Anda di halaman 1dari 2

Masyarakat Melayu Sarawak mempunyai pelbagai aktiviti-aktiviti kesenian yang

berteraskan adat dan budaya. Selain itu, masyarakat Sarawak mempunyai sastera rakyat
seperti lagu, tradisi dan pelbagai permainan, Adat bermukun atau bergendang adalah
salah satu tradisi yang paling popular di kalangan masyarakat melayu Sarawak
termasuklah kaum Melanau.
Bermukun atau bergendang adalah salah satu adat yang merupakan khazanah
budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat Melayu Sarawak daripada nenek moyang
mereka. Aktiviti ini sangat unik kerana mempunyai keistimewaan tersendiri sebagai
aktiviti bersuka ria yang diadakan dalam keadaan terbuka dan terang di khalayak orang
ramai.
Masyarakat kaum Melanau mempunyai adat bermukun yang masih diamalkan.
Kebiasaannya, adat bermukun bagi kaum Melanau diadakan ketika malam majlis
perkahwinan selepas persandingan dilangsungkan. Aktiviti ini dijalankan seperti
berpantun, berjoget, dan berkaraoke. Selain itu, aktitiviti ini, dapat mengeratkan
hubungan silaraturahim orang kampung, dapat berkerjasama antara satu sama lain dan
dapat mengenali budaya serta adat tersebut.
Aktiviti bermukun ini, dikendalikan dikalangan wanita seramai dua atau lebih
yang duduk di bahagian balik tabir untuk memukul gendang sambil berpantun. Mereka
ini dipanggil atau dikenali sebagai tukang bergendang atau seh bergendang. Kaum
lelaki pula akan duduk secara berselerak mengikut kesesuaian atau keselesaan masingmasing di luar tabir. Namun begitu, mereka meninggalkan ruang di bahagian tengah
berdekatan tabir sebagai gelanggang tarian. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir
dengan pasangan masing-masing. Kaum lelaki berperanan bermain biola mengiringi seh
bergendang untuk menjadikan irama lebih menarik dan merdu. Selain itu, penggesek
biola yang akan menjadi ikutan seh bergendang ketika berpantun dan bermukun.
Kebiasaannya aktiviti ini berlangsung sepanjang malam hinggalah ke subur mengikut
kehendak atau kemampuan seh bergendang dengan keizinan tuan rumah.
Aktiviti ini dilangsungkan adalah untuk bersuka ria, secara tidak langsung
menjadi temasya muda-mudi mencari pasangan ketika berjoget. Aktiviti ini juga,
dilangsungkan untuk pihak lelaki mencari dan mengenali gadis idaman mereka. Secara
tradisi, apabila pihak lelaki sudah berkenan atau suka dengan wanita tersebut, pihak lelaki
akan menyusul dengan majlis merisik dan meminang.
Peralatan untuk aktiviti bermukun atau bergendang ini seperti gendang, biola,
gong dan sidak. Sidak adalah sejenis alat iaitu lengkungan rotan untuk menegangkan kulit
kambing agar bunyi gendang yang terhasil itu kuat ketika dipukul. Ada juga sidak yang
menggunakan kulit kayu yang dipintal seperti tali rotan, tetapi peralatan ini sukar dicari
dan diperolehi. Peralatan ini adalah sangat penting dalam melakukan aktiviti bermukun
ini.

Secara kesimpulannya, aktiviti bermukun atau bergendang sungguh popular


dikalangan masyarakat Sarawak yang amat digemari serta sering diadakan pada majlis
keramaian seperti perkahwinan dan berkhatan bagi menghiburkan tetamu yang hadir.
Aktiviti bermukun ini bukan hanya untuk masyarakat Melanau yang menjadikan aktiviti
bermukun ini sebagai hiburan tetapi kaum Bidayuh juga turut mengamalkannya.

Anda mungkin juga menyukai