Anda di halaman 1dari 33

SOALAN ULANGKAJI EDU3073

NAMA: LAU YONG SIONG PPRMT7

20 JANUARI 2016

1. Bimbingan dan Kaunseling


a. Huraikan konsep asas bimbingan ?
Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang
memerlukanpanduan ke arah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan
matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah
tingkah laku ke arah yang positif. Tujuan bimbingan telah disimpulkan oleh Cribbin apabila
beliau telah mengkaji semua penulisan tentang bimbingan yang telah sedia ada di antara
tahun 1935 hingga 1950. Cribbin telah membahagikan tujuan-tujuan bimbingan kepada dua
kelas penting, iaitu tujuan dasar dan tujuan berkaitan seperti yang berikut.
Tujuan bimbingan yang asas ialah :
1.

Perkembangan individu yang paling baik.

2.

Individu yang serba lengkap.

3.

Individu yang optimum, penuh, seimbang dan luas pandangan dari segi fizikal,
intelek, emosi, sosial dan kerohanian.

4.

Perkembangan individu yang terbimbing kendiri dan perkembangan individu yang


matang.

5.

Individu yang berdikari, berarahan kendiri, serba mencukupi sendiri dan mempunyai
daya ikhtiarnya sendiri.

6.

Individu yang bahagia dan efisien daripada segi sosial.

7.

Individu yang dapat mempelajari hidup lebih baik lagi.

Ada beberapa konsep penting dalam bimbingan antaranya:


-

Bimbingan ialah suatu proses

Proses menolong/proses pengajaran

Membantu pelajar membuat penyesuaian dan mencapai matlamat

Setting di mana-mana

b. Nyatakan tiga perbezaan antara kaunseling dan psikoterapi ?


Aspek

Kaunseling

Psikoterapi

Pendekatan

Tidak tertumpu kepada satu

Berasaskan pendekatan psikodinamik

pendekatan khusus sahaja.

Frued, di mana salah satu fokus


latihan adalah terhadap masa silam
pesakit.

Tempoh latihan

Tempoh latihan singkat


dan kos yang lebih
murah.

Mengambil masa yang lama.


Syarat pertama, terapis perlu
menjalankan sesi bersama pesakit

Kaunseling tidak bercorak

sebenar di bawah penyeliaan terapis

terlalu akademik dan

berpengalaman.

berbentuk pendidikan
inklusif. Sesiapa sahaja

Syarat kedua, terapis perlu memiliki


kelayakan akademik sarjana muda.

berpeluang mengikuti
kursus ini.
Fokus isu

Seting

Isu-isu masa kini untuk

Tertumpu kepada punca masa lampau

membantu individu

berhubung dengan masalah neorosis

berkembang dan mencapai

dan psikosis yang melibatkan

potensi menangani isu yang

perubahan personaliti secara

timbul.

mendadak.

Pejabat atau pusat

Klinik atau hospital

kaunseling

(bersifat perubatan)

(bukan perubatan)
Tempoh sesi

Satu hingga beberapa sesi

Mengambil masa yang panjang dan


bertahun-tahun mengikut kes-kes
tertentu.

c. Huraikan lima matlamat kaunseling dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai ?


1. Menolong mengubah tingkah laku klien.
2. Menambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka
yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang
dirinya.
3. Menambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien
diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu

bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat
atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut.
4. Membaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi
masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai
hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah
atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan
kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga,
perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang
berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu.
5. Membantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti
kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Matlamat

Contoh

1. Membantu klien mengubah tingkah laku

Ramli suka berlumba motor secara haram.

kepada kehidupan yang lebih produktif

Kaunseling boleh membantu beliau


mengubah tingkah laku kepada galakan
minat Ali berlumba di litar perlumbaan
motosikal.

2. Membantu klien memulakan dan

Ramlah rasa marah dan kecewa dengan

meneruskan perhubungan yang positif

rakan-rakannya. Kaunseling dapat

dengan orang lain

membantu Ramlah untuk berkomunikasi


dengan rakan-rakan tentang perasaannya
tanpa mengeruhkan keadaan dan capai
penyelesaian

3. Membantu klien mengurus diri dengan


lebih efektif apabila dalam kesulitan

Ranjit mengalami kecacatan akibat


kemalangan. Dia berasa rendah diri dan
tiada harapan untuk maju. Kaunseling
dapat membantu Ranjit menerima
kekurangannya sebagai bukan penghalang
untuk berdikari.

4. Membantu klien membuat keputusan


dengan rasional

Ramlan keliru dalam memilih kerjaya masa


depannya. Kaunseling boleh membantu
Ramlan mengenali minat dan kerjayanya.

5. Membantu klien berkembang secara


positif

Rita minat melukis. Ibu bapanya


memintanya mengambil kursus kedoktoran
yang tidak diminatinya. Kaunseling dapat
mencari penyelesaian Rita dengan ibu

bapanya.

d. Jelaskan lima prinsip bimbingan dan kaunseling.


Kandungan
1. Bimbingan dan

Huraian
Bimbingan dan kaunseling disediakan sepanjang tempoh

Kaunseling adalah suatu

persekolahan dan individu pada semua peringkat dan tahap

proses pendidikan yang

sekolah. Dengan kata lain, semua kanak-kanak boleh

terancang dan

menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan serta melibatkan

berterusan

diri dalam semua aktiviti berkaitan yang diiaksanakan. Mereka


dibimbing untuk memperoleh pengalaman dan memupuk nilai,
sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak
masyarakat majmuk di negara kita.

2. Bimbingan dan

Segala aktiviti bimbingan dan kaunseling yang terangkum

Kaunseling adalah untuk

dalam perancangan tahunan terbuka kepada semua kanak-

semua kanak-kanak

kanak tanpa mengira latar belakang, kaumetnik, agama atau


kepercayaan masing-masing. Maka jelas bahawa aktiviti-aktiviti
yang dikendalikan bersifat menyeluruh dan dapat memenuhi
keperluan semua golongan kanak-kanak, mahupun bijak,
sederhana atau lemah.

3. Semua kanak-kanak

Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah sentiasa bersedia

mempunyai hak untuk

untuk membantu kanak-kanak yang mungkin memerlukan

mendapatkan bantuan

bantuan sokongan dan bimbingan dalam proses

apabila mereka

perkembangan dirinya. Walau bagaimanapun, perkhidmatan

memerlukan

tersebut hendaklah terhad kepada waktu pejabat, melainkan


timbul kecemasan atau krisis yang memerlukan bantuan sertamerta.

