Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Tempoh 1948 hingga 1960 dikenali sebagai zaman Darurat di Tanah Melayu.
Undang-undang Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu pada 16 Jun 19-18 oleh
Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent kerana kekacauan yang ditimbulkan
oleh komunis yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara. Komunis
telah melakukan berbagai-bagai kegiatan sabotaj, pemusnahan dan kerosakan ke
atas harta awam serta harta benda penduduk dan kerajaan; juga pembunuhan,
kejahatan dan keganasan ke atas semua lapisan masyarakat di Tanah Melayu.
Kegiatan komunis bukan sahaja mendatangkan kesusahan, penderitaan dan
gangguan ke atas kehidupan penduduk serta kerosakan harta benda yang tidak
teinilai, malahan turut menimbulkan ketidakstabilan politik, sosial dan ekonomi di
Tanah tI,felayu. Sejak 16 Jun 19-18, Tanah Melayu diletakkan di bawah Undangundang Darurat sehingga undang-undang itu ditarik balik oleh pihak berkuasa pada
31 Julai 1960.