Anda di halaman 1dari 3

IPGKIK-19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal

Ke-2

Minggu Praktikum

Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian

26 Januari 2016

Tajuk Jurnal

Masalah Disiplin

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini ( 26 Januari 2016 ) saya telah menghadapi masalah pengurusan disiplin di
kelas Dedikasi (KSSR 1) seperti membuat bising, tidak duduk di tempat dan keluar
masuk kelas tanpa kebenaran guru. Hal ini menyebabkan murid-murid sudah biasa
dengan kelakuan sebegini dan masalah kesihatan murid yang menyebabkan mereka
tidak duduk setempat serta kedudukan kelas antara satu dengan lain dekat dan
rapat. Ini menyebabkan saya tidak dapat melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sepenuhnya seperti yang saya rancangkan di dalam bilik darjah.
2.

Analisis

Masalah ini timbul kerana murid tidak mendengar arahan guru semasa guru
berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain
itu, masalah ini mungkin juga berpunca dari PdP yang saya rancangkan di dalam
bilik darjah tidak sesuai dengan minat murid menyebabkan mereka tidak
menumpukan perhatian kepada pengajaran saya di dalam kelas. Selain itu, faktor
persekitaran kelas yang tidak kondusif juga mungkin memainkan peranan dalam
mempengaruhi murid-murid seperti keadaan susun atur meja & kerusi yang rapat di
dalam bilik darjah yang kecil , masalah gangguan elektrik yang seringkali
menyebabkan kipas & lampu tidak berfungsi serta keluasan bilik darjah yang sempit
mengganggu pergerakkan murid & guru menyebabkan murid bertambah bising
kerana mereka tidak selesa dengan keadaan kelas yang menjadi sempit dan
menggangu proses pembelajaran mereka.
Selain ini, saya didapati bahawa masalah kesihatan murid seperti murid bersifat
hiperaktif yang sentiasa berjalan-jalan dalam kelas , mengganggu rakan yang lain

dalam kelas merupakan masalah yang timbul dalam diri murid tersebut yang
mengganggu sesi PdP. Murid yang bersifat autisme pula , masalah tidak duduk
setempat juga merupakan masalah kesihatan yang menyebabkan gangguan
terhadap sesi PdP.

3.

Cadangan Tindakan Susulan

Terdapat beberapa cadangan boleh dilaksanakan untuk memperbaiki masalah yang


wujud iaitu :
i.

Strategi pengajaran dan pembelajaran akan saya rangka sejajar dengan

ii.

minat dan kebolehan murid di dalam sesebuah bilik darjah.


Saya juga perlu merancang strategi pengajaran yang

berdasarkan

penggunaan ICT supaya murid yang bernama Nabila dapat mengikuti sesi
iii.

PdP dengan lebih berkesan lagi.


Saya juga akan lebih tegas dengan murid-murid semasa proses pengajaran
dan pembelajaran khususnya kepada murid yang bernama Daniel supaya
tidak berjalan-jalan dalam kelas dan mengganggu rakan sekelas sewaktu PdP

iv.

berjalan.
Saya juga akan merangka aktiviti pengajaran harian yang lebih menarik agar
dapat menarik minat murid-murid belajar dan terus seronok mengikut sesi

v.

pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir pembelajaran.


Saya juga akan merancang aktiviti permainan yang sesuai dengan tahap
kebolehan setiap murid agar mereka tidak membuat bising ketika di dalam

vi.

bilik darjah.
Aktiviti luar bilik darjah perlu dilaksanakan supaya murid tidak berasa bosan

vii.

belajar di dalam kelas sahaja


Hasil pembelajaran perlu direndahkan atau diubahsuai mengikut tahap
pencapaian murid supaya semua murid kelas Dedikasi dapat menguasai hasil
pembelajaran pada sesi PdP yang berkenaan.

4.

Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan berusaha mengatasi segala masalah saya dengan bersungguh-sungguh.


Hal ini sangat penting kerana ia akan menentukan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran saya pada minggu-minggu yang seterusnya. Di mana saya akan

cuba mencari maklumat-maklumat untuk mendapatkan idea yang menarik dalam


merancang aktiviti di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah agar pengajaran saya
akan jadi lebih menarik lagi. Diharapkan saya akan berjaya mengatasi masalah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan

Tandatangan

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh