Anda di halaman 1dari 4

MESYUARAT PANITIA TMK

KALI KEDUA 2015


SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG TENGAH
Tarikh
: 27 Mei 2015 (Rabu)
Tempat: Makmal Komputer
Masa
: 12.45 tengah hari
Kehadiran:
1. En. Ibrahin Bin Daud (Guru besar)
2. En. Muwahhidid Bin Moktie (Ketua Panitia)
3. Nurul Atiqah Binti Shakor (Setiausaha )
4. Cik Norizzah Bin Berahim
5. En. Mohd Rashid Bin Yaakob
6. En. Masrol Bin Ismail

Agenda 1: Ucapan Pengerusi


Ucapan dimulakan oleh En. Muwahhidid Bin Moktie selaku Ketua Panitia TMK
dengan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran En. Ibrahin Bin Daud
selaku Guru Besar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) ke mesyuarat Panitia yang kedua.
Pengerusi juga memohon kerjasama kepada beliau dalam mengerakkan aktiviti panitia
sepanjang Tahun 2015 ini. Memandangkan TMK merupakan subjek baru untuk Tahun 4
dan 5, guru yang mengajar subjek TMK pula hanya 2 orang. Walaubagaimana pun adalah
diharapkan pada tahun 2016 nanti akan bertambah guru yang mengajar subjek ini kerana
pada tahun 2016 akan bermula subjek TMK bagi tahun 6.
(Tindakan: Makluman)
En. Muwahhidid juga menyentuh beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh AJK
dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran TMK. Antaranya seperti:
a) Jemaah nazir telah hadir dan memantau sunjek TMK pada 19-21 Mei dan telah
membuat beberapa teguran dan cadangan yang perlu diambil tindakan antaranya
tentang program TMK yang boleh dilakukan ke atas murid dan guru bagi
meningkatkan lagi kecekapan dalam penggunaan teknologi, selain itu analisa
penilaian perlu dilakukan setiap kali peperiksaan dan diletakkan di dalam fail
panitia
b) Guru yang menggunakan makmal hendaklah mengisi buku penggunaan makmal
yang telah disediakan.

c) Selepas menggunakan makmal pastikan kebersihan makmal dijaga, kerusi disusun


dan perlu membuat AJK kecil dikalangan murid untuk membersihkan makmal
selepas digunakan.
d) Pastikan buku kerja dan buku tulis disemak sepanjang tahun.
e) Pastikan murid berada di luar makmal, kasut disusun dan beratur sekiranya guru
belum sampai untuk memulakan sesi pembelajaran.
( Tindakan: Guru TMK)
Agenda 2: Ucapan PK Pentadbiran
Ucapan terima kasih oleh En. Ibrahim kerana kesudian menjemput beliau hadir
dalam mesyuarat Panitia TMK kali ini. En. Ibrahim menyarankan agar Panitia TMK
sentiasa aktif sepanjang tahun dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. En. Ibrahim
juga menyentuh tentang cadangan guru-guru yang boleh mengajar TMK. Di akhir
ucapan, beliau akan sentiasa menyokong sebarang aktiviti Panitia TMK dan aktiviti
tersebut tidak tertakluk pada murid sahaja, malah selitkan beberapa program untuk guru
juga.
(Tindakan: Makluman)
Agenda 3: Program Panitia Kemahiran Hidup
Pengerusi telah merangka beberapa program panitia sepanjang tahun khususnya
untuk bulan Mei ini untuk mendapat persetujuan AJK yang lain. Antara program yang
dicadangkan bermula bulan Mei hingga September ini adalah:
a) Mengadakan tutor penggunaan 1bestarinet dan chromebook kepada guru-guru
mengikut subjek.
b) Mengadakan sudut TMK di setiap kelas
c) Mengemaskini sudut TMK di makmal komputer
d) Mengadakan pameran di makmal komputer
Mesyuarat sebulat suara menyokong aktiviti ini dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Guru besar juga menyokong aktiviti seperti ini diadakan bagi memberi lebih lagi
pendedahan tentang penggunaan dan kegunaan teknologi maklumat dalam kehidupan
seharian serta berpesan agar melibatkan murid untuk membuat sudut-sudut tersebut
( Tindakan: Guru TMK )
Agenda 4: Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas
Disahkan oleh: Encik Masrol Bin Ismail
Disokong oleh: Cik Norizzah Binti Ibrahim
( Tindakan: Makluman)

Agenda 5: Bangkitan Minit


Tiada
Agenda 6: Peperiksaan Sumatif 1
Analisa peperiksaan:
PEPERIKSAAN SUMATIF 1 2015
ANALISA MATAPELAJARAN TMK
KELAS

GURU

JUMLAH

SUBJEK

MURID

LULUS GAGAL

Agenda 6: Hal-hal Lain


En Zamani menyatakan bahawa kerusi perlu disusun mengikut warna yang telah
ditampal pada setiap bangku supaya nampak kemas dan teratur.hal ini dipersetujui oleh
semua guru. En Munzir menambah iaitu murid-murid perlu memastikan kerusi dalam
keadaan baik dan sempurna.
( Tindakan Guru Kemahiran Hidup)
En Ebni mencadangkan Ketua Panitia menambah bahan-bahan untuk pertukangan
dan perkebunan yang semakin kurang kerana banyak projek yang telah dilaksanakan
sepanjang tahun lalu.
( Tindakan Ketua Panitia)

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.05 petang.

Disediakan oleh:

Disemak oleh :

..

(MUNZIR BIN OTHMAN)

(AZLINA BINTI MOHD ALI)

Setiausaha,
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jelapang.

Pengerusi,
Panitia Kemahiran Hidup
SK Jelapang.

Anda mungkin juga menyukai