Anda di halaman 1dari 2

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN

a) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan
sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang
ramai terhadap profesion perguruan.

b) Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh


membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan

c) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

d) Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya.


Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

e) Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran


kepada setiap muridnya tidak kira bangsa dan agama atau
kepercayaan.

f) Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam


usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang
diterima oleh masyarakat.

g) Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil


terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina,
bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan,
daya intelek dan lain-lain.

h) Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di


kalangan muridnya dan membimbing mereka
memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek,
daya cipta dan rohani.

i) Guru harus menghormati hak setiap murid supaya maklumat


sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau
agensi yang tidak berkenaan.

j) Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu


rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

k) Guru tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan murid, masyarakat atau negara.
l) Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua
muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga
negara yang taat setia dan berguna.

m) Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang


boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa
terhadapnya.

n) Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi


contoh baik/ 'role model' kepada muridnya

o) Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya


untuk pelajaran atau pengajaran yang dijalankan semasa waktu
sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

p) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen


atau pengajaran persendirian.

q) Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan,


politik persendirian terhadap muridnya.

r) Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada


ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya.

s) Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

t) Guru haruslah mengunakan cara yang sah sahaja ( iaitu


berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau
untuk mendapatkan pekerjaan.

u) Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara


membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu
pangkat dalam profesion perguruan.

Anda mungkin juga menyukai