Anda di halaman 1dari 2

KATA PENGANTAR

Pendidikan berkualiti yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


berhasrat untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan, berkemahiran dan
mempunyai sikap serta nilai yang positif. Bagi membina murid yang bersemangat
waja, mempunyai kemahiran menangani risiko, menjaga kesihatan diri dan
mengamalkan cara hidup yang sihat, unsur Pendidikan Kesihatan
Keluarga/Seksualiti (PKK) diberi penekanan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam beberapa mata pelajaran KBSR dan KBSM. Pendidikan
Kesihatan Keluarga/Seksualiti tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi ia
diajar secara bersepadu dan merentasi kurikulum. PKK diajar dalam mata
pelajaran bahasa, Sains, Sains Tambahan, Biologi, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Dalam Pendidikan Kesihatan, PKK diberi tumpuan khas dari Tahun 1
hingga Tingkatan 5.
Dalam menghadapi gejala sosial masa kini, murid perlu meningkatkan
kesedaran, pengetahuan dan kemahiran serta memupuk dan menanamkan
sikap dan nilai yang sihat dalam diri. Modul-modul Pendidikan Kesihatan
Keluarga/Seksualiti yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah
bertujuan untuk membantu guru meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh merujuk panduan yang disediakan dan melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan bagi memberi kesedaran
kepada murid tentang kepentingan seksualiti dan gaya hidup sihat terhadap
kesejahteraan dalam kehidupan.

Pelbagai pihak telah memberi sumbangan masa, tenaga dan fikiran untuk
menyempurnakan modul-modul ini. Pusat Perkembangan Kurikulum ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat. Semoga modul-modul ini dapat dimanfaat oleh semua pihak.

(Dr. SHARIFAH MAIMUNAH SYED ZIN)


Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai