Anda di halaman 1dari 5

Kebaikan membaca peringkat Awal

-Membaca adalah satu pengalaman yang amat


menyeronokkan .
-Pada paling besar keinginannya untuk mempelajari,
mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik.
-Keupayaan untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu
perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat
mencuba dengan cepat dan berkesan.
-mereka kelak tertinggal dalam dunia persaingan hari ini.
Apatah lagi, pelbagai mata pelajaran dan bahan rujukan di
sekolah, maktab hinggalah institusi pengajian tinggi banyak
diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
-Mereka akan dapat membina struktur ayat yang gramatis
dan bertatasusila dalam konteks ayat yang betul.
-keupayaaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih
yakin, aktif dan bertenaga.
-Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan
agenda kehidupan manusia sepanjang masa. Masa yang
paling sesuai untuk mengajar membaca ialah ketika otak
mereka sedang pesat membangun. Jika rangsangan dan
kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan
memberi kesan yang paling optimum untuk meningkatkan
tahap kecerdikannya.
-Menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap
hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar.
Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000
perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.
-Berkeupayaan dalam memilih perkataan tertentu dan
menyusunnya supaya menjadi struktur ayat yang difahami.
Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan
betul sebelum berumur lima tahun dengan bimbingan
darpada ibu bapa. Oleh yang demikian, kemahiran
membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan
proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanakkanak.
Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayat-ayat mudah
dengan lancar dan menguasai sekumpulan perbendaharaan
kata asas serta boleh mengeja perkataan yang tidak dikenali
sebelum memasuki Tahun Satu berada dalam kedudukan
yang lebih selesa dan menyakinkan jika dibandingkan
dengan kanak-kanak yang tidak menguasai kemahiran
membaca.
Masalah bacaan yang dihadapi oleh kanak-kanak
-Membuang/meninggalkan (omission) Bunyi huruf,
perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca,
misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin.
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa
membaca, seperti; Buku itu sangat tebal. dibaca sebagai
Buku itu tebal. mengandungi disebut mengandung .
-Ulangan (repetition) Mengulang-ulang perkataan atau
suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini
bukan disebabkan oleh masalah gagap.
-Gantian Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat
yang dibaca, misalnya ladang disebut lalang. Manakala

terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain


sehingga boleh mengubah maksud ayat.
-Tambahan Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa
membaca, misalnya buah disebut buwah. Manakala
penambahan perkataan berlaku seperti berikut; Saya suka
makan rojak. dibaca sebagai Saya sangat suka makan
rojak.
-Pembalikan Huruf, perkataan, atau frasa dibaca secara
terbalik atau songsang. Contoh ; Bala disebut laba,
manakala pembalikan perkataan dalam ayat berlaku apabila
perkataan diubah kedudukannya, contoh: Dia makan nasi
dibaca sebagai Dia nasi makan, dan begitu juga dengan
pembalikan frasa.
-Tidak kenal huruf Masalah tidak kenal huruf merupakan
punca utama kebanyakan kanak- kanak gagal membaca
dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak- kanak akan
menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja.
-Salah sebutan Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak
tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu
huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi
dalam konteks ayat berkenaan.
-Membaca mengikut loghat atau dialek. Contoh, kucing
suka makan ikan dibaca sebagai kucin suka makang
ikang. Emak dia pergi sembahyang dibaca sebagai
emak dia pigi semayang
-Kesukaran untuk mengadun dan membatang suku
kata : i. terbuka + tertutup. Contoh : buah, unta, pintu,
arnab, tingkap. ii. Tertutup + terbuka. Contoh : ba-suh, itik, ting-gi, an-jing
Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan huruf
e-taling dan e-pepet. Contoh, sepak dengan sepak
Sukar membatangkan perkataan yang lebih daripada dua
suku kata. Contoh : sekolah, berbunga, sempadan, ambulan,
bangunan, peristiwa dan sebagainya
Sukar membatang perkataan yang mengandungi diagraf
dan diftong. Contoh, main, buih, surau, balai, nyamuk,
singa, syarat, tengah
Faktor-Faktor Masalah Membaca
1. Kaedah Pengajaran Guru
2. Faktor Persekitaran
3. Faktor Psikologi
4. Faktor Individu
5. Teks yang Digunakan
6. Masa Pengajaran

Masalah bacaan yang dihadapi kanak-kanak


Tanda-tanda kesukaran mendekod terdiri dariapda
berikut:
Kesukaran menyebut perkataan
Kekeliruan antara huruf dan bunyi yang diwakili
Kesukaran memahami hubungan antara bunyi, huruf dan
perkataan.
Membaca dengan perlahan (perkataan demi perkataan)
Tidak memberi perhatian kepada tanda bacaan semasa
membaca
Kelajuan dan kefasihan membaca terhad
Tanda-tanda kesukaran memahami apa yang dibaca
terdiri dariapda berikut:
Kekeliruan tentang maknka perkataan, frasa, dan
perenggan
Sukar memahami dan mengingati apa yang telah dibaca.
Tidak memahami perkataan dan idea yang berkaitan
Sukar membezakan antara idea utama dan idea
menyokong
Kesukaran memberi tumpuan kepada apa yang dibaca
Masalah mengingat kembali
Masalah meringkaskan apa yang dibaca
Kesukaran mengaitkan apa yang dibaca dengan
pengetahuan sedia ada
Kesukaran mengaplikasi maklumat dalam teks kepada
pengalaman sendiri
Tanda-Tanda dan Simpton Kanak-Kanak Disleksia
Masalah Membaca
Bacaan lisan tidak fasih dan lancar.
Membaca perkataan dengan tidak mengikuti urutan /
Membaca terbalik
Melangkau perkataan kecil seperti , ke, ini, itu, di dan
sebagainya
Mengenal perkataan pada satu halaman tetapi tidak dapat
mengenal perkataan sama pada halaman seterusnya
Menyisipkan huruf tambahan ketika membaca contohnya dalam bahasa Inggeris tail dibaca trial kerana
bunyi awal dan hujung perkataan disebut hampir sama.
Memadam huruf dalam sesuatu perkataan ketika
membaca contohnya dalam bahasa Inggeris sang disebut
sag
Kekeliruan mengenal pasti huruf: m-w, b-d
Kekeliruan membunyi huruf: Contohnya s-h, f-s
Masalah Mengeja
Untuk tempoh jangka masa yang panjang kelemahan dalam
proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan
membaca.
Masalah Menulis
kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis
mengikut garisan yang disediakan.
Cara guru membantu kanak-kanak disleksia
Berikan ringkasan tentang apa yang akan diajar.
Dengan cara ini, maklumat lebih mudah berpindah daripada
memori jangka pendek ke memori jangka panjang.

Pastikan mesej dan arahan ditulis dan tidak disampaikan


secara lisan.
Tugas-tugas diperincikan kepada bahagian-bahagian
lebih kecil supaya mudah diingat oleh kanak-kanak
dileksia.
Galakkan kerja rutin setiap hari bagi
memperkembangkan resilensi-diri dan tanggung jawab
mereka.
Susunkan kerja kanak-kanak berkenaan dalam folderfolder supaya lebih mudah diakses.
Sekiranya memori visual adalah lemah, menyalin
hendaklah dielak atau dikurangkan. Pemberian nota yang
bercetak adalah lebih bermanfaat.
Pastikan kanak-kanak disleksia duduk berdekatan
dengan tempat duduk guru supaya guru dapat membantu
jika perlu.
Rakan sebaya yang bersimpati juga boleh memain
peranan membantu kanak-kanak disleksia.
Lebih banyak masa diperuntukkan untuk kanak-kanak
disleksia menyelesaikan kerja kerana mereka mengambil
masa untuk membaca, merancang, menulis semula dan
mengedit kerja.
Gunakan pen atau kapur berwana untuk setiap baris jika
banyak ayat ditulis. Juga gariskan setiap baris kedua
dengan kapur atau pen berwarna lain.
Pastikan jarak tulisan adalah sesuai.
Tinggalkan tulisan pada papan putih dan tidak
memadamkannya sehingga kanak-kanak selesai menyalin.
Bacaan Mekanis (Bersuara) - tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan
pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama
membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti
tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan
kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tandatanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat
berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam matamata pelajaran yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran
dan kecekapan membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.
Aktiviti bacaan mekanis
Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas
untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur muridmurid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan
perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada
dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid
menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh


dilakukan secara kelas atau kumpulan
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu
bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid
mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini
boleh dilakukan secara lisan dan bertulis
Bacaan Mentalis (Kefahaman)
Tujuan
(a) Latih supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) melatih supaya boleh membaca dan memahami apa
yang dibacanya,
(c) melatih membaca senyap dengan pantas.
(d) menggunakan kemahiran membaca senyap untuk
mendapatkan pengetahuan.
(e) menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk
hiburan.
Aktiviti bacaan mentalis
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkatperingkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang
kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa
pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu muridmurid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan
rangkai kata yang susah.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya
bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti,
memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan
tepat. Memberi tekanan kepada ciri-ciri tatabahasa, meneliti
pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian
bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Tujuan
(a) membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik.
Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu
menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b) mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis
dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat
dan pengertian dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang
sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada
bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur
estetik dalam bahasa.
(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang
dibaca dan sebagainya
bacaan ekstensif menekankan aktiviti-aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Tujuannya ;
murid membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan
secara langsung daripada orang lain.
membolehkan mereka mendapat pengetahuan di samping
dapat pula menghiburkan hati.

Membolehkan murid membaca dengan fasih dalam


bahasa yang diminati oleh mereka.
membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik
dalam kalangan mereka.
memperkaya bahasa dan perbendaharaan kata, struktur
ayat dan lain-lain.
Memberi peluang kepada murid terutama mereka yang
cerdas untuk meluaskan bacaannya dan membina daya
kreatifnya.
Untuk membentuk tabiat gemar membaca dan
mendapatkan kebiasaan membuat rujukan dan
menggunakan perpustakaan.
menambah minat membaca.
mempertingkat mutu dan kepantasan membaca.
memperluas dan mempertingkat tahap pengausaan
bahasa.
mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa.
memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa,
baik dalam bentuk prosa atau puisi.
Skimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara
mengutip maklumat secara sepintas lalu bagi mendapatkan
idea penting. Strategi skimming ini penting kepada
pembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam
jangka masa yang singkat dan hanya memerlukan
maklumat penting sahaja.
Skimming adalah kemahiran yang penting untuk pelajar
yang baru mengenali suku kata dan huruf. Seperti
mengetahui topik yang diperkatakan untuk membantu
murid menjadi pendengar yang baik. Mengetahui topik
utama teks juga adalah sangat berguna kepada pelajar untuk
mengasah kemahiran membaca mereka.
Scanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk
mendapatkan maklumat secara cepat dan untuk mencari
jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secara
khusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana
kecekapan kita mencari sesuatu maklumat tertentu (bukan
menghabiskan bacaan dengan cepat).Kecekapan scanning
bergantung kepada penumpuan mental.
Dengan melatih membaca satu mukasurat dalam satu buku
atau esei dan melakukan scanning terhadap mukasurat
tersebut untuk mencari kata kunci, mereka akan belajar
untuk mengumpul atau perkataan yang spesifik dan dengan
pantas akan mengenali huruf sekaligus membantu
menajamkan lagi kemahiran membaca mereka. Scanning
membolehkan pelajar membaca soalan dengan berhati-hati
dan tahu di mana untuk mencari jawapan bagi soalan
tersebut berdasarkan kata kunci yang telah dikumpulkan
oleh mereka tadi.

