Anda di halaman 1dari 2

7.

0 Kepelbagaian Agama : Mencari titik pertemuan


7.A.1 Perbincangan 1
Soalan 1
Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara
Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya
Perbezaan antara agama dengan penganutnya ialah agama merujuk kepada
sistem kepercayaan dan keyakinan yang dianuti dan diamalkan oleh
seseorang, manakala penganut bermaksud orang yang menganut sesuatu
agama tersebut. Penganut ini pula ada yang sejak lahir telah menganut
agama tersebut, tetapi ada juga yang menganut agama tersebut setelah
mereka dewasa. Contohnya agama ialah Islam dan penganutnya dipanggil
muslim.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama
masyarakat.
Budaya sesuatu tempat dapat mempengaruhi amalan agama sesuatu
masyarakat contohnya apabila budaya disitu sudah menjadi sesuatu
kebiasaan yang diamalkan, maka budaya tersebut akan diaplikasikan atau
dimasukkan dengan elemen agama, contohnya seperti jika budaya rumah
terbuka diadakan oleh kaum India atau kaum Cina, maka masyarakat atau

tuan rumah tersebut akan menyediakan juadah yang halal untuk dimakan
oleh orang Islam kerana Islam sangat menitikberatkan konsep halal itu.