Anda di halaman 1dari 14

1.

Agama Buddha
1.0 Konsep Agama Buddha
Agama Buddha, seperti juga agama-agama lain, mengutamakan kebajikan manusia dan semua
makhluk. Dengan berusaha untuk mencapai Nirvana, ia mengajar penganutnya untuk mematuhi kod
etika yang tinggi. Lima Prinsip Agama Buddha adalah Mengelak daripada membunuh, Mengelak
daripada mengambil apa yang tidak diberi, Mengelak daripada kesalahan seksual, Mengelak daripada
pertuturan yang palsu dan Mengelak daripada perkara yang mengkhayalkan atau memabukkan.
Empat Kebenaran Mulia ialah:
1. Penderitaan terdiri daripada penyakit, penuaan dan kematian, perpisahan daripada orang yang
disayangi, mengingini suatu yang kita tidak mungkin dapat perolehi dan membenci suatu yang
tidak dapat dihindari.
2. Segala penderitaan disebabkan oleh nafsu dan usaha kita untuk memenuhi nafsu tersebut.
3.

Oleh itu, penderitaan dapat ditamatkan dengan menamatkan nafsu.

4.

Satu-satunya cara untuk menamatkan nafsu adalah dengan mematuhi Jalan Lapan Lapis Mulia.
Lima Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri daripada Pandangan yang benar, Niat yang benar,
Pertuturan yang benar, Tindakan yang benar, Rezeki yang benar, Usaha yang benar, Kepekaan
yang benar dan Perhatian yang benar.

1.0.1 Pandangan yang Benar


Pandangan yang benar juga boleh dialihbahasa ke perspektif yang benar, wawasan yang benar atau
kesefahaman yang benar. Lapisan pertama ini merupakan lapisan yang terpenting dan merujuk kepada
cara yang betul untuk melihat dunia dan kehidupan ini.

Ia membolehkan pengamalnya untuk

memahami bagaimana realiti berfungsi, menjelaskan kewujudan manusia, penderitaan, kesakitan,


penuaan, kewujudan ketamakan, kebencian dan khayalan. Disamping itu, ia memberi hala tuju dan
kecekapan kepada lapisan lain. Pandangan yang benar bermula dengan konsep dan ilmu tertentu
tetapi hanya akan hadir melalui penumpuan yang benar dan merujuk kepada ilmu yang dapat
mengatasi kerumitan minda.
Memahami pandangan yang benar akan menyebabkan seseorang itu hidup dengan mulia selaras
dengan konsep pandangan yang benar. Pandangan yang salah bangkit daripada kejahilan (avijja) yang
kemudiannya menjadi faktor penyumbang kepada niat yang salah, pertuturan yang salah, rezeki yang
salah, kesedaran yang benar dan pertumpuan yang salah. Penganut agama Buddha patut
menggunakan usaha yang betul untuk meninggalkan pandangan yang benar dan supaya dapat

memasuki pandangan yang benar. Kesedaran yang benar juga digunakan supaya sentiasa dapat berada
dalam pandangan yang benar.
Tujuan pandangan yang benar adalah untuk membersihkan laluan kita daripada kekeliruan,
ketidakfahaman dan pemikiran yang terpedaya. Ia adalah cara untuk kita memperoleh kefahaman
mengenai realiti dengan minda yang terbuka. Dengan ini, pandangan yang betul akan membuka jalan
ke arah kebebasan.
(b) Niat yang Benar
Niat yang benar (samyak-samkalpa samm-sankappa) juga boleh difahamkan sebagai pemikiran
yang benar, tekad yang benar, aspirasi yang benar atau usaha untuk mengubah azam kita.
Dengan ini, kita akan sentiasa dapat menyingkirkan nilai-nilai yang salah dan tidak moral.
Pemahaman betul mengenai pandangan yang benar akan membantu penganut untuk membezakan
antara niat yang benar dan niat yang salah. Ini bermaksud bahawa komitmen terhadap laluan
kerohanian, azam yang baik serta komitmen kepada tidak melakukan kezaliman kepada makhluk
hidup lain.
(c) Pertuturan yang Benar
Pertuturan yang benar (samyag-vc samm-vc) membincangkan cara seorang penganut agama
Buddha akan menggunakan setiap patah perkataan yang diucapkannya dengan betul.
(d) Tindakan yang Benar
Tingkah laku yang benar (samyak-karmnta samm-kammanta) juga boleh diertikan sebagai
tingkah laku yang benar. Penganut agama Buddha sepatutnya mempertahankan nilai-nilai moralnya
dan tidak berkelakuan dengan cara yang merosakkan atau menyakiti diri sendiri atau orang lain.

(e) Rezeki yang Benar


Dengan mencari rezeki yang benar (samyag-jva samm-jva), penganut agama Buddha tidak
patut melibatkan diri dengan pekerjaan yang akan membahayakan makhluk lain secara langsung atau
tidak langsung. Lima jenis perniagaan yang berbahaya adalah memperdagangkan senjata; sebarang
urus

niaga

yang

melibatkan

senjata

yang

bertujuan

untuk

membunuh

makhluk

lain,

memperdagangkan manusia; memperdagangkan hamba, melibatkan diri dengan pelacuran, atau


memperdagangkan kanak-kanak atau orang dewasa, memperdagangkan daging; daging merujuk
kepada bangkai makhluk yang telah dibunuh. Menternak haiwan dan kemudian membunuhnya juga
dilarang sama sekali, memperdagangkan sesuatu yang memabukkan; membuat atau menjual
minuman yang memabukkan, menyebabkan ketagihan atau berbahaya, termasuklah dadah dan

terakhir ialah memperdagangkan racun iaitu merujuk kepada produk toksik yang dicipta untuk
membunuh makhluk lain.
(f) Usaha yang Benar
Penganut harus sentiasa berusaha untuk meninggalkan pemikiran, pertuturan dan tindakan yang salah
dan berbahaya. Mereka patut melakukan perkara yang berguna kepada mereka dan orang lain melalui
pemikiran, pertuturan dan tindakan mereka, tanpa memikirkan kesulitan atau kepenatan yang
mungkin dihadapi. Ini memerlukan ketekunan (Samdhi) yang bermaksud ketekunan dan dapat
dicapai dengan melatih diri ke arah kesedaran yang tinggi. Ini akan menghasilkan ketenangan yang
diperlukan untuk mencapai ilmu sebenar melalui pengalaman secara langsung.
(g) Kepekaan yang Benar
Kepekaan yang benar (samyak-smrti samm-sati) juga bermaksud ingatan yang benaratau fokus
yang benar. Penganut harus memfokus minda mereka supaya peka kepada fenomena yang mungkin
menjejaskan badan dan minda mereka. Mereka seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu dan
tidak bertindak atau bercakap ketika mereka tidak memberi perhatian. Dengan mempraktikkan
kepekaan yang benar, minda kita akan dilatih supaya sentiasa terbuka dan memberi perhatian. Segala
prasangka dan interpretasi perlu diabaikan.
(h) Perhatian yang Benar
Perhatian yang benar (samyak-samdhi samm-samdhi) merujuk kepada cara memberi perhatian
(iaitu samadhi) dengan betul. Penganut perlu memfokus kepada sesuatu sehingga mencapai
konsentrasi penuh dan seterusnya memasuki keadaan penyerapan meditasi (jhana). Samadhi dapat
dikembangkan dengan memfokus kepada penafasan, objek visual (kasina) dan mengulang frasa-frasa
tertentu.
2.0 Etika agama Buddha dalam Konteks Diri dan Keluarga
2.0.1 Ibu bapa dan anak
Anak perlu taat, hormat dan mengasihi ibu bapa. Perlu menjaga nama baik keluarga dan adat
keluarga. Memberi sedekah bagi pihak ibu bapa apabila mereka meninggal dunia. Ibu bapa pula
mendidik dan mengajar anak. Membimbing mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
Abang dan kakak perlu dihormati dan perlu memberi bimbingan kepada adik-adik mereka. Golongan
lebih tua dan senior perlu dihormati dan pendapat mereka dihargai.

3.0 Etika agama Buddha dalam konteks Perubatan, Sains dan Kesihatan
Penggunaan perancangan keluarga digalakkan untuk mengelak daripada pengguguran. Membunuh
diri dilarang sama sekali kerana nyawa suatu makhluk itu suci. Menggugurkan anak dilarang sama
sekali; namun demikian ia dibenarkan sekiranya nyawa si ibu digugat atau jika fetus tersebut
mengalami kecacatan.
Euthanasia merupakan perbuatan mematikan seseorang adalah dilarang sama sekali. Golongan yang
sedang menderita atau menghadapi penyakit terminal perlu diberi bantuan yang sepatutnya supaya
dapat hidup dengan bermakna.
Sikap hormat-menghormati merupakan teras kepada perhubungan kekeluargaan dalam agama
Buddha. Kepentingan sikap ini juga dipraktikkan dalam perhubungan interpersonal. Berbagai
penganut agama Buddha yang agung telah mengamalkan sikap ini dan beliau tidak pernah sekali-kali
berperang dengan sesiapa, seperti yang dapat dilihat daripada petikan di bawah.
Maharaja Asoka sering membiayai projek kebajikan sosial seperti menanam anak pokok dan
menderma.
Putera Shotoku telah memansuhkan angkatan tentera kebangsaannya kecuali satu dan turut
memansuhkan hukuman mati selama 350 tahun.
Agama Buddha turut menggariskan bagaimana seorang penganut agama Buddha patut berhubung
dengan orang lain. Berikut merupakan beberapa contoh:
1.

Murid dan guru

2.

Rakan dan kenalan

3. Suami dan isteri

Buddha menyarankan supaya seorang isteri patut bangun tidur sebelum suaminya, tidur hanya selepas
dia tidur, membuat apa yang disuruhnya, sentiasa bersikap dan bertutur secara lembut dan tidak
sekali-kali menyebabkan suaminya marah.

Menghormati setiap individu yang dihormati oleh

suaminya . Isteri juga patut berkemahiran dalam kraftangan seperti menenun, menjahit dan
sebagainya serta menjaga pekerjanya dengan penuh kasih sayang dan menjaga nafkah yang dibawa
pulang oleh suaminya.

Berkenaan dengan penceraian pula, ianya dibenarkan kerana ia suatu perhubungan yang ketandusan
cinta dilihat sebagai penderitaan. Walaupun perkahwinan yang bersifat monogami lebih diutamakan,
agama Buddha membenarkan poligami (lebih dari satu isteri) dan kadangkala poliandri (lebih dari

satu suami). Namun demikian, seseorang itu hanya dapa berkahwin lagi dengan meminta izin dari
isteri pertama dan dia memegang kedudukan yang lebih senior berbanding dengan isteri baru. Semasa
menjalankan adat dengan golongan yang lebih berusia, pasangan yang telah mendirikan rumahtangga
dengan jayanya perlu memberi pasangan ini nasihat yang sepatutnya. Contohnya, si suami harus
bertimbang rasa dan si isteri harus bersikap lembut. Selalunya, pasangan tersebut akan tinggal
bersama ibu bapa sehingga mereka dapat memperoleh rumah sendiri.

Agama Buddha menganggap bahawa semua nyawa semua makhluk adalah suci dan tidak patut disiasiakan melalui membunuh diri atau euthanasia. Manusia hanya merupakan sebahagian kecil dalam
alam semesta ini dan hanya wujud kerana kebenaran makhluk lain. Manusia dan makhluk lain hidup
bersama untuk menjaga alam semesta.
4.0 Prinsip Asas Etika Agama Buddha dalam konteks Perniagaan.
Agama Buddha menekankan amalan ekonomi yang dapat memanfaatkan diri dan orang lain serta ciriciri seperti semua urus niaga haruslah memanfaatkan semua pihak dan berdasarkan sikap saling
mempercayai, harta harus dikumpul secara moral dan tanpa sebarang kekerasan, harta harus
digunakan supaya memanfaatkan semua pihak dan bukan berasaskan ketamakan atau keuntungan
sahaja dan penganut dilarang daripada melibatkan diri dengan pekerjaan yang mungkin akan
membahayakan orang lain.

2. Agama Hindu
2.0 Konsep Agama Hindu

Dalam agama Hindu, alam sekitar dipercayai ialah lanjutan kuasa daripada Tuhan. Perhubungan
antara perlakuan manusia dan kebaikan dan kezaliman alam sekitar telah diterangkan dengan jelas di
dalam Veda. Etika Hindu secara umumnya bersifat subjektif atau peribadi dan bertujuan
menghapuskan pencemaran mental seperti kerakusan dan keegoan. Matlamat utamanya ialah untuk
mencapai kebaikan yang setinggi mungkin. Setiap usaha ke arah jalan kerohanian tanpa pertimbangan
etika merupakan tindakan yang sia-sia sahaja. Oleh sebab ini, asas kepada Yoga merupakan etika dan
ia menjadi tunggak kepada Bhakti Yoga.