4. Bimbingan dan

Program bimbingan dan kaunseling yang dirancang dan

kaunseling adalah untuk

dikendalikan hendaklah bertujuan untuk melayan keperluan

memenuhi keperluan

kanak-kanak agar dapat berkembang dengan kadar optimum

kanak-kanak bagi

mengikut tahap perkembangan masing-masing.

mengembangkan potensi
dan kebolehan mereka.
5. Bimbingan dan

Segala usaha bimbingan dan kaunseling untuk membantu

kaunseling berorientasikan

kanak-kanak bersifat lebih tegas diri, cekap menyesuaikan diri

masa kini dan masa

dan memahami implikasi tindakan mereka pada masa ini akan

hadapan.

diteruskan sehingga masa depan.

6. Bimbingan dan

Kanak-kanak yang menjalani sesi perlu memainkan aktif dalam

kaunseling dapat

proses bimbingan dan kaunseling; bukan duduk secara pasif

membantu kanak-kanak

dan menunggu arahan daripada guru bimbingan dan

memahami diri dan

kaunseling sahaja. Perlakuan kanak-kanak sedemikian akan

orang lain.

membolehkan mereka berpeluang untuk menjelajah tujuantujuan dan matlamat hidup, di samping berupaya untuk
memilih serta merancang hidup mereka dengan lebih
berkesan. Selain itu, mereka juga akan menyedari tentang
kekuatan dan kelemahan masing-masing.

7. Bimbingan dan

Dalam mengendalikan program dan aktiviti bimbingan dan

kaunseling adalah

kaunseling, semua warga sekolah termasuk pihak pentadbir,

tanggungjawab bersama

guru-guru lain, ibubapa dan kanak-kanak seharusnya


bekerjasama dan menyumbangkan masa, tenaga dan
kepakaran demi kejayaan dan keberkesanan aktiviti tersebut.

e. Nyatkan lima kepentingan bimbingan dan kaunseling untuk murid ?


1.Menyediakan perkhidmatan bimbingan dalam membantu klien menguasai kemahiran
disiplin diri.
2. Menyumbang kepada keberkesanan pendidikan inklusif.
3. Membimbing murid menghadapi masalah pembelajaran.
4. Mengembangkan potensi murid dalam semua bidang.
5. Membantu membentuk iklim bilik darjah.
6. Memotivasikan murid.
7. Dapat membantu murid membuat pilihan & persediaan kerjaya

2. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


a. Jelaskan tiga jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling?

Perkhidmatan Inventori Individu dan Rekod Pelajar

Mengendalikan fail bimbingan.

Bertanggungjawab mengumpul dan merekodkan butiran yang berkaitan dengan


penilaian dan pentafsiran minat pelajar.

Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.

Menyelaras, menjaga, dan mengemaskini rekod pelajar.

Memberi

maklumat

objektif

mengenai

pencapaian,

kemajuan

dan

prestasi

pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.

Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang berkaitan dan berguna
untuk membantu perkembangan diri pelajar.

Perkhidmatan Kaunseling

Sesi kaunseling dijalankan mengenai pencapaian:

Akademik yang tidak memuaskan

Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.

Kerjaya, pelajaran dan peribadi.

Tidak terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum.


Masalah disiplin, seperti ponteng, budaya peleseran, merokok, bertumbuk dan
menggunakan dadah dan bahan inhalen.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

Mengelola dan melaksanakan aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tunjuk
ajar (instructional) yang boleh menggalakkan perkembangan konsep kendiri,
vokasional,menggalakkan perkembangan konsep kendiri, vokasional,kognitif-afektif,
psikososial, fizikal-seksual dan moral agamapelajar.

Membincangkan mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok yang
tertentu. Contohnya masalah disiplin,masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain
topik seperti yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.

Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan termasuklah Sijil
Pelajaran Malaysia ( SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV), Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia Vokasional ( SPMV), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM).

Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan meyelia aktiviti
mereka.

b. Terdapat dua jenis kaunseling. Huraikan.

Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah

Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling tunjuk
ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci dadah dan
inhalen.

Memberi bantuan atau pertolongan kepadapelajar untuk mendapatkan bantuan


pemulihan dan rawatan.

Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian atau
Jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah di peringkat sekolah.

Perkhidmatan Penilaian

Membuat penilaian aktiviti bimbingan disekolah dengan tujuan untuk membaikinya


seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan
motivasi pelajar.

Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

c. Nyatakan lima perbezaan antara kaunseling individu dengan kaunseling kelompok?


Individu

Kelompok

Proses terapeutik terhad antara seorang

Proses terapeutik berlaku antara kaunselor

kaunselor dengan seorang individu sahaja. Ini

dengan beberapa individu dalam kelompok

bermakna interaksi yang dijalankan melibatkan

itu. Interaksi yang berlangsung pelbagai

hanyalah dua hala sahaja.

hala.

Pertolongan atau bantuan yang diterima hanya

Peserta-peserta berpeluang memberi dan

satu hala, iaitu daripada kaunselor sahaja. Ini

menerima pertolongan sama ada daripada

bermakna perbincangan ini tidak dipengaruhi

kaunselor atau peserta-peserta yang lain.

pihak luar melainkan kaunselor itu sahaja.


Fungsi kaunselor tidak berubah.

Fungsi kaunselor sebagai ketua kumpulan


dalam kelompok ini boleh berubah dan
diambil alih oleh peserta-peserta lain.

Suasana selesa dan percaya lebih mudah

Lebih sukar untuk membina situasi selesa

terbina kerana interaksi hanya melibatkan

dan percaya kerana pesertanya lebih

seorang sahaja.

daripada seorang dan mungkin perasaan


malu di antara peserta dengan peserta lain.

Klien hanya menumpukan perhatian kepada

Peserta dapat memerhati tingkahlaku

masalahnya sahaja dan mendapat teguran

proses penyelesaian masalah dan cara

daripada kaunselor sahaja dan sebaliknya

mengendalikan masalah oleh peserta-

kaunselor hanya menumpukan kepada

peserta lain

seorang klien sahaja.


Kaunselor memberi sepenuh perhatian kepada

Perhatian kaunselor terbahagi kepada

kliennya.

ramai peserta dan ini memberi peluang


peserta yang merasa terancam dan kurang
selamat berdiam diri sahaja

Tidak wujud identiti kelompok , bersatu padu

Terdapat semangat koperatif iaitu tolong

dan semangat tolong menolong antara peserta

menolong, identiti kelompok dan bersatu

seperti kaunseling kelompok

padu antara peserta.

d. Apakah yang dimaksudkan dengan etika kerahsiaan. Nyatakan tiga situasi yang
membolehkan kaunselor mengetepikan aspek kerahsiaan?

kerahsiaan maksudnya kaunselor bertanggungjawab memelihara kerahsiaan klien


supaya hubungan baik yang telah terjalin tidak sia-sia.

