Anda di halaman 1dari 3

SEK.

MEN KEB SEBERANG PERAK


JALAN TERATAI PUTIH, TAMAN BERJAYA
05050 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN

DOKUMENTASI PROGRAM
SET BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BERFASA SPM
1.0

PENDAHULUAN
Kebanyakan pelajar tidak tahu cara belajar yang berkesan menyebabkan mereka begitu
tertekan apabila mereka akan menghadapi sesuatu peperiksaan. Ini tidak akan membantu mereka
dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Cara belajar yang tidak
menekankan kepada konsep `smart learning menjadikan pelajar rasakan terlalu banyak aspek
yang perlu diketahui dan ditelaah oleh mereka. Mereka ini perlu dibantu supaya mereka akan
lebih meyakini diri serta seronok dengan proses pembelajaran yang mereka lalui. Pendek kata
pembelajaran bukan membebankan tetapi amat selesa dan satu cabaran yang dinantikan oleh
pelajar. Justeru, itu pihak sekolah merasakan penting diadakan satu bengkel teknik menjawab
soalan bagi setiap mata pelajaran untuk mendedahkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM
nanti dengan teknik menjawab yang betul serta bentuk soalan yang bakal keluar nanti. Hal ini
kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang masih tidak tahu bagaimana menjawab soalan
peperiksaan dengan betul yang mana akhirnya hanya akan merugikan mereka sendiri.
2.0

OBJEKTIF
a. Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan
b. Pelajar dapat membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal untuk
menghadapi peperiksaan
c. Pelajar dapat menguasai kemahiran mengurus masa dan pengurusan diri dengan
lebih baik
d. Pelajar dapat menjawab soalan sepertimana kehendak soalan

3.0

MATLAMAT
a. Melengkapkan diri pelajar dengan pelbagai teknik dan kemahiran belajar yang efektif
dan mudah diamalkan.
b. Mengenal potensi pelajar ke arah kecenderungan pembelajaran dan mendorong
pelajar berusaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
c. Melahirkan pelajar yang berjaya, cemerlang dan seimbang sebagai insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat.

4.0

KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar SPM

5.0

JAWATANKUASA PENGANJUR
Penaung
En Rahman B Atan
Pengetua SMK Seberang Perak
Pengerusi 1
Datin Roksana Begum Bt Rakhir
Penolong Kanan Pentadbiran
Pengerusi 2
Pn. Jamilah Bt Ludin
Penolong Kanan HEM
Pengerusi 3
Pn Rogayah Bt Talib
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha 1
Pn. Noor Asyikhin binti Osman
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Setiausaha 2
En Shukri B Hussain
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
Jawatankuasa Kerja
Fotografi
En Shukri B Hussain
Pn Noor Asyikhin Bt Osman
Siaraya & Peralatan Teknikal LCD
En. Ahmad Johari b. Hussain
En. Abd Halim b. Ariffin
En Anuar Isham B Mahmud
Kawalan & Disiplin/Guru Bertugas
Pn. Ku Faridah bt Ku Chik
Pn Rushdah Bt Ramli
Pn. Che Fauziah Bt Che Mat
En Ahmad Johari B Hussain
Pn Hakimah Bt Hj Hassan
En Abd Halim B Ariffin
Pn Jamilah Bt Shariff
Pn Naaziah Bt Salim
Pn Nadiaa Zamil B Zubir
Pn Wan Nor Arija Bt Wan Hamidon
En Anuar Isham B Mahmud

Pn Che Norlia Bt Mat Rugian


Semua guru yang mengajar Tingkatan 5

6.0

KAEDAH PELAKSANAAN

Bengkel Teknik Menjawab akan dijalankan secara berfasa mengikut kumpulan pelajar yang dipilih
berdasarkan pencapaian dalam subjek yang diambil.Masa Bulan Julai dan Ogos
7.0

PERBELANJAAN

Perbelanjaan adalah peruntukan daripada panitia setiap mata pelajaran, PIBG dan kaunseling
(motivasi/pemantapan sahsiah).
8.0
PENUTUP
Diharap apabila pelajar telah dapat memahami kesemuanya secara konseptual dan operational,
maka lebih mudah untuk mereka menjalani kehidupan mereka sebagai seorang pelajar.
Disamping itu juga, semoga program ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang
diharapkan. Kerjasama daripada semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru dan pelajar sendiri
adalah sangat penting untuk menjayakan program ini. Dengan itu, prestasi akademik pelajar dan
keputusan peperiksaan SPM diharapkan dapat ditingkatkan seterusnya bakal mengharumkan
nama baik sekolah bukan sahaja di peringkat negeri malahan negara sekalipun.
Disediakan Oleh,
...............................................
(NOOR ASYIKHIN BINTI OSMAN)
(SHUKRI B HUSSAIN)
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
SMK Seberang Perak