Seorang penuntut Yoga haruslah mempunyai etika kendiri yang kukuh. Etika di sini merujuk
kepada kesucian dari segi perlakuan, pemikiran dan percakapannya. Seorang penuntut Yoga haruslah
mempunyai perlakuan yang sempurna dan tidak menzalimi makhluk lain dari segi perlakuan,
pemikiran atau percakapannya. Pemikiran, percakapan dan perlakuan yang baik perlu dipraktikkan
dalam kehidupan seharian mereka.
Upanishad, Bhagavad-Gita dan Brahma Sutra merupakan tiga dokumen yang secara umumnya
menjadi asas kepada panduan etika agama Hindu dalam kehidupan di dunia ini dan juga dari segi
rohani. Ketiga-tiga kitab ini adalah sebahagian daripada falsafah Vedanta di dalam agama Hindu.
Upanishad berusaha mencapai kebebasan dengan menimba ilmu dan mencapai kesedaran diri. Bagi
seorang penuntut kebenaran (Brahman), nafsu yang bersifat mementingkan diri sendiri akan menjadi
rintangan dalam perjalanan mereka ke arah kebenaran. Penganut agama Hindu yang mencari kesucian
yang benar akan mencapai kebebasan apabila dia sedar akan kewujudan kebenaran atau Brahman.
Mengikut kepercayaan agama Hindu, keinginan mengecapi Brahman ini telah membawa kepada
kewujudan alam semesta dan tugas manusia adalah untuk memulihkannya ke keadaannya yang asal,
iaitu sebelum alam semesta diwujudkan. Tanggungjawab yang berat ini memerlukan pengorbanan,
kebajikan, pengajian serta disiplin kendiri yang tinggi. Seseorang yang mampu memikul
tanggungjawab ini dengan sempurna akan mengecapi kenikmatan yang benar. Oleh sebab ini,
seseorang itu harus menolak kejahatan untuk mencapai Brahman. Deria kita merupakan batasan
duniawi yang memisahkan kita daripada Brahman. Apabila seseorang dapat menjangkaui batasan ini,
maka akan tidak akan wujud apa-apa selai daripada kesedaran diri sendiri iaitu keabadian.
Bhagavad-Gita merupakan antara kitab suci yang terpenting di dalam agama Hindu. Mengikut
Bhagavad-Gita,
Hidup ini hanyalah ilusi sahaja
Peranan dan tujuan kita di dalam hidup ini tidak diketahui
Kejahilan dan ego kita mengikat kita ke dunia ini kerana nafsu kita yang tidak dapat dipuasi serta
perlakuan kita
Manusia tidak seharusnya meninggalkan pelaksanaan tugasnya
Tugas seharusnya dilaksanakan dengan minda yang jelas dan secara berdisiplin
Ego dan sifat-sifat negatif lain harus ditinggalkan sambil berserah tanpa mengharapkan apa-apa
sebagai balasan untuk perlakuannya

Berserah kepada Tuhan dan mengabdikan diri sepenuhnya supaya dapat mencapai kebebasan dan
penyatuan dengan Tuhan
Bhagavad-Gita bertindak sebagai panduan untuk sebab dan kesan karma dan cara-cara untuk
menangani penjelmaannya. Ia juga menegaskan bahawa manusia bebas untuk membuat pilihan
masing-masing yang mungkin akan memberi kesan kepada penjelmaan karma tersebut.
Matlamat setiap penganut Hindu adalah untuk mengurangkan karma jahat yang perlu dipikulnya ke
perkitaran lahirnya yang seterusnya. Dengan memenuhi fungsi yang diberi dengan sebaik mungkin
melalui pengabdian kepada Tuhan tanpa memikirkan diri-sendiri, seseorang itu akan dapat mengecapi
kebebasan.
2.1 Etika agama Hindu dalam Konteks Diri dan Keluarga
Sikap berbuat baik serta toleransi kepada semua manusia dan mengelak kezaliman memberi impak
yang besar ke atas kehidupan seorang penganut agama Hindu. Seorang penganut dinasihati supaya
mengelak emosi yang mungkin membawa kepada kehidupan yang penuh dengan dosa. Oleh hal yang
demikian, Bhagavad-Gita menyediakan garis panduan untuk kehidupan yang beretika. Anda akan
mempelajari mengenai ajaran Upanishad dan Bhagavad-Gita yang berkaitan dengan diri dan keluarga
dalam bahagian seterusnya.
Etika perlakuan dharma (iaitu tanggungjawab seseorang individu kepada Tuhan) merupakan asas
kepada kepercayaan agama Hindu. Dharma merupakan unsur yang membezakan manusia daripada
binatang. Individu yang tidak mempunyai dharma adalah ibarat binatang.
Nilai atau perlakuan bermoral yang ditegakkan oleh Bhagavad-Gita termasuklah kesucian dari segi
pemikiran, anti-kezaliman, kebebasan daripada perasaan marah, kesopanan, dan kebenaran. Tuan
Krishna mengutamakan keberanian dan kesucian hati, ilmu, sikap yang terbuka tetapi terkawal,
sanggup berkorban, minat terhadap kitab-kitab suci, serta sikap yang berdisiplin terhadap nafsu
sebagai musuh sebenar seorang penganut agama Hindu.
2.1.0

Dharma

Dharma atau keadilan merujuk kepada kehidupan yang sempurna dari segi etika. Secara umumya, ia
merujuk kepada konsep kebenaran, kesopanan, hormat-menghormati, sayang-menyayangi serta
bertanggungjawab yang mesti dipatuhi oleh setiap individu dalam kehidupan seharian mereka.
2.1.1

rtha

Artha berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud harta duniawi tetapi tidak merujuk kepada
wang atau duit sahaja. Matlamat kedua manusia adalah kekayaan, ini bermaksud yang tanggungjawab

seorang lelaki adalah mencari nafkah supaya dapat menanggung keluarganya serta tanggungannya.
Namun demikian, setiap individu hanyalah memperoleh kekayaan secara sah. Kekayaan yang
diperoleh melalui amalan yang tidak bermoral dilarang sama sekali.
2.1.2

Kama

Kama merujuk kepada usaha mencari cinta dan kebahagiaan. Kepuasan fizikal dibenarkan tetapi
hanya melalui cara yang sopan. Ini bermakna yang individu tidak patut melampaui batasan norma
masyarakat dan moraliti.

2.1.3

Moksha

Moksha merujuk kepada kebebasan akhir jiwa. Moksha bergantung kepada peraturan karma (amalan).
Cara yang terpantas untuk mencapai moksha adalah dengan melakukan amalan yang baik. Oleh sebab
ini, setiap individu haruslah hidup secara beretika dan bermoral supaya dapat mencapai moksha
dengan lebih awal dan lebih mudah.
Tindakan beretika perlu dipupuk untuk menggalakkan kebajikan sosial, kerana keruntuhan kebajikan
sosial boleh membawa kepada huru-hara dan menjadi penghalang kepada ketumbuhan rohano.
Mengikut Upanishad, Tuhan meletakkan pelbagai rintangan dalam hidup mereka yang mencari
kebebasan dari dunia ini sekiranya mereka tidak mengerjakan tanggungjawab sosial mereka. Karma
merupakan asas kepercayaan agama Hindu: setiap perbuatan anda menerima balasan. Sekiranya anda
berbuat baik, anda akan mendapat balasan yang baik dan sebaliknya.
Mengikut Bhagavad-Gita, kebebasan tidak akan dikecapi oleh mereka yang mengelak daripada
mengerjakan tanggungjawab dan tugas mereka. Kita tidak seharusnua mengelak tanggungjawab kita
kepada keluarga, masyarakat dan dunia secara amnya. Mengikut ajaran agama Hindu, setiap manusia
adalah sama kerana setiap manusia mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri. Oleh sebab ini,
tidak wujud ketaksamaan atau senario di mana seseorang itu adalah lebih hebat atau lebih hina
daripada orang lain.
Manusia sentiasa mencari kecemerlangan supaya dapat mengecapi kebahagiaan. Kecemerlangan atau
kesempurnaan wujud di dalam semua ciptaan Tuhan. Misalnya, kesempurnaan di dalam kerjaya dapat
dicapai melalui perbuatan baik atau karma. Jika kita sentiasa berusaha untuk menjadi cemerlang
dalam setiap perbuatan kita, kita akan dapat mendekati Tuhan.

2.2 Prinsip Asas Etika Agama Hindu dalam konteks Perniagaan.

Di dalam dunia korporat, kecemerlangan dicapai dengan menyeimbang dan memenuhi keperluan
setiap pihak yang terlibat, iaitu pekerja, pembekal, pelanggan, pemegang saham dan masyarakat
secara amnya.
Doktrin karma Upanishad menyatakan bahawa setiap individu akan mengalami dan menikmati akibat
daripada segala perbuatan baik dan buruk mereka pada kehidupan lampau dan kehidupan sekarang.
Prinsip yang sama boleh dipraktikkan kepada organisasi. Di dalam sesebuah organisasi, persepsi
pelanggan, pembekal, pemegang saham, pekerja dan masyarakat berasal daripada prestasinya yang
sebelumnya dan sekarang. Organisasi tersebut akan mendapat prestasi yang baik berdasarkan initiatif
positif yang diambil.
Garis Panduan Penggunaan dan Perdagangan.
1. Mencapai kecemerlangan atau God dengan menyeimbang dan memenuhi keperluan semua

pemegang saham, pekerja, pembekal, pelanggan dan masyarakat secara amnya.


2. Organisasi turut ditentukan oleh Karma; perbuatan baik dan buruk akan mendatangkan kesan

sekarang dan pada masa depan.


3. Sentiasa memperbaiki, belajar dan berinovasi untuk berkembang.
4. Setiap individu di dalam sesebuah organisasi itu mempunyai peranan sendiri dan harus

berusaha untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin di samping tidak
mementingkan diri supaya dapat mendatangkan faedah untuk masyarakat sambil mencapai
kebahagiaan.
5. Veda agama Hindu menekankan tiga jenis disiplin kendiri yang harus dipatuhi oleh setiap

individu yang beretika tinggi dan begitu juga untuk semua ahli sebuah organisasi:
(i) Atma-Glani atau perasaan bersalah.
(ii) Ishwar-Bhaya atau perasaan takut dengan balasan Tuhan.
(iii) Lok-Lajja atau perasaan takut dengan masyarakat.
Mengikut ajaran agama Hindu, setiap manusia harus berusaha untuk menerima dan memaafkan orang
lain sambil mengelak konflik. Persekitaran yang baik akan wujud di dalam sesuatu organisasi apabila

setiap ahlinya mempunyai pemikiran yang betul. Organisasi tersebut kemudiannya dapat berusaha
untuk mencapai matlamat yang ditentukan.

2.3 Etika agama Hindu yang berkaitan dengan perubatan, sains dan kesihatan
2.3.1 Anti-kezaliman
Merujuk kepada kepercayaan bahawa setia makhluk yang hidup patut dilayan dengan baik. Di dalam
bidang perubatan, keutamaan yang tinggi diberikan kepada pesakit dan keluarganya dalam memilih
rawatan kerana beliau lebih mengenali badan sendiri.

2.3.2 Kesucian semua kehidupan di dunia ini


Merujuk kepada kepercayaan bahawa semua makhluk hidup di dunia ini adalah suci. Permanian
beradas dibenarkan di dalam agama Hindu selagi sperma tersebut adalah milik suaminya.
Pengguguran anak dilarang sama sekali kecuali diperlukan untuk menyelamatkan nyawa ibu tersebut.
2.3.3 Kewujudan jiwa yang berasing daripada jasad
Merujuk kepada kepercayaan bahawa tiada sesiapa pun yang patut mati dalam keadaan kecewa atau
tidak puashati kerana ini mungkin akan dibawa kehidupan yang seterusnya. Kehidupan seseorang itu
boleh ditentukan oleh individu tersebut walaupun melalui kaedah euthanasia
2.3.4

Kesanggupan untuk menerima karma sebagai maksud hidup

Merujuk kepada kepercayaan bahawa sesetengah perkara dalam hidup ini sudah ditentukan terlebih
dahulu. Agama Hindu menerima bahawa sesetengah penyakit boleh dirawat manakala sesetengah
penyakit tidak dapat dirawat. Situasi di mana sesuatu penyakit itu tidak dapat dirawat diterima
sekiranya tiada kesan negatif yang timbul.
2.3.5

Dharma atau tanggungjawab dan kewajipan yang berasingan daripada perasaan


peribadi

Merujuk kepada kepercayaan bahawa setiap orang patut menerima layanan yang sama. Walaupun
pesakit tersebut menghidapi penyakit yang berjangkit atau yang membawa stigma sosial sekalipun,
tanggungjawab pegawai perubatan adalah untuk merawat mereka tanpa mengendahkan perasaan
peribadi.
2.4 Etika agama Hindu yang berkaitan dengan rawatan perubatan untuk penjenayah

Isu etika umum yang mungkin akan timbul adalah kesan rawatan tersebut ke atas pesakit, kerana
pegawai perubatan mungkin akan menghakimi pesakit tersebut sehinggakan berpendapat bahawa
penyakit tersebut merupakan salah pesakit itu sendiri. Pegawai perubatan mungkin akan menyalahkan
penagih dadah atau penagih alkohol kerana menghidapi penyakit tersebut. Selain itu, mungkin akan
timbul kesulitan bagi seorang pegawai perubatan wanita untuk merawat seorang perogol.
Kesulitan untuk mengatasi perasaan peribadi mungkin akan menjejaskan pertimbangan atau penilaian
yang kurang profesional. Isu ini sudah lama menjadi dilema dalam bidang perubatan, terutamanya
apabila merawat pesakit yang tidak menjaga diri sendiri dan sentiasa mendera diri sendiri. Pendapat
peribadi mungkin akan menjejaskan rawatan yang diberi kepada pesakit. Contohnya, jika seorang
pesakit dijangkiti penyakit AIDS, pegawai perubatan yang bertanggungjawab perlu memberi rawatan
yang sepatutnya dengan minda yang terbuka. Pertimbangan beretika memainkan peranan yang
penting dalam mempengaruhi rawatan yang diberi oleh pegawai perubatan. Agama Hindu
menekankan Karma dan setiap individu bertanggungjawab menjalankan tugasnya tanpa mengambil
kira kepentingan peribadi.

2.5 Etika agama Hindu yang berkaitan dengan rawatan perubatan untuk pesakit terminal
Penamatan sokongan hidup adalah isu yang sukar dan sensitif. Peralatan moden membolehkan pesakit
hidup walaupun organ mereka tidak berfungsi atau tidak dapat bernafas. Pesakit sebegini mungkin
berada dalam keadaan kesedaran normal, setengah sedar ataupun tiada aktiviti otak langsung (mati
otak). Tindakan menutup peralatan sokongan hidup akan menamatkan hidup pesakit tersebut. Dilema
yang akan timbul adalah sama ada tindakan sebegini membunuh pesakit tersebut atau membiarkan
pesakit itu mati begitu sahaja. Peningkatan teknologi menyebabkan isu ini menjadi semakin rumit
kerana akan membolehkan pelanjutan hidup pesakit yang menghidapi penyakit terminal.
Sesetengah pihak percaya bahawa penamatan sokongan hidup dapat dijustifikasi sekiranya aktiviti
otak tidak dapat dikesan di mana pesakit tersebut dianggap mati dari aspek Ayurveda. Melanjutkan
hidup seseorang yang berada di dalam keadaan ini mungkin akan menyeksa jiwa pesakit tersebut dan
ini dilarang sama sekali oleh Ayurveda. Walaupun perubatan Hindu kuno tidak meramalkan
keupayaan peralatan moden untuk menyokong hidup, isu khasiat (nourishment) ada disebut dan
peralatan sokongan hidup termasuk di dalam kategori ini.
Mengikut kitab agama Hindu, pemberian makanan dan air boleh ditamatkan dengan permintaan
pesakit terminal yang lebih rela mati dengan berpuasa. Permintaan ini boleh dinyatakan terlebih
dahulu berserta dengan penjelasan tentang keadaan di mana permintaan ini perlu dijalankan.

Pertimbangan beretika memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi rawatan yang diberi
oleh pegawai perubatan. Agama Hindu menekankan Karma dan setiap individu bertanggungjawab
menjalankan tugasnya tanpa mengambil kira kepentingan peribadi.

2.6 Etika agama Hindu yang berkaitan dengan pengguguran anak


Pengguguran fetus merujuk kepada penamatan proses kehamilan ataupun penamatan sebelum
kelahiran. Kitab agama Hindu melarang pengguguran fetus sama sekali melainkan jika ianya
merupakan kaedah terakhir untuk menyelamatkan hidup ibu tersebut. Dalam agama Hindu,
pengguguran anak dilarang sama sekali dan disifatkan sebagai tindakan yang bertentangan dengan
struktur sejagat dan kepercayaan anti-kezaliman agama Hindu. Menggugurkan fetus atas dasar
ketidaksempurnaan potensi atau sebenar atau kerana kecacatan mental tidak berasas dalam agama
Hindu. Penganut agama ini percaya bahawa setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai
matlamat sendiri yang ditentukan oleh Tuhan dan matlamat ini harus difahami tanpa mengambil kira
keadaan di mana kelahiran tersebut berlaku. Pengguguran fetus adalag berdosa dan akan
mempengaruhi karma yang akan dihadapi pada masa depan.

2.7 Etika agama Hindu berhubung dengan Alam Sekitar


Manusia dan alam sekitar sebenarnya saling bergantung antara satu sama lain dan mempunyai
perhubungan yang rapat. Penganut agama Hindu percaya bahawa setiap insan harus mengambil apa
yang perlu sahaja dari alam dan sentiasa menghormati semua aspek alam sekitar. Konsep ahimsa
menyatakan perhubungan penganut agama ini dengan alam sekitar. Agama Hindu mengajar
penganutnya bahawa alam sekitar patut disembah dan bukan dieksploitasi. Pengeksploitasian sumber
semula jadi secara rakus mungkin akan membawa kepada kepupusan dan kehilangan mereka daripada
dunia ini buat selama-lamanya.
Asas kepercayaan agama Hindu adalah untuk membebaskan diri daripada penderitaan atau moksha.
Penganut agama Hindu percaya bahawa perbuatan baik perlu dipraktikkan ke seluruh alam.
Bumi ini dan setiap makhluk yang wujud
mesti dihormati supaya dapat memperoleh
kebenaran atau Brahman. Penganut agama
Hindu

beranggap

pokok-pokok

atau

bahawa

kebanyakan

tumbuh-tumbuhan

adalah suci. Kelahiran semula atau kitaran

kelahiran semula bermaksud yang haiwan juga mempunyai jiwa, sama seperti manusai. Haiwan dan
tumbuh-tumbuhan mungkin akan menjadi manifestasi Tuhan.
Pokok Banyan atau pokok Bodhi, iaitu sebahagian daripada keluarga pokok Ara, dipercayai dapat
membantu dalam pencarian kesedaran diri. Tumbuhan lain yang disembah oleh agama Hindu pada
hari suci lain. Sesetengah penganut agama ini akan bersembahyang sebagai tanda hormat kepada
Dewi Bumi setiap pagi.
Lembu melambangkan limpahan kurniaan Tuhan dan lembu merupakan antara haiwan tersuci di
dalam agama ini.
Tasik, gunung-ganang dan sungai juga dianggap suci di dalam agama ini. Beberapa sungai
dipercayai boleh menghilangkan dosa seorang penganut agama Hindu sehingga tahap tertentu.
Ciri-ciri alam sekitar yang lain dapat membantu penganut agama Hindu mencapai matlamat hidup
mereka secara langsung atau secara tidak langsung.
Seorang penganut agama Hindu yang beretika harus menjaga dan memelihara alam sekitar dan
biodiversitinya. Memelihara alam sekitar dan memastikan ia digunakan secara lestari merupakan
tanggungjawab setiap insan. Keseimbangan antara memelihara alam sekitar dan pembangunan mesti
dicapai kerana mengormati alam sekitar merupakan sebahagian daripada tanggungjawab seorang
penganut agama Hindu. Kepercayaan agama Hindu menyatakan bahawa proses mencari
kecemerlangan adalah sama seperti proses mencari Tuhan.
Berdasarkan konsep ini, tindakan seperti mengkitar semula bahan buangan dan mengguna semula
bahan yang dibuang dihargai dalam agama Hindu. Pembuangan sisa toksik juga patut dikawal. Usaha
seharusnya ditingkatkan supaya kaedah yang lebih saintifik dan berteknologi tinggi dapat dicari untuk
membuang sisa toksik supaya alam sekitar dan biodiversiti masih terpelihara.

Anda mungkin juga menyukai