Anda di halaman 1dari 6

PUTRAJAYA 22 OKT.

- SEJAK diperkenalkan 17 tahun lalu, Program Kelayakan Profesional


Pemimpin Kebangsaan (NPQEL) berjaya melahirkan lebih 5,000 pengetua dan guru besar
yang mampu memikul tanggungjawab memimpin sekolah ke arah kecemerlangan.
NPQEL yang sebelum ini dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan (NPQH) dan telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri
Najib Tun Razak pada 1 Jun 1999 adalah satu program latihan kepada bakal pengetua dan
guru besar.
Program latihan yang merangkumi keseluruhan asas kompetensi itu adalah inisiatif
Kementerian Pendidikan bagi memperkasakan bidang pengurusan dan kepemimpinan
sekolah melalui penyediaan satu kelompok warga pendidik yang bersedia menjalankan
amanah tersebut.
Justeru, Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB), Serina Sauni berkata, bermula bulan Julai
tahun lalu, setiap pengetua dan guru besar perlu mendapatkan sijil NPQEL sebelum
menyandang jawatan berkenaan.
Keputusan ini selaras dengan Anjakan Kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2015 iaitu memastikan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah, katanya
ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Mengulas lanjut Serina berkata, dalam konteks pelaksanaan NPQEL, IAB mempunyai
tanggungjawab besar untuk membentuk barisan bakal kepemimpinan sekolah termasuk
menyediakan serta mengemas kini modul latihan program itu supaya mereka berupaya
mendepani cabaran pengurusan sekolah pada masa akan datang.
Usaha ini juga hanya mampu dicapai dengan adanya barisan kepemimpinan sekolah yang
berkualiti dan berkebolehan tinggi, katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan kata Serina, bermula bulan Julai 2011, NPQEL telah
mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melaksanakan mod pengajian
selama lima bulan yang diadakan secara dalam kelas dan e-pembelajaran.
Katanya, sepanjang lima bulan pengajian, para bakal pengetua dan guru besar perlu
menjalani pembelajaran dalam kelas selama enam minggu manakala 14 minggu lagi
dilaksanakan secara e-pembelajaran.
Ketika dalam pengajian para peserta perlu menjalani dua program penting iaitu
Penandaarasan dan Sandaran iaitu langkah terakhir sebelum mereka layak menerima sijil
NPQEL.
Penandaarasan adalah satu aktiviti yang menempatkan para peserta di sekolah terpilih
untuk melakukan penilaian manakala sandaran pula adalah satu latihan praktikal di sekolah
asal mereka.
Dua program ini menjadi elemen utama NPQEL iaitu para peserta akan mendapat
bimbingan pengetua dan guru besar terpilih di bawah seliaan para pensyarah IAB, katanya.
Peranan IAB
Menyentuh peranan IAB, Serina berkata, institut itu sentiasa mendukung amanah dalam
usahanya melahirkan bakal pemimpin sekolah yang mempunyai ketrampilan tinggi bagi
mengangkat martabat pendidikan negara.
Diharapkan para peserta NPQEL dapat memanfaatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman
yang diperoleh bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan kita, katanya lagi.
Dalam perkembangan sama, Ketua Jabatan Pembangunan Pemimpin Pelapis dan Eksekutif
Pendidikan IAB, Asiah Yaacob Khan berkata, NPQEL dibentuk berdasarkan lapan bidang dan
tujuh modul utama serta tiga modul tambahan.
Menurut Asiah, setiap modul dan kurikulum direka bentuk dengan mengambil kira
kompetensi yang diperlukan oleh kepemimpinan sekolah bagi melahirkan bakal pengetua
dan guru besar yang berkualiti tinggi.
Beliau berkata, IAB mengambil 1,740 peserta NPQEL pada setiap tahun yang dilakukan
sebanyak dua kali kemasukan iaitu pada bulan Januari dan Jun dengan permohonan boleh
dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi IAB.
Jelasnya, permohonan terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang
berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun dan mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan

Gred A purata 85 markah ke atas dalam tempoh tiga tahun terkini serta mendapat sokongan
ketua jabatan.
Selepas disenarai pendek, hanya calon berjaya akan dipanggil untuk temuduga sebelum
nama yang layak diumumkan untuk menyertai NPQEL.
Tapisan ini bertujuan memilih bakal kepemimpinan sekolah yang mampu menjayakan
agenda transformasi pendidikan negara dan boleh mendepani cabaran pengurusan sekolah
berdasarkan kemahiran mereka sendiri, katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/npqel-medan-lahirkan-pengetua-gurubesar-berprestasi-tinggi-1.149631#sthash.63vBUFBk.dpuf

NPQEL SEBAGAI PRASYARAT


PELANTIKAN PENGETUA/GURU BESAR
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan
bahawa mulai 2014 Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan
(National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang
dikeluarkan oleh Institut Aminufin Baki (IAB) Kementerian Pelajaran Malaysia
menjadi prasyarat pelantikan pengetua/guru besar di Malaysia.

Ketetapan ini bermakna sesiapapun guru di Malaysia yang ingin menjadi pengetua
di sekolah menengah dan guru besar di sekolah rendah diwajibkan memiliki NPQEL
selain syarat-syarat lain. Sama ada para guru menyedarii atau tidak perkara ini,
mereka tidak boleh protes jika tidak boleh dilantik dan tidak boleh menikmati
kenaikan pangkat sebagai pengetua/guru besar hanya kerana tidak memiliki sijil
atau diploma NPQEL.
Mengapa kerajaan menetapkan syarat ini? Kerajaan mahu memastikan semua
sekolah di Malaysia dipimpin oleh pengetua/guru besar yang berkompetensi tinggi
sahaja. Kajian menunjukkan bahawa sekolah yang didatangkan pengetua/guru
besar yang baik akan meningkat pencapaian muridnya sebanyak 20% percentile.
Kajian juga menunjukkan pengetua/guru besat yang mengikuti kursus atau latihan
kepimpinan dan pengurusan pendidikan, latihan kepengetuaan, pembangunan
profesionalisma dan kursus-kursus lain yang berkaitan memberi impak yang tinggi
kepada kepimpinannya.

Adakah bilangan pemegang NPQEL mencukupi untuk mengisi 4000 kekosongan


pengetua/guru besar yang akan berlaku dalam tempoh 2013-2015 ini?
Bagaimanakah operasi penggantian dan pengisian pengetua/guru besar dengan
prasyarat baru ini?
Data menunjukkan satu perempat sahaja daripada 2,073 pemegang NPQEL atau
NPQH sebelumnya telah dilantik menjadi pengetua/guru besar. Mulai tahun 2013 ini
pengambilan peserta kursus NPQEL oleh IAB ditambah daripada 300 setahun
kepada 1000. Dua ambilan setiap satu 500 orang peserta akan dilaksanakan pada
bulan Februari dan Julai. Sehingga tahun 2015 dijangka jumlah pemegang sijil
NPQEL/NPQH ialah 5,316 satu jumlah yang melebihi keperluan.
IAB akan melakasanakan kursus NPQEL ambilan pertama 2013 ini mulai 12 Februari
untuk seramai 500 orang. Kampus IAB Genting dan Utara diJitra masing-masing
mengambil seramai 210 orang peserta manakala kampus Sarawak dan Sabah
masing-masing 40 peserta.
Nama-nama peserta akam dimuktamatkan dan panggilan kursus akan dibuat pada
31 Januari ini. Peserta yang telah dipilih melalui permohonan dan temuduga akan
diarahkan (bukan ditawarkan) menghadiri kursus selama lima bulan dalam mod
bercampur (blended mode) iaitu bersemuka, e-pembelajaran, penandaarasan,
sandaran dan pentaksiran atau ujian akhir kursus.
Pada masa yang sama IAB dan pihak-pihak lain akan terus menjalankan kajian
keberkesanan dan kajian impak pelaksanaam NPQEL bagi menambah bilangan
kajian sedia ada iaitu lapan kajian sehingga kini. Pelbagai pihak dialu-alukan
memberi input dan pandangan mengenai perkara ini untuk menambahbaik program
NPQEL.

Tahun depan (2016) seramai 15 pengetua dan 109 guru besar pula bersara iaitu
sejumlah 124 jawatan ketua sekolah ini kekosongan, kata-nya berucap pada
Program Pengarah Bersama Peserta-Peserta Kursus Kepimpinan NPQEL
(Profesional Pe-mimpin Pendidikan Kebangsaan) di Institut Aminuddin Baki
Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Tambah Serina bagi tahun 2017 pula, juga sejumlah 101 ketua sekolah akan
bersara iaitu terdiri daripada 20 pengetua dengan 81 guru besar.
Kita perlu menyediakan guru besar dan pengetua kita dengan pengetahuan
serta kemahiran agar mereka ini dapat kekal bersaing selain menjadi ketua
sekolah yang cemerlang.
Di mana mereka ini perlu bersedia untuk memimpin serta mengurus agar
sekolah serta pelajar yang dipimpin mendapat manfaat selain
mempertingkatkan karier mereka sebagai ketua sekolah ke peringkat lebih
tinggi, katanya.
Serina berharap khasnya kepada peserta NPQEL siri pertama ini supaya
bersedia dan tidak menolak sekolah di mana mereka ditempatkan sebaik
menerima surat lantikan nanti.
Sehubungan itu ujar Serina, sebagai permulaan, golongan pemimpin pelapis itu
juga harus memulakan langkah yang betul dengan memahami keadaan atau
persekitaran sekolah sebagai persediaan.
Beliau berkata untuk menjadi ketua sekolah yang cemerlang ia tidak hanya
bergantung semata-mata melalui penyertaan kursus yang dianjurkan tetapi
perlu mempunyai sasaran membangunkan sekolah.
Katanya ketua sekolah yang terdiri daripada pengetua dan guru besar tidak
hanya perlu duduk dalam pejabat sebaliknya mengambil pe-luang dengan
mengurus serta mengenali sekolah dalam masa 100 hari pertama.
Ini kerana kursus enam bulan ini pastinya membantu anda menyediakan diri
sama ada untuk memahami aspek sekolah, teori dan sebagainya selain sebagai
peluang naik pangkat.
Namun begitu ia mungkin belum mencukupi kerana sebagai ketua sekolah
yang cemerlang anda perlu mempelajari dan memahami sekolah itu sendiri
dengan lebih mendalam, tegasnya.

NPQEL adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan


pengurusan dan kepimpinan sekolah dengan menyediakan kelompok
pemimpin pelapis sekolah bersedia memikul tanggungjawab.
Bagi ambilan 2015, secara keseluruhan peserta dari Sarawak menyertai
program NPQEL adalah 100 orang iaitu 90 orang menyertai kursus di IAB
Sarawak dan 10 orang lagi di Labuan.

Read more: http://www.theborneopost.com/2015/01/29/banyakpeluang-jadi-guru-besar-pengetua/#ixzz3rGIepN4F


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu selaras
matlamat dan transformasi Sistem Pendidikan Negara untuk memastikan guru besar dan
pengetua berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti kursus lima bulan di
Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan
Perdana Menteri
Harus melalui proses penilaian
Mereka harus melalui proses penilaian tahap kepemimpinan dan yang berkaitan
kemampuan melaksanakan tanggungjawab, kreativiti, inovatif, dan inovasi di samping
rekod cemerlang dalam kerjaya guru, selain menjalani latihan dan bimbingan yang
komprehensif.
Syarat utama adalah mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL). Seramai 1,000 pendidik akan mengikuti kursus lima bulan di
Institut Aminuddin Baki (IAB) tahun depan, katanya selepas merasmikan Seminar
Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
Syarat utama ikuti program NPQEL
Muhyiddin turut melancarkan Repositori IAB di mana semua hasil karya penulisan dan
penyelidikan sarjana institut itu dikumpul, disusun, dipelihara dan disebarkan melalui satu
pusat menggunakan pendekatan terkini dunia teknologi maklumat.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan Pengarah IAB,

Datuk Khairil Awang.


Ketika ini, pencalonan bagi mengisi jawatan pengetua dan guru besar berdasarkan
cadangan Pengarah Bahagian dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan
persetujuan Ketua Pengarah Pendidikan.
Calon yang boleh dicadangkan adalah mereka yang diluluskan Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). Guru penolong kanan termasuk dalam senarai yang
diluluskan LKPPP, boleh dicalonkan untuk mengisi jawatan pengetua.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, proses pemilihan calon untuk kedua-dua
jawatan berkenaan sedang dilaksanakan dan diikuti penilaian tahap kepemimpinan,
sebelum pelantikan bermula 2014.
Guru paling cemerlang
Apabila ada kekosongan ia akan diisi guru terbaik. Walaupun sebelum ini sudah dibuat
begitu tetapi kali ini kita ambil kira ujian dan pencapaian guru untuk pastikan hanya yang
terbaik dalam kalangan yang terbaik menjawat jawatan guru besar dan Pengetua, katanya.
Mengenai proses NPQEL, beliau berkata, ia membabitkan guru paling cemerlang dengan
rekod atau sejarah tugas terbaik di sekolah tempat mereka bertugas.
Tiada kompromi dalam hal ini kerana sekolah yang berjaya adalah faktor kepemimpinan
guru besar dan pengetua, katanya.
20,000 permohonan
Mengenai isu pertukaran guru, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang menjalankan
kajian kerana ia isu yang sentiasa dihadapi terutama kerana jumlah guru yang mencecah
480,000 di seluruh negara.
Beliau berkata, permohonan dipenuhi jika ada kekosongan di negeri dan sekolah, subjek
yang diajar guru yang memohon sepadan dengan kekosongan dan sebab yang munasabah.
Permohonan pertukaran dibuka dua kali setahun dan tahun lalu saja 20,000 permohonan
diterima. Biasanya kita tidak boleh penuhi semuanya menyebabkan ada yang membuat
permohonan berkali-kali, malah ada hingga 10 kali serta minta bantuan wakil rakyat dan
ibu bapa.
Jika permohonan munasabah seperti ibu bapa uzur, kita ambil kira tetapi kekangan
tempat dan subjek sepadan menyebabkan ia tidak dapat disempurnakan, katanya.