Anda di halaman 1dari 2

BAB 8: KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Computer IT Care Centre


Sdn.Bhd, pelatih telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas di
syarikat ini secara tidak langsung, pelatih juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab dan peranan dalam syarikat.

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelatih
sebagai pelajar terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih
berfikiran kretif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juaga dapat mengenalpasti dan
menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar.
Ianya akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan
belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan
kerja yang kreatif,kreatis serta berkualiti.

Sepanjang tempoh latihan di Computer IT Care Centre W.P Labuan, pelatih


dapat mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan syarikat ini. Walau
bagaimanapun kelemahan ini boleh diatasi dan diperbaiki. Prinsip organisasi dan
fungsi pentadbiran memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan sebuah
organisasi yang mantap. Perancangan, penyelarasan dan kawalan adalah penting bagi
menyelaraskan

127
semua tugas. Sesebuah organisasi yang mantap dan cemerlang mesti efesyen dan
efektif dalam membuat sesuatu keputusan dan perancangan dan ini merupakan
prinsip utama dalam sesebuah pengurusan organisasi yang berkesan. Oleh yang
demikian, sebagai sebuah organisasi yang sentiasa berurusan dan memberi khidmat
penyelenggaraan kepada pelanggan, haruslah memberi perkhidmatan yang berkualiti,
pantas, mesra pelanggan serta menunjukkan budaya kerja yang mencerminkan
keperibadian yang mulia dipandangan masyarakat.

Di samping itu, dengan adanya latihan ini juga, pelatih di latih untuk menjadi
seorang yang berdiplin dan menepati masa semasa bekerja. Kemahiran
berkomunikasi juga dapat dipraktikkan antara pelatih dan kakitangan. Latihan ini
juga telah mendedahkan pelatih mengenai semangat kerja secara berpasukan dan
bertukar-tukar pendapat serta idea dengan kakitangan yang lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelatih


sepanjang menjalani Latihan Industri yang ianya berbeza atara satu sama lain, namun
apa yang penting ialah individu tersebut mestilah bersikap lebih positif dalam
menghadapi setiap situasi, supaya pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan
pada masa akan datang.

Melalui Latihan Industri ini, jalaslah bahawa objektif Latihan telah tercapai
sepanjang latihan yang dijalankan selama enam bulan. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa semua pendedahan yang telah diberikan kepada pelatih sepanjang latihan ini
sangatlah berguna dan perlu di manfaatkan di masa akan datang. Latihan sebegini
juga telah dapat dan akan melahirkan seoran graduan yang berpengetahuan dan
berkeperibadian yang tinggi untuk merealisasikan wawasan negara menjelang tahun
2020.

“ Sesuatu pengalaman yang amat berguna itu tidak dapat dibeli dengan wang
ringgit”.

128

Anda mungkin juga menyukai