Anda di halaman 1dari 26

ISI KANDUNGAN

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

BUTIRAN
BIODATA PELAJAR
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
PENGENALAN
PUNCA-PUNCA JEREBU
KESAN JEREBU
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI
JEREBU
ALAT MENYUKAT JEREBU
PERBEZAAN BACAAN IPU
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

BIODATA PELAJAR

NAMA

NOOR MARNI BINTI AB RAHMAN

NO. KAD PENGENALAN

810206-01-5596

NO. KAD MATRIK

DB110919
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS

(MATEMATIK)

NAMA SEKOLAH

SK FELDA ULU TEBRAU

NO. TELEFON BIMBIT

0111-7674281
NO. 1, JALAN BESTARI 35/3,
TAMAN BESTARI INDAH 1,

ALAMAT SEMASA

81800 ULU TIRAM,


JOHOR

PENGALAMAN MENGAJAR

13 TAHUN

EMAIL
noor.marni@yahoo.com.my

BIODATA PELAJAR

NAMA

ESANIZA AIDA BINTI SAMSURI

NO. KAD PENGENALAN

740705-03-6008

NO. KAD MATRIK

DB 110800
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS

(MATEMATIK)

NAMA SEKOLAH

SK. TAMAN JOHOR JAYA 2

NO. TELEFON BIMBIT

019-7562823
NO.27, JALAN EJ 2/1,

ALAMAT SEMASA

TAMAN EHSAN JAYA,


81100 JOHOR BAHRU

PENGALAMAN MENGAJAR
EMAIL

20 TAHUN

aesaniza@yahoo.com

BIODATA PELAJAR

NAMA

EFFARIZAN BINTI AB SAMAD

NO. KAD PENGENALAN

750911-01-6074

NO. KAD MATRIK

DB110028
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS

(MATEMATIK)

NAMA SEKOLAH

SK. BANDAR PENAWAR 2

NO. TELEFON BIMBIT

013-7535607
NO. 1, JALAN PERUMAHAN TIMUR,
BANDAR PENAWAR,

ALAMAT SEMASA

81930 KOTA TINGGI,


JOHOR

PENGALAMAN MENGAJAR
EMAIL

16 TAHUN

effarizan_sani@yahoo.com

BIODATA PELAJAR

NAMA

JUZAILIZ BINTI MOHAMAD

NO. KAD PENGENALAN

830305115232

NO. KAD MATRIK

DB110421
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KURSUS

(MATEMATIK)

NAMA SEKOLAH

SK PUTERI WANGSA

NO. TELEFON BIMBIT

019-7901484
NO. 12, JALAN BESTARI 54/2,

ALAMAT SEMASA

TAMAN BESTARI INDAH 1,


81800 ULU TIRAM,
JOHOR

PENGALAMAN MENGAJAR
EMAIL

11 TAHUN

waqyjnj@gmail.com

BIODATA PELAJAR

NAMA

NOORHAYATI BINTI YUSOP

NO. KAD PENGENALAN

811130045258

NO. KAD MATRIK

DB110142

KURSUS

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU


(MATEMATIK)

NAMA SEKOLAH

SK TAMAN NUSA DAMAI


PASIR GUDANG

NO. TELEFON BIMBIT

0127538355

ALAMAT SEMASA

NO. 73, JALAN HARMONI 2,


TAMAN NUSA DAMAI,
PASIR GUDANG,
JOHOR

PENGALAMAN MENGAJAR

13 TAHUN

EMAIL

cempakawali@yahoo.com

PENGHARGAAN
Pertama sekali, kami ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada pensyarah bagi
subjek Pendidikan Alam Sekitar iaitu Encik Mohd. Baharudin bin Ridzuan di atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami dalam menyiapkan tugasan kumpulan ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan kami yang banyak
membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Walaupun tugasan di buat secara
kumpulan, bantuan telah diberikan semasa proses pencarian maklumat tidak kira carian di
laman web atau pun artikel yang berkaitan.
Kami amat berterima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd. Hasri bin
Paino ( Penolong Pegawai Kawalan ) dan Encik Mohd. Paizal bin Pathil ( Penolong
Jurutera) dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor di atas kerjasama yang telah diberikan
semasa temubual dan proses rakaman dilakukan. Akhir sekali, kami merakamkan jutaan
terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi sokongan dan dorongan baik
secara langsung mahupun secara tidak langsung.

PENDAHULUAN

Memetik kata-kata seorang cendikiawan, Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada
nenek moyang kita,tetapi sebaliknya kita hanya mampu meminjamnya daripada anak cucu
kita. Begitulah sebahagian daripada kata-kata Chief Seattle sebagai salah satu rujukan yang
digunakan oleh kami bagi tugasan Sains Alam Sekitar tentang bencana alam. Tajuk bagi
kumpulan kami ialah Jerebu.
Apa yang dikatakan sebagai jerebu? Ini merupakan satu masalah yang hangat dan
tidak di ambil tindakan secara serius dari dahulu lagi. Buktinya, terdapat pelbagai kesan
negatif yang terjadi kepada alam sekitar yang dahulunya bersih daripada segala pencemaran
atau sesuatu yang mengganggu ekosistem manusia dan hidupan yang lain. Banyak perkara
yang akan kami bincangkan tentang jerebu dalam tugasan ini. Jerebu diklasifikasikan sebagai
salah satu daripada pencemaran udara. Pencemaran bermaksud sesuatu perubahan secara
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, kimia, biologi atau radioaktif
mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan
bahan-bahan buangan hingga menjejaskan apa-apa kegunaan yang berfaedah, yang
menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan, atau kebajikan
awam atau kepada binatang,hidupan-hidupan liar,akuatik atau tumbuh-tumbuhan.
Mari kita sama-sama hayati dan selami lebih lanjut berkenaan tentang bencana alam
berkaitan dengan masalah jerebu.

PENGENALAN JEREBU

Pemandangan di Kuala Lumpur ketika jerebu

Definisi jerebu
Perlu kita tahu bahawa jerebu bukan sekadar asap biasa. Pakar-pakar alam sekitar dan
kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi
campuaran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium. Bahan- bahan ini mampu
menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia.
Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan
asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang
menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.
Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:
Zarah halus yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
Ozon
Gas Karbon monoksida
Gas Nitrogen dioksida

Sulfur dioksida
Lazimnya pencemaran udara disebabkan oleh bahan-bahan seperti jumlah partikulat
terampai (TSP), plumbum (Pb), karbon monoksid (CO), sulfur dioksid (SO2), nitrogen
monoksid (NOx) dan kandungan habuk berukuran 10 mikron (PM10). TSP termasuk PM10
(yang mempunyai ukuran garispusat 10 mikron atau kurang) adalah merupakan partikulat
halus yang memasuki atmosfera daripada pelepasan asap industri, pengangkutan, operasi
perlombongan, loji janakuasa termal dan mesin pembakar sisa. Ia boleh menyebabkan kesan
buruk keatas fungsi respiratori dan boleh juga mengurangkan jarak penglihatan.
Plumbum (Pb) daripada pembakaran bahan api memberi kesan buruk keatas sistem
peredaran darah, urat saraf dan reproduktif, dan mengurangkan keupayaan pembelajaran
kanak-kanak. Karbon monoksid (CO) dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api
dan memberi kesan buruk kepada mereka yang menghadapi masalah peredaran dan
kekurangan darah.
Sulfur dioksid (SO2) pula dilepaskan di atmosfera oleh industri minyak dan gas,
pengeluaran tenaga, pembakaran arang batu, pembakaran bahan api kilang dan proses
pengilangan. Tahap SO2, yang tinggi bukan sahaja mengakibatkan hujan asid tetapi memberi
kesan buruk keatas masalah lelah dan bronkaitis serta boleh merosakkan paru-paru.
Pelepasan nitrogen monoksid (Nox) adalah berpunca daripada aktiviti pengangkutan,
pembakaran bahan api oleh stesen janakuasa dan kilang. Ianya boleh menyebabkan kerosakan
paru-paru dan meningkatnya bilangan penyakit yang berkaitan dengan respiratori.
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil
yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini
mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh
menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini
mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara di Asia
Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembershan hutan di
Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang berterusan

dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan
bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.
Ketebalan Jerebu dan Jarak Penglihatan

KETEBALAN
Tersangat Tebal
Sangat Tebal
Sederhana Tebal
Kurang Tebal
Terang

JARAK PENGLIHATAN MENDATAR


< 500
500 - 2000
2000 - 5000
5000 - 10 000
> 10 000

Indeks Pencemaran Udara


Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan kualiti udara
di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran udara termasuk
mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam
atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman web ini:
http://apims.doe.gov.my/apims/..
Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia

Contoh bacaan IPU

IPU

Tahap Pencemaran Udara

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301+

Merbahaya

PUNCA-PUNCA JEREBU

Jerebu berlaku disebabkan oleh pencemaran udara. Pencemaran ini berpunaca


daripada tindakan manusia ataupun sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya
menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakantindakan ini ialah:
Jerebu Buatan manusia

Pembangunan tanah dan pembinaan


Pelepasan pencemar dari kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api
Pemprosesan Perindustrian
Pembakaran terbuka
Penebangan dan pembakaran hutan

Jerebu punca semulajadi

Habuk tanah
Bencana alam ( letusan gunung berapi)
Tiupan angin laut yang mengandungi garam

Pelepasan daripada kenderaan bermotor

Pertambahan jumlah kenderaan bermotor


Penggunaan enjin kenderaan yang tidak mengikut piawai pelepasan asap

Penggunaan enjin motosikal 2 lejang


Pelepasan dari perindustrian
Pelepasan bendasing ke udara daripada proses-proses industri melalui cerobong asap
Pelepasan sebatian organik meruap (VOC) daripada kilang-kilang penapisan minyak
dan stesen minyak.

Pencemaran daripada pembakaran terbuka


Pembakaran di tapak-tapak pelupusan sampah.
Pembersihan tanah dan pembakaran sisa-sisa pertanian secara terbuka.
Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan
yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan,
ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini,
-zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini
menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan
Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara
umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau

semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu. Jerebu yang disebabkan
oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan berpanjangan.
Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di Indonesia bergerak ke
Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk. Gambar dipetik dari UTUSAN
ONLINE.

KESAN JEREBU
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang
terutamanya golongan berisiko tinggi iaitu:

Kanak-kanak
Orang tua
Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-

paru yang kronik, jantung dan alahan


Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Jerebu juga boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan flora dan fauna. Antara
kesannya ialah:

Liang stoma tumbuhan tertutup


Menghalang proses fotosintesis
Pertumbuhan fauna terbantut.
PH tanah berubah dan menjejaskan kehidupan akuatik

Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan setelah terdedah secara berterusan kepada
jerebu termasuklah:

Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk


Sukar bernafas atau sesak nafas
Mata pedih dan berair
Hidung berair dan kerap bersin
Kulit badan terasa gatal-gatal
Sakit-sakit dada

Keadaan jerebu yang teruk akan menjejaskan kehidupan seharian manusia. Ini dapat
dilihat apabila kebanyakkan sekolah-sekolah ditutup demi keselamatan dan kesihatan pelajar.
Aktiviti harian juga akan berubah, contohnya para nelayan yang tidak dapat turun ke laut
kerana jarak penglihatan yang terhad dan melibatkan keselamatan mereka. Selain itu, aktivitti
riadah dan rekreasi juga terpaksa ditangguhkan sehingga jerebu beransur pulih. Dari sektor
ekonomi pula, pastinya industri pelancongan akan merosot kerana para pelancong bimbang
dengan kesihatan mereka jika berkunjung ke negara berjerebu. Sektor pengangkutan juga
akan turut terjejas kerana ramai pekerja yang mengambil cuti atau diberi cuti sehingga jerebu
pulih.

Jerebu yang tebal akan membuatkan pandangan menjadi kabur dan terhad. Pastinya
keindahan alam sekitar tidak dapat dinikmati kerana kehijauan telah bertukar dengan
keputihan semata-mata. Bagi pengguna jalan raya, mereka pasti lebih mudah dan lebih
berisiko terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak dapat melihat pada jarak yang
sepatutnya.
Beberapa langkah keselamatan perlu diamalankan ketika jerebu. Dapatkan rawatan dan
nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala
tersebut.
Jika mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau
penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika
keadaan bertambah teruk.
Semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempattempat yang berhabuk hendaklah menggunakan penutup hidung.
Jangan merokok di dalam rumah jika mempunyai anak kecil, warga tua dan sanaksaudara yang mempunyai penyakit.
Sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah yang tertutup, kurangkan aktiviti di
luar rumah.
Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air
bersih.
Gunakan kenderaan yang berhawa dingin.
Minum air yang banyak semasa jerebu.

CARA-CARA MENGATASI JEREBU

Orang awam

Hentikan pembakaran terbuka


Berkongsi kereta
Gunakan pengangkutan awam
Mendidik anak melalui pendidikan Alam Sekitar
Memperbanyakkan kempen kitar semula

Industri
Gunakan gas asli
Amalkan konsep pengeluaran bersih
Kurangkan kuantiti buangan
Pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan
Mengamalkan konsep pembakaran sifar bagi pelupusan sisa pertanian.
Penguatkuasa undang-undang
Mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang melanggar peraturan.

ALAT MENYUKAT JEREBU

STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA

PERBEZAAN BACAAN IPU

Umum mengetahui bacaan yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia adalah jauh lebih rendah
berbanding bacaan yang dikeluarkan oleh negara jiran iaitu Singapura dan juga IPU yang
dikeluarkan oleh UTM. Ini menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat khususnya. Malaysia
sebenarnya masih lagi menggunakan alat yang mengukur zarah pada 10 mikron atau PM10
dan dijangkakan Malaysia akan menggunakan sepenuhnya alat yang dapat mengukur zarah
pada 2.5 mikron atau PM2.5 menjelang penghujung 2016 bagi bacaan Indeks Pencemaran
Udara (IPU).Penggunaan alat pengukuran PM2.5 akan menjadikan bacaan IPU lebih tepat,
berbanding alat pembacaan sekarang yang membaca dan mengukur habuk halus kurang
daripada 10 mikron (PM10).

KESIMPULAN
Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia.
Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan
jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita
tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif
perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua,
sebelum nasi menjadi bubur. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai,
nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar.
Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah
jerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan
selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah
pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada
berbunyi, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

BIBLIOGRAFI

1. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183
2. http://kelip-kelipancontest.blogspot.my/2013/07/langkah-langkah-mengatasijerebu.html
3. http://www.mysains.com/site/index.php/planet-dinamik/33-general/92apakah-itu-jerebu
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/1406-jerubu.html
5. http://www.mynewshub.cc/
6. http://www.sinarharian.com.my/
7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_Pencemaran_Udara
8. http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=c4a09826-ce864379-a6b9-48abc18f25d8&groupId=283545

Anda mungkin juga menyukai