Dalam kontek ini klien akan meletakkan kaunselornya sebagai orang yang paling
dipercayai dan tidak akan membocorkan rahsianya kepada sesiapa.

Kaunselor hendaklah sentiasa memikirkan tentang kesejahteraan kliennya dan menjaga


rahsia yang didedahkan dalam sesi kaunseling tidak disalahgunakan

Kerahsiaan juga hendaklah dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain
atauhak orang ramai.

Situasi yang membolehkan kaunselor mengetepikan aspek kerahsiaan:

apabila klien membahayakan diri atau orang lain maka tindakan kaunselor ialah
mendedahkan perkara yang dirasakan boleh membantu pihak berkuasa.

Mahkamah memerlukan maklumat tentang klien maka kerahsiaan adalah dikecualikan


bagi membantu mahkamah menyelesaikan kes yang berkemungkinan berkaitan
dengan klien.

klien sendiri membenarkan maklumat tentang dirinya didedahkan.

Kaunselornya mencurigai tentang adanya kes penderaan berlaku.

e. Jelaskan lima perkara yang boleh dikaitkan dengan etika kaunselor?

Keperluan kerahsiaan

Kaunselor perlu menyimpan semua maklumat klien

Kerahsiaan rekod

Dalam menyimpan, memperoleh, memindah dan mengeluarkan rekod

Kerahsiaan untuk merakam dan pemerhatian

Perlu mendapatkan kebenaran daripada klien untuk merekod sesi kaunseling yang
dijalankan.

Keperluan perlindungan data

Melindungi identiti klien apabila guna data untuk tujuan latihan, kajian dan penerbitan.

Tiada diskriminasi

Tidak mendiskriminasikan klien dari segi umur, warna kulit, etnik, jantina, status
perkahwinan dan lain-lain

3. Peranan Guru Biasa sebagai Guru Bimbingan


a. Terangkan cara-cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mendapatkan maklumat
klien?
i.

Menggunakan teknik ujian


a) untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang murid tentang potensi, bakat,
minat & kebolehan pada dirinya

b) sumber maklumat tentang murid paling objektif & mudah dipercayai


c) ujian standard & ujian objektif = mendapatkan maklumat & nilai personaliti murid
ii. Menggunakan teknik temu bual
a) Murid yang ditemu bual meluahkan perasaan & buah fikiran kepada orang yang
menemubual
b) Penemu bual meneliti perkara/masalah lebih mendalam & boleh membuat penilaian
ketika bersoal jawab
iii. Menggunakan teknik pemerhatian
a) Teknik pengumpulan maklumat atau data tentang murid-murid secara ilmiah untuk
mendekati masalahnya secara keseluruhan
b) Menentukan tujuan, subjek & tempoh masa diperhatikan
c) Pemerhatian adalah semasa murid menjalankan kegiatan harian seperti dalam bilik
darjah, padang, kantin, perhimpunan dan sebagainya
iv. Menggunakan teknik soal selidik
a) Guru bimbingan mungkin tak dapat temu bual semua murid kerana kekangan masa.
b) Sebelum menjawab soalan, mereka perlu diberi penerangan yang jelas tentang
tujuannya
c) Maklumat dalam soal selidik = berkaitan diri, keluarga, kesihatan, minat, cita-cita, dan
sebagainya
d) Maklumat yang diperoleh mesti dibandingkan dengan rekos simpanan pihak pentadbir
sekolah
v. Menggunakan teknik rekod anekdot (rekod peristiwa)
Dalam menulis rekod anekdot, ada 4 ciri yang perlu ditekankan :
a) Tarikh tempat, situasi ketika kejadian atau peristiwa berkenaan berlaku
b) Pemerhatian murid, reaksi murid-murid lain & gerak balas murid berkenaan terhadap
murid lain
c) Lagak, gerak-geri, kualiti suara & air muka untuk memerhati perasaan murid
d) Pemerhatian cukup luas untuk merangkumi kejadian atau peristiwa

b. Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak?

i.

Masalah akademiK
a) masalah pembelajaran - kurikulum kurang sesuai, kaedah mengajar yang kurang
sesuai, bahan pembelajaran yang kurang meminat murid
b) kurang kecergasan - keturunan, kelahiran secara tidak normal, kurang kecerdasan
otak, kurang makanan berzat
c) masalah mental - tidak membunyikan perkataan, sukar menyusun perkataan untuk
membina ayat, cepat lupa, kadar bacaan lambat
d) faktor fizikal - aspek kesihatan, kurang tenaga belajar, menghidapi penyakit, kecatatan
fizikal
e) faktor psikologi - masalah emosi

ii.

Masalah sosial
a)

tingkahlaku dilikuen - tingkahlaku yang dapat melukai atau menyakiti orang lain sama
ada secara lisan atau secara fizikaL

b) konsep kendiri negatif dan naluri agresif


c) melakukan vandalisme
d) menyertai kongsi gelap
iii.

Masalah peribadi
a) Kemiskinan
b) tiada galakkan/ dorongan di rumah
c) pengaruh rakan sebaya
d) tiada motivasi

iv.

Masalah kerjaya
a) tiada pendedahan/ maklumat
b) pengaruh rakan sebaya
c) desakan ibu bapa/ penjaga
d) tiada dorongan/ motivasi

c. Huraikan langkah-langkah yang digunakan untuk mengenal pasti masalah kanakKanak.


i.

Teknik jenis ujian

Jenis Ujian

Penerangan

Ujian psikologi,

menganalisis semua masalah tingkah laku yang berlaku di dalam

diagnostik

bilik darjah dengan lebih terperinci

Ujian kecerdasan

mengukur darjah kecerdasan murid

Ujian kecenderungan

menilai minat murid terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

bakat, ujian minat

Ujian personaliti

mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek afektif, motivasi, emosi


dan sikap seseorang murid serta mendapatkan maklumat peribadi
serta nilai sikap murid

Ujian saringan

untuk mengasingkan murid-murid yang cerdas dengan murid yang


kurang cerdas

Ujian diagnostik

untuk mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan


kemahiran pembelajaran murid.

ii.

