Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan papan kekunci

Papan kekunci merupakan kelengkapan input yang asas bagi komputer. Operasi input
akan gagal dilakukan jika papan kekunci tidak wujud.
Papan kekunci merupakan kelengkapan computer yang sering diabaikan ketika
penaikan taraf komputer dilakukan. Kebanyakan pengguna cenderung mengabaikan, atau
tidak menitik berat kualiti papan kekunci yang dibeli. Sebenarnya, kecekapan papan
kekunci mempunyai pengaruh besar terhadap prestasi secara menyeluruh.

Antara muka papan kekunci

Sebelum membeli papan kekunci, perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk


adakah papan kekunci yang hendak dibeli dapat disokong oleh komputer? Adakah
computer mempunyai port yang bersesuaian dengan papan kekunci yang akan dibeli?
Jika papan kekunci yang dibeli merupaka antara muka USB, tetapi komputer pula tidak
menyokong antara muka tersebut, maka papan kekunci tersebut akan gagal digunakan
pada komputer. Berikut merupakan pengenalan ringkas bagi beberapa antar muka papan
kekunci:

• Antara muka AT

Ia merupakan antara muka yang popular ketika zaman 386, 486. Jika dibandingkan
dengan antara muka PS/2, kedua-duanya boleh dikatakan lebih kurang sama, hanya port
AT lebih besar daripada port PS/2. Untuk menggunakan papan kekunci jenis antara muka
AT, papan induk harus memadani spesifikasi AT, atau port ekstra perlu dipasang.

• Antara muka PS/2

Antara muka ini merupakan trend utama bagi papan kekunci dan tetikus. Ia
merupakan antara muka yang khas direka bagi penggunaan tetikus dan papan kekunci.
Berbanding antara muka AT, ia mempunyai kadar pemindahan maklumat yang lebih
cepat, malah turut menggunakan sumber system yang sedikit. Ciri-ciri ini menjadikannya
popular dikalangan pengilang dan pengguna dalam masa yang amat singkat.
Bagaimanapun, kedudukan antara muka PS/2 dalam pasaran semakin terancam sejak
antara muka USB yang unggul muncul.
• Antara muka USB

USB, singkatan bagi Universal Serial Bus, merupakan teknologi antara muka yang
baru. Kini, ia berkembang ke versi 2.0, yang lebih laju dan cepat. Kelajuan pemindahan
maklumat bagi antara muka USB boleh dibahagikan kepada tiga jenis spesifikasi, iaitu
rendah (low), sederhana (medium) dan tinggi (high), yang masing-masing diaplikasikan
pada komponen yang terdapat dalam komputer, misalnya cakera keras luaran, mesin
pengimbas, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain lagi. Biasanya, spesifikasi yang
digunakan pada papan kekunci adalah berkelajuan tinggi pada papan kekunci jarang
dijumpai.

Spesifikasi papan kekunci

Berikut,mengenali serba sedikit tentang spesifikasi papan kekunci.

• Cara operasi papan kekunci

Terdapat dua cara operasi, iaitu secara mekanikal dan separa mekanikal.
• Cara operasi mekanikal

Papan kekunci secara mekanikal menghasilkan isyarat dengan menggunakan


sentuhan kekunci yang seterusnya menggerakkan mesin untuk mengeluarkan isyarat
tersebut. Ini dibahagikan kepada dua jenis, iaitu papan kekunci jenis spring
(menggunakan besi anjal yang kecil) dan jenis membran (Membrane). Papan kekunci
jenis spring menghasilkan bunyi ketika digunakan dan ia mudah rosak setelah kekunci
ditekan berulang kali. Oleh itu, ia sudah tidak ada lagi di pasaran.
Papan kekunci yang menggunakan besi anjal yang digantikan dengan sejenis getah,
iaitu membran atau gendang. Ia kurang mengeluarkan bunyi ketika digunakan, malah
mempunyai sentuhan yang lebih lembut dan kos pengeluarannya lebih rendah. Oleh yang
demikian, ia popular di pasaran kini dan mendapat sambutan yang baik daripada orang
ramai.

• Cara operasi separa mekanikal

Papan kekunci separa mekanikal menghasilkan isyarat dengan mengenakan sentuhan


kekunci yang mengubah jarak kapasiti elektrik. Ini menyebabkan kapasiti elektrik
berubah dan mengeluarkan isyarat tersebut. Jangka hayat papan kekunci jenis ini lebih
panjang dan bunyi yang dikeluarkan bukan berasal daripada sentuhan mesin dan ia tidak
haus.

• Papan kekunci jenis 104 kekunci, 108 kekunci dan pelbagai fungsi

104 kekunci merupakan produk zaman Windows 95. Ia merupakan papan kekunci
yang berasakan papan kekunci jenis 101 kekunci, di mana tiga kekunci pantas ditambah
bagai penggunaan sistem operasi Windows 95. Oleh itu, ia juga dikenali sebagai papan
kekunci Win 95. Kini, ia jarang dijumpai dalam pasaran. Banyak pengilang tidak lagi
mengeluarkan papan kekunci jenis ini.

Papan kekunci jenis 108 kekunci merupakan produk zaman Windows 98. Kini, ia
masih merupakan trend utama. Berbanding papan kekunci jenis 104 kekunci, ia telah
disertakan dengan beberapa kekunci fungsi seperti [Wake up], [Sleep] dan [Power].
Kedudukan kekunci tertentu juga telah diselaraskan.
Papan kekunci pelbagai fungsi telah menggabungkan fungsi yang sering digunakan
ke atas papan kekunci yang terletak pada bahagian atas di sepanjang papan kekunci. Ia
akan melaksanakan sesetengah perintah yang hanya boleh dilakukan dengan tetikus jika
kekunci fungsi tertentu ditekan. Ini adalah seperti fungsi memainkan CD, penyelarasan
bunyi, penghantaran dan penerima e-mail, dan sebagainya. Jika penaiakan taraf papan
kekunci hendak dilakukan, maka papan kekunci pelbagai fungsi merupakan pilihan yang
amat baik.

• Papan kekunci berkongsi ergonomik

Ppapan kekunci berkonsep ergonomik direka berdasarkan konsep semula jadi posisi
tangan diletak, oleh itu dua bahagian, iaitu bahagian kanan dan kiri kekunci direka
dengan merujuk kepada keselesaan tangan pengguna. Walaupun papan kekunci
berkonsep ergonomik amat sesuai untuk operasi pemasukan maklumat ke komputer,
tetapi ia adalah sukar untuk disesuaikan dengan permainan komputer yang memerlukan
tetikus dan papan kekunci. Oleh itu, jika kiata merupakan peminat permainan komputer,
maka adalah lebih baik jika kita menggunakan papan kekunci yang stardard.
• Papan kekunci berwayar dan tanpa wayar

Sudah tentu kita tahu tentang papan kekunci berwayar, ia merupakan jenis papan
kekunci yang paling umum. Manakala papan kekunci tanpa wayar yang paling umum
merupakan papan kekunci yang menggunakan cahaya lembayung merah (infrared). Jarak
dan arah pemindahan isyarat antara penerima isyarat dan papan kekunci merupakan cara
komunikasi bersifat “satah”. Jenis komunikasi bersifat “satah” mempunyai permintaan
ketat terhadap ketepatan arah pemindahan isyarat, malah kawasan pemindahan isyarat
adalah kecil dan perlu bebas daripada sebarang halangan. Manakala papan kekunci yang
mengaplikasikan cara komunikasi bersifat “ruang” mempunyai permintaan yang rendah
terhadap ketetapan arah pemindahan isyarat. Pemindahan isyarat dapat dilakukan dengan
lancar dalam kawasan tertentu (biasanya 2 hingga 3 meter). Ini bermakna bahawa
walaupun terhadap halangan dalam kawasan tersebut, pemindahan isyarat masih dapat
dilakukan dengan berkesan.

Cara pemindahan maklumat jenis “satah” dan “ruangan”

Proses pemasangan papan kekunci

Berikut merupakan satu gambaran menyeluruh bagi proses pemasangan papan


kekunci:

Matikan bekalan kuasa

Tanggalkan penyambungan papan kekunci

Sambungkan papan kekunci baru

Hidupkan komputer dan periksa adakah


pemasanagan tepat atau tidak

Proses pemasangan papan kekunci


Berikut merupakan perkara yang harus dititikberatkan ketika proses penaiakn taraf
papan kekunci:

1. Demi aspek keselamatan, matikan bekalan kuasa sebelum mula menaik taraf
papan kekunci.
2. Jika papan kekunci yang dipasang merupakan antara muka PS/2, maka berhati-
hati supaya tidak tersilap menyambungkan penyambungan papan kekunci ke port
tetikus.
3. Berhati-hati ketika menanggalkan penyambung papan kekunci, elakkan daripada
merosakkan pinnya.

Menyediakan peralatan pemasanagan

Sebelum memulakan proses pemasangan, pastikan elektrik statik pada badan telah
disingkirkan. Cara penyingkiran elektrik statik yang terdapat pada tubuh badan termasuk
membasuh tangan atau menyentuh logam yang bersentuhan dengan lantai.

Cuci tangan

Atau Menghilangkan elektrik static


Static pada tubuh badan

Sentuh logam

Cara penyingkiran elektrik static pada tubuh badan


Pemasangan Papan Kekunci Antara Muka USB

Langkah 1

Tanggalkan penyambungan papan kekunci yang lama.

Langkah 2

Sambungkan penyambungan papan kekunci yang baru ke


port yang tepat.

Langkah 3

Hidupkan computer dan periksa adakah pemasanagan


tepat atau tidak.

Penaikan taraf papan kekunci telah pun selesai dilakukan

Anda mungkin juga menyukai