
pengukur kebolehan diri dalam menangani sesuatu masalah. Akhirnya masalah
dapat diselesaikan dan tugasan dapat disiapkan bertepatan dengan tarikh yang
ditetapkan. Antara masalah yang saya dihadapi ialah kesukaran untuk mencari teori
yang bersesuaian dengan isu atau masalah yang dihadapi serta teori bagi cadangan
penyelesaian. Oleh itu, saya bertindak merujuk buku Murid dan Alam Belajar dan
beberapa laman sesawang bagi mencari teori yang bersesuaian. Saya juga
berbincang dengan rakan-rakan sekelas berkenaan teori yang sesuai untuk
digunakan dalam isu yang tertentu.
Saya mendapat beberapa input yang amat berguna melalui tugasan ini.
Antaranya ialah saya berpeluang mengetahui maklumat berkenaan Penilaian PAFA.
Pemahaman saya berkenaan PAFA semakin bertambah dimana saya berpeluang
meneroka konsep, kepentingan, tujuan dan cara pelaksanaan PAFA di sekolah. Saya
juga mengetahui isu-isu yang berlaku di sekolah berhubung Penilaian PAFA. Justeru
itu, saya berazam untuk berusaha menangani apa jua masalah yang dihadapi
dengan bijaksana dan amanah dalam setiap tugasan saya supaya dapat melahirkan
18

generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi JERIS. Seterusnya, saya
juga berpeluang meneroka alam maya mencari teori yang bersesuaian dengan isu
dan cadangan penyelesaian. Perkara ini membuatkan saya terfikir bahawa setiap
masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Selain itu juga, saya mengagumi
kehebatan tokoh-tokoh melalui cara mereka berfikir dan memberikan penyelesaian
kepada setiap masalah yang mendatang.
Buat akhirnya, saya berharap agar segala ilmu dan pengajaran yang diperoleh
melalui tugasan ini dapat saya jadikan pedoman dan ingatan sepanjang menjalani
kehidupan dalam dunia perguruan yang semakin mencabar ini.

19