Teknik jenis bukan ujian

Jenis Bukan Ujian


Pemerhatian

Penerangan

satu kaedah yang boleh digunakan untu mencari kebaikan


dan kelemahan murid dan menentukan faktor-faktor yang
menyebabkan sesuatu masalah tingkah laku berlaku

mengenal pasti ciri-ciri perkembangan murid

untuk menentukan kekerapan, tempoh langsungnya serta


intensiti sesuatu salah laku yang telah dikenal pasti

Temu bual

merancang tindakan susulan

dijalankan antara guru bimbingan atau guru biasa dengan


murid bermasalah, ibu bapa atau penjaga, rakan sebaya dan
pihak lain untuk mendapatkan maklumat

Kajian dokumen

analisis yang dibuat oleh guru terhadap sesuatu tingkah laku

(kajian rentasan,

masalah murid berdasarkan dokumen yang telah

kajian membujur,

dikumpulkan mengenai murid-murid yang biasa

kajian kes)

menunjukkan masalah di sekolah

4. Teori-Teori Kaunseling
a. Apakah kombinasi tiga komponen yang dijadikan teori kaunseling behaviourisme ?
b. Nyatakan bagaimana sesuatu tingkah laku masalah itu dipelajari mengikut teori
kaunseling behaviourisme ?
c. Huraikan tiga kemahiran yang perlu ditunjukkan oleh kaunselor behaviourisme semasa
membantu kliennya ?
d. Jelaskan tiga strategi yang digunakan dalam teori behaviourisme untuk membantu
klien ?
e. Dengan menggunakan contoh yang jelas, huraikan bagaimana klien menggunakan

strategi pengurusan kendiri, pemantauan kendiri dan peneguhan kendiri ?


f.

Nyatakan tiga sikap yang perlu ada pada seorang kaunselor yang menggunakan teori
pemusatan klien ?

g. Kaunseling boleh disifatkan sebagai satu proses perhubungan antara seorang individu
dengan seorang atau lebih individu lain. Jelaskan tiga faktor yang boleh dikaitkan
dengan perhubungan kaunseling ?
h. Jelaskan faktor-faktor penting dalam teori Rasional Emotif ?
i.

Huraikan konsep A-B-C-D-E dalam teori Rasional Emotif menggunakan contoh yang
sesuai ?

5. Kemahiran Asas Kaunseling


a. Huraikan tahap-tahap dalam proses kaunseling?
Tahap 1: Membina hubungan Kaunselor perlu mewujudkan suasana yang menggalakkan
interaksi, menentukan matlamat awal kaunseling, menstrukturkan hubungan antara
kaunselor dan murid dan kaunselor perlu memberi kepercayaan kepada murid.
Tahap 2: Tahap penerokaan Kaunselor perlu meneroka sepenuhnya untuk memahami skop
masalah, mendapat pola sejarah murid dan mendapati sumber kekuatan dan
kelemahan murid.
Tahap 3: Buat Keputusan Kaunselor boleh merombak matlamat awal dan menumpu kepada
masalah murid.

Tahap 4: Tahap pelaksanaan Kaunselor perlu membantu dan membimbing murid untuk
menyelesaikan masalah seperti memberi sokongan emosi, galakan dan pengukuhan
ikut strategi tertentu seperti fokus kepada kognitif dan afektif.
Tahap 5: Penamatan Kaunselor menentukan masa untuk menghentikan sesi kaunseling,
memberi petunjuk dan mengikut perkembangan pelaksanaan matlamat tentang
murid.
Tahap 6: Tindakan susulan Kaunselor membuat pertemuan susulan untuk menilai
keberkesanan pelaksanaan tindakan murid dan membantu murid jika menghadapi
masalah.

b. Terdapat tiga jenis tingkah laku bukan lisan. Jelaskan.


Anggota badan boleh dilihat dari penumpuan mata, mata, cara duduk, riak muka dan gerak
tangan.
Nada suara

boleh ditentukan melalui kelajuan bercakap, ketinggian suara dan bahasa


yang digunakan.

Persekitaran

Boleh ditentukan jarak antara kaunselor dan murid, kedudukan fizikal


murid dan pakaian murid.

c. Nyatakan kemahiran penumpuan yang perlu dikuasai oleh kaunselor.


Kemahiran

Penerangan

Kemahiran

kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada

mendengar

menyampuk percakapan murid.

Ekspresi

para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat

wajah(muka)

menyakinkan murid

Kontak mata

Membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat,


menunjukkan tanda hormat dan menggalakkan perundingan, menimbulkan
rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan
rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan.

Cara duduk

Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa

dalam sesi

badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini

kaunseling

juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk
boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang
yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang
yang bercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima,

lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya.


Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi
kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu.
Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor, iaitu jangan duduk
menyandar di kerusi sambil menggoyang-goyangkan badannya secara tidak
berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau
sambil tangan diletak belakang tengkuku dan menyadar. Kaunselor juga
jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.
Pergerakan

Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi

tangan dan

tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadang-kala akan menjadi halangan

kaki

dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya, klien yang


nervous kadang-kala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan
kakinya dengan tidak berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya
dipelajari berasaskan budaya masing-masing.

Senyuman

Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien.


Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan
perbincangan.Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam
sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi
interpretasi. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien
mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau serba
salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini
sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai
menepati matlamatnya.

Nada suara

Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang
dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami
klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang
terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat.

d. Terdapat tujuh kemahiran asas komunikasi. Huraikan dengan contoh-contoh yang


jelas.

Soalan terbuka cara menyoal yang merangsang murid menjawab lebih terperinci

Senyap kaunselor tidak memberi komen tetapi membiarkan murid terus bercakap

Mendengar Kaunselor menerima mesej murid dengan teliti dan memberi respons yang
tepat.

Pernyataan semula menyatakan semula intipati mesej murid dengna perkataan murid
sendiri

Merefleksi perasaan membuat pernyataan semula dengan perkataan sendiri

Meringkaskan isi perbincangan Kaunselor meringkaskan perkara-perkara penting yang


dbincangkan dan menyemak intipati perbincangan.

Meringkaskan perasaan Mengenalpasti perasaan murid serta memberi respon yang


sesuai.

e. Huraikan kemahiran mengenal pasti masalah klien.


1. Kemahiran membina hubungan

Menyediakan suasana berkomunikasi yang selesa

Menunjukkan kemesraan (ekspresi muka, isyarat badan)

Mempunyai perasaan empati

Memberi perhatian mendengar dan berusaha memahami perasaaan murid.

2. Kemahiran komunikasi (melayan dan mendengar)

Soalan terbuka memberi peluang kepada murid untuk menjawab dengan lebih
terperinci.

Senyap senyap apabila murid mengemukakan pandangan atau jawapan.

Mendengar dengar dan memberi respon yang releven.

Penyataan semula memastikan pemahaman guru adalah selaras dengan apa


yang diberitahu oleh murid.

Merefleksi perasaan mengenal pasti perasaan murid mengikut situasi.

Nada suara nada suara yang sesuai dan tidak menjejaskan perasaan murid.

3. Kemahiran menginteprestasi tingkah laku bukan lisan

Tindak balas semula jadi perbuatan yang dilakukan mengikut naluri atau intuisi.

Perasaan terangsang rangsangan yang dapat mempengaruhi perasaan murid

Sifat domain mengetauhi latar belakang murid.

4. Kemahiran memberi tindak balas

Memberi tindak balas yang positif (memberi motivasi, memberi galakan, mencabar
secara positif, memberi pujian, anggukan kepala dan dorongan minima bertanya
soalan)

Konfrontasi digunakan apabila guru mendapati maklumat yang dikemukakan


oleh murid berlakunya ketidakserasian (tidak selaras)

Kemahiran mentafsir mengemukakan kepada murid satu perspektif baru


mengenai masalah yang sedang dialami oleh murid.

Kemahiran menyokong memberi sokongan kepada murid apabila mereka


memerlukan bantuan bagi mengatasi ketakutan atau penentangan terhadap
perkhidmatan.

5. Kemahiran mengenal pasti masalah

Mengenal pasti masalah melalui tinjauan, pemerhatian, temubual dengan guru


kelas, perbincangan dengan ibu bapa.

6. Kemahiran melaksanakan intervensi

Intervensi dilaksanakan berdasarkan keadaan murid.

Contoh intervensi: perkembangan, pencegahan, pemulihan, krisis.

Setiap jenis intervensi mempunyai teknik / strategi pelaksanaan yang berbeza,


maka guru perlu mahir dalam memilih jenis intervensi yang akan dijalankan.

f.

Huraikan kemahiran melaksana intervensi bagi mengatasi masalah klien.


Intervensi mengubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang
bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri. Intervensi
biasanya diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang sangat teruk. Hal ini
termasuklah merokok, menghisap dadah, bergaduh, dan sebagainya. Kemahiran ini sering
digunakan sekiranya klien mengalami masalah tekanan emosi dan mental yang
membahayakan.
1. Terdapat dua jenis intervensi :

Intervensi Langsung: Melibatkan klien (pelaku) sama ada seorang mahupun


secara berkumpulan, diadakan secara berhadapan tanpa sebarang halangan.
Dilaksanakan untuk mencari dan berbincang tentang punca dan kaedah

peneguhan kepada tindakan yang telah diambil.


Intervensi Tidak Langsung: Kerjasama keluarga klien. Dijalankan bagi menyelidik
selok-belok klien dengan lebih terperinci dan dapat menyelesaikan masalah
dengan lebih berkesan.

2. Intervensi Awal Kanak-Kanak

Definisi : Memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan


khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu

kecacatan dikesan atau dikenal pasti dialami oleh kanak-kanak. (Kail, 2001)
Berpusatkan pada guru: Kaedah untuk mengajar dan mengawal pelajar
bermasalah pembelajaran dan tingkah laku. Intervensi berpusatkan guru
sepenuhnya

memerlukan guru memainkan peranan utama dalam

sesi

pengajaran dan pemulihan. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan jenis
strategi yang perlu digunakan,model dan demonstrasi, memberi arahan kepada

anak-kanak dan memantau kemajuan mereka.


Berpusatkan pada murid : Sesuai untuk pelajar yang berkemampuan
mengawal tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Istilah
berpusatkan murid membawa imej tentang murid itu sendiri yang berdikari,
bergantung pada diri sendiri dan berjaya mengendalikan proses-proses

pemulihan dalam kelas biasa.


Berpusatkan keluarga: Intervensi

berpusatkan

keluarga

memerlukan

komitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak
langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan
meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas.

6. Intervensi Kaunseling Kanak-Kanak


a. Huraikan terapi kaunseling dengan menggunakan contoh yang sesuai :i.

Terapi Bermain
Terapi bermain menggunakan model-model teori untuk mencipta satu proses
interpersonal di mana para terapi menggunakan kuasa terapi bermain untuk membantu
klien menghindar atau menyelesaikan cabaran psikososial dan mencapai pertumbuhan
secara optimum.
Terapi bermain berpeluang untuk mendiagnosis seseorang melalui aktiviti
bermain dengan menggunakan alat permainan. Alat permainan digunakan untuk
mengenalpasti gangguan tingkah yang dialami oleh klien khususnya kanak-kanak.
Melalui terapi bermain, kaunselor akan mengenalpasti apa sebenarnya yang dirasai

oleh kanak-kanak, ia lebih berkesan dibandingkan dengan meminta kanak-kanak


meluahkan dalam bentuk kata-kata.
Terdapat pelbagai jenis terapi bermain yang bergantung kepada kreativiti dan
kesesuaian klien serta masalah yang dihadapi oleh klien. Aktiviti bermain tidak
memerlukan kos yang tinggi. Contoh alat dan jenis permainan yang boleh digunakan
ialah permainan video, patung-patung binatang atau manusia dalam saiz yang kecil,
alat-alat permainan plastik dan lain-lain alat yang difikirkan sesuai. Alat permainan ini
tidaklah seberapa penting, apa yang akan diberi tumpuan ialah mentafsir dan
meneroka serta mendiagnosis masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak. Oleh itu
kaunselor perlu menguasai kemahiran yang tinggi apabila ingin menggunakan aktiviti
bermain sebagai satu terapi.

ii.

Terapi Bercerita
Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan
peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung
dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai
moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi
instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang
paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku
bermasalah.
Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman.
Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang
diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami
perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif
dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan.
Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda,
deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu.
Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam
kehidupannya.
Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif.
Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita
membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik
tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita
juga menunjukkan tindakan dan akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan

kejayaan, kesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan


watak, sama ada positif atau negative. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak
untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.
Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan
terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid
bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk
meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu,
guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau
pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.Berdasarkan sumber
tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan
dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut
dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang
dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan
untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang
baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini
supaya murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan
penutup cerita yang disediakan oleh guru.
Tujuan bercerita yang lain adalah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan
unsur-unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah
bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilainilai yang positif. Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas,
mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai danmempunyai nilai
moral yang tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran yang ingin disampaikan
pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga
tidak langsung. Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh
pencerita semasa akhir sesi penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung
dapat diselitkan semasa penceritaan tersebut berlangsung.
Selain itu, apabila guru menggunakan teknik bercerita sebagai terapi, muridmurid akan diminta berkumpul membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa proses
penyampaian, sesi soal jawab akan berlaku antara murid dengan guru. Guru perlu
mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan
pendapat di hadapan kawan-kawannya yang lain. Dengan terapi bercerita, murid juga
dapat menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana
pendekatan ini memerlukanpenglibatan murid secara aktif.

iii.

