Anda di halaman 1dari 8

PERATURAN PENILAIAN BERTULIS

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN


KELOLAAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN


PENILAIAN KOMPETENSI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1
1. LATAR BELAKANG

1.1 Penilaian bertulis adalah suatu kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi Komponen Generik dan Komponen
Fungsional.
1.2 Penilaian bertulis ini dikendalikan secara berpusat dan take home. Penilaian
bertulis secara berpusat adalah penilaian yang dilaksanakan secara
peperiksaan di pusat peperiksaan. Penilaian take home adalah tugasan
yang diberi lebih awal untuk disiapkan dalam tempoh masa tertentu seperti
Tugasan Individu, Kertas Projek, Kertas Penilaian dan Kertas Tugasan
Khas.
1.3 Peraturan ini berperanan untuk memaklumkan kepada calon bahawa
mereka tertakluk kepada satu mekanisme undang-undang bagi memastikan
penilaian yang dilaksanakan dapat dijalankan dengan lebih lancar.
1.4 Peraturan ini mengandungi tujuh (7) kategori seperti berikut :
i) Tatacara Penilaian Bertulis
ii) Peraturan Sebelum Penilaian Bertulis Secara Berpusat
iii) Peraturan Semasa Penilaian Bertulis Secara Berpusat
iv) Peraturan Pada Akhir Penilaian Bertulis Secara Berpusat
v) Peraturan Penyediaan Penilaian Take Home
vi) Salah Laku Dalam Penilaian Bertulis
vii) Hukuman Salah Laku Penilaian Bertulis

1.5 Peraturan ini berperanan sebagai garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
calon dan bentuk hukuman yang boleh diambil ke atas mana-mana calon
yang melanggar peraturan ini.

2
2. PERINCIAN PERATURAN PENILAIAN BERTULIS PENILAIAN TAHAP
KECEKAPAN

2.1. TATACARA PENILAIAN BERTULIS

2.1.1 Calon tidak boleh menduduki peperiksaan jika tidak didaftarkan.


2.1.2 Calon dikehendaki membawa Tiket Menduduki Penilaian Bertulis dan
Kad Pengenalan untuk menduduki peperiksaan dan diletakkan di
penjuru atas sebelah kanan meja sepanjang waktu peperiksaan.
2.1.3 Calon yang tidak membawa Tiket Menduduki Penilaian Bertulis dan
Kad Pengenalan tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan
dengan kebenaran bertulis daripada Bahagian Pembangunan dan
Penilaian Kompetensi (BPPK). Walau bagaimanapun sekiranya
calon mempunyai alasan yang kukuh, Ketua Pengawas boleh
membenarkan calon berkenaan menduduki peperiksaan dengan
syarat terdapat kertas soalan berkenaan dan calon perlu mengisi
serta menandatangani Borang Pengesahan Calon tetapi keputusan
muktamad bagi peperiksaan itu tertakluk kepada pengesahan BPPK.
2.1.4 Sekiranya nama calon tiada dalam senarai nama Jadual Kehadiran
Calon (JKC), calon boleh membuat bantahan untuk menduduki
penilaian bertulis dengan mengemukakan Tiket Menduduki
Penilaian Bertulis sebagai bukti pendaftaran.
2.1.5 Calon dinasihatkan berada di Dewan Peperiksaan TIGA PULUH (30)
minit sebelum peperiksaan bermula.
2.1.6 Calon hendaklah membaca makluman yang dipamerkan di luar
Dewan Peperiksaan.
2.1.7 Calon hendaklah mengenal pasti kedudukan meja calon pada pelan
tempat duduk calon yang dipamerkan di luar Dewan Peperiksaan.
2.1.8 Calon dibenarkan masuk ke Dewan Peperiksaan atas arahan Ketua
Pengawas LIMA BELAS (15) minit sebelum waktu peperiksaan
bermula.

3
2.1.9 Calon yang terlupa, tersilap membaca atau tidak mengambil maklum
perubahan jadual peperiksaan tidak akan diterima sebagai alasan
tidak menghadiri peperiksaan.
2.1.10 Calon hendaklah masuk ke Dewan Peperiksaan dengan senyap.
2.1.11 Calon yang lewat hadir tetapi tidak melebihi TIGA PULUH (30) minit
daripada waktu peperiksaan dimulakan dibenarkan menduduki
peperiksaan. Masa tambahan tidak akan diberikan.
2.1.12 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua
Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba TIGA PULUH (30) minit
selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan
yang kukuh. Masa tambahan tidak akan diberikan.
2.1.13 Calon hendaklah memakai pakaian rasmi dan dilarang memakai
pakaian yang tidak sopan serta mencolok mata.
2.1.14 Calon hendaklah mematuhi segala arahan Ketua Pengawas semasa
berada di Dewan Peperiksaan.

2.2 PERATURAN SEBELUM PENILAIAN BERTULIS SECARA BERPUSAT


DIMULAKAN

2.2.1 Calon hendaklah duduk di meja yang ditetapkan mengikut pelan


tempat duduk calon dan tidak dibenarkan bertukar tempat duduk
kecuali dengan kebenaran Ketua Pengawas.
2.2.2 Calon hendaklah menyemak butiran dan menandatangani Slip
Kehadiran Calon pada setiap sesi peperiksaan.
2.2.3 Calon hendaklah menulis semua maklumat yang dikehendaki di
muka hadapan buku jawapan.
2.2.4 Calon hendaklah menulis Nombor Kad Pengenalan pada setiap
helaian buku jawapan serta helaian tambahan yang digunakan.
2.2.5 Calon hendaklah memastikan mereka telah diberikan kertas soalan
yang betul serta muka surat yang cukup sebelum mula menjawab.
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, calon hendaklah dengan
serta merta memberitahu pengawas yang bertugas.
4
2.2.6 Calon hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang
tercetak pada kulit kertas soalan dan buku jawapan.

2.3 PERATURAN SEMASA PENILAIAN BERTULIS SECARA BERPUSAT

2.3.1 Calon tidak dibenarkan berhubung dengan calon lain.


2.3.2 Calon hendaklah menggunakan kedua-dua belah halaman pada
setiap helaian buku jawapan dan helaian tambahan.
2.3.3 Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman yang baharu.
2.3.4 Calon tidak dibenarkan mengoyakkan helaian dalam buku jawapan.
2.3.5 Calon tidak dibenarkan makan atau merokok semasa berada di
dalam Dewan Peperiksaan.
2.3.6 Calon tidak boleh meninggalkan Dewan Peperiksaan dalam masa
TIGA PULUH (30) minit selepas peperiksaan bermula dan LIMA
BELAS (15) minit sebelum peperiksaan berakhir.
2.3.7 Calon yang ingin keluar ke tandas semasa peperiksaan berlangsung
perlu mendapatkan kebenaran daripada Ketua Pengawas.
2.3.8 Calon tidak boleh mengganggu ketenteraman semasa peperiksaan
berlangsung sama ada di luar atau di dalam Dewan Peperiksaan.

2.4 PERATURAN PADA AKHIR PENILAIAN BERTULIS SECARA BERPUSAT

2.4.1. Calon hendaklah berhenti menulis jawapan apabila Ketua Pengawas


mengumumkan waktu peperiksaan tamat.
2.4.2. Calon hendaklah menyerahkan skrip jawapan peperiksaan kepada
pengawas dan memastikan jawapan yang menggunakan helaian
tambahan disusun dan diikat dengan sempurna.
2.4.3 Calon dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing selepas
tamat peperiksaan dan keluar dari Dewan Peperiksaan dengan tertib
setelah mendapat arahan daripada Ketua Pengawas.

5
2.4.4 Calon tidak dibenarkan membawa keluar buku soalan, buku jawapan
dan helaian tambahan sama ada yang telah digunakan atau tidak
dari Dewan Peperiksaan.

