Anda di halaman 1dari 11

BAB 2 :SAINS DALAM PENDIDIKAN

2.1

Definisi Sains

Sains dan teknologi sering dikaitkan dengan perkembangan pembangunan dan ciri
kemodenan yang wujud dalam sebuah masyarakat dan negara.Sains merujuk kepada ilmu
pengetahuan yg teratur (sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya atau
cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2008).Zirnan (di dalam Seth Sulaiman, 2000) ialah
seorang ahli sejarah sains.Beliau telah membuat takrif-takrif sains yang berlainan
mengikut aspek-aspek sains yang tertentu. Jika sains ditakrifkan sebagaialat untuk
menyelesaikan masalahia memperlihatkan aspek instrumen yang berhubung rapat dengan
teknologi. Jika sains ditakrifkan sebagai satu pengetahuan terurusiamemperlihatkan ciri
kearkiban yang mana dapatan kajian terhadap kejadian semula jadi yang dihasilkan
melalui penyelidikan diterbitkan dalam buku-buku dan jurnal-jurnal untuk pembacaan
umum.
Dari aspek falsafah, sains menekankan pengkaedahan sains yang bergantung
kepada proses penaakulan induksi dan deduksi. Prosedur sains seperti eksperimentasi,
pemerhatian atau pencerapan dan membuat hipotesis adalah merupakan elemen-elemen
dalam pengkaedahan khas untuk mendapatkan kenyataan yang boleh dipercayai terhadap
alam semula jadi.

2.2

Kepentingan Sains
Sains mendominasi hampir semua sektor pekerjaan utama dalam negara.Sains

juga penting dalam menghadapi cabaran globalisasi abad ke-21.Pada masa sekarang sains
terus berkembang seiring dengan perkembangan teknologi.Perkembangan sains dan
teknologi semakin mempengaruhi kehidupan manusia.Masyarakat banyak bergantung
kepada penggunaan alat-alat teknologi yang menggunakan prinsip-prinsip sains.
9

Disamping itu kefahaman masyarakat umum terhadap prinsip-prinsip sains adalah sangat
penting dalam menjaga kesihatan dan alam sekitar, menyelesaikan masalah dalaman,
menggunakan alat teknologi dan dalam memberikan kesedaran tentang kebaikan dan
keburukan sains dalam kehidupan (Seth Sulaiman, 2000).Kepentingan peranan sains dan
teknologi dalam usaha mencapai strategi dan

matlamat rancangan pembangunan

ekonomi telah pun menerima pengakuan umum dikalangan pakarpakar akademik dan
industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan
kemahiran sains dan teknologi adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah
ditentukan dalam Wawasan 2020 (Dasar Sains dan Teknologi Negara, 2010).

2.3

Sains dan Globalisasi

Era globalisasi menyaksikan ledakan ilmu pengetahuan, dasar langit terbuka dan
penyertaan masyarakat antarabangsa dan negara maju dalam mencorakkan peradaban dan
ketamadunan sesebuah negara.Kemajuan sesebuah negara tidak lagi diukur melalui
keluasan tanah, kekayaan khazanah bumi dan ramainya tenaga buruh, sebaliknya
ditentukan oleh kecanggihan teknologi dan ketinggian ilmu dalam kalanganahli
masyarakatnya khususnya dalam bidang sains.
Ketinggian pencapaian pendidikan sains, peningkatan tenaga kerja berilmu dan
berkemampuan dalam pengaplikasian teknologi, penyepaduan artificial intelligent dalam
memacu pertumbuhan ekonomi negara, perkembangan dan pengurusan ilmu khususnya
sains dan teknologi yang bersistematik dan menyeluruh dalam segala sektor merupakan
ciri-ciri sebuah negara maju.Keadaan ini memerlukan kewujudan masyarakat saintifik
yang berupaya menangani segala cabaran.Kegagalan untuk melahirkan masyarakat
sedemikian menjadikan negara tersebut sekadar negara pengguna, mundur dan semakin
ketinggalan dalam menghadapi saingan di peringkat global.

10

2.4

Pentaksiran Sains Antarabangsa

TIMSS (Trends in International Mathematic and Science Study) merupakan pentaksiran


antarabangsa berasaskan kurikulum sekolah bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di
seluruh dunia. Pentaksiran dibuat bagi mengukur prestasi murid pada Gred 4 (Tahun4)
dan Gred 8 (bersamaan dengan Tingkatan 2) yangmerangkumi dua aspek iaitu
pengetahuan kandungan seperti Algebra, dan kemahiran kognitif seperti proses pemikiran
penguasaan pengetahuan, aplikasi dan penaakulan. Ujian ini pertama kali ditadbir pada
tahun 1995.Pada masa ini, lebih 50 buah negara menyertai pentaksiran ini yang
dikendalikan pada setiap empat tahun.Malaysia telah menyertai TIMSS sejak 1999 dan
melibatkan murid Tingkatan 2 sahaja.
PISA (Programme of International Students Assessment)yang diselaraskan oleh
OECD

juga

merupakan

pentaksiran

yang

diiktiraf

di

peringkat

antarabangsa.Dikendalikan setiap tiga tahun, PISA bertujuan untuk menilai kecekapan


dalam bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun.Tumpuan
pentaksiran bukan pada kandungan kurikulum tetapi keupayaan murid mengaplikasi
pengetahuan dalam kehidupan sebenar.Penyertaan juga meliputi negara di luar
keanggotaan OECD dengan pelibatan 74 buah negara pada tahun 2009.Kali pertama
Malaysia menyertai PISA ialah pada tahun 2010 sebagai kitaran pentaksiran untuk tahun
2009.
Merujuk kepada Laporan Awal dan Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, prestasi pelajar Malaysia dilaporkan berada di tangga
ke-52 dalam perbandingan PISA 2009 dengan negara-negara lain. Manakala, dalam
pentaksiran TIMMS pula Malaysia berada di tahap lemah.Jurang pencapaian yang sangat
lebar diantara negara Malaysia dengan standard antarabangsa amat membimbangkan.
Oleh yang demikian kerajaan dalam misi terbaru melalui rancangan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, telah menggariskan enam ciri utama yang diperlukan
oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, kemahiran berfikir, pengetahuan, identiti nasional dan
11

etika dan kerohanian. Oleh yang demikian, diharap anjakan yang didasarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia ini mampu untuk membekalkan keperluan tenaga
kerja mahir yang mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi dalam menerajui cabaran
abad ke-21.
Rajah 2.1 menunjukkan kedudukan Malaysia dalam PISA bagi kategori Sains

Rajah 2.2 Menunjukkan kedudukan Malaysia dalam TIMMS bagi kategori Sains

12

2.5

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk


mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea
atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, seterusnya membuat
refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Merujuk kepada Pelan
Pembanguan Pendidikan Malaysia 2013-2025, setiap murid di Malaysia harus
mempunyai enam kemahiran yang utama antaranya ialah kemahiran berfikir.
Rajah 2.3 Menunjukkan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk
berupaya bersaing pada peringkat global

Kemahiran berfikir terdiri daripada dua peringkat pemikiran iaitu kemahiran


berfikir aras rendah dan kemahiran berfikir aras tinggi (Pentaksiran Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi, 2013).KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan,

berinovasi

dan

berupaya

mencipta

sesuatu.(Lembaga

Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).KBAT dilihat sebagai proses kitaran dari


pemikiran aras rendah ke pemikiran aras tinggi.

13

KBAT telah memasukkan ciri-ciri berfikir secara kreatif, kritis, logik dan
metakognitif. Ia memerlukan seseorang menyelesaikan masalah yang tidak kerap berlaku
dan pelbagai bentuk soalan atau dilema yang tidak pasti keputusannya. Menggunakan
KBAT, murid mampu memberi penjelasan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah,
menginovasi, mencipta dan menunjukkan hasil akhir mengikut konteks yang diperlukan.
KBAT diperlukan untuk meningkatkan kerangka pentaksiran bagi menambahkan item
yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi serta menggunakan rujukan standard dalam
pentaksiran berasaskan sekolah. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025).
2.5.1

Pengukuran dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Objektif pendidikan di sekolah, institusi perguruan dan universiti menekankan kepada


konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaian terhadap murid atau
pelajarnya.Oleh itu, peperiksaan selalu digunakan sebagai satu alat untuk mengukur tahap
penguasaan kemahiran mereka selepas mempelajari sesuatu kandungan mata pelajaran
yang khusus.Kamaruzaman (2012) mengatakan kemahiran kognitif menjadi satu
keutamaan dalam mengukur kemahiran yang diperolehi oleh pelajar.Benjamin S. Bloom
telah mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam
komponen pengetahuan ini disusun berdasarkan hierarki daripada yang mudah kepada
yang susah dan lebih dikenali sebagai taksonomi Bloom.
Rajah 2.4: Kategori-kategori kemahiran berfikir taksonomi Bloom baru
Mencipta

Menilai

Menganalisis

Mengaplikasi

Memahami

Mengingat

14

Kemahiran
berfikir
aras tinggi
Kemahiran
berfikir
aras rendah

Berdasarkan hierarki tersebut, tiga puncak di atas merupakan aras kemahiran berfikir
paling tinggi iaitu aras menganalisis, aras menilai dan aras mencipta. Manakala tiga aras
di bawah iaitu aras mengingat, memahami, mengaplikasi dan menganalisis merupakan
aras rendah dalam kemahiran berfikir. Taksonomi Bloom merupakan asas dalam
menentukan aras-aras kognitif yang hendak diukur dalam sesuatu ujian dan merupakan
rujukan utama dalam aspek menentukan silibus ketika melaksanakan penilaian bilik
darjah.Oleh itu, pengetahuan guru-guru mengenai aras-aras taksonomi Bloom amat
penting dalam penilaian bilik darjah amnya, khususnya dalam membina Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU).
2.5.2

Ciri-ciri KBAT

a)

Stimulus: Menggunakan stimulus secara ekstensif (contoh: petikan, gambar


rajah, graf) untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritikal.

b)

Pelbagai tahap / aras pemikiran: Mentaksir pelbagai aras

pemikiran dalam

domain kognitif.
c)

Konteks yang baharu:Konteks yang merujuk kepada situasi baharu yang tidak
lazim kepada murid. Bertujuan merangsang murid berfikir dan bukannya
menyatakan semula apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

d)

Situasi sebenar dalam kehidupan harian: Mencabar murid untuk menyelesaikan


suatu masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan pembelajaran
daripada pelbagai disiplin.

(e)

Item tidak berulang: Item pelbagai / berbeza setiap tahun melangkaui bahan
buku teks.

15

2.6

Pembangunan Modal Insan

Pembangunan Modal insan didefinasikan sebagai suatu cara untuk mengenal dan
mengkategorikan kemahiran dan kebolehan orang yang diguna dalam pengambilan
pekerja dan dalam hal lain, mereka memberi sumbangan kepada pembangunan negara
(Ibrahim dan Zaiton, 2008). Fokus modal insan adalah kepada pembangunan sumber
manusia dari sudut pengetahuan dan kemahiran tertentu yang dapat memberi pulangan
kepada ekonomi seluruh organisasi atau masyarakat. Menurut Kamus Dewan
pembangunan bermaksud perihal membangun, proses membangun, usaha atau kegiatan
membangunkan. Modal insan menurut Kamus Zaba, modal didefinisikan kelebihan yang
dimiliki (kecantikan, kepintaran, kekayaan dll) yang digunakan untuk mendapatkan
sesuatu yang dihajati manakala insan pula didefinisikan sebagai manusia. Justeru,
menurut Mariam (2007) pembangunan modal insan boleh difahami sebagai usaha untuk
membangunkan keupayaan yang dimiliki oleh manusia itu sendiri. Dalam ucapan mantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika membentangkan
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mengatakan,
Pembangunan infrastruktur moden dan canggih yang dinikmati negara ini
tidak membawa makna sekiranya pembangunan modal insan diketepikan.
Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan,
bukan lagi kemewahan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Persoalan modal insan dalam konteks pembudayaan ilmu dapat dikesan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu:Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
16

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab


dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 2013

2.6.1

Kepentingan Modal Insan

Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan langkah-langkah untuk melahirkannya.


1.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia sebagai


negara yang mampu berdaya saing, berdaya maju dan seiring dengan negaranegara membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh negara-negara di
rantau Asia.Hal ini kerana modal insan kelas pertama adalah merupakan golongan
tenaga muda yang mempunyai potensi dan amat bernilai untuk dibangunkan bagi
memajukan lagi segala sektor-sektor yang penting di Malaysia.Golongan ini
menjadi tulang belakang bagi memastikan negara Malaysia sentiasa membangun
seiring dengan negara-negara maju yang lain.Golongan ini juga dianggap sebagai
benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi
membentuk kemajuan negara.

2.

Kedua, modal insan kelas pertama amat penting untuk menjana kemajuan negara
Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta perubahan
keatas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini terbukti apabila
golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk melakukan tranformasi
secara total atau perubahan drastik yang menyeluruh terhadap cara dan gaya
hidup,adat resam, budaya,dominasi ekonomi dan kewangan,perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan,teknologi maklumat,media cetak dan eletronik
terhadap masyarakat dalam kalangan rakyat Malaysia.Tindakan golongan ini
melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat di negara-negara
membangun yang lain.
17

2.6.2

Strategi Melahirkan Modal Insan

Strategi untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui pendedahan meluas
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh golongan modal
insan.Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu menyediakan diri dengan memiliki
kemantapan informasi serta kemahiran dalam pelbagai bidang untuk melahirkan
golongan modan insan kelas pertama.
1.

Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan bidang sains


dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia. Tindakan ini merupakancara
bagi melahirkan modal insan kelas pertama.Perkembangan era globalisasi adalah
merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu
menghasilkan modal insan kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta
berkualiti tinggi.

2.

Melalui pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan juga dapat melahirkan modal

insan

kelas pertama yang memiliki keseimbangan antara keperluan akademik dan


keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu
melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja melalui pencapaian
akademik malah melalui pencapaian dalam bidang sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid
1 Sukan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang seimbang dari
segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan dapat
membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara
melalui bidang sukan.
3.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga dapat menghasilkan modal insan
yang menjadi tunggak utama kepada pembangunan negara pada masa akan
datang.Melalui program ini,modal insan dapat dibentuk menjadi insan yang
bertanggungjawab serta mampu melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang
bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN
ini adalah golongan sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh
18

daya pemikiran yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka.
Dengan itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu
mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan
acuan modul kerajaan.
Kesimpulannya,dapatlah

dirumuskan

bahawa

pembangunan

modal

insan

bermindakan kelas pertama amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara
maju yang beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di
seluruh pelosok dunia .Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan yang benarbenar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan dan kemegahan.Oleh
itu, seluruh masyarakat Malaysia harus melangkah maju ke hadapan dengan berpaksikan
pengetahuan serta bukan sahaja sekadar ingin menjadi negara maju tetapi negara maju
yang mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi modal
insan kelas pertama.

19

Anda mungkin juga menyukai