Anda di halaman 1dari 2

Watak utama

1 'Saya' : pencerita
2 Mak Piah: mangsa banjir yang kesepian kerana anak-anak tidak pulang menjenguk
3 Nana: anak bongsu kesayangan Mak Piah
Latar tempat: rumah Mak Piah
: rumah 'saya' ('saya' terdail nombor Mak Piah)
: tanah perkuburan
Tema: kerenggangan hubungan anak-anak dengan ibu lanjut usia
Sinopsis
Kisah bermula apabila 'saya' tersalah dail nombor kawannya, Ameera, tetapi disambut oleh suara wanita tua di
hujung talian. 'Saya' tidak sempat mencelah kerana mak cik tadi menyangka 'saya' ialah Nana, anaknya, berasa
sangat teruja kerana dihubungi. Talian diputuskan. Setelah dihubungi berkali-kali, dia tergesa-gesa meminta 'saya'
tidak bimbang. Seperti tadi, talian diputuskan sebaik dia habis bercakap. 'Saya' tertanya-tanya bahkan terasa ingin
untuk bersama mak cik tua itu bagi mengubat kerinduan terhadap ibu kandung yang sudah tiada. 'Saya' berdoa
agar pertemuan dua kerinduan itu dimakbulkan / menjadi kenyataan. Akhirnya 'saya' berjumpa alamat nombor
tersalah dail itu.
Sekumpulan remaja menunjuk jalan ke rumah Nek Piah dalam keadaan banjir yang mencecah paras leher. Mak Piah
ceria menyambut 'saya' bersama bungkusan nasi dan lauk yang disangkanya masakan Nana. Mak Piah menjelaskan
dia tidak ke pusat pemindahan kerana masalah kencing kerap (selalu buang air kecil). Mak Piah terus memeluk
'saya' sebaik berjanji untuk menemaninya hingga banjir surut. Kemudian 'saya' menyimpan bekalan bahan mentah
masakan ke dalam peti sejuk sebelim pulang. Takdir menentukan 'saya' demam selama lima hari sebelum boleh ke
rumah Mak Piah sekali lagi. Malangnya, hanya jenazah Mak Piah yang diusung setelah dia tergelincir ketika
membersihkan rumah. Di kubur, 'saya' bertemu Nana yang persis wajah Mak Piah. Nana sedih dan kesal, tetapi
saya hanya membiarkan Nana meluahkan emosi, lalu memimpin Nana pulang ...
Perwatakan
1 bersangka baik: Mak Piah sentiasa menyebut kebaikan anaknya Nana walaupun pada hakikatnya
Nana mengabaikannya
2 penyayang: 'Saya' melayan Mak Piah yang baru dikenalinya dengan penuh kasih sayang
3 prihatin / peka: 'Saya' mengambil berat terhadap masalah kekurangan bahan makanan di rumah
Mak Piah yang dilanda banjir
Nilai murni
(gunakan huraian yang sama seperti di atas)
1 baik hati:
2 kasih sayang
3 keprihatinan / kepekaan
Persoalan
(huraian sama)
1 Bersangka baik dalam keluarga
2 Kasih sayang ibu sepanjang hayat
3 Keprihatinan / kepekaan terhadap warga tua
Pengajaran
1 Kita hendaklah bersangka baik sesama keluarga
2 Kita hendaklah mengasihi/ menyayangi ibu sepanjang hayat

3 Kita hendaklah prihatin / peka terhadap kebajikan warga tua

Anda mungkin juga menyukai