Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan Papan Induk

Papan imduk, atau dikenali sebagai motherboard dalam bahasa Inggeris, merupakan
teras fungsi komputer. Ia membekalkan satu antara muka bagi pemasangan CPU,
memori, dan pelbagai kad antara muka kelengkapan yang lain. Papan induk
mengintegrasikan cip set yang mengawal antara muka kelengkapan.
Papan induk merupakan aset komputer yang paling penting. Tidak kira betapa hebat
suatu CPU itu, berapa cepat kelajuan pengendalian memori, betapa berkualitinya kad
paparan, semua ini adalah sia-sia jika papan induk tidak wujud. Fungsi utama papan
induk adalah sebagai satu badan gabungan bagi semua fungsi komputer. Oleh itu,
kecekapan komputer amat bergantung pada kualiti papan induk.

Spesifikasi papan induk boleh dibezakan berdasarkan soket CPU. Setiap spesifikasi
papan induk masing-masing menyokong spesifikasi CPU yang berlainan. Seiring dengan
perkembangan teknologi CPU, papan induk juga telah berkembang dengan pesat.
Memandangkan CPU jenis Slot semakin berkurangan, maka papan induk yang
menyokong Slot juga telah semakin kurang dijumpai dalam pasaran. Spesifikasi papan
induk yang boleh didapati kini kebanyakan adalah jenis Socket, misalnya Socket370
(menyokong CPU Celeron3 atau yang sebelumnya, P3 dan C3 VIA), Socket423 (tidak
lagi dihasilkan), Socket462 (spesifikasi yang digunakan khas oleh CPU AMD) dan
Socket478. Socket 7 boleh dikatakan tidak lagi dijumpai dalam pasaran. Kini, spesifikasi
yang paling popular ialah Socket478 dan Socket462 (Socket A).

Spesifikasi Socket370 Socket423 Socket462 Socket478


papan induk
Jenis CPU yang Intel: Celeron, Intel: P4 (tidak AMD: Doron, Intel: P4,
Disokong Tualatin, P3 lagi dihasilkan) Athlon, Athon Celeron 4
VIA: C3 XP.

Daripada jadual yang ditunjukkan, kita dapat melihat bahawa CPU yang berbeza
mempunyai jenis papan induk tertentu yang dapat digunakannya. Hanya papan induk
yang mempunyai bilangan pin sama dengan CPU dapat bekerja bersama. Misalnya, CPU
P3 yang digunakan pada Socket370 akan gagal digunakan pada papan induk PC jenis
Socket478.
Biasanya, penaikan taraf computer jarang dilakukan pada papan induk. Ini adalah
kerana papan induk merupakan proses yang amat susah, malah kosnya turut tinggi. Jika
komputer masih berada di peringkat PentiumMMX, maka sudah pasti papan induk gagal
menyokong kapasiti cakera keras dan memori yang lebih tinggi. Dalam keadaan ini,
sudah pasti akan gagal memasang Windows XP yang baru. Sekiranya computer
mengalami masalah seperti yang dinyatakan di bawah, maka barulah melakukan
penaikan taraf terhadap papan induk.

1. Apabila komputer (walaupun tidak dilakukan overclock) selalu dalam keadaan


kurang stabil, misalnya komputer tergendala atau tiba-tiba dihidupkan semula.
2. Komputer gagal mengenal pasti cakera keras yang berkapasiti tinggi,
menyebabkan komputer gagal memasang sisitem operasi yang baru seperti
Windows XP/2000, dan gagal memuat aturcara yang berkapasiti besar.
3. Kapasiti memori yang disokong oleh komputer adalah amat kecil. Walaupun dua
atau lebih memori telah dipasang, namun kesannya juga tidak menonjol.
4. Komputer gagal memasangan kad antara muka yang baru (misalnya kad paparan
AGP4X, kad audio yang lebih berkualiti dan lain-lain lagi), gagal memenuhi
permintaan dari segi paparan dan kesan audio yang berkualiti tinggi, terutamanya
ketika permainan komputer dimainkan.
5. Gagal mengembangkan penggunaan komputer. Misalnya ketika hendak
memasang kad rangkaian yang baru, atau ketika modem hendak bersambung
talian ke komputer yang lain, barulah disedarilah bahawa papan induk tidak
mempunyai soket berlebihan yang boleh digunakan.
6. Gagal memasang kelengkapan seperti kamera digital, mesin pencetak terkini, CD-
burner dan lain-lain lagi.
7. Ingin menukarkan satu CPU yang baru bagi mempertingkatkan kecekapan
komputer, tetapi papan induk tidak dapat menyokongnya.

Sebelum memulakan penaikan taraf papan induk, pertimbangkan terlebih dahulu


tentang kecekapan komputer yang diingini. Pastikan papan induk yang hendak dinaik
taraf membekalkan ruang pengembangan yang benyak agar fungsi baru dapat
ditambahkan pada masa yang akan dating. Begitu juga dengan kos yang hendak
digunakan, rancangkan kos penaikan yaraf yang bersesuaian dengan keadaan kewangan.
Penaikan taraf papan induk sebenarnya merupakan satu proses menanggalkan
haruslah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Mari lihat perkara penting ketika
penaikan taraf papan induk hendak dilakukan.

• Cip Set (Chipset)

Cip set merupakan bahagian teras papan induk. Cip set biasanya dijumpai di dua
pinggir papan induk. Cip jejambat utara terletak berhampiran soket CPU dan
bertanggungjawab untuk mengendalikan kerja diantara CPU dengan memori, kad
paparan dan kad antara muka yang lain. Cip jejambat selatan pula terletak bertentangan
dengan kedudukan cip jejambat utara. Cip jejambat selatan bertanggungjawab atas
operasi papan kekunci, pengawal masa, pengendalian bekalan kuasa dan penghantaran
maklumat cakera keras mod UDMA 33/66/100/133.
Pengilang cip set papan induk yang utama ialah Intel, VIA dan ALI. Berikut
merupakan model cip set yang diintegrasi oleh pengilang utama:

• Jenis dan kapasiti memori yang disokong

Bagi cip set yang berlainan, jenis dan kapasiti memori yang dapat disokongnya turut
berbeza. Berdasarkan jenis papan induk yang ada dipasaran kini, jenis memori yang dapat
disokong boleh dibahagikan kepada tega jenis utama, iaitu SDRAM yang lebih berkos
tinggi. Terdapat juga papan induk yang dapat menyokong SDRAM dan DDR, serta
membekalkan sifat kesepadanan yang amat baik. Jika hendak memasang SDRAM pada
papan induk selepas penaikan taraf, maka pilihan papan induk yang dapat menyokong
dua jenis memori. Jangan tersalah pilih jenis memori yang hanya dapat menyokong
SDRAM. Ini adalah kerana frekuensi SDRAM adalah kecil, dan dapat menjejaskan
kecekapan sistem, terutamanya bagi CPU P4 yang memerlukan frekuensi yang tinggi.
Semakin besar kapasiti memori yang dapat disokong oleh papan induk, maka semakin
baik sifat pengembangannya kelak nanti. Jika memori yang dipasang melebihi had yang
disokong oleh papan induk, maka komputer akan memaparkan nilai maksimum yang
disokong oleh papan induk, di mana rung memori yang berlebihan akan sia-sia sahaja.
Oleh itu, ketika mengembangkan memori, kita harus terlebih dahulu mengambil tahu
tentang kapasiti maksimum memori yang disokong oleh papan induk. Kita boleh merujuk
kepada label Max Sidde-Band and Ram Compatibility yang terdapat dalam buku.

• Jenis dan kapasiti memori yang disokong

Mod penghantaran cakera keras secara amnya dikawal oleh jejambat selatan.
Semakain cekap jejambat selatan, maka semakin cepat dan stabil penghantaran cakera
keras yang dapat disokongnya. Mod penghantaran cakera keras boleh dikelaskan kepada
tiga jenis utama, iaitu ATA 66/100/133. Mod ATA33 dan P10 sudah “pupus” di pasaran.
Semakin tinggi peringkat modnya, semakin cepat kelajuan pengendalian cakera keras
yang dapat diskong. Mod penghantaran yang disokong oleh papan induk juga boleh
dirujuk dari label yang terdapat dalam buku panduan.

• Versi USB

Seiring dengan teknologi USB yang semakin matang, kelengkapan USB juga
bertambah penting. Ketika membeli papan induk, harus memberi perhatian terhadap
prameternya. Sepanjang masa in, USB telah mengalami tiga versi utama, iaitu USB
1.0/1.1/2.0. Versi 2.0 yang terkini mempunyai kelajuan pengendalian 40 kali ganda lebih
cepat daripada versi 1.1.

• Fungsi BIOS

BIOS merupakan cip yang berkomunikasi dengan perkakasan computer. BIOS


mengawal semua maklumat perkakasan yang berkaitan dengan computer. Menerusi
BIOS, kita dapat mengawal voltan, frekuensi, suhu CPU serta dapat menyelaraskan
voltan memori dan voltan AGP. Selain itu, fungsi anti-virus juga dapat dikawal menerusi
BIOS. Kini, sesetengah papan induk mempunyai BIOS yang telah ditambah dengan
fungsi tambahan yang tersendiri. Misalnya sistem anti-virus BIOS, fugnsi pengingatan
ralat bersuara dan lain-lain lagi.
• Frekuensi maksimum CPU yang terdapat disokong

Semakin besar skop frekuensi CPU yang dapat disokong oleh papan induk, maka
semakin baik sifat kesepadanan dan pengembangan papan induk tersebut. Bagi mereka
yang mahir dalam bidang komputer,mereka akan kerap menaik taraf computer
berdasarkan keperluan yang khas dan tertentu. Oleh itu, ketika memilih papan induk,
pastikan CPU yang dapat disokongnya merupakan siri yang popular dalam pasaran. Ini
dapat memastikan penaikan taraf yang dilakukan kelak dapat berjalan dengan lancer dan
mudah.

• Laman web pengilang papan induk yang utama

Pelbagai teknologi dan informasi yang berkaitan dengan perkembangan papan induk
boleh didapati menerusi laman web rasmi pengilang utama papan induk. Daripadalaman
web rasmi pengilang, kita boleh mendapat sokongan teknikal dalam talian (online
technical support), aturcara tambahan papan induk yang terkini, fail penaikan taraf BIOS,
peralatan penaiakan taraf dan banyak lagi.
Laman web rasmi bagi pengilang papan induk yang utama adalah seperti yang
ditunjukkan berikut:

Abit; www.abit.com
Asus: www.asus.com
Aopen: www.aopen.com
Biostar: www.biostar.com
Chaintech: www.chaintech.com
Epox: www.epox.com
Gigabyte: www.gigabyte.com
Persedian Penaikan Taraf papan induk

Penaikan taraf papan induk merupakan satu kerja yang amat kompleks. Ketika papan
induk yang lama diganti dengan yang baru, semua komponen, kad antara muka, kabel
dan lain-lain yang bersambung ke papan induk perlu ditanggalkan. Prosesnya boleh
dikatakan lebih kurang sama dengan proses memasang satu komputer yang baru.
Sebelum mula menaik taraf, lakukan persedian terlebih dahulu agar tidak kelam-kabut
ketika penaikan taraf sedang berlangsung.

Tanggalkan casing

Tanggalkan papan induk

Rujuk kepada buku panduan papan induk

Adakah perlu melakukan Ya


Penetapan yang berkaitan?
Lakukan penetapan

Tidak

Pasangkan papan induk yang baru

Sambungkan kabel dan talian yang


berkenaan

Pasangkan semula casing

Carta aliran proses pemasangan papan induk

Daripada gambar rajah yang ditunjukkan, kita boleh mendapati bahawa papan induk
yang asal perlu ditanggalkan terlebih dahulu, sebelum papan induk yang baru dapat
dipasangkan. Jika boleh, fahamkan sambungan kabel dan talian yang berkenaan sebelum
menanggalkan papan induk yang asal, ini dapat mengelakkan kekeliruan ketika papan
induk yang baru dipasang. Atau, juga boleh merujuk kepada buku panduan papan induk
untuk memastikan adakah penetapan Jumper diperlukan atau tidak. Selain itu, sebelum
memasang papan induk yang baru, kemaskan dalaman casing untuk memperbaiki
pengaliran haba dalam komputer. Suatu perkara yang biasa jika masalah yang ringan
timbul ketika pemasangan dilakukan. Namun bawa bertenang dan analisis masalah yang
timbul itu, sudah pasti ia akan dapat diselesaikan.
Menyediakan peralatan pemasangan

Sebelum memulakan proses pemasangan, kita harus menyediakan peralatan yang


diperlukan terlebih dahulu. Pemutar skru merupakan peralatan yang paling penting.
Daripada casing hinggalah ke eklengkapan dalaman, pemutar skru memainkan peranan
yang amat penting. Secara ringkasnya, pemutar skru merupakan perlatan yang ‘wajib’
bagi pemasangan, penaikan taraf dan penyelenggaraan komputer.

Menangalkan papan induk

Proses untuk menanggalkan papan induk sebenarnya amat mudah. Selain daripada
menyediakan peralatan yang diperlukan untuk proses penaikan taraf dan pemasangan,
iaitu pemutar skru berhujung T, kita juga perlu menanggalkan sendiri kabel dan talian
yang bersambung ke papan induk.
Bagaimanapun, ambil perhatian ketika menanggalkan papan induk. Jika cuai
sehinggan merosakkan kelengkapan atau kad antara muka yang terdapat pada papan
induk, maka terpaksa membeli semula kelengkapan tersebut.
Terlebih dahulu, matikan bekalan kuasa komputer. Tanggalkan kabel bekalan kuasa,
kabel monitor, papan kekunci/tetikus dan semua kabel yang bersambung ke belakang
casing komputer. Kemudian, gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru yang
terdapat pada casing. Letakkan casing secara mendatar pada permukaan yang rata.

Langkah 1

Gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru yang


terdapat pada kad paparan. Kemudian, tanggalkan kad
paparan (jika terdapat kad antara muka yang lain,
tanggalkan kesemuanya sehingga papan induk bebas
daripada sebarang kad antara muka).

Langkah 2

Tanggalkan kabel cakera keras dan CD-ROM, tanggalkan


kabel IDE.
Langkah 3

Tanggalkan kabel pemacu cakera keras liut (FDD).


Pisahkan kabel FDD daripada penyambungan papan
induk.

Langkah 4

Tanggalkan memori pada papan induk. Pisahkan memori


daripada soket DIMM yang terdapat pada papan induk
dengan berhati-hait. Jika terdapat memori yang lain,
gunakan cara yang sama untuk menanggalkan.

Langkah 5

Tanggalkan CPU. Terlebih dahulu, tanggalkan kipas


CPU. Tekan kipas CPU ke bawah untuk
melonggarkannya. Kemudian, keluarkan sambungan
bekalan kuasa kipas CPU. Selepas menanggalkan kipas
CPU, barulah mengeluarkan CPU.

Langkah 6

Tanggalkan talian Power SW, HDD LED, RESET,


SPEAK dan semua talian signal yang bersambung ke
papan induk.

Langkah 7

Tanggalkan talian bekalan kuasa papan induk, tanggalkan


sambunganan bekalan kuasa 12 v yang dibekalakn oleh
pembekal kuasa daripada papan induk. Kemudian,
periksa adakah masih terdapat talian yang bersambung
dengan casing atau kelengkapan. Jika ada, tanggalkan
kesemuanya daripada papan induk.
Langkah 8

Gunakan pemutar skru untuk melonggarkan skru terdapat


pada papan induk, kemudian dikeluarkan papan induk
daripada casing. Berhati-hati supaya tidak tersentuh
cakera keras atau kelengkapan yang lain. Simpan
komponen dan skru yang telah ditanggalkan tadi dengan
baik.

Memasang Papan Induk yang baru

Setelah menanggalkan papan induk yang lama, sekarang kita boleh memasang papan
induk yang baru. Pemasangan papan induk merupakan proses yang lebih sukar dilakukan.
Langkah pemasangan papan induk yang baru adalah seperti berikut:

Langkah 1

Pastikan casing bebas daripada sebarang benda yang


tidak diperlukan, kemudian letakkan papan induk yang
baru ke tempat yang betul, dan selaraskan kedudukan
papan induk dan casing. Selepas itu, gunakan skru untuk
menetapkan kedudukan papan induk.

Langkah 2

Pasangkan CPU. Bukakan pemegang CPU yang terdapat


pada soket CPU, kemudian pasangkan CPU ke dalam
soketnya berdasarkan arah pemasangan yang betul.
Kemudian ketatkan pemegang CPU.

Langkah 3

Pasangkan memori, letakkan memori pada soket DIMM


yang terdapat pada papan induk, kemudian tekankannya
pada papan induk.
Langkah 4

Pasangkan talian bekalan kuasa papan induk,


sambungkan talian bekalan kuasa 12V ke dalam antara
muka bekalan kuasa yang terdapat pada papan induk,
ketatkannya pada kedudukan yang betul.

Langkah 5

Pasangkan kabel IDE. Sambungkan kabel cakera keras,


CD-ROM ke dalam antara muka IDE. Ketika
menyambungkan kabel, pastikan garis merah yang
terdapat pada kabel berdepan dengan kedudukan antara
muka IDE yang berlabel “1”.

Langkah 6

Pasangkan kabel pemacu cakera liut. Sama dengan


konsep pemasangan kabel IDE, cari antara muka FDD
pada papan induk, kemudian palamkan kabel FDD ke
atasnya berdasarkan arah yang betul.

Langkah 7

Psangkan kad paparan. Cari soket kad paparan pada


papan induk, kemudian pasangkannya ke dalam soket
yang berkenaan. Gunakan skru untuk mengukuhkan
kedudukannya.

Setakat ini, papan induk yang baru telah pun selesai dipasang. Berikut merupakan
kerja-kerja yang perlu dilakukan selepas papan induk baru dipasang.
Memasang Talian Signal Casing ke Papan Induk.

Setelah papan induk yang baru dipasang ke dalam casing, malah CPU, memori dan
kabel turut siap dipasang, kita perlu menyambungkan talian POWER SW supaya
komputer fungsi dengan normal. Untuk mengenal pasti adakah koputer berfungsi dengan
normal, talian signal SPEAK juga perlu disambung ke papan induk, manakal talian signal
HDD LED pula akan membolehkan kita mengetahui status membaca yang sedang
dilakukan oleh cakera keras.

Berikut, akan menunjukan langkah-langkah memasang talian signal yang terdapat


pada casing ke kedudukan papan induk yang sepadan.

Langkah 1

Cari kedudukan penyambungan yang berlabel POWER


SW pada casing, kemudian cari kedudukan pin pada
papan induk yang juga berlabel POWER SW pada
kedudukan yang tepat dan pastikan kutubnya betul.
Biasanya, talian hitam atau putih merupakan kutub
negatif.

Langkah 2

Pasangkan talian RESET SW. Gunakan cara yang sama


untuk mengenal pasti kedudukan sambungan taliannya da
pasangkan pada papan induk.
Langkah 3

Pasangkan talian SPEAK. Dengan bersambungnya talian


ini ke sistem pembesar suara, pembesar suara akan
mengeluarkan bunyi bagi mengenal pasti dapat berfungsi
dengan normal. Gunakan cara yang sama untuk
memasangnya.

Langkah 4

Pasangkan talian HDD LED. Caranya juga sama seperti


di atas. Daripada lampu isyarat ini, kita akan dapat
mengenal pasti status membaca yang sedang dilakukan
oleh cakera keras.

Langkah 5

Pasangkan talian POWER LED. Pasangkannya ke tempat


yang betul pada papan induk berdasarkan kutub yang
tepat. Talian ini membantu mengenal pasti adakah
komputer ke bekalan kuasa atau tidak.

Langkah 6

Perikasa adakah komputer dapat berfungsi dengan normal sebelum memasang semula
casing komputer. Setelah mendengar isyarat bunyi “beep” dan sistem dapat but dengan
normal. Barulah pasangkan casing komputer dan ketatkan skrunya.

Penaikan Taraf BIOS

Apabila papan induk gagal mengenal pasti cakera keras yang baru, atauoun gagal
mengecam CPU, atau fungsinya tidak lengkap, maka boleh menaik taraf BIOS papan
induk untuk membolehkan komputer dapat berfungsi dengan lebih cekap lagi. Kebolehan
penaikan taraf BIOS memang merupakan suatu berita baik bagi pengguna komputer yang
masih menggunakan papan induk lama. Ini adalah, mereka hanya perlu memuat turun
peralatan dan aturcara menaik taraf yang percuma dari laman web dan terus dapat menaik
taraf BIOS yang sedia ada. Bagaimanapun, disesbabkan voltan kerja BIOS adalah
berbeza, maka bukan sama BIOS papan induk model lama dapat dinaik taraf.
Untuk mengetahui adakah BIOS dapat menyokong fungsi penaikan taraf menerusi
perisian, boleh memeriksa maklumat yang berkaitan dengan BIOS yang berlabel dengan
29 dan ke atas boleh dinaik taraf. Jika BIOS yang dilabel dengan 28, 27 atau nilai yang
lebih kecil, maka penaikan taraf akan gagal dilakukan. Dalam keadaan ini, hanya
menerusi penaikan taraf papan induk kecekapan komputer dapat diperbaiki.

Menarusi aturcara awdflash, kita akan dapat melihat sama ada


BIOS dapat menyokong penaikan taraf aturcara atau tidak.

Ketika menaik taraf BIOS, kita perlu terlebih dahulu mengenal pasti model BIOS.
Jika tidak, berkemungkinan penaikan taraf akan gagal dilakukan, gagal berfungsi dengan
normal setelah penaik taraf dilakukan. Biasanya, kita boleh melayari laman web
pengilang papan induk untuk melihat adakh terdapat driver terbaru bagi BIOS model
papan induk yang digunakan ( unutk mengetahui model papan induk, gunakan
[CTBIOS.EXE] dalam mod DOS). Di samping itu, peralatan baca/tulis (burner device)
juga diperlukan untuk melakukan penaikan taraf. BIOS yang berbeza memerlukan
peralatan baca/tulis yang berlainan juga. Bagi AWARD BIOS, peralatan baca/tulis yang
diperlukan ialah [Awadflash.exe].
Ketika menaik taraf BIOS, harus behati-hati dan elakkan daripada tersalah tekan
sebarang kekunci, atau bekalan kuasa terputus ketika kerja baca/tulis sedang berlangsung,
atau komputer tergendala ketika kerja baca/tulis sedang dijalankan. Jika mana-mana satu
kejadian yang tersebut tadi berlaku ketika penaikan taraf BIOS dilakukan, akan
mengakibatnya masalah yang amat serius.
Persediaan penaik taraf BIOS:

1. Muat turun satu perisai yang dikenali sebagai [CTBIOS.EXE] dari laman web.
2. Masuk ke mod (masukkan perintah [CMD] pada tetingkap [Run]), laksanakan
aturcara CTBIOS.exe untuk melihat model papan induk, MODEL CIP SET,
VERSI bios dan maklumat-maklumat lain.
3. Setelah mengetahui model papan induk, layari laman web pegilang papan induk
dan cari aturcara penaikan taraf BIOS yang terbaru bagi model papan induk yang
sedang digunakan (contoh yang seterusnya akan menggunakan 65kv-82.bin).
4. Dari laman web muet turun aturcara BIOS, muat turun peralatan baca/tulis
(awdflash.exe).
5. Hasil satu cakera keras but yang memformat DOS. Ini dapat dilkukan dengan
menekan kekunci F8 ketika Windows 98 sedang but, dan pilih opsyen yang
terakhir untuk memasuki mod DOS tulen. Masukkan perintah FORMATS A/s dan
tekan kekunci [Enter].
6. Salin aturcara penaikan taraf BIOS, iaitu 65kv-82.bin bersama dengan aturcara
awdflash.exe ke dalam cakera but [A:].
7. Hidupkan komputer, ketika komputer berada dalam status pemeriksaan sendiri,
tekan kekunci [Del] untuk memasuki penetapan BIOS. Pada paparan [Advanced
BIOS Feature], tetapkan [First Boot Device] sebagai [Floopy].

Setelah siap melakukan persediaan yang diperlukan, mari lihat bagaimana pula
menaik taraf BIOS.

Langkah 1

Masukkan cakera but ke dalam pemacu cakera liut,


hidupkan komputer. Akan mendapati kursor muncul
di belakang [A:\>].

Langkah 2

Masukkan [awdflash] di belakang [A:\>] untuk


memulakan aturcara awdflash.
Langkah 3

Pada paparan utama aturcara awdflash, sistem akan


meminta memasukkan aturcara BIOS yang terbaru.
Pada ruang {File Name to Program:], masukkan
[65kv-82.bin] dan tekan kekunci [Enter].

Langkah 4

Apabila sistem menanya adakah fail BIOS yang


asal perlu disimpan, masukkan [Y] bagi
pertimbangan dari segi keselamatan. Dengan ini,
jika penaikan taraf mengalami masalah, kita mesti
dapat menggunakan fail BIOS yang asal.

Langkah 5

Sistem akan meminta supaya nama fail dimasukkan.


Pada ruang [Save Current BIOS as:], masukkan
65kv-82.bin dan tekan kekunci [Enter].

Langkah 6

Sistem sedang menyimpan fail BIOS yang asal.


Langkah 7

Setelah fail sokongan dihasilkan, sistem akan


menanya adakah hendak melakukan operasi
baca/tulis terhadap BIOS. Masukkan [Y] dan akan
dapat melihat perkembangan penaikan taraf
arturcara BIOS.

Langkah 8

Setelah selesai menaik taraf, sistem akan memberi


isyarat supaya kekunci [F1] ditekan untuk
menghidupkan semula komputer atau kekunci [F10]
ditekan bagi kembali ke mod DOS.

Ketika komputer dihidupkan semula, jika bunyi “beep” kedengaran maka ini
bermakna bahawa BIOS papan induk telah Berjaya dinaik taraf. Denga ini, kita dapat
menikmati fungsi BIOS yang baru dan menikmati kecekapan komputer yang lenih hebat.