Cara mengajar kosa kata


a. Kaedah Senarai-Kumpul-Namakan dan Matriks
Ada pelbagai strategi yang lain yang menggunakan prinsip
teori skema yang memberi penekanan kepada pembinaan
pengetahuan sedia ada untuk mengajar kosa kata . Ciri-ciri
senarai- kumpul-namakan dan matriks merupakan antara
beberapa strategi yang memudahkan pelajar mengenal
makna perkataan baru. Penggunaan strategi ini boleh
dilakukan secara berpasangan, kumpulan atau secara
keseluruhan kelas.
Senarai-Kumpul-Namakan
Guru boleh memperkenalkan tajuk yang berkaitan dengan
perkara yang hendak diajar, misalnya tajuk binatang. Setiap
murid diminta untuk memberi seberapa banyak perkataan
untuk membina rangkaian kosa kata mengenai binatang.
Guru membimbing murid untuk mengumpulkan kata-kata
yang telah disenaraikan itu menurut kumpulannya yang
tertentu.
Contoh:
Ikan, burung, itik, ikan lumba-lumba, ikan paus, tapak
sulaiman, helang, burung merak,
Matriks
perkataan mempunyai ciri-ciri tertentu. Ada ciri yang unik
bagi perkataan itu sahaja dan ada ciri yang dikongsi
bersama dengan perkataan lain. Dengan teknik ini guru
dapat membina perbendahraan kata yang luas dan secara
tidak langsung dapat membantu murid dalam proses
penulisan karangan.
Berikut diberi beberapa contoh mengenai teknik
menggunakan ciri-ciri matriks:
1. Guru memilih satu kategori perktaan atau konsep sebagai
rangsangan bagi pengajaran kosa kata (misalnya beberapa
bahagian mengenai penyakit).
2. Secara kumpulan kecil murid-murid berbincang serta
menyenaraikan bahagian bagi kategori yang dipilih seperti
berikut
3. Guru membimbing murid untuk
menyenaraikan sifat atau ciri yang
dapat dikaitkan dengan kategori
perkataan yang dipilih. Murid-murid
akan berbincang kemudian mengisikan
matriks dengan menuliskan tanda
campur (+) dan tolak (-) untuk
menunjukkan ciri yang dimiliki dan
tidak dimilikinya
tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran:
1. Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan
bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
2. Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh
daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3. Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang


perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah
sediakan.
4. Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada
bahan yang sedang berikan (semasa)

Teknik Membaca Berarah (DRA)


Teknik ini:
Meransang minat murid dengan mencungkil pengalaman mereka serta mengaitk
Memahami perkataan-perkataan sukar dan konsep yang ada pada teks.
Meramal serta membuat andaian kemudian memastikan andaian dengan memba
mencatatkan maklumat dan kemudian membaca secara nyaring.
Menyusun aktiviti yang dikaitkan dengan teks dan membina model menulis ceri

Teknik Membaca SQ3R


Teknik ini digunakan pada tahap murid yang berpencapaian baik dan mahir me
untuk menguji pemahaman murid berdasarkan bahan atau teks yang dibaca unt

1.Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi b
Murid bebas menanggap apa yang dibaca. Murid hanya memfokuskan/menumpu
sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks.
2. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. Q-QUESTIO
3. Murid menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam te
4. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dala
5. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan ya
6. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.
7. Dalam masa yang sama murid sendiri mencari jawapan jangkaan jawapan y
Kaedah Abjad/huruf
biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca
perkataan. mementingkan kanak-kanak mengenal namanama huruf dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar
mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf
konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga
diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf
ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf - a - z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo,
bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.
kaedah ini sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan
baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini
memberi asas yang kukuh dalam membaca.
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan
popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris,
guru boleh guna kaedah ini untuk mengajar membaca
dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran
membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang
biasa diguna seharian yang membentuk kebanyakan
pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa.
Guru memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan
diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan
tersebut disertakan gambar . Kaedah ini tidak menggunakan
aktiviti mengeja sama sekali.

Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu,


guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu
menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk
membantu menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi
perkataan rumah, guru boleh membantu murid dengan
menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu
membunyikan suku kata [ ru ]
Kaedah gabungan bunyi kata
( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan )
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan
dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah,
dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama
huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku
kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah
perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria
(multisensory).
Contoh;
i. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar
di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.
ii. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
iii. Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi
huruf.
iv. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut
nama huruf.
v. Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf,
menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi
yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid
menulis huruf-huruf.
vi. Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu
membunyikan huruf
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh
didengar).
vii. Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat
merasakan huruf itu
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk
huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan
huruf dengan kuat (proses bacaan).
ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak.
Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis
(proses mengeja).
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah
diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa
sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam
setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal
pula.
1. Teks eksplisit
Soalan yang jawapannya terkandung di dalam teks yang
dinyatakan dengan jelas. Soalan-soalan di bawah kategori
ini memerlukan murid berfikir di peringkat tinggi. Bagi
menjawab soalan teks eksplisit, murid-murid hanya perlu
merujuk teks yang dibaca untuk mendapatkan jawapan dan
tidak perlu melampaui maklumat yang ada dalam teks.
Jawapan bagi jenis ini adalah senang untuk dinilai sama
ada betul atau salah. Hal ini disebabkan oleh soalan-soalan
yang tergolong di bawah kategori ini hanya mempunyai
satu jawapan betul iaitu jawapan yang diberikan di dalam

teks. Terdapat dua jenis soalan yang ada di bawah kategori


ini iaitu soalan yang jawapannya terkandung di dalam buku
atau teks secara jelas dan soalan yang jawapannya
terkandung di dalam teks tetapi perlu diubah bentuk atau
penyusunan maklumat apabila memberi jawapan. Soalansoalan jenis ini biasanya digunakan oleh guru untuk
beberapa tujuan yang berikut iaitu:
Mengetahui sejauh manakah murid memahami isi-isi atau
fakta-fakta yang dibaca.
Menguji sama ada murid membuat kerja rumah (iaitu
membaca teks atau cerita) atau tidak
Membina pengetahuan asas (data,isi-isi dan idea-idea) yang
diperlukan bagi murid menggunakan kemahiran berfikir di
peringkat tinggi. Contoh soalan:
-berikan nama-nama tempat atau orang yang disebut di
dalam teks.
-Menyatakan masa dan tarikh-tarilch yang diberikan di
dalam teks
-Membuat senarai isi-isi atau maklumat yang dinyatakan di
dalam teks.
Teks implist
soalan-soalan yang jawapannya terkandung di dalam teks.
Namun begitu jawapannya tidak diterangkan dengan jelas.
Murid perlu berfikir dan mencari untuk mendapatkan
maklumat. Kerapkali, murid perlu menggunakan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada bagi mendapatkan
atau menggunakan maklumat. Bagi memberikan jawapan
kepada soalan teks implisit, perlu wujud pemaduan di
antara apa yang dinyatakan oleh pengarang dalam teks
dengan apa yang ada di dalam kepala murid. Selain
daripada itu, jawapan bagi soalan jenis ini perlulah
melampaui apa yang diberikan oleh teks. Dengan itu, murid
perlu membuat telahan dan jangkaan dalam usaha untuk
mendapatkan jawapan yang dicari. Murid juga perlu dapat
menggunakan maklumat yang didapati bagi menghasilkan
jawapan yang berbeza daripada bentuk asal di dalam teks.
Jawapan bagi soalan-soalan teks implisit tidak dapat dinilai
sama ada betul atau salah. Hal ini disebabkan is
mempunyai banyak jawapan. Penilaian ke atas jawapan
bagi soalan jenis ini adalah berdasarkan ukuran logik,
keobjektifan dan rasionalisasi.
Contoh soalan
-Mengecam motif-motif dan sebab akibat bagi sesuatu
kejadian yang ditimbulkan di dalam teks
-Menganalisis maklumat yang terkandung di dalam teks
untuk mencapai sesuatu kesimpulan
-Membuktikan kesahan sesuatu pendapat, telahan atau
generalisasi yang dibuat oleh pengarang

Anda mungkin juga menyukai