Anda di halaman 1dari 18

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT


________________________________________________________________________
HBAE1403
MENGGAMBAR
MEI 2013

TAJUK:
1. Huraikan kenyataan Art is creative self expression dan Works of art express and
communicative universal values dengan menunjukkan perkaitan antara peranan guru
Pendidikan Seni Visual untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan
seni kanak-kanak. Apresiasi seni perlu menyeluruh yang berkait dengan tema, bahan,
teknik dan penilaian anda terhadap satu (1) hasilan seni kanak-kanak yang dipilih.
2. Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh karya seni kanak-kanak
yang dipilih.
NAMA : NONIE FUNG
NO. IC : 741228-12-6004
NO. KAD MATRIK : 741228126004002
TEL : 01115398370
E-mail address : nonie fung 74 @yahoo.com
NAMA TUTOR: EN. ABD.RAJI BIN ABDUL HALIM

Bil

Perkara

MukaSurat

Dedikasi

i..

Penghargaan

ii..

1.0

Pengenalan

2.0

Perbincangan Umun

A Tema.
B Bahan
C Teknik.
D Penilaian Guru PSV
3.0

3 - 4
5 - 7
8 - 10
11 - 12
13

Kesimpulan
14

4.0
Rujukan

DEDIKASI
Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buat Emak tersayang,
Yang sentiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anak mu ini
Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidup ku
Buat ahli keluarga yang dikasihi,
Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya
Buat pembimbing yang disanjungi,
Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan ku lupai
Buat mu insan yang sentiasa dirindui,
Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kita kongsi bersama
Untuk teman seperjuangan yang dihormati,
Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

i.

PENGHARGAAN
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Alah S.W.T. kerana dengan
limpah kurnia-Nya, Laporan Sarjana Muda ini telah dapat
disempurnakan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan
penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu
En. Abdul Raji Bin Abdul Halim kerana telah banyak mengorbankan
masa dan tenaga membimbng dan memberi tunjuk ajar serta nasihat
sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.
Tanpa bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya
menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga segala sumbangan
dan pengorbanan ini diberkati oleh
Allah S.W.T.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang
terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu
menjayakan kajian ini.

Wassalam.

ii

1.0

PENGENALAN
Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan seni akan
memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental,
psikomotor dan nilai sosiolisasi1. Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan
holistik bagi setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR telah pun memperlihatkan kemantapannya, arah
dan konsepnya juga begitu jelas.

Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa di

Malaysia, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosio-ekonomi yang
semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni mampu memberi
sumbangan yang besar kepada negara dalam pelbagai aspek. Menggambar adalah salah satu
daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual KBSR2.
Seni dalam Pendidikan mempunyai matlamat yang menarik untuk memberi peluang kepada
pelajar menemui potensi diri melalui perkataan, objek, gambaran, bunyi dan gerakan dan
visual mereka. Simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni
akan membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia
mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang
sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Pendidikan Seni Visual kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga
perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan
mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang
membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambang-lambang tersebut
segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama3. Oleh itu peranan guru Pendidikan Seni Visual
adalah sangat penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni.

1Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
2Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.

2.0PERBINCANGAN UMUM
2.1

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Untuk Mengembangkan Kreativiti

Kanak-kanak Dengan Hasilan Seni Kanak-kanak


1
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi
pandangan menyokong bahawa aplikasi

seni mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Ini seiring dengan pendapat Herbert
Read iaitu Art is creative self expression dan Works of art express and communicative
universal values.Oleh itu, guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting
dalam usaha mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak.
Bidang menggambar boleh didefinisikan sebagai representasi visual sesuatu objek
atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ianya mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Bidang menggambar juga
merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang4.
Bidang menggambar merupakan satu bidang cabang seni yang menegaskan perkembangan
persepsi dan kemahiran seseorang murid melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis
serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik.
Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi
dalam sesuatu hasil karya sebagai contoh lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,
resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta
mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Bidang menggambar.membolehkan murid
mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Ianya dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka
seperti warna, garisan, susunan dan kesannya5.

3Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt
Brace College Pub. Texas.
4Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
5Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.

Bidang menggambar juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat,
bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran
asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan
menjadi fokus. Ini amat bertepatan dengan pendapat Herbert Read iaitu Art is creative self
expression dan Works of art express and communicative universal values.
Guru memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan kreativiti kanakkanak melalui pelbagai aspek iaitu tema, bahan, teknik dan penilaian guru Pendidikan Seni
Visual.
A.

Tema
Aktiviti menggambar boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan

perkembangan kreativiti kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanakkanak

menyampaikan

perasaan,

karya,

meluahkan

emosi,

dan

kebolehan.

Pada

hakikatnyakanak-kanak suka berimaginasisecara semula jadi. Kanak-kanak dapat meluahkan


perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti menggambar. Aktiviti menggambar dapat
membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan
kanak-kanak dalam aktiviti menggambar di dalam kelas, Dengan cara ini, mereka dapat
meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi gambaran atau lakaran objek
di atas kertas. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan
kreativiti kanak-kanak dengan menetapkan sesuatu tema dan kanak-kanak akan
menggambarkan tema tersebut melalui hasilan seni.
Persekitaran fizikal yang direka oleh guru boleh menstimulasi minda kanak-kanak
melalui penetapan tema dan dapat meningkatkan penyelesaian masalah secara kreatif.
Sebagai rangsangan misalnya, guru boleh mempamerkan satu objek seperti bola dan
bertanya, "Apakah corak boleh kita buat dengan bentuk ini?" Kanak-kanak akan
menghabiskan imej mental pertama mereka dan mula mengembangkan idea-idea dari apa
yang mereka lihat di persekitaran mereka. Melihat sekeliling ruangan kelas atau ruang
bermain untuk isyarat adalah kaedah penyelesaian masalah kreatif. Persekitaran yang
mempunyai pelbagai perkara baru akan membentuk kreativiti. Contohnya guru menunjukkan
objek bunga dan memberikan soalan apakah corak yang boleh kita buat melalui objek ini?.
Rangsangan melalui proses penyoalan akan menggalakkan daya fikir mereka dan dengan
bantuan contoh-contoh relevan yang boleh menwujudkan ide baru dan mengukuhkan

pengetahuan budaya kanak-kanak seterusnya membantu mereka menghasilkan corak dan


imej kreatif.Sebagai contoh, guru mencadangkan tema Bebas kepada kanak-kanak yang
berusia 7 tahun.
Berdasarkan lukisan corak dan rekaan kanak-kanak yang berumur 8 tahun jelas kelihatan
penghasilan benda oleh kanak-kanak ini seperti matahari, rumah, bunga dan awan. Lukisan
kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh objek-objek sekeliling yang sangat dekat dengan diri
mereka seperti mana objek yang digambarkan boleh dilihat dalam kehidupan seharian kanak-

kanak.

B.

Bahan
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak
dapat menggunakan berbagai alat dan
4

bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya dan gerakan tangan yang
tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal.Kegiatan membentuk
dan membuat binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek
sebenar. Perbandingan ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai
fungsi dan makna.
Selain itu, penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan
seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psihomotor) dan
koordinasi tangan serta mata.
Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya
perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir
mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni untuk menyuntik rangsangan
yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran di dalam
bilik darjah menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi untuk melibatkan
diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun
media-media yang baru. Dengan memperkenalkan bahan-bahan atau alatan-alatan tertentu,
ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak.
Guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual juga digalakkan untuk membimbing
pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses
menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan
akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang
mampu menghasilkan corak dan rekaan berdasarkan imej dan keadaan sekeliling.
Bahan-bahan yang boleh diperkenalkan oleh guru dalam menggambar seperti cat air,
cat minyak, pastel, oil pastel dan lain-lain lagi.

Cat air
Menggambar dengan cat air dilakukan dengan memilih kertas yang dapat menyerap
air secara baik dan permukaan tidak licin. Ianya dimulakan dengan membuat sketsa tipis

objek yang akan digambar, seterusnya dengan memberi warna secara tipis terlebih
dahulu.Biasanya objek yang dipilih adalah pemandangan, benda dan kehidupan sosial.
Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat air:

Cat minyak
Menggambar dengan cat minyak biasa disebut melukis. Media ini banyak dipilih oleh
para pelukis profesional disebabkan kekuatan bahan yang tahan lama dan kelenturan bahan
untuk mengekspresikan diri pelukis.
Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat minyak:

Pastel
Kelebihan pastel terletak pada keunikan yang ditimbulkan, kemampuannya untuk
dicampur dengan pewarna lain, sehingga hasil akhir objek yang digambar lebih hidup dan

menimbulkan efek improvisasi pewarnaan yang dinamis. Kertas yang dipilih dalam
mengunnakan bahan ini perlu memiliki permukaan yang agak kasar dan berwarna gelap.
Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan pastel:
6

C.

Teknik
Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan

apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanakkanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka
diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan elemen di dunia realiti.
Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk geometri dan simbolik
menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping keupayaan motor yang masih
terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa. Secara umumnya dipersetujui bahawa
manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu melalui bahasa dan representasi6.
Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan kreativiti kanakkanak dengan memperkenalkan pelbagai teknik lukisan kepada kanak-kanak, di antaranya
adalah:
1) Teknik lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk
imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang
dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna
dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti
pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan,
melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,
bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh
dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.
2)

Teknik Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata

yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan
satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas
6Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05Julai 2013. Daripada
http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190

permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna
basah.Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar
seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan
pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
3)

Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting,
gam dan tampal sesuatu bahan ke atas
8

sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D
yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun
dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan
khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan
satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza
dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara
satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu
tajuk atau tema tertentu.

4)

Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu

permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam


sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak
untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang
ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan
menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil
karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5)

Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui

perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan
berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses
ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.
Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang
dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses
penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan
acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang
berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau
bahan lain7.
Berikut adalah contoh hasil seni kanak-kanak yang menggunakan teknik kolaj:

7Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada


http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190

D.

Penilaian Guru PSV


Penilaian

guru

Pendidikan

Seni

Visual

juga

mampu

mengembangkan

mengembangkan kreativiti kanak-kanakmealui


10 penghasilan hasil seni.. Dalam membuat
penilaian tentang hasilan seni kanak-kanak, tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru
perlulah di tahap yang sederhana dan biarlah bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian
pelajar-pelajardi dalam kelas. Ini kerana menurut Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz
dan Day, terdapat beberapa peringkat perkembangan seni kanak-kanak iaitu:

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.
Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas
meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,
pensil serta bahan-bahan lain. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini tidak bersifat realistik dan
banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Selain itu, terdapat
empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu contengan garisan tidak terkawal,
contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)


Pada peringkat ini, terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.
Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek 8.

8Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt
Brace College Pub. Texas.

Penilaian guru yang disandarkan kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid
mampu menyumbang kepada perkembangan kreatviti kanak-kanak. Berikut adalah contoh
hasil seni kanak-kanak dan penilaian guru:
11

Objek-objek yang wujud dalam corak dan rekaan kanak-kanak ini sangat dekat dengan jiwa
dan dunia kanak-kanak yang suka bermain dan berimaginasi. Bandar imaginasi yang
digambarkan oleh kanak-kanak walaupun susunan kurang rasional namun ini adalah sesuatu
yang sesuai untuk standard kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Pengetahuan budaya kanakkanak tentang alam sekitar menghasilkan corak dan rekaan kreatif kanak-kanak dimana
objek-objek seperti orang yang berbentuk skeleteon ini dilukis secara berulang.Berdasarkan
penilaian guru, kanak-kanak telah menghasilkan corak atau rekaan yang unik dan kreatif
sesuai dengan usia kanak-kanak yang berusia 9 tahun.

3.0

KESIMPULAN
12

Aktiviti seni sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan


kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan
perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan
kanak-kanak untuk berfikir dan menjadi seorang yang kreatif.
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni seperti
rekaan dan corak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi
mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf
tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif
terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil
bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan
oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan
bebas9.
Sebagai kesimpulan, hasil kerja seni, corak dan rekaan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perlakuan seni, persepsi seni
dan pengetahuan budaya yang hendak dibentuk adalah reaksi daripada corak dan rekaan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak.
2534 patah perkataan

9Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.

RUJUKAN
Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.

13
3

Al Hurwitz & Micheal day. (1995).Children and Their Art. New York : Harcourt Brace
College Pub. Texas.
Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.
Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada
http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai