Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Dalam kehidupan seseorang manusia, kita sebagai manusia telah belajar dari dalam
kandungan ibu lagi seperti kemahiran mendengar iaitu bayi boleh mengenali suara
ibunya dalam kandungannya lagi. Dan setelah bayi itu lahir ia akan belajar
mengenal raut wajah ibu bapanya pula dan bau ibunya. Ini terbukti kita sebagai
manusia telah terbiasa dengan kehidupan yang penuh dengan pembelajaran dari
dalam kandungan ibu sehinggalah lahir ke dunia dan seterusnya meningkat
dewasa. Dan selalunya ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah
pada awal umur 2 tahun untuk mempelajari sesuatu yang baru disekolah dan
seterusnya ke Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan tahap tertinggi di
Universiti. Untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan banyak faktor yang
mempengaruhi pelajar untuk cermelang dalam pendidikannya sebagai contohnya
dari segi pemakanannya, persekitarannya dan yang paling penting adalah
kemahiran belajarnya. Menurut Affan, O. (2007) menyatakan bahawa kemahiran
belajar ini perlu diumpamakan sejenis kenderaan dan semakin cekap kita
menguasai kemahiran belajar ini, maka bertambah pantaslah kenderaan itu bagai
menuju ke menara gading. Oleh yang demikian kemahiran belajar amat penting
kepada semua pelajar untuk menghadapi cabaran semasa belajar dan kemahiran ini
amat perlu di kuasai dengan betul khususnya kepada golongan pelajar yang tidak
dapat dapat belajar secara formal iaitu pelajar pendidkan jarak jauh (PJJ) yang
menyertai program pembelajaran pendidikan jarah jauh.

Sejauh manakah anda faham dengan kaedah pembelajaran pendidikan jarah jauh?
Menurut Hassan, F. et. al. (2006) istilah kepada pendidikan jarak jauh (PJJ)
sebenarnya adalah dalam bentuk pelbagai. Walaupun tiada definisi yang amat
tepat, namun kesemua definisi mestilah mempunyai elemen-elemen asas seperti
berikut iaitu (a.) pengasingan oleh jarak melalui fizikal antara pelajar dengan
pengajar, seterusnya kesemua sistem komunikasi antara dua hala sama ada
sinkroni atau asinkroni amat diperlukan untuk menghubungkan dan memudahkan
proses pembelajaran dan pengajaran. (b.) Dan penggunaan kepelbagaian bahan
media berteknologi sama ada bahan media cetak seperti buku, media audio seperti
melalui radio, media video dan media komputer digunakan untuk menyampaikan
bahan pembelajaran. (c.) Kemudahan seperti masa, tempat dan cara belajar oleh
pelajar PJJ yang pelbagai dari segala aspek mengikut kemampuan pelajar. Manakala
golongan-golongan mengikuti program PJJ ini kebanyakkannya terdiri daripada
golongan yang telah berkerjaya untuk mengejar impian mereka dimana sebelum ini
terdapat kekangan lain untuk meneruskan pembelajaran ke tahap lebih tinggi. Dan
tugasan belajar sambil berkerja bukanlah mudah kerana terdapat kekangankekangannya seperti kesuntukan masa, tiada buku rujukan, masalah kewangan dan
sebagainya. Untuk berjaya di dalam pendidikan, kita seharusnya dilengkapi dengan

kemahiran belajar, jika tiada kemahiran belajar ini, agak sukar untuk mengharungi
persekitaran jarah jauh. Di dalam senarai kemahiran belajar yang paling penting
pertama sekali adalah kemahiran menguruskan masa belajar dan menguruskan
tugasan hakiki sebagai seorang pekerja dan tanggungjawab kepada keluarga,
keduanya adalah kemahiran kerja berpasukan iaitu sejauh manakah pelajar PJJ
boleh menggunakan kemahiran ini untuk perbincangan di dalam kelas dan belajar
secara berkumpulan. Dan yang ketiganya adalah kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (ICT) selari dengan teknologi sekarang, pelajar PJJ perlu menguasai
kemahiran ini untuk belajar secara kendiri melalui kaedah ICT. Dan yang terakhir
adalah kemahiran membuat rujukan untuk memperluaskan pengetahuan dalam
sesuatu mata pelajaran tersebut.

