Anda di halaman 1dari 13

3.

PEMILIHAN PELARI

Untuk mendapatkan empat atau lima orang pelari pecut bukanlah suatu perkara yang
mudah. Biasanya untuk pembentukan satu pasukan lari berganti-ganti 4 x 100 meter,
pihak berkenaan akan mengadakan satu ujian khas. Pelari-pelari yang mempunyai
ciri-ciri keperluan yang tertentu seperti dihuraikan dalam Jadual 1 akan dipilih untuk
menyertai acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter tersebut. Selain itu pelari yang
mempunyai persefahaman yang baik juga dijadikan pertimbangan dalam hal ini.
Pemilihan lain untuk memilih pelari adalah seperti menerusi perjumpaan olahraga
yang diadakan. Amalan seperti memilih secara automatik keempat-empat pemenang
pertama dalam acara 100 meter tidaklah begitu sesuai.
Giliran pelari

Ciri-ciri keperluan
a) - Pelari yang mempunyai permulaan yang baik. Kebolehan untuk

berlari di sekolah.
b) - Biasanya pelari yang kedua terpantas dalam pasukan.
a) - Seorang yang boleh berlari lurus dengan baik.

b) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.


a) - Seseorang yang dapat berlari di sekolah dengan baik.

b) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kanan.


a) - Seseorang yang mempunyai semangat bertanding yang tinggi.
b) - Kebolehan untuk berlari lurus dengan yakin.

c) - Biasanya pelari yang terpantas sekali dalam pasukan.


d) - Kebolehan untuk menerima baton dengan tangan kiri.
Jadual 1

Secara amanya, pemilihan boleh dibuat berdasarkan beberapa ciri yang


tertentu, pelari itu biasanya mempunyai jarak langkah yang besar, gerakan kaki yang
pantas serta kuasa otot yang tinggi.
Pelari Pertama

Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan


berlari dengan baik.
3 aspek penting :
1.

Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton.

2.

Berkeupayaan berlari di selekoh

3.

Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua
Mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika
pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua
hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).Aspek yang paling utama
bagi pelari ini ialah atlet berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus.
Pelari Ketiga
Pelari ketiga terpantas dalam pasukan.Berkebolehan & berkemampuan
berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari
kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.
Pelari Akhir
Pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh
sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Pelari ini juga mestilah
berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun
daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

4.0

CARA MEMEGANG BATON


Cara memegang baton
Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari

berkenaan.
Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah
seperti Rajah 1 : -

Raja 1 : Teknik memegang baton


4.1

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON


Terdapat dua teknik asas penukaran baton iaitu teknik bawah-atas dan teknik

atas-bawah.
a) Teknik atas-bawah (downsweep)
- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh
- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila
sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah
kanan lorongnya.
- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak
tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton.
- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan
tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan
kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.
- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya
kepada pelari keempat pada tangan kiri.
b) Teknik bawah-atas (upsweep)
-

Pelari dengan baton menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima yang
terbuka dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk
penerima.

Cara berisiko kerana baton mudah jatuh jika tiada persefahaman yang baik antara
penghantar dan penerima.

Pelari pertama membawa baton dengan tangan kanan dan apabila sampai ke zon
pertukaran, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanannya.

Sambil berlari, pelari kedua mengangkat tangan kiri seperti menadah tangan ke
bawah untuk terima baton.

Pelari pertama akan memberikan baton kepada pelari kedua dengan gerakan tangan
dari bawah ke aras. Pelari kedua akan membawa baton dengan tangan kiri.
Cara Memberikan Baton

1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian baton


2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima
3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus
4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.
Cara Menerima Baton
1. Penerima dalam keadaan yang sedia
2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
3. Berlepas

dengan

panas

sebaik

sahaja

pelari

pembawa

baton

sampai

di

tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari.
4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang
sedang membawa baton.
5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.
c) Gaya Selang-seli Tanpa Pandang
- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m
- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri,
pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan.
- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton
- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di
hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima
baton.
- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan
kanannya ke belakang.
- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V.
Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya.

- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan
jari kirinya sambil menghulur ke depan.
- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima.
Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.
- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada
tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.
d) Gaya Selang-seli Cara Pandang
- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh
ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama,
isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton.
- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah
- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m
- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton.
Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.
- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.
- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya
yang sebelah lagi.
- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan
pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima
menggenggam baton itu.
- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke
depan, lalu meneruskan lariannya.
- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

5.0

ZON PERTUKARAN BATON

- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya
20 meter.
- Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan
mendahului zon penukaran baton.
- Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton
menghampiri titik tanda.

Rajah 2 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter


Perkara-perkara penting
1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.
2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh,
larian pasukan itu dibatalkan.
3.Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran,
larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 3 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

6.0

PERATURAN LARIAN

Aturan Umum
-

Lari ikut lorong yang ditetapkan

Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan

Buat pertukaran baton yang bersih

Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama


-

Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan

Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari

membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian


dengan baton.
- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di
bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar.Siku hendaklah lurus, ibu
jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.
- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas
untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki.
- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau
diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m.
Permulaan menggunakan blok permulaan.
- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas
- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)
Pelari Kedua
-

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri


Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan

lorong sendiri.
-

Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan

tangan kiri)
Pelari Ketiga
-

Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri

Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian

selekoh).
-

Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan

kanan).
-

Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat
-

Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.

Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.

Tamatkan larian di garisan penamat.

Pelari yang penuh keazaman & tenang.

7.0

LANGKAH-LANGKAH

ANSUR

MAJU

DALAM

LARI

BERGANTI-GANTI
Secara umumnya, terdapat 4 fasa utama bagi seseorang jurulatih itu untuk
merancang pengajaran dan latihan yang berkesan dalam ansur maju bagi acara lari
berganti-ganti.
7.1

FASA-FASA ATAU ANSUR MAJU

a) Fasa permulaan pegangan dan hayunan baton


i.

Genggaman

Gunakan jari-jari untuk mengenggam


Genggam di hujung, tengah atau pangkal baton
Rapatkan jari kecuali ibu jari membentuk V menghala ke bawah
Letak baton di antara bentuk V

ii.

Gaya permulaan larian

Lompat ketinting bagi menentukan kaki yang kuat terutamanya bagi


lonjakan.
Duduk dekam samada tanpa blok atau dengan blok dengan keadaan
yang betul dan selesa untuk perlepasan.
Hayunkan tangan semasa berlari

Ketinggian lutut semasa berlari turut mempengaruhi larian

b) Fasa memberi dan menerima baton


Dalam acara lari berganti-ganti ini

faktor penting untuk memastikan

kemenangan dan kejayaan sesebuah pasukan itu adalah daripada kelancaran


teknik penghantaran baton. Oleh yang demikian, terdapat teknik yang sering
digunakan semasa hantaran baton supaya lebih berkesan.
i.

Teknik pandang

Teknik ini khas digunakan dalam acara 4x400m di mana penerima baton
akan memandang ke arah penghantar baton sehingga penerima menerima
baton.
ii.

Teknik tanpa pandang

Teknik yang digunakan dalam acara 4x100m dan 4x200m iaitu


penerima menunggu di tempat yang sesuai dalam zon pertukaran sementara
menunggu pelari menghantar baton. Sebaik sahaja pelari sampai ke tempat
yang ditandakan, penerima terus berpusing melihat semula ke depan dan
terus berlati. Penerima menghulurkan tangan ke belakang secara lurus
dengan tapak tangan dibuka menghala ke atas dalam bentuk V setelah
mendapat isyarat daripada pelari.
Langkah Ansur Maju
Pelari pertama, kedua, ketiga dan keempat akan berbaris antara mereka
yang berjarak hantaran antara satu sama lain dan mereka berlari setempat.
Pelari hendaklan mencondongkan badan dan melakukan latihan hayunan
tangan. Bila diisyaratkan hulur tangan ke belakang sebentar dan meneruskan
hayunan. Setiap pelari menyentuh tangan yang dihulurkan seterusnya baton
dihantar dari belakang ke hadapan iaitu dari pelari pertama ke yang kedua,
yang kedua ke yang ketiga dan yang ketiga ke yang keempat.
Apabila selesai pelari keempat menerima baton, semua pelari menukar arah
dan latihan diulangkan. Dimana pelari pertama berada di belakang sekali.
Pelari pertama membawa baton di tangan kanan, pelari kedua menerima
dengan tangan kiri manakala pelari ketiga menerima dengan tangan kanan.

Seterusnya pelari keempat akan terima dengan tangan kiri. Setelah menerima
baton, pelari keempat akan menjatuhkan baton di depannya dan meneruskan
larian anak. Apabila pelari pertama sampai di tempat baton dijatuhkan, dia
akan

mengambil

semula

dan

meneruskan

aktiviti.

Dua pelari : pelari pertama dan kedua berlari anak mengelilingi trek. Pelari
pertama memegang baton dan memberi isyarat di mana pelari kedua
bertindak mengeluarkan tangan ke belakang dan menerima baton. Selepas
baton dihantar, pelari pertama akan berlari di hadapan pelari kedua sehingga
dia mendapat isyarat dari pelari kedua untuk menerima baton. Proses ini
berterusan dan selepasa beberapa kali latihan, pelari akan menukar tangan
yang membei baton. Contoh kanan ke kiri atau kiri ke kanan.
Hantaran terus : bilangan pelari terdiri daripada nombor yang genap dengan
menggunakan trek 400m dan penanda bendera pada tiap-tiap 50m. Jumlah
stesen adalah lapan.
c) Fasa larian dalam zon pertukaran baton
Setiap pertukaran baton mestilah dilakukan di dalam zon pertukaran
baton yang telah ditetapkan. Jarak zon pertukaran bagi acara 4x100m ialah
20 meter. Semua atlet bagi acara ini perlu didedahkan tentang zon ini supaya
tiada masalah ketika pertukaran baton yang menyebabkan batal. Sebagai
seorang penghantar baton, isyarat perlu dibunyikan supaya penerima sedar
akan penghantar dan menerima dalam hanya zon baton. Baton perlu
diserahkan sepanjang 1/3 kepada penerima dan pastikan hantaran dalam
tangan penerima. Bagi penerima pula, larian perlu dilakukan daripada garisan
awal sepanjang zon dan jangan memandang ke belakang. Penerima mesti
menerima baton dengan segera dan berada di luar pertengahan lorong jika
menerima dengan tangan kanan yang bertujuan untuk member kawasan lari
bagi pelari yang menerima baton.
Terdiri daripada 3 fasa iaitu:
Fasa pecutan

Fasa kelajuan maksimum dan pengekalan kelajuan


-Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter hingga 60 meter
-Dalam acara lari pecutan, pecutan berlaku awal dalam larian .
-Sebenarnya 95 peratus daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira
18 meter.
-Apabila seseorang atlit mencapai kelajuan maksimm, kadar pecutannya akan
ditentukan oleh tahap daya tahan ototnya.
-seseorang atlit tidak mungkin bolh berlar pada kelakuan maksimum lebih
dari jarak 14-18 meter , maka atlit perlu mengekalkan kelajuan
Fasa larian di selekoh
-Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa
centrifugalpelari juga perlu merendahkan badan ke arah dalam untuk
memastikan

larian

selekoh adalah

berkesan

untuk mengimbangkan

kuasa centrifugal.
- Tangan kiri terus dihayun lurus, manakala tangan kanan menyilang badan
mengarah ke dalam.
Langkah Ansur Maju
Berlari anak dalam kawasan atau garisan yang disediakan. Garisan atau
kawasan tersebut dibuat dengan menggunakan skital sebagai penanda. Pelari
atau peserta dikehendaki berlari anak dari kawasan permulaan hingga ke
kawasan akhir penanda. Aktiviti dilakukan berulang-ulang.
Lakukan secara berpasangan. Seorang akan menjadi pemberi dan seorang
lagi sebagai penerima. Pemberi akan berada di luar zon dan penerima akan
berlari anak hingga kegarisan yang telah ditandakan sesuai untuk menerima
baton. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang dan menggunakan satu zon yang
dipilih di dalam padang yang sebenar bagi memastikan baton dihantar
dengan kemas dalam zon pertukaran.

Akrtiviti berempat iaitu melibatkan 4 orang dalam 1 kumpulan. Aktiviti ini


dilakukan seperti cara berpasangan tetapi menggunakan padang yang
sebenar. Peserta mengambil tempat seperti yang telah ditetapkan. Buat
permulaan, peserta membuat larian anak. Setelah beberapa kali, lakukan
seperti keadaan sebenar bagi membiasakan atlet membuat pertukaran baton
dengan kemas dalam zon pertukaran.
d) Fasa penamat
-Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk
berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.
-Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis
penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan
bahagian torso ke hadapan.
Langkah Ansur Maju
Latihan kepada peserta dalam kumpulan untuk menamatkan satu-satu
larian dengan jarak 20 meter. Apabila sampai kegarisan penamat, peserta
mendepankan dada dahulu supaya melintasi garisan penamat. Latihan ini
dilakukan berulang-ulang.

a) Latihan Statik Berpasangan melibatkan dua peserta


- Atlit A perlu berada lebih kurang 1 meter belakang atlit B.
- Atlit A memberi isyarat kepada atlit B.
- Atlit B menghulurkan tangan kanannya ke belakang.
- Atlit B menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja atlit A menepuknya
dengan tangan kiri.
(b) Latihan Bergerak Berpasangan memerlukan 2 peserta
- Dilakukan sambil berlari anak (joging)
- Atlit A akan berlari ke hadapan atlit B setelah baton kepadanya.
- Atlit B pula menghantar baton kepada atlit A.

(c) Latihan Bergerak Berpasangan asingkan kedudukan


- kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter.
- Atlit A berlari dan apabila dia sampai di tandaan.
- Atlit B pula mula berlari.
- Atlit A terus mengejar atlit B untuk memberi baton kepadanya.
- Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.
Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh 4 hingga 6 orang peserta di
dalam satu barisan. Semasa menjalankan latihan hendaklah menggalakkan
memerhati kawan-kawan dan meneliti sama ada teknik atau cara yang
dipraktiskan betul atau tidak.