Anda di halaman 1dari 2

722;812 COK

700806035112001 HBEF2803(T2A3)
5
Saya dapat melaksanakan saranan-saranan yang dicadangkan demi meningkatkan kerjaya
diri saya sebagai seorang guru yang boleh membawa keberhasilan murid-murid.
Antaranya:
Saya sentiasa meningkatkan kualiti diri supaya anak murid yang saya hasilkan dapat
mengharungi negara pada masa hadapan. Guru yang berada di tahap profesion keguruan
yang baik akan dapat membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Selain itu, saya
harus mempunyai etika keguruan yang baik. Hasilnya akan melahirkan minat murid
untuk terus belajar dengan tekun. Sebagai guru, saya harus mahir dalam bidang saya dan
meningkatkan kompotensi yang ada juga menambahkan kompotensi baru serta membuat
penambahbaikan kompotensi agar pencapaian akademik murid-murid iaitu cemerlang
dalam peperiksaan awam akan meningkat. Pembangunan profesion guru bukan sahaja
diri sendiri tetapi kemenjadian murid yang saya didik yang merupakan Modal Insan
Negara. Saya harus berfikir menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar
dapat menghasilkan murid-murid yang boleh berkomunikasi dan berkolaborasi dengan
semua pihak dengan baik. Saya telah menjalani pelbagai kursus, seminar, pembacaan,
dialog prestasi dengan guru di sekolah, membuat kajian tindakan dan kemahiran baru
sesuai dengan arus globalisasi. Hasilnya saya mempunyai kecekapan, keyakinan, dan
kemahiran yang tinggi dalam dunia ICT dalam menghadapi cabaran pendidikan dalam
mewarnai profesionalisme sebagai guru. Saya mengaplikasikan eleman teknologi yang
terkandung dalam bilik darjah bersama murid

murid dan rakan-rakan guru yang lain. Saya membangunkan diri dalam dunia ICT supaya
tidak ketinggalan. Saya sering mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat membuat penambahbaikan dalam meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dalam bilik
darjah agar PdP yang saya jalankan berkesan.

700806035112001 HBEF2803(T2A3)
6

Kesimpulannya, sebagai seorang guru harus melaksanakan saranan-saranan tersebut demi


meningkatkan kerjaya diri sebagai seorang guru yang boleh membawa kepada
keberhasilan murid-murid. Oleh itu, mereka harus menjadi role model dan mengharungi
generasi hari ini untuk bersaing dengan generasi akan datang dalam menghadapi dunia
yang semakin maju. Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa guru perlu berusaha
dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Pendidikan yang berkualiti adalah
merangkumi kemajuan kendiri, kemajuan pelajar dan peningkatan profesionalisme.
Dalam pada itu pendapatan guru juga jangan diabaikan kerana guru-guru yang telah
menamatkan pengajian ini mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah dengan gaji
yang lebih lumayan. Para guru perlu sentiasa mengetahui perubahan semasa dalam
perkembangan profesionalisme pendidikan guru. Dengan keyakinan semua guru dan
pihak pengurusan sekolah dapat memainkan peranan penting dan menumpukan
sepenuhnya kepada profesyen yang diamanahkan. Bersyukurlah kerana Allah SWT
memilih kita menjadi seorang guru. Sesungguhnya seseorang yang berjaya pada hari ini
bermula dengan usaha seorang guru biasa.

700806035112001 HBEF2803(T2A3)
7
SUMBER RUJUKAN
1)Video Pembentangan bertajuk:
Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri.
Dr.Nasaruddin B. Basar, Ketua Penolong Pengarah , Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2)Video Pembentangan bertajuk:
Motivasi Pelajar.
Tuan Haji Ibrahim B. Sakimin, Ketua Penolong Pengarah , Sektor Standard & Verifikasi
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia