Anda di halaman 1dari 5

LARI BERGANTI-GANTI

PENGENALAN
Objektif: Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang
peserta secepat mungkin.
Jenis acara:

4 x 100 meter
4 x 200 meter
4 x 400 meter
4 x 1600 meter
Pemilihan Pelajar:
Pelari Pertama - Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan
a) Gunakan blok permulaan.
b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.
c) Berlari pada selekoh pertama.
d) Membawa baton pada tangan kanan.
Pelari Kedua - mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton
a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan
kanan.
d) Berlari dalam lorong sendiri.
e) Menerima baton dalam zon pertukaran.
Pelari Ketiga
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua.
c) Membawa baton pada tangan kanan.
d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri.
Pelari Akhir
a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri.
b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri.
c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari.
d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.
Ciri-ciri Baton:

Tidak kurang daripada 50 gram


Panjang 28-30 cm
Garis lilit 12-13cm
Berwarna

Cara memegang baton


Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

Gaya dan Teknik Pertukaran Baton - gaya selang-seli


Terdapat dua teknik asas penukaran baton :
1. Teknik atas-bawah
2. Teknik bawah-atas

Teknik atas-bawah
cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
Pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai
sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kiri lorongnya.
Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya
terbuka (menadah) dalam bentuk V untuk menerima baton. jangan cuba
mengoyang-goyangkannya
Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari
atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan
memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada
pelari keempat pada tangan kiri.

Teknik bawah-atas
Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton
melepasi garisan zon penukaran .
Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon

melaungkan keluar

apabila hampir dengan penerima baton.


Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton

akan menghulurkan

sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah


dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk
menerima

baton.Sentiasa

luruskan

tangan

dan

jangan

cuba

mengoyang-

goyangkannya.
Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima.
Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan
pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton
serta merta.
Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan
mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang
masuk.

ZON PERTUKARAN BATON


Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya
20 meter.
Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan
mendahului zon penukaran baton.
Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton
menghampiri titik tanda.
Titik tanda pada amnya adalah 5-7 meter dari garis mula zon pecutan.
Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12-16 meter dalam zon penukaran.

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.

2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan
itu dibatalkan.
3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian
pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

a) Latihan Statik Berpasangan melibatkan dua peserta

Atlit A perlu berada lebih kurang 1 meter belakang atlit B.


Atlit A memberi isyarat kepada atlit B.
Atlit B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
Atlit B menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja atlit A menepuknya dengan
tangan kiri.

(b) Latihan Bergerak Berpasangan memerlukan 2 peserta

Dilakukan sambil berlari anak (joging)


Atlit A akan berlari ke hadapan atlit B setelah baton kepadanya.
Atlit B pula menghantar baton kepada atlit A

(c) Latihan Bergerak Berpasangan asingkan kedudukan

kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.


Atlit A berlari dan apabila dia sampai di tandaan.
Atlit B pula mula berlari.
Atlit A terus mengejar atlit B untuk memberi baton kepadanya.
Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh 4 hingga 6 orang peserta di dalam satu
barisan. Semasa menjalankan latihan hendaklah menggalakkan memerhati kawan-kawan
dan meneliti sama ada teknik atau cara yang dipraktiskan betul atau tidak.