Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN

MERENTAS DESA 2016


MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH SEPANG
1. UNDANG-UNDANG KEJOHANAN
Kejohanan ini dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola
MSSD dan MSSS, Undang-undang KOAM dan Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia
(MSSM).
2. KUMPULAN-KUMPULAN UMUR
2.1

Sekolah Menengah Lelaki dan Perempuan


Kelas 1 : 18 tahun dan ke bawah ( umur pada 1 Januari tahun pertandingan )
Kelas 2 : 15 tahun dan ke bawah ( umur pada 1 Januari tahun pertandingan )

2.2 Sekolah Rendah Lelaki dan Perempuan


Kelas 3 : 12 tahun ke bawah ( umur pada 1 Januari tahun pertandingan )
2.3 Umur dikira pada 1hb. Januari tahun dipertandingkan.
3. JENIS PERTANDINGAN
3.1 Individu
3.2 Berpasukan
4. KATEGORI PERTANDINGAN DAN JARAK

KATEGORI
A
B
C
D
E
F

KUMPULAN UMUR
Lelaki bawah umur 18 tahun
Perempuan bawah umur 18 tahun
Lelaki bawah umur 15 tahun
Perempuan bawah umur 15 tahun
Lelaki bawah umur 12 tahun
Perempuan bawah umur 12 tahun

JARAK
8 km
6 km
6 km
6 km
4 km
4 km

5. PENDAFTARAN PESERTA
5.1 Peserta yang bertanding mestilah Warganegara Malaysia.
5.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada borang yang disediakan oleh Jawatankuasa
Pengelola dan ditandatangani oleh Guru Besar atau Penolong Kanan Sekolah
masing-masing.
5.3 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar SATU (1) PASUKAN bagi setiap kategori
pertandingan.
5.4 Setiap pasukan sekolah rendah akan mengandungi enam ( 6 ) peserta bagi tiap-tiap
pasukan atau empat (4) peserta minima.
5.5 Setiap pasukan sekolah menengah akan mengandungi enam ( 6 ) peserta bagi tiap-tiap
pasukan atau empat (4) peserta minima.
5.6 Setiap peserta dianggap memasuki acara perseorangan secara automatik.

5.7 Borang penyertaan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa
Pengelola pada tarikh yang ditetapkan.
5.8 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap peserta yang
didaftarkan sihat dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini.
6. PENETAPAN PUNGUTAN MATA BAGI PASUKAN
6.1 Daripada 6 peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 peserta yang menamatkan
larian akan diambil kira untuk menentukan kedudukan pasukan.
6.2 Pasukan yang mendapat agregat yang terendah akan diistihar sebagai pemenang.
6.3 Jika berlaku seri peraturan 167(8-C) KOAM akan diguna pakai apabila penamat yang
keempat yang terbaik akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

7. PEMBATALAN
7.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang bantuan @ assistance sepanjang perlumbaan. Jika
peserta didapati mengganggu atau memintas peserta lain dengan melengahkan kederasan
lawan maka peserta tersebut dibatalkan.

8. NOMBOR PESERTA
8.1 Nombor peserta hendaklah disediakan oleh sekolah masing- masing.
8.2 Setiap peserta hendaklah memakai nombor di depan dan di belakang dan disematkan
dengan pin pada keempat-empat sudut kain.
8.3 Ukuran kain nombor 26 cm x 18 cm.
8.4 Warna tulisan :
Bawah 18 tahun ( L1 & P1 ) - Hitam
Bawah 15 tahun ( L2 & P2 ) - Merah
Bawah 12 tahun ( L3 & P3 ) - Biru

9.

PENGENALAN TREK / LALUAN


Pengenalan TREK adalah disyorkan sehari atau 24 jam sebelum kejohanan sebenar diadakan.

10. KESELAMATAN DAN TEKNIKAL


10.1 Semua peserta Merentas Desa mestilah sihat dari aspek kecergasan fizikal dan disahkan
sihat oleh ibubapa/penjaga untuk menyertai pertandingan.

10.2

Semua peserta digalakkan memakai kasut yang sesuai.

11. LAKARAN PETA LALUAN


Lakaran grafik dengan panduan yang penting termasuk pandu arah Check Point akan disediakan.

12. PAKAIAN
12.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambil bahagian dan pada
majlis penyampaian hadiah.
12.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak menjolok mata.
13. HADIAH
13.1 Bagi acara individu :
Hadiah dan Sijil : Tempat Pertama hingga Tempat Kelima Belas ( sekolah rendah )
Tempat Pertama hingga Tempat Kesepuluh ( sekolah menengah )
13.2 Sijil Penyertaan akan diberi kepada semua peserta yang menyertai kejohanan ini.
Kat
L1
L2
L3
P1
P2
P3

Jantina
Lelaki
Lelaki
Lelaki
Perempuan
Perempuan
perempuan

Kumpulan Umur
18 tahun kebawah
15 tahun kebawah
12 tahun kebawah
18 tahun kebawah
15 tahun kebawah
12 tahun kebawah

Hadiah & Sijil


Pertama hingga kesepuluh
Pertama hingga kesepuluh
Pertama hingga kelimabelas
Pertama hingga kesepuluh
Pertama hingga kesepuluh
Pertama hingga kelimabelas

Bilangan Hadiah
10
10
15
10
10
15

13.3 Bagi acara Berpasukan


Hadiah dan Sijil
Semua kategori : Johan, Naib Johan dan Ketiga
Kat
L1

Jantina
Lelaki

L2

Lelaki

L3

Lelaki

P1

Perempuan

P2

Perempuan

P3

perempuan

Kumpulan Umur
18 tahun
kebawah
15 tahun
kebawah
12 tahun
kebawah
18 tahun
kebawah
15 tahun
kebawah
12 tahun
kebawah

Hadiah & Sijil


Johan, N Johan, Ketiga

Bilangan Hadiah
6 hadiah x 3 = 18

Johan, N Johan, Ketiga

6 hadiah x 3 = 18

Johan, N Johan, Ketiga

6 hadiah x 3 = 18

Johan, N Johan, Ketiga

6 hadiah x 3 = 18

Johan, N Johan, Ketiga

6 hadiah x 3 = 18

Johan, N Johan, Ketiga

6 hadiah x 3 = 18

13.4 Piala pusingan hendaklah disimpan dengan baik dan perlu bawa pada mesyuarat kali
pertama diadakan.
14. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN DAN TAKLIMAT LALUAN
14.1 Taklimat Pengurus Pasukan ini akan diadakan pada
Tarikh
: 20 Januari 2016
Tempat
: SK Sungai Rawang
Masa
: 8.00 pagi
14.2 Taklimat Pegawai Kejohanan
Masa
: 8.30 pagi
14.3 Pengenalan Trek Rasmi
Masa
: 9.00 pagi

15. BANTAHAN
15.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi prosedur Peraturan 146 KOAM.
15.2 Bantahan tentang keputusan pertandingan hendaklah dilakukan tidak lewat dari lima
belas (15) minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
15.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mestilah disertakan dengan wang
pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja).
16. HAK HAK JK PENGELOLA
16.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi
Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan
Merentas Desa MSSD Sepang, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pemindaan, Pengurus-pengurus Pasukan akan dimaklumkan
16.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak dinyatakan
dalam peraturan Am MSSS, MSSM atau Peraturan KOAM.
17. JURI RAYUAN
Rujuk peraturan Am (12) MSSS
18. LEMBAGA TATATERTIB
Rujuk peraturan (13) MSSS
19. HAL HAL LAIN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
peribadi peserta dan pegawai atau apa bentuk kecederaan atau kemalangan pada masa
pertandingan. Walau bagaimanapun, JK pengelola akan membuat segala persediaan dan
mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku.

DRAF PELAKSANAAN MERENTAS DESA


MSSD
SEPANG 2016

MESYUARAT TEKNIKAL DAN PENYELARASAN


KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEPANG 2016
TARIKH : 7 JANUARI 2016
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT: SMK SUNGAI PELEK