2.0 KEMAHIRAN PENGURUSAN MASA

Pengurusan masa yang betul adalah kunci kejayaan dalam kolej. Anda perlu
menguruskan masa dengan berkesan jika anda ingin berjaya. (Nadinloyi, K. B. et.
al., 2013). Begitu jugalah kepada pelajar yang belajar dalam persekitaran jarah jauh
yang perlu menguruskan masa dengan betul kerana kebanyakkan pelajar PJJ telah
mempunyai kerjaya dan memiliki keluarga untuk melaksanakan tanggungjawab
kepada keluarga. Jadi disinilah kemahiran dalam pengurusan masa perlu
dilaksanakan dengan kaedah yang tepat dan berkesan. Dibawah ini bagaimana cara
kemahairan pengurusan masa dapat membantu pelajar PJJ dalam pembelajaran
dalam pendidikan jarak jauh:

2.1 Tetapkan Matlamat Utama


Dalam pengurusan masa yang paling utama adalah matlamat, jika tiada matlamat
yang ingin dicapai maka kita tiada hala tujuan untuk dicapai. Sebagai pelajar PJJ,
kita semestinya mempunyai matlamat yang perlu di tetapkan sebagai contoh ingin
menamatkan pendidikan selama 4 tahun dengan cemerlang. Jadi jika matlamat
telah di tetapkan maka perlulah dengan di susuli dengan tindakan pula seperti
membuat jadual masa.

2.2 Jadual Masa


Dalam kehidupan seharian kita, dipenuhi dengan tugasan-tugasan tetap sebagai
seorang pekerja kepada sesebuah organisasi dan kemungkinan ada yang telah

mempunyai keluarga. Oleh itu sebagai pelajar PJJ mempunyi masa yang terhad
kerana masa perlu dibahagikan kepada tugasan kerja, tanggungjawab kepada
keluarga dan belajar secaran pendidikan jarah jauh. Jadi penyelesaian untuk
membahagikan masa dengan betul perlulah membuat jadual masa untuk harian,
mingguan dan bulanan. Dalam menyediakan jadual masa sendiri, perlulah mencari
keutamaan dalam kehidupan seharian.

2.3 Menilai Keutamaan


Sebelum membuat jadual masa, perlu mencari keutamaan dalam yang paling
utama, bermaksud cari perkara yang paling utama untuk dilakukan dulu sebagai
contoh: jika berkerja dari pukul 8pagi sehingga 5petang, perlulah selesai tugas
sebagai seorang pekerja dan jika ada keluarga perlu luangkan masa untuk bersama
keluarga dan sebagai seorang pelajar PJJ perlu tentukan apa yang paling utama pula
dalam belajar seperti perlu siapkan tugasan belajar dahulu dan kemudian perlu
mengulangkaji pelajaran pula. Di sini perlu mencari apa yang paling penting utama
untuk dilakukan. Dalam mencari keutaman ini, perlulah berdisplin selepas jadual
masa dan keutamaan telah ada.

2.4 Displin Diri


Setelah membuat jadual masa untuk membahagikan semua masa kepada perkara
yang paling penting untuk mancapai matlamat yang telah ditetapkan, di sinilah
bermulanya cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut iaitu perlu berdisplin
mengikuti jadual masa agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Sebagai seorang
pelajar PJJ yang mengikuti pembelajaran jauh perlu menguruskan masa dengan
betul agar dapat membantu dalam kehidupan seharian sebagai pelajar PJJ.

Menurut Nadinloyi, K. B. Et al. (2013) telah mengesahkan bahawa kajian


menunjukkan bahawa kemahiran masa boleh dilatih. Memandangkan hubungan
antara masa pengurusan dan pencapaian akademik menyebabkan peningkatan
dalam pencapaian akademik, terutamanya di kalangan pelajar yang pengurus masa
yang lemah. Oleh yang demikian kemahiran dalam pengurusan masa amat penting
dalam menentukan kejayaan seseorang itu. Tetapi secara individu belajar amat
sukar juga dalam persekitaran belajar jarah jauh kerana memerlukan sokongan dari
individu - individu lain untuk berjaya seperti berlajar dalam kumpulan lebih
bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

3.0 KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN

Ahli pasukan mestilah cukup fleksibel untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja kerjasama di mana matlamat dicapai melalui kerjasama dan saling bergantung
sosial daripada individu, matlamat kompetitif. (Luca & Tarricone, 2002) Secara am
jika kita belajar secara sendirian kita lebih tertumpu kepada pendapat dan
pemikiran kita sahaja. Tetapi jika berlajar secara berkumpulan maka idea dan
pemikiran boleh dikongsi dan kembangkan lagi. Jadi di sini kemahiran kerja
berpasukan itu mesti ada dalam persekitaran pendidikan jarak jauh, ini dapat
membantu pelajar PJJ dalam perbincangan kelas ataupun belajar secara
berkumpulan.

3.1 Kerjasama dalam Perbincangan dan tugasan


Dalam kemahiran kerja berpasukan ini perlu ada sifat kerjasama dalam diri pelajar
PJJ. Ini penting dalam penglibatan pelajar PJJ di dalam kelas khusuh jika ada
perbincangan atau perlu menyelesaikan tugasan belajar, pelajar PJJ perlu memberi
kerjasama dan kemahiran kerja berpasukan ini amat penting bagi tugasan yang
memerlukan penglibatan antara kumpulan. Jika tiada maka sukarlah seorang pelajar
PJJ untuk belajar dan mendapat markah yang sepatutnya kerana kelas untuk
pendidikan jarah jauh hanya paling minimun iaitu mungkin 4 6 kelas sahaja. Jadi
jika perlu ada penglibatan dalam kelas perlu memberi kerjasama agar tidak
ketinggalan. Dan agar tidak ketinggalan perlu belajar secara berkumpulan juga.

3.2 Belajar secara berkumpulan


Menurut Nor, K. M. (2002), belajar berkumpulan secara amnya lebih berdaya maju
dari berseorangan dalam semua pekerjaan dan aktiviti. Ini akan untuk
meningkatkan kecenderungan kepada kadar kelajuan bekerja apabila dalam
kumpulan terutamanya bagi kerja yang mudah. Kenapa perlu belajar secara
berkumpulan untuk pelajar PJJ? Ini kerana sebagai seorang pelajar PJJ mempunyai
kekangan masa untuk berjumpa pelajar lain dalam kelas yang sangat terhad iaitu
dapat berjumpa jika ada kelas sahaja. Jadi kemahiran kerja berpasukan perlu ada
disini agar dapat mencari kumpulan pelajar untuk belajar secara berkumpulan. Jika
tiada kemahiran ini maka sukar untuk pelingbatan belajar berkumpulan yang
banyak kebaikan dan kelebihan untuk pelajar PJJ. Selain menyertai belajar di forum,
pelajar PJJ jugak perlu ada kumpulan belajar untuk belajar secara berkumpulan.
Menurut Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun) kajian menunjukkan
pelajar yang berkeputusan tinggi menunjukkan bahawa mereka lebih seronok ketika
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi idea ketika bekerja.

Menurut Luca & Tarricone (2002) telah mengesahkan bahawa jika jika mempunyai
kemahiran kerja berpasukan di dalam kumpulan belajar lebih berjaya dalam
pembelajaran. Kajian mereka ke atas dua kumpulan belajar iaitu satu kumpulan
belajar yang berjaya dan satu lagi adalah kumpulan belajar yang kurang berjaya.
Faktor kerjayaan dalam kumpulan belajar berjaya adalah memberi komitmen yang
penuh pada kumpulan, saling bergantungan antara satu sama lain dalam kumpulan,
kemahiran interpersonal seperti hormat menghormati, mengamalkan komunikasi
terbuka dan maklumbalas yang prositif dan menghargai sesama yang lain. Oleh
yang demikian kemahiran kerja berpasukan penting dalam pembelajaran
persekitaran pendidikan jarah jauh banyak membantu pelajar PJJ untuk berjuang
dalam pembelajaran di samping memerlukan kemahiran lain seperti kemahiran
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang perlu dalam dunia yang semakin
serba canggih ini.