Terapi Seni

Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang sering digunakan.
Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan
ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.Terapi seni juga adalah
kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang
tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan
mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan
menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.
Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan
media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik
dan teknik proses kreatif.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat
nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith
Peck)
Melalui ekspresi seni, pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan
keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian
resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat
nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui reka bentuk seni luar.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk
membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya
bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaanperasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan
merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor
terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Dengan ini,
melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta
menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak
menakutkan dengan bantuan daripada kaunselor.

iv.

Terapi Muzik
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional
yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan
taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence

-based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil
kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam
badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana
yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan
dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai
masalah berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri.
Melalui cara ini mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah
laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara
tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

v.

Kauseling Biblio
Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan
masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan
yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan
masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai
bimbingan melalui bacaan.
Konsep terapi biblio ialah membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga
merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman
yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia juga merangkumi pendekatan
terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti
perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi.
Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang
murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi). Membaca adalah
satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan (misalnya ketika beratur
menunggu sesuatu), menghilangkan ketegangan (panas baran, marah, tidak sabar),
serta membantu untuk menyelesaikan masalah murid.

7. Kaunseling Kelompok
a. Jelaskan asas kaunseling kelompok.

Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan yang dinamik dan berkesan bagi kaunselor
terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini dikhususkan
bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan isu
permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal. Kaunseling kelompok juga
dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang individu dengan individu lain dalam satu
kelompok yang menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan
terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk
sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan
dan proses pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini
jelas menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok. Gibson dan
Mitchell (1981) mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai satu proses membantu seseorang klien
menyesuaikan diri dengan hal sehariannya dari aspek tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai
diri, sikap serta permilihan kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran yang dimiliki oleh individu
berkenaan. Dalam hal ini, pelaksanaan kaunseling kelompok dilihat sebagai satu platform yang
amat berkesan dalam membantu ahli-ahlinya dalam menyelesaikan masalah di persekitarannya
dan isu yang dibangkitkan oleh mereka secara diskusi, perkongsian pendapat dan informasi dalam
menemui solusi yang paling sesuai dan tepat.

Peringkat asas bimbingan secara kelompok:

Mengenal pasti dan membentuk kumpulan secara objektif untuk Bimbingan Secara
Kelompok
Sesi sumbangsaran:
o Orientasi dan pendedahan diri
o Konflik dan pertentangan
o Perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi
o Mengusulkan alternatif penyelesaian masalah
o Membuat keputusan berdasarkan rumusan
Tindakan susulan

b. Huraikan bagaimana langkah-langkah yang digunakan untuk memilih ahli kelompok?


Kaunseling kelompok ini dibentuk dengan disertai oleh tujuh hingga dua belas, orang
mengikut kesesuaian, yang terdiri daripada seorang ketua atau kaunselor dan ahli-ahlinya
(Zuraidah,2010). Ahli dipilih secara sukarela. Pada peringkat awal pemilihan ahli, proses temu
duga perlu dijalankan supaya ahli yang dipilih bersesuaian dengan topik atau isu yang bakal
dibincangkan. Selain itu, dengan proses temu duga ini, sedikit pendedahan tentang proses
kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahli-ahli sebelum perbincangan dimulakan.
Ketua bertindak sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam mengendali dan
mengetuai kelompok berkenaan serta menentukan isu yang ingin dibincangkan. Ketua juga

perlu jelas dengan tujuan dan matlamat sebenar pembentukan kelompok tersebut agar
kelompok yang dibentuk akan menghasilkan perbincangan yang produktif dan berjaya.
Kepincangan ketua mencerminkan kelompok perbincangan yang gagal. Kepekaan dan
kewibawaan ketua juga penting dalam menyesuaikan teori yang dipelajari dengan situasi yang
dihadapi berikutan ketua atau kaunselor tersebut menghadapi lebih daripada seorang klien
yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza dan variasi.
Kemesraan dan keselesaan antara ahli kumpulan perlu dipupuk terlebih dahulu sebelum
sesi perbincangan dimulakan. Hal ini bagi mewujudkan keselesaan antara

ahli kumpulan

dalam bekerjasama menjayakan sesi kaunseling. Oleh itu, proses kaunseling perlu dimulakan
dengan sesi taaruf terlebih dahulu. Gazda, Ducan dan Meadow (1967), menjelaskan bahawa
dalam pendekatan kaunseling kelompok, nilai terapinya terletak pada suasana saling
mempercayai, penerimaan, saling memahami dan sokongan yang berpandukan pada
kebenaran. Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam menjayakan sesi perbincangan
yang dijalankan. Hal ini disebabkan ahli-ahli yang terlibat akan lebih terbuka untuk berkongsi
pengalaman hidup mereka dengan ahli-ahli yang lain dan lebih ikhlas dalam usaha bantumembantu sesama mereka.
Sesi perbincangan diteruskan dengan penyataan isu yang ingin dibincangkan dan aspekaspek yang perlu diambil kira seperti faktor penyebab masalah tersebut dan solusi yang tepat
dalam menyelesaikannya. Sepanjang sesi perbincangan ini berjalan, setiap ahli diberi hak
kebebasan untuk menyuarakan pendapat. Namun, sensitiviti ahli-ahli yang lain perlu diambil
kira agar konflik antara ahli dapat dielakkan.

c. Terdapat dua jenis kelompok. Jelaskan.


Kelompok Primer
Kelompok primer adalah kelompok yang jumlah anggotanya sedikit, walaupun tidak setiap
kelompok yang anggotariya sedikit adalah kelompok primer. Hubungan antaranggota bersifat
personal

(saling kenal secara pribadi) dan mendalam, diwarnai oleh kerja sama, sering

bertatap muka dalam waktu lama, sehingga terbangun keterlibatan perasaan yang dalam.
Tujuan berkelompok adalah membangun hubungan personal itu sendiri. Walaupun
kadang terjadi konflik, namun masing-masing anggota kelompok primer menunjukkan perhatian
yang tulus terhadap kesejahteraan sesama anggota. Jadi, hubungan dalam kelompok primer
bersifat informal, intim/akrab, personal, dan total. Contoh kelompok primer adalah keluarga,
kelompok teman, dan sepermainan.

Kelompok Sekunder

Kelompok sekunder adalah kelompok yang jumlah anggotanya banyak. Hubungan


antaranggota bersifat impersonal (tidak saling kenal secara pribadi), lebih diwarnai oleh
kompetisi, jarang bertatap muka dalam waktu lama, sehingga tidak terbangun hubungan yang
emosional. Hubungan yang ada lebih bersifat fungsional, artinya orang bukan dilihat dan segi
siapanya melainkan lebih dilihat dan segi apa kegunaannya bagi pencapaian tujuan
kelompok.
Tujuan berkelompok adalah untuk mencapai tujuan tertentu, sehingga kelompok lebih
berperan sebagai sarana bukan tujuan.
Hubungan dalam kelompok sekunder bersifat formal, impersonal, parsial, dan
dilandaskan pada kemanfaatan kelompok semata. Contoh kelompok sekunder ialah organisasi
buruh, sekolah.

d. Huraikan tahap-tahap dalam proses kaunseling kelompok.


Peringkat Permulaan

Membentuk peraturan serta norma kelompok


Mengajar proses kelompok yang asas
Hadir dari segi psikologi dan emosi
Bersifat terbuka terhadap diri dan ahli
Berkongsi ekspektasi dan harapan terhadap kelompok
Memberitahu ahli bahawa mereka adalahbertanggungjawab terhadap arah dan hasil

kelompok
Membantu ahli menentukan matlamat yang konkrit dan bermakna
Menentukan matlamat kelompok
Membincangkan rasa takut dan bimbang dikalangan ahli
Mengajar ahli kepentingan menerima dan meluahkan perasaan cemas
Memberi contoh perlakuan yang memudahcarakan ahli membuat pendedahan kendiri serta

perlakuan teraputik
Menentukan semua ahli melibatkan diri
Membantu ahli mengenal sikap membantah dan memberitahu ahli bahawa sikap ini adalah
natural dan sihat dan seterusnya mengujudkan suasana yang terbuka supaya mereka
dapat membincangkan sikap tersebut

Peringkat Konflik

Memberitahu ahli kebaikan menerima dan membincangkan secara terbuka konflik yang

berlaku dalam kelompok


Menegur perlakuan-perlakuan merebut kuasa dan mengajar ahli cara mereka boleh
membahagikan tanggungjawab di antara mereka untuk menentukan arah kelompok

Menunjukkan contoh supaya ahli berbincang secara terus terang dan jujur dengan

pemimpin sebagai seorang profesional dan juga seorang manusia


Membantu ahli berbincang apa sahaja perkara yang boleh membawa kebebasan mereka

serta membuat mereka berdikari


Menggalakkan ahli supaya sentiasa mengingat apa yang mereka kehendaki dari kelompok

dan sentiasa minta apa yang diperlukan


Membantu ahli menimbangkan pilihan dan alternatif apabila berhadapan dengan keadaan
yang serba salah

Peringkat Kerja

Mengekalkan kemuafakatan kelompok


Memberi peneguhan yang sistematik

kemuafakatan dan kerja-kerja yang produktif


Memberi contoh perlakuan yang sesuai, terutama bersemuka secara jujur dan berhati-hati,

terhadap

perlakuan

yang

mendatangkan

mendedahkan kepada kelompok reaksi-reaksi yang sentiasa berlaku di dalam kelompok

serta menunjukkan hormat terhadap ahli lain


Membuat interpretasi atau memberi makna sesuatu pola perlakuan secara membina dan
pada masa yang sesuai supaya ahli rela membuat penjelajahan kendiri dan memikirkan

perlakuan alternatif
Membantu ahli meluahkan perasaan sebak pada waktu-waktu yang sesuai
Membantu ahli memberi makna serta memikirkan semula tentang apa yang dialami di
dalam kelompok

Peringkat Penamatan

Memberi peneguhan kepada perubahan ahli dan mengingatkan isu-isu yang belum selesai

di antara ahli denganahli dan di antara ahli dengan pemimpin sebelum kelompok tamat
Membantu ahli menentukan cara mereka hendak aplikasikan apa yang dipelajari di dalam

kelompok pada hidup mereka di luar kelompok


Memberi masa yang secukupnya kepada ahli membawa unfinished business atau

perkara-perkara yang terkilan semasa berada di dalam atau di luar kelompok


Memberi ahli maklumbalas supaya boleh membantu mereka aplikasikan apa yang
dipelajari dan menstruktur kelompok supaya semua ahli boleh memberi dan menerima

maklumbalas
Mengajak ahli merenung perkara-perkara lain yang hendak diperbaiki supaya dapat terus

berkembang
Menggalakkan ahli meluahkan dengan sepenuhnya perasaan mereka mengenai
penamatan dan membantu mereka menghadapi perasaan sedih atau cemas kerana
hendak berpisah

Menegaskan kepentingan menyimpan rahsia selepas kelompok tamat dengan cara tidak
bercakap tentang mana-mana ahli di dalam kelompok atau situasi spesifik yang telah

berlaku
Menyediakan satu panduan untuk ahli menilai kesan kelompok ke atas diri mereka
Merancang sesi susulan untuk semua ahli berkumpul semula
Menimbangkan keperluan sesi susulan bersama ahli secara individu

membincangkan hasil kelompok yang mereka alami


Mencari sumber rujukan untuk ahli merujuk jika mereka perlukan perundingan yang lanjut

untuk

e. Jelaskan peranan kaunselor sebagai pemudahcara.


i.

Pengarah
Pada peringkat penapisan, pemudahcara dikehendaki menentukan matlamat dan
tujuan kelompok, serta menjalankan proses pemilihan ahli dengan sempurna.
Merancang dengan rapi merangkumi aspek seperti pemilihan tempat dan penentuan

ii.

masa yang sesuai.


Pada peringkat orientasi kelompok, pemudahcara mengubah peranan menjadi seorang

pemerhati
o Mengenal pasti apa yang berlaku
o Tingkahlaku yang ditunjukkan
o Arah yang sedang ditujui
Orang yang berkecuali
Pemudahcara yang berperanan sebagai orang yang berkecuali bererti bahawa beliau harus
bersifat objektif terhadap isu perbincangan ahli. Dengan itu beliau boleh menumpukan

iii.

perhatian kepada proses dan dinamika kelompok.


Orang yang tidak campur tangan
Pemudahcara yang bersifat sedemikian perlu elak daripada melibatkan diri dalam
membincangkan tentang kandungan isu yang berkenaan. Campur tangan akan
menunjukkan sikap ketidakprihatinan atau tidak mengendahkan perasaan dan masalah

iv.

ahli-ahli kelompok. Suasana teraputik akan terjejas.


Manipulator
Manipulator membawa ahli-ahli kembali ke pangkuan yang betul. Dalam hal ini, beliau akan
menggunakan kemahiran memimpin dan menyokong. Pemudahcara menghargai dan
mengiktiraf secara positif sumbangan semua ahli tanpa menunjukkan pilih kasih. Akan
tetapi, perlu peka kepada niat yang buruk di sebalik idea, pandangan dan tindakan

v.

sesetengah ahli yang berkenaan.


Pengurus
Bertindak sebagai pengadil atau refri demi memastikan perbincangan kelompok berjalan
dengan lancar dan tidak menyimpang daripada tajuk. Mungkin perlu menghentikan
perbincangan tajuk yang tidak akan mendatangkan apa jua hasil atau manfaat kepada
mana-mana ahli.Peranan ini hendaklah dimainkan dengan diplomasi agar tidak

vi.

menyinggung hati sesiapa pun dalam kalangan kelompok.


Pemangkin

Pemudahcara berusaha supaya mencapai satu keseimbangan di mana semua ahli diberi
peluang untuk mengemukakan pendapat mereka, tanpa mengambil kira idea bernas atau
biasa sahaja. Perlu memastikan supaya dapat mengoptimumkan pencapaian kelompok
dan kepuasan ahli-ahli.
f. Huraikan maksud dinamika dalam kelompok.
Dinamika dalam kelompok merujuk kepada kuasa- kuasa sosial yang wujud dalam kelompok.
Memerihalkan interaksi yang berlaku antara dan sesama ahli termasuklah impak peranan
kelompok serta pemudahcara dan penglibatan ahli. Dinamika kelompok juga boleh diukur
melalui teknik-teknik seperti main peranan, aktiviti kelompok, mainan dan sebagainya.Dinamika
dalam kelompok juga merujuk kepada perasaan kepunyaan ahli terhadap kelompok yang
mereka sertai.Pemudahcara perlu percaya bahawa ahli-ahli mampu untuk mengawal
perjalanan sesi kelompok. Dinamika dalam kelompok akan menjelma apabila semakin beransur
sesi, semakin tinggi perasaan kekitaan dalam kalangan ahli. Mereka akan mencuba sedaya
upaya untuk membawa kelompok ke arah pencapaian matlamat.

8. Asas Kerjaya dan Memahami Diri Pelajar

a. Huraikan konsep membina gaya hidup ?


b. Jelaskan maksud konsep kendiri. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi konsep
kendiri ?
c. Huraikan maksud personaliti. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti ?
d. Jelaskan Teori Perkembangan Pilihan Kerjaya
i.

Teori Ginzberg
Teori perkembanagan kerjaya (development career choice theory) Ginzberg merupakan
hasil kerjasama suatu kumpulan yang mempelajari tentang pengaruh perkembangan
terhadap pemilihan kerjaya. Mempunyai 3 tahap utama iaitu:

1. Fantasi
2. Tentatif
3. Realistik
Masa Fantasi:
Masa ini berlangsung pada individu dengan tahap usia sampai ira-kura 10 tahuun atau 12
tahun. Pada masa ini, proses pemilihan pekerjaan masih bersifat sebarangan atau
didasarkan pada pertimbangan yang masak.
Masa Tentatif
Berlangsung

ketika

individu

berusia

11

tahun

hingga

18

tahun.

mengklasifikasikan kepada 4 tahap.

Minat Pilihan kerjaya berdasarkan kesenangan dan tarikan


Kapasitas (Kemampuan) Pemilihan kerjaya berdasarkan kemampuan
Nilai Pilihan kerjaya berdasarkan nilai pekerjaan
Transisi Perubahan ke masa realistik

Masa realistik

Ginzberg

Eksplorasi Memberi penilaian atas pengalaman-pengalaman kerjaya dalam kaitan

dengan tututan sebenar


Kristalisasi Melanjutkan pelajaran
Spesifikasi Memilih kerjaya

ii.

Teori Kendiri Super

iii.

Teori Holland
Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap

personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor.
Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada
aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi tentang minat individu juga
menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret personaliti biasanya dikenal pasti melalui
kecenderungan terhadap matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja,
sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam Sidek
Mohd Noah, 2002)
Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada enam
kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya terhadap budaya
masyarakat Amerika. Enam personaliti tersebut ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik
(A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).
Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan
kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas
sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan faktorfaktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktiviti-aktiviti
yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong kepada
pembentukan kumpulan kecekapan tertentu. Berdasarkan kepada enam kategori individu
tersebut, Holland (Zunker, 1994, Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah
mencadangkan enam personaliti individu yang boleh dipadankan dengan pekerjaan
tertentu, iaitu:
i.

Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran
dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya yang akan
membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh mereka. Kerjaya
yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang kayu dan lain-lain. Ciri-ciri
yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistic,
keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.

ii.

Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih memerlukan


pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain. Individu investigative
mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal, kompleks, ingin tahu, rasional,
menyisih diri, pendiam dan lain-lain.

iii.

Artistik atau imaginatif artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni. Individu artistik
menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak sistematik yang memerlukan
mereka memanipulasi bahan-bahan dan perkataan, di samping menghindari aktivitiaktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah
rumit, tunggang terbalik, emosional, ekspresif, idealistik, imaginatif, bebas, intuitif dan
sebagainya.

iv.

Sosial -

individu

sosial

akan

memilih

aktiviti-aktiviti

yang

berkaitan

dengan

memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, memperkembang


dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti eksplisit, berstruktur dan aktiviti
yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti
berpengaruh, berkerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong, idealistik,
empati, baik hati dan lain-lain. Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi,
pegawai kebajikan dan kaunselor.
v.

Enterprising

atau

extrovert -

individu

enterprising

menyukai

aktiviti-aktiviti

memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk mencapai
matlamat organisasi dan keuntungan ekonomi disamping menghindari aktiviti-aktiviti
pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti sukakan
pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi, angkuh,
bertenaga, suka menunjuk, menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain.
Kerjaya yang mereka pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.
vi.

Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat, kecekapan, persepsi


diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar
dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, cermat dan lain-lain. Mereka memilih
kerjaya seperti kerani, setiausaha atau operator.

vii.

Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan meluas dalam
pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan dalam sains
sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk mengukur
jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti
Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational
Exploration and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek
Mohd Noah, 2002).

e. Nytakan faktor-faktor yang mempengaruhi proses membuat keputusan kerjaya.

Pembawaan genetik dan kebolehan istimewa meliputi bangsa, jantina, paras rupa dan

ciri-ciri lain termasuklah kecacatan yang tidak boleh dipulihkan.


Keadaan dan peristiwa persekitaran meliputi keadaan sosial, kebudayaan, politik,
kuasa ekonomi dan kuasa semula jadi seperti bencana alam dan kedudukan sumber

asli.
Pengalaman pembelajaran termasuklah perkembangan kecenderungan kerjaya,
kemahiran-kemahiran dan pemilihan kerjaya tertentu adalah dipengaruhi oleh

pengalaman pembelajaran individu di masa lalu.


Kemahiran pendekatan tugas iaitu interaksi antara pengalaman pembelajaran, ciri-ciri
genetik, keboehan istimewa dan faktor persekitaran mempengaruhi keputusan dalam
kemahiran pendekatan tugas yang akhirnya akan mempengaruhi hasil akhir.

Anda mungkin juga menyukai