Anda di halaman 1dari 2

Bidang pengajian Islam ada 1001 manfaat

Oleh: Muhammad Yatimin Abdullah


Bidang pengajian Islam sebenarnya mempunyai 1001 manfaat dalam dan kelebihan
bagi seseorang pelajar. Mereka dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan dan
pemantapan Islam dalam kalangan masyarakat.
Para pelajar diharap dapat menterjemahkan budaya kehidupan Islam dalam setiap
amalan atau kegiatan harian yang boleh dicontohi oleh anggota masyarakat.
Pada masa yang sama mereka boleh membantu memberi pemahaman kepada
masyarakat tentang kesyumulan Islam dan memperbaiki pandangan terhadap Islam
Demikian pandangan pelajar jurusan syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Zulfadhli Abdul Rahman, 20 yang
berasal dari Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Seseorang yang mempelajari bidang agama akan menerima kelebihan berkali
ganda.
Selain dapat manfaat untuk diri sendiri, ia juga dapat dikongsi bersama
masyarakat. Ujar bekas pelajar sekolah agama di Hulu Langat ini.
Katanya, mahasiswa yang sudah tamat pengajian dapat memberikan sumbangan
kepada masyarakat melalui saluran yang betul dan bersesuaian dengan suasana dan
keadaan masyarakat hari ini.
Kita perlu sedar universiti bukan hanya tempat menimba ilmu semata-mata, tetapi
pusat mendidik mahasiswa berhadapan dengan masyarakat setelah tamat pengajian nanti,
tambahnya.
Muhammad Zulfadhli yang bercita-cita menjadi akauntan berasa bertuah kerana
peluang yang diperoleh dapat membantu melengkapkan dirinya dengan amalan dan
pengetahuan agama lebih mendalam sebagai bekal dalam kehidupan kelak.
Akademi Pengajian Islam Nilam Puri ini merupakan pusat persediaan sebelum
melanjutkan pelajaran ke kampus induk Universiti Malaya di Kuala Lumpur.
Bagi pelajar syariah, mereka diberi pilihan meneruskan pengajian dalam beberapa
bidang iaitu, feqah dan usul, siasah syariah, syariah pengurusan dan muamalat, syariah
ekonomi, falaq syarie dan syariah dan undang-undang.
Menurut Muhammad Zulfadhli lagi, ketika kesedaran masyarakat semakin tinggi
untuk memperkasakan Islam, jurusan pengajian Islam mulai bercambah dan ditawarkan di
kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara.

Bidang pengajian Islam