Anda di halaman 1dari 6

KELUARGA BAHAGIA

Ibu saya bernama Min Suan.


Ibu suri rumah.
Ibu pandai memasak kuih cakoi dan gulai ikan kaloi.
Saya selalu menolong ibu memasak

Ayah saya bernama Kim Seng.


Beliau pegawai tentera.
Beliau bekerja di Pulau Pinang.
Ayah suka makan bersama-sama keluarga.
Beliau periang.

Saya ada abang, kakak dan adik.


Nama abang saya Bing Lee.
Nama kakak saya Ai Fang.
Nama adik saya Wei Soon.
Kami sentiasa membantu ibu dan ayah.

MARI MENGENAL DIFTONG DAN VOKAL BERGANDING


DIFTONG
Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan
sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis
huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu ai, au, oi.
Contoh perkataan yang mengandungi diftong
Huruf di depan
di tengah
di belakang
aising
ghairah
gulai
aurat
saudara
harimau
oidium
boikot
sekoi
VOKAL BERGANDING

1.
2.

Vokal berganding adalah perkataan yang terhasil dari gabungan dua


huruf vokal.
Contoh perkataan yang mengandungi vokal berganding
lauk
3. air
tiada
4. ceria

Imbuhan Pinjaman

Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)


Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran
Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:

Maha_
Mahaguru
Maharaja
Mahasiswa
mahasiswi

Maksud
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan
atau universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Penuntut di universiti
Penuntut perempuan di universiti

Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem

Tata Tatacara
Tatabahasa
Tatacara
Tatanegara
Tatasusila
tatatertib

Maksud
Susunan acara, agenda
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan
perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan
kata dalam ayat) dan lain-lain, nahu.
Cara dan peraturan
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.

Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:

-wan
Angkasawan
Bangsawan
Budayawan
Cendekiawan
Dermawan
Jelitawan
Jutawan
Hartawan
Karyawan
Negarawan
Olahragawan

Maksud
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar,
intelektual
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Berharta , kaya
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara,
orang yang memegang atau pernah
memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara.
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil

Peragawan
Pustakawan
Rupawan
sejarawan
Sukarelawan
Usahawan
Wartawan

bahagian dalam olahraga.


Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan
pakaian.
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan
perpustakaan, ahli perpustakaan.
Perempuan yang cantik.
Ahli sejarah
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka
rela.
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan,
pengusaha.
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media
massa.

Akhiran man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:

- man
Budiman
Seniman

Maksud
Orang yang berbudi
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat
mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil
seninya seperti pelukis, penyair, penyanyi.

Akhiran wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:

- wati
Olahragawati
Peragawati
Seniwati
Sukarelawati

Maksud
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau
mengambil bahagian dalam olahraga.
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan
pakaian yang dipakainya.
Bintang filem
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan
sukarela.

Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:

-ita
bidunita

Maksud
Penyanyi atau pelakon wanita.