4.0 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan jarak jauh
(PJJ) semakin berkembang. Pendidikan berteraskan secara talian dan juga web telah
mula diaplikasikan sebagai perlbagi cara merentasi tahap dalam pendididikan hari
ini. (Hassan, F. et. al., 2006). Mengapa kemahiran ICT amat penting kepada
golongan pelajar PJJ? Ini kerana secara keseluruhan pembelajaran ini berasaskan ICT
seperti menggunakan komputer, e-mail untuk perhubungan tutor dan pelajar lain
serta berforum. Jadi kemahiran ini begitu penting dalam persekitaran pembelajaran
jarah jauh:

4.1 Perkakasan ICT


Dalam semua kemahiran, kemahiran ICT inilah asas dan sebagai tunggak utama
dalam konsep pembelajaran jarak jauh ini. Komputer merupakan alat bantuan yang
teramat penting. (Hassan, F. et. al., 2006). Pertama sekali sebagai pelajar PJJ perlu
menguasai bagaimana menggunakan perkakasan ICT seperti komputer dan
sebagainya. Perkakasan ini sebagai modul perantaraan antara konsep pembelajaran
jarah jauh sebagai contoh pelajar PJJ perlu ada sebuah komputer di rumah untuk
aktiviti pembelajaran jarak jauh. Selain tahu menggunakan komputer, perlu juga
tahu menggunakan alat belajar kendiri secara pembelajaran jarak jauh seperti
contoh seperti CD-ROM, aplikasi- aplikasi microsof untuk menyediakan tugasan dan
aktiviti pembelajaran. Jadi ini amat membantu dalam mengharungi pembelajaran
secara pendidikan jarak jauh. Jika kemahiran ini di kuasai dengan cemerlang maka

pelajar PJJ boleh belajar secara kendiri seperti mencari bahan untuk pembelajaran
secara kendiri di internet.

4.2 Internet
Selain itu, informasi dan maklumat berguna juga boleh didapati dijaringan internet.
Kini kemudahan internet ini boleh di dapat di mana-mana sahaja. Penggunaan
internet ini semakin mudah, fleksibel dan cepat. (Hassan, F. et. al., 2006). Dalam
pembelajaran PJJ perlu menguasai cara untuk menggunakan internet kerana untuk
mendapatkan maklumat untuk sumber belajar adalah sangat penting. Kemahiran ini
amat membantu pelajar PJJ dan bonus kepada sesiapa yang menguasainya. Sebagai
contoh pelajar perlu menyelesaikan tugasan dan memcari maklumat contohnya
perlukan artikel atau buku sebagai bahan tugasan, jadi pelajar PJJ kurang masa
untuk pergi perpustakaan mencari bahan-bahan tersebut. Jadi pelajar PJJ boleh
mencari maklumat di jaringan internet dan selalunya pusat institusi telah
menyediakn perpustakaan secara atas talian. Jadi pelajar PJJ senang mendapatkan
maklumat dan bahan belajar. Selain mendapatkan maklumat di internet, pelajar PJJ
perlu berkomunikasi dengan tutor dan pelajar lain di forum yang terdapat di portal.

4.3 Portal Institusi


Dalam tempoh pendidikan jarah jauh, nadi kepada seorang PJJ adalah menggunakan
portal yang di sedikan oleh pihak institusi. Di dalam portal pendidikan jarah jauh
terdapat kemudahan untuk pelajar PJJ, jadi di sini kemahiran ICT amat penting
semasa ingin mengunakan portal pendidikan jarak jauh ini kerana terdapat
kemudahan seperti forum untuk pelajar dengan e-tutor berbincang, terdapat modul
pembelajaran, melihat markah-markah tugasan atau markah ujian, pembayaran
dan sebagainya. Sebagai contoh pelajar ingin berbincang dengan e-tutor, pelajar PJJ
boleh melayari forum untuk bertukar pendapat dengan pelajar lain. Kemahiran ICT
ini memudahkan pelajat PJJ untuk belajar secara lancar dengan menguasai
kemahiran ICT dan ia sangat fleksibel iaitu pelajar PJJ boleh menguruskan
pembelajaran mereka sendiri.

Dalam kajian Hassan, F. et. al. (2006) menyatakan bahawa ICT dan
pendidikan jarak jauh amat sinonim dan pendidikan jarak jauh dan ICT memang
tidak dapat di pisahkan dan telah mengesahkan bahawa ICT memang relevan untuk
pendidikan jarak jauh. Dan telah mengesahkan seramai 80% pelajar cemerlang
mengaku menggunakan ICT sebagai bantuan dalam proses pembelajaran iaitu
untuk membuat tugasan (50%) dan berhubung dengan rakan-rakan dan pengsyarah
45% . Ini mebuktikan bahawa kemahiran ICT amat membantu dalam mengharungi

pembelajaran secara persekitaran pendidikan jarak jauh serta dilengkapi dengan


kemahiran membuat rujukan untuk melengkapkan pembelajaran.

5.0 KEMAHIRAN MEMBUAT RUJUKAN

Dalam kemahiran membuat rujukan adalah merujuk kepada membaca atau mencari
bahan-bahan rujukan tambahan kepada pembelajaran pada sesuatu subjek. Pelajar
PJJ amat perlu membiasakan diri untuk mencari maklumat dan bahan-bahan di
perpustakaan, tetapi diera ini dan persekitaran pembelajaran jarak jauk amat
menghadkan masa untuk pelajar PJJ untuk berada di perpustakaan jadi pelajar PJJ
seharusnya bijak untuk melatih kemahiran membuat rujukan juga walaupun tidak
berada di perpustakaan, pelajar PJJ boleh membuat pilihan untuk menggunakan
perputastakaan atas talian yang di sediakan oleh setaip institusi sebagai contoh di
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menyediakan perpustakaan atas talian ini
bermakna pelajar PJJ di instituisi tersebut boleh mencari rujukan pada bila-bila masa
sahaja dan di mana sahaja. Menurut Jaafar, H. et. al. (2007) dengan mempunyai
kemahiran membuat rujukan ini, pelajar akan lebih menguasai dan memahami
lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran tersebut. Bagaimana kemahiran
belajar boleh membantu pelajar PJJ dalam mengharungi persekitaran jarak jauh?

5.1 Menguasai Sesuatu Mata Pelajaran


Dalam sesuatu pembelajaran mata pelajaran, pelajar PJJ akan diberikan modul
untuk bahan kendiri belajar tetapi dengan menguasai kemahiran membuat rujukan
maka pelajar PJJ lebih memahami konsep mata pelajaran tersebut ini akan
memperluaskan pengetahuan terhadapat mata pelajaran tersebut dan juga akan
menambahkan nilai kepada pembelajaran pelajar PJJ. Kemahiran ini sebagai
tambahan penting kepada pelajar PJJ selain menghadiri kelas, berbincang diantara
pelajar dengan pengajar. Kebaikannya juga adalah dapat mengisi dang
melengkapkan fakta tentang sesuatu pembelajaran, dapat memperbetulkan faktafakta atau konsep yang tersalah catat dan meningkatkan lagi motivati pelajar PJJ
untuk belajar. Jadi pelajar PJJ tidak hanya tertertumpu kepada modul pelajaran
sahaja tetapi dengan sedikit usaha akan memberi pelajar PJJ bonus tambahan untuk
berjaya dengan kemahiran membuat rujukan ini. Selain menguasai mata pelajaran
pelajar juga akan di beri tugasan untuk setiap mata pelajaran.

5.2 Membantu membuat tugasan

Untuk setiap mata pelajaran akan ada tugasan yang akan diberi. Jadi dalam
kemahiran membuat rujukan amat mebantu pelajar PJJ untuk menjayakan tugasan
tersebut. Dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh akan mempunyai kekangan
kekangan apabila menyiaplan tugasan jadi dengan kemahiran membuat rujukan
pelajar PJJ boleh menyelesaikan tugasan tersebut. Dalam menyiapkan sesebuah
tugasan amat memerlukan bahan-bahan rujukan untuk memberi idea dan rujukan
dan kemahiran ini juga akan menjamin dapat meningkatkan hasil laporan, tugasan
dan sebagainya. Contoh untuk rujukan seperti ensiklopedia, jurnal, majalah dan
internet. Dan juga akan menunjukkan pelajar PJJ tersebut berpengetahuan luas
dalam mata pelajaran tersebut.

5.3 Persediaan Peperiksaan


Kemahiran membuat rujukan juga bermanfaat dalam membuat persediaan kepada
peperiksaan, sesetengah soalan untuk peperiksaan memerlukan pengetahuan
untuk menjawab persoalan tersebut. Oleh yang demikian kemahiran membuat
rujukan ini amat diperlukan ini akan membantu pelajar PJJ untuk menduduki
peperiksaan denga lebih yakin. Dalam pembelajaran pendidikan pelajaran jarak
jauh akan diberi bahan belajar kendiri untuk belajar tetapi dengan kemahiran
membuat rujukan akan melengkapkan pembelajaran pelajar PJJ walaupun belajar
secara PJJ tetapi masih dapat menguasai sesuatu mata pelajaran tersebut dan akan
memberi kecermelangan dalam perperiksan dan tugasan iaitu markah kepada
pelajar PJJ bergantung kepada kemahiran membuat rujukan pelajar PJJ tersebut.

Dalam hasil kajian Jaafar, H. et. al. (2007) menunjukkan kemahiran membuat
rujukan adalah tertinggi dari kemahiran yang lain pada pelajar Ijazah Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan, UTM. Menurut Jaafar, H. et. al. (2007) menyatakan bahawa
sebagai seorang pelajar, mereka tidak perlu bergantung kepada nota-nota atau
modul pembelajaran sahaja, mereka perlu membuat rujukan untuk mengukuhkan
lagi penguasaan terhadap sesuatu mata pelajaran tersebut. Oleh yang demikian ini
membuktikan kemahiran membuat rujukan penting dalam mengharungi
persekitaran pembelajaran jarak jauh untuk lebih berjaya dalam pendidikan
seseorang pelajar jarak jauh tersebut.

6.0 CADANGAN

Cadangan yang terbaik dalam kemahiran belajar untuk menghadapi


suasana pembelajaran pendidikan jarak jauh:

A.) Cadangan Pertama adalah dengan melaksanakan perancangan pengajian yang


memerlukan jadual yang iaitu sentiasa meninjau dan mengekalkan jadual untuk
mengikutinya dalam masa yang melaksanakan perancang masa disusun mengikut
keutamaan dan simpan senarai semak tugas selesai dan cemerlang, Sebagai
contoh dalam era teknologi maklumat tinggi pada masa sekarang terdapat banyak
pilihan untuk membuat jadual belajar secara efektif seperti menggunakan smart
phone sekarang mempunyai aplikasi Android untuk jadual belajar di dalam
telefon mudah alih pelajar, jadi pelajar boleh membuat peringatan untuk masa
belajar yang di tetapkan jadi masa lebih teratur kerana mempunyai jadual belajar di
telefon pelajar.

B.) Cadangan keduanya ialah jika dulu ingin belajar berkumpulan perlu berjumpa di
suatu tempat untuk berbincang, tetapi dengan dengan dunia canggih sekarang
semuanya boleh di buat di telefon mudah alih pelajar jarak jauh dan dengan masa
yang terhad. Sebagai contoh pelajar boleh menggunakan aplikasi whatassp untuk
membuat kumpulan belajar jadi di mana sahaja berada boleh hubungi kumpulan
belajar untuk sesebuah perbincangan. Di sinilah kemahiran kerja berpasukan perlu
di terapkan untuk belajar secara berkumpulan.

C.) Cadangan ketiga adalah tidak semua pelajar PJJ mahir dalam menggunakan ICT
iaitu komputer, internet dan portal institusi. Oleh itu pelajar PJJ boleh mengikuti
kursus ICT untuk menguasai lebih dalam penggunaan ICT. Kebanyakkan kursus ini
selalu di tawarkan dan boleh juga belajar sendiri di jaringan internet atau membeli
buku untuk belajar sendiri.

D.) Dan cadangan terakhir ialah tidak semua pelajar dapat menguasai kemahiran
membuat rujukan yang amat penting dalam pembelajaran, maka cadangannya
adalah pihak institusi perlu memberi kesedaran kepada pelajar PJJ dengan memberi
taklimat betapa pentingnya kemahiran belajar antaranya adalah kemahiran
membuat rujukan akan menentukan kejayaan seseorang pelajar PJJ tersebut.

7.0 KESIMPULAN

Dalam erti kata lain tiada jalan pintas untuk berjaya dalam pelajaran lebihlebih lagi dalam pembelajaran pendidikan jarak jauh yang amat mencabar
melainkan dapat menguasai kemahiran belajar yang dapat membantu pelajar
dalam pembelajaran mereka dalam persekitaran jarak jauh. Walaupun terdapat
halangan masa, tanggungjawab kepada kerja dan keluarga tetapi dengan sedikit
strategi terhadap kemahiran-kemahiran belajar, masalah masalah yang biasa
dihadapi oleh pelajar PJJ dapat diselesaikan. Belajar tanpa kemahiran belajar ibarat
pergi berjuang ke medan perang tanpa stategi dan senjata. Semua kekangan yang
ada dapat diatasi di dalam persekitaran pembelajaran jarak jauh jika pelajar PJJ
pandai untuk mengunakan kemahiran-kemahiran belajar tersebut.

( 3036 Patah Perkataan)

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Affan, O. (2007). Menjadi Remaja Smart Study: Kemahiran Belajar. Ampang: PTS
Litera
Utama.

Aziz, M., & Ahmad, N. (2008). Kemahiran Belajar Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik: Kajian Di Daerah Kerian, Perak. (Malay). Jurnal
Pendidik
Dan Pendidikan, 23, 29-47. In Ebscho ( OUM Digital Collection).

Hamzah, R., Othman, W., & Sin, W. T. C. (Tiada Tahun). Pola Gaya Pembelajaran
Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Yang
Mengikuti Program Pendidikan Jarak Jauh (Pjj) Di Pusat Pembelajaran Space
Di
Universiti Teknologi Malaysia. 1-225. [Online].
Available:http://eprints.utm.my/2341/ [2014, February 24].

Hassan, F. et al. (2006). Cabaran Pendidikan Secara Jarak Jauh; kesedaran Dan
Pendedahan dalam era Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 1-51. [Online].
Available:http://eprints.usm.my/5590/1/Cabaran_Pendidikan_Secara_jarak_Jauh_
Kesedaran_Dan_Pendedahan_Dalam_Era_Teknologi_Maklumat_Dan_Komunika
si_(ICT).pdf [2014, February 24].

Jaafar, H. et. al. (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar
Pelajar Universiti Di Fakulti Pendidikan, Utm Johor. Jabatan Asas Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.1-90. [Online].
Available:http://eprints.utm.my/3680/1/71881.pdf [2014, February 24].

Luca, J., & Tarricone, P. (2002). Successful teamwork: A case study. 640 646.

Nor, K. M. (2002). Belajar Teknik Belajar Di Sekolah Dan Di Universiti.


Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Pahang: PTS

Nadinloyi, K. B. et. al. (2013). The Study Efficacy Of Time Management Training On
Increase Academic Time Management Of Students. Procedia - Social and
Behavioral Sciences. 134-138. [Online].
Available:http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1877042813015905
[2014, February 24].

Noor, M. Y. (1990). Psikologi belajar dan teknik belajar yang berkesan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai