Anda di halaman 1dari 6

5 Bahagian MAKHRAJ HURUF Yang Wajib Anda Tahu!

Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran adalah
membunyikan huruf-huruf Alquran dengan bunyi yang kurang tepat.

Gambarajah Makhraj Huruf Alquran

Ini disebabkan ramai yang tidak tahu ingin mula belajar daripada bab mana.
Tambahan pula, apabila wujud banyak istilah yang mengelirukan dan
memeningkan!
Sebaiknya kita mulakan daripada mengenal huruf-huruf dan cara sebutan huruf.
Oleh itu, dalam post kali ni, saya bantu untuk menerangkan dengan bahasa
yang mudah difahami insyaAllah.
Pengertian Makhraj
Makhraj adalah daripada perkataan Bahasa Arab (Kharaja) yang bermaksud tempat
keluar.
Baik. Kita cuba pecahkan satu persatu pengertiannya.
Kharaja = Keluar

Makhraj = Tempat Keluar


Ini bermakna, Makraj Huruf = Tempat Keluar Huruf

Jika dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pronunciation


Rujukan daripada wikipedia;
Pronunciation is the way a word or a language is spoken, or the manner in which
someone utters a word. If one is said to have correct pronunciation, then it refers
to both within a particular dialect.

Dalam Bahasa Melayu pula dipanggil fonik ataupun cara menyebut huruf-huruf
fonetik huruf.
Tempat keluar huruf
Clear tentang pengertian asal makhraj huruf? Seterusnya kita pergi kepada dimana
pula makhraj bagi setiap huruf-huruf dalam Alquran ni.
Untuk huruf-huruf Alquran, ada 5 makhraj hurufnya iaitu.

Makhraj Huruf Pertama


Kerongkong (Makhraj Halqi)

Untuk makraj huruf bahagian ini, ia adalah bagi huruf-huruf yang berikut:

Dari pangkal kerongkong bagi huruf dan .


Dari tengah tenggang bagi huruf ,
Dari hujung kerongkong bagi huruf ,

Makhraj Huruf Kedua


Lidah (Makhraj Lisani)

Ini adalah tempat makhraj huruf bagi kebanyakan huruf Alquran, ada 18 hurufyang
terlibat iaitu:
Pangkal lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian anak tekak atau
berada di atas peti suara:

Pangkal lidah menyentuh langit-langit belakang:

Lidah bahagian tengah menekan langit-langit atas: , ,

Hujung lidah dirapatkan pada Gigi Geraham atas, dan Tepi Lidah (kiri dan
kanan) ditekan ke Gigi Geraham:

Hujung permukaan lidah ditekan ke Gusi di atas Gigi Kapak atau Gigi Atas
Bahagian Tengah:

Hujung lidah ditekan sedikit lebih ke atas dari makhraj Lam:

Hujung lidah dinaikkan ke langit-langit atas sedikit melengkung, sehingga


terlihat lidah bahagian belakang :

Hujung lidah ditekan ke Pangkal Gigi Kapak bahagian atas : , ,

Hujung lidah ditekan ke belakang Gigi Kapak bahagian bawah : , ,

Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di ujung Gigi Kapak bahagian
atas: , ,

Makhraj Huruf Ketiga


Kedua Bibir (Makhraj Syafawi)

Bagi makhraj huruf kedua bibir pula, ada 2 bahagian sahaja.


1.
2.

Bibir Bawah ditekan ke Gigi Kapak bahagian atas :


Bibir Bawah dan Atas posisi rapat, yaitu , ,
Penjelasan lanjut untuk bibir bawah dan atas dengan rapat adalah;

Menutup bibir lebih ringan: huruf

Menutup bibir sedikit lebih kuat: huruf

Membulatkan bibir atas dan bawah :

Makhraj Huruf Keempat


Rongga Mulut (Makhraj Jaufi)

Bagi maktaj huruf ini, ia merupakan makraj huruf untuk huruf-huruf Madyang
dilepaskan ke dalam Rongga Mulut iaitu :

, ,
(baca sebagai Alif Mad, Wau Mad, Dan Ya Mad)

Makhraj Huruf Kelima


Rongga Hidung (Makhraj Khaisyum)

Bagi makhraj huruf ini, khusus di bahagian pangkal hidung bahagian dalam, iaitu
huruf-huruf yang dibaca dengung (ghunnah). Di dalam gambar dinyatakan sekali
contoh-contoh bacaan dengung.

Kesimpulan
Untuk menguasai 5 bahagian makhraj huruf ini dengan baik, perlukan kepada
latihan yang berterusan.
Usah risau jika masih buat kesilapan. Yang lebih penting usaha untuk sentiasa
belajar.
Apabila kita berterusan belajar, insyaAllah sebutan huruf akan menjadi semakin
baik dan kemas!

Anda mungkin juga menyukai