Anda di halaman 1dari 2

BERITA – MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS BAHAGIAN HUB HALAL

JAKIM KE HDC
Oleh :
Tuan Asmawi bin Tuan Umar
Pegawai Perhubungan Awam
Bahagian Hub Halal JAKIM
tuanasmawi@islam.gov.my

Pada 17 April 2008 yang lalu , satu lagi kemajuan dicapai ke arah
memartabatkan lagi pembangunan industri halal di Malaysia.
Perkembangan ini adalah sejajar dengan aspirasi kerajaan di bawah
kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi ke arah menjadikan
negara Malaysia sebagai hub halal dunia serta menjadi pusat rujukan
serantau.

Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub


Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC)
adalah sesuatu yang kena dan tepat pada masanya dalam usaha
memperkasakan pengurusan dan pembangunan industri halal yang
lebih terfokus dan berwibawa.

Terdahulu Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua
Pengarah JAKIM dalam ucapannya menegaskan bahawa JAKIM begitu
positif kepada perkembangan ini sebagai langkah melaksanakan
keputusan yang telah pun dibuat di peringkat kabinet. Justeru itu ,
JAKIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan
proses tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

Manakala Dato’ Jamil Bidin , Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry


Development Corporation (HDC) dalam ucapannya menyatakan bahawa
penyerahan tugas Bahagian Hub Halal JAKIM kepada pihak HDC adalah
satu lagi milestone untuk membantu membangunkan industri halal
negara di samping dapat memacu Malaysia sebagai hub halal dunia.

Tambahnya , beliau merakamkan terima kasih kepada pihak JAKIM atas


pelbagai usaha sebelum ini sehingga Standard Halal MS1500 : 2004
telah mendapat pengiktirafan yang tinggi di peringkat dalam dan luar
negara. Beliau juga menyatakan agar HDC akan dapat berganding bahu
dalam menjalankan tugas baru yang penting terutamanya dalam aspek
syariah yang menjadi nadi kepada pensijilan halal itu sendiri.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas tersebut telah ditandatangani oleh


Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua Pengarah
JAKIM dengan Dato’ Jamil Bidin , Ketua Pegawai Eksekutif Halal
Industry Development Corporation (HDC) serta disaksikan oleh Dato’
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri .
Turut hadir ialah Tan Sri Dr Syed Jalaluddin Syed Salim , Pengerusi
HDC.

Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid menerusi ucapannya beliau menyatakan


bahawa synergy antara pihak JAKIM dan HDC telah diputuskan oleh
Kabinet dalam tempoh tidak kurang daripada sebulan iaitu pada 2 April
2008 , maka 17 April 2008 iaitu dalam masa 15 hari sahaja ia telah
diterjemahkan kepada proses peralihan tersebut. Tambah beliau lagi
bahawa Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) juga telah menerima dan
mengiktiraf pensijilan halal Malaysia termasuklah pihak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru dalam masa proses peralihan ini , Bahagian Hub Halal akan
terus berfunsi seperti biasa dengan menggunakan prosedur dan
standard pensijilan yang sedia ada sehingga HDC selesai menguruskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan proses tarnsisi ini.

Manakala semua urusan yang berkaitan dengan isu pensijilan halal


hendaklah dihantarkan terus kepada seperti alamat berikut :
Pengarah
Bahagian Hub Halal
Halal Industry Development Corporation (HDC)
Aras G & 3 , Blok 2200 , Enterprise Building 3
Persiaran APEC , 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8315 0200 (Hunting Line) Faks : 03-8318 7044

Anda mungkin juga menyukai