Anda di halaman 1dari 21

erja kursus EDU 3109 Guru dan cabaran

semasa
Pengenalan
Murid pecah gegendang telinga ditampar guru, begitulah tajuk berita
akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut
Hari Guru pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat,
pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya
dan komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedaikedai kopi atau tempat-tempat rehat adalah kenapa guru tersebut melakukan
sedemikian rupa? dan guru tersebut gila atau sewel?. Jarang sekali kita
mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru
tersebut umpama digantung tidak bertali oleh lapisan masyarakat yang cetek
pemikiran dan nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan
daripada guru tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal
emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya?
Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh
murid tersebut dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat
yang saya percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya
dan melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.
Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan
kestabilan di negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting
untuk memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju
menjelang tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu
menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan
penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung
menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan
menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada
produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan
cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang
baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.
Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik
terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian
wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan
negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih
cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka.
Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh
melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas
yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan
menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan
emosi. Antara lain, tugas guru juga termasuk membantu pelajar mendapat
pencapaian akademik yang baik dan membantu mereka mempunyai nilai-nilai mumi.

(Koch, et al. 1982 ). Guru juga diminta menanamkan kebolehan berdikari kepada
pelajar dalam usaha mereka memperolehi pengetahuan (Lee, 1999).
Peningkatan ketidakhadiran kerja, pusing ganti yang tinggi dan persaraan
awal merupakan antara sebab mengapa banyak kajian dijalankan di kalangan guru
berkaitan dengan tekanan emosi, stres dan burnout. Stres memberi kesan kepada
masalah kesihatan mental dan zikal dan mempengaruhi keberkesanan hubungan
guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie, 1999). Stres juga
menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas yang
semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal
akan menyebabkan burnout di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih
memudaratkan daripada kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan,
hubungan guru-murid dan guru yang renggang, motivasi guru yang berkurangan dan
pengurangan keberkesanan guru dalam memenuhi matlamat pendidikan.
Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh
menyumbang kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga
menyebabkan guru bertindak secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar
menghasilkan kerja yang tidak baik dan tidak bertingkahlaku dengan
baik
(Nelson et al 2001).
Stress Dan Burnout
Sistem pendidikan yang pesat berubah dalam usaha untuk merealisasikan
Wawasan 2020 dan keinginan untuk bersaing dengan negara-negara lain amat
memberi kesan yang besar kepada para guru. Guru berdepan dengan pelbagai
cabaran semasa yang memerlukan mereka untuk bekerja lebih produktif dan
melakukan tugas dengan lebih berkualiti. Cabaran yang tidak dapat ditangani oleh
guru akan menyebabkan stres dan menganggu kualiti kerja guru. Stres di kalangan
guru merupakan satu halangan kepada produktivi kerja yang baik dan memberi
kesan kepada zikal dan psikologikal guru ( Payne & Firth,1987). Stres akan
menyebabkan pelbagai kesan yang negatif seperti hilang fokus, cepat marah, hilang
rasa ingin bekerja dan boleh menyebabkan gangguan emosi. Stres juga dilihat
sebagai punca kepada penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan
pekerjaan (Barling, 1990).
Stres juga boleh memberi kesan kepada kepuasan
kerja dan keberkesanan ke atas produktiviti guru (Grifth & Steptoe, 1999).
Perkataan Stres mengundang pelbagai definisi dan pemahaman secara
global. Ramai cendiakawan dan pengkaji telah mengutarakan definisi dan
pemahanan mereka terhadap stres. Menurut Wangsa ( 2010), istilah stres berasal
dari kata stringere yang mempunyai erti ketegangan dan tekanan. Hardjana
(1994) pula mendefinisikan stres sebagai suatu keadaan yang tercipta dalam proses
transaksi orang yang mengalami stres dan hal yang dianggap yang mendatangkan
stres sehingga membuat orang yang bersangkutan melihat ketidaksepadanan yang
bersifat nyata ataupun tidak nyata, antara keadaan dan sistem sumber daya biologi,
psikologi, dan sosial yang ada padanya.

Definisi Konseptual terhadap stress yang dikemukakan oleh Sarafino (1994).


Istilah burnout menurut Freudenberger (dalam Farber, 1991) dedifinisikan
sebagai suatu bentuk kepenatan yang disebabkan karena seseorang bekerja terlalu
intensif, berdedikasi dan berkomitmen, bekerja terlalu banyak dan terlalu lama serta
melihat keperluan dan keinginan mereka sebagai hal kedua. Srinika Jayaratne dan
Himle (1991), Perlman dan Hartman (1982) telah mengkaji semula semua literatur
tentang burnout antara tahun 1974 hingga 1980 dan mencadangkan satu pungutan
suara yang dipersetujui tentang definisi burnout. Mereka mendefinisikan burnout
sebagai respon kepada stress emosi yang kronik kepda tiga komponen utama iaitu;
a) Ketandusan fizikal dan emosi
b) Produktiviti kerja yang rendah
c) Personalisasi yang berlebihan
"... a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life,
or relationship that failed to produce the expected reward." (Freudenberger, 1980).
Maslach dan Pines pula telah mengkaji burnout daripada perspektif psikologikal.
Kajian mereka berjaya menghasikan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach
Burnout Inventory. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk mentaksirkan
tiga factor dalam mengukur burnout terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah
daripada segi keletihan emosi (emotional exhaustion), gangguan keperibadian
kendiri (depersonalization), dan pencapaian peribadi (personal accomplishment). Di
samping itu, Maslach dan pines percaya bahawa ciri-ciri kerja dalam sesebuah
organisasi adalah factor penentu utama kebarangkalian seseorang itu akan
mengalami burnout.
(Gold & Ruth, 1993).

Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru.


Faktor pertama yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah persekitaran kerja dan kerenah pelajar. Persekitaran kerja yang kurang
kondusif dan ditambah lagi dengan kerenah pelajar yang bermacam ragam, guru
terdedah dengan tekanan akibat tugas yang perlu dilaksanakan. Kekurangan
kemudahan di sekolah juga akan memberi tekanan kepada guru apabila keperluan
untuk mengajar tidak mencukupi dan guru akan merasakan sesuatu yang tidak
lengkap untuk memberikan pengajaran yang maksimum kepada para murid.
Greenberg dan Baron (2000) menyifatkan tekanan di tempat kerja sebagai stressor.
Tekanan di tempat kerja yang tinggi boleh menyumbang kepada perletakan jawatan
(Erkutlu & Chafra, 2006). Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Jesus di Portugal
pada tahun 2000, antara sebab guru-guru di Portugal mahu meletak jawatan adalah
kerana persekitaran kerja yang tidak kondusif dan tidak memberi semangat untuk
bekerja. Apabila melihat konteksnya di Malaysia, adalah menjadi kerugian andainya

guru-guru berhenti berkhidmat kerana guru merupakan tunjang utama kepada


matlamat kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020. Selain daripada itu, guru juga
tidak terlepas daripada berhadapan dengan perlakuan dan sikap segelintir pelajar
yang kadangkala menyakitkan hati. Masalah-masalah seperti ini menyebabkan guru
mengambil tindakan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan disiplin pelajar walaupun tindakan ini bertentangan dengan etika
dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh
menguasai pemikiran yang waras.
Faktor kedua yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah beban tugas di sekolah. Bebanan tugas ini merujuk kepada tugas-tugas yang
perlu dibuat oleh guru seperti membuat persediakan mengajar, menyemak latihan
pelajar, tanggungjawab terhadap pelajar,urusan pentadbiran seperti mengisi borang
dan lain-lain tanggungjawab yang mesti dipikul oleh seseorang guru sepanjang
berkerja.
semua jenis dan bentuk kerja merupakan sumber utama yang menyumbang kepada
bebanan tugas (Cooper,1988).
Kerja yang terlalu banyak dan tidak sesuai dengan seseorang guru akan
menimbulkan tekanan kepada guru terbabit. Kerja yang tidak sesuai dengan guru
memerlukan masa untuk mempelajarinya dan pada masa yang sama, banyak lagi
tugas lain yang menanti untuk disiapkan. Menurut Nelson dan Burke (2000), faktorfaktor peranan seperti kekurangan kuasa, kabur dengan peranan dan
tanggungjawab kerja yang sebenar dan peranan di dalam konflik akan memberi
tekanan di tempat kerja. Ini akan menyebabkan kerja menjadi semakin banyak dan
semakin membebankan. Walaupun seseorang individu mempunyai kecekapan dan
kecekalan yang tinggi dalam menjalankan tugasnya, beban kerja yang melampaui
batas kemampuannya akan menyebabkan prestasi kerjanya menurun akibat
kepenatan fizikal dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit
jantung dan tinggi darah.
Bebanan tugas yang melampau dalam sesuatu bidang pekerjaan yang dihadapi
oleh pekerja-pekerja sesebuah organisasi mampu memberi kesan yang negatif
bukan sahaja terhadap pekerja yang terlibat tetapi juga kepada organisasi itu sendiri
(Sanders, 1992).
Dalam konteks sekolah, guru terbeban dengan keperluan untuk mengutamakan
tugas utama iaitu mengajar. Namun, guru juga terbeban dengan kehendak untuk
menyiapkan tugas-tugas lain mengikut masa yang ditetapkan dan bukan itu sahaja,
guru juga perlu memastikan komitmen terhadap keluarga dan komitmen terhadap
aktiviti sosial di luar tidak terjejas dengan keperluan memenuhi tuntutan tugasan di
sekolah. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan kebanyakan individu bekerja
selama 45 jam dalam masa seminggu dan masa selebihnya adalah untuk memenuhi
tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat. Sekiranya seseorang guru tidak dapat
menangani tuntutan terhadap keluarga dan masyarakat, masalah itu akan dibawa
pula ke sekolah dan akan menganggu pula tugas-tugas wajib di sekolah.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru


ialah punca peribadi seperti kesihatan, masalah kewangan, aktiviti riadah,
perhubungan dan taraf hidup. Masalah kesihatan adalah antara masalah utama yang
sering menghantui golongan guru. Antara penyakit yang popular ialah darah tinggi,
sakit jantung, gout dan banyak lagi penyakit-penyakit lain. Guru yang mengalami
masalah kewangan dan dibebani hutang juga akan mengalami tekanan emosi yang
boleh menganggu prestasi kerja guru terbabit di sekolah. Menurut Gold Yvonne dan
A. Roth Robert (1993), gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan
aktiviti riadah bersama keluarga. Sebagai contoh, niat mahu membawa keluarga
pergi bermain boling tetapi kerana kekangan kos, niat tersebut terpaksa dibatalkan.
Ini akan menyebabkan guru tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana
ketidakstabilan emosi selepas tidak mampu untuk membawa keluarga melakukan
aktiviti riadah yang dikehendaki. Masalah-masalah yang berpunca daripada peribadi
guru ini akan menganggu prestasi kerja guru di sekolah apabila mereka terlalu
memikirkan tentang masalah peribadi dan tidak fokus kepada tugasan hakiki di
sekolah.
Faktor keempat yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah masalah disiplin murid di sekolah. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari
ini semakin meruncing walaupun banyak usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menangani masalah ini. Kurang kerjasama daripada ibu bapa merupakan
antara faktor kenapa masalah disiplin di sekolah semakin meruncing daripada hari ke
hari. Menurut Olivia (dipetik daripada Abdullah Sani, 2005), disiplin bermaksud
kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada pihak yang berkuasa serta cara untuk
menetapkan hukuman ataupun peraturan. Oleh itu, apabila murid melakukan
masalah disiplin, murid tersebut bukan sahaja tidak dapat mengawal dirinya, malah
tidak patuh kepada pihak yang berkuasa seperti guru dan pihak sekolah. Apabila
guru memasuki kelas yang bermasalah, guru akan cenderung untuk sentiasa
menganggap sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini teruk dan secara tidak
langsung telah menanggap pelajar-pelajar tersebut adalah golongan yang tidak
berdisiplin dan sering menimbulkan masalah di sekolah walaupun pada dasarnya
ianya adalah sesuatu yang benar.
Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus & Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan
berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah
disiplin. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi
pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut.
Ini menyebabkan guru mengambil langkah yang mudah untuk menyelesaikan
masalah tersebut dengan memarahi pelajar dan tidak masuk ke kelas yang
bermasalah untuk mengajar. Golongan pelajar yang sentiasa menimbulkan masalah
disiplin ini akan mendatangkan tekanan emosi kepada guru untuk berhadapan
dengan mereka dan ini adalah punca kenapa guru mengalami tekanan emosi yang
berpanjangan di sekolah.
Punca kelima yang menyumbang kepada tekanan emosi di kalangan guru
ialah tekanan daripada pihak atasan. Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan adalah
satu fenomena yang melibatkan suatu proses bagi manusia menggunakan

kemahiran akal fikiran dan potensinya yang melibatkan keupayaan, kebolehan dan
kebijaksanaan bagi seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong ataupun
untuk mempengaruhi. Ini bermakna, seseorang pemimpin hendaklah menggunakan
segala kebolehan yang ada padanya untuk memimpin dengan cekap dan baik. Jika
melihat kepada konteks di sekolah, pemimpin di sekolah adalah guru besar ataupun
pengetua dan sebagai pemimpin di sekolah, etika kepimpinan yang betul adalah
penting bagi mewujudkan kepimpinan melalui teladan.
etika kepimpinan ini kepada penjagaan hubungan sesama manusia iaitu sentiasa
berbaik sangka dan mengelak dari berkonfrontasi sesama sendiri kerana ianya akan
membawa kepada perpecahan dalam sesuatu hubungan (Noddings,1984).
kepimpinan seseorang pemimpin tidak akan mempunyai apa-apa nilai sekiranya
beliau tidak menjaga hubungannya dengan pekerja-pekerja bawahan. Dalam erti
kata lain, pekerja-pekerja beliau tidak akan menghormatinya sebagai seorang
pemimpin. Guru besar atau pengetua hendaklah memiliki daya kepimpinan yang
tinggi untuk mencorak suasana sekolah yang kondusif dan hubungan antara guru
juga dalam keadaan yang baik serta mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi
terhadap sekolah. Apabila pemimpin di sekolah tidak memimpin dengan baik dan
tidak mentadbirurus dengan sistematik, guru-guru adalah orang yang akan menjadi
mangsa. Lambakan tugas akan dipikul oleh guru dan ini akan menyebabkan guru
mengalami tekanan emosi serta stres. Menurut Carlopio et al. (1997), perlakuan
sesetengah pemimpin organisasi juga boleh mendorong kepada tekanan di tempat
kerja. Guru akan merasa lebih tertekan sekiranya terpaksa berhadapan dengan
pemimpin yang sombong dan mengamalkan birokrasi yang berlebihan di sekolah. Ini
akan menyebabkan guru-guru merasa tidak mendapat sokongan daripada pemimpin
sekolah apabila mahu melakukan sesuatu perkara. Perkara ini juga akan
menyebabkan guru-guru merasa tidak dihargai dan lama-kelamaan, ini akan
menimbulkan pemberontakan dan rasa tidak hormat terhadap pemimpin. Komunikasi
antara guru dengan pemimpin sekolah akan turut terjejas kerana sudah wujud jurang
yang besar dan perasaan yang tidak enak di kalangan mereka.

Tindakan yang perlu diambil oleh bakal guru untuk mengelak tekanan emosi
Pengurusan tekanan emosi di kalangan bakal guru adalah amat penting
untuk menyiapkan diri untuk berdepan cabaran sebenar alam pekerjaan sebagai
seorang guru. Sebagai salah seorang bakal guru, saya sendiri sedar bahawa tugas
guru semakin mencabar dari sehari ke sehari sehinggakan terdapat seorang guru
meluahkan hasrat untuk menamatkan perkhidmatan kerana beban tugas sebagai
seorang guru yang semakin berat dan ditambah pula dengan pelbagai program
transformasi pendidikan yang nyata amat menambah beban tugas guru di sekolah.
Namun, mahu atau tidak mahu, langkah perlu diteruskan dan untuk berada di
sekolah sebagai seorang guru permulaan, langkah-langkah yang betul perlu diambil
untuk mengelakkan mengalami kejutan budaya dan tekanan emosi di sekolah nanti.
Apakah tindakan yang akan saya lakukan?

Pertama, mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan stres dan cara


menanganinya. Antara perkara yang perlu diketahui ialah berkaitan dengan kajian
yang dijalankan oleh Christina Maslach pada tahun 1982. Antara perkara yang
disentuh dalam kajian tersebut ialah cara mengatasi tekanan dengan mengetahui
tanda-tanda awal dan cara menanganinya. Dengan mengetahui tanda-tanda awal,
saya akan mampu untuk bertindak dan mencegah tekanan emosi dengan
menggunakan teknik relaksasi progresif yang dipelopori oleh Edmund Jacobson
(1926) dan diperbaharui oleh Murphy (1996). Teknik ini adalah berasaskan
pernafasan dan mampu membantu untuk merehatkan badan dengan efektif. Bagi
saya, dengan menguasai teknik ini, saya akan mampu untuk melakukannya di manamana sahaja apabila perlu bagi mengingatkan diri saya bahawa sentiasa ada jalan
untuk menyelesaikan sesuatu.

Kedua, saya akan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Masalah yang
kebiasaannya akan timbul di golongan guru baharu ialah merasa terbeban dengan
tugas yang diberikan apabila tiba di sekolah. Dengan sentiasa berfikiran negatif,
ianya tidak akan membantu apa-apa sebaliknya hanya akan sentiasa memberikan
tekanan emosi apabila terpaksa menyiapkan sesuatu kerja. Berfikiran positif
mengikut pandangan Jesus dan Conboy (2001), akan membuatkan saya lebih redha
menerima apa sahaja tugas yang diberi dan pada masa yang sama, saya akan
belajar sesuatu daripada tugas yang diamanahkan kepada saya.
Ketiga dan terakhir, saya akan mendapatkan sokongan sosial dengan
melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan bagi saya, saya lebih selesa melibatkan diri
dengan aktiviti keagamaan di gereja. Kajian Kyriacou (1978) menunjukkan
kepentingan sokongan sosial dalam menangani tekanan di kalangan guru-guru.
Melibatkan diri dengan aktiviti sosial di gereja akan membuatkan saya melupakan
seketika masalah dan bebanan tugas di sekolah. Dengan melibatkan diri dalam
aktiviti sosial yang berbentuk keagamaan akan mendekatkan saya dengan Tuhan
dan akan membantu saya mengawal tekanan emosi apabila berhadapan dengan
tugas.

Kesimpulan
Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi
oleh setiap individu normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan
pastinya dirasakan di dalam dunia pendidikan yang sedang dan akan terus

mengalami perubahan daripada semasa ke semasa. Tekanan emosi kerana tugas


yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan menyumbang kepada stress
dan burnout yang mempunyai kesan yang buruk.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti
bagi memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti
kepimpinan di sekolah dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan
medium yang betul tanpa perlu tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara
pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu diberikan perhatian kerana apabila
mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi tekanan emosi, tekanan emosi
yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan awal dan kesedaran
kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan guru lebih
bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa
panjang.
Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh
diuruskan, sebaliknya ianya memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya.
Tekanan emosi yang diurus dengan baik tidak akan menganggu produktiviti kerja dan
prestasi semasa sebaliknya hanya akan mengganggu prestasi kerja dalam masa
yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan diatasi, prestasi kerja bukan
hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut meningkat.

Rujukan / Bibliografi
De Jesus, Saul Neves & Conboy, Joseph (2001). A Stress Management Course to
Prevent Teacher Distress. International Journal of Educational Management, 15 (3).
Erkutlu, H.V. & Chafra, J. (2006), Relationship Between Leadership Power Bases
And Job Stress Of Subordinates : Example From Boutique Hotels. Journal
Management Research News, 29 (5), ms 4-5.
Gold, Y, Roth, R (1993), Teachers Managing Stress and Preventing Burnout: The
Professional Health Solution. Falmer Press, London.
Greenberg, J. & Baron, A. (2000), Behaviour in Organizations. Prentice Hall
International Edition: New Jersey
Jaafar Muhammad, (2003), Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur : Leeds Publications
Noddings, N. (1984), Caring: A Feminine Approach to Ethics and Moral Education,
University of California Press, Berkeley.
Kyriacou, C. (1987). Teacher Stress and Burnout : an International Educational
Research. Educational Research. 29 (2) : 146-152.
Maslach C. ( 1982 ). Burnout : The Cost of Caring. Engelwood Cliffs.NJ :

Prentice-hall.
Pines, A & Aronson E. ( 1988 ). Career Burnout : Causes and Cures, New York :
McMillan Inc
http://mikepjeduworld.blogspot.com/2012/09/kerja-kursus-edu-3109-guru-dancabaran.html

1.0 PENGENALAN
Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan
suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang
banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang
guru merupakan jalan mati setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang
baik.
Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat
umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru
bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru
perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing
dan menunjuk ajar dalam proses membentuk

seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa
dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya
di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam
melaksanakan
konteks
tugasannya
di
bilik
darjah
dan
sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai
hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan
sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji
kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain),
pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran
membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta
ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran
untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan
sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Profesion keguruan
adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar jika dilihat dari segi
tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Hal ini kerana golongan guru
adalah golongan yang bertanggungjawab memastikan Falsafah Pendidikan Negara
dan Falsafah Pendidikan Guru tercapai. Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah
organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini
bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga. Pandangan sebegini pasti akan
menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan
mulia terjejas.
Guru profesion adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi
dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping
sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Matlamat kerjaya seorang guru ialah
menghayati prinsip perkembangan yang berterusan. Impak daripada tugas yang
dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan
ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan

modal insan. Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya
sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan. (Harian Metro 26
Mei 2012).
1.1 PERKEMBANGAN HUJAH
Guru-guru khasnya dan profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada
terlibat dengan keadaan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995).
Hal ini memandangkan guru adalah agen perubahan. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada
menyatakan bahawa seperti profesion lain, bidang keguruan yang juga terkandung
dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup
besar. Antara cabaran-cabaran yang mendepani profesion keguruan pada masa ini
ialah cabaran dalam bilik darjah, cabaran di sekolah, cabaran dalam sistem
pendidikan, cabaran dalam masyarakat, cabaran berasaskan wawasan 2020 dan
cabaran globalisasi.
1.1 Cabaran Dalam Bilik Darjah
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012,guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan
keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru
terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Walaupun
sesuatu sistem pendidikan itu baik, sekiranya ejen yang menyampaikan itu tidak
efektif maka maksud yang ingin disampaikan tidak akan tercapai matlamatnya. (Syed
Ismail & Ahmad Subki, 2010).
Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar ini, sebagai pengamal
ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Guru juga perlu menunjukkan
interaksi dua hala dan menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk menambah
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai ejen
keberkesanan pendidikan, tugas guru adalah untuk mendidik murid-murid supaya
menjadi generasi berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bersemangat patriotisme
dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, agama dan Negara selaras
dengan apa yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menurut Wan Mohd. Zahid (1993), pada abad ke-21, para pelajar perlu
dikembangkan potensinya yang ada di hemisfera otak kanan dan di hemisfera otak
kirinya secara seimbang. Dari sudut proses pengajaran dan pembelajaran pula,
dalam abad ke-21 para pelajar akan mendapat pelbagai kemudahan, termasuk
kemudahan ICT sebagai yang dirancang untuk membantu mereka dalam proses
pembelajaran bestari. Hal ini menjadi satu cabaran kepada profesion keguruan.
Dalam proses penilaian pelajar pula, penilaian kemajuan berasaskan sekolah
(PKBS); penilaian hasil pembelajaran (learning outcomes); pelaksanaan penanda
aras (bench marking); dan ujian atau peperiksaan secara talian terus (on-line) akan
menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abad ke-21. Guru hendaklah

menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran ini. Menurut Wise


(1999), Increasingly, technology is poised to revolutionize teaching, learning
and assessment.
1.1.2 Cabaran Di Sekolah
Persidangan Pendidikan ke-5 dalam tahun 1997 merumuskan bahawa cabaran
besar dalam abad ke-21 selain daripada ledakan ilmu yang berbentuk global ialah
masalah sosial yang perlu ditangani dan di atasi ke arah membentuk masyarakat
madani (Mohamad, 1998). Perdana Menteri Malaysia menegaskan bahawa
kepentingan sistem pendidikan menyediakan generasi kedua atau generasi
wawasan memerlukan piawaian baru termasuk mengurangkan masalah gejala
sosial pelajar seperti ponteng sekolah dan lepak serta salah laku yang lain (Wan
Mohd. Zahid, 1997).
Di negara kita, terdapat 430,000 guru untuk mendidik 5.4 juta pelajar. Betapa
besarnya tanggungjawab guru untuk membimbing dan mendidik bilangan anak dan
pelajar yang begitu ramai. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro
bertajuk, Minda: Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr.
Mashitah Ibrahim berpendapat pelajar sering melakukan kejutan kepada masyarakat
dengan masalah sosial mereka. Ada segelintir daripada pelajar yang malas belajar,
suka tidur dalam kelas, ponteng atau terbabit kegiatan samseng, membuli, merempit,
berzina, buang bayi, merokok, salah guna dadah, mencuri dan gejala lain.
Antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 11,880 pelajar direkod terbabit dengan
kegiatan jenayah. Kira-kira 40,000 pelajar terbabit dengan vandalisme, menonton
dan menyimpan bahan lucah dan bertindak kasar manakala 24,000 lagi didapati
ponteng dan lewat ke sekolah. Isu disiplin pelajar memang satu perkara yang serius.
Namun, ia bukan tugas pendidik semata-mata. Ibu bapa perlu bertindak pantas
mengenal pasti masalah atau keadaan tertentu yang dihadapi anak mereka serta
lebih prihatin dan mengambil tahu hal anak mereka secara lebih mendalam dan
terkawal. Sesungguhnya, guru berada di saf hadapan untuk membangun bangsa
cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati.
Jumlah pelajar yang terlibat dengan kes disiplin semakin hari semakin meningkat
(Shahril @ Charil & Habib, 1999). Pada tahun 1993 sebanyak 36.7% daripada
keseluruhan pelajar dikenakan tindakan amaran; 15.66% diberi nasihat; 16.8%
dirotan sekali; 8.18% dirotan dua kali; 2.27% dirotan tiga kali; 0.90% dirotan lebih tiga
kali; gantung sekolah 2.90%; buang sekolah 0.51% (Wan Mohd. Zahid, 1997).
Mungkin dari segi angka peratus adalah kecil tetapi dari segi bilangan pelajar yang
terlibat keseluruhannya adalah pada angka yang besar. Kaeadaan ini adalah sangat
mencabar dan membimbangkan.
Dr Novandri Hasan Basri juga menyatakan bahawa bahawa waktu sekarang, hampir
semua ibubapa dan masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang
dewasa ini telah pun berjaya melalui sistem persekolahan tersebut. Hal ini
menghasilkan satu masyarakat yang juga mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak

ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru. Lantaran itu, mereka mengganggap
guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur ilmu secara formal sahaja (Jun
2003).
Yusri Abdul Malek dalam artikelnya Displin Pelajar Bermula di Rumah pula
menegaskan pula bahawa pada zaman dulu guru dihormati dan rotan ialah senjata
utama mendisiplin pelajar tetapi kini semua itu tidak dianggap relevan lagi. Tegas
beliau, kebanyakan ibu bapa yang berkerjaya dan bergaji besar serta berasal dari
kampung bagaikan lupa peranan guru yang membantu kejayaan mereka hanya
kerana anak mereka dirotan kerana kesalahan disiplin. Sebaliknya, mereka bertindak
datang ke sekolah dan menyalahkan guru yang terbabit merotan anaknya. Hal ini
sedang berlaku dalam sistem pendidikan kita.Terlalu banyak campur tangan dan
akhirnya guru tiada kebebasan untuk bertindak menyebabkan masalah disiplin tiada
noktah. (Harian Metro, 25 Mei 2006)

1.1.3 Cabaran Dalam Sistem Pendidikan


Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012, dunia pendidikan berubah dengan penekanan diberikan
kepada penggunaan teknologi maklumat yang selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan sekolah menjadi
semakin kompleks. Menurut Reighlath dalam Ornstein & Hunkins (1993), pihak
pengurusan dan pentadbiran sekolah di zaman kepesatan teknologi banyak
mengalami perubahan selaras dengan yang terkini. Ini memberi cabaran kepada
guru di dalam mengikuti perkembangan terkini. Guru perlu menyediakan diri untuk
memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu membangunkan sistem
pendidikan berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza
dari masa yang lalu, tetapi juga lebih berat dan kompleks. Hal ini adalah akibat
daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Sebagai
seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan
amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi
dewasa nanti. Perubahan sistem pendidikan di Malaysia yang pesat, khasnya
pelaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an dengan pengenalan program
KBSR dan KBSM memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap
dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahun dan kemahiran
mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam
bidang kerja yang kian mencabar.
Ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan khasnya pengenalan konsep
sekolah bestari, tugas dan kerja guru hari ini tidak sama seperti masa yang lalu.
Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat tetapi pada masa
kini peranannya telah berubah menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi
rangsangan dalam bilik darjah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya

mengajar murid dengan ilmu pengetahuan tetapi pada masa kini menyeluruh dari
segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, mendidik murid supaya enjadi insan yang
berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia berani dan sanggup menghadapi
cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan Negara.
Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Hal ini bermakna sistem latihan
perguruan dahulu telah dianggap kurang sesuai dan berguna lagi untuk mencapai
matlamat pendidikan yang baru. Perubahan-perubahan yang seperti ini tentunya
mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan dan
keterampilan guru-guru agar impian sebagai yang diwawarkan menjadi kenyataan.

1.1.4 Cabaran Dalam Masyarakat


Profesion perguruan adalah berkait dengan kemasyarakatan. Berdasarkan artikel
Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei
2012, pendidik memainkan peranan yang dominan dalam merealisasikan aspirasi
negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Semakin masyarakat dan negara
bertambah maju dan bersifat global semakin banyak cabaran-cabaran yang dihadapi
oleh guru; semakin meningkat taraf hidup dan status sosio ekonomi rakyat, semakin
besar gelombang cabaran di hadapan guru-guru (Ramlan, 2002). Guru juga adalah
agen perubahan yang membawa kemajuan kepada masyarakat (Wan Liz Ozman,
2000; Atan Long, 1980). Menurut Boyer (1994), dalam abad ke-21, cabaran dalam
bidang pendidikan adalah tidak terhad kepada penemuan-penemuan baru sahaja.
Namun ia termasuk juga penyesuaian penemuan-penemuan tersebut kepada
perspektif yang lebih luas dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat. Oleh
yang demikian, kaum guru perlulah mempunyai kesediaan menerima sebarang
penemuan baru seterusnya berkemampuan untuk mengaplikasikan penemuan baru
tersebut di dalam profesion bagi kepentingan masyarakat.
Kepada masyarakat, guru adalah sumber maklumat dan pengetahuan, kemahiran
dan keterampilan; sumber kebudayaan dan ilmu; sumber pemupukan kepercayaan
dan sistem nilai; penyedia tenaga manusia untuk alam pekerjaan; dan penjagaan
belia, remaja dan kanak (Wan Liz Ozman, 2000; Kementerian Pendidikan, 1996;
Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1994). Guru juga merupakan agen penyatu
masyarakat. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda:
Guru Pencetus Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
berpendapat guru daripada pelbagai latarbelakang, anutan agama atau bangsa
mestilah terbabit dalam proses membentuk perpaduan, sekali gus menjalin
hubungan dan kerjasama yang kukuh dan berkekalan.
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan dalam Dewan Masyarakat Mei
2012 Rizuan Khamis juga ada menyatakan guru berperanan sebagai ejen penyalur
budaya dan ilmu. Selain itu, guru berperanan sebagai institusi kedua selepas
keluarga. Dalam cakupan ini, guru memainkan peranan sebagai ejen pewarisan
budaya yang penting bagi membentuk sesebuah masyarakat. Proses pembelajaran

mungkin berlaku secara spontan dan personaliti berubah secara tidak disedari. Guru
harus mendepani cabaran secara profesional dan sedar tentang hakikat bahawa
guru ialah pembimbing dan pendidik dalam masyarakat yang berbudaya. Banyak
persepsi yang melingkari profesion keguruan, antaranya tanggapan yang
menyatakan bahawa profesion keguruan sebagai mudah dan tidak memeningkan
kepala, namun menjanjikan gaji yang memuaskan.
1.1.5 Cabaran Berasaskan Wawasan 2020
Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012,guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa melihat
teknologi baharu sebagai perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang
terbaik bagi menguasainya. Pengaplikasian teknologi dalam pengajaran akan
menghasilkan generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi,
sekali gus merealisasikan impian negara agar menjadi negara maju pada 2020.
Tuntutan Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
Malaysia adalah dinyatakan seperti berikut :
Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang bersatu
padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi
oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan
saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan. (Mahathir Mohamad, (1991), Malaysia Melangkah Ke Hadapan)
Guru ialah orang yang kerjayanya mempunyai implikasi yang jauh ke hadapan,
tanggungjawabnya adalah bersifat futuristik di mana gurulah yang mendidik generasi
yang akan hidup di masa hadapan. Oleh yang demikian guru perlu sentiasa peka
dan sensitif akan tuntutan wawasan negara yang disuarakan bagi mengatur
program-program perkembangan negara ini menjelang abad ke-21 ((Pengarah
Pendidikan, 2000; Ibrahim Mamat, 2001; Wan Liz Ozman, 2000; Robiah Sidin, 1998;
Sufean Hussin, 1996; Wan Mohd Zahid, 1993).
Cabaran-cabaran yang terkandung dalam wawasan negara adalah meliputi proses
pembangunan kognitif, afektif dan psikomotor serta penerapan nilai dan asas moral
bagi membentuk sikap kanak-kanak atau pelajar. Generasi baru yang dihasilkan
melalui proses ini perlu dapat memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka
yang tinggi di samping perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat. Guru
adalah sebagai orang yang bertanggung jawab secara terus kepada proses bagi
mendapatkan hasil akhir ini baik pada dimensi instrinsik mahupun dimensi
instrumental. Justeru itu guru perlu berkterampilan, inovatif, kreatif, reflektif, futristik,
analitik di samping berpegang kepada nilai-nilai murni.
1.1.6 Cabaran Globalisasi

Berdasarkan artikel Cabaran Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan
Masyarakat Mei 2012 memetik kenyataan Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Dr. Haji Ahamad Sipon, bahawa dalam abad ke-21, bidang pendidikan menghadapi
pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberalisasi. Setiap pendidik di institusi
pendidikan pasti menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Oleh sebab itu,
kesan globalisasi dan liberalisasi menuntut guru yang berilmu agar celik dan mahir
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Dalam suasana alaf
baharu yang berorientasi TMK, teknologi memainkan peranan yang besar dalam
pendidikan.
Menurut Mok Soon Sang (2010), globalisasi pendidikan membawa tekanan kepada
guru supaya berubah dari stail pengajaran lama kepada baru, mengikut hasil
dapatan penyelidikan pendidikan yang terkini. Fungsi utama globalisasi pendidikan
ialah menghasilkan sumber-sumber diperlukan pendidikan dan pembelajaran
sepanjang hayat. Ia merupakan proses berterusan untuk meningkatkan tahap
kemahiran dan pengalaman individu. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad
ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara
global (global educational experties) selain daripada hubungan dalam bentuk
rangkaian (networking). (Noriati et. al, 2009).
Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antara bangsa (international
character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu
diteroka dan diperkembangkan. Kesemuanya ini juga menjadi cabaran kepada guru.
Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus
globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada
abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat
antarabangsa. Selain daripada itu kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan
kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. (Mok Soon Sang, 2010).

Dalam era ledakan teknologi maklumat dan pada ketika dunia kini menjadi sebuah
global village, tuntutan terhadap ilmu pengetahuan menjadi semakin mendadak.
Justeru itu, guru-guru perlu dan harus sentiasa mengemaskini serta mepertingkatkan
ilmu pengetahuan masing-masing terutama penguasaan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) dalam pendidikan. (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Dalam
satu artikel yang disiarkan dalam Harian Metro bertajuk, Minda: Guru Pencetus
Transformasi bertarikh 30 Ogos 2012, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berpendapat
pada abad ke-21 ini, antara cabaran terbesar dihadapi guru ialah perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Tidak dinafikan perkembangan semasa
memberi kesan kepada proses sahsiah, terutama pelajar. Tambah beliau,
kebanyakan pelajar sudah mahir komputer bahkan pemahaman dan keupayaan
mereka kadangkala melebihi guru. Disebabkan itulah guru perlu sentiasa
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, selain memahami tanggungjawab serta
berikan komitmen dengan melaksana pendekatan baru ke arah meningkatkan kualiti
pendidikan.

Kenyataan ini disokong oleh Cikgu Azlan Hussain, guru sukan di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur dalam satu artikel
yang disiarkan dalam Berita Harian bertajuk, Selamat Pagi Cikgu bertarikh 30 Ogos
2012, apabila ditanya tentang Bagaimana anda simpulkan cabaran profesion guru
pada hari ini? Beliau berpendapat terdapat tiga cabaran dihadapi guru pada hari ini.
Pertama, faktor masa lebih panjang yang menuntut guru mempelbagaikan corak
pengajaran. Kedua, cabaran dari pihak luar secara langsung dan tidak langsung
manakala ketiga ialah cabaran dari segi kemajuan teknologi maklumat (IT). Sebagai
guru kita perlu pantas dan mempersiapkan diri untuk menerima ilmu baru. Ini kerana
kita lihat pelajar sendiri cepat mendapatkan pelbagai maklumat.

1.3 IMPLIKASI HUJAH

Untuk menangani cabaran-cabaran profesion keguruan tersebut, para guru mestilah


menyediakan diri mereka dalam pelbagai aspek. Berdasarkan artikel Cabaran
Profesion Keguruan oleh Rizuan Khamis dalam Dewan Masyarakat Mei 2012 ada
memetik kata-kata David Ryans dalam bukunya Characteristics Of TeachersTheir
Description, Comparison, And Appraisal berpendapat bahawa guru yang berkesan
dalam menangani cabaran ialah guru yang mempunyai sifat adil, demokratik,
responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab,
stabil, tenang dan berkeyakinan. Di samping itu, elemen-elemen penting yang mesti
ada pada setiap guru dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini
ialah ciri dan kualiti professional, pengajaran yang efektif, peningkatan
profesionalisme, peningkatan dalam penggunaan ICT, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia serta bertanggungjawab.

1.3.1 Mempunyai Ciri Dan Kualiti Profesional

Seseorang guru itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai
dengan proses perkembangan pendidikan ini. Cabaran guru untuk merealisasikan
Misi Kementerian Pendidikan, khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru
haruslah sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional melalui latihan dalam
perkhidmatan, perlaksanaan penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat
refleksi kendiri, memupuk budaya ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui epembelajaran dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk
merancang serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
berkesan. Guru juga mestilah berupaya membuat keputusan, menyelesai masalah
serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion
mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus,
perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
1.3.2 Mewujudkan Pengajaran yang Efektif

Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung kepada
perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu
program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai objektif
pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan
murid-murid. Selain itu melaksanakannya dengan cekap dan berjaya menggunakan
teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah
sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala murid-murid yang lambat
dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat
apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. (Noriati et. Al, 2009)
1.3.3 Mempertingkatkan Profesionalisme
Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus
sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan
mencapai wawasan negara. (Syed Ismail & Ahmad Sabki, 2010). Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi
kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik
dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak
berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan
paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.

1.3.4 Meningkatkan Kemahiran dalam Penggunaan ICT


Perkara yang paling penting bagi mendepani cabaran profesion keguruan pada
masa kini ialah meningkatkan kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan
sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman.
Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut
banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti
bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan
sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk
kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang
2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era
teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai
peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden.
Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah
dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
1.3.5 Berilmu pengetahuan Dan Berakhlak Mulia

Selain itu juga, dalam mendepani cabaran profesion keguruan pada masa kini,
seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya fikir dan berakhlak mulia. Guru yang
berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari
penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti
masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan
generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem
pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri
dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan
ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran.
Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara. (Mook Soon Sang,2010)
1.3.6 Bertanggungjawab
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing
pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan
tanggungjawab terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap
ibu bapa juga penting seperti seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati
mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi
maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka. Seterusnya
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar
perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan
profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam
kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan
sejawat.
1.4 RUMUSAN/CADANGAN

Secara rumusannya, dalam dunia pendidikan yang semakin canggih seiring dengan
perkembangan teknologi, seseorang guru tidak boleh lari daripada cabaran yang
makin hebat sama ada dalam bilik darjah ataupun sekolah secara amnya. Tugas
mendidik dan mengajar di sekolah perlu dilaksanakan bagi memastikan wawasan
yang ingin dicapai melalui Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) supaya
menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkupayaan dalam mencapai Wawasan
2020. Oleh hal yang demikian, cabaran profesion yang datang perlu disahut oleh
seorang guru sama ada cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada
muridnya dan dasar-dasar yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan walaupun
sosiologi sekolah tidak memberangsangkan. Itu tugas dan tanggungjawab seorang
guru di sekolah rendah.

Setiap dari kita juga mestilah memahami bahawa pada asasnya profesion keguruan
sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar, mendidik serta merubah
manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf, mengira dan
membaca kepada celik huruf, bijak dan menjadi manusia berjaya. Tapi kenapa kini
pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah. Jika dulu
mereka dipandang tinggi tapi kini seakan-akan terpinggir. Perkembangan dan
perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan
perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini. Profesion keguruan tidak boleh dianggap
sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka
mempunyai kualiti, berketerampilan, kewibawaan, kelayakan, minat. Iltizam, dan
berjiwa pendidik layak menjadi guru. Di samping menuntut kesungguhan dan
tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi, pemantapan
kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya.
http://murabbiumat.blogspot.com/2012/09/isu-2-cabaran-profesion-keguruan.html
Ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi
di sekolah. Antara lain, ponteng bagaikan satu indikator yang menanda aras
kelemahan sistem pendidikan Malaysia yang diimplementasikan melalui Dasar
Pendidikan Negara (DPN). Perang media menerusi akhbar, majalah, blog dan
sebagainya telah pun meletus bagi membincangkan pro serta kontra kegiatan tidak
bermoral ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sedang bergiat cergas dengan
mengobservasi punca dan ikhtiar bagi menekan kemajuan polemik ini.

Punca bercambahnya masalah ini termasuklah kurangnya didikan duniawi serta


ukhrawi daripada ibu bapa. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu ghairah mengejar
kemewahan hinggakan sanggup mempedulikan asas kehidupan serta dasar
keagamaan anak-anak mereka. Bahkan mereka tidak arif bahawa pengabaian inilah
yang bakal merosakkan anak bangsa kita. Persis slogan 'pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara', ibu bapa hendaklah mengawasi pergerakan dan pergaulan
anak-anak mereka supaya terhindar daripada maksiat seterusnya mengatur strategi
kehidupan anak-anak mereka supaya dapat menjadi tonggak negara pada masa
akan datang.

Pemuda watan kita sering tersilap memilih jalan seperti peribahasa menyebut
'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'. Hal ini disebabkan,
remaja marcapada lebih cenderung memilih rakan yang mengikut trend walhal
budaya yang disalurkan adalah negatif. Sudah terlalu menggunung budaya barat
yang diisi dalam kotak pemikiran kita sehinggakan kita terlupa kepada budaya asal.
Dasar remaja pula, mereka mahukan sesuatu yang lebih menarik dan mengikut
peredaran zaman. Jadi apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya, mudahlah baginya

untuk turut serta dan mencuba perkara baru. Pemilihan kawan yang baik dapat
mencorakkan kehidupan kita ke aras yang lebih sempurna.

Di samping itu, peranan media juga menjadi tulang belakang kepada kegawatan
ini. Media kini lebih gemar memaparkan program-program yang bertentangan
dengan norma masyarakat lokal. Eksploitasi seks terhadap wanita dalam iklan-iklan
sebagai intiha, memesongkan iman para remaja seterusnya menyebabkan mereka
berpotensi untuk terjerumus ke lembah kehinaan. Selain itu, penapisan filem serta
drama dianggap masih longgar kerana wujud adegan-adegan separa lucah yang
dapat meracun minda remaja kita. Oleh yang demikian, remaja seringkali terikut-ikut
dengan paparan negatif yang jelas berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P).

Bagi menangani punca-punca ini, pelbagai inisiatif telah diambil oleh variasi
pihak. Antara cara demi menangani polemik sosial ini ialah mengadakan sesi
kaunseling yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan remaja itu sendiri. Menerusi
pendekatan ini, masalah yang menyebabkan seseorang pelajar ponteng dapat
dikesan. Pihak kaunselor harus menerangkan impak negatif aktiviti ponteng supaya
pelajar tersebut sedar dan berhati-hati menongkah arus kehidupannya. Hal ini dilihat
berkesan demi mengurangkan kadar pertambahan bilangan pelajar yang ponteng
sekolah, kerana peribahasa ghalib menyebut "sediakan payung sebelum hujan".
Makanya, apabila pihak yang berkenaan sudah mengetahui punca-punca gejala
ponteng, usaha membanteras juga lebih efektif.

Seterusnya, para pelajar haruslah faham bahawa gejala ponteng bukanlah aktiviti
yang menjamin masa depan. Sepatutnya, masa yang terluang diisi dengan ilmu dan
pengajaran sebagai bekalan untuk masa hadapan. Pihak kerajaan pula perlulah
menitikberatkan peraturan dan undang-undang kerana para pelajar dilihat
memandang sebelah mata akan peraturan sekolah seolah-olah tiada mata yang
melihat pergerakan mereka. Apabila peraturan dan hukuman dilaksanakan, pelajarpelajar akan tergerak daripada mimpi dan sedar bahawa kebebasan yang dikecapi
adalah terhad.

Tuntasnya, semua pihak terutamanya pelajar sendiri haruslah


bertanggungjawab membaik pulih sistem pendidikan negara agar dapat memacu
kejayaan negara seterusnya bersaing dengan kuasa besar antarabangsa yang lain.
Janganlah kita menjatuhkan air muka negara sendiri tatkala rumpun lain asyik
memperlekehkan kemampuan kita. Sesungguhnya pentarbiahan yang sempurna
menjamin keterjelmaan negara seiring dengan Gagasan 1Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai