Anda di halaman 1dari 144

ISSN 1985-6830

BIL. 1 2009M/1430H

title pg.indd 1 7/30/09 10:21:39 AM


ii

title pg.indd 2 7/30/09 10:21:39 AM


KANDUNGAN
BIL. 1 2009M / 1430H

Makalah / Articles

• Peranan Bahasa Dalam Pembinaan Insan dan


Pembangunan Masyarakat Hadhari 1
– Awang Sariyan

• Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran


Islam 31
– Zakaria Stapa

• Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap


Pembentukan Modal Insan menurut Ibn Khaldun 45
– Mohd Kamil Abdul Majid &
Rahimin Affandi Abd Rahim

• Persepsi Orang Cina Terhadap Islam Hadhari 77


– Mohd Ridhuan Tee Abdullah

• Pendekatan Islam Hadhari Ke Arah


Memperkasakan Identiti Melayu-Muslim
Di Malaysia 99
– Jaffary Awang

• 117

• Ulasan Buku / Book Review 133


Islam Hadhari Approch: Towards A Proggressive
Islamic Civilization
– Wan Abd Hamid bin Wan Teh

iii

title pg.indd 3 7/30/09 10:21:39 AM


iv

title pg.indd 4 7/30/09 10:21:39 AM


SIDANG REDAKSI JURNAL HADHARI
(Editorial Board)
Penaung (Patron)
YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Penasihat (Advisor)
Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin


Naib Canselor UKM

Ketua Editor (Editor-in-Chief )


Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman
Pengarah Institut Islam Hadhari UKM

Penolong Ketua Editor (Assistant Editor-in-Chief )


Mohamad Nordin b. Ibrahim
Pengarah Bahagian Hadhari dan Pembangunan Insan JAKIM

Editor
Wan Abd Hamid bin Wan Teh

. .
Sidang Editor (Editors)

..
Othman bin Mustapha Prof. Zakaria bin Stapa Prof. Dr. Abdul Ghafar bin Ismail
Prof. Dr. Mohd. Safar bin Hasim Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail
Prof. Dr. Sidek bin Baba Prof. Dr. Abdul Latif bin Samian

.. .
Prof. Madya Dr. Syed Mohd Ghazali Wafa bin Syed Adwam Wafa
Dato’ Faiza bin Hj. Tamby Chik Prof. Dr. Jawiah binti Dakir
Prof. Dr. Abdul Samat bin Musa Prof. Dr. Nik Aziz bin Nik Pa
Prof. Madya Mohamad Kamil bin Ab. Majid Dr. A. Bakar bin Sarpon

Ahli Jawatankuasa (Committee): Mohamad bin Saari, Ghafani bin Awang Teh, Dr. Muhammad
Yamin bin Ismail, Ariffi Idawati binti Zainudin, Zaleha binti Embong, Syazriza binti Zulkapli,
Yaakob bin Abd Rahim, Ab. Khawi bin Che Abd Rahman.
Penerbit (Publisher): Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Aras 1, 4 - 9, Blok D7,
Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya. www.islam.gov.my
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. www.ukm.my/hadhari
Konsep & Rekabentuk (Concept & Designed by): Darul Tenggara (M) Sdn. Bhd, No. 15, Jalan
2/2, Taman Industri Selesa Jaya, 43300 Balakong, Selangor Darul Ehsan.
Penafian (Disclaimer): Rencana yang terdapat dalam jurnal ini adalah milik penulis dan tidak
menggambarkan pendapat Sidang Editor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Institut Islam
Hadhari. (Views expressed in the journal do not necessarily represent those of the Editorial Board,
Department of Islamic Development Malaysia and Institute of Islam Hadhari).
Segala urusan surat-menyurat mengenai All correspondance pertaining to articles and
makalah serta lain-lain hal yang berkaitan related matters should be addressed to:
hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah
Bahagian Hadhari & Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 1, Blok D7, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya.
atau/or
Pengarah
Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
Hak Cipta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Copyright Department of Islamic Developement
dan Institut Islam Hadhari Malaysia and Institute of Islam Hadhari
2009/1430H

inside fron cov.indd 2 7/30/09 9:19:04 AM


GARIS PANDUAN PENULISAN ARTIKEL

1. Artikel Jurnal HADHARI akan diterbitkan dua (2) kali dalam setahun. Tiada
batasan tarikh dalam penghantaran artikel.
2. Fokus utama penulisan artikel di Jurnal Hadhari adalah berkaitan berikut;
i. Memperkukuhkan gagasan pendekatan Islam Hadhari.
ii. Membicarakan tentang proses pembinaan tamadun menurut pendekatan
Islam.
iii. Perbincangan dalam rencana jurnal hendaklah tertumpu pada 10 prinsip
pendekatan Islam Hadhari.
3. Artikel boleh dihantar dalam bentuk kertas kerja (hard copy) dan soft copy atau
melalui e-mel ke alamat seperti yang dinyatakan di bawah.
4. Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab dan tidak melebihi 5000 patah perkataan tidak termasuk senarai rujukan.
(20- 25 halaman)
5. Setiap artikel yang ditulis di dalam ketiga-tiga Bahasa di atas mesti disertakan
abstrak di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kata kunci perlu dinyat-
akan, tidak lebih dari 5 item.
6. Abstrak hendaklah ditulis antara 250-300 patah perkataan yang mengandungi 4
elemen iaitu;
a. Objektif rencana/ makalah
b. Bagaimana kajian dijalankan
c. Hasil utama kajian
d. Kesimpulan.
7. Artikel hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:
i. Program : Microsoft Word
ii. Jenis font : Times New Roman
iii. Saiz font : 12
iv. Jarak baris : 1.5
8. Setiap artikel perlu disertakan rujukan. Rujukan dalam teks dan senarai ru-
jukan hendaklah menggunakan gaya APA; American Psychology Association
(Pengarang,Tahun). Rujukan yang dipetik dari laman web perlu dinyatakan ta-
rikh ianya dirujuk.
9. Sistem Transliterasi yang digunakan perlu bersesuaian.
10. Sila hantar abstrak dan artikel ke alamat berikut :

Ketua Editor Jurnal Hadhari


Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, Bangi,
Selangor, MALAYSIA
E-mel : pghiih@ukm.my
Tel. : +603-8921 6994 / 6991
Faks : +603-8921 6990

inside fron cov.indd 3 7/30/09 9:19:04 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

PERANAN BAHASA DALAM PEMBINAAN


INSAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
HADHARI
Awang Sariyan

Abstrak

Dalam sejarah awal kehidupan insan, iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s lagi, ba-
hasa telah mula memainkan peranan penting untuk membina konsep diri dan
untuk pengilmuan diri insan. Selanjutnya dalam pertumbuhan dan perkembangan
tamadun manusia, bahasa menjadi salah satu unsur penting sebagai penayang
pandangan sarwa (worldview) masyarakat, sebagai pengungkap falsafah, ilmu dan
pemikiran serta sebagai alat kreativiti insan dalam pelbagai bidang kehidupan.
Pemikir-pemikir Islam yang ulung seperti al-Ghazali dan al-Farabi, misalnya, dan
juga pemikir-pemikir besar dalam tradisi Barat seperti Humboldt, Descartesm
Wittgenstein dan Chomksy meletakkan bahasa sebagai juzuk penting dalam ke-
hidupan insan. Dalam konteks pembinaan dan pemantapan masyarakat hadhari,
bahasa harus ditempatkan secara sewajarnya dalam ranah-ranah utama ke-
hidupan insan. Makalah ini berusaha menyajikan hakikat peranan bahasa dalam
pembinaan insan dan pembangunan masyarakat, dengan saran-saran praktis ke
arah itu.

Kata Kunci: Bahasa, Pendidikan Bahasa, Tamadun, Pengislaman Ilmu, Pem-


binaan Insan.

ABSTRACT

Since early human live, beginning with Prophet Adam a.s., language has played
very significant role in developing the concept of oneself, and concept of acquiring
knowledge. Later on, in the process of developing human civilization, language
become very important element in shaping the world view of a community, con-
ceptualizing the philosophy, knowledge and thinking process, and generating hu-

ED2 jurnal hadhari01.indd 1 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

man creativities in every aspect of their life. Muslim scholars such as al-Ghazali
and al-Farabi, and western thinkers such as Humboldt, Descartesm, Wittgenstein
and Chomksy acknowledge language as society, language should be placed in
proper position in human live. This articles describes the importance of language
in the develoment of human live and society, and proposes practical methods to-
ward its realisation.

PENDAHULUAN

Tamadun sesuatu umat terbina sesudah kebudayaan umat itu melalui tempoh ter-
tentu, sesudah mengalami pelbagai tantangan atau cabaran serta peningkatan dala-
man dan luaran. Proses terbentuknya tamadun itu memerlukan wasilah tertentu,
dan pendidikan dapat dikatakan wasilah yang terpenting untuk memungkinkan
terbentuknya tamadun. Hal ini demikian kerana pendidikanlah yang memben-
tuk diri, peribadi dan sahsiah manusia, baik sebagai individu mahupun sebagai
masyarakat. Diri, peribadi dan sahsiah yang utuh sahaja yang mungkin dapat men-
jadi agen dan mangkin pembentukan tamadun. Maka itu, makalah ini menyorot
peranan pendidikan secara umum dalam proses pembentukan tamadun dan se-
lanjutnya mengaitkannya dengan peranan bahasa dan pendidikan bahasa pula.
Pemertalian itu dilakukan dengan berasaskan hakikat bahawa bahasa menjadi un-
sur penting yang memungkinkan berlakunya proses pendidikan dan juga sebagai
salah satu asas penting dalam proses pembinaan tamadun insan. Dalam konteks
pembentukan masyarakat hadhari pula, peranan bahasa dapat dilihat dalam kon-
teks satu daripada 10 tonggak gagasan Islam Hadhari, iaitu keutuhan budaya.

PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS TAMADUN

Pendidikan merupakan proses kehidupan manusia yang sama tuanya dengan


kewujudan manusia itu sendiri. Dengan kata-kata lain, pendidikan wujud bersa-
ma-sama dengan wujudnya manusia itu sendiri, baik manusia sebagai individu
mahupun manusia sebagai masyarakat. Oleh itu konsep pendidikan tidak berkai-
tan dengan kehidupan makhluk haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan benda. Hal ini
sesuai pula dengan peranan dan tanggungjawab manusia melaksanakan amanah
yang diberikan oleh Allah, iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain, hanya manusia sahaja
yang mampu meneroka kemajuan. Kemampuan manusia meneroka kemajuan itu-
lah yang memungkinkan munculnya konsep kebudayaan dan tamadun. Konsep
kebudayaan bertitik tolak daripada kata budi yang merujuk kepada akal (Kamus
Dewan Edisi Keempat 2005), iaitu asas segala aktiviti manusia yang secara kreatif
dan inovatif menghasilkan kebudayaan. Tamadun pula merupakan puncak kece-
merlangan sesuatu kebudayaan yang muncul sebagai hasil kreativiti terbaik se-
suatu masyarakat atau bangsa. Jelas bahawa kebudayaan dan tamadun merupakan

ED2 jurnal hadhari01.indd 2 7/30/09 9:04:22 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

konsep yang hanya relevan dengan kehidupan manusia, tidak dengan kehidupan
makhluk-makhluk lain. Apakah yang memungkinkan manusia mampu memben-
tuk kebudayaan dan tamadun? Proses pendidikanlah yang memungkinkan hal itu
berlaku, kerana pendidikan ialah sesuatu yang secara progresif dan terus-menerus
diserapkan ke dalam diri manusia (al-Attas 1991). Keterangan ini memperkuat
hakikat bahawa pendidikan hanya berkaitan dengan kehidupan manusia, tidak
dengan kehidupan makhluk-makhluk lain.
Pendidikan berlaku pada dua peringkat, iaitu peringkat masyarakat dan
peringkat individu (Hasan Langgulung 1991). Pada peringkat masyarakat, pen-
didikan merupakan proses pewarisan kebudayaan generasi tua kepada generasi
muda secara terus-menerus agar kelangsungan hidup masyarakat dapat berlaku.
Unsur-unsur kebudayaan yang diwariskan itu meliputi pemikiran, politik, eko-
nomi, kesenian, adat istiadat, dan yang lain, tidak ketinggalan bahasa. Setiap
unsur kebudayaan itu disalut nilai-nilai yang tertentu yang secara keseluruhan-
nya membentuk imej dan identiti sesuatu masyarakat atau bangsa yang tertentu.
Pada hakikatnya, pewarisan nilai-nilai yang menayangkan pandangan hidup atau
weltanschauung bangsa inilah yang menjadi bahagian penting dalam proses pen-
didikan, selain pewarisan unsur-unsur kebudayaan itu untuk memenuhi keperluan
hidup, khususnya yang berkaitan dengan ilmu dan ketrampilan tertentu.
Dalam pada itu, sesuai dengan hakikat manusia sebagai peneroka kemajuan,
sebagaimana yang diungkapkan oleh Ibn Khaldun, maka pendidikan tidak keting-
galan menyerapkan nilai-nilai dan penemuan-penemuan baharu kepada masyar-
akat. Proses penyerapan nilai dan penemuan baharu inilah yang memungkinkan
masyarakat manusia dinamis dan terus maju, selama nilai dan penemuan baharu
itu tidak bertentangan dengan nilai teras masyarakat (dalam konteks masyarakat
Islam, nilai teras itu adalah nilai keagamaan).
Pada peringkat individu pula, pendidikan merupakan proses pengembangan
potensi-potensi yang ada pada diri manusia sehingga potensi-potensi itu dapat
menimbulkan keupayaan-keupayaan tertentu bagi memungkinkan manusia men-
jalani kehidupan secara normal dan seimbang. Potensi-potensi itu meliputi aspek
akal, emosi, rohani, dan jasmani. Pengembangan potensi-potensi secara seimbang
ini penting untuk memenuhi hakikat diri manusia yang terdiri daripada diri yang
zahir dan diri yang batin.
Sehubungan dengan proses pengembangan potensi individu ini, dapat dike-
nal pasti berbagai-bagai ragam potensi yang ada pada manusia untuk kemudian
dikembangkan melalui proses pendidikan, baik secara formal mahupun secara tak
formal. Dengan mengambil potensi akal atau intelek sahaja, menurut Guilford
(1956) dalam Hasan Langgulung (1991), ada 120 jenis potensi akal pada manu-
sia. Antaranya termasuklah potensi berbahasa, mengira, mengingat, berfikir, dan
mencipta.
Pada peringkat yang lebih asas daripada pengembangan potensi itu, pen-
didikan pada peringkat individu ialah penyerapan adab, dengan pengertian

ED2 jurnal hadhari01.indd 3 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

“pengenalan dan pengakuan tentang letak sesuatu menurut susunan yang akhir-
nya membawa manusia kepada pengenalan dan pengakuan tentang kedudukan
hakiki Tuhan dalam susunan kejadian dan kewujudan” (al-Attas 1991). Wujud-
nya individu-individu dalam masyarakat yang telah melalui proses penyerapan
adab inilah yang memungkinkan terasasnya peradaban, iaitu istilah lain bagi
tamadun, yang mencerminkan pencapaian kehidupan cemerlang sesuatu masya-
rakat. Dalam konteks ini, dapat dilihat pertalian antara pendidikan dengan pem-
binaan tamadun manusia. Dalam proses penyerapan pelbagai jenis ilmu ke dalam
diri, iaitu salah satu bentuk proses pendidikan, konsep adab berkaitan rapat
dengan maratib ilmu atau hierarki ilmu. Dalam Islam, adab meletakkan ilmu-ilmu
yang bersumberkan wahyu (the revealed knowledge) sebagai ilmu-ilmu primer,
sementara ilmu-ilmu sains atau ilmu-ilmu yang dicari (the acquired knowledge)
sebagai ilmu-ilmu sekunder.
Oleh itu, dalam proses pendidikan menurut kaca mata Islam, manusia
perlu mendalami ilmu-ilmu yang bersumberkan wahyu sebagai teras (fardu ain)
dan menguasai ilmu-ilmu sains sebagai fardu kifayah. Ilmu-ilmu sains itu pula
haruslah serasi dengan kerangka yang digariskan oleh ilmu-ilmu yang bersum-
berkan wahyu itu, dengan penegasan asasnya ialah bahawa setiap ilmu mestilah
berpaksikan tauhid atau memenuhi paradigma tauhid (tawhidic paradigm).

BAHASA DAN PENDIDIKAN BAHASA DALAM KONTEKS


PEMBINAAN TAMADUN

Pendidikan muncul serentak dengan wujudnya manusia. Telah disebut juga ba-
hawa proses pendidikan pada masyarakat merupakan proses pewarisan kebu-
dayaan daripada satu generasi kepada satu generasi. Pada peringkat individu pula,
pendidikan bererti pengembangan potensi-potensi yang ada pada diri seseorang.
Ketiga-tiga hal itu berkaitan secara langsung dengan soal pertalian antara bahasa
dan pendidikan bahasa yang menjadi fokus kajian ini dengan pendidikan umum.
Pertama, hakikat bahawa pendidikan bermula bersama-sama dengan wujud-
nya manusia berkaitan dengan hakikat bahawa bahasa merupakan unsur yang
dimiliki manusia sejak munculnya manusia pertama di dunia, iaitu Nabi Adam
a.s. Ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai hayawan
natiq (rational animal), dengan kata natiq itu, selain merujuk kepada akal, sebe-
narnya turut merujuk juga kepada pertuturan atau bahasa (al-Attas 1991). Jadi
haiwan natiq atau haiwan rasional itu ialah makhluk yang kewujudannya ditandai
oleh adanya akal dan adanya ciri atau kemampuan “berbahasa”.
Menurut ajaran Islam, Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama yang di-
ciptakan Allah s.w.t telah diberi ilmu bahasa oleh Allah dalam bentuk pengena-
lan tentang nama sekalian kejadian alam. Menurut kupasan al-Attas (1992) pula,
nama-nama yang diajarkan Allah itu merujuk kepada ilmu tentang segala sesuatu
(al-‘ilm al-ashya’):

ED2 jurnal hadhari01.indd 4 7/30/09 9:04:22 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

“Dan Dia (Allah) telah mengajar Nabi Adam tentang nama


segala benda dan gunanya.”
(al-Baqarah 2: 31)

Berkaitan dengan perihal Nabi Adam a.s sebagai manusia pertama itu telah
dikurniai keupayaan berbahasa, dapat pula diperlihatkan pertalian yang kedua
antara pendidikan bahasa dengan pendidikan umum, iaitu bahawa pendidikan ber-
laku melalui bahasa sebagai wahananya. Pendidikan yang diberikan dalam bentuk
pengurniaan ilmu tentang nama seluruh kejadian alam (termasuklah segala sifat,
kualiti dan gunanya) jelas menggambarkan peri pentingnya dwiperanan bahasa,
iaitu bahasa sebagai suatu cabang ilmu dan juga bahasa sebagai wahana penyera-
pan ilmu ke dalam diri manusia.
Inilah dua perspektif pendidikan bahasa yang cukup penting dan relevan untuk
sepanjang zaman. Yang pertama, bahasa sebagai suatu cabang ilmu perlu dipela-
jari sebagaimana sains perlu dipelajari untuk mengenal binaan dan strukturnya
serta fungsinya dalam kehidupan manusia, dalam rangka mengenal dan mengakui
kebesaran Allah sebagai pencipta segala sesuatu. Yang kedua, bahasa sebagai
wahana penyerapan atau penyampaian ilmu menjadi alat terpenting dalam
proses pendidikan keseluruhannya. Dengan menggunakan istilah dalam pen-
didikan moden mutakhir, bahasa sebagai wahana ilmu (sebagaimana yang dike-
mukakan oleh Bullock (1976); Marland (1977); Greenwood (1985); Halliday
(1985) dan Tickoo (1986) itu disebut “bahasa merentas kurikulum” (language
across the curriculum) (lihat Awang Sariyan 1997 dan 2007)).
Dalam firman yang lain, Allah s.w.t menjelaskan pendidikan bahasa yang
diberikan-Nya kepada manusia keseluruhannya. Terjemahan firman itu ber-
bunyi:

“Tuhan yang amat pemurah serta melimpah-limpah rahmat-


Nya. Dialah yang telah mengajarkan al-Qur’an. Dialah yang
menciptakan manusia. Dialah yang telah memungkinkan manu-
sia pandai berbicara.”

(al-Rahman 55: 1 - 4)

Bahkan wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad


s.a.w, Rasul terakhir secara khusus memberikan isyarat yang jelas tentang pen-
tingnya pendidikan bahasa pada manusia. Firman Allah s.w.t dalam terjemahan-
nya berbunyi:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (manusia).


Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Ba-
calah, dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar

ED2 jurnal hadhari01.indd 5 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

manusia dengan perantaraan qalam (yang berkaitan dengan


kemahiran menulis dan membaca). Dia mengajar manusia
apa-apa yang tidak diketahuinya.”

(al-‘Alaq 96: 1 - 5)

Dalam ayat tersebut, dengan jelas ditekankan oleh Allah s.w.t pentingnya
membaca sebagai salah satu kemahiran berbahasa dan bagaimana Allah mengajar
manusia dengan menggunakan pena (kalam) sebagai wahananya, yang dengan
jelas merujuk kepada kemahiran bahasa dalam bidang tulis baca.
Pengurniaan bahasa oleh Allah s.w.t kepada manusia itulah yang memung-
kinkan berlakunya pendidikan pada peringkat masyarakat, iaitu pewarisan ke-
budayaan daripada generasi kepada generasi. Tanpa bahasa, tidak akan wujud
konsep-konsep yang mendukung pengertian setiap unsur kebudayaan. Tanpa
bahasa juga tidak mungkin berlaku komunikasi yang dapat bertahan lama un-
tuk mewujudkan keadaan saling faham antara anggota masyarakat dalam zaman
yang berlainan. Sebaliknya, melalui bahasa yang mapan sistemnya dari zaman ke
zaman, dapatlah berlaku proses pewarisan kebudayaan itu.
Peranan bahasa sebagai wahana pendidikan dapat juga kita fahami dengan
menginsafi bahawa pendidikan yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada para
rasul adalah melalui bahasa sebagai wadahnya. Bahkan mucjizat terbesar yang
diberikan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w ialah bahasa, iaitu al-Qur’an
yang menampung segala wahyu Allah, dengan pengertian bahawa wahyu itu ialah
kandungan bagi proses pendidikan, sementara bahasa ialah wahananya.
Hakikat bahasa sebagai wahana ilmu dan pendidikan ini dengan jelas
diterapkan oleh Imam al-Ghazali, mujtahid yang hidup dari pertengahan abad
ke-11 hingga awal abad ke-12 Masihi, dalam skema hierarki ilmu atau penge-
lasan ilmu yang terpuji, iaitu ilmu yang diredhai dan dituntut oleh agama Islam
sebagai lawan ilmu yang tercela (al-Ghazali 1980). Beliau membahagi ilmu itu
kepada empat kategori, iaitu ilmu yang bertaraf pokok, cabang, mukadimah, dan
pelengkap. Ilmu pokok terdiri daripada empat sumber, iaitu kitab Allah, Sunnah
Rasul, ijmak ulama’, dan warisan para sahabat. Ilmu cabang pula terdiri daripada
ilmu-ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi (khususnya ilmu akhlak). Ilmu mukadimah
atau ilmu asas ialah ilmu yang merupakan alat untuk mengetahui isi kitab Al-
lah dan sunnah Rasul. Ilmu alat itu terdiri daripada ilmu bahasa dan tatabahasa
yang, walaupun tidak termasuk dalam ilmu syariah, perlu dipelajari untuk keper-
luan agama, kerana semua agama lahir melalui bahasa (al-Ghazali 1980). Yang
keempat, iaitu ilmu pelengkap ialah ilmu tentang al-Qur’an (tajwid, qiraah atau
pembacaan, tafsir, hukum, usul fiqh) dan ilmu penyempurna tentang sunnah Nabi
seperti perawi-perawi hadith. (Tentang pengelasan ilmu menurut al-Ghazali ini,
lihat juga Zawawi Hj. Ahmad 1988; Yaacob Yusoff 1991; Osman Bakar 1992).
Skema hierarki ilmu menurut rumusan al-Ghazali itu dengan jelas me-

ED2 jurnal hadhari01.indd 6 7/30/09 9:04:22 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

letakkan ilmu bahasa dan tatabahasa serta pelbagai cabang ilmu linguis-
tik sebagai ilmu asas atau ilmu bantu yang cukup penting untuk maksud
pemerolehan dan penyebaran ilmu keseluruhannya. Hal ini dengan jelas
pula memperlihatkan pertalian yang erat antara pendidikan bahasa dengan
pendidikan umum, khususnya dalam konteks fungsi bahasa sebagai wahana
pemerolehan dan penyebaran ilmu, atau dengan kata lain “bahasa merentas
kurikulum”.
Selanjutnya, yang ketiga ialah pertalian antara pendidikan bahasa dengan
pendidikan umum, dilihat daripada segi pendidikan pada peringkat individu.
Sebagaimana yang diketahui, pendidikan pada peringkat individu berlaku
dalam bentuk pengembangan potensi-potensi yang ada pada diri manusia. Te-
lah disebut juga bahawa salah satu potensi yang ada pada diri manusia ialah po-
tensi intelek (akal). Salah satu cabang potensi intelek itu pula ialah potensi ber-
bahasa. Sehubungan dengan itu, pendidikan bahasa berperanan mengembang-
kan potensi berbahasa tersebut agar individu itu dapat menjalani kehidupan se-
bagai manusia yang mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai
khalifah Allah di muka bumi, dengan berasaskan konsep bahasa sebagai tunjang
kebudayaan dan tamadun seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Pertalian antara pendidikan bahasa dengan pendidikan umum pada pering-
kat individu dapat juga dijelaskan dengan meninjau hubungan antara bahasa
dengan diri, akal, dan ilmu. Diri manusia, sebagaimana yang dijelaskan oleh
Allah s.w.t dalam al-Qur’an, Surah al-Hijr, ayat 26 - 29 dan Surah al-Mu’minun,
ayat 12 - 14 terdiri daripada dua bahagian, iaitu jasad dan ruh. Jasad dikenal se-
bagai diri yang zahir, sementara ruh dikenal sebagai diri yang batin, iaitu diri yang
hakiki. Selain al-ruh, diri yang batin dalam al-Qur’an di sebut juga al-qalb,
al-nafs, dan al-’aql (kalbu, jiwa, dan akal) (al-Attas 1991). Bahasa merupa-
kan bahagian atau fakulti ilmu yang terletak dalam akal dengan pengertian
bahawa bahasa pada asasnya ialah satu fitrah atau innate yang sedia ternurani
dalam akal apabila manusia lahir ke dunia (Hashim Musa 1980, 1991). Teori
kenuranian bahasa ini dibincangkan juga oleh ahli-ahli falsafah Barat dari zaman
Plato, lima abad sebelum Masihi hingga ke zaman ahli-ahli falsafah rasionalis
Barat abad ke-17 dan ke-18 seperti Descartes, Kant, dan Cudworth, dan kemudian
diperdalam oleh ahli-ahli bahasa abad ke-20 seperti Chomsky, Katz, dan Fodor
(Hashim Musa 1991).
Sebagai salah satu fakulti ilmu dalam akal, bahasa berfungsi sebagai wahana
penerimaan ilmu pada diri manusia. Hal ini digambarkan oleh fenomena komu-
nikasi antara Tuhan dengan manusia di alam arwah sebelum manusia lahir ke
dunia, iaitu komunikasi terpenting yang berkaitan dengan pengisytiharan janji
setia makhluk kepada Khaliqnya tentang ketuhanan Allah. Fenomena tersebut
digambarkan Allah dengan firman yang terjemahannya berbunyi:

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-


anak Adam dari sulbi mereka, dan Aku (Tuhan) mengambil

ED2 jurnal hadhari01.indd 7 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

kesaksian daripada mereka: Bukankah Aku Tuhanmu? Mereka


(keturunan anak-anak Adam) menjawab: Benar, bahkan kami
bersaksi. Dengan demikian kamu tidak akan berkata pada
hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami tidak diberi peringatan
tentang hakikat tauhid ini.”

(al-A‘raf 7: 172)

Komunikasi antara Khaliq dengan manusia di atas itu ditafsirkan oleh para
ulama sebagai titik tolak penerimaan ilmu oleh manusia daripada Allah mela-
lui perantaraan bahasa, khususnya ilmu tentang hakikat Allah dan hakikat diri
manusia itu sendiri. Hal ini sesuai dengan hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
“Permulaan agama ialah mengenal Allah” dan pepatah ahli-ahli tasawuf yang
berbunyi: “Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka kenallah ia akan Tuhan-
nya” (Kupasan yang mendalam tentang pentingnya ayat 172 Surah al-A‘raf
ini dapat dibaca dalam al-Attas 1977, 1978, 1991, 1995). Selain itu, fenomena
tersebut membuktikan bahawa manusia telah sedia dikurniai ilmu yang berkai-
tan dengan keupayaan berbahasa dalam alam arwah lagi. Hal ini erat kaitannya
dengan Hipotesis Kenuranian Bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik
rasionalis-mentalis seperti Plato, Descartes, Kant, Cudworth, Chomsky, Fodor,
dan Katz sebagaimana yang telah disentuh sebelum ini (lihat juga Awang Sariyan
1997, 2007).
Kesimpulan penting daripada perbincangan tentang hubungan antara bahasa,
akal, diri, dan ilmu ialah bahawa bahasa menjadi alat akal untuk memanipulasi-
kan ilmu dalam rangka pembinaan dan pengembangan konsep diri insan sebagai
khalifah Allah di muka bumi yang diberi amanah mengurus pelbagai aspek ke-
hidupan di dunia.

FALSAFAH PENDIDIKAN BAHASA DALAM RANGKA


PENGISLAMAN ILMU

Peri pentingnya bahasa dan pendidikan dalam pembentukan tamadun Melayu,


yang pada hakikatnya bertunjangkan Islam, berkaitan secara langsung dengan
gagasan pengislaman ilmu. Sebagai latar belakang timbulnya gagasan peng-
islaman ilmu, kajian ini berlandas pada analisis yang dihasilkan oleh pelopor
gagasan tersebut, iaitu Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (al-Attas
1978).
Menurut beliau, daripada sekian banyak kekeliruan manusia pada sepan-
jang zaman, tidak ada yang lebih serius dan mengakibatkan kehancuran daripada
cabaran masa kini yang ditimbulkan oleh kebudayaan Barat. Dan cabaran ter-
besar yang timbul pada zaman ini ialah cabaran ilmu (the challenge of knowledge)
yang diasaskan dan disebarkan di seluruh dunia, termasuk di dunia Islam, oleh

ED2 jurnal hadhari01.indd 8 7/30/09 9:04:22 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

kebudayaan Barat. Al-Attas merumuskan ciri-ciri ilmu daripada kebudayaan


Barat itu sebagai yang berikut:

1. Ilmu tersebut menimbulkan masalah besar kerana telah kehila-


ngan tujuannya yang benar dan oleh itu membawa kekacauan dalam
kehidupan manusia, di balik membawa keamanan dan keadilan.

2. Ilmu itu seolah-olah benar tetapi pada hakikatnya merupakan hasil


kekeliruan dan keraguan, sehingga ciri keraguan dan dugaan dil-
etakkan ke tahap saintifik dalam metodologi ilmu dan keraguan di
anggap sebagai alat epistemologi yang sah untuk memperoleh kebe-
naran.

3. Ilmu itu, untuk kali pertama dalam sejarah, membawa kekacauan


kepada tiga komponen alam tabii, iaitu haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan galian.

Ilmu daripada kebudayaan Barat itu pada hakikatnya lebih merupakan hasil
penafsiran sarjana-sarjana Barat berasaskan tiga aspek penting kebudayaan, iaitu
pandangan hidup (worldview), wawasan akal (intelectual vision), dan persepsi
psikologi (psychological perception) mereka. Oleh itu, yang dikatakan ilmu dari-
pada kebudayaan Barat itu ialah ilmu yang dirangka dan disebarkan dengan be-
rasaskan sifat dan keperibadian kebudayaan Barat.
Apakah sifat dan dan keperibadian serta inti sari dan jiwa kebudayaan Barat
yang menghasilkan tafsiran tentang ilmu yang menimbulkan kekacauan itu? Al-
Attas (1978) menakrifkan kebudayaan Barat sebagai:

“... the civilization that has evolved out of the historical


fusion of cultures, philosophies, values and aspiration of
ancient Greece and Rome: their amalagamation with Judaism
and Christianity, and their further development and formation
by the Latin Germanic, Celtic, and Nordic peoples.”

Daripada Yunani purba, kebudayaan Barat memperoleh unsur-unsur falsa-


fah dan epistemolgi serta asas pendidikan, etika, dan estetika. Daripada Rumawi,
kebudayaan Barat mengambil unsur-unsur perundang-undangan, ketatanega-
raan, dan pemerintahan. Daripada Yahudi dan Kristian, diserapkan pula unsur-
unsur kepercayaan dan keagamaan. Daripada orang Latin, Germanic, Celtic dan
Nordic, diterima semangat kemerdekaan dan semangat kebangsaan, nilai-nilai
tradisi, serta kemajuan sains dan teknologi. Islam sebenarnya banyak memberi-
kan sumbangan yang penting kepada kebudayaan Barat dalam proses penyerapan
semangat rasional dan saintifik tetapi semangat rasional dan saintifik itu telah

ED2 jurnal hadhari01.indd 9 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

diubahsuaikan menurut pandangan hidup, wawasan akal, dan persepsi psikologi


yang sedia sarat dengan unsur-unsur warisan daripada Yunani, Rumawi, Yahudi,
Kristian, dan budaya setempat di Eropah.
Ciri yang nyata dan dominan dalam pandangan hidup dan sistem nilai ke-
budayaan Barat sebagai akibat daripada penyerapan dan penggabungan pel-
bagai unsur itu ialah dualisme. Dualisme merujuk kepada pemisahan atau peng-
asingan dua unsur yang pada hakikatnya bersepadu dan saling melengkapi,
misalnya pemisahan antara aspek kerohanian (spiritual) daripada aspek sekular,
tabii (natural) daripada luar tabii (supernatural), negara (state) daripada gereja
(church), atau politik daripada agama (Ghazali Basri 1990). Dalam bidang pen-
didikan, dualisme atau pemisahan ini berlaku dengan adanya dikotomi antara
ilmu yang ditanzilkan atau diwahyukan (the revealed knowledge) dengan ilmu
yang dicari atau diperoleh (the acquired knowledge); antara agama dengan sains;
antara empirisisme dengan rasionalisme; antara objektiviti dengan subjektiviti;
dan antara wahyu dengan akal.
Dalam rangka membina dan menyatukan semula konsep-konsep dan unsur
yang saling berkaitan dan saling melengkapi itulah gagasan pengislaman ilmu
ditimbulkan, kerana Islam sendiri terdiri daripada jaringan unsur-unsur yang sa-
ling berkaitan seperti antara dunia dengan akhirat, antara agama dengan sains,
antara rohani dengan jasmani, antara ilmu dengan amal, dan antara yang objektif
dengan yang subjektif. Oleh sebab kekacauan dalam bidang ilmu merupakan ke-
san langsung atau hasil daripada kebudayaan Barat, maka pengislaman ilmu dapat
juga diertikan sebagai usaha penyirnaan faham-faham Barat dalam bidang ilmu
atau the dewesternization of knowledge, menurut istilah al-Attas (1978). Penyir-
naan faham-faham Barat itu selari dengan penegasan beliau al-Attas (1977, 1978)
tentang perlunya diambil langkah penapisan dan perumusan semula ilmu, dengan
mengasingkan unsur-unsur yang merupakan konsep-konsep pokok kebudayaan
Barat. Ilmu yang telah dibersihkan daripada unsur-unsur negatif melalui proses
pengasingan itu perlu pula diisi dan diberi jiwa yang berasaskan unsur-unsur dan
konsep-konsep teras Islam (Lihat juga Siddiq Fadil 1990).
Berkaitan dengan usaha ini, al-Faruqi (1991) menegaskan perlunya dan
pentingnya bidang pemikiran, kemanusiaan, sains kemasyarakatan dan
sains tabii dikaji dan dibina semula. Caranya ialah dengan memberikan
dasar Islam dan matlamat-matlamat baru yang selaras dengan Islam. Setiap disip-
lin ilmu mestilah disusun semula dengan menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam
kaedah, strategi, data, masalah, objektif, serta aspirasinya.
Daripada perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa gagasan pengisla-
man ilmu merupakan reaksi sarjana-sarjana Islam terhadap serangan dan penjaja-
han kuasa-kuasa bukan Islam ke atas orang Islam, khususnya penjajahan pemikiran
atau penjajahan intelek yang mengakibatkan kekacauan dalam aspek-aspek lain
kehidupan umat Islam (politik, ekonomi, kebudayaan, bahasa, dan pendidikan).
Pada masa yang sama, umat Islam berada di ambang kelesuan dalam pemikiran

10

ED2 jurnal hadhari01.indd 10 7/30/09 9:04:22 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

dan keterbelakangan dalam bidang-bidang progresif kebudayaan (ekonomi, sains,


dan teknologi) sehingga kelemahan tersebut dijadikan asas terbaik oleh penjajah
untuk melaksanakan misi penjajahan pemikiran mereka.
Kemenangan kuasa-kuasa Barat dalam Perang Dunia Pertama telah
menyebabkan berlakunya penguasaan tentera mereka di negara-negara Islam.
Langkah selanjutnya sesudah penguasaan ketenteraan itu ialah pelaksanaan dasar-
dasar yang terancang kemas dalam bentuk peleraian pemikiran umat secara total
melalui dasar bahasa, kebudayaan, pentadbiran, perundang-undangan, dan yang
terpenting ialah pendidikan. Melalui dasar dan sistem pendidikan yang direnca-
nakan dengan berasaskan pandangan hidup dan sistem nilai kebudayaan Barat
itu, mereka berhasil melaksanakan pemisahan unsur-unsur yang menjadi tong-
gak kesatuan konsep-konsep pokok kehidupan menurut cara gaya Islam, seperti
pendidikan akademik lawan pendidikan agama, sehingga terlaksanalah konsep
dualisme dalam sistem pendidikan umat Islam. Tentang keberkesanan bidang
pendidikan sebagai agen penjajahan pemikiran, pakar pendakyah dan strategis
Belanda di Indonesia, iaitu Snouck Hurgronje (1857-1936) pernah berkata, “Pen-
didikan dan pengajaran sanggup membebaskan kaum Muslimin dari agamanya”
(Hasheem 1988).
Usaha yang tidak akan ada hujungnya dalam pelaksanaan misi penjajahan
pemikiran dan kebudayaan ke atas umat Islam ini telah dikhabarkan awal-awal
lagi oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang terjemahannya berbunyi:

“Tidak akan pernah puas hati orang Yahudi dan orang Nasrani
terhadap kamu (orang Islam), sehingga kamu mengikut cara
hidup mereka....”

(al-Baqarah 2: 120)

Usaha untuk memerdekakan pemikiran, ilmu, dan pendidikan daripada asas-
asas kebudayaan Barat tampak giat dan menjadi agenda penting dalam abad ke-20
Masihi. Usaha itu dapat dilihat pada dua peringkat, iaitu individu dan institusi.
Kemunculan sarjana-sarjana Islam yang peka akan kekacauan ilmu yang beraki-
bat daripada proses pembaratan telah menjadi daya gerak yang cukup kuat un-
tuk kemudian melibatkan usaha dan langkah di peringkat institusi pula. Sarjana
seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas, Seyyed Hossein Nasr, dan Ismail al-
Faruqi telah meletakkan asas yang jitu tentang gagasan dan pelaksanaan program
pengislaman ilmu.
Syed Muhammad Naquib al-Attas telah mencetuskan gagasan pengislaman
ilmu sejak tahun 1970 melalui perencanaan ilmiah pengajian bahasa, kesusas-
teraan, dan kebudayaan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dalam mu-
kadimahnya yang berjudul “Konsep Baru mengenai Renchana serta Chara-Gaya
Penelitian Ilmiah Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu

11

ED2 jurnal hadhari01.indd 11 7/30/09 9:04:22 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Kebangsaan Malay-


sia” (Lihat Buku Panduan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Universiti
Kebangsaan Malaysia 1972), al-Attas menyarankan metodologi baru untuk pene-
litian bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu, dengan menjadikan Islam
sebagai asas penafsirannya. Inti sari rencana ilmiah beliau itu menegaskan pent-
ingnya penelitian sesuatu bahasa dan kesusasteraan sesuatu bangsa itu lengkap
meliputi bidang-bidang ilmiah lain seperti agama, falsafah, sejarah, kesenian, dan
lain-lain lagi yang benar-benar dapat menayangkan inti sari sesuatu kebudayaan
(al-Attas 1972a).
Sehingga saat rencana ilmiah bagi pengajian bahasa, kesusasteraan, dan ke-
budayaan Melayu itu diungkapkan, pengajian yang sedia ada “... hanya merupa-
kan satu serpihan sahaja, satu bayangan kechil sahaja, dari pengkajian bahasa dan
kesusasteraan serta tamaddun dan kebudayaan Jawa Kuno yang dijadikan para
sarjana dan ahli sejarah orientalis sebagai chontoh, sebagai ukuran, sebagai band-
ingan bagi pengkajian tamaddun serta kebudayaan Melayu” (al-Attas 1972a).
Selain itu, beliau mempersoalkan peminggiran peranan Islam dalam membentuk
sejarah dan kebudayaan Melayu oleh para orientalis, kerana bagi beliau, “... sifat
dan hakikat tamaddun dan kebudayaan Melayu itu adalah sifat dan hakikat Islam,
dan tiada dapat dipisahkan keduanya ini dalam pandangan ilmiah yang tulen”
(al-Attas 1972a).
Teori dan pandangan ilmiah al-Attas tentang gagasan pengislaman ilmu,
khususnya pengislaman ilmu sejarah dan kebudayaan Melayu (termasuk bahasa
dan kesusasteraan) kemudian dinukilkan dalam Syarahan Pengukuhan beliau
bersempena dengan pelantikan ke jawatan Profesor Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia pada 24 Januari 1972 (al-Attas 1972b).
Sebagai hasil pengutaraan gagasan beliau, Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menerima dan meluluskan pembentukan Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan
Kebudayaan Melayu yang bertujuan “... memberikan tempat yang sewajarnya
kepada unsur-unsur Islam dalam kebudayaan Melayu dengan chara-gaya mem-
perluaskan ranchangan pengkajian unsur-unsur penting Islam itu di dalamnya...”
supaya dengan demikian” .... barulah dunia luar pada umumnya dan dunia Islam
khususnya, akan betul-betul memberikan perhatian kepada pengkajian serta pe-
nilaian bahasa, kesusasteraan, dan kebudayaan Melayu sebagai hasil dayachipta
salah satu kebudayaan teragung di dunia” (al-Attas 1972a). Pembentukan institut
tersebut termaktub dalam Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975, sebagai tanda
iltizam terawal kerajaan dalam proses pengislaman ilmu di negara ini (Lihat juga
Wan Mohd. Nor Wan Daud 1991).
Dalam perkembangan selanjutnya, al-Attas telah mendefinisikan konsep-
konsep pokok pendidikan Islam dan merumuskan falsafah, matlamat, dan strategi
pelaksanaan pendidikan Islam, dalam rangka pengislaman ilmu, seperti yang
dikemukakannya dalam kertas kerja Persidangan Sedunia yang Pertama ten-
tang Pendidikan Islam (31 Mac - 8 April 1977) di Makkah. Gagasan besar be-

12

ED2 jurnal hadhari01.indd 12 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

liau yang kemudian beroperasi dalam bentuk pengislaman ilmu pada peringkat
institusi ialah konsep dan struktur universiti Islam yang kemudian direalisasikan
oleh kerajaan Malaysia dengan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Ma-
laysia pada tahun 1983. Dengan iltizam beliau yang berterusan dalam pengemba-
ngan gagasan pengislaman ilmu, kerajaan Malaysia telah meluluskan penubuhan
Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam atau International Institute of
Islamic Thought and Civilization (ISTAC) yang diasaskan oleh beliau sendiri pada
tahun 1987. Institut ini bergerak giat dalam penyelidikan dan pengajian peringkat
pascasiswazah yang keseluruhannya mengisi gagasan pengislaman ilmu (Lihat
Wan Mohd. Nor Wan Daud 1991).
Sarjana lain yang terlibat dalam usaha pengislaman ilmu ialah Seyyed
Hossein Nasr yang banyak mengupas pengislaman ilmu daripada sudut sains
tabii. Menurut beliau, meskipun sains Barat bukanlah seutuhnya hasil pemikiran
Barat, bahkan merupakan sains Islam dan tamadun sebelumnya seperti tamadun
Yunani, Alexandaria, India, Iran, Mesopotamia, dan Mesir, namun dalam revo-
lusi sains pada Zaman Kebangkitan (Renaissance), khususnya pada abad ke-17
Masihi, telah berlaku penerapan bentuk yang baharu dan asing kepada isi ilmu
sains (Hossein Nasr 1976). Sains Barat yang berasas pada pemikiran antropomor-
phic zaman tersebut dan sekularisasi alam yang menjadi titik tolak Renaissance
telah melahirkan sains yang bersifat sepihak (unilateral), iaitu yang membataskan
perhatian hanya kepada satu peringkat kewujudan sahaja, peringkat alam nyata
atau alam benda, serta menutup pintu kepada sebarang kewujudan yang lebih
tinggi, iaitu alam metafizik.
Sains di tangan orang Barat telah mengakibatkan pemisahan jalinan antara
ilmu-ilmu sebagai suatu kesatuan, pemisahan sains tabii daripada falsafah, dan
pemisahan falsafah daripada agama. Sebagai akibatnya, berlakulah pemisa-
han manusia daripada ilmu tentang kewujudan yang menyeluruh (the whole of
reality), dengan pengertian berlakunya pembatasan sumber ilmu kepada ilmu aqli
yang berdasarkan akal dan penolakan ilmu naqli yang bersumberkan wahyu dan
sunnah. Demikian pula, sains Barat menyebabkan berlakunya pemisahan antara
pertimbangan (contemplation) dengan tindakan (action) sehingga antara sains
dengan etika dan akhlak seakan-akan tidak ada hubungannya. Sebagai akibatnya,
berlakulah pelbagai krisis yang menimbulkan kekacauan dan kemusnahan kepada
manusia dan alam, seperti fenomena peperangan yang berasaskan senjata canggih
ciptaan sains dan teknologi, pencemaran alam, pembangunan tak berimbang, dan
sebagainya (Hossein Nasr 1976).
Dalam menghadapi fenomena sains yang telah terpisah daripada kewujudan
yang menyeluruh inilah Seyyed Hossein Nasr menyarankan pentingnya tamadun
Barat ditangani secara kreatif bagi menyediakan perlindungan kepada kelang-
sungan hidup budaya setempat dan bagi menyalakan sinar pembimbing kepada
manusia (Lihat Siddiq Fadhil 1990).
Selanjutnya, sarjana yang patut disebut juga dalam perbincangan ini ialah

13

ED2 jurnal hadhari01.indd 13 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

Ismail al-Faruqi. Beliau terlibat dalam pembentukan dan pimpinan Persatuan Ahli
Sains Sosial di Amerika pada tahun 1972. Di bawah pimpinan beliau persatuan
tersebut menganjurkan beberapa pertemuan dan seminar untuk membincangkan
masalah-masalah umat, termasuk isu pengislaman ilmu. Pada tahun 1977 persatu-
an tersebut menaja persidangan antarabangsa selama dua minggu di Switzerland.
Resolusi yang diputuskan ialah menyedarkan umat bahawa langkah pertama ke
arah penyelesaian sejati masalah pemikiran Islam tidaklah lain daripada peng-
islaman ilmu, iaitu pemeriksaan kritis terhadap disiplin-disiplin moden menurut
wawasan Islam dan pengolahan semula disiplin-disiplin tersebut sejajar dengan
wawasan Islam. Persidangan itu memutuskan perlunya institusi antarabangsa
tentang pemikiran Islam dibentuk untuk mencapai objektif tersebut. Maka pada
tahun 1981 terbentuklah Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (International In-
stitute of Islamic Thought) yang di kenal sebagai IIIT di bawah pimpinan Prof.
Ismail al-Faruqi sebagai pengarahnya.
Dalam konteks pelaksanaan gagasan pengislaman ilmu di Malaysia, pe-
nubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983 dan kemu-
dian Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) menjadi detik
yang terpenting. Falsafah universiti tersebut didasarkan pada perakuan-per-
akuan Persidangan Sedunia yang Pertama tentang Pendidikan Islam di Makkah
pada tahun 1977. Semangat dan pengertian falsafah universiti berasaskan kitab
suci al-Qur’an, khususnya ayat 1 - 5 dalam surah al-‘Alaq. Dengan demikian,
ilmu dikembangkan dengan semangat Tauhid yang membawa manusia kepada
pengenalan dan pengakuan akan hakikat Allah sebagai pencipta dan pemilik
mutlak manusia. Semangat di balik pengenalan dan pengakuan ini menggam-
barkan kemuncak dalam hierarki ilmu. Semua disiplin ilmu mestilah mengarah
kepada kebenaran ini. Hal ini demikian kerana ilmu ialah satu bentuk amanah
daripada Allah kepada manusia, dan oleh itu manusia mesti memanfaatkan ilmu
menurut kehendak Allah dalam rangka memenuhi tanggungjawabnya sebagai
khalifah Allah di muka bumi. Sehubungan dengan ini, pencarian ilmu dianggap
sebagai satu bentuk ibadah. (Lihat Universiti Islam Antarabangsa, Prospectus
1989/90)
Objektif universiti, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan uni-
versiti, dengan jelas menayangkan usaha merealisasikan gagasan pengislaman
ilmu, iaitu (Universiti Islam Antarabangsa, Prospectus 1989/90):

a. Untuk membentuk semula keagungan Islam dalam semua bidang ilmu,


selaras dengan tradisi Islam dalam hal pencarian ilmu dan kebenaran,
sebagaimana yang ditunjukkan oleh karya-karya perintis sarjana dan
pemikir Islam silam sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
b. Untuk menggiatkan pelaksanaan konsep Islam tentang pemelajaran
yang memberikan perhatian kepada kajian saintifik sebagaimana yang
diilhamkan oleh ajaran al-Qur’an.

14

ED2 jurnal hadhari01.indd 14 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

c. Untuk menyebarkan ilmu dengan semangat tauhid dan penyerahan ke-


pada Allah bagi melahirkan profesional yang beriltizam kepada ajaran
Islam dan sedar akan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dan
wakil-Nya di muka bumi.

d. Untuk memperluas pilihan kepada umat Islam di pendidikan tinggi men-


capai kecemerlangan dalam semua bentuk pencapaian akademik.

Berkaitan dengan ciri-ciri khususnya, Universiti Islam Antarabangsa Ma-


laysia mengungkapkan bahawa universiti ini bersifat antarabangsa dan Islam de-
ngan perincian sebagai yang berikut (Universiti Islam Antarabangsa, Prospectus
1989/90):

a. Kandungan dan pendekatan ilmu yang berasaskan Islam diserapkan dan


diintegrasikan dalam kurikulum universiti.

b. Kursus Tamadun Islam, Cara Hidup Islam, Sistem Nilai Islam, Konsep
Tuhan menurut Islam, dan Kedudukan Manusia dalam Alam Semesta
menjadi komponen asas bagi semua program akademik dan wajib di-
ikuti oleh semua pelajar.

c. Falsafah ilmu dan pendidikan menurut perspektif Islam menjadi asas


semua program akademik universiti.

Di peringkat persekolahan pula, gagasan pengislaman ilmu diterapkan mela-


lui gagasan Reformasi Pendidikan dan pelaksanaan program pendidikan berse-
padu yang berasas pada Falsafah Pendidikan Negara (1988), iaitu (Awang Sariyan
1997):

“Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah mem-


perkembang potensi individu secara menyeluruh dan berse-
padu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
daripada segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masya-
rakat dan negara.”

Gagasan Nilai-nilai Murni Merentas Kurikulum, Kesepaduan Ilmu, Bahasa
Merentas Kurikulum, Pembinaan Insan, dan Budaya Ilmu merupakan beberapa

15

ED2 jurnal hadhari01.indd 15 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

teras atau tonggak Reformasi Pendidikan dan pendidikan bersepadu yang mencer-
minkan gagasan pengislaman ilmu. Pelaksanaannya bermula di peringkat sekolah
menengah pada tahun 1988 dengan berdasar pada Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM).

ISU DAN TANTANGAN

Dengan berlatarbelakangkan fenomena dan masalah yang berpusat pada tiga as-
pek di atas, iaitu pendidikan dan pendidikan bahasa sebagai asas kehidupan dan
tamadun manusia, pendidikan bahasa dalam rangka pendidikan umum, dan fal-
safah pendidikan bahasa dalam rangka pengislaman ilmu, dapat diinsafi masih
adanya masalah konseptual yang berkaitan dengan perumusan falsafah bahasa
dan pendidikan bahasa.
Meskipun falsafah bahasa diketahui telah berakar dari awal tumbuhnya
disiplin falsafah itu sendiri, iaitu enam abad sebelum Masihi, namun pem
bicaraannya sehingga zaman linguistik moden ternyata berasas pada pemikiran
dan pandangan hidup Barat, dengan sedikit sekali menampilkan perspektif
pemikiran dan pandangan hidup Islam. Hal ini telah menyebabkan persoalan
hakikat bahasa yang menjadi titik tumpuan kajian falsafah bahasa masih belum
memperoleh penguraian yang muktamad, kerana sifat kebudayaan Barat yang
senantiasa terbuka kepada perubahan dan senantiasa pula dalam pencarian.
Demikian kuatnya pengaruh falsafah Barat, termasuk dalam bidang falsa-
fah bahasa, dunia Islam telah turut terikat oleh teori-teori dan epistemologi yang
berasaskan kerangka falsafah Barat. Bidang bahasa dan pendidikan bahasa tidak
terkecuali, sehingga konsep-konsep yang berkaitan dengan hakikat bahasa dan
amalan pendidikan bahasa membawa cara gaya dan acuan pemikiran serta pan-
dangan hidup Barat.
Masalah tersebut berkaitan rapat dengan proses sekularisasi yang berasas
pada fahaman pemisahan dunia daripada akhirat dan masa kini daripada masa
kemudian (Hari Akhirat), yang dicetuskan oleh para ilmuwan Barat sebagai
usaha membebaskan ilmu daripada kuasa gereja. Untuk membebaskan ilmu (ilmu
menurut perspektif Islam) daripada sekularisme dan kerangka falsafah Barat, te-
lah bermula usaha yang diistilahkan oleh al-Attas (1978) sebagai “dewesternisasi
ilmu” atau kini disebut umum sebagai “pengislaman ilmu”.
Dalam konteks Malaysia, kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malay-
sia, telah menggubal Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1988 sebagai salah
satu langkah awal melaksanakan Reformasi Pendidikan yang inti sarinya berkai-
tan dengan usaha pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan berse-
padu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dengan berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selanjutnya ditekankan tujuan untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, ber-
akhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

16

ED2 jurnal hadhari01.indd 16 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyar-


akat dan negara.
Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras dan tunjang kepada sistem pen-
didikan kebangsaan supaya semua program dan aktiviti pendidikan merupakan
pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam falsafah tersebut.
Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin (1993) Ketua Pengarah Pendidikan sewaktu
Falsafah Pendidikan Negara digubal menegaskan penyataan falsafah tersebut
sebagai mercu tanda Reformasi Pendidikan dan juga sebagai penyataan misi
(mission statement) pendidikan negara.
Salah satu konsep “pengembangan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu” yang diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara ialah yang
berkaitan dengan penyepaduan bahasa Melayu dalam semua mata pelajaran atau
ilmu yang diajarkan, kecuali mata pelajaran bahasa lain (Lihat Wan Mohd. Zahid
Mohd Noordin 1993). Konsep kesepaduan ilmu dan kemahiran yang melibatkan
bahasa Melayu ini dengan sendirinya merobah gagasan dan pendekatan dalam
pendidikan bahasa Melayu di sekolah-sekolah khususnya. Dua strategi yang
dilaksanakan untuk mengisi konsep kesepaduan yang berkaitan dengan bahasa
Melayu ialah:

a. melalui pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu, dengan berasas-


kan strategi 2P, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan ilmu serta nilai
murni;

b. melalui mata-mata pelajaran lain, dengan berasaskan gagasan Bahasa


Melayu Merentas Kurikulum.

Berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Negara dan pelaksanaan pendidikan
bersepadu yang menyentuh bahasa Melayu, ada dua aspek yang dapat diperta-
likan dengan masalah yang dikaji. Pertama, keperluan terhadap suatu falsafah
pendidikan bahasa (bahasa Melayu) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Ne-
gara dan dapat mengisi usaha mengembangkan potensi individu secara menyelu-
ruh dan bersepadu, daripada sudut bahasa. Kedua, aspek pelaksanaan atau amalan
pendidikan bahasa Melayu yang semestinya memerlukan reformasi juga untuk
mengisi falsafah tersebut.

17

ED2 jurnal hadhari01.indd 17 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

KEPERLUAN AKAN FALSAFAH BAHASA DAN PENDIDIKAN


BAHASA

Sebagai lanjutan daripada perbincangan di atas, diperlukan upaya untuk:

a. mencari asas-asas falsafah yang dapat menjadi landasan untuk meru-


muskan falsafah pendidikan bahasa bagi bahasa Melayu, dengan tasawur
atau pandangan hidup Islam sebagai dasarnya.
b. merumuskan pendekatan pendidikan bahasa Melayu yang sesuai dengan
kerangka falsafah pendidikan bahasa menurut sudut pandangan Islam,
dengan tidak pula menolak pendekatan yang sesuai daripada sumber
Barat.

c. meninjau kenyataan yang berlaku di sekolah untuk mendapat gambaran


tentang pelaksanaan pendidikan bahasa Melayu menurut pendekatan
bersepadu serta masalah-masalahnya.

d. menyarankan strategi meningkatkan pelaksanaan falsafah pendidikan


bahasa dalam konteks Reformasi Pendidikan Negara.

Pentingnya kajian tersebut dapat dilihat daripada beberapa sudut seperti yang
berikut:

a. Pembinaan suatu kerangka falsafah pendidikan bahasa bagi bahasa


Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu di
negara-negara induk berbahasa Melayu dan dalam konteks yang lebih
luas di beberapa banyak bahagian di dunia merupakan keperluan yang
mendesak, sesuai dengan peranan bahasa Melayu yang kian meningkat.

b. Mengisi gerakan pengislaman ilmu merupakan jihad umat Islam di se-


luruh dunia bagi mengetengahkan epistemologi atau teori ilmu yang
berpaksikan tauhid dan syariah dalam semua bidang, termasuk dalam
bidang bahasa dan pendidikan bahasa.

c. Kajian diharapkan dapat menerjemahkan gagasan-gagasan murni yang


terungkap dalam Falsafah Pendidikan Negara, khususnya yang berkai-
tan dengan pendidikan bersepadu, dengan pertimbangan khusus daripada
sudut peranan bahasa Melayu dalam proses pengilmuan generasi muda.
Falsafah murni, jika tidak diterjemahkan ke dalam kurikulum secara ter-
perinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup baik,
dan pengurusan sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan
falsafah sahaja. Oleh itu, kajian tentang pelaksanaan falsafah pendidikan

18

ED2 jurnal hadhari01.indd 18 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

bahasa di sekolah-sekolah diharapkan dapat memberikan sumbangan


sedikit banyaknya ke arah pemenuhan idealisme Falsafah Pendidikan
Negara.

d. Kajian diharapkan dapat juga membantu mengisi kekurangan kajian


tentang beberapa aspek linguistik Melayu yang belum mendapat per-
hatian yang mendalam, termasuk bidang falsafah bahasa (yang berkai-
tan rapat dengan pendidikan bahasa), seperti yang disarankan oleh Nik
Safiah Karim dalam Syarahan Perdana Penerimaan gelar Profesor
Pengajian Melayu, Universiti Malaya (1993).

Kajian dan analisis perlu dilakukan dengan bertitik tolak daripada asas-asas
falsafah Barat dari zaman awal, iaitu abad ke-6 S.M. yang tumbuh di Yunani
hingga perkembangannya dalam zaman moden kerana falsafah itulah yang telah
mendominasi hampir seluruh aspek kehidupan manusia Barat sejak zaman ber-
zaman dan sebahagiannya turut mempengaruhi dunia umat Islam juga. Analisis
ini dilanjutkan dan diperkukuh dengan tumpuan khusus kepada perkembangan
falsafah bahasa dalam tradisi Barat. Perlu diusahakan analisis tentang falsafah
bahasa dan pendidikan bahasa menurut perspektif Islam, sebagai alternatif bagi
falsafah bahasa dan pendidikan bahasa Barat yang telah mengakar sekian lama,
termasuk di dunia Islam juga.

ISU PERANAN BAHASA DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA

Bahasa dan budaya Melayu sejak lebih daripada satu alaf telah memiliki
martabat sebagai bahasa dan tamadun besar. Sejak abad ke-7 Masihi, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa kerajaan, bahasa perdagangan, bahasa penga-
jian agama dan lingua franca bagi rantau Kepulauan Melayu di bawah kera-
jaan Sriwijaya. Pada zaman Kesultanan Melayu dari sekitar abad 13 hingga
abad 19, bahasa Melayu mencapai puncak kegemilangan sebagai bahasa
tamadun Melayu baharu, dengan menjadi bahasa pentadbiran, bahasa diplomasi,
bahasa undang-undang, bahasa ilmu dan falsafah, bahasa perdagangan, bahasa
ketatanegaraan dan bahasa sastera tinggi (Awang Sariyan 2002a, 2002b).
Kebudayaan Melayu secara langsung pula telah menjelma menjadi kebu-
dayaan yang definitif di rantau ini sehingga rantau ini dikenal sebagai Kepu-
lauan Melayu atau Alam Melayu kendatipun pola demografi rantau ini pada
hakikatnya menunjukkan kerencaman komposisi penghuninya. Jika berdasarkan
hakikat wujudnya beratus-ratus bahasa yang dikelompokkan dalam keluarga ba-
hasa Nusantara di rantau ini, ternyata bahawa bangsa Melayu sebagai satu kumpu-
lan etnik hanya merupakan satu daripada ratusan kumpulan etnik tersebut. Namun
kebitaraan tamadun Melayu, terutama disebabkan adanya kekuatan kuasa politik
dan ekonomi telah memungkinkan identifikasi rantau ini dengan citra Melayu.

19

ED2 jurnal hadhari01.indd 19 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

Kini digunakan juga istilah dunia Melayu untuk merujuk kepada rantau yang di-
wakili oleh Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa wilayah negara serantau
yang mewarisi tamadun Melayu, misalnya Thai selatan, Singapura, Filipina sela-
tan, Kemboja, Vietnam, dan Myanmar.
Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valen-
tijn mengungkapkan kebitaraan bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang
berikut (Nik Safiah Karim et al. 2004):

“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di


daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepu-
lauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu
bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang,
tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau
sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh
luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita mema-
haminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa
itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri
itu, dan di sebelah timurnya sehingga Kepulauan Filipina.”

Kebitaraan bahasa Melayu pada abad 16 dan 17 dapat dirumuskan dengan


kenyataan bahawa bahasa tersebut telah mencapai taraf bahasa antarabangsa,
terutama dengan kedudukannya sebagai bahasa diplomatik, lingua franca, bahasa
perdagangan sedunia, bahasa penyebaran agama besar dunia dan bahasa sastera
(Collins 1999; Awang Sariyan 2000; Hassan Ahmad 2002).

Kelunturan Martabat Bahasa Melayu

Martabat bahasa Melayu dilunturkan oleh penjajah (Belanda di Indonesia dan


Inggeris di Malaysia) dengan menurunkan darjat bahasa itu daripada bahasa besar
dan bahasa perhubungan luas menjadi bahasa setempat atau bahasa vernakular
yang disempitkan fungsinya hanya sebagai bahasa perhubungan sehari-hari dan
lebih untuk lingkungan masyarakat Melayu. Dalam zaman penjajahan Inggeris,
bahasa Melayu disetarafkan dengan bahasa keturunan yang dibawa masuk oleh
Inggeris untuk kepentingan ekonomi, iaitu keturunan Cina dan India dengan
menjadikannya bahasa penghantar di sekolah vernakular Melayu, sama halnya
dengan bahasa Cina di sekolah vernakular Cina dan bahasa Tamil di sekolah
vernakular India. Inggeris benar-benar telah melaksanakan dasar pecah-belah
dan perintahnya dan pada waktu yang sama telah membenamkan bahasa dan
budaya Melayu ke lumpur pekat hingga sirna sinar bahasa bitara itu di negaranya
sendiri. Sistem pentadbiran dan undang-undang yang pada zaman kesultanan
Melayu didasarkan pada asas kemelayuan (dengan Islam sebagai tunjangnya)
telah dirobah oleh Inggeris dengan menggunakan sistem sekularnya. Apabila kini

20

ED2 jurnal hadhari01.indd 20 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

umat Melayu Islam di negara ini bertelagah tentang pelaksanaan undang-undang


yang berdasarkan Islam, sebenarnya punca utamanya disebabkan kejayaan Ing-
geris memusnahkan asas keperibadian kebudayaan kita dengan dasar sekularnya.
Dalam bidang bahasa dan pendidikan, terang bahawa bahasa Melayu hanya
menjadi bahasa penghantar sekolah Melayu yang terbatas pula jangkauan bidang
ilmu dan kemahirannya. Hal ini bukan suatu kebetulan, sebaliknya direncana-
kan dengan cukup kemas oleh penjajah Inggeris, semata-mata untuk menutup
kemungkinan anak watan dapat muncul sebagai bangsa berwibawa dan dengan
demikian berupaya membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Pen-
didikan Melayu yang asalnya untuk tempoh enam tahun pun dikurangkan menjadi
empat tahun sahaja pada tahun 1885 (Awang Had Salleh 1980), sejajar dengan
dasar penjajah yang tidak berhasrat mewujudkan anak watan berwibawa.
Jawatankuasa Barnes (1951) memperlihatkan perubahan pandangan sedikit
tentang bahasa Melayu apabila mengakui pentingnya bahasa Melayu dalam mem-
bentuk sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan, tetapi masih tetap menguta-
makan pendidikan dalam bahasa Inggeris kerana bahasa Melayu tetap setakat
menjadi bahasa penghantar di peringkat sekolah rendah sahaja. Usulnya agar
sistem pendidikan hanya berlandaskan dua bahasa penghantar, iaitu bahasa
Inggeris dan bahasa Melayu ditentang kuat oleh masyarakat Cina dan India.
Menjelang kemerdekaan, usaha memartabatkan semula bahasa Melayu telah
diupayakan, khususnya oleh Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang menetap-
kan dasar pendidikan kebangsaan dengan berteraskan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama. Usul Jawatankuasa tersebut (yang dikenal
sebagai Penyata Razak) dan kemudian diperkuat oleh usul Jawatankuasa Penye-
makan Pelajaran Abdul Rahman Talib 1960 (yang dikenal sebagai Penyata
Rahman Talib) telah dijadikan asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang se-
lama 35 tahun menjadi asas sistem pendidikan kebangsaan sebelum diluluskan
Akta Pendidikan 1996. Malah akta pendidikan yang baharu itu pun, khususnya
dalam Seksyen 17, masih mempertahankan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar utama sistem pendidikan negara.
Kesediaan kerajaan pada waktu itu memenuhi tuntutan rakyat merupakan
kebijaksanaan yang tepat untuk mempersiapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa yang berupaya menjadi wahana bidang-bidang utama tamadun bangsa dan
negara, khususnya melalui perancangan korpus bahasa dalam bidang kosa kata
(umum dan khusus), sistem ejaan, tatabahasa, sebutan dan laras bahasa.
Selama hampir setengah abad negara menikmati kemerdekaan, bahasa
Melayu telah menjadi salah satu asas pembinaan negara yang penting melalui
tiga fungsi utamanya, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa
ilmu. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu telah berhasil menjadi asas ter-
bentuknya konsep negara yang berdaulat dan telah menjadi faktor pemersatuan
rakyat yang ampuh sehingga terbentuk perpaduan kebangsaan. Sebagai bahasa
rasmi pula, bahasa Melayu telah menjadi wahana komunikasi rasmi yang meng-

21

ED2 jurnal hadhari01.indd 21 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

gerakkan jentera pentadbiran kerajaan dalam membangunkan negara dalam pel-


bagai sektor. Sektor utama negara seperti pentadbiran, pendidikan, undang-undang
dan kehakiman serta media massa telah mencapai tahap kemajuan dan kecekapan
yang membanggakan melalui bahasa Melayu sebagai wahana utamanya.
Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu telah memungkinkan berlangsungnya
pendemokrasian pendidikan apabila sejumlah besar generasi muda mendapat
peluang belajar dalam bahasa kebangsaan, tanpa kekangan faktor taraf sosio-
ekonomi dan pengasingan etnik serta keeksklusifan bahasa penghantar ilmu
yang dahulunya didominasi oleh bahasa Inggeris. Jutaan lepasan sekolah aliran
kebangsaan telah terhasil dan merekalah yang menjadi tonggak pembangunan
negara dalam pelbagai bidang. Meskipun pada tahap pengajian tinggi, khususnya
yang melanjutkan pengajian di luar negara, memperoleh ilmu dalam bahasa asing,
kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah bahawa sehingga peringkat menengah
atas sekurang-kurangnya, iaitu peringkat yang memberikan ilmu dan kemahiran
asas kepada pelajar, pendidikan disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Namun,
apabila ada tindakan berpatah kembali untuk menjadikan bahasa lain sebagai
wahana bidang-bidang utama kenegaraan itu, khususnya melalui bidang pen-
didikan, maka martabat bahasa Melayu sudah mula tergugat. Pengurangan fungsi
dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh
Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta
Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa
Melayu sebagai salah satu tonggak pembinaan Negara.

Permasalahan dan Senario Semasa

Bahasa yang kita warisi dari zaman keagungan tamadun Melayu silam (dari
zaman Sriwijaya hingga zaman kesultanan Melayu Melaka, Pasai, Aceh,
Kedah, Patani, Banjarmasin, Riau Johor dan sebagainya) dan kemudian di-
jadikan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu sesudah kemerdekaan
negara ini telah mencapai tahap bahasa yang utuh sebagai wahana kehidupan
masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun dengan adanya tantangan-tantangan
semasa, bahasa Melayu mengalami kemerosotan dalam dua aspek, iaitu aspek
taraf dan mutunya.
Kemerosotan dalam aspek taraf bermaksud penyempitan penggunaan ba-
hasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan penggunaannya oleh
undang-undang, iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, Akta Bahasa
Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai
contoh, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran, undang-undang,
penyiaran dan pendidikan mutakhir ini ternyata bukan semakin meluas tetapi kian
mengecil. Apabila subjek-subjek yang berteraskan sains dan matematik dipu-
tuskan diajarkan dalam bahasa Inggeris (sehingga unjurannya menunjukkan ba-
hawa penggunaan bahasa Inggeris akan mencapai 80% dalam sistem pendidikan

22

ED2 jurnal hadhari01.indd 22 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

negara), misalnya pasti tidak dapat memenuhi aspirasi menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan.
Kemerosotan dalam aspek mutu bahasa pula berkaitan dengan kurang peka-
nya sebilangan anggota masyarakat terhadap bentuk bahasa Melayu yang baku
dan ragam bahasa Melayu rasmi, khususnya dalam konteks bidang yang rasmi
seperti pentadbiran, penyiaran dan pendidikan. Percampuran ragam bahasa
basahan (yang ditandai oleh fenomena bahasa rojak atau istilah linguistiknya
peralihan kod, bahasa sms, bahasa sembang di internet, dan sebagainya) dengan
bahasa yang baku dalam situasi rasmi menjadikan bahasa Melayu kehilangan
darjat dan citra sebagai bahasa budaya tinggi. Demikian juga, semakin tidak nyata
semangat cinta dan hormat kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan asas jati diri negara apabila kian banyak terjadi fenomena penamaan tempat,
bangunan dan jalan, termasuk di kawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara,
yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing (misalnya precinct, parcel
dan boulevard).
Senario kini tentang kedudukan bahasa Melayu menunjukkan kian kurang
terbudayanya bahasa Melayu dalam kalangan sejumlah anggota masyarakat,
khususnya dalam konteks yang fungsional, iaitu yang berkaitan dengan kedudu-
kan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.
Senario itu tergambar pada beberapa perkara yang berikut:

1. Penghayatan penjawat awam yang kurang memuaskan dalam pelak-


sanaan peruntukan Perkara 152 tentang peranan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi sehingga masih banyak urusan rasmi seperti mesyuarat,
pekeliling, majlis rasmi dan sebagainya yang masih tidak mengutama-
kan bahasa Melayu seperti yang ditafsirkan sebagai bahasa rasmi dalam
Perlembagaan.

2. Tidak tegasnya dan tidak selarasnya penguatkuasaan penggunaan


bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan di tempat awam (melibatkan pihak berkuasa tempa-
tan), penyiaran (melibatkan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia).

3. Pengurangan peranan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sebagai


kesan pelaksanaan beberapa keputusan, seperti pengajaran subjek-
subjek berasaskan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di
sekolah, peningkatan dan peluasan bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar kursus di IPTA dan juga pengecualian pengajaran di IPTS
dalam bahasa asing serta pengecualian pengajaran bahasa Melayu
sebagai subjek wajib.

23

ED2 jurnal hadhari01.indd 23 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

4. Globalisasi yang sebahagian besarnya melalui perantaraan bahasa


asing, khususnya bahasa Inggeris, sehingga timbul keghairahan yang
kadang kala berlebihan dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat
(pemimpin, profesional dan orang awam) untuk mengutamakan pengua-
saan bahasa Inggeris dan mengurangkan perhatian kepada penggunaan
bahasa Melayu.

5. Budaya berbahasa Melayu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat


Malaysia, termasuk dalam kalangan orang Melayu sendiri tidak cukup
mantap kerana adanya anggapan bahawa bahasa Melayu tidak ber-
kolerasi dengan taraf sosial dan pendidikan serta tidak mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi, sementara bahasa Inggeris dianggap menjadi kayu
ukur taraf sosial dan pendidikan serta menjanjikan pulangan ekonomi,
misalnya dalam hal peluang pekerjaan. Jika bahasa Melayu digunakan
pula, masih besar jumlah anggota masyarakat, termasuk golongan yang
berpengaruh yang menggunakannya pada tahap mutu bahasa yang tidak
begitu mencerminkan budaya tinggi.

6. Penyataan yang merendahkan taraf dan relevannya bahasa Melayu


turut mengurangkan perhatian dan keyakinan sebilangan anggota
masyarakat kepada bahasa Melayu. Sebagai contoh, dalam pada DBP
mengusahakan pelibatan sektor swasta menggunakan bahasa kebang-
saan pada papan perniagaan dan iklan mereka, Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (menurut laporan The Star pada 1 Januari 2004)
membuat kenyataan bahawa penggunaan bahasa kebangsaan tidak akan
diwajibkan lagi pada papan perniagaan dan iklan. Seorang menteri
kanan pula, melalui media juga, mengajak masyarakat mengabaikan
pejuang bahasa yang didakwanya berfikiran sempit, lalu menyeru agar
digiatkan usaha meluaskan penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai
kemajuan, dan dengan tidak segan-silu atau berasa hormat kepada salah
satu asas kenegaraan, iaitu bahasa kebangsaan, mengisytiharkan bahawa
urusan di kementeriannya kebanyakannya dilaksanakan dengan meng-
gunakan bahasa Inggeris.

Langkah Meningkatkan Martabat Bahasa Melayu

Langkah meningkatkan martabat bahasa Melayu sebagai wahana peningkatan


tamadun Malaysia memerlukan perencanaan semula dalam beberapa aspek
dan pada waktu yang sama memerlukan peneguhan dasar-dasar yang berkaitan
dengannya, sebagai langkah membina ketahanan jati diri dan maruah bangsa dan
negara. Antara langkah yang perlu diambil termasuklah:

24

ED2 jurnal hadhari01.indd 24 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

1. Penegasan dasar bahasa dan penguatkuasaan dasar bahasa


secara bersepadu - Contohnya, pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua uru-
san rasmi dan majlis rasmi di peringkat negara mengutamakan penggu-
naan bahasa Melayu, selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Perse-
kutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Semua peruntukan tentang bahasa
kebangsaan yang terdapat dalam undang-undang negara hendaklah
bukan sahaja dihormati malah dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur oleh
semua lapisan, daripada pemimpin negara hingga penjawat awam dan
masyarakat umum. Usahlah ada sebarang tindakan yang melemahkan
undang-undang tersebut, sama ada melalui pengenalan dasar baru,
pernyataan atau tindakan yang bercanggah dengan undang-undang itu.

2. Pindaan dan peluasan peruntukan akta yang berkaitan - Pindaan


Akta Bahasa Kebangsaan yang memberikan cakupan lebih luas peng-
gunaan bahasa Melayu, pindaan akta-akta yang sudah tidak kemas kini
atau tidak jelas tentang penggunaan bahasa Melayu seperti Akta Jalan,
Parit dan Bangunan, Akta Pertubuhan, Akta Pendaftaran Perniagaan,
Akta Syarikat, Akta Cap Dagang, Akta Industri Pelancongan dan beber-
apa yang lain perlu disegerakan. Selain itu, akta yang sedia ada seperti
Akta Komunikasi dan Penyiaran dan Undang-undang Kecil Pengiklanan
mestilah dikuatkuasakan pelaksanaannya secara tegas.

3. Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu –


Usaha ini perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih
tinggi sebagai bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan
rujukan umum dalam pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan
dalam pelbagai media (bercetak dan elektronik). Agenda pengayaan
khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti dimasukkan dalam agenda
pembangunan negara melalui Belanjawan Negara.

4. Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan – Usaha


ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga pering-
kat pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih
berat kepada usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas penegu-
han tamadun bangsa Malaysia dalam dua aspek yang penting. Yang
pertama ialah pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai baha-
sa utama dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras
dengan perancangan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Pelajaran
Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran
Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 dan
Akta Pendidikan 1996. Sebarang usaha berundur daripada keputusan

25

ED2 jurnal hadhari01.indd 25 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

yang penting dan bijaksana serta telah membuktikan kejayaan dalam


proses pembinaan negara hendaklah dielakkan. Kejayaan Universiti
Kebangsaan Malaysia dan universiti-universiti lain dalam pelaksanaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu untuk pelbagai bidang ilmu tidak
harus direncatkan. Aspek yang kedua ialah pembudayaan bahasa yang
baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi melalui kegiatan
pengajaran dan pemelajaran, sukatan pelajaran, buku teks dan bacaan
tambahan serta melalui pelbagai kegiatan kokurikulum. Dengan demi-
kian diharapkan landaan pelbagai ragam bahasa tidak rasmi, sama ada
bahasa sembang internet, bahasa sms atau yang lain tidak akan sampai
menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

5. Komponen bahasa dan persuratan dalam pelbagai program negara


– Semua program negara yang bersifat pembinaan sahsiah di pelbagai
peringkat mesti memasukkan program bahasa dan persuratan, misalnya
dalam Program Khidmat Negara, kursus Biro Tatanegara, KP3P dan se-
bagainya. Kursus atau apa-apa juga program motivasi untuk kalangan
ahli politik dan profesional perlu memasukkan modul bahasa dan persu-
ratan di dalamnya.

6. Modul bahasa dan persuratan dalam program latihan jabatan -


Setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu memasukkan modul bahasa,
penulisan dan persuratan dalam program “kursus dalam perkhidmatan”
masing-masing.

7. Pemantauan berterusan terhadap bidang penyiaran dan media


massa - Usaha ini perlu dilaksanakan untuk memastikan bahawa media
massa melaksanakan tanggungjawab sebagai agen pemantapan bahasa
yang baik dan santun dalam penyiaran dan penerbitan program atau
bahan. Tindakan perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan pentadbiran
dan jua tindakan undang-undang.

8. Program pemasyarakatan bahasa kebangsaan bertaraf kebang-


saan - Kerajaan, melalui semua kementerian, jabatan dan agensi serta
perbadanan dan pihak swasta hendaklah secara aktif dan terancang
menyertai program pemasyarakatan bahasa kebangsaan di seluruh
negara yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, khususnya Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang dilaksana-
kan setiap tahun selama sebulan. Selain itu, setiap jabatan kerajaan dan
swasta hendaklah diminta merancang dan menganjurkan kegiatan yang
dapat menyemarakkan pembudayaan bahasa Melayu dari waktu ke
waktu dalam perancangan tahunan supaya bahasa dan persuratan Melayu

26

ED2 jurnal hadhari01.indd 26 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

tidak terpinggir dalam sektor di luar lingkungan orang atau institusi


khusus dalam bidang bahasa dan sastera.

PENUTUP

Pembangunan negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua
bidang yang penting diberi perhatian yang sama beratnya, termasuk bidang
bahasa dan budaya. Dalam konteks pembentukan jati diri dan citra negara ini
pula, dasar-dasar yang bersifat endoglosia, iaitu berasaskan keperibumian yang
disokong oleh hakikat sejarah kebudayaan dan tamadun di negara dan di ran-
tau ini perlu dipertahankan dan ditingkatkan. Tidak seharusnya berlaku keadaan
negara menuju kejayaan ekonomi dan industri sementara mengalami kehancuran
daripada segi unsur dalaman bangsa, terutama bahasa dan budaya. Oleh itu,
kerjasama antara semua kementerian, jabatan, agensi, pertubuhan, sektor swasta
dan orang perseorangan perlu digemblengkan secara bersepadu oleh pemerintah
dalam bentuk rangkaian yang berkesan untuk memastikan pencapaian kemajuan
yang seimbang, selaras dengan cita-cita kepemimpinan negara hendak melahirkan
warganegara yang unggul (towering personality) sebagaimana yang didambakan
oleh Perdana Menteri.

Rujukan

al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1972a. Konsep Baru mengenai Renchana serta Chara-
gaya Penelitian Ilmiah Pengkajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di
Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Dlm. Buku Panduan Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1972b. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1977. Islam, Faham Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur: Angkatan Belia Islam (ABIM).
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam and Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM).
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1991. The Conception of Education in Islam, A Frame-
work for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur: International Institute
of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
al-Attas, Syed Muhammad Naquib (pnyt.). 1992. Tujuan dan Objektif Pendidikan Islam.
Terj. Shamsuddin Jaafar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1995. Prelogomena to Metaphysics of
Islam: An Exposition of the Fundamental Elements of the Worldview of
Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization
(ISTAC).

27

ED2 jurnal hadhari01.indd 27 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

Awang Had Salleh. 1980. Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 1997. Falsafah Pendidikan Bahasa: Kajian tentang Konsep dan Pelak-
sanaannya di Malaysia dengan Rujukan Khusus kepada Pendidikan Bahasa Melayu
di Sekolah Menengah. Disertasi PhD. Universiti Malaya.
Awang Sariyan. 2000. Ufuk Baharu dalam Kerjasama Bahasa Melayu Serantau dan
Antarabangsa. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alaf Baru 2000.
Anjuran Pusat Bahasa, Universiti Teknologi MARA. 25 – 27 September.
Awang Sariyan. 2002a. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan. 2002b. Ceritera Kejayaan Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Awang Sariyan. 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik.
Petaling Jaya: Sasbadi.
Collins, J.T. 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
al-Faruqi, Ismail. 1991. Kata Pengantar. Dlm Pengislaman Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
al-Ghazali. 1980. Ihya Ulumuddin. Terj. Ismail Yakub. Indonesia: Penerbit Asli.
Ghazali Basri. 1990. Di Sekitar Permasalahan Ilmu. Dlm. Mohd. Idris
Jauzi (pnyt.). Faham Ilmu – Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.
Hasan Langgulung. 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Shah Alam: Hizbi.
Hasheem, O. 1988. Menaklukkan Dunia Islam. Surabaya: Yapi.
Hashim Musa. 1980. Teori Innateness dan Konsep Asyhadu: Penghuraian
Bahasa, Akal dan Ilmu. Dlm. Dewan Bahasa, 24, 12: 66-78.
Hashim Musa. 1991. Falsafah Bahasa Pengenalan kepada Bidang dan Sejarah Kajian.
Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Hassan Ahmad. 2002. Dasar Bahasa dan Pembangunan Negara di Malay-
sia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Linguistik
Malaysia.
Hossein Nasr, Seyyed. 1976. Western Science and Asian Cultures. New Delhi: Indian
Council for Cultural Relations.
Kamus Dewan. 2005. Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia. 1995. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 (Pindaan dan Peluasan).
Malaysia. 1991. Akta Pelajaran 1961.
Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996.
Nik Safiah Karim. 1993. Pengajian Melayu Menjelang Abad Ke-21. Syarahan Perdana
Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2004.
Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Osman Bakar. 1992. Classification of Knowledge in Islam. Kuala Lumpur:
Insitut Kajian Dasar.

28

ED2 jurnal hadhari01.indd 28 7/30/09 9:04:23 AM


Peranan bahasa dalam pembinaan insan dan pembangunan Masyarakat Hadhari

Perlembagaan Persekutuan. Malaysia 1957.


Siddiq Fadhil. 1990. Pengislaman Ilmu – Peranan Cendekiawan. Dlm. Mohd. Idris Jauzi
(pnyt.). Faham Ilmu – Pertumbuhan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enter-
prise.
The Star. 2004. 1 January.
Universiti Islam Antarabangsa. t.th. Prospektus 1989/90.
Wan Mohd. Noor Wan Daud. 1991. The Beacon on the Crest of the Hill. Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. 1993. Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian. Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise.
Yaacob Yusoff. 1991. The Qur`anic Notion of Knowledge and Challenge of Rationalism.
Shah Alam: Hizbi.
Zawawi Hj. Ahmad. 1988. Pemikiran al-Ghazali: Pendidikan. Kertas Kerja Seminar al-
Imam al-Ghazali dan Sumbangannya. Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya dan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 23-25 September
1988.

Prof. Dr. Awang Sariyan


Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China
Beijing Foreign Studies University
(awsr@yahoo.com)

29

ED2 jurnal hadhari01.indd 29 7/30/09 9:04:23 AM


Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 1-29

30

ED2 jurnal hadhari01.indd 30 7/30/09 9:04:23 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 31-44 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

MANUSIA PEMBINA TAMADUN:


PERSPEKTIF PEMIKIRAN ISLAM

Zakaria Stapa

ABSTRAK

Tamadun adalah produk daripada tindak balas antara manusia dengan alam
dan kehidupan. Dalam konteks ini, manusia adalah pemain utama dalam meng-
hasilkan sesebuah tamadun. Perspektif Islam melihat bahawa makhluk manusia
sememangnya disediakan oleh Allah dengan kelengkapan yang cukup untuk
melaksanakan tugas sebagai pembina tamadun. Namun, tinggi atau rendah
kualiti sesebuah tamadun yang terbina akan bergantung sepenuhnya kepada
nilai peribadi manusia itu sendiri. Oleh itu, perspektif Islam melihat manusia
yang jati dirinya berpaksi pada aspek kerohanian dirinya itu, mestilah ditarbiyah
secukupnya agar dapat dihasilkan peribadi-peribadi berakhlak mulia yang teguh
imannya dan sentiasa melakukan amal soleh. Dan dari peribadi-peribadi ber-
akhlak mulia inilah, perspektif Islam melihat, akan dapat digantungkan harapan
bagi menghasilkan tamadun berkualiti tinggi yang boleh menjamin kesejahteraan
hidup alam seluruhnya. Hal seumpama ini telah dihasilkan secara konkrit oleh
umat Islam dalam zaman kegemilangan tamadun Islam satu masa dahulu.

Kata Kunci: Tamadun, Manusia, Kerohanian, Keimanan, Amal soleh

ABSTRACT

Civilization is a product of the interactions between man and the enviroment. In


this context, man is the main player in creating a civilization. From an Islamic
perspective, man is provided by Allah with the necessary skills and attributes to
carry out his role as a civilization builder. However, the quality of a civilization
that is built is depending on the personal values of man himself. Therefore, the
Islamic perspective posits that man, whose self-worth is based on his spirituality,

31

ED2 jurnal hadhari02.indd 31 7/30/09 9:05:42 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

must be trained so that he has a good moral standing, coupled with an unshake-
able faith and consistently performing good deeds. And it is from these perso-
nalities of man that the hope of a high quality civilization be build, which would
subsequently ensure a high quality of life for all. This had been once concretely
built by Muslims durings the Golden Era of the Islamic civilization.

PENDAHULUAN

Tamadun secara mudah boleh ditakrifkan sebagai suatu hasil tindak balas antara
manusia dengan alam dan kehidupan (al-Buti 2004). Ini bermakna bahawa
sesebuah tamadun tersebut muncul hasil daripada berlakunya tindak balas manu-
sia terhadap alam semesta dalam proses manusia menjalani kehidupan harian
mereka di planet bumi ini. Bagaimana manusia mengurus dan mengendalikan
kehidupan menerusi interaksi mereka dengan pelbagai unit alam semesta yang
wujud di sekitar diri mereka sehingga mereka dapat mempertahankan survival
dan kelangsungan hidup mereka, maka dari situlah lahirnya tamadun.
Yang cukup jelas di sini ialah bahawa makhluk manusia merupakan pemain
utama dalam proses pembinaan sesebuah tamadun. Hanya mereka memerlu-
kan umur atau kesempatan hidup serta alam semesta yang tersedia untuk boleh
dipergunakan dalam proses pembinaan tersebut. Oleh itu elemen pembinaan se-
sebuah tamadun yang asasi ialah: Makhluk manusia, kehidupan mereka dan alam
semesta. Dan dalam tulisan ini elemen-elemen utama ini, khususnya pemain
utamanya – iaitu makhluk manusia – akan cuba dianalisis daripada perspektif
Islam. Penganalisisan ini bermaksud untuk memperjelas hakikat betapa sese-
buah tamadun yang berkualiti tinggi, bermanfaat dan berupaya menabur rahmat
dan keselesaan untuk kehidupan alam seluruhnya, sebenarnya boleh muncul di
alam realiti. Itulah tamadun Islam yang satu ketika dahulu pernah muncul dan
menabur baktinya kepada alam sejagat. Mekanisme pembentukannya jelas ter-
ungkap dalam risalah yang dibawa oleh Rasul Agung, Muhammad s.a.w.

TUGAS MANUSIA DALAM KEHIDUPAN


DI ALAM INI

Ditinjau daripada perspektif Islam, sebagaimana terungkap dalam al-Qur’an,


peranan, tanggungjawab serta matlamat kehadiran manusia di alam ini adalah ter-
fokus kepada pelaksanaan dua tugas utama: Melakukan ibadah kepada Allah dan
memakmurkan planet bumi yang mereka diami. Perihal tugas ini terungkap jelas
dalam ayat-ayat firman Allah berikut:

[Maksudnya]: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan


untuk melakukan ibadah kepada-Ku”
(al-Dhariyat 51: 56).

32

ED2 jurnal hadhari02.indd 32 7/30/09 9:05:42 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

[Maksudnya]: “Dialah yang menjadikan kamu daripada ba-


han-bahan bumi, dan menghendaki kamu memakmurkannya”

(Hud 11: 61).

Bagaimanapun, perlulah difahami bahawa konsep ibadah kepada


Allah yang menjadi tugas dan kewajipan – malahan ia menjadi suatu hikmah dan
penyebab pewujudan makhluk manusia dan jin di alam ini – yang perlu dilak-
sanakan oleh makhluk manusia tersebut, dalam keseluruhan kerangka keagamaan
Islam, adalah tidak hanya tertumpu kepada pelaksanaan ibadah-ibadah khusus
semata-mata, seumpama solat, puasa, zakat dan haji sahaja, sehingga mengene-
pikan semua urusan dunia yang lain. Ini kerana penyempitan konsep ibadah ke-
pada Allah kepada ibadah khusus semata-mata tersebut sebenarnya bertentangan
dengan intisari kehendak ayat 61 Surah Hud di atas. Di dalam ayat tersebut Allah
beriradah supaya manusia melaksanakan tugas pemakmuran bumi yang mereka
diami ini. Sedangkan pelaksanaan ibadah khusus seumpama solat dan puasa itu
misalnya sukar untuk digambarkan kaitannya dengan proses pemakmuran bumi
atau alam ini. Oleh itu, sesungguhnya kerja-kerja lain selain ibadah khusus, yang
dikaitkan secara langsung proses dengan pemakmuran bumi adalah juga sebe-
narnya termasuk dalam konsep ibadah kepada Allah, kerana kerja berkenaan juga
adalah termasuk dalam suruhan Allah. Hal seumpama inilah yang ditegaskan oleh
Shaykh Mahmud Shaltut – seorang mantan Sheikh al-Azhar – dalam buku beliau
Tawjihat al-Islam (Abu Sin 1984):

Sebenarnya ibadah kepada Allah yang menjadi penyebab ke-


pada penciptaan jin dan manusia itu tidak terlaksana dalam
kehidupan ini dengan cara penumpuan seluruh hidup kepada
Allah semata-mata dan mengetepikan semua perihal dunia
yang lain. Malah sesungguhnya ia menjadi tertunai dengan
pelaksanaan iradah Allah di alam ini menerusi kerja pengima-
rahan atau pemakmuran alam ini serta pendedahan rahsia-rah-
sia Allah yang menunjukkan kebesaran, keesaan dan kewajaran
Allah sahaja yang layak dipersembahkan ibadah dan pentaq-
disan. Demikianlah keperluan manusia memahami bahawa
Allah tidak meredai hambanya... menghabiskan seluruh waktu
di masjid-masjid sahaja untuk melakukan ibadah dan bermuna-
jat kepada-Nya; sedangkan sebenarnya manusia juga melaku-
kan kerja munajat sewaktu dia berkerja di ladang atau bendang,
di gedung perniagaan dan di tengah-tengah masyarakat. Semua
itu sebenarnya adalah juga merupakan kerja munajat yang di-
dengari oleh Allah dan boleh menghampirkan seseorang hamba
kepada Allah

33

ED2 jurnal hadhari02.indd 33 7/30/09 9:05:42 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

Catatan-catatan di atas membolehkan kita memahami dengan jelas ba-


hawa tugas dan tanggungjawab manusia ialah melakukan ibadah kepada Allah
dan memakmurkan muka bumi. Ini merupakan satu pakej yang mesti dilak-
sanakan oleh manusia secara sekali gus dan kedua-duanya merupakan tugasan
yang mesti disempurnakan demi penunaian suruhan Allah, yang juga merupakan
matlamat utama kehadiran manusia di alam ini. Dalam kata lain, kita boleh pula
menyimpulkan di sini bahawa kerja-kerja manusia dalam memakmurkan bumi
mestilah dikerjakan dalam konteks kesedaran ketauhidan dan peribadahan kepada
Allah. Ini bermakna bahawa kerja-kerja pemakmuran bumi berkenaan mestilah
berpaksikan tauhid dan segala implikasi dari konsep ketauhidan tersebut, di
mana ia tidak sekali-kali boleh dilaksanakan secara sewenang-wenang dengan
menurut kehendak dan tuntutan hawa nafsu serakah manusia sahaja. Malah ia
mesti menurut tata cara yang diletakkan oleh Allah, Pencipta dan Pemilik sejati
bumi dan manusia itu sendiri. Seandainya proses pemakmuran bumi dilaksana-
kan secara sewenang-wenang tanpa mengikut prosedur Allah, bermakna berlaku-
lah suatu bentuk pencabulan dan pencerobohan hak Allah sebagai Pemilik sejati
planet bumi, dan mereka yang bertanggungjawab mestilah menerima risiko ke-
murkaan Allah. Hal seumpama inilah yang kelihatan banyak berlaku dalam zaman
sekarang.
Selanjutnya, di samping dua tugas utama di atas, berdasarkan suatu per-
janjian azali atau primordial di antara roh-roh manusia dengan Allah - di dalam
perjanjian tersebut roh-roh manusia telah dikemukakan suatu amanah pentaklifan
dan peribadahan yang diperakui oleh roh-roh manusia penerimaan amanah ber-
kenaan - manusia dikurniakan oleh Allah taraf sebagai khalifah di muka bumi
serta diberikan upaya pentaskhiran (utilization and subjugation) terhadap segala
apa yang ada di planet bumi ini untuk tujuan pengimarahan atau pemakmuran
planet bumi berkenaan (Abu Sin 1984). Perihal ini semua terungkap jelas dalam
firman-firman Allah berikut:

[Maksudnya]: “Dan [ingatlah wahai Muhammad] ketika


Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam [turun temu-
run] dari [tulang] belakang mereka, dan Ia jadikan mereka
saksi terhadap diri mereka sendiri, [sambil Ia bertanya dengan
firman-Nya]: “Bukankah Aku Tuhan kamu?” mereka semua
menjawab: “Benar [Engkaulah Tuhan kami], kami menjadi
saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari
Kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai [tidak diberi
peringatan] tentang [hakikat tauhid] ini”

(al-A‘raf 7: 172).

34

ED2 jurnal hadhari02.indd 34 7/30/09 9:05:42 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

[Maksudnya]: “Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu berfirman


kepada Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya [tentang hik-
mah ketetapan Tuhan itu dengan berkata]: “Adakah Engkau
[ya Tuhan kami] hendak menjadikan di bumi itu orang yang
akan membuat bencana dan menumpahkan darah [berbunuh-
bunuhan], padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu
dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya”

(al-Baqarah 2: 30).

[Maksudnya]: “Dan Ia [Allah] memudahkan [mentaskhir]


untuk [faedah dan kegunaan] kamu, segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi, [sebagai rahmat pemberian] daripada-
Nya; sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda [yang
membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya] bagi kaum yang
memikirkannya dengan teliti”

(al-Jathiyyah 45: 13).

Tugas sebagai khalifah yang mempunyai upaya pentaskiran terhadap segala


apa yang ada di langit dan di bumi adalah amat penting untuk tujuan pemakmu-
ran alam ini. Dalam konteks ini, sesungguhnya manusia diberikan Allah segala
kelengkapan yang perlu untuk melakukan pelbagai tindakan - positif atau nega-
tif - terhadap setiap unit alam yang ada di sekitar diri mereka dalam kehidupan
harian mereka. Dan apabila segala ini dilakukan oleh makhluk manusia, maka
sebenarnya manusia sedang melaksanakan tugas sebagai pembina tamadun.
Dengan itu, jelas bahawa kerjaya manusia dalam kehidupan mereka di muka bumi
ini, bersama dengan pelbagai upaya dan kelengkapan yang mereka miliki, adalah
berfungsi sebagai agen pembentukan tamadun.
Berdasarkan analisis di atas, jelas bahawa manusia secara automatik beru-
paya membina tamadun. Malahan itulah tugas asasi manusia dalam kehidupan di
alam ini. Maka itu, berkualiti tinggi atau rendahnya sesebuah tamadun yang terbi-
na akan banyak bergantung pada nilai diri manusia itu sendiri. Dalam perspektif
Islam, manusia yang dipertanggungjawabkan dengan tugas berat pembina
tamadun itu mestilah disediakan, atau dalam kata lain dibangunkan, sebaik mung-
kin dengan nilai-nilai diri yang diperlukan. Oleh itu, dalam proses untuk mem-
bangunkan diri manusia tersebut, supaya mereka dapat berfungsi dengan sem-
purna, terlebih dahulu perlu diteliti dengan baik siapa sebenarnya manusia dan
apa sebenarnya hakikat diri mereka?

35

ED2 jurnal hadhari02.indd 35 7/30/09 9:05:42 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

HAKIKAT DIRI MANUSIA

Kalau kita meminjam sudut pandangan al-Qur’an dalam usaha untuk mengenali
hakikat sebenar diri manusia, maka kita antara lain akan diberitahu:

[Maksudnya]: “Dan [ingatlah] ketika Tuhanmu berfirman


kepada para malaikat “sesungguhnya Aku akan menciptakan
seorang manusia dari tanah liat kering [yang berasal] dari
lumpur hitam yang diberikan bentuk. Maka bila Aku telah
menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalam-
nya roh [ciptaan]Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan
bersujud”

(al-Hijr 15: 28-29)

Dan dalam ayat yang lain pula, al-Qur’an ada menjelaskan:

[Maksudnya]: “... dan yang memulai penciptaan manusia


daripada tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari
saripati air yang hina [air mani]. Kemudian Dia menyempur-
nakannya dan meniupkan ke dalam [tubuh]nya roh [ciptaan]
Nya …”

(al-Sajdah 32: 7-9)

Berdasarkan kenyataan gugusan ayat–ayat al-Qur’an di atas kita sudah boleh


memahami bahawa manusia diciptakan oleh Tuhan daripada dua unsur yang ber-
beza: pada satu peringkat ia diciptakan daripada sesuatu yang berbentuk material,
sama ada secara langsung daripada tanah seperti yang terjadi dalam kes manu-
sia yang mula-mula sekali diciptakan, Adam a.s, atau yang diciptakan daripada
air mani seperti yang terjadi pada keturunan Adam a.s, dan aspek inilah yang
kemudiannya ditafsirkan sebagai tubuh atau jasad. Unsur kedua bersifat non-
material, yang digelarkan sebagai roh atau unsur kerohanian yang didatangkan
secara langsung dari sisi Tuhan. Komponen daripada kedua – dua aspek material
dan non-material inilah yang mewujudkan sejenis makhluk yang digelar sebagai
manusia.
Ditinjau dari perspektif Islam, sebagaimana yang antara lain digambarkan
oleh Imam al-Ghazali dalam kitab utama beliau Ihya’ ‘Ulum al-Din, unsur non-
material atau kerohanian di dalam diri manusia itu terangkum sekali gus dalam
istilah-istilah yang bukan hanya tertumpu pada istilah roh itu sendiri sahaja, tetapi
juga qalbu, nafs dan akal. Dalam penggunaan al-Ghazali, keempat-empat istilah

36

ED2 jurnal hadhari02.indd 36 7/30/09 9:05:42 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

ini – roh, qalbu, nafs dan akal – adalah seolah-olah boleh ditukar ganti antara
satu sama lain, iaitu keempat-empatnya merujuk pada sesuatu yang diungkap-
kan oleh al-Ghazali sebagai bersifat latifah rabbaniyah ruhaniyyah yang terdapat
dalam diri manusia dan merupakan hakikat sejati dirinya. Malahan, kerana kewu-
judan aspek kerohanian itulah menyebabkan manusia ditaklifkan dalam kehidupan
di dunia ini (al-Ghazali t. th.).
Pada prinsipnya unsur-unsur non-material yang disebutkan di atas, di sam-
ping ia merupakan hakikat sejati diri manusia, adalah juga berfungsi memberi-
kan ciri kehebatan dan keunggulan makhluk manusia dalam bandingan dengan
makhluk–makhluk ciptaan Allah yang lain. Seperti yang dijelaskan oleh al-Qur’an
makhluk manusia adalah lebih unggul dari para malaikat; perhatikan firman Allah
di bawah:

[Maksudnya]: “Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada


para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan se-
orang khalifah di muka bumi”. Mereka [para malaikat] ber-
kata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan [khalifah] di
bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu keta-
hui”. Dan Dia [Allah] mengajarkan kepada Adam nama-nama
[benda-benda] seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada
para malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada – Ku
nama benda-benda itu, jika kamu memang benar”. Mereka
[para malaikat] menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada
yang kami ketahui selain apa yang Engkau ajarkan kepada
kami …. Allah berfirman: “Wahai Adam, beritahukanlah mere-
ka nama benda-benda ini”. Maka setelah diberitahu kepada
mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: “Bukankah
telah Aku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya Aku me-
ngetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang
kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?”

(al-Baqarah 2: 30-32)

Daripada petikan panjang maksud ayat al-Qur’an di atas yang merupakan


dialog antara Allah s.w.t dan para malaikat tergambar dengan jelas bahawa de-
ngan izin Allah makhluk manusia, yang di sini diwakili Adam a.s., menjadi lebih
unggul dan lebih hebat daripada para malaikat berdasarkan ilmu yang dimiliki
hasil daripada pengajaran yang Allah berikan kepada Adam a.s. Dan sebagaimana
yang kita ketahui pemilikan ilmu kepada makhluk manusia adalah berhubung se-

37

ED2 jurnal hadhari02.indd 37 7/30/09 9:05:42 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

cara langsung dengan aspek non-material dirinya yang diwakili oleh fakulti akal
dan fakulti kefahaman yang dimiliki oleh mereka.
Digambarkan juga oleh al-Qur’an bahawa makhluk manusia adalah lebih
hebat dan lebih unggul daripada Jin. Hal ini dapat diperhatikan dalam kisah al-
Qur’an yang melibatkan Nabi Sulaiman a.s dan Balqis, iaitu daripada surah al-
Naml ayat 38-40. Dalam kisah tersebut diperihalkan bahawa Nabi Sulaiman a.s
pada suatu ketika bertanyakan pembesar yang terdiri daripada golongan manusia
dan jin berhubung dengan siapakah di antara mereka yang sanggup membawa
ke hadapan baginda singgahsana Puteri Balqis. Jin ‘ifrit yang ada di hadapan
baginda memberikan kesanggupan untuk membawa singgahsana tersebut dalam
tempoh tidak sempat pun Nabi Sulaiman a.s bangun dari tempat duduk bagin-
da. Sedangkan salah seorang manusia yang berilmu yang ada di hadapan Nabi
Sulaiman a.s. memberikan kesanggupan untuk melaksanakan kerja tersebut dalam
sekelip mata sahaja. Dan dalam kisah ini manusia itu telah melaksanakan kerja
tersebut dengan sempurna. Kehebatan dan keunggulan manusia dalam kisah ini
terlambang dalam dua keadaan: Pertama, kelebih-singkatan waktu yang diberi-
kan untuk melaksanakan tugas tersebut. Kedua, keupayaannya secara benar-
benar melaksanakan tugas tersebut. Dan sekali lagi di sini, keunggulan manusia
itu dikaitkan dengan pemilikan ilmu. Dalam kata lain, bukan semua manusia da-
pat menandingi kehebatan jin, tetapi cuma mereka yang mengembangkan potensi
diri dalamannya atau aspek kerohanian dirinya sehingga mereka menjadi berilmu
secukupnya, dan ketika itu barulah manusia dapat mengatasi keupayaan jin.
Seterusnya dalam hubungan ini, barangkali bermanfaat juga diketengahkan
di sini simbolis yang terdapat dalam sastera Islam yang memaparkan cerita
bahawa pada suatu ketika manusia dibawa ke hadapan pengadilan oleh para
haiwan, oleh sebab mereka tidak rela manusia memperalatkan mereka untuk
kegunaan manusia seumpama menunggang mereka, menyembelih mereka
untuk dimakan daging atau mengambil bulu mereka sebagai pakaian. Pada
pandangan para haiwan tersebut manusia tidak mempunyai apa-apa alasan
yang wajar sehingga ia perlu diberi keistimewaan sedemikian. Apabila manu-
sia mengemukakan alasan-alasan untuk membuktikan kelebihan-kelebihannya
dalam bandingan dengan haiwan, maka semua alasan tersebut dipatahkan de-
ngan mudahnya oleh para haiwan, baik alasan itu adalah yang berhubung dengan
sifat gagahnya, kebolehannya melayang atau kebolehannya bergerak di atas air.
Semua kebolehan itu dimiliki oleh haiwan pada asal lagi. Apabila manusia tidak
mempunyai apa-apa alasan lagi, lalu ia teringat kepada potensi akalnya yang
sangat tinggi tarafnya. Dan apabila hal terakhir ini disebutkan sebagai alasan,
para haiwan menjadi ketiadaan alasan lagi untuk menolak ketuanan manusia ke
atas diri mereka (Muhammad Uthman El-Muhammady 1988).
Daripada kisah simbolis di atas juga memperlihatkan keunggulan makhluk
manusia dalam bandingan dengan haiwan adalah dirujukkan kepada aspek non-
material yang dimiliki oleh manusia. Sememangnya sedemikian keadaannya, iaitu

38

ED2 jurnal hadhari02.indd 38 7/30/09 9:05:42 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

secara yang amat mudah boleh dimengerti bahawa betapa manusia, kalau dilihat
daripada aspek material dirinya, adalah tidak ada apa-apa yang istimewa, mala-
han amat lemah sekali. Gambarkan saja misalnya bila dia disengat oleh serangga
seumpama tebuan, dia sudah tidak dapat merasa aman lagi dan malahan mungkin
tidak dapat melelapkan mata. Kemudian kalau dilihat pula keindahan diri luaran-
nya, maka keindahan itu hanya setakat kulit luarannya sahaja, sedangkan yang di
dalam kulit itu amat jelek sekali. Badannya itu kalau tidak selalu dibersihkan, ia
akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
Berdasarkan huraian-huraian di atas ternyatalah bahawa kehebatan dan ke-
unggulan manusia adalah tertumpu pada aspek kerohanian yang dikurniakan oleh
Allah kepadanya, iaitu ketika aspek kesejatian dirinya itu dikembangkan secara
sewajarnya. Sebab itulah cukup tepat dan wajar sekali rumusan yang dibuat oleh
Dr. Muhammad al-Bahi di dalam salah satu tulisan beliau yang mengatakan ba-
hawa kerohanian adalah intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya. Ia bukanlah
sesuatu yang ditampal pada manusia atau yang asing bagi manusia, kerana apabila
kerohanian menjadi intisari kemanusiaan, bermakna kerohanian merupakan pusat
hidup dan pusat segala kegiatannya. Justeru, dalam konteks ini, perlulah difahami
secara tepat bahawa aspek material ataupun jasad manusia itu dijadikan hanya
sebagai kuda tunggangan kepada roh, iaitu jasad itu dijadikan untuk kepentingan
roh dan bukan sebaliknya (al-Bahi 1979).
Di sini boleh kita perhatikan dengan jelas kesilapan atau ketersasulan seba-
hagian besar manusia zaman kini, tentu sahaja termasuk di tanah air kita, yang
tidak dapat menanggapi secara tepat hakikat sebenar diri mereka, lalu meng-
abaikan aspek kerohanian diri mereka yang merupakan paksi sejati kewujudan
dan kehadiran mereka di alam ini. Dalam keadaan tersebut, kita boleh perhatikan
betapa mereka sentiasa sibuk secara sepenuh masa dalam hal-hal yang hanya
bersangkutan dengan persoalan kebendaan dalam diri dan di luar diri mereka serta
pemuasan aspek tersebut secara sepenuhnya. Hal ini termanifestasi antara lain-
lain dalam kesibukan dan hiruk-piruk dunia fesyen, kosmetik, penonjolan seks
dan berbagai-bagai lagi. Suasana seumpama ini tidak wajar dibenarkan peneru-
sannya kerana ia akan menghakis aspek-aspek positif daripada diri manusia, di
samping ia juga akan menaburkan berbagai perlakuan manusia yang tidak sihat
dan boleh mengganggu ketenteraman hidup bermasyarakat sebagaimana kesan-
nya antara lain boleh kita perhatikan terjadi di sana sini pada hari ini.
Huraian-huraian yang kita buat di sini tidak pula bermakna bahawa aspek ke-
bendaan dari diri manusia, berserta dengan segala keperluan-keperluannya mesti
diketepikan atau tidak perlu diberikan perhatian langsung. Tetapi dalam skema ini
ia perlu diletakkan pada tempat dan tarafnya yang wajar berasaskan kefahaman
yang tepat mengenai kedudukan kebendaan dalam keseluruhan skema kehidupan
manusia seperti yang kita jelaskan di atas. Barangkali, tamsil yang diungkapkan
oleh Habib ‘Abd al-Rahman al-A‘zami sewaktu memberikan kata pengantar ke-
pada Kitab al-Zuhd tulisan ‘Abd. Allah b. al-Mubarak adalah bermanfaat diberi-

39

ED2 jurnal hadhari02.indd 39 7/30/09 9:05:43 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

kan perhatian dalam hubungan ini. Al-‘Azami menggambarkan hal ini dengan
merujuk kepada seorang yang mempunyai matlamat untuk menunaikan fardu haji
ke Mekah bersama kafilahnya dengan menggunakan unta sebagai tunggangan.
Beliau mengatakan unta itu perlulah dipenuhkan keperluan-keperluan jasmani-
nya untuk membolehkan unta itu melaksanakan fungsi sebagai tunggangan. Tetapi
jikalau orang itu leka dan sibuk sepenuh masa dengan hanya memberi makanan
dan minum serta menghias unta tersebut, tentu sekali dia akan ditinggalkan oleh
kafilahnya, lalu menjadi terdedah kepada bahaya dibaham binatang buas, dan
dengan itu matlamat asalnya untuk menunaikan fardhu haji di Mekah tidak akan
tercapai (al-‘Azami t. th.).
Tamsil di atas memberikan gambaran betapa manusia perlu bersikap adil
terhadap persekitaran dirinya dengan meletakkan segalanya pada tempatnya
yang sesuai bagi menjamin kejayaan di dunia dan di akhirat. Ini adalah kerana,
dalam perspektif Islam, menikmati kebendaan untuk kepentingan kerohanian
adalah tidak pernah terlarang. Adapun yang dilarang adalah merujuk kepada
sikap yang memberikan tumpuan kepada kebendaan semata-mata; sikap bermati-
matian dalam kebendaan, sikap percaya kepada kebendaan sahaja dan menolak
segala nilai–nilai luhur yang lain (al-Bahi 1979). Ini kerana dalam perspektif
al-Qur’an (al-A‘raf: 11–12), sikap kebendaan seumpama itu adalah warisan dari-
pada budaya Iblis yang tidak mahu sujud hormat kepada Adam a.s – walaupun
tindakan itu melanggar perintah Allah, semata-mata kerana dalam pandangan
Iblis, ia lebih unggul kerana dijadikan daripada api, sedangkan Adam a.s hanya
dibuat daripada tanah liat. Ternyata sekali tafsiran yang dibuat oleh Iblis dalam
hubungan dengan keunggulan dirinya dalam bandingan dengan Adam a.s adalah
merujuk kepada aspek kebendaan semata-mata, tanpa mengambil kira aspek
kerohanian yang jauh lebih hebat yang terdapat dalam intisari yang mendasari
kesebenaran diri Adam a.s tersebut. Dan penilaian segala sesuatu berdasarkan
pendekatan Iblis sebagaimana yang kita huraikan di sini kelihatan subur berkem-
bang di sekeliling kita dalam kehidupan bermasyarakat. Sememangnya ke-
bendaanlah yang menjadi piawai pengukur dalam menentukan nilai dan taraf se-
seorang dalam kehidupan bermasyarakat masa kini.
Selanjutnya, dalam hubungan ini, kalau kita perincikan secara teliti isi kan-
dungan al-Qur’an, kita akan bertemu pula dengan penjelasan-penjelasan yang
menyatakan bahawa pemilikan aspek kerohanian yang mencirikan keunggulan
dan kehebatan makhluk manusia dalam bandingan dengan makhluk-makhluk
lain sebagaimana yang telah kita huraikan sebelum ini adalah tidak mutlak sifat-
nya, malahan ia mempunyai syarat-syarat tertentu yang mesti dipenuhi manu-
sia. Kalau sekiranya syarat-syarat itu diketepikan, taraf keunggulannya juga
akan tidak dapat dipertahankan. Dalam kata lain, manusia sebagai manusia, ber-
sama-sama dengan unsur-unsur kerohanian yang dimilikinya, belum lagi men-
janjikan kemestian dirinya menjadi unggul dan hebat. Perhatikan contoh firman
Allah di bawah:

40

ED2 jurnal hadhari02.indd 40 7/30/09 9:05:43 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

[Maksudnya]: “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk [isi]


neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka
mempunyai qalbu [hati], tetapi tidak dipergunakannya untuk
memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata
[tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekua-
saan Allah]. Mereka itu adalah seperti binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

(al-A‘raf 7: 179)

Berdasarkan ayat di atas ternyata sekali bahawa kalau sekiranya potensi kero-
hanian milik manusia yang dilambangkan di atas menerusi istilah qalbu, tidak
dikembangkan dan tidak dipergunakan secara wajar mengikut lunas-lunas yang
ditetapkan oleh syariat Allah, maka manusia tidak akan dapat mempertahankan
taraf keunggulannya sebagai manusia sebenar-benarnya. Malahan dalam kea-
daan itu ia terpaksa meletakkan jawatan dari menjadi manusia, lalu menurunkan
tarafnya menjadi sama dengan binatang ternak, dan dalam keadaan-keadaan ter-
tentu menjadi lebih sesat lagi dari binatang ternak. Inilah satu petaka besar kepada
makhluk manusia, kerana dengan itu dia sudah terpaksa menjadikan neraka Ja-
hanam tempat tinggalnya yang abadi di akhirat nanti, di samping dia juga dalam
suasana dirinya yang sudah terpaksa meletak jawatan daripada menjadi manusia,
sudah tentu tidak dapat menyumbangkan sesuatu yang positif dan berfaedah ke-
pada tamadun kemanusiaan dan kehidupan bermasyarakat di dunia ini. Ini ialah
kerana apalah sangat yang boleh diharapkan oleh sesebuah tamadun manusia dari
kumpulan binatang-binatang ternak?
Kemudian, dilihat dari dimensi lain, ayat di atas juga secara tidak langsung
kelihatannya memberikan semacam isyarat dan malahan menunjuk arah kepada
kita, betapa kita makhluk manusia perlu merancang dengan teliti pembangunan
unsur kerohanian diri kita ke arah yang positif, supaya dengan itu kita dapat
mengelak diri daripada petaka besar yang disebutkan di atas.
Di sini dapat disimpulkan secara pasti bahawa aspek non-material atau
kerohanian diri manusia itulah yang merupakan paksi sebenar dan hakikat sejati
dirinya. Aspek utama inilah yang mencirikan sama ada kehebatan dan keunggulan
atau kejatuhan dan kebankrupan diri manusia tersebut, tertakluk pada bagaimana
aspek kerohanian tersebut dikembangkan dalam kehidupan mereka. Dan atas asas
manusia adalah makhluk pembina tamadun, maka potensi unggul dirinya yang
dicirikan oleh unsur kerohanian dirinya itulah yang mesti dikembangkan dan
dibangunkan seutuhnya demi untuk mengharapkan mereka membina tamadun
yang berkualiti tinggi dan bermanfaat kepada kehidupan alam seluruhnya.

41

ED2 jurnal hadhari02.indd 41 7/30/09 9:05:43 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

PEMBANGUNAN DIRI MANUSIA

Barangkali arah tuju dalam kita merancang pembangunan diri manusia yang se-
mestinya diberikan fokus khusus kepada dimensi kerohanian dirinya itu dapat
diambil pedoman, antara lain-lainnya, daripada ayat al-Qur’an di bawah:

[Maksudnya]: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia


dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kemba-
likan dia ke tempat yang serendah-rendahnya [neraka]. Kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka
bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya”.

(al-Tin 95: 4-6)

Ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa dua unsur utama yang dapat me-
lepaskan manusia daripada petaka abadi api neraka Jahanam ialah keimanan dan
amal-amal soleh atau kebaikan. Maka, dalam konteks perbincangan kita di sini
bermakna bahawa unsur kerohanian dalam diri manusia itu mestilah dikembang-
kan dan disuburkan kehidupannya dengan kedua-dua unsur tersebut; keimanan
dan amal-amal kebaikan untuk memastikan bahawa ia nantinya terlepas daripada
perangkap petaka besar yang kita sebut di atas.
Kemudian, kalau kita perincikan dengan lebih teliti, maka keimanan yang
disebutkan di sini tentunya merangkumi seluruh rukun-rukun iman. Ini tentunya
bermakna pula bahawa unsur kerohanian atau ciri dalaman manusia yang disu-
burkan hidupnya dengan keimanan itu akan dikawal oleh suatu kawalan metafizik
yang disediakan oleh Rukun Iman yang akan menentukan arah segala laku per-
buatan dan akhlak dirinya. Contohnya di sini ialah, seseorang yang menghayati
secara sedar keimanan terhadap wujudnya Hari Akhirat sebagai tempat pembalas-
an yang kekal abadi, tentu sekali perlakuannya akan dikawal oleh unsur metafizik
tersebut, lalu ia tidak akan melakukan perkara-perkara yang merugikan dirinya
dalam kehidupan di akhirat nanti. Begitu juga misalnya dengan seseorang yang
meyakini kewujudan Allah yang tidak akan terselindung apa-apa pun daripada
pengetahuan-Nya, dia akan cuma melakukan perkara-perkara yang disukai dan
diredai oleh Allah sahaja. Maka di sini, daripada orang-orang yang menghayati
rukun-rukun iman ini, akan muncullah perlakuan akhlak Islam yang mulia.
Berhubung dengan amal-amal soleh atau kebaikan pula, barangkali ruang
lingkupnya boleh saja difahami daripada makna sebuah hadis yang mengatakan
bahawa amal soleh itu mempunyai berbagai fasa, dan membuang duri dari jalanan
dengan maksud agar orang tidak tertusuk olehnya merupakan fasa permulaan
daripada amal soleh. Jadi, cakupan istilah amal soleh itu meliputi semua tindakan
yang membawa manfaat kepada masyarakat (Hasan Langgulung 1979). Oleh itu,
dalam kata lain, amal-amal soleh itu, daripada perspektif Islam, merupakan segala

42

ED2 jurnal hadhari02.indd 42 7/30/09 9:05:43 AM


Manusia Pembina Tamadun: Perspektif Pemikiran Islam

sesuatu yang sinonim dengan istilah akhlak yang mulia, yang kerananya, antara
lain, Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri dibangkitkan oleh Allah kepada manusia.
Oleh itu, di sini perlu pula kita kenali dan fahami secara sepintas lalu unsur-
unsur yang terkandung dalam perkara yang diistilahkan sebagai akhlak mulia
itu. Dalam perspektif Islam kesempurnaan akhlak seseorang manusia terletak
pada kewujudan secara utuh dalam dirinya induk sifat-sifat utama iaitu sifat-sifat
yang dikenali dalam falsafah akhlak Islam sebagai al-hikmah (kebijaksanaan),
al-shaja‘ah (keberanian), al-‘iffah (pengawasan nafsu) dan al-‘adalah (keadilan
atau perimbangan). Dengan pemilikan induk sifat-sifat utama ini akan menghindar-
kan diri seseorang daripada perlakuan negatif yang boleh mengganggu ketentera-
man dan membantut kecemerlangan hidup bermasyarakat seumpama al-khabb
(pintar menipu), al-balah (kedunguan), al-tahawwur (berani membuta tuli),
al-jubun (pengecut), al-sharah (rakus) dan lain-lain (Muhammad Uthman El-
Muhammady 1988).

PENUTUP

Dengan itu sampai di sini kita sudah boleh membuat kesimpulan yang cukup
tegas dan meyakinkan bahawa unsur kerohanian dalam diri manusia itu, yang
merupakan paksi sebenar dan hakikat sejati dirinya, mestilah disuburkan dan
dibangunkan seutuhnya dengan unsur-unsur keimanan dan amal soleh yang juga
tidak lain daripada adunan dan ramuan yang terdapat dalam prinsip-prinsip akhlak
yang mulia dalam Islam. Dan berdasarkan cara penganalisaan kita di sini, pe-
nyuburan dan pembangunan kehidupan kerohanian dalam bentuk yang disebutkan
ini adalah merupakan sesuatu yang bersifat requisite demi menjamin kelahiran
dan kelangsungan tamadun serta kehidupan bermasyarakat yang sentiasa berada
dalam keadaan yang sejahtera, makmur dan cemerlang di dunia ini, dan terlepas
pula, di akhirat kelak, daripada petaka besar yang dihuraikan di atas.
Lebih daripada segalanya dapat dipertegaskan lagi bahawa keutuhan iman
dan kemuliaan akhlak yang menghiasi persada kerohanian ummah akan men-
jamin kemunculan dan kelestarian tamadun manusia yang berkualiti tinggi serta
dapat menabur rahmat kepada alam seluruhnya, iaitu unsur rahmat yang dibawa
oleh risalah Muhammad s.a.w itu sendiri. Dan hal yang sama jugalah yang telah
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dalam proses pembentukan tamadun Islam, di
mana Baginda memperteguh iman dan mendidik akhlak para sahabat dalam tem-
poh zaman Makki sebelum dikembangkan fungsi ummah yang lebih luas dalam
tempoh kehidupan pada zaman Madani.
Adapun unsur-unsur kekuatan lain yang diperlukan dalam proses pemba-
ngunan sesebuah tamadun, seumpama penguasaan ilmu, teknologi serta ke-
terampilan yang lain, dengan sendirinya akan diusahakan dengan gigih oleh
ummah yang sudah utuh keimanannya. Ini kerana kekentalan keimanan kepada

43

ED2 jurnal hadhari02.indd 43 7/30/09 9:05:43 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 31-44

rukun-rukun Iman tersebut secara tabiinya akan mendorong ummah untuk terus
maju dalam pelbagai bidang kehidupan. Hal seumpama inilah sesungguhnya yang
telah dibuktikan secara konkrit oleh kalangan umat Islam dalam zaman kegemi-
langan tamadun Islam yang lampau. Dan perihal yang sama perlu diulangi se-
mula oleh kalangan umat Islam masa kini demi kepentingan ummah itu sendiri
dan dunia seluruhnya.

Rujukan

Abu Sin, Ahmad Ibrahim. 1984. al-Idarah fi al-Islam. Qahirah: Maktabah Wahbah.
Al-‘Azami, Habib ‘Abd al-Rahman. t. th. Muqadimah Kpd. Kitab al-Zuhd. Oleh ‘Abd
Allah al-Mubarak. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Bahi, Muhammad. 1979. Islam dilitupi Awan Mendung. Terj. Yusoff Zaky Yacob.
Kota Bharu: Pustaka Dian Sdn. Bhd.
Al-Buti, Muhammad Said Ramadan. 2004. Islam Hadhari:Dalam Pembangunan Insan.
Terj. Muhammad Ramzi Omar. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.
Al-Ghazali, Abu Hamid. t. th. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
Hasan Langgulung. 1979. Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara.
Muhammad Uthman el-Muhammmady. 1988. Akhlak Dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Pustaka Fajar.

Prof. Zakaria bin Stapa


Dekan Fakulti Pengajian Islam / Dean of Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia

44

ED2 jurnal hadhari02.indd 44 7/30/09 9:05:43 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 45-76 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

PERUBAHAN SOSIAL DAN IMPAKNYA


TERHADAP PEMBENTUKAN MODAL INSAN
MENURUT IBN KHALDUN
Mohamad Kamil Abd Majid &
Rahimin Affandi Abd Rahim

ABSTRAK

Artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap konsep perubahan sosial dan
modal insan yang mempunyai kaitannya dengan konsep Islam Hadhari. Untuk
mencapai objektif ini, artikel ini akan menilai intipati dan nisbah modal insan
di dalam konsep Islam Hadhari menggunakan beberapa teori asas yang di-
kemukakan oleh Ibn Khaldun. Atas sebab itu, ianya disusun khusus
mengikut beberapa bahagian yang utama, merangkumi; pengenalan, Ibn
Khaldun dan teori perubahan sosial di dalam masyarakat dunia, penganalisaan
intipati konsep Modal Insan di dalam konsep Islam Hadhari berasaskan pelbagai
teori asas yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun dan akhirnya akan diikuti dengan
rumusan dan kesimpulan.

Kata Kunci: Modal Insan, Perubahan sosial, Ibn Khaldun, Islam Hadhari

ABSTRACT

The article will focused upon the concept of social change-Human capital and
its connection with the concept of Islam Hadhari. In order to achieve such objec-
tive, basically this article will evaluate the nation of human capital within the
concept of Islam Hadhari through several grand theories proposed by Ibn Khaldun.
Due to such reason, this article will be divided into several sections, including;
first, the introduction of the study. Second, Ibn Khaldun and the theory of social
change in human society. Third, an analysis of the nation of human capital – Islam
Hadhari through several grand theories proposed by Ibn Khaldun. Fourth, sum-
mary and conclusion.

45

ED2 jurnal hadhari03.indd 45 7/30/09 9:06:09 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

PENGENALAN

Dalam konteks dunia akademik moden, terdapat kecenderungan di kalangan
sarjana daripada pelbagai disiplin pengajian, yang menumpukan kajian terha-
dap seseorang tokoh penting yang dilihat pernah memainkan peranan yang ber-
makna di dalam kehidupan bermasyarakat. Pendekatan yang menggunakan ka-
jian yang berbentuk memoir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan
politik murahan semata-mata, (Md Sidin Ahmad Ishak 2000) bahkan
turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik memperincikan bio-
data dan kaedah perjuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan
mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat pada masa hada-
pan. Di antara tokoh penting yang sering dijadikan bahan kajian adalah seperti
Nuruddin al-Raniri, Muhammad Abduh, Jamaluddin al-Afghani, Ali Syari-
ati, Imam Shafi’e, Imam Ahmad Hambal, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan ra-
mai lagi tokoh lain. Di Malaysia sendiri pun, kita dapat melihat bagaimana
terdapat pelbagai kajian yang diusahakan oleh sarjana luar (Peter Riddel 2001)
dan tempatan yang menumpukan kajian terhadap tokoh penting rantau Alam
Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi, (Ibrahim Abu Bakar 1994) Syeikh Daud
Pattani, (Fauzi Deraman 1997) HAMKA, (Deliar Noer 1973) Za’ba, (Adnan Hj.
Nawang 1998) Prof. Zulkifli Muhammad, (Kamaruddin Jaffar 2001) Syed Mu-
hammad Naquib al-Attas, (Wan Mohd Nor Wan Daud 1998) Mahathir Muham-
mad (Khoo Boo Teik 2001) dan sebagainya.
Berasaskan pendekatan ini, kajian ini akan mencuba menumpukan perhatian
terhadap tema perubahan sosial serta kaitannya dengan pembentukan modal insan
mengikut kupasan yang dibuat oleh Ibn Khaldun. Kajian ini seterusnya akan di-
lanjutkan dengan melihat relevensi teori Ibn Khaldun ini di dalam gagasan Islam
Hadhari yang diperjuangkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

IBN KHALDUN DAN TEORI PERUBAHAN SOSIAL SESUATU


MASYARAKAT

Pada asasnya, walaupun memang ada sesetengah kritikan negatif yang di-
nisbahkan kepada Ibn Khaldun, kononnya beliau adalah pendokong dominant
tradition dan kuat mengampu pemerintah pada zamannya, semua kritikan
negatif ini tidak akan ditimbulkan di dalam kajian ini. Sebaliknya, kajian ini
akan mencuba untuk mengkaji setiap teori perubahan masyarakat serta kaitan-
nya dengan konsep pembangunan modal insan yang dikemukakan oleh Ibn
Khaldun. Dengan cara ini, bukanlah bermakna kita akan terjebak dengan pen-
dekatan fanatik yang berkecenderungan untuk mensakralkan seseorang tokoh,
yang kerap dianggap telah merendahkan daya kritikal seseorang untuk menilai
sesuatu fakta dengan lebih baik.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Ibn Khaldun memang telah meninggalkan

46

ED2 jurnal hadhari03.indd 46 7/30/09 9:06:09 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat, seperti yang
terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya ini telah diakui oleh se-
bahagian besar daripada kalangan sarjana moden, termasuklah sarjana Barat
sendiri. Ia sering dikaitkan sebagai pengasas utama ilmu sosiologi yang mengkaji
struktur sosial di dalam sesuatu masyarakat. Bahkan, dalam banyak hal ketoko-
hannya telah disamakan dengan Ibn Rushd, yang membawa paradigma pemikiran
saintifik untuk ilmu S&T (Sains dan Teknologi) moden yang mempengaruhi
perkembangan Renaissance (kesedaran baru berasaskan pembangunan ilmu sain-
tifik) di dalam masyarakat Barat (Hassan Ahmad 2006).
Merujuk khusus kepada teori perubahan sosial sesuatu masyarakat dan
kaitannya dengan pembentukan modal insan, kita dapat mengesan beberapa teori
besar (Grand theory) yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun. Antaranya;

1. Teori yang menegaskan masyarakat sebagai suatu organisme yang ber-


sifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju
seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat di-
lakukan.

2. Teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun manusia, dilihat dari
segi usia sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah
kecemerlangan dan kemunduran sesuatu tamadun.

3. Teori tentang proses pembangunan sesuatu tamadun bergantung ke-


pada nisbah perpaduan sejati di dalam masyarakat berasaskan kepada ga-
bungan antara semangat asabiyyah dan agama.

4. Kepentingan diwujudkan perancangan pembangunan yang bersifat ber-


sepadu, di antara elemen fizikal dan spiritual.

5. Teori jiwa hamba yang dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, yang
kebiasaannya akan menganggap kuasa penjajah sebagai suatu bangsa
yang maju dan agung.

6. Kepentingan ilmu sejarah untuk umat manusia, yang merangkumi


persoalan manafaat dan disiplin yang harus dijaga oleh seseorang ahli
sejarah.

7. Kepentingan diwujudkan kaedah penyelidikan sosiologi, demi untuk


membantu sarjana Islam menajamkan daya artikulasi mereka terhadap
permasalahan ummah Islam.

47

ED2 jurnal hadhari03.indd 47 7/30/09 9:06:09 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

ANALISIS TEORI IBN KHALDUN DI DALAM


GAGASAN ISLAM HADHARI

Sebagai premis asas, kita perlu memaklumi bahawa konsep Islam Hadhari telah
diperkenalkan sebagai lanjutan daripada pengaruh gerakan kebangkitan semula
Islam era 1970an-1990an yang berusaha menonjolkan keunggulan dan keindahan
ajaran Islam. Ia diperkenalkan berasaskan sepuluh prinsip yang utama;

1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi


2. Kerajaan adil dan beramanah
3. Rakyat berjiwa merdeka
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
5. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
6. Kehidupan berkualiti
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
8. Keutuhan budaya dan moral
9. Pemeliharaan alam tabii
10. Kekuatan pertahanan.

Berasaskan 10 prinsip ini, kita dapat mengesan beberapa keistimewaan dari-


pada gagasan Islam Hadhari ini, seperti; (Rahimin Affandi Abdul Rahim 2004a)

1. Ia merupakan prinsip asas yang tidak bersifat rigid, tetapi terbuka untuk
diperinci dan ditafsirkan lagi, selama ia tidak bertentangan dengan se-
mangat asasnya; melahirkan tamadun Malaysia moden yang berteraskan
prinsip Islam.

2. Ia berasaskan aspirasi moden yang bersesuaian dengan realiti Malaysia.

3. Ia mementingkan paradigma pembangunan yang bersepadu di antara


kepentingan dunia dan akhirat.

4. Penekanan yang diberikan melalui 10 prinsip ini adalah bersifat holistik


membabitkan kesemua aspek yang diperlukan untuk sesuatu program
pembangunan mampan.

5. Ia bersesuaian dengan realiti penduduk majmuk di Malaysia.

Jika dikaji secara mendalam, kita akan mendapati sebahagian besar daripa-
da teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun telah diterapkan di dalam gagasan

48

ED2 jurnal hadhari03.indd 48 7/30/09 9:06:09 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

Islam Hadhari. Kebenaran dakwaan ini boleh dilihat dari segi persamaan gagasan
Islam Hadhari dengan pelbagai teori Ibn Khaldun, merangkumi;

• Asas pembentukan sesuatu masyarakat yang maju perlu bergantung


pada nisbah anggota masyarakat (modal insan) yang berkualiti.
• Kepentingan penyelidikan sosiologi bagi meneliti realiti perkembangan
perubahan yang berlaku di dalam masyarakat.
• Pendekatan di dalam merangka program pembangunan masyarakat.
• Kepentingan mempelajari faktor kejayaan tamadun umat Islam –
berasaskan penerapan budaya ilmu di dalam masyarakat.
• Sifat kewaspadaan terhadap faktor kejatuhan sesuatu masyarakat.

ASAS PEMBENTUKAN SESUATU MASYARAKAT YANG MAJU


BERGANTUNG PADA NISBAH ANGGOTA MASYARAKAT
(MODAL INSAN) YANG BERKUALITI

Mengikut kupasan Ibn Khaldun, kelangsungan hidup sesuatu masyarakat ber-


gantung sepenuhnya pada nisbah kewujudan kesepaduan tugas dan tanggung-
jawab yang perlu dimainkan oleh setiap anggota masyarakat merangkumi; (i)
anggota keluarga asas, (ii) barisan kepimpinan politik, (iii) peniaga, (iv) para
seniman, (v) tokoh ulama, (vi) tokoh pendidikan dan (vii) golongan muda yang
bakal mewarisi tampuk kepimpinan sesuatu masyarakat (Saleh Faghizadeh
2004).
Hal yang sama boleh dikesan secara langsung di dalam konsep Islam
Hadhari yang diterapkan di dalam RMK-9. Ia memberikan perhatian khusus kepada
program pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Yang
dipentingkan dalam pembentukan modal insan ini ialah pembentukan manusia
sebagai aset terpenting, dapat dikatakan sebagai modal utama bagi menjayakan
sesuatu proses pembangunan negara. Ia dirujuk kepada keupayaan dan kemampuan
seseorang insan atau warganegara Malaysia dari segi kognitif (elemen pemikiran),
afektif (elemen sikap) dan psikomotor (kemahiran).
Secara mudahnya, modal insan yang dimaksudkan atau pun yang tersirat
daripada gagasan Islam Hadhari yang terdiri daripada (Mohd Shauki Abd Majid
2004):

• Rakyat yang berpegang pada ajaran agama dan adat ketimuran. Ia berte-
patan dengan falsafah perenialis yang dicirikan dengan;
• Metafizika yang memperlihatkan kewujudan hakikat illahi dan ketu-
hanan di dalam segala sesuatu: kehidupan dan fikiran.
• Suatu psikologi yang memperlihatkan adanya sesuatu dalam jiwa manu-
sia yang berkaitan dengan elemen ketuhanan.

49

ED2 jurnal hadhari03.indd 49 7/30/09 9:06:09 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

• Etika yang memperjelaskan hakikat dan tujuan akhir kehidupan manusia


yang mempunyai kaitan dengan elemen ketuhanan.

1. Rakyat yang berjiwa merdeka dan tinggi semangat patriotismenya.

• Ingin mengekalkan nisbah merdeka – Proses pengekalan dan pengisian


kemerdekaan ini perlu diisi bukan setakat dengan mewujudkan pem-
bangunan untuk semua rakyat, termasuk juga dengan usaha dan tang-
gungjawab menghapuskan kemungkaran dan kezaliman yang berlaku di
dalam masyarakat (Abdul Rahman Haji Ismail 1995).
• Menjauhi sifat ataupun lawan kepada sifat merdeka; mentaliti tertawan.
• Tinggi semangat patriotisme- dilihat dari segi (Awang Had Salleh
2000);

* Rasa sayang dan cinta kepada tanah airnya sendiri.


* Rasa bangga dengan tanah airnya.
* Kesediaan untuk mempertahankan tanah airnya daripada ancaman
dan serangan musuh samada musuh dalam ataupun luar.
* Kesediaan untuk membela kepentingan Negara apabila dicemuh
dan dihina.

• Rakyat yang memahami bahawa sifat kemerdekaan itu bukannya bererti


bebas melakukan apa sahaja sekehendak hatinya tanpa disertakan dengan
tanggungjawab yang tertentu (Abdul Rahman Aziz 2004).

2. Rakyat yang mengamalkan sikap selektif terhadap cabaran globalisasi


(Rahimin Affandi Abdul Rahim 2004b).

3. Rakyat yang mengamalkan kaedah pemikiran yang sihat, kritikal dan kreatif
(Rahimin Affandi Abdul Rahim 2005a).

4. Rakyat yang tinggi sifat integriti dirinya- jujur, amanah, bertanggungjawab


dan pandai bersyukur (Siddiq Fadhil 2005).

5. Rakyat yang menakrifkan diri mengikut acuan sendiri dan bukannya bergan-
tung pada kriteria takrifan daripada pihak luar (seperti kuasa pasaran Barat).
Kita patut menentukan falsafah, matlamat dan jalan hidup sendiri, bagi men-
jadikannya lebih bersesuaian dengan acuan Malaysia (Mohamad Abu Bakar
1993).

6. Rakyat yang mementingkan perpaduan dan kerukunan hidup dalam


masyarakat. Rakyat yang menentang semua elemen ekstremisme – merujuk

50

ED2 jurnal hadhari03.indd 50 7/30/09 9:06:09 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

kepada (Hashim Musa 2004);

• Ekstremisme; melampaui batas dan keseimbangan apabila mentafsir dan


melaksanakan sesuatu peraturan ataupun hukum secara ekstrem.
• Chauvisnisme; taksub apabila menganggap fikiran atau kumpulan
sendiri adalah yang terbaik, manakala fikiran atau kumpulan lain tidak
benar dan mesti ditolak.
• Fanaticisme; tindakan membuta tuli (menghampiri psikosis) dalam
mengikuti dan melaksanakan sesuatu cara, pendapat dan pendekatan
sendiri tanpa mempedulikan bahkan menolak sekeras-kerasnya penda-
pat orang lain.

7. Rakyat yang mengamalkan budaya ilmu yang tinggi – merujuk kepada (Wan
Mohd Nor Wan Daud 1990);

• Sikap cintakan ilmu melebihi faktor kebendaan yang lain.


• Pencapaian ilmu perlu dijelmakan dalam bentuk praktikal melalui akhlak
yang mulia. Tidak ada gunanya seseorang itu memperolehi pencapaian
akademik yang tinggi seandainya tidak mempunyai akhlak yang mulia.
• Neraca kebenaran untuk sesuatu ilmu perlu dinilai dari perspektif
al-Qur’an dan Sunnah.
• Proses pencapaian ilmu perlu dilakukan sepanjang hayat.
• Pengamalan sikap hormat-kritis terhadap pandangan seseorang tokoh.

8. Rakyat yang memiliki proses penguasaan ilmu, dicirikan perlu mengandungi


beberapa elemen yang utama (Mohd Yusof Othman 2001);

• Pemahaman tentang peri pentingnya peranan ilmu di dalam kehidupan


manusia, yang perlu disertakan dengan usaha proaktif untuk mencapai
dan memilikinya.
• Kadar usaha pencarian ilmu (mental dan fizikal) yang terpaksa dikeluar-
kan, seperti kesungguhan, sabar dan ketekunan yang tinggi.
• Kesan yang terhasil daripada usaha kerja keras pencarian ilmu, seperti
teguh, cekap, kuat, tidak mudah kalah dan berpengaruh.
• Keupayaan mengurus, memperkembang dan mempertahankan sesuatu
perkara yang terhasil daripada usaha pencarian ilmu, seperti kewiba-
waan mengguna, menerap, memperelok dan mempengaruhi pihak lain
dengan hasil ilmu yang dimiliki.

51

ED2 jurnal hadhari03.indd 51 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

KEPENTINGAN KAJIAN SOSIOLOGI UNTUK MENELITI REALITI


PERKEMBANGAN PERUBAHAN YANG BERLAKU DI DALAM
MASYARAKAT

Usaha Ibn Khaldun yang memperkenalkan disiplin sosiologi-sejarah adalah


bertujuan untuk meneliti hukum alami fenomena sesebuah masyarakat, sa-
mada menafsirkan sesuatu fenomena sosial masyarakat dalam bentuk per-
kaitan sebab musabab (Toto Suharto 2003) ataupun meramalkan jalan penye-
lesaian terhadap sesuatu permasalahan yang timbul (Abdullah Mohd. Said
2003). Bagi Ibn Khaldun, penggunaan disiplin sosiologi-sejarah ini tidak
boleh dibuat secara spekulatif (agakan) semata-mata, tetapi perlu dilakukan
secara berhemah. Ia perlu berasaskan kerangka kajian ilmiah yang bersifat
objektif, mementingkan sumber kajian yang tepat, tafsiran sumber yang
betul dan pengaplikasian metodologi kajian kes (observasi) yang betul (Ma-
hayudin Haji Yahya 1999). Penggunaan disiplin sosiologi-sejarah yang
ketat ini bermatlamatkan untuk memahami realiti sebenar perubahan ma-
syarakat yang berlaku dan menawarkan ramalan penyelesaian masalah terhadap
apa-apa masalah sosial yang timbul.
Idea asas yang dipelopori oleh Ibn Khaldun ini, tentang kepentingan peng-
kajian terhadap elemen perubahan yang berlaku di dalam masyarakat telah
mempengaruhi sarjana Islam moden, termasuklah pihak kerajaan sendiri yang
memperuntukkan sebahagian besar dana negara bagi meneliti elemen perubahan
yang berlaku di dalam masyarakat Malaysia. Dana ataupun bantuan penyelidikan
sains sosial dalam bentuk research grant (seperti IRFA, Fundamental, FRGS dan
vote F) telah diperuntukkan kepada beberapa IPTA bagi menghasilkan kajian so-
siologi masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai tambah (value added), demi
untuk memastikan kelancaran program pembangunan yang sedang giat dijalankan
(Ahmad Fawzi Mohd. Basri 1996).
Data yang terhasil daripada kajian sosiologi ini secara langsung dapat mem-
bantu pihak kerajaan mengurus, mengawal dan memantau sesuatu perubahan
yang berlaku dengan kaedah tuntas (Rahimin Affandi Abdul Rahim 1997). Kita
boleh mengemukakan beberapa contoh kajian yang menggunakan dana penye-
lidikan kerajaan yang menjurus kepada usaha penelitian fenomena perubahan
masyarakat ini, seperti;

1. Pemakaian kaedah Kajian Masa Hadapan (Future Studies) yang cuba diba-
ngunkan oleh dua orang penyelidik daripada UKM untuk bidang sains sosial.
Ia dapat dianggap sebagai kaedah yang baru dalam pemikiran Islam. Kaedah
ini akan menitikberatkan beberapa perkara yang utama;

• Unsur masa – iaitu masa hadapan sebagai tujuan kajian dan masa kini
sebagai titik berpijak.

52

ED2 jurnal hadhari03.indd 52 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

• Proses dan fenomena perubahan serta tingkat kelajuannya sebagai objek


penelitian.
• Implikasi perubahan daripada aspek positif dan negatifnya.
• Alternatif-alternatif yang perlu diwujudkan melalui perancangan dan
pelan tindakan serta persediaan menghadapi risiko-risiko yang bakal
timbul.

Di samping keempat-empat unsur ini, kaedah ini akan turut menggunakan


teknik Delphi, Trend Extrapolation, Simulation, Scenario-writing dan lain-
lain lagi (Sabitha Marican 1997). Pembinaan metodologi ini adalah se-
bagai suatu garisan asas untuk membantu para futuris dalam memastikan
seabsahan atau validity sesuatu ramalan (forecasting) yang dilakukan.

2. Kajian sosiologi yang dilakukan oleh Sharifah Zaleha Hassan terhadap ker-
jaya seseorang Qadi di Malaysia mendapati bagaimana perkembangan sis-
tem pendidikan yang berlaku di Malaysia dalam era 1980an telah merubah
keadaan dan sifat di dalam profesion perundangan Islam. Kalau dahulunya,
profesion ini hanya dimonopoli oleh lulusan daripada institusi pendidikan
agama tradisional, tetapi keadaan ini telah sama sekali berubah. Kini ia
terbuka kepada semua golongan termasuklah lulusan daripada institusi pen-
didikan perundangan yang bukan agama (Sharifah Zaleha Syed Hassan 1993).
Hal ini secara langsung telah mendorong seseorang fuqaha untuk lebih ber-
sifat proaktif dan memperkaya diri mereka dengan segala maklumat terkini
yang mempunyai nilai-nilai pasaran semasa untuk profesion perundangan.

3. Kajian di bawah tajaan IRFA yang dilakukan oleh Ahmad Hidayat Buang
tentang institusi Fatwa dan Mahkamah Syariah di Malaysia, yang men-
dapati bagaimana perubahan masyarakat Malaysia yang semakin kompleks
telah menuntut pihak berkuasa agama seperti institusi Fatwa dan Mahkamah
Syariah melakukan perubahan struktur organisasi dan metodologi yang
lebih moden bagi menjadikannya lebih bersesuaian dengan kehendak
masyarakat semasa (Ahmad Hidayat Buang 2004).

4. Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik APIUM di bawah


Mahmood Zuhdi Abdul Majid terhadap impak dan pelan tindakan yang
perlu dilakukan oleh graduan Universiti Azhar di dalam pembangunan so-
sial di Malaysia, yang membabitkan pelbagai sektor kehidupan yang utama.
Pelan tindakan proaktif ini menuntut graduan Universiti Azhar perlu memi-
liki kemahiran kasar dan halus (hard and soft skill) yang secukupnya sebelum
mereka memasuki pelbagai sektor penting di dalam masyarakat (Mahmood
Zuhdi Abdul Majid 2006).

53

ED2 jurnal hadhari03.indd 53 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

5. Kajian yang dilakukan oleh Hashim Musa terhadap perubahan paradigma


pendidikan di Malaysia akibat desakan daripada fenomena globalisasi. Ia
berupa pendekatan yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris yang
dianggap sebagai neraca utama kecekapan yang diperlukan untuk konteks
dunia moden telah dianggap sebagai proses penaklukan budaya yang cukup
merbahaya. Tindakan ini bakal menyebabkan keunggulan bahasa tempatan
seperti bahasa Melayu akan terjejas teruk, yang diulas sebagai (Hashim Musa
2004);

• Nilai ekonomi bahasa Inggeris akan naik, statusnya akan meningkat dan
seterusnya mengetepikan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebang-
saan dan bahasa rasmi yang tidak lagi dihormati oleh rakyat jelata.
• Proses pengintelektualan bahasa Melayu akan terbantut kerana tidak
lagi digunakan sebagai bahasa pengantar ilmu tinggi dan tidak dapat
berkembang selaras dengan perkembangan ilmu pengetahuan moden.
• Peranan bahasa Melayu sebagai wahana perpaduan di Malaysia akan
terjejas.
• Penggunaan bahasa Inggeris secara cekap hanya terhad kepada segelintir
penduduk elit yang tinggal di bandar besar, sedangkan majoriti rakyat
yang tinggal di kawasan pedalaman yang masih lemah dalam penggu-
naan bahasa Inggeris akan tetap sama, yang menyebabkan jurang yang
luas dalam soal ini akan menjadi semakin melebar.

Namun begitu, ini bukanlah bermakna kita tidak boleh mempelajari dan
memusuhi bahasa Inggeris secara fanatik, tetapi yang perlu ditekankan adalah
kita janganlah begitu taksub dengan keunggulan bahasa Inggeris sehingga me-
lupakan sama sekali keunggulan yang dimiliki oleh bahasa Melayu itu sendiri.
Hal ini telah ditegaskan secara langsung oleh Perdana Menteri semasa merasmi-
kan Hari Kerjaya UKM pada 5 Februari 2001 dengan katanya;

“Kita harus terima hakikat bahawa bahasa Inggeris merupa-


kan bahasa perantaraan perniagaan dunia pada masa kini dan
dipercayai merupakan bahasa utama dunia untuk jangka masa
yang panjang. Di samping itu bahasa Inggeris juga merupa-
kan bahasa internet sehingga lebih 80 peratus daripada kan-
dungan cyberspace yang penuh dengan segala jenis maklumat
itu adalah bahasa Inggeris. Maka kalau kita hendak bersaing
dengan jayanya dalam dunia global ini kita tidak boleh lari
daripada menguasainya.”

6. Kajian dan cadangan yang dikemukakan oleh Zaini Ujang bagi menanga-
ni isu pengangguran graduan aliran sains sosial dan Islam di IPTA/IPTS.

54

ED2 jurnal hadhari03.indd 54 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

Beliau mencadangkan agar kalangan masyarakat awam, lebih-lebih lagi


sektor swasta perlu bersikap lebih terbuka, simpati dan patut meniru apa-apa
yang telah dijalankan oleh sektor swasta di Jepun. Sektor swasta di Jepun
memaklumi bahawa tempoh pendidikan di IPTA/IPTS yang singkat (selama
empat tahun) tidak mungkin mampu membekalkan tenaga kerja mahir yang
sempurna. IPTA/IPTS dilihat hanya berperanan untuk mendidik mahasiswa-
nya dengan bersifat universal man dan mampu bertindak sebagai warga-
negara dan pekerja yang amanah. Hasilnya, sektor swasta telah memain-
kan peranan melatih graduan IPTA/IPTS ini dengan segala kemahiran yang
diperlukan oleh sektor swasta semasa (Zaini Ujang 1993). Pendekatan ini jika
diamalkan oleh sektor swasta di Malaysia pasti akan menyelesaikan masalah
pengangguran graduan yang agak meruncing pada masa sekarang. Lagipun,
berasaskan pencapaian semasa, jika dibandingkan dengan graduan bukan
pengajian Islam yang dilaporkan telah mengidap sindrom keruntuhan akhlak
dan mutu pencapaian akademik yang rendah, (Nordin Kardi 2002) kita boleh
berbangga dengan produk bermutu yang dihasilkan oleh IPTA/IPTS aliran
Islam – lahirnya graduan yang mempunyai pencapaian akademik yang baik,
ditambah pula dengan kemahiran sosial yang cukup tinggi (Rahimin Affandi
Abdul Rahim 2003).

7. Kajian yang meneliti bagaimana pengaruh gerakan kebangkitan Islam pada


tahun 1970an-2000an telah menimbulkan semacam kesedaran baru dalam
pemikiran politik masyarakat Melayu moden di Malaysia. Ia antara lain
berupa;

• Isu akhlak Islam telah dijadikan kriteria utama di dalam pemilihan


ketua politik Melayu. Pelbagai cabaran telah mula dilakukan terhadap
pendekatan pemilihan ketua yang lebih berasas kepada kepentingan
kebendaan semata-mata. Yang jelasnya, sifat sesetengah tokoh kor-
porat Melayu baru yang menceburi bidang politik untuk tujuan men-
dapatkan pulangan projek yang menguntungkan telah secara serius mula
dicabar. Setiap ketua yang inginkan diri mereka diterima bertanding untuk
sesuatu jawatan politik perlu menggunakan prinsip-prinsip Islam
sebagai asas untuk menunjukkan keabsahan kepimpinan mereka
(Ahmad Fawzi Mohd. Basri 1996).
• Sifat penerimaan parti politik Islam Melayu (PAS) terhadap konsep pili-
hanraya berasaskan sistem demokrasi dan sekali gus menolak pendeka-
tan revolusi (Vatikiotis 1996). Yang jelasnya, parti PAS tidak bersikap
pasif di dalam menerima pakai sistem ala demokrasi ini, tetapi telah ber-
tindak mengkaji dan menerangkan kesesuaiannya dengan ajaran Islam
itu sendiri (Syed Ahmad Hussein 2002).
• Sifat keberanian masyarakat Melayu untuk menyatakan protes terha-

55

ED2 jurnal hadhari03.indd 55 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

dap sesuatu dasar yang tidak dipersetujui ataupun dilihat bertentangan


dengan nilai-nilai Islam. Hal ini boleh dilihat dengan cukup jelas dari-
pada kemenangan parti PAS di dalam pilihanraya tahun 1990 dan 1999
yang berjaya menawan negeri Kelantan dan Terengganu - diakibatkan
kononnya kerana isu kepincangan perjalanan pentadbiran negara serta
isu penindasan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim yang telah dilakukan
oleh pihak berkuasa kerajaan.
• Pengaruh Islam yang lebih progresif telah dilihat menyerap masuk
ke dalam kedua-dua parti politik Melayu, yang menjadikannya lebih
relevan kepada kehendak Islam dan masyarakat Melayu (Ibid t.th.).
Sebagai contohnya, UMNO telah dianggap sebagai parti politik
Islam yang terbesar di dunia, (Zulkiple Abd. Ghani 2002) yang sering
diabsahkan dengan sokongan kuat daripada beberapa orang tokoh ulama
Islam di peringkat antarabangsa, yang secara terang-terangan menyokong
kuat setiap dasar yang bercorak Islam yang dilaksanakan untuk ke-
pentingan umat Islam (New Straits Times 1997).
• Isu-isu yang menyentuh persoalan Islam dan pembangunan kerap men-
jadi isu utama yang perlu diperhatikan dengan lebih serius oleh kedua-
dua buah parti politik Islam, demi untuk menjadikan mereka sebagai
parti yang diterima ramai oleh kalangan pengundi Islam di Malaysia
(Mohamad Abu Bakar 2002). Hal ini boleh dilihat daripada peru-
bahan sikap pengundi Melayu baru yang terdiri dari golongan profe-
sional yang telah menganggotai parti PAS kerana tertarik dengan pen-
dekatan Islam bentuk moden yang diperjuangkan oleh parti ini, dan
sekali gus menolak dakwaan bahawa parti PAS adalah parti orang
kampung dan lulusan agama semata-mata. Begitu juga halnya dengan
parti UMNO, yang telah turut dianggotai oleh kalangan lulusan agama
dan golongan profesional Melayu yang mendokong perjuangan bagi
meningkatkan martabat umat Islam.

PENDEKATAN DI DALAM MERANGKA PROGRAM


PEMBANGUNAN MASYARAKAT

Dalam bahagian ini, kita dapat mengesan pengaruh teori Ibn Khaldun yang amat
besar sekali, dirujuk kepada beberapa perkara;
Pertama, bertepatan dengan teori Ibn Khaldun yang “menegaskan ma-
syarakat sebagai suatu organism yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk
berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi
dan tersusun dapat dilakukan”, pihak kerajaan telah berjaya memajukan masya-
rakat Melayu dengan cukup holistik. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan,
terdapat semacam kefahaman dan sifat yang stereotaip yang dinisbahkan kepada
orang Melayu, iaitu orang Melayu adalah suatu bangsa yang malas, fatalis, takut

56

ED2 jurnal hadhari03.indd 56 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

dan menolak segala bentuk perubahan.


Selepas terjadinya peristiwa 13 mei 1969, didorong oleh semangat ingin
mengekalkan status ketuanan bangsa Melayu, kita dapat melihat bagaimana te-
ori sifat-sifat buruk orang Melayu yang disogokkan oleh penjajah British telah
mula dicabar, apabila pihak kerajaan telah menjalankan suatu bentuk perancangan
pembangunan (sponsored social change) dengan nama Dasar Ekonomi Baru. Di
bawah DEB ini, perancangan pembangunan yang tersusun di dalam beberapa sek-
tor terpenting, seperti ekonomi, sosial dan pendidikan telah diberikan penekanan
utama.
Bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun, kita men-
dapati bahawa perancangan pembangunan ala DEB ini telah mampu membawa
perubahan yang berkesan kepada orang Melayu, khususnya dalam memberi
peluang yang lebih selesa dan adil kepada orang Melayu untuk berubah melalui
dua sektor yang utama iaitu pendidikan dan ekonomi (Rahimin Affandi Abdul Ra-
him 2005b). Hasilnya, serba sedikit nisbah negatif yang dikaitkan dengan orang
Melayu telah mampu dikikis, lebih-lebih lagi dengan lahirnya sejumlah golongan
terpelajar Melayu dan golongan BCIC (Bumiputera Commercial and Industrial
Community) yang agak besar jumlahnya. Berbanding dengan dasar pilih kasih
dan social reproduction yang diamalkan oleh penjajah British yang kemudiannya
menghasilkan penindasan secara halus terhadap orang Melayu, DEB ini dilihat
telah memberi peluang yang lebih luas untuk orang Melayu melakukan mobiliti
sosialnya ke arah yang lebih baik. Ini membawa maksud bahawa seperti dite-
gaskan oleh Ibn Khaldun, setiap masyarakat yang paling teruk sekalipun akan
mampu berubah dan berkembang seandainya perancangan pembangunan yang
lebih teliti dan tersusun dilakukan.
Kedua, konsep Islam Hadhari menekankan penggunaan pendekatan menge-
nal pasti faktor kejatuhan sesuatu tamadun umat Islam dan mencuba mengata-
sinya secara tuntas. Usaha pengkajian terhadap faktor-faktor yang menyebabkan
keruntuhan sesuatu tamadun telah diaplikasi secara berhemah bagi mengelakkan
proses pembangunan Malaysia menemui kegagalan. Terdapat beberapa faktor
keruntuhan sesuatu tamadun, seperti;

• Program pembangunan yang tidak seimbang, bersifat menindas dan me-


mentingkan sesuatu golongan tertentu sahaja.
• Perpecahan umat Islam yang diakibatkan oleh perbezaan mazhab dan
fahaman fanatik yang berasaskan parti politik.
• Elemen kemungkaran, kemewahan dan penindasan yang berkembang di
dalam masyarakat tanpa disertakan dengan program pencegahan yang
sepatutnya (pelaksanaan konsep Amar Makruf dan Nahi Mungkar).
• Pengaruh ghazw fikr (penjajahan mental) yang berteraskan faham se-
kularisme yang ditanamkan oleh kuasa penjajah Barat dan kemudiannya
diteruskan lagi dengan agenda globalisasi tajaan kuasa Barat.

57

ED2 jurnal hadhari03.indd 57 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

• Ancaman pengaruh luar yang terdiri dari kuasa kafir Barat yang
memang berusaha memperluas dominasi kuasa mereka.

Secara mudahnya, kita dapat mengesan pendekatan ini diterapkan di dalam


RMK-9; apabila pihak kerajaan mengamalkan sikap prihatin dalam beberapa
perkara yang utama, seperti;

1. Prihatin dengan gejala keruntuhan moral golongan remaja, pertambahan


jumlah penagih dadah dan HIV yang dianggap bakal mengagalkan proses
pembangunan Malaysia di bawah RMK-9. Sebagai alternatifnya, pel-
bagai kaedah penyelesaian masalah cuba diterapkan merangkumi, sebagai
contohnya;

• Kempen budi bahasa yang mencuba menerapkan elemen adab sopan


dan kesantunan kepada masyarakat Malaysia di dalam semua peringkat
masyarakat.
• Program PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) untuk golongan
muda bagi menerapkan semangat jati diri, patriotisme, sifat kendiri dan
perpaduan.
• Usaha menghidupkan peranan institusi kekeluargaan sejati berasaskan
prinsip keislaman dan adat ketimuran. RMK-9 secara terang-terangan
amat prihatin dan responsif terhadap beberapa kajian ilmiah semasa
yang menunjukkan punca utama keruntuhan akhlak remaja berlaku yang
disebabkan oleh kelemahan institusi kekeluargaan (Muhd Mansur Ab-
dullah 2000).

2. Prihatin dengan gejala kemiskinan dan jurang antara kaum dan berlaku di
antara masyarakat bandar dan luar bandar (Mohd Taib Dora 2000). Contoh-
nya sejumlah besar peruntukan di bawah RMK-9 diberikan untuk mengatasi
masalah kemiskinan tegar ini.

3. Prihatin dengan masalah rasuah, kelemahan sistem penyampaian maklu-


mat awam di dalam perkhidmatan kerajaan, politik wang dan kelemahan
institusi kepolisan. Yang jelasnya, usaha ke arah memperbaiki semua kele-
mahan ini telah dibuat dengan menubuhkan jawatankuasa (Jawatankuasa
Penambahbaikan Polis) dan institusi (Institut Integriti Negara) yang khu-
sus (Jamaie Hamil 2006). Begitu juga, pihak kerajaan telah menetap-
kan pendekatan yang menjalankan dasar pembaikan berterusan yang
berteraskan kaedah pengurusan strategik (Analisa SWOT dan SMART) di
dalam pentadbiran negara (Sharifah Hayati Syed Ismail al-Qudsy 2004).
Merujuk khusus kepada agensi yang berkait dengan Islam seperti YADIM,
JAKIM, Majlis Fatwa, Mahkamah Syariah, Jabatan dan Majlis Agama

58

ED2 jurnal hadhari03.indd 58 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

Islam setiap negeri, usaha penambahbaikan secara berterusan memang


telah dan sedang dijalankan, demi untuk menjadikannya sebagai agensi Islam
yang mampu menyelesaikan masalah umat Islam secara tuntas dan berkesan
(Ahmad Hidayat Buang 2004).

Ketiga, konsep Islam Hadhari menekankan mengamalkan sikap selektif


(tidak menentang dan menerima secara membuta tuli) terhadap semua elemen
pemodenan Barat, khususnya terhadap program pembangunan, yang dikesan me-
ngandungi pelbagai kelemahan seperti sikap berlebihan yang menumpukan sektor
ekonomi yang mempergunakan sumber alam secara maksima tanpa mempedulikan
impak ekologi yang kemudiannya bakal mengancam kehidupan lain untuk jangka
masa panjang (Wan Mohd Nor Wan Daud 2001). Berbanding dengan negara umat
Islam lain yang begitu tertarik dengan model pembangunan Barat bagi memajukan
negara, pihak kerajaan Malaysia di bawah RMK-9 telah mengamalkan sikap selek-
tif terhadap model Barat ini, yang boleh dilihat dalam dua contoh yang utama;

1. Sikap dan dasar yang selektif terhadap fenomena globalisasi (melalui dasar
MSC) yang sedang melanda dunia pada masa sekarang. Memanglah diakui,
fenomena globalisasi ini mempunyai elemen positif yang cukup banyak,
tetapi pada masa yang sama ia juga turut mempunyai implikasi negatif yang
boleh menjejaskan kedaulatan sesebuah negara. Mengikut kupasan Chandra
Muzaffar, pengaruh fenomena globalisasi terhadap peradaban hidup manusia
moden adalah agak rencam; terdapat elemen positif dan negatif. Beliau telah
menyenaraikan lapan kebaikan globalisasi, tetapi senarai keburukannya lebih
banyak, iaitu sebanyak tiga belas elemen keburukan. Elemen kebaikan ini
antara lainnya terdiri daripada (Chandra Muzaffar 2001);

• Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan me-


ngurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
• Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah (inte-
lektual).
• Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebar-
kan ilmu pengetahuan berkat teknologi baru komunikasi.
• Komunikasi yang lebih mudah dan murah.
• Peluang yang lebih luas untuk manusia dari pelbagai kumpulan etnik,
budaya dan agama berinteraksi.
• Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa peri kemanu-
siaan terhadap mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan
manusia.
• Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang lebih baik seperti
pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak asasi
manusia.

59

ED2 jurnal hadhari03.indd 59 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

• Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Yang boleh dilihat daripada senarai ini iaitu kesedaran manusia tentang
kepentingan hidup bersama, diharapkan ia akan mampu memperbetul semua
elemen keburukan yang dihasilkan oleh fenomena globalisasi (Osman Bakar
2003).

2. Dasar yang menolak pendekatan pembangunan yang merosakkan ekologi


alam sekitar yang bakal mengancam kehidupan generasi manusia yang akan
datang. Hal ini secara terang-terangan telah diperjelas oleh Perdana Menteri
Malaysia di dalam pembentangan RMK-9.

Keempat, konsep Islam Hadhari menekankan usaha dan dasar yang memper-
betul salah faham yang dinisbahkan oleh media Barat kepada umat Islam. Per-
dana Menteri Malaysia kerap menekankan isu ini sama ada di dalam dan luar
negeri. Dan yang lebih penting lagi, pihak kerajaan Malaysia melalui dasar luar
negaranya dan selaku ketua OIC telah menekankan inisiatif ini secara berteru-
san. Yang boleh dibanggakan lagi, formula perpaduan untuk masyarakat majmuk
yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia daripada DEB sehingga RMK-9 ini telah
mula dipelajari oleh masyarakat Barat sendiri, yang memang mempunyai masalah
besar dalam isu polarisasi kaum ini. Memandangkan Islam dan umatnya sering
dijadikan sa-saran ganas oleh media massa Barat, yang kebetulannya menguasai
sebahagian besar pasaran berita global (Rahmah Hashim 1999), beberapa usaha
dan gagasan telah dikemukakan oleh kalangan sarjana Islam telah dipersetujui
oleh pihak kerajaan (Resolusi persidangan OIC di Malaysia) untuk mewujudkan
rangkaian berita dan pangkalan data (database) Islam, bagi tujuan penyebaran
berita tentang Islam yang lebih berotoriti dan sekali gus boleh digunakan sebagai
medan utama untuk menjawab segala tohmahan buruk yang dinisbahkan kepada
Islam (Abdul Rahman Embong 2001).

KEPENTINGAN MEMPELAJARI FAKTOR KEJAYAAN TAMADUN


UMAT ISLAM – BERASAS KEPADA PENERAPAN BUDAYA
ILMU DI DALAM MASYARAKAT

Menggunakan teori dan semangat yang diilhamkan oleh Ibn Khaldun, konsep
Islam Hadhari menekankan pendekatan yang berusaha memetik faktor kejayaan
yang menimbulkan tamadun Islam silam, (Anis Ahmad 1988) yang kemudian-
nya bakal diaplikasikan sepenuhnya di dalam program pembangunan di Malaysia.
Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian tamadun umat Islam silam,
samada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu, mendapati bagaimana tama-
dun itu timbul berpunca daripada enam faktor yang utama;
• Pengamalan budaya ilmu.

60

ED2 jurnal hadhari03.indd 60 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

• Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view tauhid.


• Program R&D yang cukup canggih.
• Kewujudan pengetahuan S&T yang baik.
• Pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang
pengagihan yang seimbang di antara rakyat.
• Proses pembandaran yang mapan yang menyediakan perkhidmatan
dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa dalam aspek inilah keunggulan


gagasan Islam Hadhari dapat diperlihatkan yang kemudiannya telah diterap-
kan secara berhemah dalam RMK-9. Yang lebih penting lagi, gagasan ini tidak
dibuat secara retorik kosong tetapi turut dilaksanakan melalui RMK-9. Hal ini
boleh dilihat dalam dua aspek yang utama; institusi pendidikan Negara dan dasar
teknologi Negara.
Untuk Institusi Pendidikan Negara, khususnya membabitkan IPTA, pihak
kerajaan telah menekankan prinsip dan falsafah kepentingan penguasaan ilmu
pengetahuan untuk pembangunan tamadun umat Islam. Buktinya, RMK-9 telah
memperuntukkan sejumlah bajet yang cukup besar (RM1.15 bilion) bagi mem-
bangun dan menambahbaikkan institusi pendidikan Negara di semua peringkat;
rendah, menengah dan tinggi. Yang lebih penting lagi, institusi pendidikan tinggi
(IPTA/IPTS) telah diberikan amanah mengambil inisiatif utama untuk memo-
denkan dan memajukan ilmu pengetahuan, khususnya yang bakal memberikan
nilai tambah (value added) untuk program pembangunan Negara menuju wa-
wasan 2020.
Manakala bagi pembangunan Dasar Teknologi Negara pula, konsep Islam
Hadhari menekankan kepentingan kepada umat Islam sedunia membangunkan dan
memperlengkap diri dengan pengetahuan S&T (sains dan teknologi) bagi kejayaan
hidup zaman moden, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan usaha pembangunan
(R&D) sektor teknologi ICT (Mohd. Zuhdi Marsuki 2000), agar dengan cara ini
umat Islam boleh menggunakan perkakasan (hardware) dan perisian (software)
ICT yang dihasilkan oleh saintis Islam itu sendiri (Zulkiple Abd. Ghani 2001). Se-
cara jelas pandangan ini yang boleh dikategorikan sebagai pencetus idea awal ten-
tang peri pentingnya keilmuan teknikal moden, yang kemudiannya dilanjutkan oleh
sarjana tempatan dengan konsep gabungan antara ilmu fardu Ain dan fardu Kifayah
(keilmuan S&T) sebagai syarat utama untuk mencapai kemajuan intelektual
ummah (Mahathir Mohamad Disember 1986). Gagasan ini yang ditonjolkan oleh
sesetengah sarjana sebagai faham Mahathirisme pada masa sekarang sering didakwa
sebagai mampu mengubah status Malaysia kepada negara maju seperti negara-
negara industri Barat (Hairudin Harun 2001). Intipati utama Mahathirisme ini boleh
dilihat kepada penekanan yang lebih terhadap peranan S&T, industri berat, penye-
lidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan dasar ICT dan menangani Islam
dengan pendekatan yang lebih bersifat moden.

61

ED2 jurnal hadhari03.indd 61 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

RMK-9 dalam banyak hal mencuba untuk meneruskan program ini den-
gan memperuntukkan sejumlah bajet RM 2 bilion untuk tujuan pembangunan
dasar teknologi Negara ini. Dalam dasar sebelumnya, tumpuan khusus R&D
lebih diberikan kepada bidang perindustrian, tetapi di bawah RMK-9 tumpuan ini
telah diperluaskan untuk sektor pertanian, kesihatan dan industri. Secara jelasnya, kita
dapat melihat bagaimana RMK-9 mencuba memastikan manafaat dasar ini lebih terse-
bar kepada semua lapisan masyarakat sama ada di bandar ataupun di luar bandar.
Ironisnya, mengikut pengamatan kritikal yang dibuat oleh beberapa orang
sarjana-saintis Melayu moden, tanpa menafikan elemen positif yang mam-
pu dicapai dengan dasar pemodenan Malaysia yang begitu pesat yang dirujuk
khusus kepada penekanan terhadap subjek S&T, masih lagi terdapat beberapa ke-
kurangan atau kelopongan yang ketara membabitkan proses pembangunan S&T
di Malaysia. Hal ini dirujuk kepada:-

• Sikap berat sebelah ataupun ketiadaan pemindahan teknologi dari negara


industri ke Malaysia, seperti yang diharapkan dalam proses pemba-
ngunan industri berat di Malaysia. Rata-ratanya, negara maju yang men-
jadi teraju utama projek usaha sama dengan syarikat Malaysia yang di-
harapkan bakal memindahkan S&T samada dalam bentuk perkakasan
ataupun perisian, dikatakan telah tidak berbuat demikian (Muhammad
Kamal Hasan 2000).
• Sikap yang menerimapakai pakej S&T ala Barat yang diresapi de-
ngan fahaman sekularisme tanpa ditapis menggunakan kerangka S&T
Islam (Hairudin Harun 2001) untuk jangka masa yang panjang te-
lah mencetuskan krisis intelektual dan ekologi yang meruncing di
Malaysia.
• Kelas profesional Melayu baru yang dilahirkan melalui dasar pemode-
nan dan DEB ini tidak menunjukkan paradigma pemikiran yang bersifat
rasionalisme, objektifisme dan saintisme seperti yang diharapkan. Hal
ini boleh dirujuk kepada sikap dan trend golongan ini yang dilaporkan
telah terjebak dalam krisis mempercayai bomoh, ajaran sesat, keper-
cayaan occult dan sebagainya, yang biasanya dilakukan oleh masyarakat
Melayu tradisional.

• Kelas profesional Melayu baru yang kononnya dilahirkan dengan


Dasar Penswastaan Malaysia terlibat dalam jumlah yang besar di dalam
krisis pecah amanah, rasuah dan pelbagai kesalahan jenayah perdagangan.
(Muhammad Kamal Hasan 1996).

Konsep Islam Hadhari dan RMK-9 dilihat telah mempelajari realiti ini dan
mencuba mengatasinya secara berhemah. Yang lebih penting lagi, RMK-9 bakal
memanafaatkan dan melakukan penambahbaikan terhadap perkembangan S&T

62

ED2 jurnal hadhari03.indd 62 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

yang telah dicapai sebelumnya. Dalam konteks pembangunan S&T semasa, ter-
dapat beberapa kecenderungan yang boleh dibanggakan, merujuk khusus kepada
peranan yang dimainkan oleh kelas intelektual Melayu baru ini, seperti;

• Kelas intelektual-saintis Melayu ini telah bergabung di dalam NGO


khusus, ASASI (Akademi Sains Islam Malaysia) yang mencuba
menerap dan menyebarkan kesedaran tentang peri pentingnya ma-
syarakat Melayu Islam mendokong usaha membangunkan S&T ala Islam.
(Hairudin Harun 2001).
• Menghasilkan tulisan bentuk baru yang mencuba menerangkan tentang
konsep, kerangka dan bagaimana ICT moden yang menjadi nucleus
utama kepada perkembangan globalisasi boleh berfungsi serta mempen-
garuhi kalangan masyarakat Melayu. Motif utama tindakan ini antara
lainnya bagi menyedarkan masyarakat Melayu tentang manfaat yang
boleh diambil daripada perkembangan S&T ini.
• Salah seorang daripada anggota ASASI, iaitu Tengku Mohd Azzman
Shariffadeen telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS,
yang kemudiannya telah mencadangkan gagasan MSC kepada pihak
kerajaan Malaysia. Yang lebih penting lagi, dilihat kepada kepakaran
bidang kejuruteraan elektronik dan kecenderungan Islam yang tinggi,
Tengku Mohd Azzman pastinya telah menyuntik nilai-nilai Islam sejati
di dalam pembangunan projek MSC ini.
• Sifat ikut serta kalangan sarjana Melayu Islam semasa dalam gagasan
mewujudkan hubungan yang erat antara keilmuan Islam klasik de-
ngan S&T moden. Hal ini timbul berasas kepada gagasan tajdid Islam
yang menuntut fuqaha Islam untuk mengetahui dan mengambil inisiatif
untuk mempelajari keilmuan moden itu sendiri, khususnya pengetahuan
ICT dan S&T. Hal ini ditegaskan memandangkan terdapat sesetengah
sarjana Islam moden yang mengatakan bahawa antara faktor utama yang
menyebabkan kegagalan proses reformasi dan penerapan S&T di dalam
institusi pengajian Islam adalah kerana sikap sarjana Islam sendiri yang
terlalu mengaku kalah dengan cara berserah dan bergantung sepenuhnya
kepada keilmuan S&T Barat, (Baharudin Ahmad 1994) tanpa menyedari
bahawa S&T Barat di peringkat epistemologinya telah diresapi dengan
idea dan ruh sekularisme yang tertanam secara halus di dalam keil-
muan tersebut (Yasien Mohamad 1993). Sepatutnya, berhadapan den-
gan dilema ini, sarjana Islam sendiri perlu menerima S&T Barat secara
berhemah yang diikuti pula dengan proses pengubahsuaian S&T Barat
ini dengan realiti masyarakat Islam, sebagaimana yang cuba dilakukan
oleh Osman Bakar, Syed Hussein Nasr, Ziauddin Sardar dan ramai lagi
tokoh-tokoh saintis moden Islam (Zaini Ujang 1989).

63

ED2 jurnal hadhari03.indd 63 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

SIFAT KEWASPADAAN TERHADAP FAKTOR KEJATUHAN


SESUATU MASYARAKAT

Pada pandangan Ibn Khaldun, di dalam proses perancangan pembangunan se-


suatu masyarakat, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti
pelbagai faktor negatif yang mungkin boleh menyebabkan kelemahan sesuatu
masyarakat. Hal ini perlu diberikan perhatian memandangkan sesuatu tamadun
masyarakat secara hukum alami akan melalui tiga tahap yang utama; tahap kela-
hiran, kemajuan dan kemunduran.
Berasas kepada pandangan Ibn Khaldun ini, demi untuk menghasilkan pen-
ganalisaan yang bersifat objektif dan berteraskan semangat futuristik ala Islam,
kajian ini bakal mengemukakan beberapa realiti perkembangan semasa yang
mungkin mencacatkan program modal insan ini di Malaysia. Hal ini antara lain-
nya bakal mengelakkan sikap optimistik yang agak tinggi, yang terlalu asyik de-
ngan kejayaan sehingga melupakan tentang faktor kegagalan. Ia terdiri antara
lainnya;
Pertama, kewujudan mentaliti watak tertawan, sikap yang terlalu pro nilai-
nilai barat di kalangan sesetengah kalangan masyarakat di Malaysia. Antara sikap
utama golongan ini (Syed Hussein al-Attas 2005);

1. Sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada
Barat.

2. Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi mena-


ngani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan
penjajah.

3. Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan Barat dan ser-


ing taksub dengan teori dan bahan bacaan daripada Barat.

4. Tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang di-
sajikan kepada mereka daripada sumber Barat.

5. Tidak menyedari kelemahan sikap tertawan mereka.

Sebagai lanjutan kepada sikap tertawan ini yang rata-ratanya dihidapi oleh
pelbagai kalangan masyarakat, timbul beberapa persoalan sistem nilai yang masih
gagal ditonjolkan secara tuntas di dalam masyarakat, yang terdiri dari;

1. Masalah kurangnya sifat bersungguh-sungguh (sense of urgency) dalam


melakukan sesuatu perkara.

64

ED2 jurnal hadhari03.indd 64 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

2. Kurangnya ditonjolkan kepentingan sifat malu (sense of shame) di dalam


masyarakat. Yang sepatutnya dirasakan malu tidak ditonjolkan, sebaliknya ia
cuba ditengelamkan.

3. Kurangnya masalah kebertanggungjawaban (sense of accountability).

4. Meluasnya gejala keruntuhan moral dan rasuah di dalam masyarakat.

Kedua, ketiadaan dan semakin menurunnya semangat patriotisme di ka-


langan rakyat Malaysia semasa. Secara tersirat, kita boleh mengesan bagaimana
Perdana Menteri Malaysia memang menyedari tentang wujudnya masalah ini
yang cuba ditonjolkan dengan melontarkan prinsip rakyat berjiwa merdeka di
dalam konsep Islam Hadhari. Terdapat beberapa komentar yang telah diberikan
oleh sejumlah besar kalangan sarjana dan pemimpin negara tentang masalah dala-
man ini yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia yang boleh menjejaskan status
kemerdekaan negara ini. Antaranya;

1. Sikap sesetengah golongan muda yang terlalu menghargai dunia global se-
hingga melupakan kepentingan tanah air sendiri. Dalam hal ini, Mohd Noor
Azam menegaskan (Noor Azam 19 September 2004);

“Dunia mereka tidak lagi tanah air atau negara ibunda, tetapi
dunia globalisasi. Dunia globalisasi menuntut lebih banyak
persamaan, seolah-olah menafikan kelainan. Namun sebagai
bangsa yang bermaruah generasi muda Malaysia wajar kem-
bali kepada acuan budaya kita sendiri. Justeru, melalui budaya
kita sendiri, kita dapat mengekalkan jati diri.”

2. Sikap yang tidak mengenang budi dan melupakan jasa-jasa perjuang ke-
merdekaan. Hal ini diulas oleh Aziz Ishak dengan;

“Yang turut menggangu fikiran ialah kemakmuran dan ke-


amanan yang dikecapi sejak merdeka rupanya menyebabkan
sebahagian kita mudah merasa selesa dan mudah lupa. Ini ter-
masuk tidak lagi menghargai bekas-bekas perajurit sehingga
kutipan rayuan hari pahlawan menjadi dingin. Hanya jika
berlaku sekali lagi konfrontasi atau darurat komunis seperti
dahulu, barulah agaknya anggota pasukan keselamatan lebih
dihargai. Sebahagian kita juga tidak pandai lagi menghargai
polis yang menjaga keamanan sebaliknya mahu mengherokan
pihak lain seperti penunjuk perasaan yang melanggar undang-
undang. Dalam pada itu, isu kaum dan integrasi nasional

65

ED2 jurnal hadhari03.indd 65 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

terus menjadi duri dalam daging sementara nasionalisme kian


goyah.”

3. Sikap individualistik yang menyebabkan semangat patriotisme menjadi


lemah. Hal ini diulas oleh Khoo Kay Kim (Abdul Rahman Aziz 2004);

“Ternyata nasionalisme di masyarakat mana-mana pun perlu


dipupuk oleh kerajaan. Nasionalisme tidak boleh dipisahkan
daripada sistem nilai masyarakat. Kalau sesebuah masyarakat
lebih mengutamakan pencapaian individu maka individualisme
akan menenggelamkan nasionalisme; rakyat menjadi nafsi;
objek kesetiaan dan kecintaan mereka bukanlah Negara tetapi
diri sendiri. Masyarakat yang terlalu individualistik akan
cepat meretak dan akan timbul keadaan di mana seseorang
tidak akan menghormati orang lain. Masyarakat lebih berke-
cenderungan mengejar simbol terutamanya yang berkaitan
dengan kekayaan.”

4. Sifat ketiadaan rasa sayang kepada tanah air yang dipegang oleh generasi
muda yang lahir selepas zaman kemerdekaan. Ia diulas oleh Ungku Aziz;

“Semangat kebangsaan cuma terdapat di kalangan pemimpin


lapisan pertama iaitu di kalangan Perdana Menteri, Tim-
balan Perdana Menteri dan beberapa orang menteri yang rapat
dengan mereka. Pemimpin lapisan pertama menghadapi kesu-
karan kerana orang yang dipertanggungjawabkan melaksana-
kan cita-cita dan perancangan mereka tidak mempunyai pan-
dangan dan semangat yang sama. Natijahnya tidak terbentuk
satu sikap patriotisme yang jitu dan ini mendatangkan masalah
pada Negara. Semangat cintakan Negara di kalangan generasi
muda semakin pupus kerana pengaruh budaya antarabangsa,
kemajuan teknologi dan silap tafsir mengenai nilai-nilai Islam.
Di kalangan generasi muda ini sudah terdapat perlakuan anti-
patriotisme misalnya tidak mahu menyanyikan lagu Negaraku
adalah contoh silap tafsir mengenai Islam yang kononnya
mereka tidak boleh menyanyi.”

5. Wujudnya golongan yang anti-patriotisme yang kebanyakannya lahir selepas


merdeka, yang dikatakan oleh Awang Had Salleh;

“Perbuatan atau trend mencela dan mencetuskan satu peng-


hinaan kepada rakyat yang bersifat nasionalis atau patriotik

66

ED2 jurnal hadhari03.indd 66 7/30/09 9:06:10 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

yang berlaku di Negara ini akhir-akhir ini merupakan suatu


perkembangan yang amat merbahaya. Malah menjadi kelazi-
man bagi pembangkang untuk meraih undi dengan menggugat
teras-teras patriotisme dan jika ini dibiarkan berleluasa ia
boleh merobohkan sesebuah Negara.”

Ketiga, ketiadaan kekuatan jati diri dalaman berteraskan agama di ka-


langan penduduk Malaysia. Secara tabiinya semangat patriotisme ini akan timbul
apabila semua rakyat mempunyai kekuatan jati diri yang tinggi. Namun begitu,
hal yang sebaliknya telah dikesan dalam konteks masyarakat Malaysia semasa.
Hasil kajian empirikal yang dibuat terhadap sejumlah kalangan generasi muda di
Malaysia mendapati sebahagian besar daripada generasi muda di Malaysia telah
mengidap pelbagai masalah, yang bakal mengikis keutuhan semangat jati diri.
Penyakit dan masalah yang dimaksudkan antaranya;

1. Kebanyakan masyarakat Melayu moden telah dikesan mengidap penyakit


psikologi yang agak kronik, penyakit gelisah dan hilang pertimbangan akal
yang kemudiannya telah menyebabkan berlaku pelbagai tindakan buruk sep-
erti bunuh diri, menagih dadah dan arak, murtad, bohsia dan mengamalkan
seks bebas. Kajian ini mendapati punca utama penyakit gelisah ini berlaku
adalah akibat daripada tindakan tidak menuruti kehendak agama seperti men-
inggalkan kewajiban sembahyang lima waktu (Che Zarrina Sa’ari 2001).
2. Golongan remaja Melayu yang menjadi pengguna terbesar internet
dan kafe siber telah dijangkiti ketagihan yang agak teruk (cyber ma-
nia). Kalangan ini didapati menggunakan saluran internet bukannya un-
tuk tujuan pendidikan, tetapi sebagai sumber untuk mendapatkan hiburan
yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga, yang berupa permain-
an video games, pornografi, berkenalan (Chit-chat) dan mengisi masa
lapang dengan kegiatan yang tidak berfaedah (Mohd Taib Ariffin & Che Su
Mustaffa 2001).
3. Kajian yang mendapati bahawa ikatan dan fungsi keluarga Melayu moden se-
bagai penjaga dan pendidik emosi anak-anak telah mula terhakis yang kemudi-
annya menyebabkan pelbagai masalah sosial remaja yang cukup kronik. Beriku-
tan dengan faktor asas ini, golongan remaja Melayu lebih terpengaruh dengan
budaya di luar keluarga seperti media massa dan rakan sebaya (Muhd Mansur
Abdullah 2000). Akibat daripada pengaruh media massa, mereka lebih mudah
terjerumus dengan hiburan yang mementingkan keseronokan yang melampaui
batas, sensasi, glamour dan sindrom kurang tahan iman (Nur
Atiqah Tang Abdullah 2000). Manakala pengaruh rakan sebaya pula
menyebabkan mereka terlibat dengan tabiat melepak dan pelbagai masalah
sosial lain seperti ketagihan dadah, arak, berjudi, menonton video lucah, free-
sex, dijangkiti penyakit AIDS dan banyak lagi masalah lain.

67

ED2 jurnal hadhari03.indd 67 7/30/09 9:06:10 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

4. Kajian yang mendapati kalangan remaja Melayu secara terang-terangan


mengaku tanpa segan silu terlibat dalam amalan free-sex dan menganggap
ia sebagai perkara biasa dan lumrah bersesuaian dengan gaya hidup zaman
moden, seperti mana ditonjolkan di dalam media massa moden (Zakaria Sta-
pa 1999).
5 Kajian yang mendapati bagaimana masalah disiplin juvana sama ada berat
ataupun biasa telah menjadi fenomena biasa di kalangan pelajar-pelajar se-
kolah di Malaysia (Rokiah Haji Ismail 2001).
6. Kajian yang mendapati bagaimana tabiat pembacaan remaja Melayu
yang lemah, mereka lebih mengutamakan bahan bacaan yang tidak mem-
bina minda dan daya intelektual, merangkumi hiburan, jenaka, sukan dan
bahan lucah (Md. Nor Othman 1994). Pendek kata, mereka telah terjerumus
ke dalam budaya bebalisme yang cukup meruncing akibat daripada ketiadaan
budaya ilmu yang sihat.
7. Kajian yang mendapati remaja Melayu lebih menjadikan golongan artis,
model dan ahli sukan sebagai model ikutan melebihi segala ketokohan lain
(Wan Mohd Nor Wan Daud 1998).
8. Kajian yang mendapati remaja Melayu terlibat secara serius dengan
budaya Rock yang melampau. Yang dibimbangkan adalah budaya ini
dicirikan dengan beberapa sifat yang bertentangan dengan budaya
ketimuran. Antaranya, corak budaya yang dihayati oleh pendokong
budaya rock adalah dilambangkan dengan bentuk pakaian yang tidak terurus,
kotor, tidak senonoh, lucah, kasar, memuja syaitan, menggalakkan pengambi-
lan dadah dan mengamalkan sek bebas (Wan Azam Wan Mohd Amin 1995).

Keempat, fenomena kepincangan dari segi pentadbiran, politik wang, rasuah,


polis, integriti, pendidikan dan polarisasi yang wujud di Malaysia (Jamaie Hamil
2006). Secara jelasnya terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian
khusus, seperti;

1. Amalan sistem politik yang negatif seperti sistem politik yang tidak
telus, tidak terbuka dan tidak adil. Yang jelasnya, dalam konteks Malaysia
semasa, masih lagi terdapat beberapa elemen kelemahan di dalam program
pembangunan sistem politik (Jamaie Hamil 2004);
2. Wujudnya fenomena pemilihan elit politik yang berasas kepada elemen kek-
erabatan dan status ekonomi (korporat) melebihi faktor kebolehan sebenar
yang mungkin dimiliki daripada kalangan masyarakat awam.
3. Golongan ulama hanya bertindak sebagai alat justifikasi kepada program
yang dijalankan oleh elit politik.
4. Wujudnya pengaruh sistem ekonomi kapitalisme yang tinggi dirujuk pada
meluasnya fenomena elit politik bekerja untuk menjaga kepentingan elit
ekonomi daripada menjaga kepentingan masyarakat semasa.

68

ED2 jurnal hadhari03.indd 68 7/30/09 9:06:11 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

5. Fenomena pemilihan ketua lebih berasas kepada budaya politik wang.


6. Fenomena kegiatan elit politik yang tidak berpandu kepada satu set
undang-undang dan peraturan yang jelas, yang menyebabkan mereka
mengatasi undang-undang dan bukannya tertakluk pada undang-
undang.
7. Fenomena campur tangan elit politik yang berlebihan dalam bidang
penguatkuasaan undang-undang.
8. Fenomena perpecahan masyarakat Melayu daripada kalangan parti pemerin-
tah ataupun parti pembangkang, walaupun kedua-duanya menganut dan men-
gamalkan ajaran Islam yang sama. Kedua-duanya lebih menekankan agenda
yang terlalu politiking terhadap sesuatu isu yang timbul yang menyebabkan
kedua-duanya tidak dapat bersatu bagi menghadapi dominasi politik golon-
gan bukan Melayu di Malaysia.
9. Amalan sistem pendidikan yang terlalu terikut-ikut dengan tekanan
zaman globalisasi. Sebagai contohnya, terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diatasi dalam konteks ini.
10. Fenomena sistem pengajian IPTA/IPTS yang tidak sesuai untuk
kehendak pasaran kerja di Malaysia (Rahimin Affandi Abdul Rahim
2003).
11. Fenomena menjadikan IPTA/IPTS sebagai kilang untuk melahirkan tenaga
mahir dalam bidang teknikal tanpa diberikan penekanan kepada usaha mela-
hirkan graduan yang berakhlak mulia (Noraini Othman 2000).
12. Fenomena yang terlalu mengagung-agungkan pengajian di dalam
bidang teknikal sehinggakan meremehkan bidang-bidang lain, termaxsuklah
aliran pengajian agama.
13. Fenomena yang terlalu mengagung-agungkan sistem pengajian ber-
kembar dengan universiti Barat yang kononnya bakal menerapkan
bidang dan kemahiran moden sehingga melupakan wujudnya pemindahan
sistem nilai ala sekularisme Barat kepada graduan tempatan (Tan Ai Mei
2002).
14. Fenomena yang diamalkan oleh IPTS yang tidak mementingkan pembentu-
kan sistem ko-kurikulum yang berteraskan kehendak Islam dan adat ketimu-
ran.
15. Fenomena IPTS yang lebih suka menipu pelanggannya (pelajar) tentang
mutu dan kecanggihan program pengajian yang ditawarkan, sedangkan hal
sebaliknya telah dilakukan.

Kelima, fenomena kelemahan mutu pencapaian akademik pelajar bumiputera


di beberapa IPTA/IPTS di Malaysia (Nordin Kardi 2002). Terdapat kajian yang
mendapati kegagalan dan kelemahan mutu pencapaian akademik ini timbul akibat
daripada wujudnya tabiat malas di kalangan pelajar yang boleh diklasifikasikan
kepada empat jenis yang utama (Abdul Latif Samian 2003).

69

ED2 jurnal hadhari03.indd 69 7/30/09 9:06:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

1. Pelajar yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti kebudayaan


sehingga melupakan kepentingan untuk membahagikan masa yang
sesuai untuk sesuatu program pengajian.
2. Pelajar yang terpengaruh dengan budaya santai dan lepak dan mengabaikan
tugas sebagai pelajar.
3. Pelajar miskin yang terpaksa bekerja secara sambilan sehingga menyebabkan
mereka gagal menumpukan perhatian kepada pembelajaran.
4. Pelajar daripada keluarga yang kaya yang menghidap penyakit mewah dan
malas yang merasakan diri mereka selamat (sense of security) disebabkan
oleh status bumiputera yang kononnya pasti akan diutamakan oleh pihak
kerajaan berbanding dengan golongan bukan bumiputera.

Keenam polarisasi kaum di IPTA/IPTS. Bertentangan sama sekali dengan


hasrat dan program integrasi kaum yang cuba diterapkan oleh pihak kerajaan di
IPTA/IPTS, kita mendapati program ini telah gagal berfungsi seperti yang di-
cita-citakan. Fenomena polarisasi kaum ini masih lagi berkembang dengan cukup
meluas di Malaysia, khususnya membabitkan IPTS yang rata-ratanya lebih suka
berkiblat kepada kerangka pendidikan liberalisme Barat menganggap semua war-
ganegara Malaysia sebagai sama serta menolak sama sekali status keistimewaan
kaum bumiputera.
Mengikut Candra Muzaffar (1996) keburukan daripada isu polarisasi kaum
ini boleh dikesan daripada sikap negatif yang diamalkan oleh bangsa bukan
Melayu dan bangsa Melayu itu sendiri. Di kalangan bangsa bukan Melayu, beliau
menggariskan empat sebab yang utama;

1. Sikap yang negatif terhadap bahasa Melayu. Mereka boleh bertutur


bahasa Melayu tetapi ia lebih bersifat functional hanya untuk tujuan keper-
luan pendidikan, pekerjaan dan urusan rasmi dengan kerajaan. Mereka tidak
benar-benar menghayati bahasa Melayu sebagai pengguna bahasa yang kom-
peten. Di rumah, di pasar, bersama dengan rakan-rakan, mereka masih meng-
gunakan bahasa kaum mereka.
2. Walaupun bangsa bukan Melayu sudah lama tinggal di Malaysia, tetapi
mereka kurang empati dengan sejarah dan latar belakang sejarah Negara ini.
3. Sikap mereka yang hanya mementingkan kaum sendiri dan tidak bersimpati
dengan kaum lain.
4. Terdapat sesetengah kalangan golongan bukan Melayu yang me-
nunjukkan sikap yang menghalang pertumbuhan nilai-nilai murni yang boleh
membantu proses pembinaan bangsa Malaysia.

Manakala bagi bangsa Melayu pula, mereka mengenal pasti beberapa ke-
cenderungan (trend) yang utama seperti;

70

ED2 jurnal hadhari03.indd 70 7/30/09 9:06:11 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

1. Mereka masih ragu-ragu dengan kejujuran dan kesetiaan sebahagian orang


bukan Melayu terhadap negara ini.
2. Mereka tidak bersimpati dengan penderitaan dan kesengsaraan yang dialami
oleh bangsa bukan Melayu.
3. Mereka enggan menerima kepelbagaian bahasa, budaya dan agama yang wu-
jud di Malaysia kini sebagai satu aset yang berharga yang boleh membantu
pembinaan bangsa Malaysia.
4. Mereka tetap berpegang pada stereotaip dan prejudis tertentu terhadap go-
longan bukan Melayu. Pada pandangan orang Melayu, keseluruhan orang
Cina adalah bersifat tamak, mementingkan diri dan suka menggunakan kes-
empatan untuk memperdaya orang Melayu. Mereka juga memandang negatif
terhadap orang India.

Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, beliau mencadangkan beberapa
cadangan yang utama;

1. Penggunaan bahasa Melayu harus dipertingkatkan dalam sektor awam dan


swasta.
2. Institusi pendidikan patut memberikan penekanan kepada subjek
sejarah latar belakang negara Malaysia supaya setiap pelajar sedar akan
evolusi masyarakat berbilang kaum dan akar umbi sistem politik tradisional
Melayu.
3. Keadilan sosial perlu dijadikan asas pembinaan bangsa Malaysia.
4. Keadilan sosial yang tulen hanya boleh wujud dalam satu sistem ekonomi
yang tidak didorong oleh sifat kapitalisme yang ganas.
5. Sistem budaya harus membuktikan keupayaan menerima kepelbagaian se-
bagai unsur hidup.
6. Kerajaan, media, sistem pendidikan, sistem kekeluargaan, kumpulan agama
dan semua badan sosial harus berusaha untuk menghapuskan stereotaip di
kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

KESIMPULAN

Sebagai rumusan akhir, ketokohan Ibn Khaldun sebagai seorang pemikir
Islam yang mendahului zaman jelas terbukti, apabila kebanyakan daripada
teori ataupun buah pemikirannya bersifat evergreen dan masih tetap relevan
untuk dipakai bagi konteks zaman moden ini. Yang lebih penting lagi, kita tidak
harus mensakralkan tokoh agung ini secara membuta tuli, tetapi perlu melan-
jutkan ataupun mengamalkan setiap gagasan pemikirannya di dalam kehidupan
bermasyarakat. Rasanya, dengan cara dan paradigma ini sajalah kita mungkin
dapat memanafaatkan sepenuhnya setiap buah pemikiran yang dibawa oleh tokoh
ini. Adalah diharapkan agar pemakaian paradigma yang telah dirintis oleh Ibn

71

ED2 jurnal hadhari03.indd 71 7/30/09 9:06:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

Khaldun ini, suatu hari nanti bakal melahirkan tokoh-tokoh sarjana Melayu-Islam
yang unggul.

RUJUKAN

Abdullah Mohd. Said. 2003. Prosedur Dan Pelaksanaan Penilaian Dampak Sosial. Dlm.
Mohd Razali Agus. (pnyt.). Penilaian Dampak Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Pub-
lications.
Abdul Latif Samian. 2003. Mengatasi Kelayuan Mahasiswa. Dlm. Pemikir. Julai- Sep-
tember.
Abdul Rahman Aziz. 2004. Pemugaran Semangat Patriotisme Untuk Pembangunan. Sin-
tok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Abdul Rahman Embong. 2001. Sistem Maklumat Islam: Cabaran Dan Keperluan Maklu-
mat Umat Islam Di Malaysia Dari Perspektif Agama. Dlm. Teknologi Maklumat Dan
Komunikasi: Harapan, Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: INSANIAH.
Abdul Rahman Haji Ismail. 1995. Nasionalisme Melayu Dan Nasionalisme Melayu Se-
tanah Melayu: Satu Perbincangan Tentang Soal Permulaannya. Dlm. Isu-Isu Pense-
jarahan (Esei Penghargaan Kepada Dr. S. Suntharalingam). Pulau Pinang: Penerbit
Universiti Sains Malaysia.
Adnan Hj. Nawang. 1998. Za’ba Dan Melayu. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Ahmad Hidayat Buang. 2004. Fatwa di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan
Undang-undang, APIUM.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri. 1996. Perubahan nilai dalam budaya politik Melayu. Dlm.
Ahmad Fawzi Mohd. Basri (pnyt.). Nilai Orang Melayu. Sintok: Sekolah Pembangu-
nan Sosial, Universiti Utara Malaysia.
Anis Ahmad. 1988. The reorientation of Islamic history: some methodological issues. Dlm.
Islam: Source and purpose of knowledge. Virginia: International Institute of Islamic
Thought.
Awang Had Salleh. 2000. Patriotisme Dan Globalisme Dalam Konteks Pergera-
kan Bahasa Dan Sastera Kebangsaan. Dlm. Abdul Latiff Abu Bakar (pnyt.).
Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu: Kumpulan Kertas
Kerja Hari Sastera. 1995. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharudin Ahmad. 1994. Falsafah Sains Dari Persepktif Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Chandra Muzaffar. 1996. Cabaran Membina Bangsa Malaysia. Dlm. Abdul Razaq Haji
Omar. (pnyt.) Pembentukan Bangsa Malaysia. Kuala Lumpur: Yayasan Nurul
Yaqeen.
Chandra Muzaffar. 2001. Globalisation And Religion: Some Reflection. Dlm. Joseph
A. Camilleri. (pnyt.). Religion And Culture In Asia Pacific: Violence Or Healing.
Melbourne:Vista Publication.
Che Zarrina Sa’ari. 2001. Penyakit Gelisah (Anxiety/Al-Hulu’). Dlm. Masyarakat Islam
Dan Penyelesaiannya Menurut Psiko-Spiritual Islam. (pnyt.). Dlm. Jurnal Usuluddin.

72

ED2 jurnal hadhari03.indd 72 7/30/09 9:06:11 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

Jil. 14.
Deliar Noer. 1973. The Modernist Muslim Movement In Indonesia. 1900-1942. Kuala
Lumpur: Oxford University Press.
Fauzi Deraman. 1997. Kedudukan Hadith Dalam Kitab Jawi: Satu Kajian Terhadap
Karya-Karya Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Patani. Tesis Dr. Fal. Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hairudin Harun. 2001. Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat; Antara Akal
Budi Melayu Dengan Budaya Fikir Digital. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus-
taka.
Hashim Musa. 2004. Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi
Barat. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.
Hassan Ahmad. 2006. Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke Arah
Kelahiran Melayu Glokal. Kuala Lumpur: Alaf 21 Sdn Bhd.
Ibrahim Abu Bakar. 1994. Islamic Modernism In Malaya. Kuala Lumpur: Penerbit Uni-
versiti Malaya.
Jamaie Hamil. 2004. UMNO dalam politik dan perniagaan Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jamaie Hamil. 2006. Dinamika kepimpinan politik UMNO. Dlm. Ghazali Mayudin (pnyt.).
Demokrasi, kepimpinan dan keselamatan dalam politik Malaysia. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamaruddin Jaffar. 2001. Zulkifli Muhammad. Pemikiran Dan Perjuangan. Kuala
Lumpur: IKDAS.
Khoo Boo Teik. 2001. Paradoxes Of Mahathirism: An Intellectual Biography Of
Mahathir Mohamad. Shah Alam: Oxford University Press.
Mahathir Mohamad. 1986. Speech at the 4rd RISEAP General Assembly. 8 November.
Kuala Lumpur. Dlm. Foreign Affairs Malaysia. 19(4).
Mahayudin Haji Yahya. 1999. Masyarakat Madani Dalam Kerangka Teori Masyarakat
Umran. Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. Jil. 8(4).
Mahmood Zuhdi Abd. Majid. 2006. Impak Graduan Universiti Al-Azhar Dalam Pemba-
ngunan Sosial Di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu. Jil. 16.
Md. Nor Othman. 1994. Tabiat Media Generasi Muda Melayu Bandar: Satu Kajian Per-
bandingan Dengan Bukan Melayu. Dlm. Alam Melayu. Jil. 2.
Md Sidin Ahmad Ishak. 2000. Sekularisme Dalam Media Massa. Dlm. Jurnal
Tasawwur Islam. Jil. 6.
Mohamad Abu Bakar. 1993. Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan: Islam, Proses
Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial. Dlm. Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena
Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman. Kuala
Lumpur.
Mohamad Abu Bakar. 2002. Polemik Negara Islam Dan Pembudayaan Politik Di Malaysia.
Kertas Kerja Isu Dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Shauki Abd Majid. 2004. Wacana Hadhari dalam Islam. Kuala Lumpur: Anzagain.

73

ED2 jurnal hadhari03.indd 73 7/30/09 9:06:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

Mohd Taib Ariffin & Che Su Mustaffa. 2001. Era Ledakan Teknologi Maklumat: Isu-Isu
Berkaitan Pendedahan Terhadap Internet Di Kalangan Remaja. Dlm. Teknologi Mak-
lumat Dan Komunikasi: Harapan, Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: INSANIAH.
Mohd Taib Dora. 2000. Peminggiran Sosial: Keluarga Melayu Termiskin Bandar.
Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Yusof Othman. 2001. Teknologi Maklumat: Harapan Dan Cabaran Di Alaf Baru.
Dlm. Sharifah Azizah Sahil Jamalullail. (pnyt.). Teknologi Maklumat Dan Komuni-
kasi: Harapan, Cabaran Dan Barakah. Alor Setar: INSANIAH.
Mohd Zuhdi Marsuki. 2000. Pengajian Sains, Teknologi Dan Masyarakat: Pendekatan Ber-
sepadu Ke Arah Wawasan 2020. Dlm. Pengajian Umum Di Alaf Baru. Bangi: Pusat
Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Kamal Hasan. 1996. Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational
Principles In Malaysia. Kuala Lumpur: ABIM.
Muhammad Kamal Hasan. 2000. Intellectual Discourse At The End Of The
Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO. Kuala Lumpur: Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.
Muhd Mansur Abdullah. 2000. Renggangnya Hubungan Keluarga Punca Masalah So-
sial Remaja. Dlm. Mohd. Razali Agus. (pnyt.). Pembangunan Dan Dinamika
Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
New Straits Times. 1997. 24 March.
Noor Azam. 2004. Ruangan Cetusan Minda. Berita Minggu. 19 September.
Noraini Othman. 2000. Globalisasi, pendidikan dan modeniti di Malaysia. Dlm. Malaysia
menanggani globalisasi: peserta atau mangsa. Bangi: Universiti Kebangsaan Ma-
laysia.
Nordin Kardi. 2002. Melayu Dan Islam Dalam Konteks Pendidikan Di Institusi
Pengajian Tinggi. Dlm. Suzalie Mohamad. Anjakan Minda Belia Islam. Kuala
Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Nur Atiqah Tang Abdullah. 2000. Pendidikan emosi: Kesejahteraan sosial pelajar dan
masyarakat menjelang alaf baru. Dlm. Abdul Latif Samian & Mohamad Sabri Haron.
Prosiding persidangan kebangsaan Pengajian umum di Alaf baru. Bangi: Pusat Pen-
gajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Osman Bakar. 2003. Globalisasi Dan Peradaban. Dlm. A. Aziz Deraman. Globalisasi
Dalam Peradaban Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Peter Riddell. 2001. Islam And The Malay-Indonesian World. London: Oxford University
Press.
Rahmah Hashim. 1999. Industrialisasi Dan Globalisasi: Cabaran Teknologi Komunika-
si Dan Kesannya Terhadap Kelangsungan Pendidikan Generasi. Dlm. Jurnal Pen-
didikan Islam. 8(3)
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 1997. Gerakan Tajdid di Malaysia: Teori dan realiti. Dlm.
Mahmud Zuhdi Hj. Abdul Majid. (pnyt.). Dinamisme Pengajian Syariah. Kuala
Lumpur: Berita Publishing.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2003. Graduan Pengajian Islam Bertaraf World Class. Dlm.

74

ED2 jurnal hadhari03.indd 74 7/30/09 9:06:11 AM


Perubahan Sosial dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun

Konvensyen Mahasiswa Pengajian Islam Peringkat Nasional 2003: Anjuran Bersama


APIUM Dan PMAIUM. 13 Disember.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2004a. Islam Hadhari: Teori Dan Aplikasi Di Malaysia.
Kertas Kerja Seminar Antarabangsa Mengenai Agama Sebagai Wadah Keharmonian
Negara Dan Masyarakat: Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Kerjasa-
ma Universitas Surabaya (UNTAG). Surabaya, 24 Ogos.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2004b. Menangani Cabaran Globalisasi: Satu Analisis
Terhadap Pemikiran Reformis Semasa. Dlm. Mohd Fauzi Hamat, Mohd Fakhruddin
Abd. Mukti & Che Zarrina Sa’ari. Pemikiran Islam Dan Cabaran Semasa. Kuala
Lumpur: Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, APIUM.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2005a. Pemikiran Reformasi Melayu Semasa: Satu Anali-
sis. Dlm. Hashim Musa. (pnyt.). Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur:
APIUM.
Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2005b. Citra Islam Dalam Pembentukan Manusia Melayu
Moden Di Malaysia: Suatu Analisa. Jurnal Pengajian Melayu. Jil. 15.
Rokiah Haji Ismail. 2001. Salah Laku Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Pengala-
man Bersama Keluarga, Rakan Sebaya Dan Sekolah. Dlm. Abdul Rahman Embong.
Negara, Pasaran Dan Pemodenan Malaysia. Bangi.
Sabitha Marican. 1997. Dasar Awam Di Malaysia: Isu Dan Konsep: Kuala Lumpur: Utu-
san Publication.
Saleh Faghizadeh. 2004. Sosiologi Sosiologi. Terj. Mohd Fauzi Yaacob. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy. 2004. Efektif Governant di Malaysia menurut
perspektif Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Sharifah Zaleha Syed Hassan. 1993. Authority And The Syariah Court: The Life And Work
Of A Malaysian Kadi. Dlm. Jurnal Antropologi Dan Sosiologi. Jil. 20.
Siddiq Fadhil. 2005. Jatidiri Dan Nilai-Nilai Budaya Dalam Pemikiran Melayu. Dlm.
Ahmad Mohamad Said. Pembangunan Watak Bangsa: Pemerkasaan Nilai-Nilai
Murni Dalam Pendidikan. Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan.
Syed Ahmad Hussein. 2002. Muslim politics and discourse on democracy. Dlm. Democ-
racy in Malaysia; discourse and practices. Richmond, Surrey: Curzon Press.
Syed Hussein al-Attas. 2005. Watak tertawan di negara membangun. Dlm. Mohamad Daud
Mohamad. Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu. Kuala lumpur: Dewan Ba-
hasa dan Pustaka.
Tan Ai Mei. 2002. Malaysian Private Higher Education: Globalisation, Privatisation,
Transformation and Marketplaces. London.
Toto Suharto. 2003. Epistemologi Sejarah Kritis Ibn Khaldun. Yogyakarta: Fajar Pustaka
Baru.
Vatikiotis, M.R.J. 1996. Political Change In Southeast Asia- Trimming The Banyan tree.
London: Routledge.
Wan Azam Wan Mohd Amin. 1995. Punca Ajaran Sesat: Akibat Kekosongan Jiwa. Dlm.
Majalah Dakwah. bil. 2. 14 Mac.

75

ED2 jurnal hadhari03.indd 75 7/30/09 9:06:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 45-76

Wan Mohd Nor Wan Daud. 1990. Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun.
Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. 3(1).
Wan Mohd Nor Wan Daud. 1998. The educational philosophy and practice of Syed Mu-
hammad Naquib al-Attas; an exposition of the original concept of Islamization. Kuala
Lumpur: ISTAC.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan Di Malaysia: Ke arah Suatu Kefahaman
baru yang lebih sempurna. Kuala Lumpur: ISTAC.
Yasien Mohamad. 1993. Islamization: A Revivalist Respone To Modernity. Dlm. Muslim
Education Quarterly. 10(2).
Zaini Ujang. 1989. Tinjauan Terhadap Pendidikan Bersepadu: Suatu Sorotan Dalam Pen-
gajian Kejuruteraan Alam Sekitar. Dlm. Jurnal Pendidikan Islam. 2(1).
Zaini Ujang. 1993. Universiti: Mendukung Tradisi Intelektual. Kuala Lumpur: Institut
Kajian Dasar.
Zakaria Stapa. 1999. Ancaman Pasca Moden Dan Faham Modenisme Terhadap Akidah
Dan Akhlak Umat Islam Masa Kini. Dlm. Al-Maw’izah. Jil. 7.
Zulkiple Abd. Ghani. 2001. Islam, Komunikasi Dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur:
Utusan Publication.
Zulkiple Abd. Ghani. 2002. Gerakan Dakwah: Satu Takrifan Semula Untuk Melahirkan
Islam Yang Progressif. Kertas kerja Isu dan proses pembukaan minda umat Melayu
Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Associ. Prof. Madya Mohamad Kamil Abd Majid &


Associ. Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim,
Jabatan Fiqh dan Usul,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur.
Email: fakir_ila_rabbih@um.edu.my
E-mail: rahimin_afandi@hotmail.com

76

ED2 jurnal hadhari03.indd 76 7/30/09 9:06:11 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 77-98 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

PERSEPSI ORANG CINA TERHADAP


ISLAM HADHARI

Abstrak

Islam adalah agama yang sering disalahfahamkan. Ini disebabkan oleh proses
sosialisasi politik perkauman yang menimbulkan persepsi negatif. Akibatnya,
agama Islam dipersepsikan dengan sifat-sifat negatif seperti suka bergaduh,
berpecah-belah, kotor, miskin, ganas, bengis, suka membunuh dan berbagai lagi.
Apatah lagi kita tidak berjaya memperlihatkan imej yang positif Islam. Kita hanya
boleh berbangga dengan kegemilangan masa lalu dan gagal mencipta kegemilan-
gan masa kini. Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi orang Cina terhadap
Islam Hadhari dan 10 prinsip yang digalurkan. Prinsip-prinsip Islam Hadhari
diakui mengandungi nilai yang baik. Prinsip tersebut adalah nilai bersama yang
turut terkandung dalam ajaran agama mereka. Malangnya, prinsip yang baik ini
tidak banyak diterjemahkan dalam bentuk praktikal sebaliknya telah menimbul-
kan salah tanggap dan kekeliruan. Apatah lagi apabila ianya dipolitikkan antara
dua parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS. Apabila keadaan yang tidak
sihat ini berlaku, orang bukan Islam/Cina menjadi keliru, Islam mana satukah
yang betul, Islam yang dibawa oleh UMNO atau PAS? Inilah yang menjadi po-
lemik yang telah membentuk persepsi negatif orang Cina terhadap isu-isu berkai-
tan dengan Islam dalam Islam Hadhari.

Kata kunci: Islam Hadhari, Agama Islam, Cina, Sosialisasi politik dan
Persepsi Cina

Abstract

Islam is a misunderstood religion. The negative impression towards Islam accu-


mulated through negative behaviour and political socialization process. Hence,
Islam is labeled as a negative religion which is synonym with fighting each other,
disunity, dirty, poor, aggressive, harsh, killing each other etc. Muslims can’t

77

ED2 jurnal hadhari04.indd 77 7/30/09 9:07:02 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

really put the blame on the Non-Muslims because of their prejudices. All these
things happened because we failed to potrait a good image after the collapse of
the Islamic empire during the First World War. We only can be proud of the past
and failed to create a present glory. Whatever glory we had in the past is nowhere
to be seen nowadays. What is happening now makes it difficult for the Muslims
to propagate Islam to the Non-Muslims. If we look at the 10 principles of Islam
Hadhari, it possess great values and acceptable to the Non- Muslims. Those prin-
ciples are also included in the teachings of Confucious and Buddhism. However,
these good teachings are not given due attention but rather manipulated and
politicized. PAS produces books against the concept while UMNO on the other
hand try its very best to defend it. These leads to great confusion among the Non-
Muslims.

LATAR BELAKANG

Apabila membicarakan soal masyarakat Cina, kita tidak dapat lari daripada
menyentuh serba sedikit tamadun mereka yang telah bertapak lebih daripada 4000
tahun dahulu atau 2000 S.M (Fitzgerald 1973; Suffian Mansor 2003). Menurut
Kennedy (1994), tamadun Cina telah diakui dunia adalah antara tamadun terbi-
lang dalam sejarah peradaban manusia terutama ketika pemerintah Dinasti Ming.
Antara semua tamadun sebelum zaman moden, tiada ada sebuah pun yang lebih
maju, bahkan lebih gagah, daripada tamadun di China. Tamadun antara yang ter-
tua di dunia ini mempunyai keistimewaan tersendiri seperti tahan lama, mempu-
nyai kawasan yang luas dan penduduk yang ramai, pentingkan unifikasi, penting-
kan keharmonian dan moral, berinteraksi, dinamik, mendukung ajaran falsafah
dan mementingkan penggunaan teknik (Suffian Mansor 2003).
Ajaran Konfucius adalah antara yang paling berpengaruh dalam masyarakat
Cina (Jeffrey Seow 1999). Begitu juga dengan ajaran Buddha dan Taoisme (Pur-
cell 1975). Ketiga-tiga ajaran ini masih berpengaruh dalam budaya masyarakat
Cina walaupun mereka tidak berpegang kepada hanya satu ajaran sahaja. Mereka
boleh menerima ketiga-tiga ajaran menjadi pegangan mereka serentak.

Many Chinese will have difficulty in telling you whether a god


or a hero is a Buddhist or a Taoist deity, while the Buddhist
have admitted a number of gods, originally Taoist, into their
pantheon (Purcell 1975).

Seperti yang dinyatakan dalam bulletin MCA, The Guardian (2005):

…we are interested in the study of Confucianism because this


school of philosophy has been an important element in Chi-
nese culture for more than two thousand years. It shape China

78

ED2 jurnal hadhari04.indd 78 7/30/09 9:07:02 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

through a class of bureaucrats or Mandarins steeped in Confu-


cianist learning. Reformers and leaders in the past tried to use
Confucianism as a programme for social and political change
in China and Southeast Asia. It continues to exercise influence
today. Some economic transformation in East Asia in recent
years could be linked to Confucianist values.

Kenyataan di atas juga diperakui oleh de Bary (Xinzhong Yao 2000):

If we were to characterize in one word of the Chinese way of life


for the last two thousand years, the word could be ‘Confucian’.
No other individual in Chinese history has so deeply influenced
the life and thought of his people, as a transmitter, teacher and
creative interpreter of the ancient culture and literature and as
a moulder of the Chinese mind and character.

Pengaruh peradaban dan ketamadunan ini telah bertapak dalam hati masya-
rakat Cina sejak turun-temurun. Justeru, bukan mudah untuk mengikisnya. Orang
Cina memang bangga dengan tamadun mereka. Seboleh-bolehnya mereka cuba
untuk mengekalkan tamadun ini walaupun keadaan hidup mereka semakin ber-
ubah. Dengan sebab itu penentangan demi penentangan dilakukan terhadap
segala dasar terutama yang boleh memudarkan identiti budaya mereka seperti isu
bahasa dan sekolah Cina (Haris Md Jadi 1990; Utusan Malaysia 2005). Sedang
semua sedia maklum bahawa hanya di Malaysia sahaja sekolah Cina masih kekal
dengan identitinya berbanding negara lain yang mana orang Cina menjadi mi-
noriti. Di Singapura yang majoritinya kaum Cina pun tidak lagi mempraktikkan
bentuk sekolah Cina seperti yang ada di Malaysia (Lee Kam Hing & Tan Chee-
Beng 2000).

ISLAM DAN CINA

Islam bukanlah satu agama baru kepada orang Cina sebab berdasarkan kepa-
da sejarah, Islam telah sampai ke China beberapa dekad selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW (Kitagawa 2002). Di Negeri China, agama Islam dipanggil
sebagai “Hui” atau “Qing Zhen”. Agama Islam adalah antara agama yang amat
dihormati di sana terutama selepas dasar buka pintu dan reformasi yang dilakukan
oleh kerajaan China (Islamic Dakwah Center Brunei 1998).
Begitu juga dengan pengaruh Cheng Ho sehingga kini masih bertapak dalam
hati masyarakat Cina. Cheng Ho adalah seorang sida istana, juga seorang ahli
pelayaran yang mahir dan panglima yang cekap. Pelayarannya yang pertama
adalah di Malaysia dan Indonesia dalam melebarkan lagi kekuasaan China ke-
tika itu (Fitzgeral 1973). Beliau dikatakan telah tiba di Melaka dalam tahun 1408

79

ED2 jurnal hadhari04.indd 79 7/30/09 9:07:02 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

(Purcell 1975). Beliau juga dikenali sebagai Sam-po-Kong. Sehingga ke hari ini
Sam-po-Kong (Cheng Ho) masih disembah oleh kebanyakan masyarakat Cina
sama ada di rumah mahupun di pusat penyembahan. Dalam bahasa Melayu, orang
Cina mengistilahkannya sebagai Datuk Keramat. Segala bentuk penyembahan
mesti menggunakan makanan yang halal dan peralatan yang suci bagi tujuan
tersebut (Mustapha Ma 2005). Di Pulau Pinang, Melaka, Terengganu, Sarawak,
Singapura, Campa, Jawa Tengah dan Thailand, terdapat patung Sam-po-Kong
yang diukirkan khas menjadi penyembahan masyarakat Cina.
Ini bererti bahawa pengaruh Islam kepada masyarakat Cina telah lama ber-
tapak. Malah hubungan baik antara orang Cina dan Islam dari segi kehidupan
beragama telah lama terjalin. Cheng Ho adalah seorang Muslim yang taat dan
amat menghormati agama orang Cina iaitu Buddha dan Taoism. Beliau tidak
melarang anak kapalnya menganut agama Buddha dan Tao walaupun beliau sen-
diri beragama Islam (Kong Yuanzhi 2000). Malangnya, tokoh Cheng Ho ini tidak
diwar-warkan oleh orang Islam sendiri. Sebaliknya, pengkaji-pengkaji Cina bu-
kan Islam lebih berminat membuat kajian tentang Cheng Ho tanpa mengaitkan
sumbangan Islam yang telah dibuat. Akibatnya, Islam tidak bertapak di hati
masyarakat Cina. Persepsi mereka terhadap Islam juga tidak melihatkan sesuatu
yang positif.
Namun, walaupun China kaya dengan sejarah Islamnya, sehingga hari ini
ia masih disalahfahamkan. Dengan sebab itu kita dapati amat sukar untuk orang
Cina menerima hakikat sekira anaknya mengambil keputusan memeluk Islam
berbanding memeluk agama lain. Bagi mereka, memeluk Islam bermakna telah
diMelayukan.

Thus, the general rejection of Islam by Chinese Malaysians


is not so much a rejection of the religion but disapproval of
discarding Chinese identity (Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng
2000).

Islam disamakan dengan Melayu, Melayu pula disamakan dengan Islam. Ini-
lah proses sosialisasi politik yang telah berlaku sekian lama dan agak kurang lang-
kah diambil untuk memperbetulkan salah faham ini. Hasilnya, tidak sampai 1%
yakni 0.4% (Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng 2000) orang Cina yang memeluk
Islam di Malaysia. Yang jelas, prejudis pula semakin menebal.

PROSES SOSIALISASI POLITIK

Sosialisasi politik adalah suatu proses. Ia memungkinkan seseorang indi-


vidu mengenali sistem politik, yang kemudian menentukan persepsinya terhadap
politik serta reaksi-reaksi terhadap gejala-gejala politik. Sosialisasi politik adalah
proses dengan mana individu-individu memperolehi pengetahuan, kepercayaan-

80

ED2 jurnal hadhari04.indd 80 7/30/09 9:07:02 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

kepercayaan dan sikap politik. Bagi Ball (1993), sosialisasi politik bukanlah satu
proses yang terbatas pada zaman kanak-kanak sahaja, iaitu zaman yang mudah
dipengaruhi tetapi ia berterusan sehingga ke zaman dewasa. Bagi Almond dan
Verba (1963), ia boleh berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Inilah proses yang dilalui oleh setiap manusia yang tidak dapat dielakkan sama
sekali. Persoalannya, sejauh manakah pengaruh proses sosialisasi ini? Bagaimana
sesuatu kepercayaan dan persepsi itu dibentuk atau terbentuk? Perkara inilah yang
akan dikaji dalam penyelidikan ini. Secara umumnya, proses yang dilalui adalah
seperti berikut:

Sosialisasi  Keperibadian  Kepercayaan Politik  Tingkah laku In-


dividu  Corak Tingkah laku Berkelompok

Secara umum, masyarakat Cina digambarkan oleh Purcell (1975):

The Chinese have always been regarded as most tolerant in


matters of religion. We know that they have no scruples about
food like the Mohammedan; they have no caste system like the
Hindus. We know that they have no special restrictions about
entry to their temple, that they frequent them in free and easy
undress, and although they adherents of Buddhism, Confucian-
ism, or Taoism, we know that they tolerate the sects they do not
belong to and often conform to two or even all three of the cults
simultaneously.

Berdasarkan petikan ini, maka jelas sekali bahawa masyarakat Cina adalah
mudah dibentuk jika betul cara dan gayanya. Petikan berikut mungkin ada kebe-
narannya (Lukman Taib 2000):

About Chinese political culture we do have difficulty making


assumptions because they are under new circumstances that
greatly differ from those of their homeland. But generally we
can say that they are influenced by the Malay political culture
beside of course, their own religion, norms and customs.

Tetapi kita perlu faham adakah pengaruh Melayu benar-benar telah memberi-
kan persepsi yang positif terhadap agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri?
(Suryadinata 1989: 154):

The Chinese still have more resistance to their members becom-


ing Muslims than becoming followers of other religions. This
is largely due the fact that in Malaysian society, Islam is very

81

ED2 jurnal hadhari04.indd 81 7/30/09 9:07:02 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

much associated with the Malay identity. As Islam becomes


less communalized and less politicized it may be expected that
more Chinese Malaysians will become Muslim. Nevertheless,
Chinese Religion will undoubtedly continue to be the major re-
ligious tradition of most Chinese Malaysians.

Inilah keadaan sebenar yang berlaku rata-ratanya di kalangan masyarakat


Cina. Pengaruh Melayu tidak banyak mempositifkan imej agama yang dianuti
oleh orang Melayu, tetapi menjadi mengelirukan lagi apabila agama Islam disa-
makan dengan bangsa Melayu. Apabila persepsi ini telah bertapak dalam sanubari
masyarakat Cina akhirnya sesuatu perkara yang baik dalam agama yang ingin
disampaikan kepada mereka tidak kesampaian.
Apatah lagi dengan wujudnya agen-agen lain yang turut mempengaruhi pros-
es sosialisasi seperti yang dikatakan oleh Michael Rush seperti pengaruh rakan
sekerja, pekerja dan majikan kesatuan sekerja, pertubuhan-pertubuhan sukare-
la, pertubuhan-pertubuhan sukan, sosial dan sebagainya (Rush 1992). Interaksi
antara agen-agen ini banyak mempengaruhi pembentukan peribadi dan persepsi
seseorang. Pendekatan Douglas (1967) dan Kamrava (1996) juga mempunyai
kaitan rapat dengan pembentukan persepsi ini. Katanya dalam membuat kajian
terhadap sosialisasi politik maka beberapa perkara berikut harus diberi pertim-
bangan iaitu pengalaman sosialisasi politik yang berlaku, sosialisasi yang ber-
laku sepanjang hayat seseorang, pengaruh sejarah dan persekitaran yang berubah,
interaksi antara agen-agen tersebut dan personaliti seseorang. Kesemua proses
ini boleh berlaku secara semulajadi (nature) dan proses pembelajaran (nurture).
Mengambil kira pendekatan Piaget, akan berlaku proses kognitif melibatkan tiga
perkara utama iaitu asimilasi (assimilation), penyesuaian diri (accommodation)
dan keseimbangan (equilibration) (Kamrava 1996).

AGEN SOSIALISASI POLITIK

Terdapat dua agen yang begitu dominan dalam proses sosialisasi politik
yang dibincangkan dengan panjang lebar oleh sarjana-sarjana politik dan sosi-
ologi iaitu agen keluarga dan sekolah yang boleh berlaku dari sudut nature dan
nurture. Boleh dikatakan kesemua sarjana yang membuat kajian sosialisasi politik
bersetuju bahawa dua agen asas ini yang membentuk kepercayaan dan persep-
si seseorang individu itu. Dowse dan Hughes (1972) dalam bukunya Political
Sosiology membahagikan agen-agen ini kepada dua iaitu utama dan sekunder.
Faktor keluarga dan sekolah adalah utama, sementara yang lain-lain adalah
sekunder (American Government Study Guide 2005):

Our parents are the most important opinion-molders. As Her-


bert Hyman rightly points out in Political Socialization: “Fore-

82

ED2 jurnal hadhari04.indd 82 7/30/09 9:07:02 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

most among agencies of socialization into politics is the fam-


ily. “By listening to our parents talk at the breakfast table, we
begin to form our ideas of the world. In the family we acquire
the basic attitudes that will shape our future opinions. We form
opinions towards our neighbors, other types of people, as well
as towards local rules and society in general. R.M. MacIver
also admits that the family is “the primary agent in molding of
the life habits most of human beings.” Most of us conform to
our family’s choice of political party, whether Republican or
Democrat.

Secara peribadi, penulis boleh bersetuju dengan pendapat ini, tetapi oleh
kerana kajian sosialisasi adalah suatu yang relatif, tidak semestinya agen-agen
utama dan sekunder berlaku secara berturutan walaupun secara semulajadinya ia
boleh berlaku sedemikian. Kekuatan pengaruh agen ini mungkin berubah mela-
lui proses pembelajaran. Ia bergantung kepada sejauh manakah penerimaan dan
pencernaan individu terbabit terhadap proses sosialisasi yang berlaku sepanjang
kehidupan terutamanya apabila meningkat dewasa. Justeru, agen-agen lain seperti
media massa, elektronik, rakan sebaya, pertubuhan sukarela, pertubuhan sekerja,
kerajaan dan agensi-agensinya, parti-parti politik dan sebagainya tidak boleh din-
afikan akan pengaruh dan kesan yang akan dibawa.

Keluarga dan Institusi Pendidikan

Boleh dikatakan semua sarjana politik mencapai kata sepakat bahawa agen
keluarga dan pendidikan adalah unit asas dalam membuat kajian terhadap sosia-
lisasi politik. Hyman amat menekan agen keluarga dan pendidikan sebagai faktor
yang dominan membentuk orientasi politik dan partisipasi politik dalam proses
sosialisasi (Hyman 1959).

The family, educational system, peers, mass media of commu-


nication and important political events all have socializing ef-
fects; but the first two of these agencies have had most intensive
scrutiny (Dennis 1973).

Faktor ini turut dipersetujui oleh Langton (1969), M. Kent Jennings, Richard
G. Niemi, Steven H. Chaffee, Jack M. McLeod dan Daniel Wackman (Dennis
1973). Namun demikian, Ball (1993) mempunyai pendapat yang agak berbeza,
baginya lebih lama jangka masa pendidikan formal dan lebih tinggi kecerdasan
kanak-kanak itu, semakin berkurangan pula pengaruh ibu bapa. Ia ���������������
juga bergan-
tung kepada perhubungan dengan agen-agen sosialisasi yang lain. Dalam konteks
masyarakat Cina di Malaysia, isu bahasa telah menjadi tidak boleh dipisahkan

83

ED2 jurnal hadhari04.indd 83 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

apabila memperkatakan soal proses sosialisasi politik terutama dalam konteks ke-
luarga dan pendidikan (Suryadinata 1989: 149):

Chinese education and language have been important com-


munal issues to the Chinese in Malaysia just like Islam in tha
major issue to the Malays

Menurut Tan Liok Ee (1986), isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat
sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan
identiti mereka (Suryadinata 1989). Dalam kajian yang dibuat oleh Yew Yeok
Kim (1973, 1982) dalam tesis Sarjana dan Ph.D mengenai pendidikan masyarakat
Cina, beliau menemui beberapa dapatan mengenai sikap dan tingkah orang Cina
(pelajar). Terdapat perbezaan sikap (persepsi) antara pelajar Cina yang mendapat
pendidikan sekolah Cina dengan pelajar Cina yang mendapat pendidikan Ing-
geris. Pelajar Cina yang mendapat pendidikan Inggeris kurang identiti nasional,
lebih mudah bergaul dengan bangsa lain dan memudahkan proses integrasi na-
sional. Manakala pelajar yang mendapat pendidikan sekolah Cina adalah seba-
liknya (Suryadinata 1989). Keadaan menjadi semakin buruk apabila wujudnya
parti-parti politik berasaskan kaum yang menjadikan institusi keluarga dan pen-
didikan dalam mendepani isu ini dan proses sosialisasi yang berlaku (Funston
2001: 166).

Politics has mainly been articulated in communal terms. Most


political parties have organized along ethnic lines, and have
sought to maximize political power and economic benefits for
a particular ethnic group, and promote group interests in areas
such as language, education and culture. Conflicting demands
have been mediated by leaders of the multi-ethnic governing
coalition.….. Malay-Chinese rivalry has been the main cen-
tre of conflict, but Malay relations with indigenous groups in
Sabah and Sarawak have also been difficult.

Insitusi pendidikan masyarakat Cina amat dominan apabila memperkatakan


mengenai proses sosialisasi politik. Isu ini dibincangkan panjang lebar oleh
Kenneth Langton dan M. Kent Jennings (Dennis 1973). Pengaruhnya kadang kala
ia lebih dominan daripada agen keluarga terutama apabila memperkatakan proses
yang dilalui oleh masyarakat Cina. Perjuangan masyarakat Cina terhadap status
pendidikan sekolah Cina tidak pernah berubah dari dahulu sehingga ke hari ini.
Isu popular ini terus digunakan dalam meraih simpati dan undi masyarakat Cina.
Bermula sebelum merdeka, Laporan Barnes dan Fenn-Wu (1951) (Lee Kam Hing
& Tan Chee-Beng 2000), dan selepas merdeka, Laporan Razak (1957), Lapo-
ran Rahman Talib (1960), Akta Bahasa Kebangsaan (1967) (Haris Md Jadi 1990;

84

ED2 jurnal hadhari04.indd 84 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

Oong Hak Ching 2000) dan sehingga ke hari ini, isu pendidikan, bahasa dan Se-
kolah Cina tidak pernah putus dan sentiasa menjadi ugutan politik kepada kera-
jaan Barisan Nasional khasnya UMNO. Demi survival politik, kerajaan terpaksa
tunduk kepada tekanan-tekanan ini walaupun idea sekolah wawasan yang ingin
mengintegrasikan kesemua sekolah berasaskan kaum ini di bawah satu bumbung
telah lama juga disuarakan.
Kesannya, sekolah Cina kekal dengan identiti kecinaannya. Integrasi na-
sional masih lagi jauh untuk dicapai akibat proses sosialisasi ini. Dalam hal ini
kata-kata Watson dalam artikel bertajuk “Education and Cultural Pluralism in
South-East Asia Special Reference to Peninsular Malaysia” amat tepat sekali.
Menurut beliau bahasa adalah persoalan yang merumitkan dalam masyarakat
yang berbilang kaum kerana ia boleh menjadi penghalang kepada integrasi jika
kumpulan ras dan etnik yang berlainan mahukan pengekalan bahasa-bahasa
mereka sebagai alat untuk menyampaikan kebudayaan dan nilai-nilai sosial,
dan jika mereka menolak satu konsep bahasa kebangsaan (Haris Md Jadi 1990).
Walaupun hujah beliau ini tidak boleh dijadikan asas kukuh dalam mengukur
keberkesanan integrasi nasional, sedikit sebanyak sistem yang wujud telah
menyebabkan jurang interaksi kaum menjadi longgar. Islam masih lagi diang-
gap suatu yang asing sepertimana yang disebutkan oleh Tan Chee-Beng dalam
kajiannya mengenai pandangan orang Cina terhadap agama Islam (Lee Kam
Hing & Tan Chee-Beng 2000).

Media Massa/Elektronik/Budaya Popular

Persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media memper-


besar-besarkan (sensasi) isu-isu yang berhubung kait dengan agama Islam dan
bangsa Melayu, terutama pertelagahan politik antara kerajaan (UMNO) dan
pembangkang (khasnya PAS dan Keadilan). Isu agama dipergunakan sewenang-
wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku terhadap aga-
ma dan bangsa. Sekali lagi faktor ini menjadikan Islam tidak dapat dimartabatkan
dengan sewajarnya (American Government Study Guide 2005).

Thus political socialization is the process by which people form


their ideas about political issues and absorb political values.
In early life, we are strongly influenced by the family and the
educational system. As we grow up, however the influence of
our peer groups and of the mass media including television and
the newspapers, is stronger

Sarjana-sarjana seperti Dawson dan Prewitt (1969), Dennis (1973) dan


Hyman (1959) mempunyai pendapat yang agak klasik dengan meletakkan agen
keluarga dan sekolah adalah yang paling dominan dalam proses sosialisasi politik.

85

ED2 jurnal hadhari04.indd 85 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

Manakala sarjana lain seperti Meadow (1980), dan Easton (1965) berpendapat
pengaruh moden seperti media massa lebih utama.
Hujah ini turut dipersetujui oleh Chaffee, Ward dan Tipton yang tidak sepen-
dapat dengan pendapat klasik yang membuat kajian mengenai sosialisasi poli-
tik dengan mengenepikan pengaruh media massa (elektronik) dan juga budaya
popular (Dennis 1973). Lebih hebat lagi kini dunia telah memasuki era teknologi
maklumat (IT) dan komunikasi (ICT).
Sarjana-sarjana klasik sering mengenepikan pengaruh media massa dan budaya
popular. Kalau adapun mereka hanya menyentuh sepintas lalu sahaja. Sedangkan
agen-agen seperti muzik popular, tayangan gambar, novel, iklan, drama, lawak jenaka
atau khabar angin amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik (Schwartz &
Schwartz 1975). Banyak kajian membuktikan bahawa hari ini ramai orang teruta-
manya remaja menghabiskan masa dengan budaya popular ini. Ada bukti yang men-
unjukkan bahawa muzik popular mengandungi kandungan politik selari dengan apa
nilai-nilai politik yang dipegang oleh kebanyakan keluarga dan guru.
Penulis amat bersetuju dengan pandangan Schwartz dan Schwartz (1975)
kerana dalam konteks kajian di Malaysia, unsur-unsur budaya popular merupakan
agen yang amat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Budaya popular ini
yang dipelopori oleh media massa dan media elektroknik telah berjaya mempen-
garuhi daripada peringkat kanak-kanak hingga peringkat usia tua juga. Apatah
lagi pada hari ini segala maklumat berada di hujung jari sahaja. Maklumat oleh
didapati dengan begitu cepat dan pantas. Pengaruh internet sebagai budaya baru
dalam proses sosialisasi politik pasti menjadikan kajian teori ini semakin hebat
dan tidak berkesudahan. Tidak ketinggalan ia memberikan kesan yang hebat ke
atas persepsi orang Cina terhadap Islam dan Melayu.

ANALISIS KAJIAN PERSEPSI ORANG CINA

Apa juga program Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak mendapat
gambaran positif daripada orang Cina kerana ia berkait rapat dengan persepsi
yang telah wujud sekian lama. Ini kerana gambaran mereka terhadap Islam dari
awal telah disalahfahamkan (Ratnam 2002: 166).

The government’s educational policy, which is biased towards


expanding opportunities for educational advancement of Ma-
lays, has created a certain degree of frustration and disillusion-
ment among non-Malays. The availability, or lack thereof, of
educational opportunity could well be a critical factor shaping
the political attitudes of a younger generation.

Mahathir Mohamed (1970: 15) dalam buku The Malay Dilemma menga-
takan:

86

ED2 jurnal hadhari04.indd 86 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

What went wrong? Obviously a lot went wrong. In the first


place the Government started off on the wrong premise. It be-
lieved that there had been racial harmony in the past and that
the Sino-Malay co-operation to achieve Independence was an
example of racial harmony. It believed that the Chinese were
only interested in business and acquisition of wealth, and that
the Malays wishes only become Government servants. These ri-
diculous assumptions led to policies that undermined whatever
superficial understanding between Malays and non-Malays.

Bila berlaku perkara sebegini, interaksi semakin kurang. Ini sudah tentu
menebalkan lagi persepsi antara kaum. Lebih malang lagi, Islam selalu digambar-
kan dalam media massa dan elektronik Barat sebagai agama yang negatif, mun-
dur, menentang perubahan dan pemodenan dan sebagainya. Memburukkan lagi
keadaan dengan tindakan segelintir badan-badan NGO dan individu Islam yang
sengaja memutar belitkan Islam sehingga menyebabkan agama Islam disalahfa-
hamkan oleh bukan Islam.
Misalnya, isu serbuan JAWI ke atas kelab malam The Zouk (Utusan Malaysia
14 April 2005). Adakah tindakan itu betul atau tidak? Kenapa ramai sangat yang
menentang tindakan amar makruf nahi mungkar ini, sedangkan ia adalah isu se-
mua agama? Begitu juga isu samak yang tidak ditangani dengan betul (Mingguan
Malaysia 27 Mac 2005). Komen yang dibuat oleh penulis rencana tersebut, As-
tora Jabat ada kebenarannya. Peristiwa menyamak salah sebuah restoran di Kuala
Lumpur dengan menggunakan air lumpur pekat adalah sesuatu yang amat meru-
gikan dakwah dan imej Islam di negara kita. Ia jelas memperlihatkan betapa susah
dan rigidnya agama Islam. Sedangkan banyak pendekatan berhikmah lain boleh
diambil dengan mengambil kira pandangan mazhab lain dalam menyelesaikan isu
ini. Kenapa ia perlu diperbesar-besar sehingga semua media cetak mendedahkan
perkara ini secara meluas. Pendek kata, apabila persepsi ini telah bertapak dalam
sanubari masyarakat Cina, akhirnya sesuatu perkara yang baik dalam Islam yang
ingin disampaikan kepada mereka tidak kesampaian.
Begitu juga dengan konsep perlaksanaan program-program atau aktiviti-
aktiviti yang berbeza-beza yang semakin mengelirukan. Misalnya, di Terengganu,
oleh kerana kawasan tersebut adalah merupakan kubu kuat pembangkang, maka
program-program yang dilaksanakan dibuat secara berhati-hati agar tidak berten-
tangan dengan Islam kerana ditakuti ia akan dijadikan bahan kempen pembang-
kang untuk merampas kembali negeri tersebut. Program hiburan yang dijalankan
berligar di sekitar persembahan lagu nasyid dan nyanyian berunsur ketuhanan dan
patriotik.
Ini dibuktikan melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Wan Hisham Wan
Salleh pada 26 Februari 2005. Dalam kenyataannya sebagai wakil Kerajaan Ter-

87

ED2 jurnal hadhari04.indd 87 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

engganu, beliau menafikan sama sekali telah memberi kebenaran kepada stesen
televisyen swasta, TV3 bagi menganjurkan program berbentuk hiburan, Karni-
val TV3 Jom Heboh di negeri tersebut. Kerajaan negeri katanya tidak pernah dan
tidak akan membenarkan karnival berkenaan atau yang seumpamanya, dibuat
di negeri itu kerana ia mengandungi beberapa aktiviti seperti konsert oleh artis
tempatan yang tidak menepati ciri-ciri Islam Hadhari. Sebaliknya, tambah be-
liau, kerajaan negeri telah membuat kerjasama dengan stesen televisyen itu bagi
menganjurkan satu program Islam Hadhari yang bertujuan memberi kefahaman
kepada rakyat negeri itu mengenai konsep Islam Hadhari. Beliau seterusnya
menambah bahawa kerajaan tidak pernah beri kelulusan untuk adakan (Karni-
val TV3) Jom Heboh di Terengganu, bahkan kita telah ‘menghadharikan’ TV3
dengan menganjurkan Karnival Islam Hadhari yang akan diadakan di negeri ini
pada 25 hingga 27 Mac depan dengan kerjasama stesen televisyen itu (Utusan
Malaysia 27 Feb 2005).
Berlainan pula di negeri-negeri lain, konsep Karnival TV3 Jom Heboh di-
kekalkan. Program hiburan yang dijalankan sama sekali berlainan dengan apa
yang berlaku di Terengganu. Mufti Perak secara terang-terang menyatakan ba-
hawa Konsert Jom Heboh TV3 adalah haram dan bertentangan dengan nilai-nilai
Islam (termasuk juga program TV yang lain seperti Malaysian Idol, Akademi
Fantasia dan Persembahan Bakat Warga Tua). Kenyataan ini telah mendapat
reaksi dan publisiti meluas dalam media. Mufti Perak dikecam dengan hebat aki-
bat kenyataan tersebut, sedang Mufti itu sendiri adalah salah satu Jabatan dalam
kerajaan dan digajikan juga oleh kerajaan (Harakah 1-15 Januari 2005).
Persoalannya, Islam diperlihat mempunyai dua versi, satu versi di Tereng-
ganu dan versi lain di negeri-negeri yang lain. Versi pro agama di Terengganu
dan versi yang agak longgar di negeri yang lain. Imej sebegini sudah tentu tidak
banyak mengubah persepsi orang Cina terhadap Islam. Banyak lagi contoh lain
yang boleh diketengahkan boleh menimbulkan persepsi yang negatif.
Masyarakat Cina tidak boleh disalahkan sepenuhnya apabila berlaku keke-
liruan seperti ini, kerana di kalangan orang Islam itu sendiri, banyak kekeliruan
yang didedahkan. Dalam konteks politik, PAS secara terang menolak konsep Ne-
gara Islam dan Islam Hadhari yang telah diutarakan oleh UMNO. PAS mengam-
bil pendekatan menentang habis-habisan konsep Negara Islam dan Islam Hadhari
UMNO melalui buku karangan presidennya, Hadharah Islamiyyah dan Bukan
Islam Hadhari (Abdul Hadi Awang 2005).
Presiden PAS dalam kenyataannya bertarikh 18 April 2005 mengatakan PAS
tidak menerima konsep negara Islam yang dicanangkan oleh Umno kerana di-
anggap tidak mempunyai ciri-ciri sebenar sebuah negara Islam. Menurutnya lagi,
bagaimana PAS mahu menerima Malaysia sebuah negara Islam sedangkan dalam
masa yang sama pemimpin mereka melindungi amalan rasuah, melakukan kezali-
man dan bersifat tidak adil kepada rakyat sendiri. PAS akan terus berjuang demi
untuk menegakkan Islam tanpa berganjak sedikit pun daripada matlamat asal

88

ED2 jurnal hadhari04.indd 88 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

(Abdul Hadi Awang 2005). Begitu juga UMNO menolak konsep Negara Islam
yang dibawa oleh PAS.
Pada umumnya, orang Cina juga mempunyai tanggapan yang sama walau-
pun tidak keseluruhannya bersikap sedemikian. Dalam konteks politik Malaysia,
ia dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep
Negara Islam yang dibawa oleh UMNO (BN) mahupun pembangkang (PAS).
DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju
malah akan membawa perkara ini ke mahkamah. Bagi mereka Malaysia harus
kekal sebagai sebuah negara sekular.
DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1983
sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas
negara Malaysia. Itulah kempen yang terus menerus digunakan sebagai senjata
dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen ‘No
to 911, No to 929, Yes to 1957’ sebagai membantah keras sebarang usaha me-
nubuhkan Negara Islam. Lebih tegas lagi DAP membuat andaian, jika sekiranya
Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk
G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut
dan menentang konsep negara Islam (Lim Kit Siang 2002).

Former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad an-


nounced at the Gerakan national 30th delegates’ conference on
29th September 2002 (929) that Malaysia was an Islamic state.
This 929 declaration constituted a tectonic shift in Malaysian
nation-building, jettisoning the  fundamental constitutional
principle and nation-building cornerstone in the 44-year 1957
Merdeka “social contract” agreed by our forefathers from the
major communities that Malaysia is a democratic, secular, mul-
ti-religious, tolerant and progressive nation with Islam as the
official religion but is not an Islamic state

Proses sosialisasi yang dibincangkan banyak mempengaruhi persepsi orang


Cina terhadap Islam. Apatah lagi, masyarakat Cina percaya kepada perkara-
perkara seperti apa yang telah berlaku pada masa lalu, masa kini dan masa depan
seperti yang dinukilkan dalam Kitab Kuan Tzu yang berbunyi, “bagi orang yang
meragui tentang masa kini, amatilah masa lampau. Bagi orang yang tidak mema-
hami yang akan berlaku, lihatlah apa yang telah berlaku (Abdul Rahman Ismail
2001). Persepsi ini merangsang kepada tradisi pemujaan nenek moyang, satu ciri
penting masyarakat Cina yang juga menjadi penggalak kepada kegiatan menu-
lis, mencatat dan meriwayat. Dengan sebab itu, apa yang berlaku kepada masya-
rakat Melayu dahulu, kini dan akan datang sentiasa menimbulkan sensitiviti
dalam membentuk persepsi mereka.

89

ED2 jurnal hadhari04.indd 89 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

Prinsip Islam Hadhari - Nilai Bersama

10 perkara Islam Hadhari bukan suatu perkara yang baru. Ini kerana semua
nilai yang digariskan itu adalah prinsip umum yang terdapat juga dalam agama-
agama lain. Oleh kerana ada sebahagian masyarakat Cina percaya kepada agama
dan ajaran Confucius, maka prinsip Islam hadhari boleh juga digunakan dalam
mengukur kepercayaan Cina terhadap nilai-nilai ini. Secara umumnya, prinsip-
prinsip Islam Hadhari tersebut ada disentuh dalam ajaran Confucius. Ini ber-
makna prinsip-prinsip Islam Hadhari itu bersifat universal. Tetapi penerangan
perlu dibuat dalam memberikan kefahaman kepada mereka bahawa apa yang
ingin dilaksanakan adalah nilai-nilai yang dikongsi bersama, bukan hanya terhad
kepada orang Islam sahaja. Berdasarkan kepada soal selidik dan responden yang
telah ditemui, kebanyakannya bersetuju bahawa 10 prinsip tersebut adalah nilai
bersama dalam semua agama. Cuma sejauhmanakah perlaksanaannya, itu yang
dipertikaikan oleh mereka dan pihak-pihak lain.

10 Prinsip Islam Hadhari ialah (Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


2005):

1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah/Tuhan


2. Kerajaan Yang Adil dan Amanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan

Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa 10 Prinsip Islam Hadhari


relevan dan sesuai untuk semua golongan masyarakat dan setiap orang dan bu-
kannya untuk orang Islam sahaja bagi memacu kejayaan rakyat dan negara. Usaha
yang berterusan akan dilakukan untuk menerangkan kepada orang bukan Islam.
Menurut Perdana Menteri sendiri bahawa beliau telah menerangkan kepada orang
Cina, iaitu ahli-ahli MCA dan mereka tidak mempunyai masalah untuk menerima
konsep tersebut (The Star 23 March 2005).
10 prinsip tersebut turut terkandung dalam ajaran Confucius apabila beliau
membincangkan soal the three powers of the universe (sancai): tian (heaven), di
(earth) and ren (humans) (Xinzhong Yao 2000: 139);

90

ED2 jurnal hadhari04.indd 90 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

These three powers work together in an organic cosmos so that


‘Heaven, Earth and Humans are the origin of all things. Heav-
en generates them, Earth nourishes them and Humans perfect
them…The Confucian discussion of Heaven lays down a solid
foundation for its metaphysical view of the world, its under-
standing of Earth links the present to the past, and its approach
to humankind seeks the full realization of Human potentiality.

Ini bukan bermakna saya hendak mengatakan kerajaan mengambil 10 prinsip


ini daripada ajaran Confucius, tetapi apa yang ingin saya ketengahkan ialah nilai-
nilai ini adalah nilai universal yang boleh dikongsi oleh segenap lapisan bangsa
di negara kita.
Dengan sebab itu agenda atau program kerja Islam Hadhari sebenarnya bu-
kan sahaja untuk orang Islam, tetapi sasaran hendaklah sampai kepada orang
Bukan Islam terutamanya masyarakat Cina dalam mengubah persepsi mereka.
Islam Hadhari sepatutnya tidak hanya difokuskan untuk orang Islam sahaja.
Tetapi ia juga perlu difahami oleh masyarakat Cina yang merupakan majoriti
kedua terbesar. Mereka perlu disedarkan untuk mengamalkan nilai-nilai baik yang
digariskan dalam Islam Hadhari seperti mana yang dituntut juga dalam agama
mereka. Islam Hadhari akan menjadi lebih berjaya jika orang Cina menyokong
konsep murni ini (Mohd Ridhuan Tee 2005). Mereka perlu disedarkan akan
kepentingan hidup di bawah naungan Tuhan seperti yang banyak disebut oleh
Confucius dan Buddha. Inilah hasil analisis soal selidik yang telah dijawab oleh
responden yang telah ditemui. Juru cakap Islam Hadhari perlu menyedarkan ba-
hawa manusia perlu kembali kepada hidup beragama kerana itulah asas kejadian
manusia. Ini bermakna segala perkara-perkara yang bertentangan dengan agama
hendaklah didokongi secara bersama walaupun ia mungkin bertentangan dengan
sistem demokrasi. Jangan biarkan demokrasi menghancurkan hidup beragama.
Keruntuhan telah jelas berlaku dalam masyarakat barat.
Islam Hadhari bukanlah program untuk memujuk orang bukan Islam supaya
menerima dasar tersebut, atau pun mahu menunjukkan bahawa agama Islam leb-
ih baik dan mesra, tetapi sebenarnya untuk menunjukkan bahawa Islam adalah
agama yang memang sesuai dengan peredaran zaman dan hakikat tidak boleh
dinafikan sama sekali (The Star 9 April 2005: 2).

Islam Hadhari (Civilisational Islam) is not an approach to


pacify the West or to seek approval from non-Muslims for a
more friendly and gentle image of the religion…It is compat-
ible with modernity and yet firmly rooted in the noble values
and injunction of Islam. It is an approach that values substance
and not form…Islam Hadhari in Malaysia will provide a way in
which the government hopes to administer to the well-being of

91

ED2 jurnal hadhari04.indd 91 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

the country and welfare of its multi-racial and multi-religious


population.

KESIMPULAN – MENCIPTA KEGEMILANGAN

Oleh kerana Islam Hadhari telah menjadi satu dasar negara, maka mahu tidak
mahu kesemua pihak perlu menerima. Sekiranya ada kelemahan dan kecacatan,
maka adalah menjadi tanggungjawab semua pihak jua untuk memperbaikinya.
Jika benar 10 prinsip Islam Hadhari mahu dilaksanakan berlandaskan kepada
maqasid syariah, maka sudah tiba masanya umat Islam perlu mencipta kegemi-
langan tersebut. Jangan biar fahaman sempit politik mengganggu perjalanan Islam
Hadhari. Fahaman politik perlu diketepikan untuk mencapai matlamat yang lebih
besar. Kalau orang bukan Islam boleh menerima kesemua prinsip Islam Hadhari
itu, kenapa kita sebagai umat Islam masih mempertikaikannya.
Dalam mencipta kegemilangan, hendaklah pada masa yang sama men-
gurangkan orang-orang bebal (bebalisme) dan pandir. Istilah bebalisme dan pan-
dir ini digunakan oleh Syed Hussein al-Atas merujuk kepada orang yang tidak
mempunyai daya antisipasi dan biasanya mereka hanya bertindak balas terhadap
peristiwa setelah kejadian – mereka akan membuka payung hanya sesudah hujan
membasahi tubuhnya (Syed Hussein al- Atas 1992). Tidak menghormati ilmu
pengetahuan dan pandangan ilmiah merupakan ciri utama bebalisme. Ciri utama
yang menonjol adalah tidak adanya kehalusan pekerti. Dia tidak merasa malu
dengan kesalahan yang dilakukan kerana kebodohannya. Dia tidak takut dengan
kekurangan intelektualnya. Bila orang ini menonjol maka ia akan menjadi ba-
han rujukan dan ikutan sehingga akhirnya merosakkan nilai-nilai baik yang cuba
dibawa oleh orang lain.
Justeru, golongan bebal sebegini mesti dikurangkan penyertaan dan pembab-
itan dalam sebarang keputusan besar yang dibuat oleh negara dan kerajaan. Kata-
kata ini amat tepat dalam usaha mencipta kegemilangan (Akram Diya al Umari
1995: 80-81):

The Muslims are equal as the teeth of a comb. Nobody is bet-


ter than anyone else except in the consciousness of God. The
Islamic society is open to all and the opportunities for develop-
ment and earning a living are equal for all its members. There
are no social differences: a poor man was never prevented from
marrying a rich women, nor was a weak man ever prevented
from rising the highest post in the nation or the highest rank
in the leadership of the society. There is no class which could
prevent any of its members from rising further. If the Islamic so-

92

ED2 jurnal hadhari04.indd 92 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

ciety had been destined to continue its scientific and civilizing


progress, and to lead humanity today, the advantages of Islam
for building a strong society based on mutual love and support,
and not on hatred and conflict which only result in destruction,
would have become clear.

Mengambil kata-kata Prof Khoo Kay Kim, yang mengatakan bahawa rata-
rata masyarakat tidak faham konsep Islam Hadhari, apatah lagi orang bukan Islam
sebab tidak ada penerangan bersungguh-sungguh yang dibuat. Orang bukan Islam
hanya memahami beberapa perkara umum sahaja seperti tidak boleh minum arak,
tidak boleh makan babi, sehingga perkataan babi pun takut digunakan dan digan-
tikan dengan perkataan khinzir. Bagaimanakah hendak melaksanakan Islam Had-
hari, sekiranya orang bukan Islam tidak faham pengertiannya? (Dewan Masyar-
akat Mac 2005). Justeru, katanya orang Islam perlu berbahas dan berbincang.
Kalau mereka melakukan sesuatu, mereka perlu memberikan penjelasan kerana
setiap sesuatu yang haram dan halal ada sebab musababnya. Hal inilah yang perlu
dijelaskan kepada umum. Dunia sekarang dikawal oleh kuasa barat yang maju
dari sudut sains dan teknologi, dan Islam perlu menyahut cabaran dan saingan ini.
Islam sekarang berada diambang kemerosotan terutama apabila sesetengah ulama
tidak mahu menerima perubahan.
Inilah rata-rata jawapan dalam soal selidik yang diedarkan kepada para pe-
serta. Islam Hadhari hanya difahami dengan lebih lanjut setelah mereka send-
iri mengikuti seminar yang dianjurkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) baru-baru ini. Sebelum itu, gambaran hanya diperolehi melalui media
massa, dan ucapan-ucapan politik (Mohd Hashim Kamali 2005; Mohd Kamal
Hassan 2005).
Kata-kata Prof. Khoo Kay Kim memang tepat dengan apa yang cuba diutar-
akan oleh Smart (1998: 286):

Islam established its main outline very rapidly, partly because


it had a single founder, namely Muhammad, partly because it
had foundation document, namely the Qur’an, and partly be-
cause in having a political aspect it had to take rapid deci-
sions on organization in view of its great success. The story of
the religion turns of course very considerably on the life of the
Prophet, and with we begin.

Justeru, dalam usaha untuk mengubah persepsi ini, penerangan secara serius
dan bersungguh-sungguh mesti dibuat melalui seminar-seminar, media elektronik
dan media cetak serta risalah-risalah dalam pelbagai bahasa.

93

ED2 jurnal hadhari04.indd 93 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

Perdana Menteri mengatakan (The Star 9 April 2005):

The approach of Islam Hadhari will bring excellence, distinc-


tion and glory to all Malaysians.

Apapun, sekurang-kurangnya kerajaan telah berjaya meletakkan perkataan


“Islam” dalam satu-satu program yang boleh diterima oleh masyarakat bukan
Islam. Kalau dahulu perkataan Islam itu sendiri telah menimbulkan fobia dan
kebimbangan kepada bukan Islam, tetapi kini perkataan itu bukan sahaja diterima
tetapi nilai-nilai yang terkandung di dalamnya juga diterima sebagai prinsip se-
jagat. Ini kelebihan dan kekuatan Islam Hadhari. Namun, penerimaan mereka
bukanlah semudah yang disangka sekiranya orang Islam masih jahil dengan
agamanya. Menurut Khoo Kay Kim, sebelum Islam Hadhari dijadikan ideologi,
semua rakyat Malaysia perlu mengetahui tentang sejarah perkembangan Islam
di negara ini terlebih dahulu. Pada awal abad ke-20, pernah wujud satu gerakan
untuk memodenkan pemikiran orang Islam dan kemudiannya gagal. Sekiranya,
hal ini tidak dijadikan pengajaran, mungkin Islam Hadhari akan mengalami nasib
yang serupa (Dewan Masyarakat Mac 2005).
Perdana Menteri juga mengatakan (The Star 9 April 2005):

Islam Hadhari is also consistent with democracy because it is


about living in peace with and respecting each other in society.
It is certainly an exhortation to the Muslims to treat well and
fairly their non-Muslim fellow citizens in all their dealings.

Kita perlu menerima hakikat bahawa sesiapa jua yang memerintah, perkara
yang baik hendaklah diberikan perhatian dan diperbaiki jika terdapat sebarang
kelemahan atau kesilapan dan bukan dengan pendekatan mengkritik dan meng-
hentam. Perbuatan mengkritik dan menghentam tidak ada kesudahan malahan ia
memburukkan lagi imej Islam.
Seperti yang dikatakan oleh Akram Diya al Umari (1995), kasih sayang
adalah asas kepada masyarakat bertamadun. Justeru, sekiranya Islam Hadhari itu
hendak juga dirujuk kepada istilah masyarakat Madani yang juga merujuk kepada
Civil Society, maka mahu tidak mahu asas kasih sayang, saling hormat meng-
hormati, memang tidak boleh dielakkan. Justeru, umat Islam perlu menciptakan
balik kegemilangan dengan mengenepikan fahaman politik.
Akhirnya, cuba kita hayati kata-kata cendekiawan British yang amat terk-
enal, Shaw (2005) yang berbunyi:

I have always held the religion of Muhammad in high estima-


tion because of its wonderful vitality. It is the only religion
which appears to me to possess that assimilating capability to

94

ED2 jurnal hadhari04.indd 94 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

the changing phase of existence which can make itself appeal


to every age. The world must doubtless attach high value to the
predictions of great men like me. I have prophesied about the
faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe
of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of
today. The medieval ecclesiastics, either through ignorance or
bigotry, painted Muhammadanism in the darkest colours. They
were in fact trained to hate both of the man Muhammad and his
religion. To them Muhammad was Anti-Christ. I have studied
him — the wonderful man, and in my opinion far from being
an Anti-Christ he must be called the Saviour of Humanity. I
believe that if a man like him were to assume the dictatorship of
the modern world he would succeed in solving its problems in a
way that would bring it the much-needed peace and happiness.
But to proceed, it was in the 19th century that honest thinkers
like Carlyle, Goethe and Gibbon perceived intrinsic worth in
the religion of Muhammad, and thus there was some change
for the better in the European attitude towards Islam. But the
Europe of the present century is far advanced. It is beginning to
be enamoured of the creed of Muhammad

RUJUKAN

Abdul Hadi Awang. 2005. Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari. Kuala Lumpur:
Nufair Street Sdn Bhd.
Abdul Rahman Ismail. 2001. China Persejarahan dan Pembinaan Tamadun. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Akram Diya al Umari. 1995. Madinan Society at the Time of the Prophet. Virginia: The
International Institute of Islamic Thought.
Almond, G.A & Verba, S. 1963. The Civic Culture. Princeton: Princeton Unviersity Press.
American Government Study Guide. 2005. Political Socialization. http://www.pinkmon-
key.com/studyguides/subjects/am_gov/chap7/A0707201.asp. Dilayari pada 06 Okto-
ber 2005.
Ball, A.R. 1993. Politik dan Kerajaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pus-
taka.
Dawson, R.E., & Prewitt, K. 1969. Political Socialization. Boston: Little, Brown & Co.
Dennis, J. (pnyt.). 1973. Socialization to Politics: A Reader. Canada: John Wiley & Sons,
Inc.
Dewan Masyarakat. Mac 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Douglas, S.A. 1967. Political Socialization and Student Activism in Indonesia. Illinois:
University of Illinois.

95

ED2 jurnal hadhari04.indd 95 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

Dowse, R.E. & Hughes, J.A. 1972. Political Sosiology. London: John Wiley & Sons.
Easton, D. 1965. A Framework for Political Analysis. New Jersey: Prentice Hall.
Fitzgerald, C.P. 1973. Intisari Sejarah Asia Timor. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Funston, J.(pnyt.). 2001. Government and Politics in Southeast Asia. London: Zed Books
Ltd.
Harakah. 2005. 1-15 Januari.
Haris Md Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hyman, H.H. 1959. Political Socialization, A Study in the Psychology of Political Beha-
viour. New York: The Free Press.
Islamic Dakwah Centre. 1998. Islam in Beijing. Brunei: Ministry of Religious Affairs.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. 2005. Konsep Islam Hadhari: Satu Penjelasan. Putra-
jaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jeffrey Seow (Illustrator). 1999. The Complete Analects of Confucius. Jil.3. Singapore:
Asiapac Books Pte Ltd.
Kamrava, Mehran. 1996. Understanding Comparative Politics, A Framework for Analysis.
London: Routledge.
Kennedy, P. 1994. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar. Terj. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kitagawa, J.M. 2002. The Religious Traditions of Asia. London: Routledge Curzon.
Kong Yuanzhi. 2000. Pelayaran Zheng He dan Alam Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Langton, K.P. 1969. Political Socialization. New York: Oxford University Press.
Lee Kam Hing & Tan Chee-Beng. 2000. The Chinese in Malaysia. Selangor: Oxford Uni-
versity Press.
Lim Kit Siang. 2002. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens
and Datuk G.S. Sundang would be spearheading the “No to 929” campaign to defend
the 1957 Merdeka Constitution, the 20 Points and the 1963 Malaysia Agreement that
Islam is the official religion but Malaysia is not an Islamic State if they are still alive
today. http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2002/oct02/lks/lks1887.htm. Dila-
yari pada 6 November 2005.
Lukman Taib. 2000. The Politics and Governments of South East Asia. Kuala Lumpur:
Gpden Books Centre Sdn Bhd.
Mahathir Mohamed. 1970. The Malay Dilemma. Kuala Lumpur: Times Books Interna-
tional.
Meadow, R.G. 1980. Politics as Communication. New Jersey: Aflex Publishing Corp.
Mingguan Malaysia. 2005. 27 Mac.
Mohd Hashim Kamali. 2005. Islam Hadhari and the Non-Muslims (Principle 6-10). Kertas
kerja Seminar on Islam Hadhari: An Understanding for Non-Muslims. Anjuran Insti-
tut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kuala Lumpur, 30 Mac.
Mohd Kamal Hassan. 2005 . Islam Hadhari (Civilisational Islam) Approach as a New

96

ED2 jurnal hadhari04.indd 96 7/30/09 9:07:03 AM


Persepsi Orang Cina terhadap Islam Hadhari

Government’s Policy. Kertas kerja Seminar on “Islam Hadhari: An Understanding for


Non-Muslims”. Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Kuala Lumpur,
30 Mac.
Mohd Ridhuan Tee. 2005. Orang Cina dan Islam Hadhari. Utusan Malaysia, 15 April.
Mustapha Ma. 2005. Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim
Association (MACMA). Temubual, 9 Mac.
Purcell, Victor. 1975. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Oong Hak Ching. 2000. Chinese Politics in Malaya 1942-55, The Dynamics of British
Policy. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ratnam, K.S. 2002. Malaysia 11 September and the Politics of Incumbency. Dlm. Daljit
Sigh & Anthony L. S. Southeast Asian Affairs. Singapore: Institute of Southeast Asian
Studies.
Rush, M. 1992. Politics and Society: An Introduction to Political Sociology. New York:
Prentice Hall.
Schwartz , D.C. & Schwartz, S.K. 1975. New Direction In Political Socialization. (eds).
New York: The Free Press.
Shaw, George Bernard. 2005. Genuine Islam Quote. http://en.wikiquote.org/wiki/
Talk:George_Bernard_Shaw. Dilayari pada 12 Dis 2005.
Smart, Ninian. 1998. The World’s Religions. Cambridge UK: Cambridge University
Press.
Suffian Mansor. 2003. Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Suryadinata. (pnyt.). 1989. The Ethnic Chinese in the Asean States. Singapore: ISEAS.
Syed Hussein al-Atas. 1992. Intelektual Masyarakat Membangun. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tan Liok Ee. 1986. The Politics of Chinese Education in Malaya 1945-1961. Tesis Ph.D.
University of Malaya.
The Guardian. 2005. Jil. 1. MCA Publicity Bureau. Kuala Lumpur.
The Star. 2005. 23 March.
The Star. 2005. 9 April.
Utusan Malaysia. 2005. 27 Feb.
Utusan Malaysia. 2005. 14 April.
Utusan Malaysia. 2005. 15 April.
Xinzhong Yao. 2000. An Introduction to Confucianism. Cambridge UK: Cambridge
University Press.
Yew Yeok Kim. 1973. Education and the Acculturation of the Malaysia Chinese: A Survey
of Form IV Pupils in Chinese and English School in West Malaysia. Tesis Master Ed.
University of Malaya.
Yew Yeok Kim. 1982. Education, National Identity and National Integration: A Survey of
Secondary School Students of Chinese Origin in Urban Peninsular Malaysia. Tesis
Ph.D. Stanford University.

97

ED2 jurnal hadhari04.indd 97 7/30/09 9:07:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 77-98

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Dip. Islamic Studies, UIA, BA (Hons) Sains Politik UKM,
MA Analisis Polisi dan Keselamatan UKM
Ph.D Politik dan Kerajaan, UPM
Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

98

ED2 jurnal hadhari04.indd 98 7/30/09 9:07:03 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 99-116 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

PENDEKATAN Islam Hadhari Ke Arah


Memperkasakan Identiti
Melayu-Muslim di Malaysia
Jaffary Awang

Abstrak

Islam Hadhari merupakan satu gagasan yang dikemukakan dalam usaha untuk
memajukan masyarakat. Isu yang berkait rapat dengan Melayu adalah aspek
pengukuhan identiti Melayu Muslim. Cabaran semasa yang dihadapi masya-
rakat Malaysia memerlukan kepada pengukuhan aspek nilai khususnya di ka-
langan masyarakat Melayu. Artikel ini akan membincangkan Islam dan Melayu
serta hubungannya dengan arus kebangkitan Islam dan pasca kebangkitan Islam.
Disusuli dengan wacana identiti Melayu Islam yang sering menjadi topik perba-
hasan di kalangan intelektual Melayu Islam. Seterusnya hubungan Pendekatan
Islam Hadhari dalam konteks pembinaan masyarakat Melayu semasa. Perbin-
cangan merumuskan bahawa Pendekatan Islam Hadhari perlu dimantapkan agar
perancangan berjaya mempertingkatkan tahap kefahaman Islam di kalangan
masyarakat keseluruhannya.

Kata Kunci: Islam Hadhari, Melayu Muslim, Identiti Melayu.

abstract

Islam Hadhari is a concept which is proposed purposely to develop the society.


The issue closely related with the Malays is the aspect of strengthening the idenity
of Malay Muslims. In order to face current challenges there is the need for strong
values among all Malaysians, especially the Malays. This article will discuss
Islam and Malays in relation with the past and the post Islamic resurgence. Futher-
more, it will discuss the Malay identity issue which is hotly debated among the
Malay Muslims intellectuals. This follows with the discussion on the relationship

99

ED2 jurnal hadhari05.indd 99 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

between Islam Hadhari and the development of the current Malay society. This
article concludes that the concept of Islam Hadhari must be strengthened in order
to improve the understanding of Islam amongs all Malaysians.

Pendahuluan

Memperkasa nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu merupakan


agenda yang berterusan. Semenjak sebelum Merdeka hingga sekarang Islam
menjadi topik perbahasan utama dalam kehidupan masyarakat Melayu di Malay-
sia. Dalam konteks semasa, Pendekatan Islam Hadhari diperkenalkan oleh pihak
pemerintah atas maksud untuk membawa perubahan bukan sahaja kepada umat
Islam tetapi juga masyarakat bukan Islam di Malaysia. Tumpuan pendekatan ini
adalah meliputi aspek luaran mahupun aspek dalaman.
Artikel ini membincangkan aspek-aspek Pendekatan Islam Hadhari seperti
yang diwar-warkan oleh pelbagai pihak baik pemerintah, orang awam mahupun
pengkaji sosial. Perbincangan ini akan menghimbau secara ringkas persoalan
Islam dan hubungannya dalam konteks pembinaan identiti Melayu. Untuk itu ba-
hagian ini turut membincangkan beberapa polisi kerajaan yang menyentuh secara
langsung hubungannya dengan Islam di kalangan masyarakat Melayu seperti pro-
gram penerapan nilai-nilai Islam yang telah diumumkan pada tahun 1984. (Utu-
san Melayu Okt. 26 dan 27). Seterusnya artikel ini membincangkan hubungan
kemelut Melayu hingga tercetusnya Pendekatan Islam Hadhari yang mempunyai
kaitan dengan aspek politik dan kemajuan umat Melayu. Artikel ini turut mem-
bincangkan beberapa pandangan pihak yang menyokong mahupun yang tidak
bersetuju atau pun yang mempersoalkan kewajaran pengenalan gagasan ini. Ba-
hagian ketiga artikel ini menganalisis beberapa cabaran yang sedang dan akan
dihadapi dalam meningkatkan jati diri umat Melayu-Islam.

Islam di Malaysia

Perbincangan mengenai Islam di Malaysia ternyata menarik minat para peng-


kaji baik dalam bidang sains politik (Means 1969: Kessler 1980), sosio-budaya
(Banks 1976; Regan 1991), Melayu Muslim (Hussin Mutalib 1994), ekonomi
(Norhashimah Mohd. Yasin 1994) mahupun isu-isu kenegaraan (Nagata 1984;
Milne 1993). Kecenderungan para pengkaji ini menunjukkan bahawa masya-
rakat Islam di Malaysia adalah dinamik dengan maksud adanya perubahan.
Suasana ini pula turut didorong dengan polisi kerajaan yang berusaha memper-
tingkatkan pembangunan dan kefahaman Islam di kalangan masyarakat Islam
mahupun bukan Islam. Sementara dalam konteks meningkatkan penghayatan
nilai-nilai Islam dalam pentadbiran umpamanya, pihak kerajaan telah memper-
kenalkan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan yang terkini
pengenalan program Islam Hadhari yang dilihat sebagai satu orientasi menjurus

100

ED2 jurnal hadhari05.indd 100 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

kepada pembangunan umat Islam dan negara.


Dalam konteks perbincangan mengenai Pendekatan Islam Hadhari dan hu-
bungannya dengan persoalan pembinaan identiti Melayu-Islam, ada baiknya dibin-
cang sepintas lalu pengaruh kebangkitan Islam di Malaysia. Ini kerana tidak dapat
dinafikan, gelombang kebangkitan Islam yang berlaku di kalangan umat Islam te-
lah memberi kesan terhadap tahap kefahaman dan penghayatan Islam di Malaysia.
Umpamanya corak pemakaian di kalangan pendokong kebangkitan Islam yang
memakai pakaian yang menutup aurat khususnya bagi wanita, menjadi fenomena
baru di Malaysia pada era kebangkitan Islam (Ackerman & Lee 1990). Penolakan
terhadap muzik-muzik Barat yang dianggap sebagai bertentangan dengan nilai-
nilai Islam antara manifestasi kesedaran Islam. Ini diikuti dengan peningkatan
perniagaan yang bermatlamat untuk menyebarkan mesej Islam dan nilai-nilai ke-
hidupan, seperti melalui penjualan kaset-kaset baik nasyid mahupun ceramah-ce-
ramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah semasa, di samping ma-
jalah-majalah atau akhbar-akhbar yang mengandungi berita-berita dan hal ehwal
perkembangan Islam semasa. Kesedaran Islam juga menjadikan para pendokong
dan masyarakat Islam umumnya lebih peka terhadap soal makanan halal. Seter-
usnya kebangkitan Islam menjadikan masyarakat Islam lebih bersifat kritikal ter-
hadap persoalan kehidupan berasaskan sistem Islam baik dalam aspek ekonomi,
politik atau pendidikan (Chandra Muzaffar 1986).
Sungguhpun begitu dari aspek etimologi, kelihatan para pengkaji feno-
mena kebangkitan Islam berbeza pendapat berhubung dengan penggunaan istilah
yang sesuai bagi menggambarkan fenomena kesedaran dan kebangkitan Islam
di kalangan masyarakat Islam. Ada yang merujuk kepada “revivalism” dan ada
yang mengguna istilah “reassertion”. Perkataan “revivalism” dikatakan merujuk
kepada satu proses untuk kembali kepada masa lalu (Chandra Muzaffar 1986).
Dalam pemilihan istilah bagi menggambarkan fenomena tersebut, Chandra
Muzaffar cenderung kepada perkataan “resurgence”. Beliau mengemukakan tiga
alasan iaitu, pertama, perkataan “resurgence” memberi gambaran kesedaran yang
lahir daripada kalangan masyarakat Islam sendiri. Kedua, fenomena tersebut bu-
kannya sesuatu yang baru tetapi ia adalah sesuatu yang pernah berlaku dan pe-
ristiwa kebangkitan Islam semasa dianggap sebagai satu kesinambungan. Ketiga,
perkataan tersebut mengandungi nilai-nilai yang bersifat cabaran dan tidak keter-
laluan juga memberi impak ancaman pada kalangan yang melihat dari sudut
yang berbeza (Chandra Muzaffar 1986; Chaiwat 2005). Ini kerana kesannya
berlaku kepada semua aspek kehidupan, khususnya di Malaysia seperti pen-
didikan, ekonomi, perundangan mahupun sosial. Oleh yang demikianlah juga ter-
dapat pengkaji berkaitan dengan gelombang kebangkitan Islam mengkategorikan
beberapa peringkat yang dapat diringkaskan seperti berikut:

i. Gelombang pertama yang menjurus kepada peningkatan kesedaran di


kalangan masyarakat Islam. Ini berlaku bukan sahaja di Malaysia malah

101

ED2 jurnal hadhari05.indd 101 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

turut berlaku di Iran, Sudan juga Pakistan dan lain-lain negara umat
Islam.

ii. Gelombang kedua merujuk kepada bentuk pengisian kepada program


Islamisasi yang juga berlaku di beberapa buah negara termasuk di
Malaysia (Chandra Muzaffar 1986).

iii. Gelombang ketiga boleh dianggap kepada proses pemantapan segala


program yang dirancang dalam konteks Islamisasi baik dalam aspek
ekonomi, pendidikan, politik juga sosial.

iv. Gelombang keempat yang merujuk kepada cabaran-cabaran yang se-


dang berlaku di kalangan negara umat Islam yang memerlukan kepa-
da penyelesaian yang konkrit. Isu-isu seperti globalisasi, kedudukan
wanita, ketidakstabilan politik di negara umat Islam, kedudukan ekono-
mi dan lain-lain lagi merupakan bentuk hambatan kepada kemajuan
“pasca kebangkitan Islam”.

Jika faktor-faktor ini diambil kira, maka kemungkinan masyarakat Islam


Malaysia perlu lebih bersedia dari aspek keilmuan, mental dan spiritual bagi
memastikan agar lonjakan “pasca kebangkitan Islam” itu terus bergema dan
terjelma dalam bentuk-bentuk yang lebih konkrit. Dalam konteks Malaysia,
tonggak kemantapan sistem Islam banyak bergantung pada sejauhmana keu-
payaan masyarakat Melayu-Islam memperlengkap diri untuk menjadi pemangkin
kepada proses pengisian agenda Islam tersebut.

Islam dan Masyarakat Melayu Malaysia

Dalam konteks Malaysia, Islam dan etnik Melayu mempunyai hubungan yang
erat. Ini diakui oleh kebanyakan sarjana yang mengkaji pengamalan dan peng-
hayatan nilai-nilai Islam di kalangan masyarakat Melayu Malaysia. Keunikan
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tidak menjejaskan
pemupukan dan pemerkasaan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan
khususnya terhadap umat Islam. Terdapat pengkaji sosial yang mendakwa ba-
hawa proses pemerkasaan Islam di kalangan masyarakat Melayu telah berlaku
semenjak kemerdekaan 1957. Malah lebih awal dari itu, iaitu apabila Islam mula
dianuti oleh kalangan masyarakat Melayu.
Wacana Islam Hadhari di Malaysia kini bolehlah dianggap sebagai sebahagi-
an daripada persoalan berkaitan dengan pembinaan masyarakat Melayu khusus-
nya dan masyarakat Islam secara umumnya. Walaupun tidak dinafikan bahawa
kemunculan idea ini adalah bermula daripada persaingan politik Melayu iaitu
antara UMNO dan PAS. Namun dalam konteks perbincangan ini, tumpuannya

102

ED2 jurnal hadhari05.indd 102 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

adalah berkaitan dengan sejauhmana isu ini dirujuk kepada pembinaan identiti
Melayu-Muslim di Malaysia. Ini kerana perbincangan mengenai kedudukan
masyarakat Melayu dalam menghadapi perubahan-perubahan semasa sentiasa
mendapat perhatian tokoh-tokoh sarjana tempatan. Pelbagai pandangan dan anali-
sis diketengahkan samada dari perspektif politik, ekonomi, pendidikan mahupun
yang berkait langsung dengan nilai keagamaan. Malah tidak keterlaluan jika dika-
takan bahawa setiap aspek perbincangan yang berkait dengan Melayu, elemen
Islam sentiasa mendapat perhatian dan pertimbangan yang kuat. Justeru Melayu
dan Islam merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam konteks di
Malaysia.
Untuk itu dalam artikel ini, perbincangan dimulai dengan menghimbau per-
soalan identiti Melayu Islam yang sering mendapat tumpuan dan perhatian dari
kalangan sarjana tempatan. Pendedahan ini penting dari sudut untuk melihat se-
jauh mana kesinambungan idea berhubung dengan perdebatan mengenai identiti
Melayu-Islam di Malaysia. Seterusnya perbincangan difokuskan berkenaan tema-
tema utama yang menjadi tumpuan pengkaji sosial mengenai Melayu mahupun
yang berkait langsung dengan persoalan Pendekatan Islam Hadhari. Dengan itu
bahagian ini cuba mendedahkan secara saksama antara pandangan yang pro ma-
hupun yang kontra. Tidak dapat tidak, sedikit sebanyak elemen persaingan politik
antara UMNO dan PAS perlu disinggung bagi mendapat senario sebenar tentang
persoalan Hadhari. Sementara bahagian terakhir dan ketiga adalah menyentuh
berhubung sejauh mana Pendekatan Islam Hadhari memenuhi serta dapat men-
dokong ke arah memperkukuhkan identiti Melayu di Malaysia.

Perdebatan Persoalan Identiti Melayu di kalangan Sarjana Melayu

Sebelum membincangkan isu Pendekatan Islam Hadhari dalam konteks pembinaan


identiti Melayu, artikel ini akan menyorot sepintas lalu persoalan identiti Melayu
yang pernah dikemukakan oleh sarjana di Malaysia. Beberapa orang tokoh akan
dikemukakan secara umum bagi meneliti senario tumpuan sarjana mengenai per-
anan nilai-nilai Islam dalam pembinaan identiti Melayu dan pemikiran Melayu.
Ini kerana perhatian sarjana Melayu terhadap kedudukan masyarakat Melayu-
Islam begitu serius (al-Attas 1974; Mahathir Mohamed 1982; Senu 2002). Kea-
daan ini berlaku justeru masyarakat Melayu masih ketinggalan dalam banyak
aspek jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. Seperti yang
ditegaskan, bahawa apabila membincangkan isu pemikiran dan masa depan umat
Melayu, maka tidak dapat tidak, aspek Islam merupakan perkara penting yang
perlu digarap bersama.
Dalam hubungan ini, Syed Sheikh al-Hadi mungkin boleh dianggap sebagai
pencetus dan pengkritik awal terhadap sikap dan pemikiran masyarakat Melayu.
Beliau yang merupakan seorang tokoh ulama dan pemikir Muslim ketika itu
begitu kritikal terhadap persoalan-persoalan yang menyangkut mengenai pem-

103

ED2 jurnal hadhari05.indd 103 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

bangunan masyarakat Melayu. Antara isu yang menarik perhatian beliau adalah
persoalan keterbukaan minda Melayu, kedudukan wanita Melayu dan persoalan
kemajuan pendidikan Melayu. Untuk menggerakkan minda Melayu khususnya
kalangan wanita, beliau telah menterjemahkan beberapa buah buku yang ditulis
oleh penulis Mesir ketika itu agar dapat dibaca oleh kalangan pembaca Melayu
di Tanah Melayu ketika itu. Fokus utama berhubung dengan wanita adalah agar
golongan ini diberi peluang yang seluas-luasnya supaya mereka dapat bersaing
sebagaimana wanita-wanita lain. Malah beliau turut mengkritik kalangan ulama
Melayu ketika itu yang dilihat sebagai kurang mengemukakan pemikiran Melayu
khususnya dalam membina serta membangun masyarakat Melayu. Ulama keli-
hatan masih mengekalkan corak pemikiran yang tidak relevan dengan keperluan
semasa (al-Imam 1906; Hussin Mutalib 1993) Antaranya ketidaksediaan ulama
untuk membawa ilmu-ilmu baru selain ilmu-ilmu fardhu ain. Atas alasan ilmu-
ilmu selain ilmu fardhu ain tidak mendatangkan banyak faedah.
Dengan nada yang sama muncul pula Za’ba yang terkenal sebagai tokoh ba-
hasa dan intelek Melayu turut mengkritik Melayu agar lebih bersedia menerima
pembaharuan dan membuang sikap-sikap lama yang dianggap sebagai mengham-
bat kemajuan Melayu. Antaranya pemikiran malas Melayu yang masih berpegang
kepada konsep “nasi secupak tidak menjadi segantang”. Dalam ulasannya men-
genai tahap pemikiran Melayu yang dianggap sebagai mundur, umumnya men-
jurus kepada persoalan suka berpegang kepada pemikiran lama, tidak bersedia
untuk mempelajari sesuatu yang baru, tidak bersungguh-sungguh dalam membuat
sesuatu kerja. Sikap sebegini dilihat oleh Za’ba sebagai menjejaskan kedudukan
Melayu sebagai sebuah etnik atau bangsa. Malah beliau mendakwa corak penga-
jaran pengetahuan Islam di kalangan masyarakat Melayu juga tidak membantu
peningkatan minda masyarakat. Atas pemikirannya yang kritikal khususnya ter-
hadap masyarakat Melayu maka beliau telah dianggap sebagai pemikir reformis
meskipun tidak tergolong sebagai pengikut atau kumpulan reformis (Hussin Mu-
talib 1993).
Permasalahan masyarakat Melayu bukan sahaja menarik perhatian pemi-
kir terdahulu malah sekitar awal 1970-an juga menjadi fokus perbincangan para
pemikir. Ini jelas apabila terbitnya buku “Revolusi Mental” yang disusun oleh
Senu Abdul Rahman dan rakan-rakan. Tujuan utama buku ini adalah untuk mem-
bahaskan kelemahan orang Melayu khususnya aspek minda. Perbincangan buku
ini berkisar tentang permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu dan
cuba mengemukakan gagasan atau pendekatan bagaimana masalah ini dapat
diatasi. Agenda utama buku ini adalah untuk menarik perhatian orang Melayu
terhadap kekuatan Barat hingga mampu menakluki Dunia. Gagasan utama buku
ini adalah untuk menggesa Melayu agar bersedia menerima dan mengikut rentak
bangsa-bangsa Eropah yang didakwa terbukti mengeluarkan masyarakat Barat
dari dunia kegelapan kepada dunia moden. Perubahan ini tidak berlaku secara
spontan, akan tetapi bertolak dari perubahan minda dan sikap serta pandangan

104

ED2 jurnal hadhari05.indd 104 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

hidup. Ini jelas daripada kenyataan berikut: (Senu Abdul Rahman 2002: xiii)

Sekiranya perubahan benar-benar mahu dilaksanakan, maka


perubahan itu hendaklah berupa perubahan cara pemikiran
orang Melayu kerana perubahan cara pemikiran inilah sahaja
yang akan dapat melahirkan perubahan lain yang dikehendaki
dalam masyarakat Melayu seluruhnya, dan yang sesuai dengan
keadaan yang ada di sekeliling kita pada hari ini.

Menurut pengarang “Revolusi Mental”, adalah tidak tepat mengatakan ke-


gagalan orang Melayu adalah disebabkan faktor keturunan atau baka. Ini ker-
ana dakwaan penulis ini, sejarah telah membuktikan munculnya kalangan pe-
mimpin dunia, pentadbir atau ahli politik yang berasal dari kalangan generasi yang
tidak ternama. Akan tetapi yang menentukan kejayaan dalam konteks masya-
rakat seperti di Malaysia adalah peluang dan kesempatan bagi masyarakat Melayu
khususnya untuk memperolehi tahap pendidikan yang sempurna. Hanya dengan
pendidikan sahaja maka kedudukan orang Melayu mampu untuk berubah dan
dipertingkatkan (Senu Abdul Rahman 2002).
Secara positif, penulis “Revolusi Mental” berkeyakinan bahawa masyarakat
Melayu adalah masyarakat yang dinamik. Mereka mampu menerima sesuatu yang
baru dan membuat perubahan demi masa depan dan kehidupan yang lebih baik.
Dari aspek agama umpamanya, masyarakat Melayu telah melakukan perubahan
dari berfahaman pagan kepada Hindu dan kemudiannya kepada Islam (Senu Ab-
dul Rahman 2002). Perubahan ini menandakan masyarakat Melayu memiliki ta-
hap keyakinan yang tinggi khususnya dalam konteks untuk mencapai perubahan
yang lebih baik daripada apa yang sedia ada.
Kemudiannya muncul pula buku “The Malay Dilemma” yang diterbitkan
pada tahun 1970, turut mengulas permasalahan orang Melayu. Melalui buku ini
yang dianggap kontroversi ketika itu. Pengarang buku tersebut, Dr. Mahathir
Mohamad (selepas ini disebut Dr. Mahathir) melihat pembinaan masyarakat
Melayu perlu bermula dari aspek pemikiran, pendidikan dan pembinaan sikap
baru (Mahathir Mohamad 1982). Dengan nada yang agak keras, Dr. Mahathir
menjelaskan bahawa generasi Melayu sebenarnya tidak jauh beza seperti bangsa-
bangsa lain. Mereka berupaya untuk maju setanding dengan bangsa-bangsa lain,
asal sahaja mereka berubah sikap daripada berpada dengan apa yang ada kepa-
da keinginan yang tinggi demi merubah keadaan. Sepintas lalu, pendekatan Dr.
Mahathir kelihatan tidak jauh beza dengan apa yang pernah disentuh oleh al-Hadi
dan Za’ba khususnya dari sudut perubahan sikap. Malah untuk memperkukuh hu-
jah beliau, Dr. Mahathir turut memetik beberapa ayat al-Qur’an khasnya ayat-ayat
yang menggesa agar umat Islam membuat beberapa perubahan.
Atas sifat untuk merubah minda dan corak kehidupan masyarakat Melayu,
Dr. Mahathir membuat gesaan agar “…membandarkan orang-orang Melayu”

105

ED2 jurnal hadhari05.indd 105 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

(Mahathir Mohamad 1982). Ini kerana menurut beliau kehidupan di bandar dapat
mendedahkan masyarakat Melayu kepada satu sistem kehidupan yang selesa dan
terancang, skop interaksi sosial mereka juga akan meluas dan tidak terbatas hanya
di kalangan orang-orang Melayu tetapi juga mereka akan berpeluang berkomu-
nikasi dengan masyarakat bukan Melayu khususnya orang Cina (Mahathir Mo-
hamad 1982). Ini memberi gambaran bahawa identiti dan pemikiran masyarakat
Melayu mampu dirubah sekiranya persekitaran yang baik membantu ke arah pen-
ingkatan tahap kehidupan mereka.
Pada umumnya pemikir Melayu menekankan tumpuan kepada perubahan
minda Melayu agar lebih terbuka dan mempunyai daya tahan yang kuat dalam
menghadapi arus perubahan semasa. Mereka bersetuju bahawa untuk merubah
dan membina kekuatan Melayu, maka paradigma baru perlu diprogramkan agar
masyarakat Melayu mempunyai daya saing yang tinggi. Dalam hubungan ini,
al-Hadi yang percaya Islam bukannya menentang pembaharuan tetapi cara pen-
tafsiran para penyampai ajaran Islam dan sikap Melayu dalam memahami konteks
ayat, yang menjadi penghalang utama kepada kemajuan. Sementara Senu pula
percaya bahawa pendekatan Barat tidak salah, malah perlu diikuti jika Melayu in-
ginkan kemajuan. Sebaliknya Za’ba cuba mendamaikan antara nilai Melayu den-
gan nilai keislaman yang menurut beliau jika digabungkan dengan baik mampu
membina satu karakter Melayu baru. Berbeza dengan Mahathir yang mendakwa
bahawa elemen pembawaan Melayu seharusnya menjadi penentu dalam mem-
bawa perubahan.
Era sekitar 80-an hingga kini, kecenderungan penulis yang membahaskan
persoalan identiti Melayu-Islam secara lebih “Islamik” telah dibuat. Ini kerana ke-
cenderungan masyarakat Melayu, khususnya generasi terpelajar untuk melakukan
perubahan terhadap diri dan masyarakat agar lebih seiring dengan ajaran-ajaran
Islam. Fenomena “Islamic resurgence” atau literalnya kebangkitan Islam adalah
merupakan satu proses “…to adjust to what is perceived as Islamic behaviour,
to adhere to certain Islamic attitudes and practices and to advance an Islamic
world-view” (Chandra Muzaffar 1986). Dengan itu kebanyakan perbincangan
sama ada dalam bentuk kritikan mahupun dari sudut pembinaan kelihatan
menekankan kepada Islam sebagai teras pembinaan umat Islam. Mohd. Kamal
Hassan umpamanya merumuskan bentuk-bentuk krisis tersebut seperti berikut
(1981):

i. Kelompok yang terlibat dalam gerakan dakwah dilihat sebagai agak ter-
asing dari kelompok masyarakat Melayu semasa ketika itu. Ditambah
pula dengan corak penampilan kumpulan ini yang ternyata berbeza de-
ngan kelaziman masyarakat Melayu. Malah kelompok turut mengkritik
beberapa aspek polisi pemerintah. Suasana ini menyebabkan golongan
ini disebut sebagai “dakwah songsang”.

106

ED2 jurnal hadhari05.indd 106 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

ii. Golongan yang mendokong kebangkitan Islam membuat gesaan agar


sistem pendidikan yang sedia ada perlu disemak semula agar ia lebih
bersifat “Islamik”. Sistem integrasi yang menggabungkan antara elemen
Islam dan semasa wajar dijadikan sebagai teras kepada pembinaan iden-
titi Melayu-Islam di Malaysia.

iii. Budaya Melayu yang diamalkan ketika itu dilihat sebagai bercanggah
dengan Islam justeru perlu kepada rekonstruksi budaya agar lebih serasi
dengan nilai-nilai Islam. Dengan demikian pada ketika itu wujudnya
program “Sastera Islam” yang bertujuan utama untuk membentuk bu-
daya Islam di kalangan masyarakat Melayu.

iv. Dalam aspek ekonomi, kalangan pendokong gerakan Islam mengkritik


amalan sistem ekonomi yang masih terikat dengan sistem riba. Gesaan
dibuat agar sistem ekonomi Islam diperkenalkan supaya masyarakat
lebih memahami sistem ekonomi Islam. Secara tidak langsung sebagai
satu alternatif kepada sistem konvensional Barat yang sedang diamalkan
kini.

v. Dalam konteks politik, perlembagaan Malaysia mula dipersoalkan


meskipun Islam dinyatakan sebagai agama rasmi negara namun dika-
takan bahawa sistem yang berjalan tidak selari dengan Islam. Justeru,
tuntutan kepada perlaksanaan syariah sepenuhnya menjadi fokus pen-
dokong arus kebangkitan Islam.

PENDEKATAN Islam Hadhari dalam konteks


pembinaan Melayu

Secara umumnya pendekatan Islam Hadhari kelihatan merujuk kepada pembangu-


nan manusia secara total. Ini ditegaskan sebagai tonggak utama kepada pembinaan
Malaysia yang sedang membangun. Dari satu sudut, perbincangan mengenai
Islam dalam kehidupan Melayu sepatutnya memberi kekuatan kepada masyarakat
Melayu, justeru pendekatan sebegini lebih merupakan semacam proses “check and
balance”. Ini juga bertepatan dengan pendekatan Islam yang menyarankan agar
umat manusia hendaklah saling nasihat menasihati demi kebaikan.
Berasaskan konteks tersebut, jika Pendekatan Islam Hadhari dilihat sebagai
satu bentuk program menyedarkan masyarakat Melayu mengenai keupayaan
Islam untuk membawa kemajuan, maka sewajarnya perkara-perkara yang ber-
kaitan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, pengukuhan identiti Melayu
Islam dan penjanaan Islam dalam bentuk amali perlulah menjadi agenda utama.
Dengan demikian beberapa perkara perlu diberi penekanan dalam aspek perlak-
sanaan Pendekatan Islam Hadhari.

107

ED2 jurnal hadhari05.indd 107 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

i. Mengangkat martabat umat Melayu

Islam Hadhari adalah satu pendekatan bagi memartabatkan masyarakat Melayu


ke arah yang lebih baik. Malah terdapat yang menganggap bahawa istilah yang
digunakan ini lebih menyeluruh atau syumul justeru sasarannya menjurus kepa-
da segenap aspek kehidupan (Salleh Mohd Yusof 2004). Usaha memartabatkan
masyarakat Melayu tidak dapat tidak, perlu bertolak dari kekuatan Islam yang
luhur dan sempurna. Umat Melayu wajar memiliki satu bentuk personaliti yang
baik dari sudut peribadi, mental dan tindakan. Ini penting bukan sahaja dalam
konteks masyarakat Melayu tetapi juga masyarakat Malaysia seluruhnya. Seperti
yang pernah dinyatakan oleh Abdul Hamid Abu Sulayman 1993 bahawa “…the
future of all bewildered and threatened humanity rest on the degree of success
achieved by Muslims in presenting a living example of Islamic teachings”.
Seandainya masyarakat Melayu dapat memperkasa watak dan pola ke-
hidupan maka kemungkinan segala agenda Islam dapat diterima dengan mudah
oleh masyarakat lain. Justeru pendekatan dalam gagasan Islam Hadhari seharus-
nya memfokuskan kepada dua kelompok utama, iaitu Muslim dan bukan Muslim.
Ini kerana kedua-dua golongan ini merupakan sasaran dalam mana-mana pro-
gram kerajaan. Dalam keghairahan menjana kekuatan umat Islam, golongan bu-
kan Melayu juga perlu diberi kefahaman mengenai Islam dengan maksud untuk
memastikan agar kehidupan dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini
sentiasa berlaku dalam suasana yang harmoni.

ii. Menghapus kekeliruan umat

Islam Hadhari juga dilihat sebagai satu pendekatan bagi membetulkan persepsi
sebahagian masyarakat yang masih menganggap bahawa segala kemajuan dan
pembangunan sebagai sesuatu yang bercanggah dengan Islam (Salleh Mohd Yu-
sof 2004). Aspek kekeliruan ini telah dibincangkan oleh banyak pemikir Muslim
di Malaysia sehinggakan dilihat sebagai mencetuskan semacam “krisis identiti”
khususnya di kalangan masyarakat Melayu (Mohd. Kamal Hassan 1981). Punca
utamanya adalah kerana kekurangan ilmu pengetahuan mengenai Islam yang be-
rasas kepada sumber al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini ditambah pula tafsiran ber-
hubung dengan Islam oleh kebanyakan tokoh-tokoh Muslim di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh kepentingan kelompok atau puak. Apabila ini berlaku maka su-
dah tentu akan menimbulkan kekeliruan bukan sahaja di kalangan umat Islam
malah kepada yang bukan Islam.
Oleh yang demikian, terdapat suara-suara kebimbangan bahawa Pendeka-
tan Islam Hadhari adalah lebih kepada satu bentuk “gimik” untuk melaksanakan
program keislaman. Sebagai sesuatu program yang baru sememangnya akan
sentiasa berdepan dengan kritikan dan pandangan sinis daripada kalangan pe-
nentang mahupun pendokong. Namun “gimik” tersebut akhirnya akan terhapus

108

ED2 jurnal hadhari05.indd 108 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

jika program yang dirancang dalam konteks Pendekatan Islam Hadhari benar-
benar memperlihatkan keberkesanannya khusus dalam aspek kefahaman Islam
dan pelaksanaan program Islam.

iii. Berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah

Kebanyakan kritikan terhadap Pendekatan Islam Hadhari adalah menyentuh pada


teras pembinaan gagasan. Memang tidak dapat menafikan bahawa ungkapan
Islam Hadhari merupakan cetusan pemikiran, namun asas pembinaan kerangka
teori untuk diterjemahkan dalam bentuk modus operandi hendaklah berasas ke-
pada prinsip-prinsip yang dijelaskan dalam al-Qur’an dan as-Sunnah. Ini kerana
bagaimana indahnya suatu slogan itu tetapi jika perlaksanaannya tidak menduku-
ng tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah, maka ia seolah-olah menentang prinsip asas
tersebut.
Ini kerana dalam usaha membina tamadun Melayu yang tidak boleh
dipisahkan dengan Islam, seharusnya jati diri Melayu diperkasakan dengan nilai-
nilai Islam. Gesaan dan pandangan sebegini telah dinyatakan oleh ramai peneliti
sosial baik daripada kalangan penyelidik mahupun ahli politik. Untuk itu sega-
la kelemahan-kelemahan dalam program penerapan nilai-nilai Islam lalu perlu
diteliti dan diperbaiki seterusnya dipertingkatkan tahap penghayatan dan kefaha-
man umat Melayu mengenai Islam. Penelitian harus dibuat untuk menentukan se-
jauhmanakah kefahaman masyarakat Melayu mengenai Islam dan nilai-nilainya
dalam konteks kehidupan semasa sekarang. Ini untuk memastikan agar gagasan
dan perancangan yang terkandung dalam modus operandi Islam Hadhari benar-
benar menepati ajaran Islam dan dihayati oleh masyarakat Melayu khususnya dan
masyarakat Malaysia amnya.
Perbincangan mengenai kandungan dan inti pati dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah tidak seharusnya berpusat pada persoalan hal-hal yang bersifat mengun-
tungkan kehidupan dunia, sehingga mengabaikan aspek pembinaan diri manusia
yang mempunyai elemen zahir dan batin. Konsep amar maaruf dan nahi munkar
hendaklah menjadi tonggak kepada pembinaan masyarakat Melayu. Manakala
masyarakat Melayu perlu dididik agar tidak mudah melenting apabila ditegur atau
dikritik. Dalam perkataan lain, masyarakat Melayu hendaklah bersikap berlapang
dada dan bersedia untuk berbincang dengan mana-mana pihak meskipun panda-
ngannya mungkin berbeza. Ini kerana tidak semua kritikan itu semata-mata ber-
sifat untuk menjatuhkan, tetapi jika diamati dengan baik terdapat juga kritikan
yang dapat membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

iv. Pembentukan budaya ilmu dan kreatif

Tidak dapat dinafikan bahawa pembentukan perilaku individu dan masyarakat


adalah berasas kepada pembinaan ilmu. Melalui proses ini akan terbentuk bu-

109

ED2 jurnal hadhari05.indd 109 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

daya atau tamadun sesuatu bangsa. Atas asas tersebutlah Naquib al-Attas, ketika
membincangkan konsep pengertian ilmu menjelaskan bahawa ia merujuk kepada
Allah sebagai asal segala ilmu. Sementara ilmu merupakan ketibaan makna sesuatu
ke dalam diri seseorang (Wan Mohd Nor Wan Daud 1991). Ini bererti bahawa dalam
Islam aspek mengenali Allah swt merupakan pra-syarat kepada pembinaan ta-
madun ilmu. Justeru pembinaan tamadun adalah bertolak dari asas keilmuan.
Untuk itu dalam hubungan masyarakat Islam di Malaysia dengan pe-
rancangan Pendekatan Islam Hadhari, persoalan ini seharusnya menjadi agenda
utama. Secara umumnya budaya ilmu dapat dimaksudkan sebagai usaha berterusan
dalam pengkajian ilmu dengan meneroka bidang-bidang ilmu. Banyak sudah diper-
katakan mengenai kelemahan umat Islam dalam bidang keilmuan dan penyelidikan.
Tidak terkecuali budaya kurang membaca dan meneroka bidang-bidang baru turut
dialami oleh kalangan masyarakat Melayu. Cabaran ini merupakan perkara utama
yang seharusnya menjadi salah satu isu dan perancangan dalam gagasan Islam
Hadhari.
Salah satu elemen yang dapat membentuk budaya harmonis agar mencapai
maksud pembentukan masyarakat yang baik adalah pelaksanaan konsep amar
ma’ruf dan nahi munkar. Pelaksanaan konsep ini dalam masyarakat merupakan
teras dalam syiar Islam. Secara umumnya amar ma’ruf dapat dikategorikan ke-
pada tiga bentuk, iaitu (al-Zuhaili 1989):

i. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan Allah swt semata-mata,


umpamanya perlaksanaan syiar Islam seperti azan, solat Jumaat, teguran
kepada mereka yang meninggalkan sembahyang atau ibadat puasa ter-
masuk mereka yang sering melengah-lengahkan sembahyang tanpa uzur
syarie.
ii. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan hamba seperti yang berkai-
tan dengan kepentingan umum seperti air, masjid atau jalan raya. Mere-
ka yang bertanggungjawab hendaklah sentiasa mengawasi keadaannya.
Dalam konteks ini amar ma‘rufnya termasuk mengawasi mereka yang
sering melengah-lengahkan pembayaran hutang atau yang melibatkan
hak orang lain.
iii. Perkara-perkara yang berkaitan dengan hak Allah swt dan hak hamba,
umpamanya permintaan si wali untuk mengahwini janda. Demikian juga
petugas perlu umpamanya mengawasi para penternak agar mengawal
ternakannya agar tidak mengganggu hak-hak orang lain.

Berdasarkan kepada kenyataan al-Zuhaili itu menggambarkan bahawa pelak-


sanaan amar ma’ruf mempunyai implikasi besar terhadap kesejahteraan masyar-
akat keseluruhannya samada orang Islam atau bukan Islam. Seperti yang dijelaskan
dalam konteks Islam amar ma’ruf perlu disertakan dengan penguatkuasaan nahi
munkar atau elemen salah laku yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Se-

110

ED2 jurnal hadhari05.indd 110 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

cara umumnya perkara-perkara yang melibatkan nahi munkar dapat dikategori-


kan kepada pecahan berikut (Rusjdi Ali Muhammad 2003):

i. Dalam soal ibadat yang mana perlu diawasi agar masyarakat tidak me-
langgar perintah Allah swt. Termasuk dalam konteks ini melarang
golongan yang jahil daripada mengeluarkan fatwa mengenai perkara
syariat kepada masyarakat.
ii. Dalam perkara-perkara yang terlarang yang boleh membawa kehidupan
masyarakat kepada tidak harmonis. Umpamanya perlu ditegah daripada
terlalu bebas pergaulan antara lelaki dan wanita baik di dalam kawasan
masjid apatah lagi di tempat-tempat umum. Demikian juga perlu diban-
teras kalangan peminum arak agar tidak timbul permasalahan dalam
masyarakat.
iii. Demikian juga dengan urusan jual beli atau transaksi yang melibatkan
penipuan serta riba perlu dibanteras.

Dengan itu, perkara pembinaan masyarakat ini tidak dapat tidak, melibatkan
dua elemen di atas iaitu aspek penggalakan kepada kebaikan atau amar ma’ruf
dan aspek pencegahan atau nahi munkar. Konsep ini perlu menjadi teras kepada
perlaksanaan Pendekatan Islam Hadhari. Malah konsep amar ma’ruf dan nahi
munkar ini perlu sentiasa diprogramkan agar masyarakat sentiasa sedar dan ber-
hati-hati dalam segala tindakan seharian.
Sesuai dengan ungkapan Hadhari yang juga boleh diertikan sebagai kebu-
dayaan dan tamadun, maka seharusnya pembinaan tamadun ini berasas kepada
kekuatan ilmu. Ini kerana sejarah kegemilangan Islam merakamkan bahawa ia be-
rasas kepada ilmu. Untuk itu dalam rangka menjejaki kegemilangan Islam silam
yang disesuaikan dengan budaya Malaysia, maka ketinggian ilmu perlu bertolak
daripada faktor berikut (Jaffary Awang 2004):

i. Pendedahan ilmu pengetahuan yang bertaraf dunia bermula semenjak di


peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
ii. Memanfaatkan pengetahuan teknologi maklumat sejajar dengan identiti
masyarakat Malaysia.
iii. Kepimpinan yang terbuka dan sentiasa bersedia untuk berbincang dalam
semua keadaan tanpa mengira latar belakang.

Persoalan budaya ilmu yang berasas kepada iklim perbincangan dan kesedi-
aan pemimpin masyarakat di semua peringkat untuk terlibat secara aktif pernah
dikemukakan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud. Menurut beliau, (Wan Mohd Nor
Wan Daud 1991):

111

ED2 jurnal hadhari05.indd 111 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

Para pemimpin masyarakat dari tahap paling atas ke tahap


paling rendah hendaklah mengadakan perbincangan ilmiah
tentang berbagai-bagai isu seperti agama, politik, ekonomi,
akhlak, falsafah, sains… dalam suasana yang tidak rasmi tetapi
bermakna.

Tidak dinafikan bahawa kewibawaan dan ketinggian akal budi sesebuah


masyarakat bergantung kepada sejauh mana pembacaan mereka mengenai bi-
dang-bidang yang bermutu. Sokongan pembaca terhadap bahan-bahan bermutu
juga menentukan bertambahnya penulisan karya tinggi dari kalangan penulis. Ini
bererti antara peningkatan bacaan dengan buku-buku atau bahan-bahan bertulis
mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain. Daripada statistik seperti
jadual di bawah menunjukkan tabiat membaca di kalangan masyarakat Malaysia
masih rendah.

Pecahan peratus bahan bacaan pilihan rakyat Malaysia

Bahan bacaan Peratus

Akhbar 79

Majalah 47

Buku 52

Komik 32

(Sumber Berita Harian 4 Mei 2005)


Ini menggambarkan antara aspek penting yang perlu diberi tumpuan dalam
menjana agenda Islam Hadhari. Usaha dan perancangan berterusan wajar dilaku-
kan dalam meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya masyarakat Islam
mengenai pentingnya menghidupkan amalan budaya baca. Oleh yang demikian
peneliti sosial menyarankan agar budaya ilmu perlu diperkasakan dalam bentuk
penghasilan buku-buku dan majalah yang bermutu di samping aspek penguatkua-
saan yang lebih baik terhadap bahan-bahan bacaan yang boleh menjejaskan ni-
lai dan akal budi remaja (Wan Mohd Nor Wan Daud 1991). Penglibatan selu-
ruh masyarakat terhadap aspek pembudayaan ilmu amatlah penting. Ini kerana
fenomena sosial dalam sesebuah masyarakat akan saling mempengaruhi antara
satu elemen dengan elemen yang lain (Rokiah Haji Ismail 1995).
Gagasan ini masih bersifat retorik khususnya di kalangan para pendokong.
Bahan-bahan yang diterbitkan sekadar menjawab kekeliruan terhadap pendeka-
tan Islam Hadhari. Malah jika dibandingkan dengan terbitan semasa pengenalan
penerapan nilai-nilai Islam pada tahun 1982, kelihatannya tidak jauh berbeza.
Aspek yang sering dihujahkan adalah kedapatan segelintir masyarakat Islam yang
menolak pembangunan justeru itu perlunya penjelasan lanjut.

112

ED2 jurnal hadhari05.indd 112 7/30/09 9:08:11 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

v. Membina akhlak masyarakat

Persoalan yang sedang melanda masyarakat kini, khususnya umat Islam adalah
kerendahan nilai akhlak. Dalam konteks Malaysia sering disajikan pelbagai salah-
laku masyarakat bermula dari peringkat dewasa hingga kepada peringkat kanak-
kanak. Ini memerlukan usaha yang berterusan daripada semua pihak dalam mem-
bentuk akhlak dan unsur-unsur yang boleh meruntuhkan tingkah laku masyarakat.
Banyak data dan pengkajian yang telah dilakukan oleh kalangan pengkaji, namun
fenomena keruntuhan akhlak masih menjadi-jadi (Rokiah Haji Ismail 1995).
Salah satu elemen yang sentiasa mendapat perhatian umum dalam konteks
wacana Islam Hadhari adalah budaya hedonism. Faktor ini bukan sahaja memban-
tut perlaksanaan agenda yang digariskan dalam Islam Hadhari, malah menyebab-
kan akhlak muda-mudi menjadi semakin parah. Sejarah mencatatkan bagaimana
satu tamadun manusia yang gemilang jika tidak disertai dengan akhlak yang baik,
lambat laun akan melalui zaman-zaman keruntuhan.
Di samping itu percambahan buku-buku yang bersifat picisan sebenarnya
tidak membantu ke arah peningkatan akhlak. Malah bahan-bahan ini juga tidak
membantu tahap pemikiran golongan muda-mudi. Dengan itu usaha yang lebih
tegas perlu dalam menangani isu ini. Berkaitan dengan isu ini pihak masyarakat
perlu turut terlibat dalam menangani gejala-gejala sosial.

vi. Meningkatkan dialog dan perbincangan

Dialog atau perbincangan merupakan salah satu kaedah terbaik dalam memas-
tikan program Pendekatan Islam Hadhari mencapai maksud. Perbincangan
tidak seharusnya dibataskan kepada pihak-pihak tertentu sahaja. Malah apa
jua kritikan yang ditujukan kepada program ini perlu diberi perhatian. Secara
umumnya kritikan tersebut adalah merujuk kepada kegagalan pihak kerajaan
memberi maklumat secara berterusan. Dalam memberi penjelasan berhubung
dengan program Islam hadhari, agensi-agensi yang terlibat seharusnya menge-
lak daripada berlakunya pertindihan antara satu dengan yang lain. Sebaliknya
agensi yang terlibat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Yayasan Dak-
wah Islamiah Malaysia atau Institut Kefahaman Malaysia seharusnya menjadi
pelengkap antara satu dengan yang lain dalam menjelaskan gagasan Islam
Hadhari kepada masyarakat.
Pertindihan ini berlaku justeru pada peringkat awal gagasan ini hanya
lebih bersifat retorik. Bahan-bahan terbitan yang dikeluarkan sekadar men-
jawab kekeliruan yang timbul di kalangan masyarakat. Malah tidak keterla-
luan jika dikatakan bahawa tidak jauh beza Pendekatan Islam Hadhari dengan
program penerapan nilai-nilai Islam yang telah diperkenalkan pada tahun 1982. Ke-
nyataan yang menganggap keperluan program berorientasikan Islam seperti Islam
Hadhari atau Penerapan Nilai-Nilai Islam dilaksanakan kerana terdapatnya

113

ED2 jurnal hadhari05.indd 113 7/30/09 9:08:11 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

segelintir masyarakat di Malaysia yang didakwa sebagai menolak arus pemba-


ngunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan barangkali tidak lagi menarik per-
hatian khalayak umum. Akan tetapi masyarakat Malaysia kini memerlukan jawa-
pan yang berasaskan kepada fakta bagi meyakinkan mereka terhadap kewajaran
sesuatu program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Malah sikap ini adalah
serasi dengan hasrat kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang
mempunyai minda “kelas pertama”.
Kewujudan segelintir masyarakat sebegini juga justeru kegagalan pihak
bertanggungjawab untuk memberi jawapan yang memuaskan terhadap golon-
gan yang skeptik terhadap Pendekatan Islam Hadhari. Ini kerana terdapat yang
beranggapan bahawa pengenalan gagasan ini seolah-olah memberi gambaran
yang sistem pendidikan kini gagal untuk membentuk minda yang baik di kalangan
masyarakat. Sedangkan para sarjana Muslim berkeyakinan bahawa sistem pen-
didikan yang bersepadu antara nilai Islam dan aspek kehidupan semasa mampu
untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai minda yang terbaik. Bermula dari
gagasan integrasi ilmu hingga kepada penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara umat Islam.
Demikian juga berhubung dengan aspek perundangan yang sering menda-
pat kritikan daripada pihak Parti Islam SeMalaysia atau PAS, kelihatannya pihak
pemerintah masih kabur dalam memberi jawapan yang meyakinkan. Dalam
konteks Islam Hadhari, umpamanya, sejauh mana kedudukan undang-undang
Islam berupaya menjadi pemangkin kepada pembangunan umat Islam dan
masyarakat Malaysia seluruhnya (Abdul Hadi Awang 2005). Atau mungkin isu
perundangan Islam ini sengaja diketepikan semata-mata untuk mengelak dari
berlakunya polemik di kalangan rakyat Malaysia. Ini bererti pihak kerajaan wa-
jar memberi penjelasan yang konkrit dan memuaskan agar isu-isu ini yang per-
nah ditimbulkan sekitar 1970-an dan 1980-an terjawab dan pembangunan umat
Islam akan terus berlaku.
Oleh kerana gagasan ini tidak lebih sebagai satu program bertindak kerajaan,
maka ia perlu kepada “time-frame” bagi menentukan tahap-tahap perlaksanaan
dan pencapaiannya. Perlu diadakan kriteria pengukurnya sama ada dari sudut ke-
fahaman, perlaksanaan, hambatan mahupun pencapaiannya. Jika ini dapat dilak-
sanakan, sekurang-kurangnya skeptik pihak-pihak tertentu terhadap konsep Islam
Hadhari ini akan terjawab. Sementara dari sudut pembentukan identiti Islam di ka-
langan masyarakat Malaysia, seharusnya Pendekatan Islam Hadhari dapat memberi
kesan kepada dua aspek iaitu, pertama, dapat meningkatkan kefahaman ma-
syarakat mengenai Islam dan kedua, menghapuskan salah tanggapan masyarakat
bukan Islam di Malaysia mengenai Islam.

114

ED2 jurnal hadhari05.indd 114 7/30/09 9:08:12 AM


Islam Hadhari Ke Arah Memperkasa Identiti Melayu-Muslim di Malaysia

Kesimpulan

Pendekatan Islam Hadhari menuntut kesungguhan dan keikhlasan daripada se-


mua pihak. Asas pembinaan perlu jelas dan bertolak dari sumber yang mantap.
Kefahaman masyarakat perlu dijana dengan asas kefahaman Islam yang sebenar
di samping membudayakan sikap berlapang dada dalam menerima panda-ngan
sama ada yang memihak mahupun yang agak kritikal. Pada waktu yang sama
cabaran-cabaran yang bersifat semasa seperti gejala sosial di kalangan remaja,
tahap kefahaman dan penghayatan Islam masyarakat, budaya yang bercanggah
dengan Islam dan tahap pembacaan bahan-bahan bermutu di kalangan masyarakat
perlu ditangani secara berhikmah dan memerlukan komitmen yang tinggi dari
semua pihak.
Yang lebih penting gagasan ini janganlah dipandang sekadar satu retorik
tanpa terjemahan yang konkrit dan berkesan. Sekurang-kurangnya dalam tem-
poh terdekat masyarakat dapat menilai keberkesanan gagasan ini dalam usaha
meningkatkan kehidupan dalam segenap aspek. Segala kelemahan dari aspek
perlaksanaan program Islamisasi yang lalu perlu dijadikan panduan seterusnya
membuat pembaharuan berasas kepada pengalaman lalu.

Rujukan

Abdul Hadi Awang. 2005. Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari. Kuala Lumpur:
Nuffair Street Sdn Bhd.
Abdul Hamid Abu Sulayman. 1993. Towards an Islamic Theory of International Relations:
New Directions for Methodology and Thought. Herdon. Virginia: International Insti-
tute of Islamic Thought.
Ackerman, S.E. & Lee L.M. 1990. Heaven in Transition:Non-Muslim Religious Innovation
and Ethnic Identity in Malaysia. Kuala Lumpur: Forum.
al-Imam. 1906. July 23.
al-Attas, Syed Hussein. 1974. Siapa Yang Salah: Sekitar Revolusi Mental dan Peribadi
Melayu. Singapura: Pustaka Nasional.
Banks, D. J. 1976. Islam and inheritance in Malaya: culture conflict or Islamic revolution?.
American Ethnologist. 3(4). hlm. 573-585.
Berita Harian. 2005. 4 Mei.
Chaiwat, S.A. 2005. The Life of this World: Negofiated Muslim Lives in Thai Society.
Singapore: Marshall Cavendish Academic.
Chandra Muzaffar. 1986. Islamic Resurgence: Global View. Dlm. Taufik Abdullah & Sha-
ron Siddique (pnyt.). Islam and Society in Southeast Asia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Husin Mutalib. 1993. Islam in Malaysia: From Revivalism to Islamic State?. Singapore:
Singapore University Press.
Husin Mutalib. 1994. Islamisation in Malaysia: Between Ideals and Realities. Dlm. Husin

115

ED2 jurnal hadhari05.indd 115 7/30/09 9:08:12 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 99-116

Mutalib & Taj ul-Islam Hashmi (pnyt.). Islam, Muslims and Modern State. London:
The MacMillan Press Ltd.
Jaffary Awang. 2004. Ilmu Sebagai Pra-Syarat Dalam Memperkukuhkan Identiti Melayu-
Islam di Era Globalisasi. Dlm. Siti Zaiton Mat So’ad et. al. (pnyt.). Prosiding Seminar
Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial.
Kessler, C. S. 1980. Malaysia: Islamic Revivalism and Political Disaffection in a Divided
Society. Southeast Asia Chronicle. (2). hlm. 3-11.
Mahathir Mohamad. 1982. Dilema Melayu. Kuala Lumpur: Federal Publications.
Milne, A.C., 1993. Islamic Debate in the Public Sphere. Dlm. Anthony Reid (pnyt.). The
Making of an Islamic Political Discourse in Southeast Asia. Monash: Monash Papers
on Southeast Asia.
Means, G. P. 1969. The Role of Islam in the Political Development of Malaysia. Compara-
tive Politics. (2): hlm. 265-284.
Mohd Kamal Hassan. 1981. Islamic Identity Crisis in the Muslim Community in Contem-
porary Malaysia. Readings in Islam. (11). hlm. 44-50.
Nagata, J. 1984. The Reflowering Of Malaysia Islam: Modern Religious Radicals And
Their Roots. Vancouver: University of British Columbia Press.
Norhashimah Mohd. Yasin. 1994. Islamisation or Malaynisation? A Study on the Role
of Islamic Law in the Economic Development of Malaysia: 1969-1993. Tesis Ph.D.
School of Law. University of Warwick. England.
Regan, D. 1991. Islam as a New Religious Movement in Malaysia. Dlm. James A. Beck-
ford & Thomas Luckmann. The Changing Face of Religion. London: SAGE Publica-
tions Ltd.
Rokiah Haji Ismail. 1995. Perilaku Non-konformis Golongan Remaja Malaysia: Satu Pe-
renungan sosiologikal. Jurnal Antropologi dan Sosiologi. Vol.22: hlm. 73-96.
Rusjdi Ali Muhammad. 2003. Revitalisasi Syari’at Islam di Acheh: Problem, Solusi dan
Implementasi – Menuju Pelaksanaan Hukum Islam di Nanggroe Aceh Darussalam.
Jakarta. Ciputat: Penerbit Logos Wacana Ilmu.
Salleh Mohd Yusof. 2004. Islam Hadhari Perjuangan Menjadikan Malaysia Sebuah Ne-
gara Islam maju, Progresif dan Moderat. Kuala Lumpur: Jabatan Hal Ehwal Khas,
Kementerian Penerangan Malaysia.
Senu Abdul Rahman. 2002. Revolusi Mental. Edisi baru. Kuala Lumpur: Utusan Publica-
tions & Distributors Sdn. Bhd.
Utusan Melayu. 1984. 26 & 27 Oktober.
Wan Mohd Nor Wan Daud. 1991. Penjelasan Budaya Ilmu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
al-Zuhaili. 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juz IV. Damsyik: Dar al-Fikr.

Profesor Madya Dr. Jaffary Awang


Jabatan Usuluddin dan Falsafah
Fakulti Pengajian Islam

116

ED2 jurnal hadhari05.indd 116 7/30/09 9:08:12 AM


117

ED2 jurnal hadhari06.indd 117 7/30/09 9:08:44 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

118

ED2 jurnal hadhari06.indd 118 7/30/09 9:08:44 AM


119

ED2 jurnal hadhari06.indd 119 7/30/09 9:08:45 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

120

ED2 jurnal hadhari06.indd 120 7/30/09 9:08:45 AM


121

ED2 jurnal hadhari06.indd 121 7/30/09 9:08:45 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

122

ED2 jurnal hadhari06.indd 122 7/30/09 9:08:46 AM


123

ED2 jurnal hadhari06.indd 123 7/30/09 9:08:46 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

124

ED2 jurnal hadhari06.indd 124 7/30/09 9:08:47 AM


125

ED2 jurnal hadhari06.indd 125 7/30/09 9:08:47 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

126

ED2 jurnal hadhari06.indd 126 7/30/09 9:08:47 AM


127

ED2 jurnal hadhari06.indd 127 7/30/09 9:08:48 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

128

ED2 jurnal hadhari06.indd 128 7/30/09 9:08:48 AM


129

ED2 jurnal hadhari06.indd 129 7/30/09 9:08:49 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

130

ED2 jurnal hadhari06.indd 130 7/30/09 9:08:49 AM


tamadun yang ada pada umat Islam boleh memberikan mereka keupayaan untuk
menghadapi cabaran-cabaran luar khususnya cabaran globalisasi sekarang.

ABSTRACT

Civilisation from Islamic perspective is the implementtations of God’s will in


developing physical and spiritual worlds. The action is considered as a human
success to justify himself as vicegerent of God. By this main, a man can have con-
tinuous relation with his Creator. This relation will put man in a right tract in his
lliving part, and will not make him astray. This paper explores challenes facing
Muslim society in order to re-establish the glory of Islamic civilisation in future.
The paper also emphasises that by havingstrong Islamic civilisation, the ummah
can face the challenge including the current challenge of globalisation.

Keywords

131

ED2 jurnal hadhari06.indd 131 7/30/09 9:08:49 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 117-132

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 117-132 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

Abstrak

Tamadun menurut pandangan Islam adalah pelaksanaan kehendak Allah s.w.t.


dalam membangunkan alam semesta ini sama ada dari dimensi kebendaan atau
kerohanian. Tindakan tersebut merupakan satu kejayaan bagi manusia sebagai
khalifah Allah di muka bumi ini. Dengan itu manusia akan sentiasa mempunyai
hubungan yang berterusan dengan pencipta alam ini. Hubungan ini akan me-
letakkan manusia di atas landasan yang benar sepanjang perjalanan hidupnya
dan ia tidak akan tersesat. Artikel ini merupakan satu usaha untuk mendedahkan
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam dalam rangka untuk mengem-
balikan semula kegemilangan tamadun Islam pada masa akan datang. Kekuatan

132

ED2 jurnal hadhari06.indd 132 7/30/09 9:08:50 AM


Ulasan Buku

JABATAN
KEMAJUAN
ISL AM
MAL AYSIA
DEPARTMENT OF ISL AMIC DEVELOPMENT MAL AYSIA Jurnal Hadhari Bil. 1 (2009) 133-138 INSTITUTE OF ISLAM HADHARI

Ulasan Buku / Book Review


Islam Hadhari Aproach: Towards A progressive Islamic Civilization
oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008, 308 halaman.
Diulas oleh Wan Abd Hamid bin Wan Teh.

Buku ini adalah kompilasi teks ucapan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi se-
laku Perdana Menteri dan selaku Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam atau
OIC, juga sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Berkecuali atau NAM.
Walau pun ucapan-ucapan ini disampaikan di dalam situasi dan audien yang pel-
bagai, namun idea besarnya serta temanya tetap satu, iaitu mesej Islam Hadhari
yang tentunya bersifat global. Mesej ini dibentangkan di dalam pelbagai forum
setempat dan antarabangsa. Ada bahagian buku dipetik daripada Ucapan Dasar
Presiden di dalam Persidangan Agung UMNO, ada yang diambil daripada ucapan
yang disampaikan di dalam forum di Dubai, daripada syarahan di dalam majlis
Women Institute of Management Annual Lecture di Kuala Lumpur, ada ucapan
yang disampaikan di Jeddah, ucapan yang disampaikan di Bangunan Parlimen
Wellington, New Zealand, ucapan di bangunan Parlimen Canberra, Australia, ada
ucapan di Berlin, Jerman, ada ucapan di dalam sidang kemuncak Islam di Jeddah,
ada ucapan yang disampaikan di Persidangan Cendekiawan Islam Antarabangsa
di Jakarta, ada ucapan di United Nation University, Tokyo, dan lain-lain lagi.
Penyataan penulis ini benar-benar meletakkan beliau di persada dunia sebagai
pendukung Islam yang benar-benar yakin akan mesej Islam yang syumul yang
universal sifatnya.
Keberanian penulis membentangkan idea Islam sebagai instrumen pemba-
ngunan negara dan bangsa di tengah-tengah para pemimpin di dalam negara dan
luar negara dengan penuh keyakinan patut dilihat sebagai luar biasa. Luar biasa
sebab amalan ini belum ditunjukkan oleh mana-mana pemimpin negara di dunia.
Jelasnya amat jarang pemimpin sebuah negara Islam yang mempunyai kekuatan
diri untuk tampil menyampaikan sebuah perancangan pembangunan negara de-
ngan resipi Islam sepenuhnya. Di dalam hampir semua teks ucapan ini dimuatkan
sepuluh prinsip Islam Hadhari yang dimulai dengan keimanan dan ketaqwaan

133

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 133 7/30/09 9:14:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 133-138

kepada Allah hinggalah kepada kekuatan pertahanan negara.


Di peringkat nasional penulis menyampaikan mandat kepada parti
tonggak pemerintahan negara, iaitu UMNO di dalam Perhimpunan Agung pada 23
September 2004 bahawa Islam, orang Melayu dan UMNO tidak boleh dipisahkan.
Inilah asas budaya dan identiti Melayu serta perjuangannya. Beliau menegaskan
bahawa UMNO tidak pernah dan tidak akan mengamalkan sekularisme dalam
perjuangannya. Perjuangan UMNO ialah untuk membawa Islam ke dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran negara. Sebaliknya perjuangan sekularisme adalah
untuk mengeluarkan agama daripada sistem pentadbiran negara.
Penegasan ini beliau merasakan perlu dinyatakan mungkin sebagai usaha
menyingkap mendung yang melitupi cahaya Islam. Musuh Islam ada di mana-
mana sahaja terdapat umat Islam yang jelas kelihatan berpotensi untuk mem-
bangunkan tamadun mereka dalam acuan sendiri, iaitu acuan Islam. Di Malaysia
tidak mungkin tidak ada anasir ini, lebih-lebih lagi apabila semakin jelas UMNO
mempergiat komitmen untuk menegakkan Islam di dalam sistem pentadbiran dan
pemerintahan negara. Musuh Islam, iaitu musuh pejuangan Islam serta musuh
politik UMNO berusaha menutup upaya yang bersifat keislaman yang selama ini
dijalankan oleh kerajaan dan UMNO dengan dakwaan tidak ada apa-apa usaha
Islam yang dijalankan oleh mereka ini (Harun Derauh & Shafie Nor 1982). Perkara
begini pernah berlaku dalam sejarah Islam seperti yang dilakukan oleh para orienta-
lis Barat dalam kerja menafikan usaha murni yang dilakukan oleh cendekiawan dan
ulama dalam membina tamadun Dunia, (al-Bahi 1979). Di Malaysia dan yang
lebih awal ialah di Tanah Melayu malahan umumnya di Alam Melayu, para
orientalis menafikan peranan Islam dalam pembangunan umat di rantau ini. Mere-
ka mendakwa Islam tidak membawa apa-apa unsur tamadun kepada bangsa dan
negara-negara di sini. Ternyata binaan Candi Burubudur didirikan oleh Hindu,
bangunan besar untuk pejabat dan rumah kediaman di sekitar Jawa dan Tanah
Melayu dibina oleh Belanda dan Inggeris. Inilah dakwaan dan dakyah mereka
untuk menafikan sumbangan Islam dalam usaha pembinaan tamadun di Alam
Melayu (al-Attas 1984).
Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam hal di atas memberi pe-
negasan bahawa bukanlah pembinaan bangunan tetapi perkara yang menjadi
asas bagi pembinaan bangunan itu, iaitu ilmu. Jadi hakikat yang membawa asas
budaya ilmu ke rantau ini, ialah Islam, bukan Hindu atau Buddha. Semenjak awal
kedatangan Islam ke sini pada abad ke 11 atau 12 Masihi serentak dengan itu se-
mangat iqra’ yang dibawa oleh al-Qur’an merintis penciptaan tulisan Melayu,
iaitu tulisan Jawi (al-Attas 1984). Sememangnya pun sebaik sahaja mencapai ke-
merdekaan perkara yang awal dilaksanakan di negara ini ialah pendemokrasian
pendidikan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dan berikutnya Persekutuan Malaysia. Yang memberi hak kepada semua rakyat
Malaysia untuk belajar di sekolah-sekolah kerajaan sekurang-kurangnya selama
sembilan tahun dengan percuma tanpa apa-apa sekatan peperiksaan (Akta Pela-

134

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 134 7/30/09 9:14:03 AM


Ulasan Buku

jaran 1961). Ini bererti, sama ada seseorang pelajar itu lulus atau tidak dalam
mana-mana peperiksaan sehingga itu. Seterusnya akta ini dipinda lagi pada tahun
1974 untuk membolehkan seseorang rakyat dapat belajar ke tingkatan lima tanpa
apa-apa sekatan peperiksaan. Mafhumnya semua rakyat Malaysia berpeluang
mendapat pelajaran percuma hingga ke tingkatan lima. Maknanya mereka diberi
hak oleh kerajaan untuk memperoleh ilmu secara percuma di sekolah-sekolah
kerajaan hingga berusia tujuh belas tahun, iaitu selama dua belas tahun. Prinsip
pengilmuan masyarakat secara menyeluruh sebagai asas pembinaan peradaban ini
menjadi salah satu prinsip di dalam konsep Islam Hadhari.
Buku ini menjelaskan bahawa prinsip pembangunan modal insan sebagai
jentera asas perjuangan Islam terutama dalam upaya menggiatkan pertumbuhan
ekonomi negara dengan pengilmuan masyarakat adalah dasar yang selari dengan
kehendak Islam. Tanpa kekuatan tenaga kerja yang menjadi modal asas pem-
bangunan, negara tidak mampu bangun sebagai negara maju dan menggerakkan
rakyatnya menjadi maju, dengan nilai hadhari sifatnya. Di sinilah letaknya masa-
lah besar yang dihadapi oleh rata-rata umat Islam di Malaysia pada dekad-dekad
yang lalu. Masyarakat Melayu lebih mementingkan kehadiran di majlis-majlis
bersifat pesta-pestaan daripada menghadiri majlis bersifat akademik di sekolah
anak-anak mereka. Akibatnya mereka tidak mampu membesarkan anak dalam
persekitaran yang mementingkan ilmu (Harun Derauh & Shafie Nor 1982).
Keadaan demikian agaknya tidak banyak berubah. Ini selaras dengan penyataan
yang dibuat oleh Dr. Muhammad Sa‘id Ramadan al-Buti di dalam bukunya, Islam
Hadhari dalam Pembangunan Insan, (al-Buti 2004) beliau merasa bertanggung-
jawab untuk mengemukakan pendirian Malek ben Nabi bahawa dalam kajian
tentang tamadun patut dicungkil hingga ke akar umbi perkaitan antara tamadun
tersebut dengan komuniti. Jadi, untuk melahirkan masyarakat dan negara yang
bertamadun atau masyarakat yang hadhari sifatnya, maka pendekatan pemba-
ngunan yang mementingkan perkembangan ilmu seperti di dalam prinsip Islam
Hadhari mestilah digagaskan dan dilaksanakan. Masyarakat tidak boleh dibiarkan
lalai dengan falsafah hidup hidonisme seperti yang digambarkan di atas. Oleh
yang demikian usaha membendung penularan falsafah demikian mestilah dilak-
sanakan secara berterusan.
Usaha menggagaskan falsafah hidup hadhari adalah suatu langkah yang telah
lama berjalan, malahan semenjak bermulanya terbentuk masyarakat Muslim di
negara ini. Yang tidak ada ketegasannya ialah pembentukan instrumen penga-
walan terhadap kehadiran nilai-nilai negatif yang merosakkan nilai-nilai hidup
hadhari yang disemai itu. Oleh yang demikian menurut Prof. Dr. Wan Mohammad
Nor Wan Daud, lawan kepada sifat hadhari bukanlah badawi tetapi nilai hidup
haiwani, iaitu kehidupan di luar batas-batas akhlak (Wan Mohd Nor 2006). Jadi,
prinsip Keutuhan Budaya dan Moral di dalam prinsip Islam Hadhari amat relevan
sekali diperkukuh semenjak pendidikan awal bermula di rumah, taman-taman as-
uhan, sekolah rendah, menengah hinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi yang

135

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 135 7/30/09 9:14:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 133-138

ditunjangi dengan asas-asas ilmu dan intelektual yang benar dan sahih(Wan Mohd
Nor Wan Daud 2006). Tanpa nilai budaya dan akhlak yang kukuh, akan berlaku
krisis ketamadunan yang serius, iaitu berleluasanya amalan rasuah. Hal demikian
ditegaskan oleh penulis di dalam ucapan beliau di Sydney Australia pada 8 April
2005 (Abdullah Ahmad Badawi 2007). Beliau membuat penegasan untuk meme-
rangi rasuah habis-habisan sebaik sahaja memegang jawatan Perdana Menteri.
Selari dengan pemikiran ini, Dr. Nurchalis Majid sebagaimana dinukil oleh
Gamal Abdul Nasir (2003) mengatakan bahawa kebangkitan intelektual di Indo-
nesia diinspirasikan dan dibangkitkan oleh Dr. Mohammad Nasir. Beliau selaku
Perdana Menteri pertama Indonesia menyepadukan pemikiran Ibn Khaldun dan
pemikiran al-Ghazali yang menyimpulkan bahawa matlamatnya adalah untuk
melahirkan masyarakat yang seimbang antara jasmani dan rohani. Pemikiran ta-
madun Islam Ibn Khaldun dan pembangunan insan berasaskan falsafah Islam al-
Ghazali yang menjadi pegangan dasar dakwah Pak Natsir yang banyak diungka-
pkan di dalam bukunya yang masyhur Capita Selekta (Gamal Abdul Nasir 2003)
banyak mempengaruhi pemikiran generasi muda Islam di Malaysia pada awal tahun-
tahun tujuh puluhan. Generasi inilah yang kini menjadi individu-individu penting
di dalam jentera kerajaan Malaysia.
Pak Natsir adalah tokoh besar yang membawa pemikiran penting bahawa
fardu kifayah walau pun tuntutan kefarduannya akan gugur sekiranya ada
sekelompok masyarakat menunaikannya, umat Islam secara umum tidak terlepas
daripada tanggungjawab itu. Ini termasuk upaya menguasai ilmu-ilmu alat untuk
membawa kemajuan dan ketamadunan kepada negara dan umat. Menurut beliau
ilmu-ilmu inilah yang menjadi bukti bahawa Islam adalah agama yang membawa
rahmat kepada seluruh alam. Sebagai contoh, ilmu sains dan matematik, adalah ilmu
asas bagi imu perubatan dan teknologi (Gamal Abdul Nasir 2003) dengan segala
cabang dan pecahan masing-masing. Gagasan gerakan Islam yang dipandu dengan
pemikiran hadhari inilah yang menjadi program utama pelajar-pelajar pusat pengajian
tinggi di Malaysia di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri
(kini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) pada tahun-tahun tujuh puluhan.
Tema-tema besar yang diseminarkan ialah sistem ekonomi Islam, sistem per-
undangan Islam, dasar kebudayaan kebangsaan dan pemikiran Islam. Ternyata
hasilnya ialah kewujudan Bank Islam yang selepas itu lahir pula industri insuran
Islam, dan kini lahir lagi sebuah lagi institusi ekonomi Islam iaitu al-rahnu, pajak
gadai Islam.
Ternyata fakta-fakta besar yang perlu diperhatikan di dalam buku ini ialah
perjuangan atau upaya yang bersungguh-sungguh untuk membawa nilai-nilai
hadhari Islam ke dalam sistem pemerintahan negara. Gerakan ini bukan seka-
dar program penghayatan ritual Islam dalam kehidupan individu, tetapi sebuah
gagasan Islamisasi sistem hidup yang lebih luas di dalam pemerintahan ne-
gara, yang bertahap dan berperingkat-peringkat yang akhirnya mencapai tahap

136

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 136 7/30/09 9:14:03 AM


Ulasan Buku

syumul. Pemikiran beginilah yang diberi gelar konsep hadhari dalam pemikiran
Islam. Oleh yang demikian tindakan Y.B. Datuk Dr. Hassan Ali menolak ga-
gasan Islam Hadhari atas alasan masih kedapatan pelajar lulusan sekolah rendah
kerajaan yang tidak mampu membaca do‘a qunut (Forum: Masih Relevankah
Islam Hadhari, anjuran JAKIM), adalah tidak kena dengan skema perbincangan
tajuk forum. Ini adalah kerana Islam Hadhari adalah sebuah gagasan pemikiran
Islam yang mengajak pembuat dasar, pentadbir dan pemikir untuk menjadikan
falsafah Islam sebagai asas untuk membangunkan negara. Di suatu pihak lain
pula, gagasan ini juga bertujuan mengajak ahli-ahli politik untuk menjadikan
Islam sebagai asas dinamisme pemikiran ketamadunan mereka dalam berpoli-
tik. Pemikiran politik kepemimpinan menurut al-Ahkam al-Sultaniah (al-Mawar-
di t.th.) adalah instrumen untuk melindungi agama dan pengurusan kehidupan
dunia yang saksama (Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid 2008). Melindungi agama
dalam situasi kini adalah untuk melindungi sifat dan nilai ketamadunannya yang
kini sedang diancam oleh pegaruh pemikiran Barat yang dipelopori oleh gerakan
orientalisme (al-Attas 1984).
Abdullah Ahmad Badawi melalui penyataannya di dalam buku ini mengajak
para pemimpin Dunia beralih pandang kepada nilai-nilai Islam sebagai alterna-
tif kepada nilai-nilai Barat yang selama ini mereka amalkan. Ternyata nilai-nilai
Barat itu menghasilkan bentuk dan nilai pembangunan yang mendatangkan ke-
rosakan kepada alam persekitaran dunia kehidupan manusia umum. Demi tuntu-
tan kemajuan, ada kalangan ahli sains yang mencipta dan menjalankan apa-apa
sahaja kegiatan mereka tanpa memberi pertimbangan keutamaan kepada keselama-
tan, kesihatan dan kesejahteraan manusia. Antara lain penciptaan racun serangga,
racun rumpai, baja kimia, cecair pencuci, ubat-ubatan berasaskan dadah berba-
haya dan lain-lain lagi yang dijalankan oleh para pengkaji tanpa mempedulikan
kesan sampingan akibat bahan-bahan yang digunakan. Jadi prinsip Islam Hadhari
di sini menuntut keperihatinan semua pihak terhadap keharmonian alam tabii. Pe-
nulis dapat dilihat membuat penegasan ini dengan mengajak para pemikir, peng-
kaji dan pengusaha di New Zealand dan Australia bekerjasama dengan Malaysia,
semasa memberi ucapan di Parlimen New Zealand di Wellington pada 31 Mac
2005 (Abdullah Ahmad Badawi 2007).
Buku Islam Hadhari Aproach Towards a Progressive Islamic Civilization
memberi gambaran bahawa konsep Islam Hadhari telah berjaya menembusi
pemikiran pelbagai golongan masyarakat di negara ini, serantau dan antarabang-
sa. Yang perlu kini ialah tindak lanjut dan langkah susulan ke atas setiap golongan
yang telah dijelajahi itu dengan memberi gambaran terkini situasi di Malaysia
dan penerimaannya di dalam masyarakat majmuknya, dan kesan pemahamannya
di dalam masyarakat serantau serta negara-negara Islam yang menjadi sahabat
seperjuangan Malaysia. Keberanian Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mem-
bawa mesej ini di dalam negara yang berbilang kaum, budaya, agama dan fahaman
politik, dan juga ke luar negara di dalam pelbagai forum sepatutnya diteruskan

137

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 137 7/30/09 9:14:03 AM


Jurnal Hadhari Bil 1 (2009) 133-138

oleh pimpinan negara yang mewarisinya. Yang terdekat kini ialah Dato’ Seri
Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah menyatakan azamnya untuk meneruskan
gagasan Islam Hadhari melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato’Seri
Ahmad Zahid Hamidi. Hal ini dinyatakan oleh menteri yang berkenaan di dalam
beberapa pertemuan yang dihadiri oleh penulis.

Rujukan

Abdullah Ahmad Badawi. 2007. Islam Hadhari Aproach Toward A Progressive Islamic
Civilization. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
al-Attas, Syed Muhmmad Naquib. 1984. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
al-Bahi, Muhammad. 1979. Islam diliputi Awan Mendung. Terj. Yusuff Zaky Yacob. Kota
Bharu: Pustaka Dian Sdn. Bhd.
al-Buti, Said Ramadan. 2004. Islam Hadhari Dalam Pembangunan Insan. Kuala Lumpur:
Yayasan Islam Hadhari.
al-Mawardi, Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Basri al-Baghdadiy. t.th.
Al-Ahkam al-Sultaniyyah wa al-Wilayat al-Diniyyah. Beirut: Dar al-Kitab
al-Ilmiyah.
Gamal Abdul Nasir. 2003. Mohammad Nasir Pendidik Ummah. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Harun Derauh & Shafie Nor (pnys.). 1982. Mahathir Cita-cita dan Pencapaian. Kuala
Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd.
Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. 2008. Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan Perada-
ban. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Wan Muhammad Nor Wan Daud. 2006. Masyarakat Islam Hadhari: Suatu Tinjauan Epis-
timologi dan Kependidikan Kearah Penyatuan Pemikiran Bangsa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Abd Hamid bin Wan Teh


Karyawan Tamu
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia.

138

ED2 jurnal hadhari08 ulas bk.indd 138 7/30/09 9:14:03 AM

Anda mungkin juga menyukai