Anda di halaman 1dari 5

Kertas Model Set 5:

18. Inovasi dalam penghasilan alat dan kemudahan sains dan teknologi seperti computer riba, telefon
pintar, dan tablet telah memanfaatkan kehidupan manusia sejagat. Namun begitu, jika disalahgunakan
akan memudaratkan kita. Jelaskan. 3+2
Kebaikan alat dan kemudahan sains dan teknologi:
1. Mendapat maklumat terkini
Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini,
maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. Ianya hanya dengan melayari internet ataupun
menggunakan applikasi seperti twitter. Di samping itu, maklumat terkini dapat disampaikan hanya
dengan membuat panggilan.
2. Sebagai Alat Hiburan
Telefon bimbit masa kini telah dijadikan sebagai alat hiburan di mana ianya telah dilengkapi dengan
fungsi untuk mendengar muzik, video, kebolehan untuk mengambil gambar dan berkongsi gambar
dengan kawan-kawan dan juga permainan. Ini telah menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja
untuk memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit pintar sekarang juga telah menjadi kegilaaan kepada para
remaja kerana kebolehannya untuk mengakses laman sosial seperti Facebook dan Twitter
3. Memudahkan Kerja
Kebaikan ini dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses
email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan
telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words,
excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan
kita juga khususnya.
4. Kemudahan komunikasi
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh
masyarakat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, Skype,
Yahoo Messenger, Email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke
seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan antara media massa yang
paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembagan teknologi dalam komunikasi
telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan
komukasi ini banyak membantu kita untuk berhubungan dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di
samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

Keburukan alat dan kemudahan sains dan teknologi:


1.

Jenayah
Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti
kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan
sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan
teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara
yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah
contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka
pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.

2.

Kurang Pergaulan
Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan
remaja dan kanak-kanak. Sekiranya ianya berlarutan untuk jangka masa yang agak lama, ianya boleh
mengurangkan kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan
masyarakat sekeliling. Ini jelas memberi kesan yang negatif kepada individu tersebut. Perkembangan
teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila
masing-masing sibuk dengan telefon atau gadget masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama
lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang datang menjamu selera,
duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komukasi masing-masing. Inilah yang
berlaku pada masa kini.

3.

Mengancam Nyawa Manusia


Teknologi nuklear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuklear banyak
memberi kebaikan kepada manusia, di samping kebaikan, ianya juga boleh memberi keburukan kepada
manusia. Tragedi di Chernobyl yang berlaku pada 1986 di Ukraine merupakan antara tragedi nuklear
yang paling teruk berlaku. Tragedi ini telah mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi
telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak
yang buruk kepada manusia di mana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit
lain dalam jangka masa panjang.

19. Aktiviti sukan berperanan untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup manusia sejagat yang
mengamalnya. Namun begitu, jika aktiviti tersebut tidak dimanfaatkan dengan baik, maka ini boleh
menjejaskan kehidupan kita. Jelaskan. 3+2
Kebaikan aktiviti sukan:
1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat.
Penglibatan individu dalam sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh
badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah bertambah baik.
Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan memulihkan ketidakfungsian
kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan tekanan emosi individu. Rakyat yang sihat akan
menjadi aset yang penting bagi pembangunan negara.
2. Pembina sahsiah yang menyeluruh.
Aktiviti sukan meletakkan kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti
sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai sumber ilmu dan
panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat mempelajari apa itu menang dan kalah.
Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan. Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh
menghasilkan semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik.
Malaysia terdiri daripada berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik
menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke arah perpaduan
serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini dalam pembangunan negara seperti
diskriminasi, pengasingan dan sebagainya. Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial
seperti penagihan dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin dapat
dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
4. Peluang pekerjaan.
Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan bukan profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira
300,000 pekerjaan dan 7,000 buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting
Industries. Di Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor sukan. Di
antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain bolasepak, pengurus pasukan,
jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka
yang tidak pandai dalam bidang akademik.
Keburukan aktiviti sukan:

20. Gerakan Kesederhanaan Global telah dicetuskan oleh Malaysia melalui pelbagai pendekatan yang
boleh dilaksanakan. Namun, Gerakan Kesederhanaan Global menghadapi cabaran untuk dilaksanakan
secara menyeluruh. Bincangkan. 3+2
1. GMM penting untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kepentingan ekonomi Malaysia.
- Sebagai sebuah negara berdaulat, adalah menjadi keutamaan pemimpin negara kita untuk menjaga
keamanan dalam negara supaya rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan sejahtera.
- Kesejahteraan sosial, politik dan ekonomi Malaysia dapat mewujudkan keamanan serantau
teristimewanya negara-negara jiran Asean,
Contoh gerakkan menentang komunis dan keganasan.
2. Pemimpin Malaysia memegang prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui
dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
Setiap negara mempunyai masalah dalaman seperti perkauman di Malaysia, pembebasan wilayah di
Filipina dan Thailand tetapi Malaysia tidak berminat untuk campur tangan dan yakin masalah itu dapat
diselesaikan secara dalaman.
Contoh masalah tuntutan kemerdekaan wilayah Islam di selatan Thailand dan Filipina.
3. Malaysia mementingkan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan
antarabangsa tanpa mengira ideologi politik.
Contoh lawatan Tun Abdul Razak ke negeri China dan Tun Mahathir ke Cuba membuka hubungan
diplomatik dan ekonomi.
4.

Malaysia mempopularkan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)

- Sebagai blok bukan komunis di Asia Tenggara, pemimpin negara Malaysia memegang pendirian
bahawa ASEAN mesti bebas pertikaian politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Rusia
dan republik Rakyat China.
Contoh: Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 membuktikan komitmen peminpin negara
dalam GMM.
5.

Malaysia menyumbang kepada keamanan dunia melalui rundingan dan pengaman antarabangsa

- Pemimpin Malaysia sentiasa memberi komitmen antarabangsa dengan menghantar tentera pengaman
ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di negara bergolak seperti Iran-Iraq, Bosnia-Herzegovina dan
seumpamanya.
Pemimpin Malaysia juga terlibat dengan dialog dan forum antarabangsa untuk kesejahteraan dan
keamanan.Contoh Dialog Antarabangsa Langkawi 1997 menjurus kepada perkongsian pintar antara
negara maju dengan membangun dan miskin.

Anda mungkin juga menyukai