Anda di halaman 1dari 5

6 SIFAT PARA SAHABAT

Ulama kita telah gariskan , kejayaan Ummat ini dan Ummat akan datang adalah apabila
mereka mengikut jejak para sahabat r.anhum kerana mereka di cintai Rasulullah saw.
Apabila kamu ingin meniru, maka tirulah mereka yang telah mati (sahabat-sahabat ra) Hadis
Sahabat ra dapat title Radiallahuanhum , yakni kehidupan mereka di dunia, ALLAH swt telah
redha dengan kehidupan mereka di dunia & di akhirat.
Kita umat yang sama, macam mana mahu jalani kehidupan di dunia ini dengan dapat redha
ALLAH swt, maka kita perlu ikut jejak para Sahabat ra.
SahabatKu umpama bintang di langit, ikutilah mereka, nescaya kamu tidak akan sesat
hadisJadi ,
Ulama telah gariskan beberapa perkara supaya kita dapat mengikuti jejak langkah mereka
yang mulia.

Umumnya, Sahabat R.A ada 6 sifat yang mulia, iaitu :


Mereka ada hakikat Yakin atas kalimah LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR
RASULULLAH
Mereka ada hakikat Solat yang Khusyu dan Khudu
Mereka ada hakikat Ilmu dan Zikir
Mereka ada hakikat Ikramul Muslimin
Mereka ada hakikat Niat yang Ikhlas
Mereka ada Hakikat Dakwah dan Tabligh ( Lapang Diri, masa dan harta , keluar di Jalan ALLAH
swt)
Jadi , ke enam-enam sifat inilah yang kita perlu usahakan dalam diri kita. Ulama kata, bilamana
6 perkara ini ada dalam diri kita , maka kita mudah menuju kepada kesempurnaan agama
Insya-ALLAH.
Sekarang kita muzakarahkan, bagaimana ke enam-enam perkara ini dapat hadir dalam diri
kita.

1.USAHA ATAS KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH


A.KALIMAH LA ILA HA ILLA ALLAH :
MAKSUD :Maksud dari pada kalimah ini , adalah meyakini hanyasanya Allah SWT sahaja yang
berkuasa, makhluk langsung tiada kuasa
CARA NAK DAPAT : Jadi untuk dapat hakikat yakin pada ALLAH swt yang sempurna dalam
hati, maka hari-hari kena banyak cakap kebesaran ALLAH swt. Nafikan kebesaran makhluk,
masukkan kebesaran ALLAH swt dalam hati. Jumpa manusia, cakap kebesaran ALLAH swt,
supaya kebesaran ALLAH swt akan masuk dalam hati, Insya-ALLAH.
KELEBIHAN : Bila mana akhir kalam dapat ucap kalimah toyyibah ini, maka wajib syurga
baginya InsyaALLAH. Iman sebesar zarah, ALLAH Taala bagi syurga 10 kali luas dunia, InsyaALLAH.
B.KALIMAH MUHAMMADUR RASULULLAH
MAKSUD :Meyakini hanya dengan cara Nabi saw sahaja, bawa kejayaan pada kita, dunia dan
akhirat.Sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3 iaitu : Sunnah Surah- (Penampilan Nabi saw)
Sunnah Sirah- (Perjalanan Nabi saw) Sunnah Sarirah- (Fikir Risau Nabi saw)
CARA NAK DAPAT : I.Penampilan Nabi saw, umum mengerti macam mana penampilan Nabi
saw. Jadi kita punya penampilan pun harus macam Nabi saw. (belajar-belajar InsyaALLAH)II.Perjalanan Nabi saw, Sunnah-sunnah Baginda saw dari Baginda saw bangun tidur
sampai Baginda saw tidur balik. Kita pun harus buat perkara yang sama Insya-ALLAH.III.Fikir
Nabi saw, adalah fikir risau ummat-Nya, bagaimana setiap ummat-Nya, boleh selamat dari azab
api neraka, masuk syurga ALLAH swt, Insya-ALLAH. Kita juga kena belajar-belajar fikir risau
ummat Insya-ALLAH.
KELEBIHAN :"Barangsiapa Mengikuti Sunnah Ku, Maka Dia Mencintai Ku, Barangsiapa
MencintaiKu, Maka Dia Akan Bersama Ku Dalam Syurga" Hadis
2.USAHA ATAS SOLAT YANG KHUSYU DAN KHUDU
MAKSUD : Membawa ketaatan dalam solat, ke luar solat (dalam solat kita merendahkan
pandangan, di luar solat kita merendahkan pandangan. Dalam solat kita zikir, di luar solat kita
zikir, dll)Ulama kata, macam mana pembawakan kita dalam solat, macam itulah kita di luar
solat. Dalam solat kita tawajjuh, luar solat pun kita akan tawajjuh, Insya-ALLAH, begitulah
sebaliknya.Solat yang paling tinggi mutunya, dapat tarik nusrah ALLAH swt secara tunai
(macam mana kisah Saidina Ali karamALLAHuwajhah tiada makanan, maka kisar gandum telah
berputar mengeluarkan gandum asbab solat Saidina Ali karamALLAHuwajhah tersebut) dan
solat sekurang-kurangnya dapat cegah kita dari fasakh dan mungkar.
CARA NAK DAPAT : Solat mengikut sunnah Nabi saw, iaitu berjemaah, di tempat azan di
laungkan, di awal waktu.

KELEBIHAN : Dengan jaga Solat, ALLAH swt akan beri 5 ganjaran :I.Rezeki nya di
permudahkanII.Ditarik azab kuburIII.Mendapat buku catitan amal dengan tangan
kananIV.Melintas titian sirat sepantas kilatV.Masuk Syurga Tanpa Hisab
3.USAHA ATAS HAKIKAT ILMU DAN ZIKIR
MAKSUD : Ilmu adalah mengetahui mana satu perintah ALLAH swt yang perlu diutamakan
dalam satu-satu keadaan.Contohnya ketika bekerja, tiba-tiba azan berkumandang, maka satu
orang yang ada kefahaman ilmu, dia akan tinggalkan kerja, dan pergi kepada solat berjemaah.
Inilah kefahaman ilmu yang sebenar. Hari ni banyak orang tahu agama. Tapi tak faham
kehendak agama yang sebenar, hakikatnya.Maksud ilmu juga, Apa-apa yang dapat membantu
kamu menjawab soalan kubur, itulah dikatakan ilmu.
CARA NAK DAPAT : Ilmu terbahagi kepada dua , ilmu fadhail dan ilmu masail, I.Ilmu Masailkita boleh belajar dengan guru-guru yang mursyid. Ilmu masail maksud nya adalah ilmu
mengenai hukum hakam sesuatu perkara.II.Ilmu Fadhail - adalah ilmu tentang kelebihan
sesuatu amal. Ilmu fadhail boleh kita perolehi dengan duduk dalam majlis taklim atau
mendengar bacaan kitab Fadhail Amal (di dalam majlis Talim wa Talum)*Kita duduk dalam
majlis taklim Fadhail Amal, supaya kita sentiasa ada jazbah untuk mengamalkan sesuatu amal,
Insya-ALLAH.
KELEBIHAN : I.Satu orang yang berilmu lebih di takuti oleh syaitan, dari 1000 orang
abid.II.Tidur satu orang berilmu lebih ditakuti oleh syaitan dari seorang abid yang beribadah
sepanjang-sepanjang malam.
MAKSUD : Zikir pula ialah sentiasa meletakkan ALLAH swt di dalam hati setiap masa & ketika.
CARA HENDAK DAPAT : Ulama telah beri panduan pada kita untuk amal zikir 300 pagi & 300
petang1.Subhanallah (33) + Alhamdulillah (33) + ALLAHuakbar (34)2.Lailahaillah anta
subhanak inna kunna laminazollimin (100)3.Astaghfirullahalazim (100)
KELEBIHAN : Satu orang yang zikir hidup di sisi ALLAH swt, seseorang yang tidak berzikir
maka mati di sisi ALLAH swt
4.USAHA ATAS IKRAM MUSLIMIN :
MAKSUD : Menunaikan hak suadara (seIslam) kita, tanpa menuntut hak. Memuliakan mereka,
kerana Iman yang ada dalam diri mereka.Setiap orang Islam adalah mulia di sisi ALLAH swt,
kerana Iman yang ada dalam diri mereka.
CARA NAK DAPAT : I.Memuliakan Alim UlamaII.Menghormati Orang-orang TuaIII.Kasih
Sayang Kanak-kanak
KELEBIHAN : Menunaikan hak saudara seislam kita, ALLAH swt akan bagi kita 73 hasanah,1
hasanah, ALLAH swt akan bagi di dunia (yang mana cukup untuk keperluan kita di dunia)72
hasanah lagi, ALLAH swt akan bagi di akhirat kelak.Satu orang yang membatalkan niat iktikaf,
kerana pergi menunaikan hajat saudara dia, Maka ALLAH swt akan bagi dia 10 tahun pahala

iktikaf yang di terima,osatu malam ikitikaf, ALLAH swt jauhkan dia dari api neraka sejauh 3
parit.oSatu parit, adalah sejauh jarak langit dan bumi.
5.USAHA ATAS NIAT YANG IKHLAS :
MAKSUD : Melakukan perintah-perintah ALLAH swt, semata-semata kerana ALLAH swt.
CARA NAK DAPAT : Kita harus selalu check niat kita, sebelum -> semasa -> sesudah beramal
pastikan ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt.
KELEBIHAN : Niat yang ikhlas semata-mata kerana ALLAH swt, ALLAH swt akan lipat
gandakan ganjaran amal. Sebagaimana satu orang Sahabat ra yang sedekahkan satu biji
tamar, dan dia ikhlas kerana ALLAH swt, maka Nabi saw beritahu, dia punya pahala adalah
sebesar Gunung Uhud.
6.USAHA ATAS DAKWAH DAN TABLIGH :
MAKSUD : Membetulkan salah faham kita, bahawa diri dan harta kita bukan milik kita, tetapi
ALLAH swt telah beli diri dan harta kita dengan syurga.Jadi kita harus infakkan diri dan harta
kita di jalan ALLAH swt keranaI.Harta yang digunakan di jalan kebaikan ALLAH swt akan
hisabII.Harta yang digunakan di jalan kemungkaran ALLAH swt akan azabIII.Harta yang tidak
akan di hisab atau di azab ialah digunakan di jalan ALLAH swt
CARA NAK DAPAT : Bagi masa keluar di jalan ALLAH swtUntuk usaha atas iman diri sendiri
dan mengajak orang lain untuk usaha atas imanSelama :o1 Tahun (Ulama Alim)o4 bulan
(Sekurang-kurangnya seumur hidup)o40 hari (Setiap Tahun)o10 - 3hari (Sebulan)
I.4 Bulan :Ulama kita beritahu, apabila kita keluar jalan ALLAH swt selama 4 bulan. Maka
ALLAH swt akan bagi roh agama.Macam mana bayi dalam kandungan, 4 bulan sahaja, dia
dapat roh/nyawa.oSatu wanita di zaman Saidina Umar ra telah merindui suami nya yang keluar
di jalan ALLAH swt yang sangat lama.oMaka Saidina Umar ra telah tanya adik perempuannya,
berapa lama wanita boleh bertahan sepeninggalan suaminya ke jalan ALLAH swt, maka
adiknya telah bagi isyarat jari 3 atau 4.oMaka Saidina Umar ra telah memendekkan tempoh
sahabat ra keluar di jalan ALLAH swt kepada 4 bulan sahaja.
II.40 Hari :Bila keluar 40 hari, maka kita akan dapat istiqomah dengan amal-amal yang kita buat
masa 40 hari tersebut.oSatu orang sahabat ra yang telah berada di satu tempat (kerana urusan
keluar di jalan ALLAH swt) selama beberapa hari (hampir 40 hari)oMaka Nabi saw beritahu,
kenapa tidak dicukupkan 40 hari.
III.3-10 Hari :Satu orang sahabat ra pernah keluar di jalan ALLAH swt selama 3 hari.
KELEBIHAN :- Sepagi atau sepetang berada di jalan ALLAH swt, adalah lebih baik dari dunia
dan segala isinya.- Debu-debu yang melekat pada orang yang keluar di jalan ALLAH swt, maka
anggota tersebut, ALLAH swt haramkan api neraka hatta asap nya sekali. "Sesungguhnya
Kejayaan Manusia Itu Di Dunia Mahupun Akhirat, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat
Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Baginda Nabi Saw" ~Insya-ALLAH~

Anda mungkin juga menyukai