Anda di halaman 1dari 4

SEDIKIT PENGISIAN DARI

INTERNET
Islam sangat mengambil berat tentang masalah hutang-piutang.
Bahkan Rasulullah dalam sembahyangnya sering memohon
kepada Allah SWT supaya terhindar dari masalah hutang,
"Allahumma inni a'uudzu bika min al-ma'tsami wa al-maghram, Ya
Allah aku berlindung kepada-Mu dari berbuat dosa dan lilitan
hutang."
Kerana kebiasaan Nabi SAW berdoa dengan kalimat tersebut,
seorang sahabat bertanya kepada Nabi, "Mengapa Engkau
banyak meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah?"
Jawab Nabi tegas, "Sesungguhnya seseorang apabila sedang
berhutang ketika dia berbicara biasanya berdusta dan bila berjanji
sering mengingkarinya," (HR Bukhori).
Siapa saja, di antara kita pasti pernah mempunyai hutang.
Hutang boleh membuat orang bersedih dan fikiran tidak tenang.
Kepada para sahabatnya, Nabi menegaskan, bahawa hutangpiutang adalah perkara yang harus disegerakan. Kerana
kepentingan membayar hutang, Rasulullah pernah mengajarkan
doa kepada sahabatnya.

Abu Umamah, sorang sahabat Nabi SAW pernah merasakan


kegelisahan dan kebingungan kerana mempunyai hutang yang
tidak boleh dibayar. Suatu ketika dia sedang termenung di Masjid
memikirkan hutang-hutangnya. Melihat sahabatnya gelisah,
Rasulullah SAW langsung bersabda dan memberikan doa kepada
Abu Umamah untuk diamalkan setiap pagi dan petang.
Doanya, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kegundahan
dan kesedihan dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan
dan kemalasan dan aku berlindung kepada-Mu dari sifat penakut
dan bakhil dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan
pemaksaan dari orang lain . "(HR Abu Dawud).
Suatu ketika satu jenazah dibawa kepada Nabi SAW untuk
disolatkan. Nabi bertanya dulu kepada sahabatnya, apakah
jenazah tersebut mempunya i hutang atau tidak. Setelah ada
kepastian, bahawa jenazah tersebut tidak mempunyai hutang,
Rasulullah SAW terus mensolatkannya.
Kemudian dibawanya satu lagi jenazah kepada Rasulullah, maka
Rasulullah bertanya, "Apakah orang ini mempunyai hutang?" Para
sahabat menjawab: "Ya". Maka Nabi bersabda: "solatkanlah
saudaramu ini". Berkata, sahabat Abu Qatadah: "Biar nanti aku
yang menanggung hutangnya". Maka Beliau SAW mensolatkan
jenazah itu. (HR Bukhori).
Hutang adalah penghalang untuk mendapatkan keredhaan Allah
dan masuk ke dalam syurga-Nya. Hutang juga yang akan
melemahkan segala amal kebajikan yang dilakukan di dunia.
Pahala jihad di jalan Allah adalah sebaik-sebaik pahala dan bekal
di akhirat nanti. Dalam Islam, pahala jihad dapat menghapus
segala dosa, tetapi boleh terhalang jika mempunyai hutang.
Sabda Nabi dalam riwayat Imam Muslim, "Seorang yang mati
syahid akan diampuni segala dosa-dosanya kecuali hutang."

Jika hutang boleh menjadi beban di sisi Allah, bagaimana dengan


rasuah yang merompak wang rakyat berbilion ringgit? Pastinya,
bahawa rasuah akan menjadi hutang di akhirat kelak, yang
membuat pelakunya muflis.

Hadis Nabi SAW dalam sahih Muslim, menyebut rasuah sebagai


manusia muflis. Kelak pada hari kiamat, semua pahala solat,
puasa dan zakat akan diambil Allah SWT hingga tidak berbaki,
dan diberikan untuk orang lain. Tidak hanya itu, perasuah juga
akan dibebani dosa setiap orang, yang hartanya saat di dunia
yang dia curi.

Anda mungkin juga menyukai