2.5 PERATURAN PENYEDIAAN PENILAIAN TAKE HOME

2.5.1 Calon hendaklah mendapatkan soalan Penilaian Take Home seperti


Kertas Tugasan Individu di laman sesawang BPPK
(http://apps.emoe.gov.my/bppk) mengikut tarikh yang ditentukan.
2.5.2 Calon hendaklah membuat perakuan bahawa Penilaian Take Home
yang telah disediakan adalah hasil kerja calon sendiri dengan
menandatangani Borang Perakuan Calon.
2.5.3 Calon hendaklah mendapatkan pengesahan perakuan di 2.5.2
daripada Ketua Jabatan tempat calon bertugas.
2.5.4 Calon hendaklah menyerahkan tugasan Penilaian Take Home
mengikut kaedah yang ditetapkan.

2.6 SALAH LAKU DALAM PENILAIAN BERTULIS

Perlakuan berikut dikategorikan sebagai Salah Laku Penilaian Bertulis dan


sekiranya calon melakukan kesalahan boleh dijatuhi hukuman dan dikenakan
tindakan tatatertib jika sabit kesalahan.

2.6.1 Salah laku dalam Penilaian Bertulis


i) Membawa sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas,
telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, beg atau sebarang
bahan yang dapat membantu calon dalam peperiksaan ke
Dewan Peperiksaan (kecuali yang dibenarkan oleh Ketua
Pengawas) secara sengaja atau tidak sengaja.
ii) Menerima maklumat seperti di perkara 2.6.1 (i) daripada mana-
mana orang semasa berada di Dewan Peperiksaan kecuali

6
yang diberikan oleh pengawas seperti mana yang dibenarkan
oleh BPPK.
iii) Menggunakan maklumat yang diperoleh seperti di perkara 2.6.1
(i) bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan pada masa
peperiksaan berlangsung.
iv) Membuat rujukan di luar Dewan Peperiksaan semasa
peperiksaan.
v) Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak
calon.
vi) Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut
cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk
menipu sebelum, semasa atau selepas peperiksaan.
vii) Mendedahkan buku jawapan atau skrip jawapan sehingga
dapat dibaca oleh calon lain.
viii) Meniru atau cuba untuk meniru atau berkelakuan mengikut cara
yang boleh ditafsirkan sebagai meniru atau cuba untuk meniru
semasa peperiksaan.
ix) Menukar buku atau skrip jawapan peperiksaan dengan calon
lain.
x) Melanggar arahan dan amaran peperiksaan atau terlibat dalam
sebarang perbuatan luar biasa, biadap, atau melakukan
sebarang perbuatan tidak jujur yang bersabit dengan
peperiksaan ini.

2.6.2 Salah laku dalam Kertas Penilaian Take Home


i) Melakukan plagiat;
Plagiat berlaku apabila calon meniru sepenuhnya atau
sebahagian ayat atau baris atau perenggan daripada karya
yang telah atau belum diterbitkan lalu memperakuinya
sebagai karyanya tanpa menyatakan dengan jelas sumber
maklumat berkenaan sama ada dengan izin atau tanpa izin
daripada penulis asalnya.
7
ii) Menyuruh orang lain membuat sebahagian atau sepenuhnya
tugasan berkenaan.
iii) Membenarkan orang lain meniru.

2.7 HUKUMAN SALAH LAKU PENILAIAN BERTULIS

2.7.1 Sekiranya calon didapati melanggar peraturan Penilaian Bertulis ini,


setelah disiasat oleh Jawatankuasa Salah Laku PTK dan disabitkan
kesalahannya, Lembaga Penilaian Kompetensi Kementerian
Pelajaran Malaysia (LPKKPM) boleh mengambil tindakan satu atau
kombinasi yang sesuai daripada hukuman berikut :-
i) Keputusan peperiksaan dibatalkan.
ii) Disekat daripada mengambil PTK selama 1 hingga 2 Tahun.
iii) Diberi amaran pentadbiran.
iv) Tindakan tatatertib oleh Lembaga Tatatertib Kementerian
Pelajaran Malaysia.
v) Hukuman lain yang sesuai.

2.7.2 Calon layak mengemukakan rayuan secara bertulis kepada LPKKPM


dalam masa EMPAT BELAS (14) hari daripada tarikh surat hukuman
diterima. Walau bagaimanapun keputusan LPKKPM bagi rayuan itu
adalah muktamad.

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi


Kementerian Pelajaran Malaysia
Mac 2010

Anda mungkin juga menyukai