Anda di halaman 1dari 14

1.

PENGENALAN
Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari
segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan seni akan memelihara aspek
perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental, psikomotor dan nilai
sosiolisasi1. Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan holistik bagi setiap insan
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR telah pun memperlihatkan kemantapannya, arah dan
konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa di Malaysia,
sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosio-ekonomi yang semakin pesat
dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni mampu memberi sumbangan yang besar
kepada negara dalam pelbagai aspek. Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang
kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR2.
Seni dalam Pendidikan mempunyai matlamat yang menarik untuk memberi peluang kepada
pelajar menemui potensi diri melalui perkataan, objek, gambaran, bunyi dan gerakan dan visual
mereka. Simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti seni akan
membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung dunia mereka
dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan cara yang sama
dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Pendidikan Seni Visual kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga
perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan
mengira.

Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang

membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambang-lambang tersebut


segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama3. Oleh itu peranan guru Pendidikan Seni Visual
adalah sangat penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni.
1Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
2Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
1

2.0PERBINCANGAN UMUM
2.1

Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Untuk Mengembangkan Kreativiti Kanak-

kanak Dengan Hasilan Seni Kanak-kanak


Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa aplikasi seni
mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Ini seiring dengan pendapat Herbert Read iaitu
Art is creative self expression dan Works of art express and communicative universal
values.Oleh itu, guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting dalam usaha
mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak.
Bidang menggambar boleh didefinisikan sebagai representasi visual sesuatu objek atau
imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ianya mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Bidang menggambar juga merupakan
gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang4.
Bidang menggambar merupakan satu bidang cabang seni yang menegaskan perkembangan
persepsi dan kemahiran seseorang murid melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis
serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam
sesuatu hasil karya sebagai contoh lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan
dan mozek. Bidang menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai
alat bahan dan kegunaannya. Bidang menggambar.membolehkan murid mengenali dengan lebih
dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Ianya dapat
memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,
garisan, susunan dan kesannya5.

3Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace
College Pub. Texas.
4Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
5Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.
2

Bidang menggambar juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan
dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan
teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran akan menjadi
fokus. Ini amat bertepatan dengan pendapat Herbert Read iaitu Art is creative self expression
dan Works of art express and communicative universal values.
Guru memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak
melalui pelbagai aspek iaitu tema, bahan, teknik dan penilaian guru Pendidikan Seni Visual.
A.

Tema
Aktiviti menggambar boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan

perkembangan kreativiti kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanakkanak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Pada hakikatnyakanakkanak suka berimaginasisecara semula jadi. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira
atau seronok melalui aktiviti menggambar. Aktiviti menggambar dapat membantu menggalakkan
perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti
menggambar di dalam kelas, Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang
ditunjukkan melalui ekspresi gambaran atau lakaran objek di atas kertas. Oleh itu, guru dapat
menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan kreativiti kanak-kanak dengan menetapkan
sesuatu tema dan kanak-kanak akan menggambarkan tema tersebut melalui hasilan seni.
Persekitaran fizikal yang direka oleh guru boleh menstimulasi minda kanak-kanak
melalui penetapan tema dan dapat meningkatkan penyelesaian masalah secara kreatif. Sebagai
rangsangan misalnya, guru boleh mempamerkan satu objek seperti bola dan bertanya, "Apakah
corak boleh kita buat dengan bentuk ini?" Kanak-kanak akan menghabiskan imej mental
pertama mereka dan mula mengembangkan idea-idea dari apa yang mereka lihat di persekitaran
mereka. Melihat sekeliling ruangan kelas atau ruang bermain untuk isyarat adalah kaedah
penyelesaian masalah kreatif. Persekitaran yang mempunyai pelbagai perkara baru akan
membentuk kreativiti. Contohnya guru menunjukkan objek bunga dan memberikan soalan
apakah corak yang boleh kita buat melalui objek ini?. Rangsangan melalui proses penyoalan
akan menggalakkan daya fikir mereka dan dengan bantuan contoh-contoh relevan yang boleh
3

menwujudkan ide baru dan mengukuhkan pengetahuan budaya kanak-kanak seterusnya


membantu mereka menghasilkan corak dan imej kreatif.Sebagai contoh, guru mencadangkan
tema Bebas kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun.
Berdasarkan lukisan corak dan rekaan kanak-kanak yang berumur 8 tahun jelas kelihatan
penghasilan benda oleh kanak-kanak ini seperti matahari, rumah, bunga dan awan. Lukisan kanakkanak sangat dipengaruhi oleh objek-objek sekeliling yang sangat dekat dengan diri mereka seperti
mana objek yang digambarkan boleh dilihat dalam kehidupan seharian kanak-kanak.

B.

Bahan
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan

untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya dan gerakan tangan yang tersendiri. Ini
membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal.Kegiatan membentuk dan membuat
binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan
ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.
Selain itu, penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan
seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psihomotor) dan
koordinasi tangan serta mata.
4

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya
perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka.
Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni untuk menyuntik rangsangan yang dapat
melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran di dalam bilik darjah
menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam
aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media
yang baru. Dengan memperkenalkan bahan-bahan atau alatan-alatan tertentu, ianya dapat
mencambahkan imaginasi kanak-kanak.
Guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual juga digalakkan untuk membimbing pelajar
untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses
menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan akan
menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang mampu
menghasilkan corak dan rekaan berdasarkan imej dan keadaan sekeliling.
Bahan-bahan yang boleh diperkenalkan oleh guru dalam menggambar seperti cat air, cat
minyak, pastel, oil pastel dan lain-lain lagi.

Cat air
Menggambar dengan cat air dilakukan dengan memilih kertas yang dapat menyerap air
secara baik dan permukaan tidak licin. Ianya dimulakan dengan membuat sketsa tipis objek yang
akan digambar, seterusnya dengan memberi warna secara tipis terlebih dahulu.Biasanya objek
yang dipilih adalah pemandangan, benda dan kehidupan sosial.

Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat air:

Cat minyak
Menggambar dengan cat minyak biasa disebut melukis. Media ini banyak dipilih oleh
para pelukis profesional disebabkan kekuatan bahan yang tahan lama dan kelenturan bahan untuk
mengekspresikan diri pelukis.
Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat minyak:

Pastel
6

Kelebihan pastel terletak pada keunikan yang ditimbulkan, kemampuannya untuk


dicampur dengan pewarna lain, sehingga hasil akhir objek yang digambar lebih hidup dan
menimbulkan efek improvisasi pewarnaan yang dinamis. Kertas yang dipilih dalam
mengunnakan bahan ini perlu memiliki permukaan yang agak kasar dan berwarna gelap.
Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan pastel:

C.

Teknik
Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan

apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanakkanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka
diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan elemen di dunia realiti.
Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk geometri dan simbolik
menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping keupayaan motor yang masih
terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa. Secara umumnya dipersetujui bahawa
manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu melalui bahasa dan representasi6.

6Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05Julai 2013. Daripada


http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190
7

Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan kreativiti kanakkanak dengan memperkenalkan pelbagai teknik lukisan kepada kanak-kanak, di antaranya
adalah:
1) Teknik lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk
imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang
dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan
jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel,
pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan
menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna
dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung
kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.
2)

Teknik Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang

mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui
sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan
gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti
media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna
basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah.Ianya banyak menggunakan
warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak,
cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna
dengan betul.
3)

Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu

permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang
mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih
8

untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada
imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi
artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada
berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain
dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema
tertentu.

4)

Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu

permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam


sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak
untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada
seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih,
diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan
menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil
karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5)

Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui

perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan
berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses
ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses
dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan
dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok,
plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk

menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu
permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain7.
Berikut adalah contoh hasil seni kanak-kanak yang menggunakan teknik kolaj:

D.

Penilaian Guru PSV

7Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada


http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190
10

Penilaian guru Pendidikan Seni Visual juga mampu mengembangkan mengembangkan


kreativiti kanak-kanakmealui penghasilan hasil seni.. Dalam membuat penilaian tentang hasilan
seni kanak-kanak, tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru perlulah di tahap yang sederhana
dan biarlah bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian pelajar-pelajardi dalam kelas. Ini
kerana menurut Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day, terdapat beberapa peringkat
perkembangan seni kanak-kanak iaitu:

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan
yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas
lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahanbahan lain. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan
lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Selain itu, terdapat empat peringkat contengan
pada peringkat manipulative iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal,
contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)


Pada peringkat ini kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada
peringkat ini juga, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)


Pada peringkat ini, terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan
figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek 8.

8Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace
College Pub. Texas.
11

Penilaian guru yang disandarkan kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid mampu
menyumbang kepada perkembangan kreatviti kanak-kanak. Berikut adalah contoh hasil seni
kanak-kanak dan penilaian guru:

Objek-objek yang wujud dalam corak dan rekaan kanak-kanak ini sangat dekat dengan
jiwa dan dunia kanak-kanak yang suka bermain dan berimaginasi. Bandar imaginasi yang
digambarkan oleh kanak-kanak walaupun susunan kurang rasional namun ini adalah sesuatu
yang sesuai untuk standard kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Pengetahuan budaya kanak-kanak
tentang alam sekitar menghasilkan corak dan rekaan kreatif kanak-kanak dimana objek-objek
seperti orang yang berbentuk skeleteon ini dilukis secara berulang.Berdasarkan penilaian guru,
kanak-kanak telah menghasilkan corak atau rekaan yang unik dan kreatif sesuai dengan usia
kanak-kanak yang berusia 9 tahun.

3.0

KESIMPULAN
Aktiviti seni sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan kanak-

kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan perasaan,

12

karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan kanak-kanak
untuk berfikir dan menjadi seorang yang kreatif.
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni seperti rekaan
dan corak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di
dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik,
nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif
terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian
dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan oleh guru. Di
samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan bebas9.
Sebagai kesimpulan, hasil kerja seni, corak dan rekaan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perlakuan seni, persepsi seni dan
pengetahuan budaya yang hendak dibentuk adalah reaksi daripada corak dan rekaan yang
dihasilkan oleh kanak-kanak.
2534 patah perkataan

9Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
13

RUJUKAN
Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.
Al Hurwitz & Micheal day. (1995).Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College
Pub. Texas.
Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.
Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.
Representasi

Lukisan

Awal

Kanak-kanak.

Dilayari

pada

05

Julai

2013.

Daripada

http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

14

Anda mungkin juga menyukai