Anda di halaman 1dari 23

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

CIKGU ZAMRI
GURU BAHASA MELAYU
SK LENGA

PENGENALAN

Terdapat beberapa teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.
Teknik tersebut terdiri daripada:

Survey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)

Read, Review, Recite (3R); Know, What, Learned, How (KWLH) dan lain-lain

Lingkaran Soalan

Tatacerita

Bimbingan Menjangka

Teater Pembaca

SURVEY, QUESTION, READ, REVIEW, RECITE (SQ3R)

A)

Survey

Murid-murid membaca secara pantas untuk mendapatkan


gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahaman

Fokus hanya diberi terhadap


tajuk utama, tajuk kecil, gambar , simbol,
ilustrasi dan pemenggalan teks.
masing-masing.

B) Question

menyenaraikan beberapa
isi soalan dalam teks. Soalan tersebut
Murid-murid

adalah berdasarkan perkara yang ingin


diketahui oleh murid-murid tentang isu dalam
teks.
C) Read
Murid-murid dikehendaki

membaca secara
mendalam dan memberi tumpuan kepada teks
yang dibaca. Dalam masa yang sama, murid-murid cuba
mencari jawapan kepada soalan yang telah disenaraikan.

D) Recite
Setelah murid-murid membaca keseluruhan teks, mereka dikehendaki

mengingat kembali kesemua atau


sebahagian maklumat yang terdapat. Senarai
maklumat yang berkaitan soalan atau tugasan perlu dilakukan.
Jawapan yang diberikan mestilah merujuk kepada teks yang diberikan.
E) Review

membaca semula soalan


dan jawapan yang ditulis. Hal ini adalah untuk
Murid-murid dikehendaki

mengesahkan jawapan yang dikemukakan pada peringkat recite.

TEKNIK KWLH
KWLH merujuk kepada K=know, W=want, L=learn, H=how.
Melalui teknik KWLH, murid-murid boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang
dibaca.
Pengetahuan sedia ada sangat penting untuk meniningkatkan keupayaan pemahaman,
pengetahuan, dan maklumat teksyang dibaca.

KWLH boleh dihuraikan seperti berikut:

Know
Murid-murid mencatat maklumat yang sudah diketahui berdasarkan tajuk yang
dibincangkan
Want
Murid-murid mencatat maklumat yang ingin diketahui dengan lebih lanjut
berdasarkan tajuk yang dibaca.

Learn
Murid-murid dikehendaki mencatat isi penting yang diperoleh daripada bahan
bacaan berdasarkan teks.
How
Murid-murid dikehendaki mencatat bagaimana, bila, dan di mana untuk
mendapatkan maklumat yang beum lengkap berdasarkan teks yang diberi.

LINGKARAN SOALAN
Lingkaran soalan yang sesuai
digunakan oleh guru berupaya
memantapkan penguasaan kemahiran
membaca dalam diri murid-murid.
Lingkaran soalan yang digunakan oleh
guru ketika pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca
sewajarnya dijalankan berdasarkan
pendekatan yang sesuai. Sehubungan
itu, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam
(187:160) telah mencadangkan empat
pendekatan yang sesuai dijalankan
dalam KBSR yang diistilahkan sebagai
pendekatan A, B,C dan D. Setiap
pendekatan ini mempunyai lingkaran

PENDEKATAN A

Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya,

berbual tentang gambar

dan menyerapkan isi


pengetahuan daripada mata pelajaran lain.

Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid


menyebutnya.

Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan


menyebutnya.

Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula


membaca kad perkataan.

Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk


perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju.

Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan


menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan
huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju)
= baju.

PENDEKATAN B

Pada peringkat permulaan, dua huruf sahaja diperkenalkan


kepada murid-murid, iaitu huruf m dan s.

Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini adalah untuk


menarik minat murid di samping memastikan mereka
memahami konsep bunyi huruf.

Guru seterusnya menunjukkan kad huruf m dan s lalu


membunyikan kedua-duanya, manakala murid mengikut
sebutan guru.

Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan


membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan
betul.

Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca


bunyi huruf-huruf tersebut secara kumpulan dan individu
contohnya, mu.ka, saya.

PENDEKATAN C
Melalui pendekatan ini, Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172) telah
mengemukakan lapan langkah pelajaran yang berbeza.
Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah
berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.
PELAJARAN 1 ATAU 2

Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf


vokal, a, i, u .

Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf


tersebut beberapa kali secara berselang seli.

Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.

Murid diminta

Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta


mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang
bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku.

menggabungkan bunyi konsonan dengan


bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.

Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan


menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya,
kuku kaki ku

PEMBINAAN JATI DIRI INSAN


PELAJARAN 3

Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u.

Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan
s.

Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua-dua


bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan.

Murid-murid diminta

mencantumkan bunyi huruf b dan s


dengan huruf-huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi,
bu, sa, si dan su.

Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku


kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.

Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya,


ibu baba.

Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain


serta membacanya.

PELAJARAN 4

Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2


dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid
membacanya.

Seterusnya, guru meminta murid mencantum suku kata contohnya, ka, ki,
ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataan dan meminta murid

KESIMPULAN
PELAJARAN 5

Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga


konsonan lain misalnya, t, m dan d.

Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.

Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada,


muda, uda dan membacanya.

Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada


perkataan berikut misalnya, (i) dada dia budi ibu, (ii) mata dia
budi uda.
PELAJARAN 6

Guru meminta murid membina perkataan


misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.

suku kata tertutup

Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita


berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat
sakit kaki tidak ada.
PELAJARAN 7

Guru memperkenalkan bunyi tiga konsonan lagi misalnya, r, p, n.

Guru dan murid mencantumkan bunyi-bunyi konsonan ini dengan


bunyi-bunyi vokal, a, i, u.

PELAJARAN 8

Guru memperkenalkan bunyi vokal-vokal lain, iaitu o, e (pepet),e


(taling).

Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal


o misalnya, bo + tak = botak.

Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e


taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok.

Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat


misalnya, (i) kotak besar itu di situ (ii) ekor kuda.

Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk


menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya
di papan putih dan murid membacanya.

Akhirnya, guru memperkenalkan lebih banyak huruf konsonan


misalnya, l, g, h, f, j, c, y, z, w, q dan x serta memperkenalkan
bunyi gabungan lambing huruf dalam ejaan misalnya, ng = bising,
nga = bunga, sy (sya) = syarat, gh (gha) = ghaib dan ny = nyanyi.

PENGUKUHAN BAHASA,KESENIAN
DAN KESUSASTERAAN
PENDEKATAN D

Melalui pendekatan ini, guru

menunjukkan gambar dan meminta murid me


namakan serta berbual tentang gambar te
rsebut
.

Guru memperkenalkan nama huruf-huruf tunggal


misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya.

Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a


dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan
membunyikannya.

Seterusnya guru meminta murid mencantumkan keduadua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.

Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta


murid menyebutnya.

Guru mengulang untuk perkataan lain.

10 PERINGKAT TATACERITA :
PERINGKAT 1
Guru dan murid berkongsi pengalaman atau cerita sebenar.
Pengalaman sendiri diutamakan kerana pengalaman orang lain adalah
kurang berkesan dan menarik.Pengalaman yang dikongsi oleh guru
juga membolehkan guru memerhati penguasaan kosa kata murid dan
memperkaya pengalaman mereka. Guru turut mempastikan murid
menghasilkan input yang sama dengan berkongsi pengalaman yang
sama-sama mereka lalui. Kaedah penceritaan yang menarik: klik di
sini
PERINGKAT 2
Murid-murid menjalankan aktiviti berdasarkan
pengalaman melalui teknik main peranan, drama dan
muzik yang turut membantu menjadikan pengalaman
itu lebih menarik. Latihan yang dijalankan juga
membolehkan murid mengalami semula peristiwa
yang telah berlaku secara fizikal di samping
meneguhkan elemen kognitif yang sedang diproses.
Aktiviti yang dijalankan juga dengan sendirinya boleh
mengembangkan perbincangan tentang pengalaman
masa lalu murid-murid.

PERINGKAT 3
Murid digalakkan bercerita dan menceritakan semula
peristiwa yang berlaku berdasarkan pengalaman
mereka. Interpretasi yang kreatif tentang peristiwa
tersebut membolehkan murid-murid berkongsi idea
dan mendapat perkataan serta makna baharu.
PERINGKAT 4
Murid diminta melukis gambar yang mempunyai
kaitan dengan pengalaman masing-masing. Melalui
aktiviti ini, murid berpeluang memilih isi-isi penting.
Guru juga mendapat objek yang dilukis oleh murid
dan melabelkannya. Lukisan itu kemudiannya
dibincangkan dan murid berpeluang sekali lagi untuk
mengemukakan pendapat masing-masing dengan
lebih terperinci.

PERINGKAT 5
Guru membina ayat-ayat yang gramatis berdasarkan cerita
daripada pengalaman murid. Murid perlu mengetahui bahawa
cerita yang ditulis oleh guru itu sebenarnya adalah berdasarkan
pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, ayat yang digunakan
seharusnya tidak mempunyai perbezaa yang ketara daripada yang
disampaikan oleh murid. Perkara ini secara tidak langsung
memudahkan penggunaan strategi ramalan apabila murid
membaca kembali pengalaman mereka yang ditulis itu.
PERINGKAT 6
Guru menulis cerita yang lengkap berdasarkan pengalaman murid.
Murid pula membantu guru mengekalkan urutan cerita dengan
menyebut kembali ayat-ayat yang telah dibina secara gramatis
oleh guru. Melalui pengulangan ini, biasanya ekspresi lisan murid
akan bertambah baik.
PERINGKAT 7
Setelah selesai menulis, guru membaca cerita kepada murid
secara perlahan dan berhati-hati. Ini membolehkan murid
mendapat pendedahan sekali lagi kepada ceritanya sebelum
diarahkan oleh guru untuk membacanya. Seterusnya, murid akan

PERINGKAT 8

Strategi berfikir berdasarkan kandungan cerita perlu ditekankan


pada peringkat awal lagi. Guru mengemukakan soalan berdasarkan
petikan cerita kepada murid dan soal jawab dijalankan secara lisan.
Soalan yang dikemukakan kemungkinan soalan berkaitan kosa kata
atau urutan peristiwa dalam cerita tersebut. Guru membimbing
murid memngemukakan jawapan.

PERINGKAT 9
Perkataan-perkataan baharu yang dihasilkan melalui proses
mencipta berdasarkan pengalaman akan dimasukkan oleh guru ke
dalam bank perkataan. Perkataan baharu tersebut dicatat di atas
kad perkataan dan menjadi kamus asas untuk murid. Kad-kad ini
boleh dicantum semula oleh murid untuk menghasilkan cerita yang
baharu.
PERINGKAT 10
Murid boleh membaca ceritanya kepada murid-murid dalam
kumpulan lain. Murid juga boleh bertukar-tukar cerita untuk
mnegetahui pengalaman murid lain. Hasil karya yang lengkap
seterusnya boleh dijilidkan berdasarkan tema. Perkara ini secara
tidak langsung mampu menambah jumlah bahan bacaan yang sesuai

TEKNIK BIMBINGAN
MENJANGKA
Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya
untuk membantu murid membaca dan memahami.
Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan
bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah.
Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca
dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.
Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada
kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.
Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dan murid ketika
menjalankan aktiviti bimbingan membaca.

LANGKAH 1
Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman
sedia ada murid berkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya
pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlu
menjalankan beberapa aktiviti awal, iaitu (i) membaca petikan sepintas
lalu, (ii) menyampaikan isi utama petikan kepada murid,
(iii) menyenaraikan perkataan dan konsep baharu dan menghuraikan
maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayangan slaid atau filem
sebagai pengukuhan pengetahuan dan pengalaman murid tentang isi
petikan.

LANGKAH 2

Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada


murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaan dapat
ditunjukkan melalui empat aktiviti, iaitu (i) mendapatkan isi-isi utama petikan,
(ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks, (iii)
mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan (iv) menghuraikan
gerak balas afektif terhadap petikan.

LANGKAH 3

Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya


berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya
untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan
bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk
pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.

LANGKAH 4
Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab
seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti
tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan
berdasarkan pengalaman baharu yang dialami oleh
murid. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas
dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid
secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat
dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam
kumpulan kecil.
LANGKAH 5
Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh
dijalankan berdasarkan aktiviti dalam keempat-empat
langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh
dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah
berdasarkan tiga kaedah, iaitu (i) melakukan ilustrasi
peristiwa dalam petikan,
(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan

(iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.

..TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai